• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tingkah Laku Devian Pelajar Politeknik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Tingkah Laku Devian Pelajar Politeknik"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Tingkah Laku Devian Pelajar Politeknik

Shaiffuddin Anuar1*, Mohd Shukri Muda2, Azman Che Mat1

1 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu

2 Kolej Komuniti Kemaman, Terengganu 3 UiTM Terengganu Kampus Dungun Terengganu

*Corresponding Author: [email protected]

Received: 25 February 2023 | Accepted: 5 May 2023 | Published: 1 June 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/ijares.2023.5.2.4

__________________________________________________________________________________________

Abstract: Tingkah laku devian memberi kesan negatif terhadap individu devian dan masyarakat sekeliling. Tujuan kajian untuk mengenal pasti hubungan jantina, motivasi diri dan isolasi sosial dengan tingkah laku devian pelajar. Responden terdiri daripada 235 pelajar sebuah IPTA di Terengganu. Empat dimensi tingkah laku devian iaitu bohong, agresif, buli, baran dan ancaman diukur dengan menggunakan soal selidik yang diubah suai dan dibina berasaskan teori terdahulu. Analisis data menunjukkan bahawa hanya perbuatan buli, baran dan mengancam mempunyai hubungan signifikan dengan perbezaan jantina. Motivasi diri mempunyai hubungan kolerasi positif sementara isolasi sosial mempunyai hubungan kolerasi negatif dengan tingkah laku devian. Pengkaji mencadangkan institusi melaksanakan program dan dasar komprehensif mempromosikan motivasi diri positif, hubungan sosial, dan perilaku sihat.

Keywords: Tingkah laku devian, motivasi diri, isolasi sosial

___________________________________________________________________________

1. Introduction

Tingkah aku devian merujuk kepada perlakuan yang berlawanan dengan norma kumpulan (Spears, 2021). Ia boleh muncul dalam setiap lapisan masyarakat dari peringkat paling rendah hingga ke peringkat paling tinggi (Cheshin et al., 2018). Menurut Li et al., (2020) manusia cenderung untuk berada dalam kumpulan untuk meningkatkan pencapaian diri serta mendapat pengiktirafan dari komuniti setempat. Manakala Humphries et al., (2018) berpandangan sekiranya individu mendapati dirinya tidak diktiraf serta mempunyai persepsi nilai yang bercanggah dengan nilai kumpulan, individu tersebut cenderung untuk devian.

Sementara itu individu yang mendapat pengiktirafan kumpulan relatifnya menjadi lebih baik serta lebih berdaya saing lantaran menerima kerjasama penuh dari rakan kumpulan yang lain (Dong et al., 2019). Sebaliknya individu devian cenderung meletakkan rakan lain dalam keadaan serba salah dan tidak selesa lantaran nilai yang dibawa adalah berlawanan dengan nilai kumpulan, hal ini menyebabkan ahli kumpulan menjauhkan diri. Namun kadang kala terdapat ahli kumpulan normal yang menentang dan melawan individu devian serta melaksanakan kempen untuk memastikan individu devian tidak mendapat tempat dalam kumpulan (Forbes et al., 2018).

Persaingan tidak sihat ini memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu dan kumpulan tetapi juga kepada komuniti dan juga institusi (Wang et al., 2018).

(2)

2. Pernyataan Masalah

Kesan negatif kepada individu devian termasuklah isolasi sosial. Hal ini menjadi lebih buruk sekiranya individu devian berusaha membina kumpulan devian yang akhirnya kumpulan ini akan selamanya terpinggir dari arus perdana institusi (Eisenstadt dan Geddes, 2018). Menurut Kennedy (2020) kumpulan devian cenderung melahirkan ketidakstabilan dalam institusi dengan melanggar disiplin serta norma moral setempat selain mempunyai pencapaian akademik rendah.

Selain melanggar disiplin, kumpulan devian lebih terdedah kepada jenayah setempat. Hal ini berlaku kerana kumpulan devian berusaha menaikkan harga diri serta pengaruh dengan cara yang tidak sihat lantaran merasakan cara normal tidak lagi memberi faedah kepada mereka (Vos dan Vitali, 2018).

