• Tidak ada hasil yang ditemukan

Aspek Tingkah Laku Dan Pencapaian Pelajar Semasa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Aspek Tingkah Laku Dan Pencapaian Pelajar Semasa"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Aspek Tingkah Laku Dan Pencapaian Pelajar Semasa Pembelajaran Aktif Dalam Mata Pelajaran Matematik: Kajian

Literatur Bersistematik

(Behavioral and Student Achievement Aspects during Active Learning in Mathematics: A Systematic Literature Review)

Nurul Mardhati Salahuddin1*, Roslinda Rosli1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

* Corresponding Author: [email protected]

Accepted: 15 March 2023 | Published: 31 March 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/ijares.2023.5.1.9

__________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pembelajaran aktif sering dikaitkan dengan pendekatan flipped classroom atau pembelajaran berpusatkan pelajar. Kaedah ini juga melibatkan interaksi antara para pelajar sesama rakan sebaya atau para pelajar dengan guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kajian sistematik ini bertujuan untuk meninjau kesan pembelajaran aktif terhadap tingkah laku pelajar. Sebanyak 12 buah artikel diperoleh dari pangkalan data Scopus dan Web of Science (WOS) dari tahun 2018 sehingga 2022 melalui tinjauan sistematik Model PRISMA. Beberapa kriteria telah ditetapkan bagi memperoleh artikel yang bersesuaian dengan persoalan kajian. Hasil analisis mendapati pembelajaran aktif terdiri daripada pembelajaran berasaskan teknologi dan pembelajaran tidak berasaskan teknologi selain memberi kesan kepada beberapa kategori seperti pencapaian ujian, kemahiran komunikasi, tahap kebimbangan terhadap Matematik, penglibatan pelajar serta kefahaman pengajaran.

Secara amnya, pencapaian pelajar meningkat seiring dengan tahap penglibatan pelajar dengan pembelajaran aktif.

Kata kunci: pembelajaran aktif, tingkah laku, pencapaian, Matematik, pelajar

Abstract: Active learning is often associated with flipped classroom approach or student centered learning. This method also involves interaction between students and peers or students and teachers in teaching and learning activities. This systematic study aimed to examine the effects of active learning on student behavior and achievement. A total of 12 articles were obtained from Scopus and Web of Science (WOS) databases from 2018 to 2022 through a systematic review of the PRISMA Model. Several criteria have been set to obtain relevant articles in accordance to research question. The results of analysis found that active learning consists of technology-based learning and non-technology-based learning besides affecting several categories such as test achievement, communication skills, level of anxiety, student involvement and teaching understanding. All in all, students’ achievement increases align with the level of students’ engagement in active learning.

Keywords: active learning, behaviour, achievement, Mathematics, student

___________________________________________________________________________

(2)

1. Pengenalan

Matematik merupakan mata pelajaran yang mencabar dalam kalangan pelajar (Idris, 2005).

Namun, tidak dinafikan Matematik juga merupakan mata pelajaran yang penting dalam bidang pendidikan sama ada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di peringkat pengajian tinggi. Jerry dan Jamaludin (2021) berpendapat Matematik adalah mata pelajaran yang sukar difahami kerana pelajar dikehendaki menghafal dan menguasai pelbagai rumus matematik. Kesukaran ini turut menyebabkan pelajar tidak dapat menghubungkaitkan Matematik dengan situasi kehidupan seharian (Nong & Adnan, 2017). Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran mata pelajaran Matematik memerlukan pelajar memahami dan mendalami sesuatu konsep secara menyeluruh (Voon & Amran, 2021).

Menurut Idris (2005), pembelajaran matematik bukan hanya memfokuskan kepada penghafalan formula dan langkah pengiraan semata-mata, tetapi melibatkan pengujian, penyelidikan dan juga penyelesaian masalah. Sehubungan itu, keutamaan harus diberi kepada peranan dan tanggungjawab guru untuk menerapkan rasa minat dalam kalangan pelajar terhadap mata pelajaran Matematik. Dari segi psikologi, Idris (2005) dalam bukunya ada menyatakan penglibatan guru terhadap pembelajaran pelajar perlu menampakkan kesungguhan mereka dalam mata pelajaran Matematik. Hal ini kerana sikap tersebut akan meyakinkan pelajar bahawa tanggapan dan persepsi negatif mengenai mata pelajaran Matematik adalah tidak benar.

Malah, terdapat kajian yang mendapati faktor kepada lahirnya perasaan minat terhadap Matematik adalah disebabkan oleh persekitaran, guru dan kemudahan pembelajaran (Lan &

Affero, 2016). Dari aspek guru, kesedaran dan keterbukaan untuk memperbaiki diri adalah suatu keperluan terutamanya mengenai tindakan guru dalam menambah baik cara penyampaian ilmu pengetahuan (William & Maat, 2020). Oleh itu, kajian ini membincangkan perihal pembelajaran aktif yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam kelas serta kesan dari aspek tingkah laku pelajar.

