• Tidak ada hasil yang ditemukan

1.9 Kaedah Kajian

1.9.3 Kaedah Pengumpulan Data

1.9.3.1 Data Primer

Data primer ialah data yang berasal daripada sumber asli atau pertama yang perlu diperolehi terus daripada sumbernya. Sasaran untuk data primer adalah respondan atau pemberi maklumat yang ditemui. Salah satu daripada instrumen untuk mendapatkan data primer yang mempunyai kaitan dengan kaedah kualitatif ialah teknik temu bual. Dalam kajian ini, teknik temu bual separa berstruktur digunakan supaya perbincangan lebih segar dan terbuka tetapi masih dalam kawalan. Temu bual separa berstruktur bersifat fleksibel dan keadaan ini membolehkan respondan menghuraikan apa yang difikirkannya.1 Terdapat beberapa kaedah temu bual yang digunakan bagi menyempurnakan kajian ini iaitu temu bual secara bersemuka, temu bual melalui telefon dan juga melalui kemudahan internet.

(a) Temu bual secara bersemuka dengan pihak pemberi maklumat

Pengumpulan data melalui kaedah ini dilakukan bagi menyempurnakan Bab 3 iaitu kajian mengenai pelaksanaan Skim Potongan Gaji di negeri Selangor, dan juga Bab 4. Bagi menyempurnakan tujuan ini, beberapa sesi temu bual telah dijalankan bagi

1 Noormala binti Ali et al. (t.t.), “Pendekatan Temu bual Sebagai Metod Kajian Kes, Suatu Persepsi di Kalangan Pelajar Perempuan Cemerlang Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling” (Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia), h. 3.

44

pengumpulan data berkenaan. Satu senarai soalan yang berkaitan dengan bidang masing-masing telah disediakan. Bagi memastikan agar sesi soal jawab menjadi lebih mudah dan berkesan, sebahagian daripada mereka telah diberikan kertas kerja cadangan kajian ini untuk diteliti dengan lebih mendalam selama beberapa minggu sebelum temu bual secara langsung dijalankan. Namun, terdapat juga soalan-soalan mendatang yang dikemukakan semasa sesi temu bual dijalankan. Semua sesi temu bual telah dirakam dengan baik dan ditranskrip untuk memastikan tiada sebarang ketinggalan data ketika dianalisis.

Pemberi maklumat yang telah dipilih bagi sesi temu bual secara bersemuka adalah terdiri daripada beberapa orang pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan SPG secara terperinci, pegawai di Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk mendapatkan maklumat mengenai kelulusan pelaksanaan SPG di negeri Selangor, dan pakar-pakar rujuk mengenai zakat di Malaysia untuk mendapatkan pandangan mereka berkaitan isu pelaksanaan SPG. Secara terperincinya boleh dilihat melalui Jadual 1.4 berikut.

Jadual 1.4: Senarai nama pemberi maklumat melalui temu bual secara bersemuka

Bil Nama Jawatan Tarikh temu

bual

1 En. Muhammad Farid bin Muhammad Zainal

Ketua Unit Penyelidikan Syariah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Pembangunan Korporat, LZS

2 Jun 2010

2 En. Mohamad Amin bin Ibrahim

Penolong Pengurus Jabatan

Dakwah dan Kutipan, LZS 2 Jun 2010 3 Ustaz Mat Jais bin Kamos Pegawai Hal Ehwal Islam,

Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Selangor

17 Jun 2010 4 En. Mohd Hatta bin Zainal

Abidin

Ketua Unit Kerajaan,

45

Dakwah dan Kutipan, LZS 5 En. Azhar bin Yahya Arif Ketua Bahagian Majikan,

Jabatan Dakwah dan Kutipan, LZS

1 Julai 2010 6 Prof Dato’ Dr. Mahmood

Zuhdi Abdul bin Hj. Abd Majid

Timbalan Dekan, Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamadun (ISTAC)

14 Jun 2010 7 Dr. Abdul Rashid bin Dail Mantan Prof. Madya di

Universiti Kebangsaan Malaysia

10 Julai 2010 8 Prof. Madya Dr. Mujaini bin

Tarimin1

Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial

Universiti Selangor (UNISEL)

4 Ogos 2010

(b) Temu bual melalui telefon

Kaedah temu bual melalui kemudahan telefon dijalankan bagi mendapatkan data daripada beberapa orang pemberi maklumat yang tidak dapat dijalankan secara bersemuka sewaktu pengkaji berada di luar negara Malaysia dalam jangka masa yang agak lama. Program “Skype versi 5.1.0.112” telah digunakan untuk menghubungi pemberi maklumat bagi mendapatkan maklumat yang lebih ringkas berbanding dengan kaedah temu bual yang dijalankan secara bersemuka. Pemberi maklumat tersebut adalah terdiri daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mendapatkan maklumat mengenai hal ehwal gaji tahunan.

