• Tidak ada hasil yang ditemukan

(Bab 1 hingga Bab 7) Siri Rujukan Cepat Tarbiyah. Diringkas & disaring daripada Kitab Himpunan Hadis Al-Adab. HADIS Siri #1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "(Bab 1 hingga Bab 7) Siri Rujukan Cepat Tarbiyah. Diringkas & disaring daripada Kitab Himpunan Hadis Al-Adab. HADIS Siri #1"

Copied!
102
0
0

Teks penuh

(1)

Siri Rujukan Cepat Tarbiyah

Diringkas & disaring daripada

Kitab Himpunan Hadis Al-Adab

Penyusun

: EbookTarbiyah.Com

HADIS

Siri #1

(Bab 1 hingga Bab 7)

(2)

AKAD PEMBELIAN

1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN ISI KANDUNGAN EBOOK.

2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN:

RM4.50 SAHAJA KEPADA AKAUN MAYBANK 164799081505

(AZRAAI BIN AHMAD) [email protected]

Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com

3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA.

4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH.

5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI, AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD PEMBELIAN INI.

(3)

KATA PENGANTAR

ﻢﻴﺣﺮﻟا ﻦﻤﺣﺮﻟا ﷲا ﻢﺴﺑ

Segala pujian untuk Allah Taala, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan Rasul; Nabi Muhammad SAW, juga ke atas ahli keluarga dan para Sahabat baginda sekalian.

Kami bersyukur kepada Allah Taala, kerana atas kurnia-Nya jua ebook “Kitab al-Adab: Bab 1 hingga Bab 7” ini berpeluang untuk dizahirkan dihadapan pembaca.

Untuk makluman anda, ebook ini merupakan Siri Pertama

daripada beberapa lagi siri ringkasan dan saringan terhadap Kitab Al-Adab.

Kitab Al-Adab

Kitab Al-Adab ini merupakan himpunan hadis-hadis adab dalam Islam yang dipetik dan disusun daripada Kitab Muntakhab Min as-Sunnah, Juzuk ke-11. Kitab ini sangat sesuai untuk dijadikan rujukan dalam membentuk budi pekerti dan adab mulia di peringkat awal proses Tarbiyah Islamiyah.

3 Tarbiyah Made Easy!!

(4)

Kitab Al-Adab ini mempunyai 26 Bab. Dalam siri pertama ebook ini, kita akan membahaskan 7 bab daripadanya. Menurut pengarang kitab ini, Adab didefinisikan sebagai: 1. Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia, atau

2. Menggunakan percakapan dan perbuatan yang terpuji, atau

3. Menurut perkara-perkara yang dikira baik dan elok. Di antara contoh-contoh Adab termasuklah:

1. Memuliakan orang yang lebih tinggi daripada kita (usia, ilmu dsb.)

2. Berlemah lembut dengan orang yang lebih rendah daripada kita (usia, ilmu dsb.)

Kenapa Ebook ini Ditulis?

Kami tidak berniat untuk menggantikan Kitab Al-Adab yang asal. Sudah tentu membaca buku asal tidak sama dengan membaca ringkasan.

Konsep ebook ini ialah Rujukan Cepat Tarbiyah. Seperti di sekolah-sekolah, kita ada buku teks dan buku rujukan tambahan. Maka, ebook ini bolehlah dianggap sebagai rujukan tambahan bagi buku-buku Tarbiyah sedia ada.

(5)

Tarbiyah Made Easy!! 5

Konsep Istimewa Ebook Ini

Berikut adalah konsep-konsep istimewa ebook ini:

• Ebook. Membuatkan ia sesuai dibaca samada di komputer atau gajet-gajet elektronik yang sesuai. Ini memudahkan proses ulangkaji dan penyampaian pada bila-bila masa sahaja.

• Download dulu, bayar kemudian. Konsep ini mungkin agak baru bagi anda. Namun, kami memperkenalkan konsep ini agar pembaca berpuas hati dengan kandungan ebook ini sebelum dibeli. Setelah berpuas hati, barulah anda membuat pembayaran.

• Meringkaskan Perbahasan. Dalam ebook ini, kami membuang hadis-hadis yang digunakan secara berulang di dalam pendahuluan bab dan huraian bab. Begitu juga dengan huraian tentang tanda-tanda bacaan kalimah, disebabkan semua kalimah arab telah diberikan baris. • Objektif Bab dan Hadis. Di awal setiap tema, dijelaskan

objektif-objektif (biasanya aspek kognitif) bagi setiap bab dan hadis.

• Pengajaran dan Saranan Tarbawi. Di akhir setiap tajuk, diletakkan pengajaran hadis dan beberapa saranan tarbawi. Ia sedikit sebanyak dirangka untuk mencapai objektif-objektif daripada aspek afektif dan psikomotor.

(6)

• Berwarna. Ebook ini menggunakan beberapa warna untuk membezakan di antara tajuk besar, tajuk kecil, soalan, ayat Al-Quran dan hadis, maksud ayat, dan sebagainya.

Begitulah konsep yang kami gariskan dalam menghasilkan ebook di tangan anda ini. Percubaan ini sudah pasti jauh daripada kesempurnaan. Oleh itu, kami mengalu-alukan sebarang kritikan dan saranan yang membina daripada pembaca.

Semoga Allah redha. Wallahua’lam. EbookTarbiyah.Com Mac 2015

(7)

ISI KANDUNGAN

Akad Pembelian (#2)

Kata Pengantar (#3)

Isi Kandungan (#7)

1. Bab 1: Berbakti kepada Ibubapa (#8)

2. Bab 2: Larangan Berjihad Tanpa Izin Ibubapa (#19)

3. Bab 3: Larangan Melaknat Kedua Ibubapa (#25)

4. Bab 4: Penerimaan Doa Orang Berbakti pada Ibubapa (#32)

5. Bab 5: Derhaka Ibubapa antara Dosa-dosa Besar (#44)

6. Bab 6: Silaturrahim (#63)

7. Bab 7: Silaturrahim (II) (#76)

Sekian (#100)

Akad Pembelian (#101) p/s: # ialah mukasurat

7 Tarbiyah Made Easy!!

(8)

BAB 1:

“BERBAKTI KEPADA IBUBAPA”

Objektif Hadis:

Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat:

1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan dalam hadis yang mulia ini.

2. Menyatakan amalan-amalan mulia yang disebutkan oleh hadis ini.

3. Menjawab persoalan tentang perbezaan riwayat berkenaan amalan terbaik.

4. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi daripada hadis ini.

(9)

Teks Hadis

َلﺎَﻗ ُﻪْﻨَﻋ ُﷲا َﻲِﺿَر ٍدْﻮُﻌْﺴَﻣ ِﻦْﺑ ِﷲا ِﺪْﺒَﻋ ْﻦَﻋ

:

Daripada Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

ﱠﻲِﺒﱠﻨﻟا ُﺖْﻟَﺄَﺳ

َﻢﱠﻠَﺳَو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﻪﱠﻠﻟا ﻰﱠﻠَﺻ

:

Aku telah bertanya kepada Nabi SAW:

َلﺎَﻗ ؟ِﻪﱠﻠﻟا ﻰَﻟِإ ﱡﺐَﺣَأ ِﻞَﻤَﻌْﻟا ﱡيَأ

:

ﺎَﻬِﺘْﻗَو ﻰَﻠَﻋ ُةَﻼﱠﺼﻟا

.

“Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah?”

Baginda menjawab, “Solat pada waktunya.”

َلﺎَﻗ

:

َلﺎَﻗ ؟ﱞيَأ ﱠﻢُﺛ

:

ِﻦْﻳَﺪِﻟاَﻮْﻟا ﱡﺮِﺑ

.

Beliau bertanya lagi, “Kemudian amalan apa pula?”

Baginda menjawab, “Berbakti kepada ibubapa.”

َلﺎَﻗ

:

َلﺎَﻗ ؟ﱞيَأ ﱠﻢُﺛ

:

ِﻪﱠﻠﻟا ِﻞﻴِﺒَﺳ ﻲِﻓ ُدﺎَﻬِﺠْﻟا

.

Beliau bertanya lagi, “Kemudian apa?”

Baginda bersabda, “Berjihad di jalan Allah.”

َلﺎَﻗ

:

ﻲِﻧَداَﺰَﻟ ُﻪُﺗْدَﺰَـﺘْﺳا ِﻮَﻟَو ﱠﻦِﻬِﺑ ﻲِﻨَﺛﱠﺪَﺣ

.

Beliau berkata lagi, “Baginda telah berbicara kepadaku tentang semua itu. Jika aku meminta Baginda menambah

lagi, pasti Baginda SAW menambah lagi untukku.”

ﱡيِرﺎَﺨُﺒْﻟا ُﻩاَوَر

(10)

Periwayat Hadis:

Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu merupakan seorang ulama Fiqh di kalangan para Sahabat.

 Beliau menyertai Perang Badar dan semua perang bersama Rasulullah SAW.

Huraian Hadis:

1. Solat pada Waktunya

 Maksudnya mengerjakan solat dalam waktunya secara tunai, bukan secara qadha’ di luar waktu.  Namun begitu, solat pada awal waktunya lebih baik

dan lebih mulia.

 Ini berdasarkan hadis riwayat Ummu Farwah

radhiallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ﺎَﻬِﺘْﻗَو ِلﱠوَأ ﻲِﻓ ُة َﻼﱠﺼﻟا ِلﺎَﻤْﻋَﻷْا ُﻞَﻀْﻓَأ

“Amalan yang terbaik ialah solat pada awal waktunya.”

(11)

2. Berbakti kepada Ibubapa

 Berbakti kepada ibubapa, iaitu dengan cara berbuat baik, melakukan perkara yang elok serta menggembirakan mereka.

 Sebab turunnya ayat di atas ialah:

Ibu kepada Saad bin Abi Waqas RA (iaitu Hamnah binti Sufyan bin Umayyah, sepupu Abu Sufyan) telah bersumpah tidak akan bercakap kepada Saad selama-lamanya, sehingga beliau kufur dengan agama (Islam yang baru dianuti)nya.

