• Tidak ada hasil yang ditemukan

DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (a) Asas penyediaan

Dalam dokumen Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA (Halaman 55-64)

PADA 31 DISEMBER 2011 1. DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING

2. DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (a) Asas penyediaan

Penyata kewangan ini telah disediakan berdasarkan kepada konvensyen kos sejarah dan mematuhi piawaian-piawaian perakaunan yang diluluskan di Malaysia.

(b) Hartanah dan Peralatan dan Susutnilai

Semua hartanah dan peralatan disusutnilaikan mengikut kaedah garis lurus berdasarkan jangka masa hayat bergunanya hartanah dan peralatan tersebut. Mana-mana hartanah dan peralatan yang diperolehi selepas bulan Jun dalam tahun semasa tidak dikenakan susutnilai dan akan dikenakan susutnilai sepenuhnya pada tahun berikutnya. Tanah pegangan kekal tidak disusutnilaikan dan tanah pajakan disusutnilaikan mengikut tempoh pajakannya.

Kadar susutnilai yang dikenakan seperti berikut:

Bangunan Kekal 5%

Bangunan Separuh Kekal 10% Jentera Berat 20% Kenderaan Pengangkutan 15% Perabot dan Alatan Pejabat 15% Lain-lain Peralatan 20%

(c) Lain-lain

Borang Jadual 1 telah pun diisikan bagi memohon supaya tanah-tanah diberi milik kepada Majlis dan perkara ini masih dalam tindakan pihak Pejabat Tanah Kuala Krai.

(d) Peruntukan hutang ragu

Peruntukan khusus telah dibuat untuk mana-mana tunggakan hasil yang dianggap diragui kutipannya oleh pihak Majlis.

(e) Pendapatan tertunda

Pemberian kerajaan yang berhubung dengan hartanah dan peralatan diambilkira di dalam akaun sebagai pendapatan tertunda mengikut kehendak Piawaian Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia No. 31–‘Perakaunan Bagi Geran-Geran Kerajaan dan Persembahan Bagi Bantuan Kerajaan’. Pendapatan tertunda ini akan diiktiraf sebagai pendapatan secara sistematik berdasarkan kepada jangka hayat kegunaan hartanah dan peralatan terbabit. (f) Pengiktirafan hasil

Hasil dikenalpasti sekiranya terdapat kemungkinan keuntungan ekonomi yang akan mengalir kepada Majlis hasil daripada urusniaga tersebut dan hasil tersebut boleh diukur dengan pasti.

Hasil daripada kendalian seperti cukai taksiran am, caruman bantuan kadar dan sewaan (tanah, gerai, warung dan bangunan) diiktiraf menggunakan asas akruan. Mana-mana hasil kendalian selain daripada yang disebutkan di atas diiktiraf menggunakan asas tunai.

(g) Peruntukan

Peruntukan bagi liabiliti diiktiraf apabila Majlis mempunyai kewajipan semasa disebabkan oleh peristiwa lampau dan berkemungkinan aliran keluar sumber yang mengandungi manfaat dari segi ekonomi diperlukan untuk menjelaskan kewajipan tersebut dan satu anggaran yang berwibawa boleh dibuat atas jumlah kewajipan berkenaan.

Peruntukan disemak pada setiap tarikh lembaran imbangan dan dilaraskan untuk menggambarkan anggaran semasa yang terkini. Apabila kesan nilai masa wang adalah ketara, jumlah peruntukan nilai semasa adalah bersamaan dengan perbelanjaan diperlukan untuk menjelaskan kewajipan tersebut. (h) Kemerosotan Nilai Aset

Pada setiap tarikh lembaran imbangan, Majlis mengkaji nilai asetnya untuk menentukan sama ada terdapat sebarang petunjuk kemerosotan nilai.

membandingkan nilai buku aset tersebut dengan jumlah yang boleh diperolehi daripadanya. Jumlah yang boleh diperolehi adalah nilai yang tertinggi antara harga jualan bersih dan nilai kegunaan yang diukur dengan merujuk kepada aliran tunai masa hadapan yang didiskaun.

Sebarang kemerosotan nilai adalah diiktiraf sebagai perbelanjaan pada penyata pendapatan dengan segera. Apabila kemerosotan nilai bagi aset yang diiktiraf pada tahun-tahun sebelumnya tiada lagi atau telah berkurangan, pembalikan kemerosotan nilai akan dicatatkan.

(i) Manfaat Kakitangan Manfaat jangka pendek:

Gaji, bonus dan caruman keselamatan sosial diiktiraf sebagai perbelanjaan pada tahun di mana perkhidmatan berkaitan diberi oleh kakitangan Majlis.

