• Tidak ada hasil yang ditemukan

di sinidi sini

Dalam dokumen Panduan Pengurusan Pengantin (Halaman 69-74)

di sini

Isikan jumlah

Isikan jumlah

di sini

di sini

Katakan pada 30/3/2008, anda telah memasukkan jumlah RM 50 untuk p erbelanjaan bunga pahar. Manakala pada 30/4/2008, anda ingin menambah RM 10 kepada  jumlah tersebut. Caranya begini:

2. Taipkan di formula bar  seperti ini:

3. Tekan Enter . Secara automatik, komputer akan menambahkan jumlah tersebut.

Dengan menggunakan teknik yang sama, anda boleh menambahkan lebih daripada 1  jumlah. (Contoh : =50+10+10+5+10 > Enter  > RM 85.00)

Setelah anda masukkan kesemua perbelanjaan untuk setiap kategori, jumlah keseluruhan akan terpapar secara automatik di bahagian atas halaman.

Langkah 5: Analisa bajet anda.

Untuk menyemak samada wang anda masih mempunyai baki atau tidak, sila lihat halaman “Rumusan”.

Anda boleh membuat semakan dari semasa ke semasa supaya perbelanjaan yang dibuat tidak melebihi pendapatan atau baki wang telah bertukar ke jumlah negatif. Berdasarkan kes ini, penganjur masih mempunyai jumlah baki RM 1,285. Dengan wang baki ini, penganjur boleh melangsaikan hutang kad kredit yang telah dibuat sebelum ini.

Bagi anda yang mungkin agak sibuk, masukkan jumlah perbelanjaan yang telah dibuat pada setiap akhir bulan. Ia hanya memakan masa tidak lebih 15 minit sahaja (bergantung kepada kuantiti data).

Dengan adanya pengurus bajet ini, secara tidak langsung anda akan dapat

mengelakkan diri daripada dibebani hutang selepas majlis selesai dan mendapat pelbagai manfaat lagi sebagaimana yang telah dihuraikan di awal bab ini.

[PENTING!]

Buat pinjaman untuk perbelanjaan majlis perkahwinan???

Pada masakini, kebanyakan pasangan pengantin memilih untuk membuat pinjaman daripada bank atau menggunakan kad kredit bagi membeli kelengkapan majlis perkahwinan. Adakah amalan kewangan seperti ini dibolehkan? Apa kata anda?

Secara peribadi, kami dapat rasakan yang hal ini mungkin boleh menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Namun begitu, jika ada orang yang bertanyakan pendapat kami, kami lebih suka katakan yang kami kurang bersetuju dengan amalan ini.

Bagi kami, menganjurkan majlis perkahwinan yang besar bukanlah satu perkara yang wajib. Nabi saw sendiri tidak pernah membebankan umatnya untuk mengadakan majlis perkahwinan berdasarkan sabdanya:

“Adakanlah majlis walau hanya dengan seekor kambing”   

Oleh itu, adakanlah majlis perkahwinan mengikut kemampuan anda dan keluarga. Sekiranya seseorang itu terpaksa membuat pinjaman, ini bermakna majlis tersebut sudah berada di luar kemampuan beliau. Jika begitulah situasinya, adalah lebih baik sekiranya dianjurkan majlis yang kecil sahaja  untuk menjamu sanak saudara terdekat dan rombongan pengantin yang datang.

Namun begitu, jika keadaan terlalu mendesak sekalipun, pinjamlah wang daripada mereka yang tidak mengenakan “bunga” seperti ibu bapa atau ahli keluarga. Ini kerana, implikasi daripada membayar “bunga” pinjaman mungkin boleh menjejaskan pengurusan kewangan anda selepas berumahtangga nanti. Takut-takut kerana tidak dapat bayar hutang bank, kita suami isteri pula yang bergaduh. Ini tidak mustahil dan ianya sudah pun berlaku.