Aktiviti jenayah seperti dadah dan gengsterisme ini sudah semestinya mendapat sokongan serta bekalan dari pihak luar institusi yang memandang pelajar institusi sebagai sasaran mudah (Liu et al., 2020). Institusi seterusnya terbeban bukan sahaja dengan masalah pencapaian akademik yang rendah bahkan juga dengan masalah sosial serta jenayah yang memburuk dengan penglibatan kumpulan devian yang tidak dikawal serta dibendung pada peringkat awal kemunculan (Singh et al., 2020).

3. Dimensi Tingkah Laku Devian

Individu devian mempunyai kesan buruk terhadap dirinya sendiri dan juga kepada kumpulan yang diwakilinya (Schein dan Gray, 2018). Antara kesan buruk terhadap individu devian seperti hilang motivasi untuk belajar, rasa rendah diri serta isolasi sosial (Ramdass dan Hogg, 2019). Sementara kesan buruk yang dilakukan oleh individu devian kepada ahli kumpulan yang lain adalah seperti tingkah laku agresif, buli dan ugutan mengancam (Marques et al., 2021).

Tingkah laku agresif merujuk kepada sebarang bentuk gangguan agresif kepada mangsa seperti kelakuan ganas, kelakuan dan komunikasi kasar, membuat tuduhan melulu serta terlalu sensitif kepada gurauan rakan menyebabkan timbul ketidakselesaan antara pihak terlibat (Koch et al., 2021). Perbuatan membuli pula terdiri daripada tiga kategori iaitu buli fizikal, buli secara lisan dan buli secara teks (Zych et al., 2019). Membuli secara fizikal adalah seperti memukul dan mencederakan rakan (Wojcik dan Mondry, 2020). Manakala membuli secara lisan dengan mengutuk, mengeji, mengejek serta body shaming. Membuli secara teks pula adalah selari dengan perkembangan media sosial yang disalah guna untuk tujuan buli siber menerusi aplikasi Whatsapp, Facebook, Twitter, Telegram dan Instagram. (Kofoed dan Staksrud, 2019).

Perbuatan mengugut dengan memberikan ancaman lisan atau teks kepada mangsa terutama apabila kehendak individu devian tidak dipenuhi juga merupakan tingkah laku yang biasa terjadi di institusi (Adam dan Brett, 2018). Ancaman itu boleh saja berlaku kerana sebab akademik seperti tidak diberikan kertas jawapan untuk ditiru atau pun tidak mahu menolong membuat tugasan individu devian. Perkara sebegini menyumbang kepada kecelaruan akademik yang akhirnya menyumbang kepada kualiti pelajar secara keseluruhannya (Van Verseveld et al., 2019).

Selain itu tingkah laku baran atau marah tanpa sebab juga merupakan devian, antara dimensi yang terlibat seperti cepat melenting, melepaskan kemarahan kepada rakan yang tidak terlibat,

(3)

berdendam dan susah untuk memaafkan serta suka memperbesarkan kesalahan orang lain dengan tujuan memyembunyikan kesalahan diri sendiri (Byrne et al., 2018).

Perbuatan bercakap bohong pula dianggap devian kerana menurut Moravec et al., (2019) perbuatan bohong menghasilkan kesan negatif kepada masyarakat antaranya menjerumuskan ahli komuniti kepada salah faham serta perbalahan sekaligus merendahkan produktiviti masyarakat lantaran menghabiskan masa kepada perkara yang tidak perlu. Selain itu kerosakan yang berlaku kerana pembohongan sukar untuk dipulihkan dalam masa singkat (Martel et al., 2020).

Individu devian bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada orang sekeliling tetapi juga terhadap diri mereka sendiri, hal ini terbukti sebagaimana kajian Abrams et al., (2021) yang mendapati tingkah laku devian mempunyai hubungan dengan motivasi diri, manakala kajian Choi et al., (2020) mendapati tingkah laku devian mempunyai hubungan dengan tahap isolasi sosial individu. Sehubungan itu pengkaji juga ingin melihat unsur motivasi diri dan isolasi sosial dalam kajian ini.

4. Objektif Kajian

Berikut merupakan objektif kajian selepas pernyataan masalah telah dinyatakan dengan jelas.

i. Mengenal pasti hubungan jantina dengan tingkah laku devian.

ii. Mengenal pasti hubungan motivasi diri dengan tingkah laku devian.

iii. Mengenal pasti hubungan isolasi sosial dengan tingkah laku devian.