Pampasan ketidakhadiran terkumpul jangka pendek seperti cuti tahunan berbayar diiktiraf apabila perkhidmatan diberikan oleh kakitangan yang menambah kelayakan mereka untuk mendapatkan pampasan ketidakhadiran pada masa hadapan, manakala pampasan ketidakhadiran terkumpul jangka pendek seperti cuti sakit diiktiraf apabila ketidakhadiran tersebut berlaku.

Pelan caruman bertakrif:

Majlis membuat caruman kepada skim pencen negara, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Caruman tersebut diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam penyata pendapatan apabila ditanggung.

(j) Instrumen Kewangan

Aset kewangan dan liabiliti kewangan di dalam lembaran imbangan adalah merangkumi tunai di bank, deposit dengan institusi kewangan dan bank berlesen, pemiutang dan penghutang. Dasar-dasar perakaunan atas pengiktirafan dan ukuran bagi perkara-perkara tersebut dinyatakan dalam dasar perakaunan masing-masing.

Instrumen kewangan diklasifikasikan sebagai aset atau liabiliti berdasarkan butiran perjanjian kontrak. Faedah, keuntungan dan kerugian berkaitan instrumen kewangan yang dikelaskan sebagai aset dilaporkan sebagai pendapatan atau perbelanjaan.

(k) Penghutang

Nilai buku penghutang adalah bersamaan dengan nilai realisasinya. Hutang lapuk dihapuskira apabila dikenalpasti. Anggaran dibuat bagi hutang ragu berdasarkan kajian semua jumlah tertunggak pada tarikh lembaran imbangan.

(l) Pemiutang

Pemiutang dinyatakan pada kos yang merupakan nilai saksama bayaran yang akan dibuat pada masa hadapan bagi barangan atau perkhidmatan yang diterima.

(m) Tunai dan kesetaraan tunai

Tunai dan kesetaraan tunai terdiri daripada simpanan tetap di bank dan syarikat kewangan berlesen, baki di bank dan tunai di tangan.

(n) Instrumen kewangan

(i) Dasar dan objektif pengurusan risiko kewangan

Dasar pengurusan risiko kewangan Majlis bertujuan untuk memastikan supaya sumber-sumber kewangan yang mencukupi tersedia bagi operasi Majlis dan pembayaran balik hutang Majlis serta menguruskan kadar kecairan dan risiko kredit. Majlis beroperasi mengikut garis panduan yang jelas yang diluluskan oleh Ahli Majlis.

(ii) Risiko kecairan

Objektif Majlis berhubung dengan risiko kecairan adalah untuk memastikan tunai yang mencukupi disimpan bagi memenuhi obligasi hutang dan perbelanjaan.

(iii) Risiko kredit

Nilai buku penghutang merupakan pendedahan maksimum Majlis terhadap risiko kredit.

(iv) Nilai saksama

Nilai buku aset dan liabiliti kewangan Majlis pada tarikh lembaran imbangan adalah pada nilai saksamanya.

Bangunan Jentera dan Perabot dan Jumlah Kenderaan Peralatan RM RM RM RM 31 Disember 2011: Kos: Baki 1 Januari 2,883,032 712,107 602,098 4,197,237 Tambahan — — 3,650 3,650 2,883,032 712,107 605,748 4,200,887 Susutnilai terkumpul: Baki 1 Januari 2,740,897 634,311 582,367 3,957,575 Susutnilai bagi tahun 21,829 35,547 8,499 65,875 2,762,726 669,858 590,866 4,023,450 Nilai dibawa bersih 120,306 42,249 14,882 177,437

31 Disember 2010: Kos: Baki 1 Januari 2,913,032 712,107 602,098 4,227,237 Pelarasan (30,000) — — (30,000) Tambahan — — — — 2,883,032 712,107 602,098 4,197,237 Susutnilai terkumpul: Baki 1 Januari 2,732,129 591,190 567,830 3,891,149 Pelarasan (15,000) — — (15,000) Kenaan bagi tahun 23,768 43,121 14,537 81,426 2,740,897 634,311 582,367 3,957,575 Nilai dibawa bersih 142,135 77,796 19,731 239,662

2011 2010 RM RM 4. PENGHUTANG MAJLIS

Tunggakan cukai taksiran 537,046 205,058 Tunggakan caruman bantu kadar 25,456 101,867 Tunggakan bekalan air 97,143 91,027 Tunggakan sewaan gerai merpati 34,634 51,506 Tunggakan sewaan bangku dalam pasar 13,021 12,808 707,300 462,266 Tolak: Peruntukan hutang ragu (62,126) (62,126) 645,174 400,140 5. PINJAMAN KEPADA KAKITANGAN

Pinjaman komputer kakitangan 24,003 24,739 Pinjaman kenderaan kakitangan — 104 24,003 24,843 Pinjaman komputer kakitangan

Baki 1 Januari 24,739 34,583 Pendahuluan diberi dalam tahun 10,000 7,220 34,739 41,803 Tolak: Bayaran balik dalam tahun (10,736) (17,064) Baki pada 31 Disember 24,003 24,739 Pinjaman kenderaan kakitangan