2. Sorotan Literatur

Kurikulum Matematik akan dikatakan berjaya bergantung kepada peranan aktif guru serta cara pelaksanaannya (Jerry & Jamaludin, 2021). Sebaliknya, berlaku kemerosotan terhadap pembelajaran Matematik pelajar dari segi minat, sikap, kemahiran asas dan kemahiran menyelesaikan masalah yang lemah (Noor & Zakaria, 2018) jika guru gagal melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Luitel (2020) juga menyatakan penglibatan pelajar yang kurang menjadi punca pelajar mempunyai pengalaman yang rendah terhadap Matematik. Justeru, penekanan terhadap pedagogi pengajaran diabaikan apabila guru didapati tidak mengutamakan pembelajaran aktif.

Walau bagaimanapun, menurut Iannone dan Miller (2019), guru sering menggunakan kaedah tradisional “chalk and talk” kerana ia lebih memudahkan kerja guru dalam menyampaikan ilmu. Musa dan Samsudin (2021) menyatakan guru lebih gemar menggunakan kaedah tradisional kerana boleh memberi tumpuan kepada peperiksaan serta memfokuskan pada matlamat untuk menghabiskan topik pengajaran yang banyak. Senario pembelajaran kaedah tradisional yang turut dikenali sebagai pembelajaran berasaskan guru ini mempunyai beberapa kekurangan yang menyebabkan pelajar gagal dalam pembelajaran Matematik (Khalaf, 2018).

Selain kehilangan minat untuk mempelajari Matematik, pencapaian pelajar juga berkemungkinan turut sama merosot (Jerry & Jamaludin, 2021).

(3)

Menerusi kaedah tradisional, suasana pembelajaran menjadi pasif yang mana pelajar hanya menerima segala maklumat yang disampaikan oleh guru dan pelajar lebih selesa untuk tidak melibatkan diri ketika pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru disarankan untuk beralih dari pembelajaran tradisional kepada pembelajaran aktif. Hal ini kerana asas kepada pembelajaran aktif adalah melibatkan tumpuan untuk memperkukuhkan kemahiran berfikir aras tinggi dan teknik penerimaan arahan yang memerlukan pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran (Ting et al., 2019).

Secara umumnya, pembelajaran aktif bukan suatu idea yang baharu. Ia telah lama dipraktikkan namun jumlah penerimaan pembelajaran ini masih sedikit dalam kalangan guru. Namun, kini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadikan pembelajaran aktif sebagai elemen penting dalam konsep Pendidikan Abad ke 21 (PAK21)(Ali et al., 2018). Menurut Bakar dan Ismail (2020), pembelajaran aktif adalah tingkah laku atau perlakuan secara terus melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran. Manakala Hartikainen et al. (2019) mendefinisikan pembelajaran aktif bukanlah pembelajaran secara bebas oleh pelajar tetapi ia sebenarnya dikawal, diatur dan dirancang oleh guru. Disebabkan itu, pembelajaran ini lebih sesuai difahami sebagai pembelajaran melalui pendekatan instruksi.

Antara aspek penting dalam pembelajaran aktif adalah penglibatan pelajar yang lebih jelas kelihatan bermula dari awal sesi pengajaran dan pembelajaran bermula sehingga selesai.

Antara bentuk pembelajaran aktif yang boleh diamalkan adalah pembelajaran berasaskan masalah, perbahasan, permainan, penulisan, inkuiri, simulasi, projek dan penemuan (Radzi, 2010). Selain itu, Voon dan Amran (2021) turut menjelaskan bahawa kaedah ini bukan hanya perihal membuat latihan tubi tetapi memerlukan pelajar untuk berinteraksi dengan individu lain. Dengan erti kata lain, penglibatan pelajar lebih diutamakan untuk mencipta pembelajaran bermakna. Penglibatan pelajar ini menyebabkan pelajar berasa seronok (Mat & Matore, 2020) dan tertunggu-tunggu akan sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

Akan tetapi terdapat isu apabila bilangan pelajar di dalam sesebuah kelas adalah lebih besar dan berlakunya situasi kurang kerjasama dari pelajar serta kelemahan guru untuk menarik perhatian pelajar dalam memberi tumpuan di dalam kelas (Yilmaz et al., 2022). Kajian tersebut juga menyatakan flipped classroom adalah salah satu pendekatan yang dicadangkan untuk mengubah cara pengajaran tradisional kepada suatu pengajaran yang aktif. Ini dapat dibuktikan dari kajian Dutta et al. (2020) yang mendapati flipped classroom berupaya meningkatkan tahap tumpuan apabila terlibat secara langsung dalam pengajaran.

