• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda:

Dalam dokumen Mengenal Diri Melalui Rasa Hati (Halaman 167-171)

Kata-Kata Hikmah Dari Orang Soleh

IMAM AHMAD:

6. Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda:

“Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz!”

Jawabku, “Ya Sayidil Mursalin.” Sabda Rasulullah SAW:

“Sekarang aku akan menceritakan kepadamu, bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mem-punyai hujah di hadapan Allah kelak.”

“Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat pen-jaga pintu menurut kadarnya pintu dan

keagungan-nya.

“Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba akan naik ke langit membawa amal itu ke

langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malai-kat Hafazah: “Saya penjaga tukang umpat. Lempar-kan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya

8. KATA-KATA HIKMAH DARI ORANGORANG SOLEH

diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat.”

“Esoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata: “Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal kerana mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain.” “Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Pen-jaga langit berkata: “Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong.”

Rasulullah SAW meneruskan sabdanya:

“Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata: “Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub.”

Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan ji-had, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit penjaganya berkata:

“Ini adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.”

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata: “Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini.”

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si

MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI

hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh.

Rupa cahaya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain.

Tetapi penjaga pintu langit berkata:

“Saya ini penjaga sum’ah (ingin masyhur). Se-sungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku.Tiap-tiap amalan yang tidak bersih kera-na Allah maka itulah riak. Allah tidak akan meneri-ma dan mengkabulkan orang-orang yang riak.”

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah SWT.

Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.

Tetapi firman Tuhan:

“Hafazah sekelian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalan-nya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku ada-lah Maha Mengetahui.”

“Aku melihat segala isi hati dan tidak akan ter-lindung bagi-Ku apa saja yang terter-lindung. Pengetahu-an-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi.”

8. KATA-KATA HIKMAH DAN ORANWRANG SOLEH

“Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagai-mana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalnya ini?”

“Laknat-Ku tetap padanya.”

Dan ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malai-kat yang mengiringinya pun bermalai-kata:

“Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekelian bagi mereka.

Dan semua yang di langit turut berkata: “Tetap-lah laknat Al“Tetap-lah kepadanya dan laknat orang yang melaknat.”

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata, “Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?”

Sabda Rasulullah SAW, “Hai Muaz, ikutilah Nabi-mu dalam soal keyakinan.”

Muaz bertanya kembali, ‘Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya si Muaz bin Jabal, bagai-mana saya boleh selamat dan boleh lepas dari baha-ya tersebut?”

Bersabda Rasulullah, “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka jangan-lah mengangkat diri dan menekan orang lain.”

‘Jangan riak dengan amal supaya amal itu dike-tahui orang. Jangan termasuk orang yang memen-tingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takbur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis

MENGENAL DIRI MEIALUI R4SA HATI

dengan maksud supaya orang takut padamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam.”

“Sebagaimana fir-man Allah yang bermaksud: Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manu-sia.”

Muaz berkata, “Ya Rasuiullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”

Jawab Rasulullah SAW, “Muaz, yang kami cerita-kan itu acerita-kan mudah bagi mereka yang dimudahcerita-kan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar.”

Dalam dokumen Mengenal Diri Melalui Rasa Hati (Halaman 167-171)

Dokumen terkait