Ibunya berkata; “Kamu pernah mendakwa bahawa Allah telah menyuruh kamu supaya berbuat baik kepada dua ibubapa kamu. Aku ini adalah ibumu! Aku menyuruh kamu dengan perkara ini (keluar dari Islam)!”

Seperti firman Allah SWT:

.

/

0

21

3

4

5

6

7

8

9

:

;

<

>=

“Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua ibubapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya…”

(12)

Lalu turunlah ayat, “Dan Kami wajibkan manusia

(berbuat) kebaikan kepada dua ibubapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya…”

(Riwayat Ahmad, Muslim dan At-Tirmidzi)

 Ayat ini berpesan tentang hak kedua ibubapa, dan perintah agar kita mentaati keduanya walaupun mereka masih kafir.

 Tetapi ketaatan tersebut bersyarat, iaitu bukan dalam suruhan mensyirikkan Allah SWT seperti tindakan ibu Saad RA itu.

Ini selari dengan Sabda Rasulullah SAW:

ِﷲا ِﺔَﻴَﺼْﻌَﻣ ﻲِﻓ ٍﺪَﺣَِﻷ َﺔَﻋﺎَﻃ َﻻ

.

ِفوُﺮْﻌَﻤْﻟا ﻲِﻓ ُﺔَﻋﺎﱠﻄﻟا ﺎَﻤﱠﻧَإ

“Tiada ketaatan kepada sesiapa dalam menderhakai Allah. Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam

melakukan perkara yang baik.”

(Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud & An-Nasa’i)

(13)

ِﻖِﻟﺎَﺨْﻟا ِﺔَﻴِﺼْﻌَﻣ ﻲِﻓ ٍقﻮُﻠْﺨَﻤِﻟ َﺔَﻋﺎَﻃ َﻻ

“Tiada ketaatan kepada mana-mana makhluk dalam menderhakai Tuhan yang Maha Pencipta.”

(Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

 Berbuat baik kepada ibubapa juga merangkumi berbuat baik kepada rakan-rakan mereka, seperti yang diriwayatkan dalam Sohih Bukhari dan Sohih

Muslim.

Seorang penyair Arab telah berkata;

“Muliakanlah kawan bapamu di mana jua kamu menemuinya. Demi Allah, sesungguhnya kamu telah menderhakai bapamu jika kamu tidak berbuat demikian.”

 Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman:

Q

SR

T

“… bahawa bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu…”

(Luqman 31: 14)

 Mengenai ayat ini, Sufyan bin ‘Uyainah telah berkata;

(14)

…telah bersyukur kepada Allah Taala. Sesiapa yang berdoa untuk kedua ibubapanya selepas solat, maka dia telah berterima kasih kepada mereka.”

3. Berjihad di Jalan Allah

 Antara bentuk-bentuk jihad di jalan Allah adalah berjihad bagi mempertahankan tanah air dan tempat tinggal, sehingga kita dapat beribadah kepada Allah SWT dalam keadaan selamat (diri, keluarga, maruah dan harta kita).

 Dalam hadis ini, berbuat baik kepada ibubapa disebut sebelum jihad, kerana jihad itu bergantung kepada berbuat baik kepada ibubapa.

 Ini kerana di antara tuntutan berbuat baik kepada ibubapa adalah meminta keizinan mereka untuk berjihad.

 Biasanya orang berpandangan berbuat baik baik kepada ibubapa adalah lumrah, iaitu sebagai membalas budi ibubapa yang membesarkan mereka sejak kecil.

 Namun, dengan mendahului berbuat baik kepada ibubapa berbanding jihad, Rasulullah SAW telah memperingatkan kita tentang fadhilat yang besar dalam perbuatan tersebut.

(15)

Kelebihan jihad di jalan Allah SWT seperti firman-Nya dalam Al-Qur’an:

o

p

q

r

s

t

u

v

w

x

y

z

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?

{

|

}

~

¡

¢

£

¥¤

¦

§

¨

©

ª

«

¬

(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya,

®

¯

°

±

²

³

´

µ

¸

¹

º

»

½¼

¾

¿

À

Á

Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar.

Â

ÄÃ

Å

Æ

Ç

È

ÊÉ

Ë

Ì

Í

Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.”

(16)

 Terdapat hadis yang menunjukkan bahawa memberi makan adalah sebaik-baik amalan, amalan yang paling disukai Allah SWT ialah amalan yang berterusan dan sebagainya.

 Ini berlainan dengan apa yang disebut dalam hadis ini bahawa amalan yang paling baik dan yang paling disukai Allah SWT ialah menunaikan solat dalam waktunya.

Jawapan Nabi SAW berbeza kerana:

 Mengikut perbezaan keadaan orang yang bertanya. Maka, baginda menjawab berdasarkan keperluan, keinginan dan kesesuaian bagi mereka.

 Atau disebabkan perbezaan waktu, di mana amalan berkenaan pada waktu itu adalah lebih baik daripada amalan yang sama di masa yang lain.

 Ketika awal Islam, jihad merupakan amalan terbaik, kerana ia adalah jalan kepada melaksanakan amalan-amalan lain. Ia juga membolehkan pelaksanaan amalan-amalan tersebut.

Kenapa terdapat perbezaan amalan yang disukai oleh Allah SWT dalam beberapa hadis Nabi SAW?

(17)

 Banyak nas juga yang menunjukkan bahawa solat lebih baik daripada sedekah. Walaupun begitu, pada ketika berkongsi kesusahan dengan orang yang terdesak, sedekah adalah lebih baik daripada solat.  Atau sebab lain adalah, kerana perkataan afdhal

bukanlah dimaksudkan sebagai amalan yang terbaik, tetapi bermaksud kelebihan secara umum, iaitu antara amalan-amalan terbaik.

 Jenis amalan yang disebutkan dalam hadis ini ialah amalan-amalan badaniyyah (yang dilakukan oleh anggota badan seperti solat, zakat, haji dan sebagainya).

Oleh itu, tiada percanggahan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu: Bahawa Rasulullah SAW telah ditanya, “Amalan manakah yang paling baik?” Lalu Baginda SAW menjawab: “Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.”

Ada orang bertanya lagi, “Kemudian amalan apa?”

Baginda menjawab, “Berjihad di jalan Allah.”

Ada orang bertanya lagi, “Kemudian amalan manakah pula?” Baginda SAW menjawab, “Haji yang mabrur.”

(18)

Saranan Tarbawi:

Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut:

1. Menunaikan solat dalam waktunya, khususnya solat fardu Subuh.

2. Berbuat baik dan berbakti kepada kepada kedua ibubapa.

3. Berniat untuk berjihad di jalan Allah Taala dan melakukan persediaan mental, pemikiran dan fizikal untuk tujuan murni ini.

Wallahu a’lam. Selamat beramal!

(19)

BAB 2:

“LARANGAN BERJIHAD TANPA

IZIN IBUBAPA”

Objektif Hadis:

Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat:

1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan dalam hadis yang mulia ini.

2. Menjelaskan sebab keperluan meminta izin dua ibubapa terlebih dahulu sebelum berjihad.

3. Menjelaskan jenis jihad yang perlu mendapat keizinan dua ibubapa sebelum menyertainya. 4. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi

(20)

Teks Hadis

َلﺎَﻗ ،ﺎَﻤُﻬْـﻨَﻋ ُﷲا َﻲِﺿَر ِصﺎَﻌْﻟا ِﻦْﺑ وِﺮْﻤَﻋ ِﻦْﺑ ِﷲا ِﺪْﺒَﻋ ْﻦَﻋ

:

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radiallahu

‘anhuma katanya:

َﻢﱠﻠَﺳَو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﻪﱠﻠﻟا ﻰﱠﻠَﺻ ﱢﻰِﺒﱠﻨﻠِﻟ ٌﻞُﺟَر َلﺎَﻗ

:

؟ُﺪِﻫﺎَﺟُأ

Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi SAW, katanya,

“Bolehkah aku pergi berjihad?”

َلﺎَﻗ

:

َلﺎَﻗ ؟ِناَﻮَـﺑَأ َﻚَﻟَأ

:

ْﻢَﻌَـﻧ

.

Baginda SAW bertanya kembali, “Adakah kamu masih

mempunyai kedua ibubapa?” Dia menjawab, “Ya.”

َلﺎَﻗ

:

ُﺪِﻬَﺠَﻓ ﺎَﻤِﻬْﻴِﻔَﻓ

.

Lalu Baginda SAW bersabda, “Oleh itu, berjihadlah pada

mereka berdua sahaja (dengan melawan nafsu kamu dalam berkhidmat dan meredhakan mereka).”

ٌﻢِﻠْﺴُﻣَو ﱡيِرﺎَﺨُﺒْﻟا ُﻩاَوَر

(21)

Periwayat Hadis:

Abdullah bin ‘Amru bin al-’Ash radhiallahu ‘anhuma, anak-beranak ini merupakan dua orang sahabat Rasulullah SAW.

Huraian Hadis:

1. Bolehkah Aku Pergi Berjihad?

 Dalam satu riwayat lain bahawa Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash RA berkata, “Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW bagi meminta izin Baginda SAW untuk berjihad.”

 Lelaki ini tidak dinyatakan namanya. Ada pendapat mengatakan beliau adalah Jahimah bin al-‘Abbas as-Salami radhiallahu ‘anhu.

2. Adakah Kamu Masih Mempunyai Dua Orang Tua?

 Dalam satu riwayat, Baginda SAW bertanya kembali kepada lelaki itu, “Adakah kedua ibubapa kamu masih hidup?”

 Lelaki itu menjawab bahawa kedua ibubapanya masih hidup.

21 Tarbiyah Made Easy!!

(22)

3. Berjihadlah Pada Mereka Sahaja

 Maksud Baginda SAW, jika kamu masih mempunyai kedua ibubapa, maka berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk berbakti dan berbuat baik kepada mereka berdua, kerana sesungguhnya perbuatan itu menyamai kelebihan berperang menentang musuh.