5. Reka Bentuk Kajian

Pengedaran soal selidik adalah secara rentas menyeluruh iaitu melibatkan pelajar dari semua jabatan.

Populasi dan responden kajian

Lokasi kajian ialah di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu.

Responden terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal(JKM), Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK).

Sampel kajian

Soal selidik dibahagikan kepada 125 pelajar lelaki dan 110 pelajar perempuan menggunakan kaedah snowball lantaran memerlukan responden yang mempunyai tingkah laku devian mengikut dimensi kajian.

Teori kajian

Teori tingkah laku devian Buss dan Perry (1992) telah digunakan untuk mengukur tingkah laku devian pelajar. Selepas diubah suai terdapat 29 item soalan soal selidik dapat dibina dengan 4 dimensi iaitu tingkah laku agresif, membuli, mengancam dan panas baran.

Sementara teori RSE ( Rosenberg, 1965) digunakan untuk membina soal selidik mengukur motivasi diri pelajar yang mempunyai 10 item soalan.

Soal selidik untuk mengukur isolasi sosial pula dibina berdasarkan teori R-UCLA (Russell et al., 1980) yang mempunyai 20 item soalan terdiri dari 10 item positif dan 10 item 37egative.

(4)

6. Analisis Data

Analisis data mengandungi maklumat deskriptif demografi responden, dapatan min dan sisihan piawai, hubungan jantina dengan tingkah laku devian, hubungan motivasi diri dengan tingkah laku devian diakhiri dengan hubungan isolasi sosial dengan tingkah laku devian.

Demografi

Jadual 1 di bawah menunjukkan hasil analisis deskriptif yang memaparkan kumpulan jantina dan jabatan.

Jadual 1: Demografi

Item n %

Jantina

Lelaki 125 53.1

Perempuan 110 46.9

Jabatan

JKM 80 34.2

JKE 75 31.9

JKA 50 21.2

JTMK 30 12.7

Jadual 1 menunjukkan data demografi responden yang terdiri daripada 125 pelajar lelaki yang mewakili 53.1% sementara pelajar perempuan pula berjumlah 110 yang mewakili 46.9%.

Jumlah keseluruhan responden adalah 235. Manakala mengikut jabatan pula, responden dari JKM merupakan majoriti dengan jumlah 80 mewakili 34.2%. JKE pula mempunyai 75 responden mewakili 31.9%. Sementara JKA mempunyai 50 responden mewakili 21.2% dan yang terakhir adalah JTMK dengan 30 responden mewakili 12.7%. Jumlah yang berbeza mengikut jabatan kerana mengikut jumlah ratio populasi antara jabatan yang menyaksikan JKM mempunyai jumlah pelajar majoriti sementara JTMK mempunyai jumlah pelajar yang terendah. Menurut Koch et al., (2021) jumlah sampel responden mestilah menggambarkan jumlah populasi yang sebenar dengan mengikut ratio serta perbezaan kumpulan.

Min dan sisihan piawai

Jadual 2 di bawah pula menunjukkan analisis min dan sisihan piawai setiap pemboleh ubah.

Jadual 2: Analisis setiap pemboleh ubah

Jadual 2 menunjukkan perbuatan bohong mempunyai min paling tinggi dengan bacaan (M=93.51, SP=15.95), sementara kedudukan kedua jatuh kepada isolasi sosial dengan bacaan (M=42.25, SP=8.87), manakala ketiga adalah buli (M=32.40, SP=6.09), keempat pula ialah motivasi diri dengan bacaan (M=27.60, SP=4.17), kelima adalah ancaman dengan bacaan

Pemboleh ubah N Min Sisihan Piawai

Agresif 235 17.56 3.40

Buli 235 32.40 6.09

Ancaman 235 25.76 5.31

Baran 235 24.76 5.64

Bohong 235 93.51 15.95

Motivasi diri 235 27.60 4.17

Isolasi Sosial 235 42.25 8.87

(5)

(M=25.76, SP=5.31) keenam ialah sikap panas baran dengan bacaan (M=24.76, SP=5.64) dan yang terakhir adalah perbuatan agresif dengan bacaan (M=17.56, SP=3.40).