Selain daripada pinjaman bank, salah satu cara pinjaman yang agak popular pada masakini ialah kad kredit. Bukan tak boleh gunakan kad kredit. Boleeehhh, tetapi ada caranya. Di sini, kami ingin berkongsi sedikit tip amalan berbelanja menggunakan kad kredit.

1. Gunakan kad kredit hanya apabila anda mempunyai duit tunai untuk

membayarnya sebaik sahaja penyata bank sampai ke rumah. (bukan selagi tak sampai had kredit, selagi itulah kad itu digunakan-ini SALAH!)

2. Gunakan kad kredit untuk tujuan keselamatan. (Guna kad kredit kerana tidak mahu membawa wang tunai yang banyak dalam beg)

3. Bayar hutang kad kredit sepenuhnya (bukan jumlah minimum yang

dicadangkan!) sebelum tarikh tamat tempoh pembayaran. Ini adalah untuk mengelakkan faedah yang tinggi memandangkan interest  kad kredit adalah faedah pinjaman TERtinggi. Ia boleh mencecah sehingga 18% setahun. Sekaligus boleh mengelakkan diri daripada terlibat dalam riba‟.

Tidak kiralah berapa had maksimum kad kredit anda, sekiranya anda mengikuti ke 3-3 tip di atas, anda pasti akan SELAMAT. Amalkan kaedah ini sepanjang hidup anda dan yang penting, ajarkanlah ia kepada anak-anak dan sesiapa sahaja yang anda kamingi. (Untuk makluman anda, tip ini telah diajarkan oleh bapa kami )

Kembali bercerita tentang isu pinjaman untuk majlis perkahwinan..

Ketahuilah bahawa, kehidupan selepas perkahwinan boleh jadi LEBIH panjang daripada kehidupan sebelumnya. Kita akan perlukan LEBIH banyak sumber kewangan sewaktu itu, seperti membayar pinjaman kereta, rumah, perbelanjaan sara hidup, anak-anak dsb. Jika awal-awal perkahwinan lagi sudah dibelenggu dengan pelbagai  jenis hutang, masakan hidup kita akan senang. Hari-hari kira hutang. Kalau tak dapat bayar, kereta kena tarik, orang bank sibuk cari kita sehingga ke lubang cacing, nama di blacklist  dan macam-macam masalah akan timbul..

~~Hmm..tak syok laa kahwin yang macam tu..betul tak?

Maaflah sekiranya pendapat kami terhadap isu ini agak ekstrem. Bukan maksud kami hendak menakut-nakutkan anda, akan tetapi isu ini sememangnya isu yang sangat SERIUS. Fikirkanlah perkara ini sebaik mungkin kerana kami tidak mahu anda merana di kemudian hari.

Sekiranya pada hari ini anda tidak mampu untuk menganjurkan majlis yang besar, (maklumlah orang baru grad Universiti atau baru dapat kerja) - Satu idea daripada kami, anda buat majlis kecil-kecilan sekarang dan tangguhkan majlis yang besar 5 tahun atau 10 tahun lagi..Maksud kami, anda akan realisasikan majlis perkahwinan impian anda berdua dalam majlis ulangtahun p erkahwinan yang ke-5 atau ke-10.  Mungkin pada masa itu, kedudukan kewangan anda sudah stabil dan rezeki anda semakin bertambah. Jadi bolehlah anda mengadakan majlis yang lebih meriah dan dapat menjamu lebih ramai tetamu pada masa itu. Tak gitu?

Justeru, marilah sama-sama kita hayati erti perkahwinan yang sebenar. Kita tidak mahu kisah “rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi ” berlaku kepada diri kita. Lakukan perkara yang wajib dan jalankan perkara sunat mengikut kemampuan diri masing-masing. Insya Allah dengan amalan kewangan yang betul, kita akan bahagia di hari kemudian. Amin.

Dalam dokumen Panduan Pengurusan Pengantin (Halaman 69-74)