Selain itu, terdapat juga kajian yang menggunakan kaedah pengajaran secara dalam talian seperti e-learning untuk menggalakkan pembelajaran aktif. Kesannya dapat dikenal pasti dari dua aspek utama iaitu perubahan pada tingkah laku dan pencapaian pelajar. Kajian dari Mat dan Matore (2020) mendapati tingkah laku dan pencapaian pelajar melibatkan aspek kognitif dan emosi yang menghasilkan perasaan seronok seterusnya mempengaruhi penilaian akademik pelajar. Secara keseluruhannya, pembelajaran aktif yang terhasil daripada pengajaran dan pembelajaran menyebabkan pelbagai maklum balas terutama dari golongan guru serta pelajar.

Semua tindakan ini adalah ke arah mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan pelajar yang mempunyai ciri- ciri intelek, rohani, jasmani dan emosi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019).

(4)

3. Persoalan kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti secara sistematik literatur kajian terkini yang mengkaji kesan pembelajaran aktif terhadap tingkah laku dan pencapaian pelajar. Antara persoalan kajian yang terbentuk untuk kajian ini ialah:

i. Apakah jenis pembelajaran aktif yang berlaku di dalam kelas matematik?

ii. Apakah kesan pembelajaran aktif dalam mata pelajaran Matematik kepada tingkah laku dan pencapaian pelajar?

4. Metod Kajian

Metod kajian yang sesuai digunakan bagi mengkaji sorotan literatur bersistematik adalah menggunakan Model PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta- Analyses). Menurut Page et al. (2021) PRISMA bertujuan untuk memudahkan pengkaji membuat penilaian berkenan artikel yang terlibat melalui cara pencarian yang sepatutnya serta melibatkan kebolehpercayaan terhadap dapatan artikel. Kajian yang bercirikan seperti kajian sorotan literatur bersistematik adalah kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif. Hal ini kerana kajian ini menggunakan dokumen-dokumen yang diperoleh dari pangkalan data dalam menjawab persoalan kajian.

Bagi kajian ini, pangkalan data untuk memperoleh dokumen telah dikecilkan kepada dua pangkalan iaitu Scopus dan juga Web of Science (WOS). Faktor kepada pemilihan dua pangkalan ini adalah kerana ia merupakan pangkalan data yang besar dan menempatkan artikel yang berkualiti serta sering dijadikan tumpuan para penyelidik dan pengkaji untuk menerbitkan penulisan kajian mereka. Oleh itu, untuk mencari serta mendapatkan artikel yang berkaitan beberapa langkah harus dilalui iaitu pengenalpastian (identification), saringan (screening), kelayakan (eligibility) dan rangkuman (included).

i. Pengenalpastian (identification)

Dalam peringkat ini adalah penting untuk pengkaji mengenal pasti kata kunci yang sesuai untuk kajian yang dilakukan. Bagi kajian ini terdapat beberapa kata kunci yang sesuai digunakan iaitu pembelajaran aktif (active learning), kesan (effect), tingkah laku (behavior) dan pencapaian (achievement). Kata kunci ini telah dimasukkan ke dalam pangkalan data Web of Science (WOS) dan juga Scopus. Dari kedua-dua pangkalan data tersebut, didapati 212 buah artikel diperoleh menggunakan kata kunci dan menjadikan 192 buah artikel terlibat setelah mengecualikan artikel yang sama.

Jadual 1: Rentetan carian yang digunakan dalam proses pengenalpastian

Pangkalan Data Kata Kunci

Scopus

TITLE-ABS-KEY(("active learning") AND ("effect*" OR "aftermath*" OR

"consequence*" OR “response*”) AND (“behavior*” OR “conduct*” OR “attitude*”

OR “act*”) AND (“achievement*” OR “attainment*” OR “accomplishment*” OR

“performance*”) AND

("mathematics"))

Web of Science (WOS)

TS=(("active learning") AND ("effect*" OR "aftermath*" OR "consequence*" OR

“response*”) AND (“behavior*” OR “conduct*” OR “attitude*” OR “act*”) AND (“achievement*” OR “attainment*” OR “accomplishment*”

OR “performance*”) AND ("mathematics"))

(5)

ii. Saringan (screening)

Peringkat ini adalah di mana artikel yang diperoleh dari pengenalpastian ditapis sekali lagi bagi memenuhi beberapa kriteria. Antaranya ialah (1) literatur dalam bentuk artikel; (2) literatur adalah penerbitan dari tahun 2018 sehingga Jun 2022; (3) literatur adalah artikel berindeks; (4) literatur adalah dalam Bahasa Inggeris; (5) literatur mempunyai kaitan dengan tajuk kajian dan (6) literatur mempunyai data empirikal. Terdapat sebanyak 129 buah artikel yang tidak menepati kriteria di atas dan menyebabkan artikel berkurang menjadi 63 buah.