Jantina dan tingkah laku devian

Dalam usaha menjawab objektif pertama, jadual 3 dibentangkan di bawah untuk melihat hubungan jantina dengan tingkah laku devian.

Jadual 3: Ujian-t tingkah laku devian dengan jantina

Pemboleh ubah Jantina N Min Sisihan Piawai df t p Beza Min

Bohong Lelaki 125 94.63 15.98 233 0.880 0.380 2.0000

Perempuan 110 92.63 15.94

Agresif Lelaki 125 17.61 3.45 233 0.221 0.826 0.1070

Perempuan 110 17.50 3.35

Buli Lelaki 125 33.59 5.55 233 2.370 0.019 1.8850

Perempuan 110 31.70 5.62

Baran Lelaki 125 25.84 5.29 233 2.530 0.012 1.8860

Perempuan 110 23.96 5.20

Ancaman Lelaki 125 26.58 5.55 233 2.460 0.015 2.1060

Perempuan 110 24.47 6.36

Berdasarkan jadual 3, jelas didapati keputusan bacaan min dan sisihan piawai tingkah laku devian mengikut jantina. Perbuatan bohong oleh lelaki menghasilkan bacaan (M= 94.63, SP=15.98) manakala bagi perempuan pula bacaannya adalah (M=92.63, SP= 15.94).

Keputusan menunjukkan hubungan yang tidak signifikan antara perbuatan bohong jantina lelaki dan perempuan dengan hasil bacaan ( t=0.880, df= 233, p>5).

Manakala untuk perbuatan agresif pula, lelaki menunjukkan bacaan (M=17.61, SP= 3.45) sementara perempuan menunjukkan bacaan (M=17.50, SP=3.35). Keputusan juga menunjukkan hubungan yang tidak signifikan antara perbuatan agresif jantina lelaki dan perempuan.

Sementara untuk perbuatan buli pula, bacaan lelaki adalah lebih tinggi dari perempuan dengan keputusan lelaki (M=33.59, SP=5.55) dan perempuan adalah (M=31.70, SP=5.62). Dari segi hubungan pula didapati terdapat perbezaan yang signifikan perbuatan buli antara pelajar lelaki dan perempuan. Hal ini menunjukkan pelajar lelaki lebih cenderung untuk melakukan perbuatan buli dari pelajar perempuan.

Tingkah laku baran pula pelajar lelaki menunjukkan bacaan yang lebih tinggi dari perempuan dengan (M=25.84, SP=5.29) berbanding dengan (M=23.96, SP=5.20) sementara dari segi hubungan terdapat perbezaan yang signifikan antara tingkah laku baran pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.

Perbuatan mengancam pula, pelajar lelaki menunjukkan bacaan yang lebih tinggi dengan (M=26.58, SP=5.55) berbanding dengan pelajar perempuan dengan (M=24.47, SP= 6.36) dan dari segi hubungan, terdapat perbezaan yang signifikan antara perbuatan mengancam pelajar lelaki dengan perempuan.

Motivasi diri dan tingkah laku devian

Jadual 4 menunjukkan data analisis untuk melihat hubungan antara motivasi diri dengan tingkah laku devian pelajar.

(6)

Jadual 4: Kolerasi antara motivasi diri dengan tingkah laku devian

Pemboleh ubah Motivasi diri Sig. (2-tailed)

Bohong 0.005 0.845

Agresif 0.235 0.000

Buli 0.067 0.254

Baran 0.329 0.000

Ancaman 0.311 0.000

Korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan korelasi antara motivasi diri dan tingkah laku devian. Sekalipun tingkah laku devian mempunyai lima dimensi iaitu bohong, agresif, buli, baran dan ancaman, namun di dapati hanya tiga daripadanya mempunyai hubungan signifikan dengan motivasi diri iaitu agresif, baran dan ancaman. Hal ini ditunjukkan dengan jelas dalam hasil analisis dengan bacaan agresif seperti (r = 0.235, p<0.05), bacaan baran pula seperti (r = 0.329, p<0.05) dan bacaan ancaman adalah (r = 0.311, p<0.05). Sehubungan itu objektif ke dua telah terjawab dengan analisis ini.

