Teks Hadis 1
ُﻪْﻨَﻋ ُﷲا َﻲِﺿَر َﺔَﺒْﻌُﺷ ِﻦْﺑ ِةَﺮْـﻴِﻐُﻤْﻟا ِﻦَﻋ
:
Daripada al-Mughirah bin Syu’bah radhiallahu ‘anhu:
َلﺎَﻗ َﻢﱠﻠَﺳَو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﷲا ﻰﱠﻠَﺻ ﱠﻲِﺒﱠﻨﻟا ِﻦَﻋ
:
Daripada Nabi SAW, baginda bersabda:
، ِتﺎَﻬﱠﻣُﻷْا َقﻮُﻘُﻋ ْﻢُﻜْﻴَﻠَﻋ َمﱠﺮَﺣ َﷲا ﱠنِإ
“Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhakai ibu,”
، ِتﺎَﻫَو ،ﺎًﻌْـﻨَﻣَو ، ِتﺎَﻨَـﺒْﻟا َدْأَوَو
“menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberikan hak yang wajib, dan menuntut sesuatu yang
bukan hak kamu.”
Kalimah Maksud
ﱡﻖَﻌﻟا
-قﻮُﻘُﻌﻟا
Memotong dan membelah. Maksudnya
memutuskan silaturrahim dengan ibubapa dan enggan taat kepada mereka.
ٌﺔَﻬﱠﻣُأ
ُتﺎَﻬﱠﻣُﻷَا
Ibu. Merujuk kepada yang berakal,iaitu ibu manusia.
ﱞمُأ
Ibu. Merujuk kepada umum, samadamanusia atau bukan.
45 Tarbiyah Made Easy!!
َلﺎَﻗَو َﻞﻴِﻗ ْﻢْﻜَﻟ َﻩِﺮَﻛَو
،
ِلﺎَﻤْﻟا َﺔَﻋﺎَﺿِإَو ، ِلاَﺆﱡﺴﻟا َةَﺮْـﺜَﻛَو
“Allah juga membenci bagi kamu perbuatan bercakap (perkara sia-sia dan munkar), banyak bertanya dan
membazirkan harta.”
ٌﻢِﻠْﺴُﻣَو ﱡيِرﺎَﺨُﺒْﻟا ُﻩاَوَر
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Kalimah Maksud
َلﺎَﻗَو َﻞﻴِﻗ
Dikatakan dan si fulan berkata. Iaitu
kata-kata yang sia-sia yang dibualkan di pelbagai majlis dan tempat. Contohnya:
“Ada orang berkata begitu begini…”
Sedangkan perkara itu tidak benar dan tidak diketahui hakikatnya. Sehingga boleh membawa kepada mengumpat dan mengadu domba. Allah SWT membenci bagi kamu ungkapan sedemikian.
Huraian Hadis 1:
1. Allah Mengharamkan ke atas Kamu Menderhakai Ibu
Nabi SAW hanya menyebut menderhakai ibu (tanpa menyebut bapa), sedangkan menderhakai bapa adalah sama dengan menderhakai ibu, di mana kedua-duanya adalah antara dosa-dosa besar.
Namun, mungkin disebut ibu kerana menderhakainya adalah lebih keji, atau kerana mereka lebih lemah dari bapa.
Menderhakai ibubapa, iaitu menyakiti mereka dengan apa jua bentuk tindakan yang boleh menyakiti mereka:
i. samada sikit atau banyak.
ii. samada mereka melarang atau tidak.
iii. sekalipun dengan melawan mereka dalam apa yang mereka suruh atau larang, dengan syarat tidak ada unsur maksiat dalam suruhan atau larangan itu.
47 Tarbiyah Made Easy!!
2. Menanam Anak Perempuan Hidup-hidup
Allah SWT juga telah mengharamkan perbuatan menanam anak perempuan hidup-hidup.
Diceritakan bahawa orang yang pertama sekali melakukannya adalah Qois bin ‘Ashim at-Tamimi.
Kejadian bermula apabila salah seorang musuhnya telah menyerangnya lalu menawan seorang anak perempuannya. Kemudian, musuh tersebut telah memperisterikan anak perempuan Qois.
Selepas itu, berlaku perdamaian antara Qois dan musuhnya, lalu Qois memberi pilihan kepada anaknya samada kembali kepada bapanya atau kekal bersama suaminya. Anak perempuan Qois memilih untuk terus bersama suaminya.
Lantaran itu, Qois telah bersumpah akan menanam hidup-hidup setiap anak perempuannya yang bakal dilahirkan. Kemudian, perbuatan ini telah diikuti oleh orang Arab.