Jadual 2: Kriteria bagi pemilihan artikel

Kriteria Penerimaan Penolakan

Jenis literatur Artikel jurnal berbentuk kajian

Artikel jurnal berbentuk tinjauan sistematik, buku, bab dalam buku, siri

buku dan prosiding

Bahasa Bahasa Inggeris Selain Bahasa Inggeris

Terbitan artikel Dari 2018 sehingga 2022 (Jun) Sebelum 2018

iii. Kelayakan (eligibility)

Untuk memastikan artikel-artikel yang diperoleh dari peringkat saringan adalah benar-benar menepati kehendak kajian, pengkaji telah meneliti setiap artikel menerusi pembacaan secara manual pada tajuk artikel, abstrak atau keseluruhan artikel. Hanya terdapat 20 artikel yang boleh diakses sepenuhnya dan layak untuk digunakan di dalam kajian ini. Pengecualian juga telah dilakukan kepada 8 buah artikel kerana tidak bersesuaian dengan kajian ini atas faktor tidak melibatkan matematik dan kesan pembelajaran aktif.

iv. Rangkuman (included)

Akhirnya, 12 buah artikel telah dipilih untuk dijadikan analisis bagi penulisan kajian ini bersesuaian dengan tajuk dan persoalan kajian.

Rajah 1: Tinjauan sistematik Model PRISMA (Page et al., 2021)

Mengenal pasti (Identification) Pemeriksaan (Screening) Kelayakan (Eligibility) Terpilih (Included)

Pencarian rekod literatur menggunakan pangkalan data Scopus (n = 95) dan Web of Science (WOS) (n = 117)

(n = 95 + 117 = 212)

Rekod setelah literatur duplikasi dikeluarkan (n = 192)

Rekod literatur yang telah ditapis

(n = 63)

Rekod terkecuali dikeluarkan (sorotan literatur bersistematik, siri buku, buku, bab

dalam buku, prosiding, bukan berbahasa Inggeris serta diterbitkan sebelum 2018)

(n=129)

Artikel yang boleh diakses secara lengkap untuk kelayakan

(n=20)

Rekod dikeluarkan disebabkan tidak melibatkan persoalan kajian melalui

pembacaan

(n=8)

(n=20)

Artikel yang berkaitan untuk kajian sistematik

(n=12)

(6)

5. Hasil Kajian

Daripada tapisan yang telah dilakukan menerusi Model PRISMA, didapati terdapat kurang daripada 20 buah artikel dijumpai berkaitan kesan dari aspek tingkah laku pelajar terhadap pembelajaran aktif dalam mata pelajaran Matematik. Berikut merupakan ringkasan dapatan artikel:

Jadual 3: Ringkasan dapatan artikel

No. Penulis (Tahun) Reka Bentuk

kajian

Negara Jenis pendekatan

1 Ting, F. S. T. et al. (2019) Kuantitatif China Berasaskan teknologi

2 Ng, O. L. et al. (2019) Kuantitatif China Berasaskan teknologi

3 Lugosi, E., & Uribe, G. (2020) Kuantitatif Amerika Tidak berasaskan teknologi 4 Turra, H. et al. (2019) Kuantitatif Amerika Tidak berasaskan teknologi

5 Kuchynka, S. et al. (2021) Kuantitatif Amerika Berasaskan teknologi

6 Van Den Berg, V. et al. (2019) Campuran Nertherland Tidak berasaskan teknologi

7 Chen, B. Y. et al. (2018) Kuantitatif Amerika Berasaskan teknologi

8 Cekmez, E. (2019) Kuantitatif Turki Berasaskan teknologi

9 Carter, C. L. et al. (2018) Campuran Amerika Tidak berasaskan teknologi 10 Panyajamorn, T. et al. (2018) Kuantitatif Malaysia Tidak berasaskan teknologi 11 Razali, N. et al. (2020) Kuantitatif Malaysia Tidak berasaskan teknologi 12 Dori, Y. J. et al. (2020) Kuantitatif Israel Tidak berasaskan teknologi

Reka Bentuk Kajian

Berdasarkan Jadual 1 terdapat hanya dua jenis penyelidikan yang diperoleh dari kajian lepas iaitu kuantitatif dan campuran. 11 buah artikel menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif (Razali, N. et al., 2020; Panyajamorn, T. et al., 2018; Dori, Y. J. et al., 2020; Chen, B. Y. et al., 2018; Kuchynka, S. et al., 2021; Turra, H. et al., 2019; Lugosi, E., & Uribe, G., 2020; Cekmez, E., 2019; Ting, F. S. T. et al., 2019; Ng, O. L. et al., 2019) manakala selebihnya adalah campuran (Van Den Berg, V. et al., 2019; Carter, C. L. et al., 2018). Secara keseluruhannya, kajian eksperimental dan kuasi eksperimental serta kajian tinjauan merupakan antara penyelidikan yang menjadi pilihan pengkaji kuantitatif yang paling banyak.