Isolasi sosial dengan tingkah laku devian

Jadual 5 menunjukkan analisis data untuk melihat hubungan antara isolasi sosial dan tingkah laku devian. Analisis ini menjawab objektif ketiga kajian.

Jadual 5: Kolerasi antara isolasi sosial dan tingkah laku devian

Pemboleh ubah Isolasi sosial Sig.(2 tailed)

Bohong -0.915 0.186

Agresif -0.244 0.000

Buli -0.845 0.191

Baran -0.298 0.000

Ancaman -0.321 0.000

Berdasarkan jadual di atas, jelas menunjukkan beberapa dimensi tingkah laku devian mempunyai hubungan signifikan negatif yang lemah dengan isolasi sosial, antaranya ialah agresif (r = -0.244, p<0.05), baran ( r = -0.298, p<0.05) dan ancaman (r = -0.321, p<0.05).

Analisis ini menjawab objektif ketiga kajian.

7. Perbincangan

Kesemua objektif telah 40egativ dijawab. Objektif pertama ialah mengenal pasti hubungan jantina dengan tingkah laku devian. Berdasarkan dapatan analisis didapati tidak semua dimensi tingkah laku devian mempunyai hubungan signifikan dengan perbezaan jantina. Hanya perbuatan buli, baran dan mengancam yang mempunyai perbezaan mengikut jantina bermaksud tiga kategori devian ini berbeza mengikut jantina, iaitu pelajar lelaki lebih cenderung untuk devian dengan tiga kategori ini berbanding pelajar perempuan. Sementara dimensi bohong dan agresif, tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan bermaksud perbezaan jantina tidak mempunyai pengaruh dalam kecenderungan melakukan devian dalam kategori bohong dan agresif. Hal ini selari dengan dapatan kajian Brambilla et al., (2021) yang mengatakan pelajar lelaki lebih cenderung devian dengan tingkah laku berorientasikan jenayah seperti buli dan mengancam keselamatan individu lain.

Objektif kedua juga 40egativ dijawab dengan hasil analisis iaitu mengenal pasti hubungan motivasi diri dengan tingkah laku devian. Dapatan mendapati hanya tiga dimensi devian mempunyai hubungan signifikan dengan motivasi diri iaitu tingkah laku agresif, baran dan

(7)

mengancam. Hubungan adalah kolerasi positif yang membawa maksud semakin tinggi tingkah laku agresif, baran dan mengancam maka semakin tinggilah juga motivasi diri pelajar. Perkara ini sejajar dengan dapatan kajian Abrams et al., (2018) yang mengatakan majoriti pelajar yang melakukan tingkah laku devian mempunyai motivasi diri yang tinggi, malangnya motivasi itu digunakan di tempat yang salah.

Sementara objektif ketiga pula yang bertujuan untuk mengenal pasti hubungan isolasi sosial dengan tingkah laku devian 41egativ dijawab dengan analisis kolerasi 41egative. Sekalipun kategori tingkah laku yang mempunyai hubungan signifikan adalah sama dengan objektif kedua iaitu tingkah laku agresif, baran dan mengancam, tahap hubungan kolerasi adalah lemah 41egative. Hal ini bermaksud pelajar yang mempunyai tingkah laku agresif, baran dan mengancam yang tinggi cenderung untuk mempunyai tahap isolasi yang rendah. Hubungan 41egative membawa maksud tahap isolasi sosial masih dipengaruhi dengan perkara lain bukan semata-mata dengan sikap devian agresif, baran dan mengancam. Dapatan ini selari dengan kajian Gollwitzer et al., (2019) yang mengatakan tahap isolasi sosial pelajar adalah rendah sekali pun aktif dalam melakukan tingkah laku devian, pelajar lebih cenderung melakukan devian secara berkelompok atau berkumpulan daripada melakukannya seorang diri kerana lebih memerlukan pengiktirafan dari ahli kumpulan.