 Hadis ini menunjukkan perkara yang sama seperti hadis daripada Abu Said radhiallahu ‘anhu katanya: Seorang lelaki telah berhijrah (dari Yaman ke Madinah, dan meminta izin untuk berjihad). Lalu Nabi SAW bertanya kepadanya, “Adakah ibubapa kamu masih ada di Yaman?” Dia menjawab, “Ya.”

Baginda SAW bertanya lagi, “Adakah mereka telah mengizinkan kamu (untuk berjihad)?” Dia menjawab, “Belum.”

Baginda SAW bersabda, “Pulanglah, lalu minta izin kepada mereka. Jika mereka mengizinkan, berjihadlah. Jika tidak, berbuat baiklah kepada mereka (dan jangan keluar berjihad).”

(23)

 Kerana perasaan bimbangkan si anak yang mungkin terbunuh atau tercedera akan menyusahkan kedua ibubapanya.

 Oleh demikian, hadis ini adalah satu dalil bahawa:

 Berbuat baik kepada ibubapa lebih diutamakan berbanding jihad.

 Seseorang anak tidak boleh berjihad melainkan dengan izin ibubapanya.

23 Tarbiyah Made Easy!!

Mengapa Rasulullah SAW mensyaratkan keizinan kedua ibubapa lelaki itu untuk berjihad?

(24)

Saranan Tarbawi:

Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut:

1. Wajib meminta keizinan ibubapa untuk menyertai jihad yang hukumnya Fardu Kifayah.

2. Seseorang itu tidak wajib meminta keizinan untuk menyertai jihad yang hukumnya Fardu ‘Ain.

3. Berbakti kepada ibubapa dan melayan mereka dengan cara yang baik, sekalipun mereka berada dalam maksiat atau kufur.

Wallahu a’lam. Selamat beramal!

(25)

BAB 3:

“LARANGAN MELAKNAT KEDUA

IBUBAPA”

Objektif Hadis:

Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat:

1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan dalam hadis yang mulia ini.

2. Menjelaskan dosa besar yang terdapat di dalam hadis ini.

3. Menjelaskan kepentingan menutup segala jalan yang boleh membawa kepada dosa besar.

4. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi daripada hadis ini.

(26)

Teks Hadis

َلﺎَﻗ ،ﺎَﻤُﻬْـﻨَﻋ ُﷲا َﻲِﺿَر ِصﺎَﻌْﻟا ِﻦْﺑ وِﺮْﻤَﻋ ِﻦْﺑ ِﷲا ِﺪْﺒَﻋ ْﻦَﻋ

:

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radiallahu

‘anhuma katanya:

َﻢﱠﻠَﺳَو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﷲا ﻰﱠﻠَﺻ ِﷲا ُلْﻮُﺳَر َلﺎَﻗ

:

Rasulullah SAW bersabda:

ِﻪْﻳَﺪِﻟاَو ُﻞُﺟﱠﺮﻟا َﻦَﻌْﻠَـﻳ ْنَأ ِﺮِﺋﺎَﺒَﻜْﻟا ِﺮَﺒْﻛَأ ْﻦِﻣ ﱠنِإ

“Sesungguhnya antara sebesar dosa-dosa besar adalah seseorang itu melaknat ibubapanya sendiri.”

َﻞﻴِﻗ

:

؟ِﻪْﻳَﺪِﻟاَو ُﻞُﺟﱠﺮﻟا ُﻦَﻌْﻠَـﻳ َﻒْﻴَﻛَو ِﻪﱠﻠﻟا َلﻮُﺳَر ﺎَﻳ

Lantas seseorang bertanya,

“Ya Rasulullah, bagaimanakah seseorang itu boleh melaknat ibubapanya sendiri?”

َلﺎَﻗ

:

ُﻪﱠﻣُأ ﱡﺐُﺴَﻳَو ُﻩﺎَﺑَأ ﱡﺐُﺴَﻴَـﻓ ِﻞُﺟﱠﺮﻟا ﺎَﺑَأ ُﻞُﺟﱠﺮﻟا ﱡﺐُﺴَﻳ

.

Baginda SAW menjawab, “Seseorang itu memaki bapa orang lain, lalu orang itu memaki bapanya. Dia memaki

ibu seseorang, lalu orang itu pula memaki ibunya.”

ﱡيِﺬِﻣْﺮﱢـﺘﻟاَو َدُواَد ْﻮُـﺑَأَو ٌﻢِﻠْﺴُﻣَو ﱡيِرﺎَﺨُﺒْﻟا ُﻩاَوَر

(27)

Periwayat Hadis:

Abdullah bin ‘Amru bin al-’Ash radhiallahu ‘anhuma, anak-beranak ini merupakan dua orang sahabat Rasulullah SAW.

Huraian Hadis:

1. Dosa Besar Melaknat Ibubapa

 Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya antara sebesar dosa-dosa besar adalah seseorang itu melaknat ibubapanya sendiri.”

 Lafaz ini menunjukkan bahawa dosa-dosa besar itu mempunyai tahap-tahap yang berbeza dan sabahagiannya lebih besar daripada yang lain. Ini merupakan pandangan majoriti para ulama.

 Melaknat, memaki dan mencaci ibubapa merupakan antara dosa-dosa besar atau antara sebesar-besar dosa besar, kerana perbuatan tersebut adalah satu bentuk penderhakaan.

 Ia juga merupakan perbuatan buruk dalam membalas jasa kedua ibubapa kita. Malah, satu tindakan tidak berterima kasih dan mengingkari hak mereka berdua.

27 Tarbiyah Made Easy!!

(28)

2. Bagaimana Seorang Anak Melaknat Ibubapanya?

 Lantas seseorang bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimanakah seseorang itu boleh melaknat ibubapanya sendiri?”

 Orang yang bertanya tersebut berasa pelik dan tidak munasabah bahawa seseorang anak akan melakukan perbuatan tersebut kepada ibubapanya sendiri. Ini kerana sifat semulajadi manusia yang normal enggan melakukannya.

 Lalu Nabi SAW menjawab sambil menerangkan bahawa biasanya si anak itulah yang menjadi punca kepada kedua ibubapanya dicaci, sekalipun dia tidak mencacinya mereka dengan mulutnya sendiri.

3. Memaki Ibubapa Orang Lain

 Baginda SAW menjawab, “Seseorang itu memaki bapa orang lain, lalu orang itu memaki bapanya. Dia memaki ibu seseorang, lalu orang itu pula memaki ibunya.”

 Apabila telah dimaklumi bahawa menjadi punca kepada ibubapa dilaknat dan dimaki sahaja merupakan antara sebesar-besar dosa besar, maka melaknat dan memaki mereka sendiri secara jelas adalah lebih berat.

(29)

Dalam Fathu al-Bari, al-Hafiz Ibnu Hajr menyebut bahawa Ibnu Batthol berkata;

“Hadis ini merupakan dalil asas tentang kaedah Saddu az-Zara’I (iaitu menghalang jalan atau punca yang boleh membawa kepada perkara haram).”

 Setiap perbuatan yang boleh membawa kepada sesuatu perkara yang haram, adalah haram dilakukan, sekalipun pembuatnya tidak berniat untuk melakukan perkara haram.

Dalil asal kepada hadis ini ialah firman Allah SWT:

|

}

~

¡

¢

£

¤

¥

¦

§

¨

“Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah selain daripada Allah. (Jika kamu mencercanya), mereka akan mencerca Allah secara melampui batas tanpa sebarang pengetahuan…”

(Al-An’am 6: 108)

29 Tarbiyah Made Easy!!

Bagaimanakah kita dapat mengaplikasi kaedah hadis ini dalam hukum-hakam agama?

(30)

 Al-Mawardi mengeluarkan hukum dilarang menjual pakaian sutera kepada lelaki yang diyakini akan memakainya. Begitu juga haram menjual jus anggur atau lainnya kepada orang yang diyakini akan menggunakannya untuk membuat arak.

 Berhubung pengajaran hadis ini, Syeikh Abu Muhammad bin Abi Hamzah berkata:

 Dalam hadis ini terdapat dalil betapa besarnya hak kedua ibubapa.

 Sesiapa yang memaki bapa orang lain, maka orang itu boleh memaki bapanya. Boleh juga dia tidak membalas, tetapi biasanya dia akan membalas seumpama kata-kata yang dilemparkan kepadanya.  Pelajar boleh meminta penjelasan gurunya

mengenai kata-kata yang tidak jelas baginya, seperti pertanyaan Sahabat RA tersebut.

 Hadis ini mengesahkan kewujudan dosa-dosa besar.  Asal (ibubapa dan ke atas) mengatasi cabangnya

(anak dan ke bawah) berdasarkan kedudukan asal, sekalipun cabang itu mengatasi asalnya dengan beberapa sifat.

 Menderhakai ibubapa adalah salah satu daripada sebesar-besar dosa besar, sekalipun anak itu lebih hebat kerana memiliki sifat-sifat mulia yang tidak dimiliki oleh ibubapanya.

(31)

Saranan Tarbawi:

Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut:

1. Hendaklah kita menutup segala punca yang boleh membawa kepada perkara yang menyakiti ibubapa, sekalipun kita tidak berniat begitu.

2. Orang yang memiliki sifat semulajadi yang normal, fitrahnya pasti enggan memaki ibubapanya. Sememangnya, tiada sesiapapun yang sanggup memaki ibubapanya sendiri.

Wallahu a’lam. Selamat beramal!

31 Tarbiyah Made Easy!!

(32)

BAB 4:

“PENERIMAAN DOA ANAK YANG

BERBAKTI KEPADA IBUBAPA”

Objektif Hadis:

Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat:

1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan dalam hadis yang mulia ini.

2. Menjelaskan bahawa keikhlasan kepada Allah SWT dapat melepaskan seseorang daripada segala kesusahan dunia.

3. Menjelaskan bahawa takut dan gerun kepada Allah SWT dapat menghalang seseorang daripada melakukan maksiat.

4. Menyebutkan tentang keberkatan berbuat baik kepada ibubapa yang diperoleh oleh seseorang di dunia dan di akhirat.

5. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi daripada hadis ini.