Jadual 4: Analisis jenis penyelidikan san reka bentuk kajian

Penyelidikan Reka Bentuk Kajian Artikel

Kuantitatif Eksperimental &

Kuasi Eksperimental

(Ng, O. L. et al. 2019; Ting, F. S. T. et al., 2019; Turra, H. et al., 2019; Cekmez, E., 2019)

Kajian Tinjauan

(Lugosi, E., & Uribe, G., 2020; Kuchynka, S. et al., 2021;

Chen, B. Y. et al., 2018; Panyajamorn, T. et al., 2018;

Razali, N. et al., 2020; Dori, Y. J. et al., 2020) Campuran (Carter, C. L. et al., 2018; Van Den Berg, V. et al., 2019)

Bilangan Artikel Mengikut Negara

Daripada 12 buah artikel yang diperoleh, 5 kajian dilakukan di Amerika (Carter, C. L. et al., 2018; Chen, B. Y. et al., 2018; Kuchynka, S. et al., 2021; Turra, H. et al., 2019; Lugosi, E., &

Uribe, G., 2020), 2 kajian masing-masing dari China (Ting, F. S. T. et al., 2019; Ng, O. L. et al., 2020) dan Malaysia (Razali, N. et al., 2020; Panyajamorn, T. et al., 2018) manakala selebihnya 1 kajian masing-masing di Isreal (Dori, Y. J. et al., 2020), Turki (Cekmez, E., 2019) dan akhir sekali Nertherland (Van Den Berg, V. et al., 2019). Ini membuktikan penghasilan kajian dari 5 tahun lepas adalah lebih banyak diterbitkan dari Amerika.

(7)

Rajah 2: Bilangan dapatan artikel mengikut negara

Tahun Penerbitan Artikel

Tahun penerbitan artikel-artikel ini terdiri daripada tahun 2018 sehingga 2021. Terdapat 3 buah artikel daripada tahun 2018 (Carter, C. L. et al., 2018; Chen, B. Y. et al., 2018; Panyajamorn, T. et al., 2018), 5 buah artikel dari tahun 2019 (Van Den Berg, V. et al., 2019; Turra, H. et al., 2019; Ting, F. S. T. et al., 2019; Ng, O. L. et al., 2019; Cekmez, E., 2019), 3 buah artikel dari tahun 2020 (Razali, N. et al., 2020; Dori, Y. J. et al., 2020; Lugosi, E., & Uribe, G., 2020.) dan 1 buah artikel dari tahun 2021 (Kuchynka, S. et al., 2021)

Rajah 3: Bilangan dapatan artikel mengikut tahun

Instrumen Kajian

Instrumen kajian adalah peralatan atau bahan yang digunakan untuk mengumpul maklumat atau data kajian. Terdapat beberapa jenis instrumen yang boleh digunakan di dalam sesebuah kajian. Hal ini kerana selain digunakan bagi mencapai objektif atau persoalan kajian, latar belakang atau demografi peserta kajian turut mempengaruhi kualiti sesebuah kajian tersebut.

Namun, disebabkan perolehan dari sorotan kajian literatur ini adalah sedikit, maka hanya terdapat dua jenis instrumen yang menjadi pilihan pengkaji lepas. Kajian dari lima tahun lepas mengenai kesan tingkah laku dan pencapaian pelajar terhadap pembelajaran aktif dalam mata pelajaran Matematik menunjukkan penggunaan instrumen soal selidik sebagai instrumen yang paling banyak digunakan.

(8)

Jadual 5: Jenis instrumen kajian

Artikel Soal Selidik Ujian

(Lugosi, E., & Uribe, G., 2020) /

(Kuchynka, S. et al., 2021) /

(Razali, N. et al., 2020) /

(Dori, Y. J. et al., 2020) /

(Cekmez, E., 2019) / /

(Ng, O. L. et al., 2019) / /

(Van Den Berg, V. et al., 2019) / /

(Ting, F.S.T. et al., 2019) / /

(Turra, H. et al., 2019) / /

(Chen, B.Y. et al., 2018) /

(Carter, C.L. et al., 2018) / /

(Panyajamorn, T. et al., 2018) /

Analisis Skop Kajian

Artikel-artikel yang diperoleh telah dianalisis untuk menjawab persoalan kajian yang telah dinyatakan.

Jenis pembelajaran aktif

Setelah melakukan analisis terhadap artikel yang terbabit, kebanyakan artikel mengatakan pembelajaran aktif yang berlaku di dalam kelas adalah pembelajaran yang menggunakan teknologi sebagai perantaraan pengajaran. Seperti kajian dari Ting et al. (2019), Ng et al (2019), Kuchynka et al. (2021), Chen et al. (2018), Cekmez (2019) serta Carter et al. (2018) merupakan antara artikel yang menggunakan teknologi secara keseluruhan dalam kajian mereka.