8. Cadangan dan Rumusan

Sekalipun tiada bukti kukuh untuk mengatakan pelajar lelaki lebih devian daripada pelajar perempuan, namun berdasarkan kajian Bauman et al., (2020) pelajar lelaki lebih cenderung devian berdasarkan beberapa faktor antaranya 1- kepentingan untuk mendapat pengiktirafan kumpulan mendorong pelajar lelaki untuk lebih terhadapan dalam tingkah laku berisiko dan pelanggaran undang-undang, 2- pengaruh rakan yang negatif juga memudaratkan pelajar lelaki untuk kekal diterima dan 3- pelajar lelaki lebih terdedah kepada sumber devian seperti dadah dan gengsterisme. Sehubungan itu pengkaji mencadangkan agar pihak berautoriti politeknik lebih menekankan pengurusan masalah disiplin pelajar lelaki agar tidak menjadi barah yang memudaratkan keseluruhan institusi.

Sementara dari segi motivasi diri, dapatan kajian ini yang mendapati motivasi diri pelajar adalah tinggi sebenarnya berlawanan dengan dapatan kajian Novin et al.,(2019) yang menegaskan hubungan antara motivasi diri dan devian adalah kompleks dan sentiasa berubah bergantung kepada individu namun lazimnya pelajar yang bermotivasi rendah cenderung devian lantaran mahukan perhatian dan kuasa manakala kajian Perveen et al., (2020) mengatakan pelajar yang devian mengalami penurunan motivasi diri kerana stigma masyarakat dan akibat negatif dari tingkah laku tersebut. Pengkaji mendapati terdapat titik temu antara kedua-dua pandangan iaitu pelajar devian bermotivasi secara negatif dan pelajar normal bermotivasi secara positif. Justeru pengkaji mencadangkan pihak politeknik lebih serius dengan aktiviti penerapan nilai Islam bukan sahaja dalam aktiviti kokurikulum tetapi menyeluruh ke setiap aktiviti pengajaran sama ada subjek teknikal mahupun subjek umum.

Manakala dari segi tahap isolasi sosial dan hubungannya dengan devian, dapatan kajian menunjukkan tahap isolasi sosial adalah rendah kerana kegiatan devian dilaksanakan secara berkumpulan dan pelajar devian mengekalkan status quo kumpulan kerana mahukan pengiktirafan dan pembelaan. Dapatan ini selari dengan pandangan Hogg (2021) yang mengatakan tahap isolasi sosial pelajar yang menjadi mangsa devian adalah lebih tinggi berbanding dengan tahap isolasi sosial pelajar devian itu sendiri. Mangsa devian terutama mangsa buli mengalami tahap isolasi sosial tinggi lantaran rasa rendah diri serta kemurungan

(8)

menyebabkan kemerosotan kebolehan dalam kemahiran hidup bersosial, gagal berempati, lemah dalam penyelesaian masalah dan proses membuat keputusan. Sehubungan itu pengkaji mencadangkan agar proses rehabitilasi ditumpukan kepada mangsa devian dengan mempromosi program mentor mentee, penambahbaikan emosi sosial persekitaran serta kempen anti buli diadakan secara berterusan. Selain itu hubungan institusi dengan ibubapa pelajar perlu ditambah baik dengan penglibatan penuh komuniti dengan memberikan sokongan moral dan meningkatkan peluang mangsa devian mencapai pengalaman sosial positif.

Kesimpulannya motivasi diri, isolasi sosial dan perilaku devian saling berkaitan serta mempunyai impak yang signifikan terhadap kesejahteraan dan pembangunan pelajar. Motivasi diri rendah menyumbang kepada perilaku devian, kerana individu tersebut cuba untuk mengatasi perasaan kekurangan dan ketidaktentuan. Isolasi sosial juga meningkatkan risiko perilaku devian, kerana pelajar yang tidak mempunyai hubungan sosial yang positif cenderung devian sebagai satu cara untuk mencari perhatian dan penerimaan. Justeru untuk mengatasi cabaran ini, adalah penting bagi institusi dan masyarakat melaksanakan program dan dasar yang komprehensif dan sesuai dengan budaya yang mempromosikan motivasi diri yang positif, hubungan sosial, dan perilaku sihat. Langkah mempromosikan motivasi diri yang positif dapat mengurangkan isolasi sosial sekaligus mengurangkan risiko perilaku devian di samping mencipta persekitaran yang sihat untuk pembangunan modal insan yang lebih baik.

References

Abrams, D., Travaglino, G. A., Marques, J. M., Pinto, I. R., & Levine, J. M. (2018). Deviance credit: Tolerance of deviant ingroup leaders is mediated by their accrual of prototypicality and conferral of their right to be supported. Journal of Social Issues, 21(4), 56–65.