(33)

Teks Hadis

ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﻪﱠﻠﻟا ﻰﱠﻠَﺻ ِﷲا ِلﻮُﺳَر ْﻦَﻋ ﺎَﻤُﻬْـﻨَﻋ ُﷲا َﻲِﺿَر َﺮَﻤُﻋ ِﻦْﺑا ْﻦَﻋ

َلﺎَﻗ َﻢﱠﻠَﺳَو

:

Daripada Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma, daripada Rasulullah SAW, sabdanya:

ُﺮَﻄَﻤْﻟا ُﻢُﻫَﺬَﺧَأ ،َنْﻮَﺷﺎَﻤَﺘَـﻳ ٍﺮَﻔَـﻧ ُﺔَﺛَﻼَﺛ ﺎَﻤَﻨْـﻴَـﺑ

.

Ketika tiga orang orang lelaki sedang berjalan bersama-sama, mereka telah ditimpa hujan.

ٌةَﺮْﺨَﺻ ْﻢِﻫِرﺎَﻏ ِﻢَﻓ ﻰَﻠَﻋ ْﺖﱠﻄَﺤْﻧﺎَﻓ ،ِﻞَﺒَﺠْﻟا ﻲِﻓ ٍرﺎَﻏ ﻰَﻟِإ اْوَوَﺄَﻓ

ْﻢِﻬْﻴَﻠَﻋ ْﺖَﻘَـﺒْﻃَﺄَﻓ ،ِﻞَﺒَﺠْﻟا ْﻦِﻣ

.

Lalu mereka berlindung di dalam sebuah gua di sebuah bukit. Tiba-tiba sebiji batu besar daripada bukit itu jatuh

menghempap mulut gua tempat mereka berlindung, lalu batu itu memerangkap mereka.

ٍﺾْﻌَـﺒِﻟ ْﻢُﻬُﻀْﻌَـﺑ َلﺎَﻘَـﻓ

:

،ًﺔَﺤِﻟﺎَﺻ ِﻪﱠﻠِﻟ ﺎَﻫﻮُﻤُﺘْﻠِﻤَﻋ ًﻻﺎَﻤْﻋَأ اوُﺮُﻈْﻧُا

ْﻢُﻜْﻨَﻋ ﺎَﻬُﺟُﺮْﻔَـﻳ ُﻪﱠﻠَﻌَﻟ ،ﺎَﻬِﺑ َﻪﱠﻠﻟا اﻮُﻋْدﺎَﻓ

.

Sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain,

“Renungkanlah tentang amalan-amalan soleh yang telah kamu lakukan kerana Allah. Seterusnya berdoalah dengan menyebut amalan-amalan itu. Semoga Allah akan

mengalihkan batu ini daripada kamu.”

33 Tarbiyah Made Easy!!

(34)

ْﻢُﻫُﺪَﺣَأ َلﺎَﻘَـﻓ

:

ﻲِﺗَأَﺮْﻣاَو ِناَﺮﻴِﺒَﻛ ِنﺎَﺨْﻴَﺷ ِناَﺪِﻟاَو ﻲِﻟ َنﺎَﻛ ُﻪﱠﻧِإ ﱠﻢُﻬﱠﻠﻟا

.

Salah seorang daripada mereka pun berkata: “Ya Allah, sesungguhnya aku mempunyai dua orang ibubapa yang

sangat tua dan isteriku.”

ْﻢِﻬْﻴَﻠَﻋ ﻰَﻋْرَأ ُﺖْﻨُﻛ ،ٌرﺎَﻐِﺻ ٌﺔَﻴْـﺒِﺻ ﻲِﻟَو

.

“Aku juga mempunyai anak-anak yang masih kecil. Aku juga membela haiwan ternakan untuk menyara mereka.”

ﱠﻲِﻨَﺑ َﻞْﺒَـﻗ ﺎَﻤِﻬﻴِﻘْﺳَأ ﱠيَﺪِﻟاَﻮِﺑ ُتْأَﺪَﺑ ،ُﺖْﺒَﻠَﺤَﻓ ْﻢِﻬْﻴَﻠَﻋ ُﺖْﺣُر اَذِﺈَﻓ

.

“Apabila aku pulang pada waktu petang membawa haiwan ternakan kepada mereka lalu aku memerah susu, aku mulakan dengan ibubapaku. Aku memberi mereka minum

dahulu sebelum anak-anakku.”

ىَﺄَﻧ ُﻪﱠﻧِإَو

ُﺮَﺠﱠﺸﻟا ٍمْﻮَـﻳ َتاَذ ْﻲِﺑ

.

،ُﺖْﻴَﺴْﻣَأ ﻰﱠﺘَﺣ ُﺖْﻴَـﺗَأ ﺎَﻤَﻓ

ﺎَﻣﺎَﻧ ْﺪَﻗ ﺎَﻤُﻬُـﺗْﺪَﺟَﻮَـﻓ

.

“Pada suatu hari, aku pergi jauh kerana mencari pokok dan tumbuhan (untuk ternakan). Aku tidak pulang, sehinggalah

waktu petang. Lalu aku dapati ibubapaku telah tidur.”

ُﺐُﻠْﺣَأ ُﺖْﻨُﻛ ﺎَﻤَﻛ ُﺖْﺒَﻠَﺤَﻓ

.

َﺪْﻨِﻋ ُﺖْﻤُﻘَـﻓ ، ِب َﻼِﺤْﻟﺎِﺑ ُﺖْﺌِﺠَﻓ

ﺎَﻤِﻬِﻣْﻮَـﻧ ْﻦِﻣ ﺎَﻤُﻬَﻈِﻗوُأ ْنَأ ُﻩَﺮْﻛَأ ،ﺎَﻤِﻬِﺳوُءُر

.

“Aku pun memerah susu seperti biasa. Aku membawa susu yang diperah itu, lalu aku berdiri di sisi mereka berdua,

(35)

ﱠﻲَﻣَﺪَﻗ َﺪْﻨِﻋ َنْﻮَﻏﺎَﻀَﺘَـﻳ ُﺔَﻴْـﺒﱢﺼﻟاَو ،ﺎَﻤُﻬَﻠْـﺒَـﻗ َﺔَﻴْـﺒﱢﺼﻟا َﻲِﻘْﺷَأ ْنَأ ُﻩَﺮْﻛَأَو

.

ُﺮْﺠَﻔْﻟا َﻊَﻠَﻃ ﻰﱠﺘَﺣ ْﻢُﻬَـﺑْأَدَو ﻲِﺑْأَد َﻚِﻟَذ ْلَﺰَـﻳ ْﻢَﻠَـﻓ

.

“Aku juga tidak suka memberi minum anak-anakku sebelum ibubapaku, sedangkan anak-anakku meraung-raung kelaparan di sisi kedua belah kakiku. Itulah keadaanku dan

keadaan mereka sehingga terbit fajar.”

ًﺔَﺟْﺮُـﻓ ﺎَﻨَﻟ ْجُﺮْـﻓﺎَﻓ ،َﻚِﻬْﺟَو َءﺎَﻐِﺘْﺑا َﻚِﻟَذ ُﺖْﻠَﻌَـﻓ ﻲﱢﻧَأ ُﻢَﻠْﻌَـﺗ َﺖْﻨُﻛ ْنِﺈَﻓ

َءﺎَﻤﱠﺴﻟا ﺎَﻬْـﻨِﻣ ىَﺮَـﻧ

.

“Oleh itu, jika Kau mengetahui bahawa aku melakukan semua itu kerana menuntut keredhaan-Mu, maka bukakanlah untuk kami satu bukaan yang melaluinya kami

boleh melihat langit.”

َءﺎَﻤﱠﺴﻟا ﺎَﻬْـﻨِﻣ َنْوَﺮَـﻳ ﻰﱠﺘَﺣ ًﺔَﺟْﺮُـﻓ ْﻢُﻬَﻟ ُﻪﱠﻠﻟا َجَﺮَﻔَـﻓ

.

Lalu Allah membukan untuk mereka satu bukaan, sehingga mereka boleh melihat langit melalui bukaan itu.

………

ﻲِﻧﺎﱠﺜﻟا َلﺎَﻗَو

:

ﺎَﻣ ﱢﺪَﺷَﺄَﻛ ﺎَﻬُـﺘْﺒَﺒْﺣَأ ،ﱟﻢَﻋ ُﺔَﻨْـﺑا ﻲِﻟ ْﺖَﻧﺎَﻛ ُﻪﱠﻧِإ ﱠﻢُﻬﱠﻠﻟا

،َءﺎَﺴﱢﻨﻟا ُلﺎَﺟﱢﺮﻟا ﱡﺐِﺤُﻳ

Lelaki yang kedua pula berkata: “Ya Allah, sesungguhnya aku ada seorang sepupu perempuan yang aku cintai, seperti

seperti sekuat-kuat cinta lelaki kepada perempuan.”

35 Tarbiyah Made Easy!!

(36)

ٍرﺎَﻨﻳِد ِﺔَﺋﺎِﻤِﺑ ﺎَﻬَـﻴِﺗآ ﻰﱠﺘَﺣ ْﺖَﺑَﺄَﻓ ،ﺎَﻬَﺴْﻔَـﻧ ﺎَﻬْـﻴَﻟِإ ُﺖْﺒَﻠَﻄَﻓ

.

“Aku telah menggodanya supaya menyerahkan dirinya kepadaku (untuk berzina), tetapi dia enggan kecuali aku

membawa seratus dinar kepadanya.”

ﺎَﻬِﺑ ﺎَﻬُـﺘْﺌِﺠَﻓ ،ٍرﺎَﻨﻳِد َﺔَﺋﺎِﻣ ُﺖْﻌَﻤَﺟ ﻰﱠﺘَﺣ ُﺖْﻴَﻌَﺴَﻓ

.

“Lalu aku berusaha, sehingga aku dapat mengumpul seratus dinar, lalu aku datang kepadanya membawa duit itu.”