Di kalangan orang Arab, terdapat satu kelompok lain yang membunuh anak-anak mereka secara mutlak, iaitu samada:
i. kerana terlalu sayang dan kedekutkan harta yang akan berkurangan disebabkan anak-anak itu.
ii. atau kerana mereka tidak mempunyai harta untuk menyara anak-anak mereka.
Tindakan mereka telah disebut dalam beberapa firman Allah SWT:
³
´
µ
¶
¹¸
º
»
½¼
“… dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana (bimbangkan) kefakiran. Kami-lah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka semua…” (Al-An’am 6: 151)
A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
“Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang daripada mereka tentang kelahiran anak perempuannya, mukanya berubah kehitaman (seperti muka orang yang berdukacita), dalam keadaan susah hati sepenuhnya.
K
L
M
N
O
P
Q
SR
T
U
V
W
X
Y
[Z
\
]
^
_
`
Dia bersembunyi daripada kaumnya kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya itu (sambil berfikir) adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan menanggung kehinaan, atau dia akan menanamnya hidup-hidup di dalam tanah? Ketahuilah, sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.”
(An-Nahl 16: 58-59)
49 Tarbiyah Made Easy!!
=
>
?
@
A
B
C
D
Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya: “Dengan dosa apakah dia telah dibunuh?”
(At-Takwir 81: 8-9)
Sho’sho’ah bin Najiah at-Tamimi (datuk kepada
al-Faradzaq, Hamam bin Gholib bin Sho’sho’ah, seorang
penyair yang terkenal) merupakan orang pertama yang menebus anak perempuan yang hendak ditanam hidup-hidup.
Beliau pergi menemui orang yang hendak melakukan perbuatan itu, lalu menebus anak berkenaan dengan harta yang dibelanjakan untuknya.
Al-Faradzaq merujuk kepada perkara ini dalam syair
beliau yang berbunyi:
Datukku yang telah menghalang perempuan-perempuan yang mahu menanam anak mereka hidup-hidup.
Dia juga telah menyebabkan anak yang hendak ditanam itu terus hidup, lalu tidak ditanam hidup-hidup.
Qois dan Sho’sho’ah terus hidup sehingga mereka sempat memeluk Islam dan mendapat status sebagai sahabat Nabi SAW.
Dalam menanam anak hidup-hidup, terdapat dua cara yang pernah dilakukan orang Arab Jahiliyah: i. Apabila si isteri hampir melahirkan anak, dia
disuruh oleh suaminya supaya melahirkan anak dan menanggung kesakitan proses itu, di tepi sebuah lubang.
Apabila si isteri melahirkan anak lelaki, isteri itu akan membiarkannya hidup tanpa dibunuh. Tetapi jika jika dia melahirkan anak perempuan, dia terus mencapakkan anak itu ke dalam lubang.
ii. Antara orang Arab, ada yang berkata kepada isterinya apabila anak perempuannya sudah berusia enam tahun;
“Pakaikannya wangi-wangian dan hiaskanlah dia, kerana mahu membawanya pergi menziarahi kaum kerabatnya.”
Kemudian si ayah membawa anak perempuannya pergi jauh ke padang pasir sehingga sampai ke sebuah perigi. Lalu si ayah berkata kepada anak perempuannya; “Lihatlah ke dalam.”
Dia pun menolak anak itu dari belakangnya dan menimbus telaga tersebut.
51 Tarbiyah Made Easy!!
3. Enggan Memberikan Hak yang Wajib
Allah SWT juga mengharamkan ke atas kamu perbuatan menghalang atau enggan memberikan apa yang wajib diberikan kepada orang yang berhak.
4. Menuntut Sesuatu yang Bukan Hak Kamu
Allah SWT juga mengharamkan ke atas kamu perbuatan menuntut sesuatu yang tidak harus kamu mengambilnya.
5. Perbuatan Bercakap Perkara Sia-sia dan Mungkar
Adapun orang yang berkata benar, dan menyandarkannya daripada ungkapan seorang yang dipercayai dan bersifat benar, tanpa membawa kepada seasuatu yang dilarang, maka tiada sebab untuk melarang kata-katanya itu.
6. Banyak Bertanya
Allah SWT juga membenci perbutan:
i. Banyak bertanya tanpa sebarang keperluan.
ii. Banyak bertanya mengenai persoalan-persoalan yang tidak perlu ditanya.
iii. Banyak bertanya tentang sesuatu ilmu; untuk menguji, bertengkar dan berdebat.
iv. Banyak bertanya tentang hal ehwal orang lain, tanpa mempedulikan sensitiviti mereka.