Abrams, D., Travaglino, G.A., Marques, J. M., Davies, B., & Randsley de Moura, G. (2021) Collective deviance: Scaling up subjective group dyanmics to superordinate categories reveals a deviant ingroup protection effect. Journal of Personality and Social Psychology. 74(1), 36–55

Adam, H., & Brett, J. (2018). Everything in moderation: The social effects of anger depend on its perceived intensity. Journal of Experimental Social Psychology, 76, 12–18.

Bauman, S., Yoon, J., Iurino, C., & Hackett, L. (2020). Experiences of adolescent witnesses to peer victimization: The bystander effect. Journal of School Psychology, 80, 1–14.

Brambilla, M., Sacchi, S., & Rusconi, P. (2021). The primacy of morality in impression development: Theory , research , and future directions. Advances in Experimental Social Psychology, 64, 1–76.

Buss, A. H., & Perry, M. P. (1992). The aggression questionnaire. Journal of Personality and Social Psychology, 63(3), 452-459.

Byrne, E., Vessey, J. A., & Pfeifer, L. (2018). Cyberbullying and social media: Information and interventions for school nurses working with victims, students, and families. The Journal of School Nursing, 34(1), 38–50.

Cheshin, A., Amit, A., & Van Kleef, G.A. (2018). The interpersonal effects of emotion intensity in customer service: Perceived appropriateness and authenticity of attendants emotional displays shape customer trust and satisfaction. Organizational Behavior and Human Decision Processes, 144, 97–111.

Choi, E. U., & Hogg, M. A. (2020). Self-uncertainty and group identification: A meta-analysis.

Group Processes and Intergroup Relations, 23(4), 483–501.

(9)

Dong, M., Van Prooijen, J. W., & Van Lange, P. A. M. (2019). Self-enhancement in moral hypocrisy: Moral superiority and moral identity are about better appearances. PLoS ONE, 14(7), 1–17.

Eisenstadt, L., & Geddes, D. (2018). Suppressed anger: Retaliation doctrine’s negative implications for workplace culture. Journal of Business Law, 20(1), 101–163.

Forbes, M. K., Fitzpatrick, S., Magson, N. R., & Rapee, R. M. (2018). Depression, anxiety, and peer victimization: Bidirectional relationships and associated outcomes transitioning from childhood to adolescence. Journal of Youth and Adolescence, 48(4). 1-11.

Gollwitzer, A., Marshall, J., & Bargh, J. A. (2019). Pattern deviancy aversion predicts prejudice via a dislike of statistical minorities. Journal of Experimental Psychology: General, 149, 828-854.

Hogg, M. A. (2021). Self-uncertainty and group identification: Consequences for social identity, group behavior, intergroup relations, and society. Advances in Experimental Social Psychology, 64, 263-316.

Humphries, M. L., Williams, B. V., & May, T. (2018). Early childhood teachers’ perspectives on social-emotional competence and learning in urban classrooms. Journal of Applied School Psychology, 34(2), 157–179.

Kennedy, R. S. (2020). A meta-analysis of the outcomes of bullying prevention programs on subtypes of traditional bullying victimization: Verbal, relational, and physical.

Aggression and Violent Behavior, 55, 32-47

Koch, A., Yzerbyt, V., Abele, A., Ellemers, N., & Fiske, S. T. (2021). Social evaluation:

Comparing models across interpersonal, intragroup, intergroup, several-group, and many group contexts. Advances in Experimental Social Psychology, 1–61.

Kofoed, J., & Staksrud, E. (2019). ‘We always torment different people, so by definition, we are no bullies’: The problem of definitions in cyberbullying research. In New Media and Society (Vol. 21, Issue 4, pp. 1006–1020).

Li, L.F.,Wang, Z.Q., Zhang, Q., & Wen, H. (2020). Effect of anger, anxiety, and sadness on the propagation scale of social media posts after natural disasters. Information Processing

& Management, 57, 6, 102–313.

Liu, H., Zhang M., Yang Q., Yu B. (2020). Gender differences in the influence of social isolation and loneliness on depressive symptoms in college students: a longitudinal study. Social Psychiatry Epidemiol. 55(2):251‐257.

