• Tidak ada hasil yang ditemukan

DEFINISI MASALAH MANUSIA, PUNCA DAN PENYELESAIANNYA

Dalam dokumen HUBUNGAN ANTARA KAUNSELING DAN AKIDAH (Halaman 46-60)

HUBUNGANNYA DENGAN MATLAMAT KAUNSELING

3.2.4 DEFINISI MASALAH MANUSIA, PUNCA DAN PENYELESAIANNYA

Principia Cybernetica, sebuah organisasi sains antarabangsa mendefinisikan masalah

sebagai “suatu situasi yang dilalui oleh

seseorang di mana situsai itu berbeza dengan

situasi yang dikehendaki olehnya”71. Masalah

juga akan timbul apabila manusia berhadapan dengan realiti atau persekitaran yang tidak sejajar dengan pemikiran, tanggapan, jangkaan, kehendak atau persespi yang terbentuk dalam

jiwanya72.

69 Lihat Nor Anisah Abdul Malek (1992), Konsep manusia Menurut Pandangan Islam: Satu Pemikiran Ke Arah Pembentukan Teori Kaunseling Islam, Kuala Lumpur : Arena Ilmu, m.s.95-97.

70 Zulkifli Yusuf, op.cit.

71 Lihat Mizan Adiliah dan lain-lain (2011), Kaunseling Islam, Bandar Baru Nilai : Penerbit USIM, m.s. 76. 72 Ibid, m.s. 84.

Walaupun dalam Bahasa Arab, istilah bagi

masalah adalah musykilah(ةلكشم), tetapi Allah

menyebutnya dalam Al-Quran sebagai musiibah (

ةبيصم) iaitu ‘suatu yang ditimpakan’. Al-Quran secara jelas memaparkan bahawa Allahlah yang menimpakan ke atas manusia kebahagiaan atau

musiibah termasuk kecelakaan, masalah,

kesusahan atau rasa susah hati.

                                                                         73

“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah

(wahai Muhammad): Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).”

                                                   74

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan

tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

Musiibah ini adalah ujian Allah kepada semua

manusia untuk melihat tindakbalas mereka, sama ada mereka akan mengingati Allah ketika masalah melanda atau sebaliknya.

                                        75

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Keingkaran kepada Rasulullah juga adalah punca masalah dan kesedihan yang akan Allah timpakan kepada manusia.

                                 76

“(Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.”

Al-Quran juga menjelaskan bahawa punca

Allah menimpakan musiibah atau masalah

kepada mereka adalah disebabkan perbuatan buruk manusia itu sendiri sama ada pada masa lampau atau semasa.

                          77

“(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: Dari mana datangnya (kemalangan) ini? Katakanlah (wahai Muhammad): (Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Walaubagaimanapun, seorang mukmin harus meyakini bahawa setiap masalah atau musibah yang Allah timpakan adalah sesuatu yang pasti mampu dihadapinya. لن فب لنكن يب هبلدلا اسث فننن لدإب اهنعنسن وب اهنلن امن تن بنسن كن اهنينلنعنون امن تن بنسن تنكن ا 78 77 Surah Al-i-'Imran 165

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga

menanggung dosa kejahatan yang

diusahakannya.

Maka, kembali kepada Allah, atau ke jalan yang diredhai Allah adalah penyelesaian utama kepada semua masalah atau kesusahan yang menimpa manusia.                                       79

“Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan) dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. (Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang

dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Dia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.”                                                80

“Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa,

lagi amat tidak bersyukur. Dan demi

sesungguhnya! Kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah dia menderita kesusahan, tentulah dia akan berkata: Telah hilang lenyaplah

dariku segala kesusahan yang menimpaku. Sesungguhnya dia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai). Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.”

Penyelesaian masalah dengan cara

mengenali hakikat diri dan fitrah81. Bahkan

taubat dianggap sebagai terapi utama dalam

kaunseling Islam82.                                                           

81 Nor Anisah Abdul Malek, op.cit., m.s. 99. 82 Ahmad Raba, Abdul halim Othman, op.cit., 134.

                                              83

Sebenarnya orang-orang yang terdahulu daripada mereka telah juga mengatakan yang demikian maka segala yang mereka usahakan itu tidak dapat menyelamatkan mereka (dari azab Allah). Lalu mereka ditimpa keburukan padah perbuatan-perbuatan jahat yang mereka lakukan dan orang-orang yang zalim di antara golongan (yang musyrik) ini akan ditimpa juga akibat buruk perbuatan-perbuatan buruk perbuatan jahat yang mereka lakukan dan mereka tidak akan dapat melepaskan diri. (Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan

yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah). Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. Dan turutlah Al-Quran sebaik-baik (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinyaTawakkal dan pergantungan yang tinggi kepada Allah SWT juga adalah terapi yang menenangkan dan mententeramkan jiwa manusia.