Baki 1 Januari 104 6,666

Pendahuluan diberi dalam tahun —

104 6,666 Tolak: Bayaran balik dalam tahun (104) (6,562) Baki pada 31 Disember — 104 Jumlah besar pinjaman kepada kakitangan 24,003 24,843

RM RM 6. LAIN-LAIN PENGHUTANG

Deposit permohonan tanah 8,967 5,978 Keuntungan simpanan tetap belum terima 8,579 —

17,546 5,978 7. SIMPANAN TETAP

Bank Simpanan Nasional — 506,269 Bank Kerjasama Rakyat 600,000 —

600,000 506,269 8. TUNAI DAN BAKI DI BANK

Akaun Mengurus (280) 67,886 Akaun Pembangunan 11,737 11,737 Akaun Deposit 73,021 70,811 Akaun Amanah 1,035,253 69,213 Akaun PPKB 1,001 1,001 Akaun Pinjaman 2,839 2,000

Panjar wang runcit 500 500

1,124,072 223,149 9. PEMIUTANG MAJLIS

Deposit orang ramai 66,828 64,619 Deposit premium tanah 1,019,425 59,925 1,086,253 124,544 10. LAIN-LAIN BELUM BAYAR

Peruntukan yuran audit 7,788 7,100 Belanja terakru mengurus 22,607 31,010

Akaun Amanah – OSC 835 835

2011 2010 RM RM 11. KUMPULAN WANG TERKUMPUL

1) Akaun Mengurus

Baki 1 Januari (1,110,412) (1,004,801) Pelarasan tahun lepas (Nota 1) (29,551) 7,744 Baki 1 Januari (Dinyatakan semula) (1,139,963) (997,057) Lebihan/(kurangan) pendapatan 279,728 (113,355) tahun semasa Baki 31 Disember (860,235) (1,110,412) 2) Akaun Pembangunan Baki 1 Januari 2,307,012 2,307,012 Lebihan/(kurangan) pendapatan — — tahun semasa Baki 31 Disember 2,307,012 2,307,012 Jumlah Disatukan 31 Disember 1,446,777 1,196,600 Nota 1: Ini merujuk kepada pelarasan berikut:–

2011 2010

RM RM Pelarasan debit:–

Tunggakan cukai taksiran individu 2,435 1,954 yang terlebih nyata

Tunggakan cukai taksiran syarikat swasta 24,950 — yang terlebih nyata

Tunggakan caruman bantu kadar yang 2,166 — terlebih nyata

Tunggakan sewa bangku dan gerai yang — 10,955 terlebih nyata

Pelarasan kredit:–

Tunggakan bekalan air yang terkurang nyata — (2,120) Tunggakan caruman bantu kadar — (18,533) badan berkanun yang terkurang nyata

RM RM 12. PENDAPATAN TERTUNDA

Jumlah pembawaan kasar:

Baki 1 Januari 159,630 189,630 Tambahan dalam tahun — — Kurangan dalam tahun — (30,000) Baki 31 Disember 159,630 159,630 Pelunasan terkumpul:

Baki 1 Januari (119,678) (110,329) Pelunasan dalam tahun (15,980) (24,349) Kurangan dalam tahun — 15,000 Baki 31 Disember (135,658) (119,678) Nilai pembawaan bersih pada 31 Disember 23,972 39,952 Ini merujuk kepada jumlah aset pemberian kerajaan negeri dan persekutuan pada akhir tahun kewangan berkaitan.

Jumlah ini telah dipermodalkan dan diperlunaskan secara garis lurus sepanjang jangka hayat aset terbabit sebagaimana kehendak MASB 31– ‘Perakaunan bagi Geran Kerajaan dan Pemberian Kerajaan’.

13. CUKAI-CUKAI

Cukai taksiran 423,456 29,888 Caruman bantu kadar 61,316 140,750 484,772 170,638 14. LESEN, PENDAFTARAN DAN PERMIT

Terimaan pendaftaran 45,886 1,270 Lesen kilang dan stor 1,488 772

Lesen petroleum 124 106

Lesen perabut 84 132

Lesen peruncit 4,146 4,152

Lesen penjaja 2,280 4,636

Lesen makanan dan minuman 4,120 4,416 Lesen pertukangan dan pembaikian 84 36 Lesen pengiklanan 1,252 542

2011 2010 RM RM Lesen jualan barang beracun 48 65 Lesen gerai tepi jalan 156 108

Lesen tukang gigi — 36

Lesen pasar 202 218

Pelbagai lesen 10,391 7,244 Permit dan terimaan-terimaan lain 9,166 48,807

79,427 72,540

Dalam dokumen Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA (Halaman 55-64)

Dokumen terkait