7. Membazirkan Harta
Allah SWT juga membenci perbuatan membazirkan harta, dengan membelanjakan pada perkara yang tidak diizinkan pada syarak.
Ini kerana Allah SWT menjadikan harta sebagai alat untuk mencapai segala kebaikan hamba. Oleh itu, pembaziran harta boleh mensia-siakan matlamat tersebut.
Ath-Thibi pernah berkata:
“Hadis ini merupakan satu dalil asas untuk mengetahui akhlak yang baik. Iaitu dengan mengikut semua akhlak yang dipuji dan sifat yang cantik.”
(Fathul Bari)
53 Tarbiyah Made Easy!!
Teks Hadis 2
َلﺎَﻗ ُﻪْﻨَﻋ ُﷲا َﻲِﺿَر َةَﺮْﻜَﺑ ﻲِﺑَأ ْﻦَﻋ
:
Daripada Abu Bakrah (Nufai’ bin ats-Tsaqafi) radhiallahu
‘anhu katanya:
َﻢﱠﻠَﺳَو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﷲا ﻰﱠﻠَﺻ ﷲا ُلﻮُﺳَر َلﺎَﻗ
:
Rasulullah SAW bersabda:
ﺎًﺛ َﻼَﺛ ؟ْﺮِﺋﺎَﺒَﻜْﻟا ِﺮَﺒْﻛَﺄِﺑ ْﻢُﻜُﺌﱢﺒَـﻧُأ َﻻَأ
“Tidakkah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang dosa-dosa besar yang paling besar?” Baginda mengulangi
sebanyak tiga kali.
Kalimah Maksud
َﻻَأ
Tidakkah – ingatlah - ketahuilah.
Huruf yang disebut di awal ayat bagi menyerlahkan pendengar tentang apa yang akan disebut selepasnya, supaya pendengar berpegang dengannya.
ٌةَﺮْـﻴِﺒَﻛ
ْﺮِﺋﺎَﺒَﻜْﻟَا
Dosa besar. Iaitu setiap dosa yang ada
amaran yang keras, daripada Al-Quran atau sunnah, sekalipun tidak dikenakan hukum hudud. Dosa dikira besar berdasarkan kekuatan kesan buruknya & keberatan hukumannya.
ْﺮِﺋﺎَﺒَﻜْﻟا ِﺮَﺒْﻛَﺄِﺑ
Tentang dosa besar yang paling besar.
Tidaklah dimaksudkan pengkhususan bahawa dosa-dosa yang disebut dalam hadis ini sahaja merupakan dosa besar yang paling besar.
Sebaliknya, bermaksud: “tentang beberapa perkara daripada dosa besar yang paling besar.”
ﺎَﻨْﻠُـﻗ
:
ِﷲا َلْﻮُﺳَر ﺎَﻳ ،ﻰَﻠَـﺑ
Kami pun berkata: “Ya (beritahulah kami) wahai Rasulullah.”
َلﺎَﻗ
:
،ِﻦْﻳَﺪِﻟاَﻮْﻟا ُقﻮُﻘُﻋَو ،ِﷲﺎِﺑ ُكاَﺮْﺷِْﻹا
Baginda bersabda: “Iaitu menyekutukan sesuatu dengan Allah, dan menderhakai ibubapa.”
َلﺎَﻘَـﻓ َﺲَﻠَﺠَﻓ ﺎًﺌِﻜﱠﺘُﻣ َنﺎَﻛَو
:
Asalnya baginda sedang bersandar, lalu baginda duduk dan bersabda:
،ِروﱡﺰﻟا ُةَدﺎَﻬَﺷَو ،ِروﱡﺰﻟا ُلْﻮَـﻗَو َﻻَأ
“Ketahuilah, begitu juga bercakap dusta, dan bersaksi dusta.”
55 Tarbiyah Made Easy!!
Kalimah Maksud
ِروﱡﺰﻟا
Menyifatkan sesuatu bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Ini termasuklah pendustaan, kebatilan, penyaksian dusta dan perbuatan dusta.
Contoh perbuatan dusta adalah seperti perbuatan baik yang dilakukan oleh orang riya’ dan orang munafik.
ِروﱡﺰﻟا ُةَدﺎَﻬَﺷ
Penyaksian secara dusta. Menurut pendapat Al-Qurthubi ialah penyaksian secara dusta untuk mencapai tujuan yang salah; seperti membunuh, mengambil harta, menghalalkan sesuatu yang haram dan mengharamkan sesuatu yang halal.