Namun, kajian dari Lugosi dan Uribe (2022), Turra et al. (2019), Panyajamorn et al. (2018), Van Den Berg et al. (2019), Razali et al. (2020) serta Dori et al. (2020) tidak menggunakan teknologi dalam menghasilkan pembelajaran yang aktif. Antara pembelajaran aktif yang tidak menggunakan teknologi sebagai perantaraan ialah project- based learning dan flipped classroom. Project-based learning ini turut terbahagi kepada dua pendekatan iaitu bersifat kolaboratif dan koperatif seperti di dalam artikel Ting et al. (2019), Turra et al. (2019) serta Razali et al. (2020).

Kesan dari Aspek Tingkah Laku dan Pencapaian

Dalam kajian literatur bersistematik ini juga membuktikan terdapat kesan dari aspek tingkah laku dan pencapaian pelajar terhadap pembelajaran aktif. Berikut adalah ringkasan analisis dapatan artikel tentang kesan daripada pembelajaran aktif:

Jadual 6: Kesan pembelajaran aktif dari aspek tingkah laku dan pencapaian Artikel

Kesan Kefahaman

pengajaran

Pencapaian ujian

Penglibatan pelajar

Kemahiran komunikasi

Kebimbangan matematik berkurang (Lugosi, E., & Uribe, G.,

2020) / / / / /

(Kuchynka, S. et al., 2021) / /

(Razali, N. et al., 2020) / / / /

(Dori, Y. J. et al., 2020) / / / /

(9)

(Cekmez, E., 2019) / / /

(Ng, O. L. et al., 2019) / / /

(Van Den Berg, V. et al.,

2019) / /

(Ting, F. S. T. et al., 2019) / / /

(Turra, H. et al., 2019) / /

(Chen, B. Y. et al., 2018) / / /

(Carter, C. L. et al., 2018) / /

(Panyajamorn, T. et al., 2018) / / / /

Secara umumnya, penglibatan pelajar boleh dikenal pasti dari kebanyakan dapatan artikel.

Manakala 10 artikel mendapati pencapaian pelajar turut memberi kesan apabila menggunakan kaedah pembelajaran aktif dan diikuti dengan kefahaman pengajaran, kebimbangan matematik berkurang serta kemahiran komunikasi.

Perbincangan Kajian

Kajian mendapati pembelajaran aktif terbentuk kepada dua jenis pengajaran iaitu pengajaran berasaskan teknologi dan pengajaran tidak berasaskan teknologi. Kajian ini mendapati kebanyakan kajian lepas tidak menggunakan teknologi semasa proses pengajaran. Simsek dan Yazar (2019) menjelaskan pengintegrasian teknologi di dalam pengajaran adalah perkara yang tidak perlu dijadikan kebiasaan disebabkan oleh kurang berkepentingan berbuat demikian.

Akan tetapi, kebanyakan guru matematik menyedari akan keberkesanan kepada pengajaran berasaskan teknologi sepanjang kelas berlangsung (Aziz & Maat, 2021). Ini turut disokong oleh Aburrahman et al. (2020) yang mana menyatakan pencapaian pelajar dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi turut dipengaruhi dengan kaedah pembelajaran aktif di dalam kelas.

Pemilihan kepada kaedah ini bergantung kepada tahap pemahaman guru mengenai jenis pembelajaran tersebut. Malah, Arshad et al. (2017) menyarankan guru agar mempelajari pelbagai kaedah pengajaran serta kemahiran sebelum mempraktikkan di dalam kelas. Apatah lagi, suatu ketika dulu Malaysia telah diberi penekanan tentang penggunaan pembelajaran secara dalam talian atau dikenal sebagai e-learning disebabkan kekangan penyebaran penyakit Covid-19. Namun, tidak dinafikan penggunaan pembelajaran aktif tanpa teknologi masih lagi relevan untuk diamalkan dalam pengajaran di sekolah. Ini kerana kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar mampu menghasilkan pelajar yang aktif, berfikiran kritikal serta berupaya meningkatkan tahap kemahiran dalam menyelesaikan masalah melalui perbincangan topik pembelajaran (Damanhuri et al., 2020). Justeru, menyokong inti pati dapatan artikel yang diperoleh dalam kajian ini.

Di samping itu, pembelajaran aktif dapat membentuk sifat positif pelajar ketika menjalani sesi pembelajaran seperti berusaha menyiapkan tugasan, bersemangat, rajin bertanya menjadi faktor dalam peningkatan pencapaian pelajar (Damanhuri et al., 2020). Namun, ini bergantung kepada bagaimana pembelajaran aktif itu diintegrasikan kepada pelajar sama ada berbentuk aktiviti kehidupan seharian, strategi interaksi pasukan serta persepsi mengenai kaedah penilaian (Chen et al., 2018). Hal ini kerana ia berkait rapat dengan tahap kepuasan pelajar terhadap kaedah penyampaian ilmu pengetahuan tersebut.