ْﺖَﻟﺎَﻗ ،ﺎَﻬْـﻴَﻠْﺟِر َﻦْﻴَـﺑ ُﺖْﻌَـﻗَو ﺎﱠﻤَﻠَـﻓ

:

،َﻪﱠﻠﻟا ِﻖﱠﺗِا ،ِﻪﱠﻠﻟا َﺪْﺒَﻋ ﺎَﻳ

Tatkala aku berada di antara dua belah kakinya (bersedia untuk menjimaknya), dia berkata: “Wahai hamba Allah,

bertaqwalah kepada Allah!”

ﺎَﻬﱢﻘَﺤِﺑ ﱠﻻِإ َﻢَﺗﺎَﺨْﻟا ِﺢَﺘْﻔَـﺗ َﻻَو

.

ﺎَﻬْـﻨَﻋ ُﺖْﻤُﻘَـﻓ

.

“Janganlah kamu membuka cincin (memecahkan selaput dara) melainkan dengan haknya (perkahwinan yang sah).”

ﺎَﻨَﻟ ْجُﺮْـﻓﺎَﻓ ،َﻚِﻬْﺟَو َءﺎَﻐِﺘْﺑا َﻚِﻟَذ ُﺖْﻠَﻌَـﻓ ْﺪَﻗ ﻲﱢﻧَأ ُﻢَﻠْﻌَـﺗ َﺖْﻨُﻛ ْنِﺈَﻓ

ًﺔَﺟْﺮُـﻓ ﺎَﻬْـﻨِﻣ

.

“Oleh itu, jika Kau mengetahui bahawa aku melakukan perbuatan itu kerana menuntut keredhaan-Mu, maka

bukalah satu bukaan untuk kami.”

ًﺔَﺟْﺮُـﻓ ْﻢُﻬَﻟ َجَﺮَﻔَـﻓ

.

(37)

ُﺮَﺧ ْﻵا َلﺎَﻗَو

:

ّزُرَأ ِقَﺮَﻔِﺑ اًﺮﻴِﺟَأ ُتْﺮَﺟْﺄَﺘْﺳا ُﺖْﻨُﻛ ﻲﱢﻧِإ ﱠﻢُﻬﱠﻠﻟا

ٍ.

Lelaki terakhir pula berkata: “Ya Allah, sesungguhnya aku pernah mengupah seorang pekerja dengan upah sebanyak

satu faraq (bersamaan tiga gantang) padi.”

ْﻲِﻟ َلﺎَﻗ ُ،ﻪَﻠَﻤَﻋ ﻰَﻀَﻗ ﺎﱠﻤَﻠَـﻓ

:

ﻲﱢﻘَﺣ ﻲِﻨِﻄْﻋَأ

.

،ُﺔَﻗْﺮَـﻓ ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﺖْﺿَﺮَﻌَـﻓ

ُﻪْﻨَﻋ َﺐِﻏَرَو

.

“Tatkala dia selesai melakukan kerjanya, dia berkata kepadaku: “Berikanlah kepada aku akan hak aku.” Lalu aku

tawarkan kepadanya satu faraqnya itu. Tetapi dia tidak menyukainya (dan terus pergi tanpa mengambil upahnya).”

ﺎَﻬَـﺋﺎَﻋِرَو اًﺮَﻘَـﺑ ُﻪْﻨِﻣ ُﺖْﻌَﻤَﺟ ﻰﱠﺘَﺣ ُﻪُﻋَرْزَأ ْلَزَأ ْﻢَﻠَـﻓ

.

“Aku sentiasa menanam benih padi yang menjadi upahnya itu sehingga aku telah menghimpunkan banyak lembu dan

pengembalanya hasil padi itu.”

َلﺎَﻘَـﻓ ﻲِﻧَءﺎَﺠَﻓ

:

ﻲﱢﻘَﺣ ﻲِﻨْﻤِﻠْﻈَﺗ َﻻَو ،َﻪﱠﻠﻟا ِﻖﱠﺗِا

.

Tiba-tiba dia datang kepadaku, lalu berkata: “Bertaqwalah kepada Allah. Janganlah kamu menzalimi aku dan hak aku.”

ُﺖْﻠُﻘَـﻓ

:

ﺎَﻫْﺬُﺨَﻓ ﺎَﻬِﺋﺎَﻋِرَو ِﺮَﻘَـﺒْﻟا َﻚْﻠِﺗ ﻰَﻟِإ ْﺐَﻫْذِا

.

Aku pun berkata: “Pergilah ambil lembu-lembu itu dan pengembala-pengembalanya.”

37 Tarbiyah Made Easy!!

(38)

َلﺎَﻘَـﻓ

:

ﻲِﺑ ُئِﺰْﻬَـﺘْﺴَﺗ َﻻَو ،َﻪﱠﻠﻟا ِﻖﱠﺗِا

.

Lalu dia berkata lagi: “Bertaqwalah kepada Allah. Janganlah mempersendakan aku.”

ُﺖْﻠُﻘَـﻓ

:

َﻚِﺑ ُئِﺰْﻬَـﺘْﺳَأ َﻻ ﻲﱢﻧِإ

.

ﺎَﻬَـﺋﺎَﻋِرَو َﺮَﻘَـﺒْﻟا َﻚِﻟَذ ْﺬُﺧ

.

ِﻪِﺑ َﺐَﻫَﺬَﻓ ُﻩَﺬَﺧَﺄَﻓ

.

Lalu aku berkata: “Sesungguhnya aku tidak mempersendakan kamu. Ambillah semua lembu dan pengembalanya.” Dia pun mengambil semua harta itu, lalu

membawanya pergi.

َﻲِﻘَﺑ ﺎَﻣ ْجُﺮْـﻓﺎَﻓ َﻚِﻬْﺟَو َءﺎَﻐِﺘْﺑا َﻚِﻟَذ ُﺖْﻠَﻌَـﻓ ﻲﱢﻧَأ ُﻢَﻠْﻌَـﺗ َﺖْﻨُﻛ ْنِﺈَﻓ

.

Oleh itu, jika Kau mengetahui bahawa aku telah melakukan semua itu kerana menuntut keredhaan-Mu, maka

bukakanlah apa yang masih berbaki.”

َﻲِﻘَﺑ ﺎَﻣ ُﻪﱠﻠﻟا َجَﺮَﻔَـﻓ

.

Lalu Allah membuka apa yang masih berbaki.

ٌﻢِﻠْﺴُﻣَو ﱡيِرﺎَﺨُﺒْﻟا ُﻩاَوَر

(39)

Huraian Hadis:

1. Tiga Lelaki yang Terperangkap di dalam Gua

 Tiga orang lelaki tersebut adalah dari kalangan umat sebelum Nabi Muhammad SAW, iaitu daripada Bani Israel. Nama mereka tidak pula diketahui.

 Mereka berhenti dan singgah di sebuah gua akibat kehujanan. Tiba-tiba sebuah batu menghempap mulut gua dan memerangkap mereka di dalamnya.

2. Berdoa Menggunakan Amalan-amalan Soleh Mereka

 Yakni mereka bertawassul dengan amalan-amalan yang ikhlas kerana Allah SWT, tanpa sebarang perasaan riya’ (menunjuk-nunjuk kepada manusia) atau sum’ah (untuk mendengar pujian orang).

3. Tawassul Lelaki Pertama

 Lelaki pertama berdoa dengan budi baik kepada kedua ibubapanya, lalu doanya itu dimakbulkan oleh Allah SWT.

39 Tarbiyah Made Easy!!

(40)

 Marilah sama-sama kita merenung penderitaan lelaki itu kerana melihat anak-anaknya meraung-raung menangis di sisi dua belah kakinya lantaran kelaparan.

 Tatkala dia memandang kepada ibubapanya dengan pandangan kebaikan, demi menuntut keredhaan-Nya, Allah SWT telah memandang kepadanya dengan pandangan rahmat. Lantaran itu, dibukakan satu bukaan untuk mereka.

4. Tawassul Lelaki Kedua

 Lelaki kedua berdoa dengan keinsafannya di saat ingin melakukan persetubuhan luar nikah, akibat terkesan dengan peringatan sepupu perempuannya.  Ini satu kelebihan daripada Allah SWT yang

dikurniakan kepada perempuan itu, kerana dia tidak mahu melakukan perbuatan keji dan maksiat.

 Sebenarnya, dia hanya bersetuju dengan lelaki itu kerana lelaki itu enggan menolongnya, padahal dia telah merayu bantuan bersungguh-sungguh akibat kesusahan di musim kemarau. Sila rujuk hadis ke-12 dalam Riadush Sholihin oleh Imam Nawawi.

 Di samping itu, perempuan tersebut bimbang dirinya akan mati kelaparan, dan sampai ke tahap terdesak yang mendorongnya terjebak dengan perkara yang tidak disukainya sendiri.

(41)

 Lantaran Allah mengetahui kebenaran perempuan itu, Dia telah menjauhkannya daripada kejahatan dan memeliharanya daripada melakukan maksiat.  Lelaki itu pula memang benar-benar bersifat taqwa,

kerana dia bangun meninggalkan perempuan itu dan tidak melakukan zina, sedangkan dia mampu melakukannya tanpa sebarang halangan.

 Jalan untuk berzina juga telah terbentang luas kepadanya, namun dia bangun tanpa meneruskan niat jahatnya itu kerana takut kepada Allah SWT.  Sedangkan ketika itu, dia telahpun duduk di celah

kedua belah kaki perempuan itu, dalam keadaan syahwatnya memuncak.

 Tambahan pula, syahwat kemaluan merupakan syahwat yang paling banyak ada pada manusia dan paling degil terhadap akal fikiran ketika ia sedang bergelora.

 Lantaran tindakan tersebut, lelaki itu layak diperkenankan doanya oleh Allah SWT.

5. Tawassul Lelaki Ketiga

 Lelaki ketiga berdoa pula dengan pelaksanaan amanah dengan cara yang baik terhadap bekas pekerjanya.

41 Tarbiyah Made Easy!!

(42)

 Dia telah memberikan kepada pekerja itu akan haknya, bahkan dengan lebihan yang banyak. Sedangkan upah yang wajib diberikan sekadar kerjanya sahaja.