ُﺖْﻠُـﻗ ﻰﱠﺘَﺣ ﺎَﻬُﻟﻮُﻘَـﻳ َلاَز ﺎَﻤَﻓ
:
ُﺖُﻜْﺴَﻳ َﻻ
Baginda terus menerus berkata demikian sehingga aku berkata: “Baginda tidak akan diam.”
ٌﻢِﻠْﺴُﻣَو ﱡيِرﺎَﺨُﺒْﻟا ُﻩاَوَر
Huraian Hadis 2:
1. Dosa-dosa Besar yang Paling Besar
Telah sahih bahawa beberapa perkara lain yang tidak disebutkan dalam hadis ini, merupakan antara dosa-dosa besar yang paling besar, seperti:
i. Membunuh orang yang Allah SWT haramkan pembunuhannya melainkan dengan sebab yang dibenarkan.
ii. Berzina dengan isteri jiran.
iii. Buruk sangka terhadap Allah SWT.
Seperti kebiasaannya, baginda SAW mengulangi sesuatu sebanyak tiga kali untuk menguatkan apa yang hendak disampaikan.
Ini bertujuan untuk menyedarkan pendengar agar menghadirkan hati dan kefahamannya kepada hal yang akan disebutkan.
57 Tarbiyah Made Easy!!
2. Menyekutukan Sesuatu dengan Allah SWT
Maksudnya:
i. Menyekutukan sesuatu dengan Allah Azza wajalla dalam ketuhanan dan ibadah.
ii. Atau kekufuran secara mutlak, dalam apa jua bentuk samada syirik, murtad atau lainnya. Inilah maksud hadis ini.
Seandainya yang dimaksudkan ialah makna yang pertama, maka syirik dihukum sebagai jenis kufur yang paling besar.
Tidak diragui bahawa at-Ta’thil (menafikan kewujudan Allah atau Tuhan secara keseluruhannya seperti golongan Ateis) itu lebih buruk dan lebih teruk daripada syirik.
Ini kerana at-Ta’thil merupakan penafian secara mutlak, sedangkan syirik pula masih ada penyabitkan dan pengakuan tentang kewujudan Allah SWT.
Firman Allah SWT:
r
s
t
u
v
w
x
y
z
{
|
}
ﮯ~
¡
¢
£
¤
¥
¦
§
¨
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa menyekutukan sesuatu dengan-Nya. Dia mengampunkan dosa-dosa yang lain daripada dosa…
…syirik itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Sesiapa yang menyekutukan sesuatu dengan Allah, maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.”
(An-Nisa’ 4: 48) 3. Menderhakai Ibubapa
Perbuatan ‘Uququl Waalidain (menderhakai ibubapa) adalah lawan kepada Birrul Waalidain (mentaati dan berbuat baik kepada kedua ibubapa).
Tindakan menderhakai ibubapa (yang bukan dengan sebab mentaati Allah SWT) begitu juga tindakan menyakiti mereka, dikira satu penderhakaan kepada ibubapa.
4. Bercakap Dusta dan Bersaksi Dusta
Selain syirik kepada Allah SWT, tidak ada mana-mana dosa besar lain yang lebih besar bahayanya dan lebih banyak kerosakannya berbanding penyaksian dusta tersebut.
Kerana inilah baginda SAW terus menerus menyebut kata-kata ini; “Ketahuilah begitu juga bercakap dusta dan bersaksi dusta.”
Sehingga para Sahabat RA yang sedang mendengar sabda baginda berkata, “Semoga baginda diam (berhenti daripada mengulanginya).”
59 Tarbiyah Made Easy!!
Mereka berharap Rasulullah SAW diam, mungkin kerana kasihan kepada baginda disebabkan ketidakselesaan yang mereka lihat pada baginda semasa mengulangi kata-kata itu.
Hadis ini menunjukkan bahawa Nabi SAW memandang berat kepada tindakan bersaksi secara dusta. Baginda juga menampakkan keburukan tindakan itu melalui tiga perkara:
i. Duduk. Sebelum itu, baginda SAW bersandar.
ii. Memulakan ayat dengan perkataan ( َﻻَأ) yang
menyedarkan dan memberi peringatan kepada pendengar. Ia juga menunjukkan orang yang bercakap itu memberi tumpuan kepada para pendengarnya.
iii. Mengulangi ayat yang sama sebanyak dua kali, bahkan dalam riwayat lain sebanyak tiga kali. Nabi SAW mengambil berat tentang penyaksian
dusta, dan menimbulkan kebencian manusia kepadanya supaya manusia berusaha dengan penuh kesedaran untuk menjauhi dan mengelakkannya, agar mereka selamat.
Ini kerana ia lebih mudah dilakukan oleh manusia berbanding dua dosa lain tersebut, iaitu mensyirikkan Allah SWT dan menderhakai ibubapa.