1 Temu bual yang dijalankan bersama beliau adalah secara tidak langsung sesudah Bengkel dan Majlis Pelancaran Zakat Pendapatan: Pelbagai Lagi Selain Gaji, anjuran Lembaga Zakat Selangor.

46

(c) Temu bual melalui kemudahan internet

Temu bual melalui kemudahan internet boleh dijalankan sama ada melalui mel elektronik atau program borak maya. Walau bagaimanapun, hanya mel elektronik digunakan sebagai medium temu bual kerana jagaan maklumat yang didapati melaluinya adalah lebih terjamin. Antara pemberi maklumat yang telah dihubungi adalah pemberi maklumat yang telah ditemu bual secara bersemuka untuk mendapatkan penerangan lanjut atau fail-fail yang berkaitan dengan kenyataan dalam temu bual sebelum ini. Senarai pemberi maklumat melalui kaedah ini adalah seperti yang tercatat dalam Jadual 1.5 berikut.

Jadual 1.5: Senarai nama pemberi maklumat melalui temu bual secara mel elektronik

Bil Nama Jawatan Tujuan E-mel

1 En. Muhammad Farid bin

Muhammad Zainal

Ketua Unit Penyelidikan Syariah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Pembangunan Korporat, LZS

Mohon penjelasan fatwa yang digunakan untuk pelaksanaan SPG 2 En. Mohamad Amin

bin Ibrahim

Penolong Pengurus Jabatan Dakwah dan Kutipan, LZS

Mohon penjelasan lanjut mengenai item penolakan dalam JPZB 3 En. Mohd Hatta bin

Zainal Abidin

Ketua Unit Kerajaan, Bahagian Majikan, Jabatan Dakwah dan Kutipan, LZS Mohon penerangan lanjut mengenai JPZB dan SPG secara keseluruhan 4 Prof Madya Dr.

Rafiq Yunus al-Misri

Pengkaji di Pusat Kajian

Ekonomi Islam Mohon pendapat mengenai pelaksanaan SPG

5 Dr. Monzer Kahf Pakar Perunding Perbankan Islam, Kewangan dan Ekonomi

Mohon pendapat mengenai pelaksanaan SPG

6 Pegawai Bahagian Saraan

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Mohon penjelasan mengenai isu pekerja tidak dapat meneruskan kerjanya semasa

perkhidmatannya 7 Maybank Customer

Care Maybank Berhad Mengenai hal ehwal pinjaman bank dan kaitannya dengan gaji

47

4 Pusat Khidmat Pelanggan, Jabatan Khidmat Korporat

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)

Mohon maklumat mengenai rebat cukai dan zakat

(d) Khidmat soal jawab melalui laman web

Terdapat beberapa laman web Islamik yang menyediakan perkhidmatan menjawab soalan yang berkaitan dengan fiqah daripada para pengunjung laman. Antara laman web yang telah dihubungi dan mendapat jawapan balas adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.6 berikut.

Jadual 1.6: Senarai laman web yang digunakan untuk tujuan pengumpulan data primer

Bil Pemilik laman web Alamat laman web Tujuan soalan

1 Dr. ‘Abd Ghaffar al-Syarif http://www.dralsherif.net/Fatwa .aspx?SectionID=4&RefID=70 97 http://www.dralsherif.net/Fatwa .aspx?SectionID=4&RefID=72 08

Mohon fatwa pelaksanaan SPG dan yang berkaitan dengan sebab wajib zakat

2 Islam Web Net http://www.islamweb.net/fatwa/ index.php?page=showfatwa&O ption=FatwaId&Id=150821

Mohon fatwa pelaksanaan SPG

3 Dr. Khalid ‘Abd al-‘Alim Mutawalli

http://www.khaledabdelalim.co m/home/play-1913.html

Mohon fatwa pelaksanaan SPG

(e) Dokumen Undang-undang

Dokumen undang-undang tergolong dalam data primer. Selain kaedah temu bual, penelitian terhadap dokumen undang-undang yang berkaitan dengan tajuk kajian seperti

48

dan Akta KWSP (1991), dan sebagainya juga dilakukan. Sebahagian dokumen yang berkaitan ini dipaparkan di bahagian Lampiran.