 Tetapi dia telah menambah lebih daripada itu sebagai satu sumbangan daripadanya, kerana menuntut keredhaan Allah SWT. Maka doanya pun dimakbulkan.

 Allah SWT memakbulkan doa:

 Orang yang berbuat baik kepada ibubapanya  Orang yang menjaga diri daripada perkara haram  Orang yang memberikan kepada orang yang berhak

akan haknya.

 Orang yang benar-benar bertaqwa kepada Allah SWT dan sentiasa mencari keredhaan-Nya akan diberikan jalan keluar dari segala kesusahan.

Firman Allah SWT:

j

k

l

m

n

o

p

“… Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan untuknya jalan keluar (daripada kesusahan dunia dan akhirat)

Apakah pengajaran berguna untuk kita yang boleh didapati daripada hadis ini?

(43)

Saranan Tarbawi:

Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut:

1. Hendaklah mengikhlaskan segala amal untuk Allah SWT. 2. Hendaklah berbuat baik dan berbakti kepada ibubapa. 3. Tidak mengambil peluang atas kesempitan & kesulitan

orang lain bagi mendorongnya melakukan maksiat.

4. Memberikan kepada orang yang berhak akan haknya, di samping berbudi kepadanya.

Wallahu a’lam. Selamat beramal!

vu t s r q

dan memberinya rezeki daripada sumber yang tidak dia sangkakan…”

(Al-Thalaq 65: 2-3)

43 Tarbiyah Made Easy!!

(44)

Objektif Bab:

Selepas mengkaji bab ini, mutarabbi dapat:

1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan dalam hadis-hadis yang mulia ini.

2. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi daripada hadis-hadis ini.

Objektif Hadis 1 & 2:

1. Menerangkan sebab pengharaman perbuatan menderhakai ibubapa.

2. Menjelaskan maksud menanam anak perempuan; siapa melakukannya & mengapa. 3. Menyatakan maksud “enggan memberikan hak

yang wajib” & “menuntut sesuatu yang bukan hak kamu”.

4. Menjelaskan sebab Allah SWT tidak menyukai banyak bercakap perkara sia-sia atau mungkar, banyak bertanya & membazirkan harta.

5. Menerangkan sebab Nabi SAW mengulangi peringatan tentang penyaksian palsu sebanyak tiga kali.

BAB 5:

“DERHAKA IBUBAPA ANTARA

DOSA-DOSA BESAR”

(45)

Teks Hadis 1

ُﻪْﻨَﻋ ُﷲا َﻲِﺿَر َﺔَﺒْﻌُﺷ ِﻦْﺑ ِةَﺮْـﻴِﻐُﻤْﻟا ِﻦَﻋ

:

Daripada al-Mughirah bin Syu’bah radhiallahu ‘anhu:

َلﺎَﻗ َﻢﱠﻠَﺳَو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﷲا ﻰﱠﻠَﺻ ﱠﻲِﺒﱠﻨﻟا ِﻦَﻋ

:

Daripada Nabi SAW, baginda bersabda:

، ِتﺎَﻬﱠﻣُﻷْا َقﻮُﻘُﻋ ْﻢُﻜْﻴَﻠَﻋ َمﱠﺮَﺣ َﷲا ﱠنِإ

“Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhakai ibu,”

، ِتﺎَﻫَو ،ﺎًﻌْـﻨَﻣَو ، ِتﺎَﻨَـﺒْﻟا َدْأَوَو

“menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberikan hak yang wajib, dan menuntut sesuatu yang

bukan hak kamu.”

Kalimah Maksud

ﱡﻖَﻌﻟا

-قﻮُﻘُﻌﻟا

Memotong dan membelah. Maksudnya

memutuskan silaturrahim dengan ibubapa dan enggan taat kepada mereka.

ٌﺔَﻬﱠﻣُأ

ُتﺎَﻬﱠﻣُﻷَا

Ibu. Merujuk kepada yang berakal,

iaitu ibu manusia.

ﱞمُأ

Ibu. Merujuk kepada umum, samada

manusia atau bukan.

45 Tarbiyah Made Easy!!

(46)

َلﺎَﻗَو َﻞﻴِﻗ ْﻢْﻜَﻟ َﻩِﺮَﻛَو

،

ِلﺎَﻤْﻟا َﺔَﻋﺎَﺿِإَو ، ِلاَﺆﱡﺴﻟا َةَﺮْـﺜَﻛَو

“Allah juga membenci bagi kamu perbuatan bercakap (perkara sia-sia dan munkar), banyak bertanya dan

membazirkan harta.”

ٌﻢِﻠْﺴُﻣَو ﱡيِرﺎَﺨُﺒْﻟا ُﻩاَوَر

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Kalimah Maksud

َلﺎَﻗَو َﻞﻴِﻗ

Dikatakan dan si fulan berkata. Iaitu

kata-kata yang sia-sia yang dibualkan di pelbagai majlis dan tempat. Contohnya:

“Ada orang berkata begitu begini…”

Sedangkan perkara itu tidak benar dan tidak diketahui hakikatnya. Sehingga boleh membawa kepada mengumpat dan mengadu domba. Allah SWT membenci bagi kamu ungkapan sedemikian.

(47)

Huraian Hadis 1:

1. Allah Mengharamkan ke atas Kamu Menderhakai Ibu

 Nabi SAW hanya menyebut menderhakai ibu (tanpa menyebut bapa), sedangkan menderhakai bapa adalah sama dengan menderhakai ibu, di mana kedua-duanya adalah antara dosa-dosa besar.

 Namun, mungkin disebut ibu kerana menderhakainya adalah lebih keji, atau kerana mereka lebih lemah dari bapa.

 Menderhakai ibubapa, iaitu menyakiti mereka dengan apa jua bentuk tindakan yang boleh menyakiti mereka:

i. samada sikit atau banyak.

ii. samada mereka melarang atau tidak.

iii. sekalipun dengan melawan mereka dalam apa yang mereka suruh atau larang, dengan syarat tidak ada unsur maksiat dalam suruhan atau larangan itu.

47 Tarbiyah Made Easy!!

(48)

2. Menanam Anak Perempuan Hidup-hidup

 Allah SWT juga telah mengharamkan perbuatan menanam anak perempuan hidup-hidup.

 Diceritakan bahawa orang yang pertama sekali melakukannya adalah Qois bin ‘Ashim at-Tamimi.

Kejadian bermula apabila salah seorang musuhnya telah menyerangnya lalu menawan seorang anak perempuannya. Kemudian, musuh tersebut telah memperisterikan anak perempuan Qois.

Selepas itu, berlaku perdamaian antara Qois dan musuhnya, lalu Qois memberi pilihan kepada anaknya samada kembali kepada bapanya atau kekal bersama suaminya. Anak perempuan Qois memilih untuk terus bersama suaminya.

Lantaran itu, Qois telah bersumpah akan menanam hidup-hidup setiap anak perempuannya yang bakal dilahirkan. Kemudian, perbuatan ini telah diikuti oleh orang Arab.

 Di kalangan orang Arab, terdapat satu kelompok lain yang membunuh anak-anak mereka secara mutlak, iaitu samada:

i. kerana terlalu sayang dan kedekutkan harta yang akan berkurangan disebabkan anak-anak itu.

ii. atau kerana mereka tidak mempunyai harta untuk menyara anak-anak mereka.

(49)

Tindakan mereka telah disebut dalam beberapa firman Allah SWT:

³

´

µ

¹¸

º

»

½¼

“… dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana (bimbangkan) kefakiran. Kami-lah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka semua…” (Al-An’am 6: 151)

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

“Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang daripada mereka tentang kelahiran anak perempuannya, mukanya berubah kehitaman (seperti muka orang yang berdukacita), dalam keadaan susah hati sepenuhnya.

K

L

M

N

O

P

Q

SR

T

U

V

W

X

Y

[Z

\

]

^

_

`

Dia bersembunyi daripada kaumnya kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya itu (sambil berfikir) adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan menanggung kehinaan, atau dia akan menanamnya hidup-hidup di dalam tanah? Ketahuilah, sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.”

(An-Nahl 16: 58-59)

49 Tarbiyah Made Easy!!

(50)

=

>

?

@

A

B

C

D

Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya: “Dengan dosa apakah dia telah dibunuh?”

(At-Takwir 81: 8-9)

Sho’sho’ah bin Najiah at-Tamimi (datuk kepada

al-Faradzaq, Hamam bin Gholib bin Sho’sho’ah, seorang

penyair yang terkenal) merupakan orang pertama yang menebus anak perempuan yang hendak ditanam hidup-hidup.

 Beliau pergi menemui orang yang hendak melakukan perbuatan itu, lalu menebus anak berkenaan dengan harta yang dibelanjakan untuknya.

Al-Faradzaq merujuk kepada perkara ini dalam syair

beliau yang berbunyi:

Datukku yang telah menghalang perempuan-perempuan yang mahu menanam anak mereka hidup-hidup.

Dia juga telah menyebabkan anak yang hendak ditanam itu terus hidup, lalu tidak ditanam hidup-hidup.

 Qois dan Sho’sho’ah terus hidup sehingga mereka sempat memeluk Islam dan mendapat status sebagai sahabat Nabi SAW.

(51)

 Dalam menanam anak hidup-hidup, terdapat dua cara yang pernah dilakukan orang Arab Jahiliyah: i. Apabila si isteri hampir melahirkan anak, dia

disuruh oleh suaminya supaya melahirkan anak dan menanggung kesakitan proses itu, di tepi sebuah lubang.

Apabila si isteri melahirkan anak lelaki, isteri itu akan membiarkannya hidup tanpa dibunuh. Tetapi jika jika dia melahirkan anak perempuan, dia terus mencapakkan anak itu ke dalam lubang.

ii. Antara orang Arab, ada yang berkata kepada isterinya apabila anak perempuannya sudah berusia enam tahun;

“Pakaikannya wangi-wangian dan hiaskanlah dia, kerana mahu membawanya pergi menziarahi kaum kerabatnya.”