Selain itu, manusia lebih banyak bersikap ambil mudah dengannya. Kesan buruk daripadanya juga lebih mudah berlaku.
Sementara bercakap dusta pula, terdapat banyak dorongan untuk melakukannya. Lantaran itu, elok sangatlah diambil berat tentang memberi amaran kepada manusia mengenai perbuatan ini supaya mereka menjauhinya.
Disunatkan mengulangi peringatan sebanyak tiga kali agar ia dapat difahami, seperti yang diteladankan oleh Rasulullah SAW.
Pemberi peringatan digalakkan menunjukkan reaksi semasa menyampaikan peringatan supaya ia lebih berkesan untuk difahami dan lebih berkesan dalam melarang sesuatu perkara.
Betapa besarnya dosa penyaksian secara dusta, ekoran pelbagai keburukan yang timbul daripadanya.
Menyekutukan Allah SWT merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar yang terbesar.
Menderhakai kedua ibubapa juga merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar yang terbesar.
61 Tarbiyah Made Easy!!
Apakah pengajaran berguna untuk kita yang boleh didapati daripada hadis ini?
Saranan Tarbawi:
Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut:
1. Tidak menderhakai kedua ibubapa.
2. Bertawakkal kepada Allah SWT dalam mencari rezeki, khususnya bagi menyara kehidupan anak-anak.
3. Tidak menuntut sesuatu yang bukan hak kita, dan tidak menghalang orang lain daripada mendapatkan haknya. 4. Tidak bertanya soalan-soalan yang tidak berfaedah. 5. Tidak membelanjakan harta kepada perkara yang tidak
bermanfaat.
6. Menjaga diri daripada menyekutukan Allah SWT.
7. Tidak menceritakan tentang suatu perbuatan atau kata-kata melainkan setelah ia boleh dipercayai.
Wallahu a’lam. Selamat beramal!
Objektif Bab:
Selepas mengkaji bab ini, mutarabbi dapat:
1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan dalam hadis-hadis yang mulia ini.
2. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi daripada hadis-hadis ini.
Objektif Hadis 1 & 2:
1. Menerangkan sebab pengharaman perbuatan menderhakai ibubapa.
2. Menjelaskan maksud menanam anak perempuan; siapa melakukannya & mengapa. 3. Menyatakan maksud “enggan memberikan hak
yang wajib” & “menuntut sesuatu yang bukan hak kamu”.
4. Menjelaskan sebab Allah SWT tidak menyukai banyak bercakap perkara sia-sia atau mungkar, banyak bertanya & membazirkan harta.
5. Menerangkan sebab Nabi SAW mengulangi peringatan tentang penyaksian palsu sebanyak tiga kali.
BAB 6:
Teks Hadis 1: Amalan Membawa ke Syurga
ُﻪْﻨَﻋ ُﷲا َﻲِﺿَر ﱢيِرﺎَﺼْﻧَْﻷا َبﻮﱡﻳَأ ﻲِﺑَأ ْﻦَﻋ
.
Daripada Abu Ayyub al-Ansori (nama sebenar beliau Khalid bin Zaid) radhiallahu ‘anhu,
َلﺎَﻗ ًﻼُﺟَر ﱠنَأ
:
َﺔﱠﻨَﺠْﻟا ﻲِﻨُﻠِﺧْﺪُﻳ ٍﻞَﻤَﻌِﺑ ﻲِﻧْﺮِﺒْﺧَأ ،ِﷲا َلْﻮُﺳَر ﺎَﻳ
Bahawa seorang lelaki telah berkata, “Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku tentang amalan yang akan memasukkan
aku ke dalam syurga.”
ُمْﻮَﻘْﻟا َلﺎَﻘَـﻓ
:
؟ ُﻪَﻟ ﺎَﻣ ؟ ُﻪَﻟ ﺎَﻣ
Lalu orang ramai pun berkata, “Apakah halnya? Apakah halnya?”
َﻢﱠﻠَﺳَو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﷲا ﻰﱠﻠَﺻ ِﷲا ُلْﻮُﺳَر َلﺎَﻘَـﻓ
:
ُﻪَﻟ ﺎَﻣ ٌبَرَأ
.
Rasulullah SAW pun bersabda, “Dia ada satu hajat yang besar.”