Ayat di atas diakhiri dengan firman Allah SWT agar pilihan manusia dalam menyelesaikan masalahnya atau memperbaiki hidupnya mestilah sebagaimana yang ditetapkan dalam al-Quran, iaitu ia haruslah ‘halal’ dan tidak

berbentuk maksiat, walaupun klien merasa

bahagia dengan pilihan songsangnya itu84.

4.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulan, kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada aspek akidah yang mendasari matlamat, fungsi, proses, prinsip dan teori-teori kaunseling, terutama yang melibatkan empat perkara berikut :

i. Kepercayaan tentang kewujudan tuhan ii. Faktor penentu kepada tingkah laku

manusia ((دابعلا لاعفأ

iii. Matlamat hidup, proses perkembangan dan sifat-sifat manusia, kepercayaan tentang kewujudan roh dan hubungannya dengan matlamat kaunseling

iv. Definisi masalah manusia, punca dan penyelesaiannya

Justeru akidah Islam dan ajaran al-Quran dan al-Sunnah berkaitan emapat perkara di atas haruslah menjadi dasar kepada Kaunseling Islam dan amalan seorang kaunselor muslim. Mana-mana kaunselor muslim yang ingin mengamalkan kaunseling terhadap seorang klien Muslim harus memastikan bahawa semua matlamat, fungsi, semua proses, prinsip, teori-teori, teknik

84 Lihat Ahmad Raba, Abdul halim Othman (1998), Toward Islamization of Guidance and Counselling, Jurnal PERKAMA, Bil.7, Sabah: Persatuan Kaunseling Malaysia.

termasuk inventori psikologi konvensional yang ingin digunakan tidak bercanggah dengan aqidah serta syariat Islam.

Selain menggunapakai ‘hikmah’ daripada ilmu kaunseling Barat secara tersaring, para ulama, ahli akademik dan kaunselor Muslim juga haruslah mula mengorak langkah dan bergerak untuk menggali ‘hikmah’ bagi membentuk teori dan tradisi kaunseling yang tersendiri yang lengkap meliputi matlamat, fungsi, proses, prinsip dan teori-teori, teknik dan inventori kaunseling yang saintifik dan teruji keabsahannya serta keberkesanannya secara saintifik. Ia boleh diinovasikan dan dijenamakan daripada ekstrak nas-nas al-Qoran dan Al-Sunnah berkaitan kaunseling, kajian atau dapatan psikologi ulama-ulama sepanjang tamadun Islam yang panjang atau yang terbit daripada minda/hikmah seorang Muslim yang beraqal نولقعي ,berfikir نوركفتي , dan merenung نورظني .

Rujukan :

Al-Quran dan Al-Hadith

Abdul Halim Othman (1986), Beberapa Isu

Mengenai Kaunseling Barat dan Implikasinya

Terhadap Praktik Kaunseling Di Malaysia, Kertas

kerja dibentangkan di bengkel kaunselinh ke-iv, anjuran Jabatan Psikologi dan Persatuan Siswazah

Diploma Kaunseling UKM dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan Persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA), 14-15 April 1986.

Ahmad Raba, Abdul halim Othman (1998),

Toward Islamization of Guidance and Counselling,

Jurnal PERKAMA, Bil.7, Sabah: Persatuan Kaunseling Malaysia.

H.M Arifin (1996), Teori-teori Konseling Umum

dan Agama, Jakarta : PT Golden Terayon Press

Sapora Sipon, Wan Anor Wan Sulaiman (2002),

Pengantar Kaunseling , Petaling Jaya : Prentice

Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd., m.s. 11-34.

Miller, Geri (2003). Incorporating spiritualiti in

counseling and Psychoterapy. New Jersey : John

Wiley & Sons, Inc.

Mizan Adiliah, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali

dan Hanit Osman (2011), Kaunseling Islam,

Bandar Baru Nilai : Penerbit USIM.

Nor Anisah Abdul Malek (1992), Konsep manusia

Menurut Pandangan Islam: Satu Pemikiran Ke

Arah Pembentukan Teori Kaunseling Islam, Kuala

Lumpur : Arena Ilmu,

Richards, P.S., & Bergin A.E. (Eds) (1977). A

psychoteraphy. Washington DC : American Psychologocal Association.

Siham Darwisy Abu ‘Iyat (1988), Mabadii’

al-Irsyaad al-Nafsiyy, Kuwait: Daar al-Qalam,

Zulkifli Yusuf (1992), Bimbingan Kaunseling di

Malaysia Satu Tinjauan, Kuala Lumpur: Arena

Dalam dokumen HUBUNGAN ANTARA KAUNSELING DAN AKIDAH (Halaman 46-60)

Dokumen terkait