Kemudian si ayah membawa anak perempuannya pergi jauh ke padang pasir sehingga sampai ke sebuah perigi. Lalu si ayah berkata kepada anak perempuannya; “Lihatlah ke dalam.”

Dia pun menolak anak itu dari belakangnya dan menimbus telaga tersebut.

51 Tarbiyah Made Easy!!

(52)

3. Enggan Memberikan Hak yang Wajib

 Allah SWT juga mengharamkan ke atas kamu perbuatan menghalang atau enggan memberikan apa yang wajib diberikan kepada orang yang berhak.

4. Menuntut Sesuatu yang Bukan Hak Kamu

 Allah SWT juga mengharamkan ke atas kamu perbuatan menuntut sesuatu yang tidak harus kamu mengambilnya.

5. Perbuatan Bercakap Perkara Sia-sia dan Mungkar

 Adapun orang yang berkata benar, dan menyandarkannya daripada ungkapan seorang yang dipercayai dan bersifat benar, tanpa membawa kepada seasuatu yang dilarang, maka tiada sebab untuk melarang kata-katanya itu.

6. Banyak Bertanya

 Allah SWT juga membenci perbutan:

i. Banyak bertanya tanpa sebarang keperluan.

ii. Banyak bertanya mengenai persoalan-persoalan yang tidak perlu ditanya.

iii. Banyak bertanya tentang sesuatu ilmu; untuk menguji, bertengkar dan berdebat.

iv. Banyak bertanya tentang hal ehwal orang lain, tanpa mempedulikan sensitiviti mereka.

(53)

7. Membazirkan Harta

 Allah SWT juga membenci perbuatan membazirkan harta, dengan membelanjakan pada perkara yang tidak diizinkan pada syarak.

 Ini kerana Allah SWT menjadikan harta sebagai alat untuk mencapai segala kebaikan hamba. Oleh itu, pembaziran harta boleh mensia-siakan matlamat tersebut.

Ath-Thibi pernah berkata:

“Hadis ini merupakan satu dalil asas untuk mengetahui akhlak yang baik. Iaitu dengan mengikut semua akhlak yang dipuji dan sifat yang cantik.”

(Fathul Bari)

53 Tarbiyah Made Easy!!

(54)

Teks Hadis 2

َلﺎَﻗ ُﻪْﻨَﻋ ُﷲا َﻲِﺿَر َةَﺮْﻜَﺑ ﻲِﺑَأ ْﻦَﻋ

:

Daripada Abu Bakrah (Nufai’ bin ats-Tsaqafi) radhiallahu

‘anhu katanya:

َﻢﱠﻠَﺳَو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﷲا ﻰﱠﻠَﺻ ﷲا ُلﻮُﺳَر َلﺎَﻗ

:

Rasulullah SAW bersabda:

ﺎًﺛ َﻼَﺛ ؟ْﺮِﺋﺎَﺒَﻜْﻟا ِﺮَﺒْﻛَﺄِﺑ ْﻢُﻜُﺌﱢﺒَـﻧُأ َﻻَأ

“Tidakkah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang dosa-dosa besar yang paling besar?” Baginda mengulangi

sebanyak tiga kali.

Kalimah Maksud

َﻻَأ

Tidakkah – ingatlah - ketahuilah.

Huruf yang disebut di awal ayat bagi menyerlahkan pendengar tentang apa yang akan disebut selepasnya, supaya pendengar berpegang dengannya.

ٌةَﺮْـﻴِﺒَﻛ

ْﺮِﺋﺎَﺒَﻜْﻟَا

Dosa besar. Iaitu setiap dosa yang ada

amaran yang keras, daripada Al-Quran atau sunnah, sekalipun tidak dikenakan hukum hudud. Dosa dikira besar berdasarkan kekuatan kesan buruknya & keberatan hukumannya.

(55)

ْﺮِﺋﺎَﺒَﻜْﻟا ِﺮَﺒْﻛَﺄِﺑ

Tentang dosa besar yang paling besar.

Tidaklah dimaksudkan pengkhususan bahawa dosa-dosa yang disebut dalam hadis ini sahaja merupakan dosa besar yang paling besar.

Sebaliknya, bermaksud: “tentang beberapa perkara daripada dosa besar yang paling besar.”

ﺎَﻨْﻠُـﻗ

:

ِﷲا َلْﻮُﺳَر ﺎَﻳ ،ﻰَﻠَـﺑ

Kami pun berkata: “Ya (beritahulah kami) wahai Rasulullah.”

َلﺎَﻗ

:

،ِﻦْﻳَﺪِﻟاَﻮْﻟا ُقﻮُﻘُﻋَو ،ِﷲﺎِﺑ ُكاَﺮْﺷِْﻹا

Baginda bersabda: “Iaitu menyekutukan sesuatu dengan Allah, dan menderhakai ibubapa.”

َلﺎَﻘَـﻓ َﺲَﻠَﺠَﻓ ﺎًﺌِﻜﱠﺘُﻣ َنﺎَﻛَو

:

Asalnya baginda sedang bersandar, lalu baginda duduk dan bersabda:

،ِروﱡﺰﻟا ُةَدﺎَﻬَﺷَو ،ِروﱡﺰﻟا ُلْﻮَـﻗَو َﻻَأ

“Ketahuilah, begitu juga bercakap dusta, dan bersaksi dusta.”

55 Tarbiyah Made Easy!!

(56)

Kalimah Maksud

ِروﱡﺰﻟا

Menyifatkan sesuatu bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Ini termasuklah pendustaan, kebatilan, penyaksian dusta dan perbuatan dusta.

Contoh perbuatan dusta adalah seperti perbuatan baik yang dilakukan oleh orang riya’ dan orang munafik.

ِروﱡﺰﻟا ُةَدﺎَﻬَﺷ

Penyaksian secara dusta. Menurut pendapat Al-Qurthubi ialah penyaksian secara dusta untuk mencapai tujuan yang salah; seperti membunuh, mengambil harta, menghalalkan sesuatu yang haram dan mengharamkan sesuatu yang halal.

ُﺖْﻠُـﻗ ﻰﱠﺘَﺣ ﺎَﻬُﻟﻮُﻘَـﻳ َلاَز ﺎَﻤَﻓ

:

ُﺖُﻜْﺴَﻳ َﻻ

Baginda terus menerus berkata demikian sehingga aku berkata: “Baginda tidak akan diam.”

ٌﻢِﻠْﺴُﻣَو ﱡيِرﺎَﺨُﺒْﻟا ُﻩاَوَر

(57)

Huraian Hadis 2:

1. Dosa-dosa Besar yang Paling Besar

 Telah sahih bahawa beberapa perkara lain yang tidak disebutkan dalam hadis ini, merupakan antara dosa-dosa besar yang paling besar, seperti:

i. Membunuh orang yang Allah SWT haramkan pembunuhannya melainkan dengan sebab yang dibenarkan.

ii. Berzina dengan isteri jiran.

iii. Buruk sangka terhadap Allah SWT.

 Seperti kebiasaannya, baginda SAW mengulangi sesuatu sebanyak tiga kali untuk menguatkan apa yang hendak disampaikan.

 Ini bertujuan untuk menyedarkan pendengar agar menghadirkan hati dan kefahamannya kepada hal yang akan disebutkan.

57 Tarbiyah Made Easy!!

(58)

2. Menyekutukan Sesuatu dengan Allah SWT

 Maksudnya:

i. Menyekutukan sesuatu dengan Allah Azza wajalla dalam ketuhanan dan ibadah.

ii. Atau kekufuran secara mutlak, dalam apa jua bentuk samada syirik, murtad atau lainnya. Inilah maksud hadis ini.

 Seandainya yang dimaksudkan ialah makna yang pertama, maka syirik dihukum sebagai jenis kufur yang paling besar.

 Tidak diragui bahawa at-Ta’thil (menafikan kewujudan Allah atau Tuhan secara keseluruhannya seperti golongan Ateis) itu lebih buruk dan lebih teruk daripada syirik.

Ini kerana at-Ta’thil merupakan penafian secara mutlak, sedangkan syirik pula masih ada penyabitkan dan pengakuan tentang kewujudan Allah SWT.

Firman Allah SWT:

r

s

t

u

v

w

x

y

z

{

|

}

ﮯ~

¡

¢

£

¤

¥

¦

§

¨

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa menyekutukan sesuatu dengan-Nya. Dia mengampunkan dosa-dosa yang lain daripada dosa…

(59)

…syirik itu bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Sesiapa yang menyekutukan sesuatu dengan Allah, maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.”

(An-Nisa’ 4: 48) 3. Menderhakai Ibubapa

Perbuatan ‘Uququl Waalidain (menderhakai ibubapa) adalah lawan kepada Birrul Waalidain (mentaati dan berbuat baik kepada kedua ibubapa).

 Tindakan menderhakai ibubapa (yang bukan dengan sebab mentaati Allah SWT) begitu juga tindakan menyakiti mereka, dikira satu penderhakaan kepada ibubapa.

4. Bercakap Dusta dan Bersaksi Dusta

 Selain syirik kepada Allah SWT, tidak ada mana-mana dosa besar lain yang lebih besar bahayanya dan lebih banyak kerosakannya berbanding penyaksian dusta tersebut.

 Kerana inilah baginda SAW terus menerus menyebut kata-kata ini; “Ketahuilah begitu juga bercakap dusta dan bersaksi dusta.”

Sehingga para Sahabat RA yang sedang mendengar sabda baginda berkata, “Semoga baginda diam (berhenti daripada mengulanginya).”

59 Tarbiyah Made Easy!!

(60)

 Mereka berharap Rasulullah SAW diam, mungkin kerana kasihan kepada baginda disebabkan ketidakselesaan yang mereka lihat pada baginda semasa mengulangi kata-kata itu.