6. Kesimpulan

Secara keseluruhan, kajian literatur bersistematik ini membuktikan terdapat pelbagai jenis pembelajaran aktif yang boleh dipraktikkan oleh guru untuk aktiviti pengajaran dan

(10)

pembelajaran. Malah, kesan dari aspek tingkah laku dan pencapaian turut sama dijelaskan menerusi analisis ini. Walau bagaimanapun, dalam menjayakan pembelajaran aktif, guru harus bertindak sebagai penggerak situasi pembelajaran sahaja dan bukan sebagai pemberi maklumat utama dan penyelesai masalah. Disebabkan itu juga guru dianggap sebagai aset penting dan golongan yang paling hampir dengan pelajar dalam bidang pendidikan. Jika guru gagal memainkan peranan mereka atau hanya menjalankan tanggungjawab secara tidak serius, maka natijahnya dapat dilihat pada pelajar. Oleh yang demikian sebagai kajian lanjutan, kajian literatur bersistematik boleh dicadangkan bagi mengenal pasti peranan guru dalam menghasilkan pembelajaran aktif dalam mata pelajaran Matematik.

References

Aburrahman, M. S., Abdullah, A. H., Samsuddin, N. S., Rahman, S. N. S. A., Ashari, Z. M., Jumaat, N. F., Samah, N. A., & Ali, D. F. (2020). Pupil’s behaviour pattern and non- routine mathematical problem-solving strategy based on multiple intelligences.

Journal of Advanced Research in Dyanmical and Control Systems, 12(3): 466-485.

http://dx.doi.org/10.5373/JARDCS/V12I3/20201214

Ali, M. A., Karim, N. A., Mohamed, A., & Ismail, N. (2018). Aplikasi gaya pengajaran dan pembelajaran aktif dalam subjek Kemahiran Dinamika bagi merealisasikan pendidikan abad ke-21. Sains Humanika, 10: 3-2. https://doi.org/10.11113/sh.v10n3- 2.1487

Arshad, M. N., Atan, N. A., Abdullah, A. H., Abu, M. S., & Mokhtar, M. (2017). Improving reasoning skills of students to overcome learning difficulties in Additional Mathematics: A review. Journals of Science and Mathematics Letters, 5: 28-35.

https://doi.org/10.37134/jsml.vol5.3.2017

Aziz, N. F. A., & Maat, S. M. (2021). Kesediaan dan efikasi guru matematik sekolah rendah dalam pengintegrasian teknologi semasa pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8): 93- 108.

https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.949

Bakar, M. A. A., & Ismail, N. (2020). Mathematical instructional: A conceptual of redesign of active learning with metacognitive regulation strategy. International Journal of Instruction, 13(3): 633-648. https://doi.org/10.29333/iji.2020.13343a

Chen, B., Bastedo, K., & Howard, W. (2018). Exploring design elements for online STEM courses: Active learning, engagement & assessment design. Online Learning, 22(2):

59-75.

Damanhuri, N. H. A., Jamlus, S., & Ahmad, S. S. (2020). Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian subjek Matematik Pengurusan bagi pelajar sijil pengoperasian perniagaan di Kolej Komuniti Hulu Langat. International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP), 2(4): 275-287.

Dutta, R., Mantri, A., Singh, G., Malhotra, S., & Kumar, A. (2020). Impact of flipped learning approach on students motivation for learning digital electronics course. Integration of Education, 24(3): 453-464. https://doi.org/10.15507/1991-9468.100.024.202003.453- 464

Hartikainen, S., Rintala, H., Pyvas, L., & Nokelainen, P. (2019). The concept of active learning and the measurement of learning outcomes: A review of research in engineering

higher education. Education Sciences, 9(4): 1-19.

https://doi.org/10.3390/educsci9040276

Iannone, P., & Miller, D. (2019). Guided notes for university mathematics and their impact on students’ note-taking behaviour. Educational Studies in Mathematics, 101(3): 387- 404. https://doi.org/10.1007/s10649-018-9872-x

(11)

Idris, N. (2005). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Jerry, F. A. C., & Jamaludin, K. A. (2021). Pelaksanaan pembelajaran berasaskan inkuiri kritis dalam mata pelajaran Matematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2): 386-400.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 5: Matematik.