َﻢﱠﻠَﺳَو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﷲا ﻰﱠﻠَﺻ ﱡﻲِﺒﱠﻨﻟا َلﺎَﻘَـﻓ
:
،ﺎًﺌْﻴَﺷ ِﻪِﺑ ُكِﺮْﺸُﺗ َﻻ َﷲا ُﺪُﺒْﻌَـﺗ
Nabi SAW bersabda lagi, “Kamu menyembah Allah tanpa
menyekutukan sesuatu dengan-Nya,”
َﻢِﺣﱠﺮﻟا ُﻞِﺼَﺗَو ،َةﺎَﻛﱠﺰﻟا ﻲِﺗْﺆُـﺗَو ،َة َﻼﱠﺼﻟا ُﻢْﻴِﻘُﺗَو
.
“Kamu mendirikan solat, menunaikan zakat dan menghubung silaturrahim.”
ﱡيِرﺎَﺨُﺒْﻟا ُﻩاَوَر
Huraian Hadis 1:
1. Seorang Lelaki Bertanya
Dikatakan bahawa Abu Ayyub radhiallahu ‘anhu, iaitu periwayat hadis ini sendiri yang bertanya. Tindakan tidak menyatakan dirinya tidaklah salah, mungkin beliau ada tujuan tertentu.
Ada juga yang berkata lelaki tersebut ialah Ibnu al-Muntafiq , atau nama sebenarnya ialah Laqith bin Shobirah radhiallahu ‘anhu.
2. Apakah Halnya? Apakah Halnya?
Orang ramai mengulang pertanyaan tersebut sebanyak dua kali untuk menguatkan persoalan tersebut.
Lalu Rasulullah SAW mengatakan bahawa lelaki tersebut mempunyai suatu hajat.
Kemudian baginda SAW bersabda kepada lelaki tersebut untuk memberitahu tentang amalan-amalan yang dipinta.
65 Tarbiyah Made Easy!!
3. Menyembah Allah SWT Tanpa Menyekutukan-Nya 4. Mendirikan Solat
‘Athof (penggandingan) solat dan amalan-amalan
yang disebut selepasnya kepada perkara yang disebutkan sebelumnya (iaitu ibadah kepada Allah tanpa syirik) adalah berbentuk ‘athof perkara khusus ke atas perkara umum.
Ini kerana ibadah mencakupi semua amalan yang disebutkan seterusnya itu (solat, zakat dan menghubung silaturrahim).
5. Menunaikan Zakat
Iaitu zakat yang wajib. Buktinya, perintah ini digandingkan dengan solat.
6. Menghubung Silaturrahim
Al-Qurthubi berkata:
“Ar-Rahim” ialah satu kata nama bagi semua kaum keluarga, tanpa dibezakan antara yang mahram dengan yang bukan mahram.
Maksudnya berbuat baik kepada kaum kerabatmu mengikut kemampuan, berdasarkan keadaanmu dan keadaan mereka seperti:
i. Memberi salam ii. Ziarah
iii. Memberi sumbangan iv. Kepatuhan
v. Menolong untuk mencapai hajat yang halal vi. Menolak bahaya dan seumpamanya
Maksud yang mencakupi dalam pengertian Silaturrahim ialah menyampaikan apa sahaja kebaikan yang termampu (kepada kaum kerabat) dan menolak apa sahaja keburukan mengikut kemampuan (daripada mereka).
67 Tarbiyah Made Easy!!
Teks Hadis 2: Dosa Memutuskan Silaturrahim
،ُﻪْﻨَﻋ ُﷲا َﻲِﺿَر ٍﻢِﻌِﻄُﻣ ِﻦْﺑ ِﺮْﻴَـﺒُﺟ ْﻦَﻋ
Daripada Jubair bin Muth’im radhiallahu ‘anhu
َلﺎَﻗ َﻢﱠﻠَﺳَو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﷲا ﻰﱠﻠَﺻ ِﷲا ِلْﻮُﺳَر ْﻦَﻋ
:
Daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda:
ٍﻢِﺣَر ُﻊِﻃﺎَﻗ َﺔﱠﻨَﺠْﻟا ُﻞُﺧْﺪَﻳ َﻻ.
“Tidak memasuki jannah orang yang memutuskan silaturrahim.”
ﱡيِﺬِﻣْﺮﱢـﺘﻟاَو َدُواَد ْﻮُـﺑَأَو ٌﻢِﻠْﺴُﻣَو ﱡيِرﺎَﺨُﺒْﻟا ُﻩاَوَر
Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud & Tirmidzi
Tentang Periwayat
Jubair bin Muth’im bin ‘Adiy radhiallahu ‘anhu merupakan salah seorang daripada pakar nasab kaum Quraisy dan bangsa Arab seluruhnya.
Bapanya, Muth’im bin ‘Adiy sangat berjasa kepada Rasulullah SAW, kerana telah memberi perlindungan kepada baginda semasa pulang berdakwah dari Thoif.