 Hadis ini menunjukkan bahawa Nabi SAW memandang berat kepada tindakan bersaksi secara dusta. Baginda juga menampakkan keburukan tindakan itu melalui tiga perkara:

i. Duduk. Sebelum itu, baginda SAW bersandar.

ii. Memulakan ayat dengan perkataan ( َﻻَأ) yang menyedarkan dan memberi peringatan kepada pendengar. Ia juga menunjukkan orang yang bercakap itu memberi tumpuan kepada para pendengarnya.

iii. Mengulangi ayat yang sama sebanyak dua kali, bahkan dalam riwayat lain sebanyak tiga kali.  Nabi SAW mengambil berat tentang penyaksian

dusta, dan menimbulkan kebencian manusia kepadanya supaya manusia berusaha dengan penuh kesedaran untuk menjauhi dan mengelakkannya, agar mereka selamat.

 Ini kerana ia lebih mudah dilakukan oleh manusia berbanding dua dosa lain tersebut, iaitu mensyirikkan Allah SWT dan menderhakai ibubapa.

(61)

 Selain itu, manusia lebih banyak bersikap ambil mudah dengannya. Kesan buruk daripadanya juga lebih mudah berlaku.

 Sementara bercakap dusta pula, terdapat banyak dorongan untuk melakukannya. Lantaran itu, elok sangatlah diambil berat tentang memberi amaran kepada manusia mengenai perbuatan ini supaya mereka menjauhinya.

 Disunatkan mengulangi peringatan sebanyak tiga kali agar ia dapat difahami, seperti yang diteladankan oleh Rasulullah SAW.

 Pemberi peringatan digalakkan menunjukkan reaksi semasa menyampaikan peringatan supaya ia lebih berkesan untuk difahami dan lebih berkesan dalam melarang sesuatu perkara.

 Betapa besarnya dosa penyaksian secara dusta, ekoran pelbagai keburukan yang timbul daripadanya.

 Menyekutukan Allah SWT merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar yang terbesar.

 Menderhakai kedua ibubapa juga merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar yang terbesar.

61 Tarbiyah Made Easy!!

Apakah pengajaran berguna untuk kita yang boleh didapati daripada hadis ini?

(62)

Saranan Tarbawi:

Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut:

1. Tidak menderhakai kedua ibubapa.

2. Bertawakkal kepada Allah SWT dalam mencari rezeki, khususnya bagi menyara kehidupan anak-anak.

3. Tidak menuntut sesuatu yang bukan hak kita, dan tidak menghalang orang lain daripada mendapatkan haknya. 4. Tidak bertanya soalan-soalan yang tidak berfaedah. 5. Tidak membelanjakan harta kepada perkara yang tidak

bermanfaat.

6. Menjaga diri daripada menyekutukan Allah SWT.

7. Tidak menceritakan tentang suatu perbuatan atau kata-kata melainkan setelah ia boleh dipercayai.

Wallahu a’lam. Selamat beramal!

(63)

Objektif Bab:

Selepas mengkaji bab ini, mutarabbi dapat:

1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan dalam hadis-hadis yang mulia ini.

2. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi daripada hadis-hadis ini.

Objektif Hadis 1 & 2:

1. Menerangkan sebab pengharaman perbuatan menderhakai ibubapa.

2. Menjelaskan maksud menanam anak perempuan; siapa melakukannya & mengapa. 3. Menyatakan maksud “enggan memberikan hak

yang wajib” & “menuntut sesuatu yang bukan hak kamu”.

4. Menjelaskan sebab Allah SWT tidak menyukai banyak bercakap perkara sia-sia atau mungkar, banyak bertanya & membazirkan harta.

5. Menerangkan sebab Nabi SAW mengulangi peringatan tentang penyaksian palsu sebanyak tiga kali.

BAB 6:

(64)

Teks Hadis 1: Amalan Membawa ke Syurga

ُﻪْﻨَﻋ ُﷲا َﻲِﺿَر ﱢيِرﺎَﺼْﻧَْﻷا َبﻮﱡﻳَأ ﻲِﺑَأ ْﻦَﻋ

.

Daripada Abu Ayyub al-Ansori (nama sebenar beliau Khalid bin Zaid) radhiallahu ‘anhu,

َلﺎَﻗ ًﻼُﺟَر ﱠنَأ

:

َﺔﱠﻨَﺠْﻟا ﻲِﻨُﻠِﺧْﺪُﻳ ٍﻞَﻤَﻌِﺑ ﻲِﻧْﺮِﺒْﺧَأ ،ِﷲا َلْﻮُﺳَر ﺎَﻳ

Bahawa seorang lelaki telah berkata, “Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku tentang amalan yang akan memasukkan

aku ke dalam syurga.”

ُمْﻮَﻘْﻟا َلﺎَﻘَـﻓ

:

؟ ُﻪَﻟ ﺎَﻣ ؟ ُﻪَﻟ ﺎَﻣ

Lalu orang ramai pun berkata, “Apakah halnya? Apakah halnya?”

َﻢﱠﻠَﺳَو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﷲا ﻰﱠﻠَﺻ ِﷲا ُلْﻮُﺳَر َلﺎَﻘَـﻓ

:

ُﻪَﻟ ﺎَﻣ ٌبَرَأ

.

Rasulullah SAW pun bersabda, “Dia ada satu hajat yang besar.”

َﻢﱠﻠَﺳَو ِﻪْﻴَﻠَﻋ ُﷲا ﻰﱠﻠَﺻ ﱡﻲِﺒﱠﻨﻟا َلﺎَﻘَـﻓ

:

،ﺎًﺌْﻴَﺷ ِﻪِﺑ ُكِﺮْﺸُﺗ َﻻ َﷲا ُﺪُﺒْﻌَـﺗ

Nabi SAW bersabda lagi, “Kamu menyembah Allah tanpa

menyekutukan sesuatu dengan-Nya,”

َﻢِﺣﱠﺮﻟا ُﻞِﺼَﺗَو ،َةﺎَﻛﱠﺰﻟا ﻲِﺗْﺆُـﺗَو ،َة َﻼﱠﺼﻟا ُﻢْﻴِﻘُﺗَو

.

“Kamu mendirikan solat, menunaikan zakat dan menghubung silaturrahim.”

ﱡيِرﺎَﺨُﺒْﻟا ُﻩاَوَر

(65)

Huraian Hadis 1:

1. Seorang Lelaki Bertanya

Dikatakan bahawa Abu Ayyub radhiallahu ‘anhu, iaitu periwayat hadis ini sendiri yang bertanya. Tindakan tidak menyatakan dirinya tidaklah salah, mungkin beliau ada tujuan tertentu.

 Ada juga yang berkata lelaki tersebut ialah Ibnu al-Muntafiq , atau nama sebenarnya ialah Laqith bin Shobirah radhiallahu ‘anhu.

2. Apakah Halnya? Apakah Halnya?

 Orang ramai mengulang pertanyaan tersebut sebanyak dua kali untuk menguatkan persoalan tersebut.

 Lalu Rasulullah SAW mengatakan bahawa lelaki tersebut mempunyai suatu hajat.

 Kemudian baginda SAW bersabda kepada lelaki tersebut untuk memberitahu tentang amalan-amalan yang dipinta.

65 Tarbiyah Made Easy!!

(66)

3. Menyembah Allah SWT Tanpa Menyekutukan-Nya 4. Mendirikan Solat

‘Athof (penggandingan) solat dan amalan-amalan

yang disebut selepasnya kepada perkara yang disebutkan sebelumnya (iaitu ibadah kepada Allah tanpa syirik) adalah berbentuk ‘athof perkara khusus ke atas perkara umum.

 Ini kerana ibadah mencakupi semua amalan yang disebutkan seterusnya itu (solat, zakat dan menghubung silaturrahim).

5. Menunaikan Zakat

 Iaitu zakat yang wajib. Buktinya, perintah ini digandingkan dengan solat.

6. Menghubung Silaturrahim

 Al-Qurthubi berkata:

“Ar-Rahim” ialah satu kata nama bagi semua kaum keluarga, tanpa dibezakan antara yang mahram dengan yang bukan mahram.

 Maksudnya berbuat baik kepada kaum kerabatmu mengikut kemampuan, berdasarkan keadaanmu dan keadaan mereka seperti:

(67)

i. Memberi salam ii. Ziarah

iii. Memberi sumbangan iv. Kepatuhan

v. Menolong untuk mencapai hajat yang halal vi. Menolak bahaya dan seumpamanya

 Maksud yang mencakupi dalam pengertian Silaturrahim ialah menyampaikan apa sahaja kebaikan yang termampu (kepada kaum kerabat) dan menolak apa sahaja keburukan mengikut kemampuan (daripada mereka).

67 Tarbiyah Made Easy!!

Referensi

Dokumen terkait

Impact of Clinical Leadership Development on the Clinical Leader, Nursing Team and Care-Giving Process: a Case Study.. Journal of Nursing

Sistem pakar untuk diagnosa penyakit Tuberkulosis ini menggunakan metode inferensi forward chaining (penalaran maju) dan teori faktor kepastian ( certainty factor ), dalam

yang terdapat dalam bacaan matematika dengan persentase 76,77%, aspek siswa dapat menyusun komposisi dengan tepat yang terdapat dalam bacaan matematika sesuai konsep

sama dengan Gunung T’ien-t’ai.” Dalam surat kepada Tuan Ueno, Ia menuliskan, “Ini adalah tempat kediaman yang sangat bagus bagi seorang pelaksana Saddharma Pundarika

Optimasi dilakukan pada model JST untuk memperoleh nilai dari variabel proses kolom distilasi yang terbaik, yaitu flow feed (F), temperatur feed (Tf), fraksi feed

Teradapat pat bebera beberapa pa alternat alternatif if rancang rancangan proses an proses produksi untuk unit produksi untuk unit pengola pengolahan han air minum dalam kemasan

PENERAPAN PEER ASSESSMENT PADA TES FORMATIF REAKSI REDOKS SEBAGAI FEEDBACK SISWA SMA KELAS X1. Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu | perpustakaan.upi.edu

(2000) menunjukkan bahwa benih tisuk yang dikecambahkan pada subsrat pasir memiliki daya berkecambah paling rendah jika dibandingkan dengan substrat vermikulit,