• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERINGANAN BATIN

Dalam dokumen Mengenal Diri Melalui Rasa Hati (Halaman 143-150)

Tanda atau Sifat-Sifat Orang Yang Mendapat

KERINGANAN BATIN

Apabila seseorang hamba itu sudah mendapat kero hanian yang tinggi, hatinya (batinnya) akan jadi suci dan ringan. Allah SWT berfirman:

.

Terjemahannya: Iaitu mereka yang memenuhi janji Allah dan tidak pula merosakkan perjanjian.

(Ar Ra’d: 20)

Terjemahannya: Dan mereka menghubungi

apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan

(silatumahim) dan mereka takut pada Tuhan mereka dan takut pada hisab yang buruk.

(Ar Ra’d: 21)

Terjemahannya: Dan mereka juga bersabar dalam mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan pada mereka secara sembunyi atau secara

terang-terangan. Dan mereka menutupi kejahatan

6. TANDA ATAU SIFAT-SIFAT ORANG ‘YANG MENDAPAT AMALAN BATIN

dengan kebaikan. Mereka itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).

(Ar Ra ‘d: 22)

Terjemahannya: (Iaitu) syurga ‘Adn yang mereka

masuk ke dalamnya bersama-sama dengan

orang-orang yang soleh di kalangan bapa-bapanya,

isteri-isterinya dan anak cucunya, sedangkan

malaikat-malaikat masuk menemui mereka di semua pintu masuk.

(Ar Ra ‘d: 23)

Terjemahannya: (Sambil mengucapkan) “salam sejahtera kerana kesabaran kamu ” maka alangkah

baiknya tempat kesudahan itu.

(Ar Ra’d: 24)

Apabila roh sudah suci dan ringan maka rasa ringanlah hati kita untuk mentaati Allah. Nafsu kita akan berubah dari nafsu-nafsu yang rendah kepada nafsu mutmainnah. Ketika ini kita akan sentiasa merasa kita adalah hamba Allah, mahu hidup seba-gai hamba dan rela menerima apa sahaja qada dan qadar Tuhan tanpa soal jawab atau resah gelisah.

Untuk lebih jelas biar saya senaraikan sifat-sifat hati yang saya maksudkan:

l Rasa malu pada Allah kerana sentiasa merasa diawasi oleh Allah.

MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI

Rasa takut dan hebat pada Allah kerana tera-sa dir-i sentiatera-sa berada dalam kuatera-sa Allah yang mana Allah boleh buat apa sahaja seperti sakit, miskin, mati dan lain-lain.

Sentiasa rasa berdosa pada Allah (bukan depan manusia kerana ada kesalahan sulit yang tidak dapat dikesan seperti dosa-dosa hati) sebab itu dia selalu menangis seorang diri (bukan depan orang) kerana takut dosanya tidak terampun.

Tidak menangguh-nangguhkan urusan de-ngan Allah kerana hati sentiasa merasa keda-tangan maut itu bila-bila masa sahaja boleh berlaku.

Setiap kali terbuat kesalahan yang kecil pun hatinya rasa takut dan terhina di depan Allah dan terus dengan serta merta meminta am-pun dengan Allah SWT.

Setiap kali selesai beramal, hati merasa itu adalah kurnia Allah bukan kuasanya. Jadi dia tidak bangga malah rasa amalannya tidak sempurna bersama rasa harapkan kasihan belas dari Allah agar menerima amalannya. Kalau Allah menentukan satu ha1 pada diri-nya, hatinya meredhai apa yang terjadi (tan-pa kesal dan keluh-kesah) kerana dia sedar kerendahan dirinya yang layak menerima apa sahaja taqdir Allah.

Setiap kali melihat pandangan alam yang indah, hati segera terasa kebesaran Allah. Kalau dia mendapat kejayaan atau nikmat, hati segera terasa itu pemberian Allah bukan

6. TANDA ATAU SIFAT-SIFAT ORANG YANG MENDAPAT AMALAN BATIN

kemampuan sendiri sebab itu dia rasa takut pada Allah kalau-kalau harta itu disalahguna-kan atau kurang disyukuri.

Kalau dia dimiskinkan (atau tidak memper-olehi nikmat) hatinya rasa lapang kerana dia merasakan lepas dari tanggungjawab untuk menjaga amanah dari Allah.

Kalau mendapat bala seperti sakit, hati boleh tenang kerana merasakan bala adalah kifarah (balasan) pada dosanya. Dia rasa lebih baik dihukum di dunia daripada dihukum di akhirat. Penderitaan di dunia adalah pengam-punan dosa di akhirat.

Bila mendapat pujian, hati rasa tidak senang sebab pujian itu tidak layak baginya dan boleh merosakkan rasa kehambaannya.

Kalau dikeji atau dihina orang, hatinya rasa kasihan pada orang yang menghinanya dan segera memaafkan orang itu tanpa diminta sebabnya. Dia rasa kerana dosanyalah dia dihukum begitu (kalau tidak begitu dia tidak akan dapat pahala dari penghinaan itu). Sebab itu dia tidak berniat langsung untuk membalas perbuatan orang itu.

Dia sentiasa berlapang dada berdepan dengan ragam dan kesusahan yang manusia timpakan ke atasnya.

Dia tidak berbangga dengan nikmat, tidak gelisah dengan bala, tidak rasa tenang dengan pujian dan tidak menderita dengan kejian. Hatinya sentiasa merasakan sebagai hamba

MENGENAL DIRl MELALUI RASA HATI

yang serba kekurangan dan amat memerlukan Allah SWT dalam semua keadaan.

l Kalau dia melihat atau tahu orang membuat maksiat, dia syukur pada Allah kerana dirinya selamat dari maksiat. Sebab itu dia tidak menghina orang itu bahkan dia rasa kasihan, ingin menolong dengan memberi nasihat. Dan dia tidak menaruh sangka jahat pada orang itu sebaliknya dia menganggap kesala-han itu adalah kerana tidak tahu, terlupa ataupun tidak sengaja.

l Ketika berhadapan dengan orang yang memarahinya, dia tidak turut mar-ah dan tidak lawan bertekak sekalipun dia benar.

l Berhadapan dengan kepandaian orang lain, dia akan terima ilmu atau kebenaran sekali-pun dari seorang kanak-kanak. Kalau bermu-zakarah dia tidak menunjuk-nunjuk. Kalau dia pandai tidak pula rasa megah.

l Kalau orang memuji seorang lain di hadapan-nya dia tidak sakit hati sebab dia faham kua-sa (hak) Allahlah yang melebih dan mengu-rangkan nikmat pada hamba-hamba-Nya.

l Kalau ada orang lain membuat kerjanya, dia tidak meradang sebab dia rasa dia terbantu.

l Kalau dia digemari ramai, dia tidak bangga sebaliknya dia bimbang kalau-kalau itu mem-buatkan dirinya riak.

l Dia tidak makan seorang diri. Kalau beri bantuan pada seseorang tidak di hadapan orang lain.

Dalam dokumen Mengenal Diri Melalui Rasa Hati (Halaman 143-150)

Dokumen terkait