Beliau memeluk Islam dalam tempoh di antara Perjanjian Hudaibiyah dengan Fathu Makkah.
Beliau merupakan seorang yang lemah lembut, penyabar, sopan dan bersifat tenang. Beliau meninggal dunia pada zaman pemerintahan Khalifah Mu’awiyah radhiallahu ‘anhu.
Huraian Hadis 2:
1. Jannah Tidak akan Dimasuki
Iaitu syurga yang disediakan Allah SWT buat para hamba-Nya yang soleh di akhirat kelak.
2. Pemutus Silaturrahim
Iaitu pemutus hubungan kekerabatan dan kekeluargaan.
Maksudnya, pemutus silaturrahim tidak akan memasuki syurga awal-awal, bersama golongan yang dahulu memasukinya. Ini sekiranya dia tidak menghalalkan perbuatan memutus silaturrahim itu.
69 Tarbiyah Made Easy!!
Orang yang menganggap perbuatan itu halal, tanpa sebarang sebab dan kekeliruan, padahal dia mengetahui pengharaman perbuatan itu, maka dia berhak tidak memasuki syurga selama-lamanya.
Sebabnya mengikut syarak dia dihukum murtad (keluar dari Islam), kerana telah menghalalkan sesuatu perkara agama yang diketahui tentang pengharamannya secara dhorurah (secara mudah tanpa perlu difikir dan dikaji dengan mendalam). Antara perkara-perkara agama yang diketahui
tentang pengharamannya secara dhorurah adalah perbuatan memutuskan silaturrahim.
Teks Hadis 3: Kemurahan Rezeki dengan Sebab Silaturrahim
ُﻪْﻨَﻋ ُﷲا َﻲِﺿَر ٍﻚِﻟﺎَﻣ ِﻦْﺑ ِﺲَﻧَأ ْﻦَﻋ
،
Daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu,
َلﺎَﻗ َﻢﱠﻠَﺳَو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﷲا ﻰﱠﻠَﺻ ِﷲا َلْﻮُﺳَر ﱠنَأ
:
Bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
ِﻩِﺮَﺛَأ ﻲِﻓ ُﻪَﻟ َﺄَﺴْﻨُـﻳَو ، ِﻪِﻗْزِر ﻲِﻓ ُﻪَﻟ َﻂَﺴْﺒُـﻳ ْنَأ ﱠﺐَﺣَأ ْﻦَﻣ
،
“Sesiapa yang suka (dan ingin) dimurahkan rezeki untuknya, serta dilewatkan ajal untuknya,”
ُﻪَﻤِﺣَر ْﻞِﺼَﻴْﻠَـﻓ
.“…maka hendaklah dia menghubung silaturrahimnya.”
ٌﻢِﻠْﺴُﻣَو ﱡيِرﺎَﺨُﺒْﻟا ُﻩاَوَر
Riwayat Bukhari dan Muslim
71 Tarbiyah Made Easy!!
Huraian Hadis 3:
1. Sesiapa yang Suka Dimurahkan Rezekinya
Maksudnya sesiapa yang ingin supaya diperluaskan, dimewahkan dan dimurahkan rezekinya.
2. Dilewatkan Ajalnya
Maksudnya dilewatkan atau ditangguhkan pada ajalnya.
Namun, sudah dimaklumi dengan jelas bahawa ajal tidak akan ditangguh.
Firman Allah SWT:
¹
º
»
¼
½
¾
À¿
“Allah tidak akan menangguhkan kematian sesuatu yang bernyawa (samada manusia atau lainnya) apabila ajalnya telah sampai...”
Oleh itu, maksud ajal dilewatkan dalam hadis ini ialah sebutan dan pujian yang baik kepada orang yang menghubungkan silaturrahim itu berkekalan selepas sampai ajal dan kematiannya. Seolah-olah dia belum mati.
Boleh jadi sebutan yang baik itu disebabkan oleh: i. Ilmu yang boleh dimanfaatkan, atau
ii. Sedekah jariah (yang berkekalan manfaatnya, seperti wakaf dsb.), atau
iii. Anak soleh yang berdoa untuknya.
At-Thobrani meriwayatkan daripada Abu Darda’
radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
Disebut di sisi Rasulullah SAW bahawa sesiapa yang menghubung silaturrahimnya, ajalnya akan ditangguhkan untuknya.
Lalu Baginda SAW bersabda: “Ia bukanlah tambahan pada umurnya, kerana Allah Taala telah berfirman:
r
s
t
u
v
xw
y
z
{
“…Maka apabila ajal telah datang, mereka tidak akan dapat menangguhnya (walaupun) satu detik, dan tidak dapat mendahulukannya.”