Khalaf, B. K. (2018). Traditional and inquiry-based learning pedagogy: A systematic critical review. International Journal of Instruction, 11(4): 545-564.

https://doi.org/10.12973/iji.2018.11434a

Lan, A. U., & Affero, I. (2016). Minat Pelajar dalam Subjek Matematik Sekolah Rendah Daerah Pontian. Seminar Pendidikan Johor 2016 “Pendidikan Berkualiti dan Pembangunan Swadaya Insan” (ms. 1-5).

Luitel, L. (2020). Exploring teachers’ experiences on the nature of Mathematics based on their curricular and pedagogical practices: A phenomenological inquiry. International Electronic Journal of Mathematics Education, 15(3): 1-12.

https://doi.org/10.29333/iejme/9135

Mat, S. F., & Matore, M. E. M. (2020). Faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar dalam pembelajaran matematik: Sorotan literatur bersistematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(3): 173-187.

Musa, M., & Samsudin, W. N. A. M. (2021). Implementasi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) Matematik: Adakah suatu realiti? Sains Malaysian, 50(9): 2781-2790.

http://doi.org/10.17576/jsm-2021-5009-23

Nong, L. H., & Adnan, M. (2017). Penerapan nilai matematik dalam kalangan guru matematik sekolah menengah kebangsaan luar bandar. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 7(2): 31-42. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol7.2.3.2017

Noor, M. S. M., & Zakaria, M. A. Z. M. (2018). Motivation, attitude and performance review among primary pupils through virtual learning environment. Sains Humanika, 3(2):

7-13.

Page, M. J., McKenzie, J. E., Bossuyt, P. M., Boutron, I., Hoffmann, T. C., Mulrow, C. D., Shamseer, L., Tetzlaff, J. M., Akl., E. A., Brennan, S. E., Chou, R., Glanville, J., Grimshaw, J. M., Hrobjartsson, A., Lalu, M. M., Li, T., Loder, E. W., Mayo-Wilson, E., McDonald, S., & Moher, D. (2021). The PRISMA 2020 statement: An update guideline for reporting systematic reviews. International Journal of Surgery, 88:

105906. https://doi.org/10.1016/j.ijsu.2021.105906

Radzi, M. S. M. (2010). Aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi melalui pembelajaran berasaskan masalah. [Disertasi tisak diterbitkan]. Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Simsek, O., & Yazar, T. (2019). Examining the self-efficacy of prospective teachers in technology integration according to their subject areas: The case of Turkey.

Contemporary Educational Technology, 10(3): 289-308.

https://doi.org/10.30935/cet.590105

Ting, F. S. T., Lam, W. H., & Shroff, R. H. (2019). Active learning via problem-based collaborative games in a large mathematics university course in Hong Kong.

Education Sciences, 9(172): 1-22. https://doi.org/10.3390/educsci9030172

Voon, S. H., & Amran, M. S. (2021). Pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam pembelajaran matematik. Sains Insani, 6(2): 73-82.

William, S. K., & Maat, S. M. (2020). Sorotan literatur bersistematik terhadap pengetahuan pedagogi isi kandungan guru matematik. Jurnal Pendidikan Dunia, 2(3): 82-94.

(12)

Yilmaz, Y., Suner, A., & Yilmaz, O. (2022). Mobile learning in a flipped classroom: Findings from a “5-lecture-5” blended learning design for large classes. Turkish Journal of Biochemistry, 47(1): 119-126. https://doi.org/10.1515/tjb-2019-0417

Referensi

Dokumen terkait

Namun ada beberapa alasan mengapa Skinner (1977 ) tidak sependapat dengan Guthrie (1991), iaitu, pengaruh hukuman terhadap perubahan tingkah laku sangat bersifat sementara,

sikap mempengaruhi tingkah laku dengan sikap mempengaruhi tingkah laku dengan membentuk persepsi nya terhadap situasi membentuk persepsi nya terhadap situasi.

Berdasarkan tinjauan Iiteratur penyelidik telah mengenal pasti pelbagai faktor yang menjadi penyebab kepada berlakunya tingkah laku delinkuen dalam kalangan pelajar sekolah

Keempat item angket yang akan dila- porkan hasilnya dalam artikel ini berkenaan dengan: (1) tingkah laku siswa yang paling mengganggu, (2) tingkah laku siswa

Oleh itu, kajian ini ingin melihat bagaimana hubungan keluarga, pengaruh rakan sebaya dan kecerdasan emosi menyumbang kepada berlakunya tingkah laku delinkuen dalam kalangan

Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji kesan pembelajaran berasaskan projek secara atas talian (e-PBP) ke atas sikap, pengetahuan dan tingkah

PERBANDINGAN TAHAP TINGKAH LAKU AGRESIF ANTARA ATLET DAN BUKAN ATLET DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH HILIR PERAK, MALAYSIA.. ABDUL RAZAK

Balan Rathakrishnan Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah 88450 Kota Kinabalu, Sabah Email: [email protected] ARTIKEL ORIGINAL HUBUNGAN TINGKAH