Martel, C., Pennycook, G., & Rand, D.G. (2020). Reliance on emotion promotes belief in fake news. Cognitive research: principles and implications, 5, (1): 1–20.

Moravec, P., Minas, R., & Dennis, A.R. (2029). Fake news on social media: People believe what they want to believe when it makes no sense at all. MIS Quarterly, 43, (4), 18–

87.

Novin, S., Broekhof, E., & Rieffe, C. (2019). Bidirectional relationships between bullying, victimization and emotion experience in boys with and without autism. Autism, 23(3), 796–800.

Perveen, A., Hamzah, H. B., & Ramlee, F. (2020). Effectiveness of self-esteem based interventions to enhance self-esteem and academic achievement among undergraduate students.International Journal of Advanced Science and Technology, 29, 1973–1983.

Ramdass, J. V, & Hogg, M. A. (2019). A cheat in our midst: How people evaluate and respond to fellow group members who cheat. Journal of Applied Social Psychology, 49(12), 735–745.

Rosenberg, M. (1965). Society and the adolescent self-Image. Princeton University Press.

Russell, D., Peplau, L.A., & Cutrona, C.E. (1980). The revised UCLA Loneliness Scale:

Concurrent and discriminant validity evidence. Journal of Personality and Social Psychology, 39, 472-480.

(10)

Schein, C., & Gray, K. (2018). The theory of dyadic morality: Reinventing moral judgment by redefining harm. Personality and Social Psychology Review, 22(1), 32–70.

Singh A, Khess C.R.J., K.J. M., Ali A., Gujar N.M. (2020). Loneliness, social anxiety, social support, and internet addiction among postgraduate college students. Open Journal Psychiatry Allied Science, 11 (1):10‐13.

Spears, R. (2021). Social influence and group identity. Annual Review of Psychology, 72, 367–

390.

Van Verseveld, M. D. A., Fukkink, R. G., Fekkes, M., & Oostdam, R. J. (2019). Effects of antibullying programs on teachers’ interventions in bullying situations. A meta- analysis. Psychology in the Schools, 56, 1–18.

Vos, J., & Vitali, D. (2018). The efects of psychological meaning-centered therapies on quality of life and psychological stress: A meta-analysis. Palliative & Supportive Care, 16(5), 608–632.

Wang, L., Restubog, S., Shao, B., Lu, V., & Van Kleef, G. A.(2018). Does anger expression help or harm leader effectiveness? The role of competence-based versus integrity- based violations and abusive supervision. Academy of Management Journal, 61, 3, 1050–1072.

Wojcik, M., & Mondry, M. (2020). “The game of bullying”: Shared beliefs and behavioral labels in bullying among middle schoolers. Group Dynamics: Theory, Research, and Practice, 24(4), 276-293.

Zych, I., Farrington, D. P., & Ttofi, M. M. (2019). Protective factors against bullying and cyberbullying: A systematic review of meta-analyses. Aggression and Violent Behavior, 45(1), 4-19.

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti program-program dalam media yang menjadi daya tarikan untuk ditonton oleh pelajar-pelajar agresif, perbezaan dalam daya tarikan

Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jabatan kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal dalam pengalaman pembelajaran

Dapatan kajian ini mendapati cabaran ibu mengaplikasikan sesi bermain bersama anak fokus adalah kesukaran mengaplikasi kemahiran yang dipelajari, peserta bosan,

Di dalam dapatan kajian objektif kedua pengkaji mendapati bahawa secara amnya, pelajar-pelajar SMANH Palembang belum menguasai dengan baik gaya bahasa sapaan

Dapatan kajian ini adalah seiring dengan teori yang dikemukakan oleh Felder dan Silverman (1988) yang menjelaskan bahawa pelajar GPSen dan pelajar GPInt adalah dua

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara beberapa aspek motivasi dengan tahap pencapaian pelajar dalam kursus Teknologi Elektrik

Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang paling dominan sama ada faktor ibu bapa, guru dan rakan sebaya yang mempengaruhi tingkah laku delinkuen pelajar Sekolah

Hasil Kajian Daripada tapisan yang telah dilakukan menerusi Model PRISMA, didapati terdapat kurang daripada 20 buah artikel dijumpai berkaitan kesan dari aspek tingkah laku pelajar