(al-A’raf 7: 34)
Tetapi seseorang lelaki itu mempunyai zuriat yang soleh, yang berdoa untuknya selepas kematiannya.
73 Tarbiyah Made Easy!!
3. Hendaklah Menghubungkan Silaturrahim
Iaitu menjalin hubungan dengan kerabatnya melalui berbuat baik kepada mereka dengan harta, khidmat atau seumpamanya.
Semoga dengan silaturrahim ini menjadi sebab kepada mereka mendapat taufiq untuk melakukan ketaatan dan dipelihara daripada maksiat.
Ekoran daripada itu, akan lahir sebutan dan pujian yang kepadanya selepas kematiannya yang merupakan umur kedua baginya.
Hadis pertama membuktikan kelebihan menghubung silaturrahim atau hubungan kekeluargaan antara kaum kerabat.
Hadis kedua merupakan bukti jelas tentang dosa orang yang memutuskan silaturrahim atau hubungan kekeluargaan.
Hadis ketiga menunjukkan bahawa menghubung silaturrahim adalah satu sebab kepada rezeki dimurahkan.
Apakah pengajaran berguna untuk kita yang boleh didapati daripada hadis-hadis dalam ini?
Juga pujian yang baik akan mendorong orang yang masih hidup untuk memohon rahmat Allah dan doa yang baik untuk si mati.
Saranan Tarbawi:
Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut:
1. Berusaha mengjaga dan mengeratkan hubungan silaturrahim.
2. Menghindar sebarang sikap atau perbuatan yang boleh memutuskan silaturrahim.
Wallahu a’lam. Selamat beramal!
75 Tarbiyah Made Easy!!
Objektif Bab:
Selepas mengkaji bab ini, mutarabbi dapat:
1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan dalam hadis-hadis yang mulia ini.
2. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi daripada hadis-hadis ini.
Objektif Hadis-hadis di bahagian A, B & C:
1. Menerangkan tentang keperluan menghubung silaturrahim.
2. Menjelaskan tentang balasan terhadap orang yang menghubung & memutuskan silaturrahim. 3. Menerangkan bahawa penghubung silaturrahim
bukanlah orang yang membalas layanan kerabatnya, tetapi menghubung silaturrahim dengan kerabat yang memutuskannya.
4. Menyatakan bahawa sesiapa yang menghubung silaturrahim semasa Jahiliyah, kemudian memeluk Islam, dia diberi pahala atas perbuatannya itu semasa Jahiliyah.
BAB 7:
Bahagian A: Pemutus dan Penghubung Silaturrahim Teks Hadis A (1)
،ُﻪْﻨَﻋ ُﷲا َﻲِﺿَر َةَﺮْـﻳَﺮُﻫ ْﻲِﺑَأ ْﻦَﻋ
Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu,
َلﺎَﻗ َﻢﱠﻠَﺳَو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﷲا ﻰﱠﻠَﺻ ﻲِﺒﱠﻨﻟا ِﻦَﻋ
Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
ْﻢُﻬْـﻨِﻣ َغَﺮَـﻓ اَذِإ ﻰﱠﺘَﺣ ،ِﻖْﻠَﺨْﻟا َﻖَﻠَﺧ ﷲا ﱠنِإ
،
Sesungguhnya Allah SWT telah mencipta makhluk sehingga apabila Dia telah selesai mencipta mereka,
ُﻢِﺣﱠﺮﻟا ِﺖَﻣﺎَﻗ
،
ْﺖَﻟﺎَﻘَـﻓ
:
ِﺔَﻌْـﻴِﻄَﻘْﻟا َﻦِﻣ َﻚِﺑ ِﺬِﺋﺎَﻌْﻟا ُمﺎَﻘَﻣ اَﺬَﻫ
Rahim pun bangkit, lalu berkata: “(Keadaan berdiriku) ini adalah keadaan berdirinya orang yang berlindungan
dengan-Mu daripada perbuatan memutuskan silaturrahim.”
َلﺎَﻗ
:
ْﻢَﻌَـﻧ
.
ِﻚَﻠَﺻَو ْﻦَﻣ َﻞِﺻَأ ْنَأ َﻦْﻴَﺿْﺮَـﺗ ﺎَﻣَأ
،
Allah SWT pun menjawab, “Ya. Adakah kamu tidak redha Aku menyambung orang yang menghubungkan kamu…”
؟ ِﻚَﻌَﻄَﻗ ْﻦَﻣ َﻊَﻄْﻗَأَو
“… dan Aku memutuskan orang yang memutuskan kamu?”