• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kita rehat sebentar..Lakukan TINDAKAN 7:

Dalam dokumen Panduan Pengurusan Pengantin (Halaman 94-100)

Sediakan senarai tugasan pembantu

 Majlis Perkahwinan Impian

anda dalam Buku Gerak Kerja.

Langkah 8

“Periksa, semak.. lagi & lagi”

Fuhh..! lega rasanya apabila semua kerja telah dibereskan. Alhamdulillah! Tinggal tunggu beberapa hari sahaja sebelum majlis perkahwinan. Hmm..tak sabar rasanya,kan?

Namun, dalam saat-saat terakhir (sebelum melangkah ke majlis perkahwinan), masih ada perkara penting yang tidak boleh ditinggalkan. Antaranya ialah, anda perlu membuat follow-up. Tujuannya adalah untuk mengetahui perkembangan terkini kesemua syarikat perkhidmatan perkahwinan dan para pembantu yang telah ditempah.

Selain itu, anda juga boleh mengingatkan mereka tentang perkara-perkara yang penting. Maklumlah, tempahan sudah dibuat 4 – 5 bulan sebelum majlis. Tak mustahil kalau ada yang terlupa..Betul tak?

Tapi..siapa yang harus anda follow-up  dan apakah yang perlu ditanyakan kepada mereka? Untuk mempercepatkan lagi urusan anda, kami telah senaraikan segala maklumat yang anda perlukan. Dapatkan salinan anda dalam Buku Gerak Kerja.

Pihak yang perlu dihubungi

Perkara-perkara penting yang perlu dipastikan

Penolong Pendaftar Nikah (jurunikah)

- Sahkan kembali tarikh, masa dan tempat pernikahan - Sahkan jumlah bayaran yang perlu disediakan untuk

kadhi& saksi

- Pastikan dia boleh hadir pada tarikh tersebut

2 orang saksi - Sahkan kembali tarikh, masa dan tempat pernikahan - Pastikan dia boleh hadir pada tarikh tersebut

Wali - Sahkan kembali tarikh, masa dan tempat pernikahan - Pastikan dia boleh hadir pada tarikh tersebut

Pereka busana - Sahkan tarikh untuk ambil pakaian - Sahkan jumlah baki bayaran

Juruandam - Sahkan tarikh berinai

- Pastikan aksesori apa yang disediakan untuk mengetahui apa yang masih diperlukan - Tetapkan tarikh percubaan solekan - Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Pemilik spa - Sahkan tarikh dan masa temujanji untuk membuat rawatan muka dan badan

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Penghias pelamin - Sahkan tarikh dan masa pasang pelamin - Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Penghias bilik pengantin - Sahkan tarikh dan masa menghias bilik pengantin - Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Pengapit - Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis - Pastikan dia boleh hadir pada tarikh tersebut

Jemputan - Semak jemputan yang masih belum dijemput - Sahkan kehadiran (jika perlu)

Pengiring tetamu - Pastikan dia telah tahu siapa yang harus diirin gi - Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis - Pastikan dia boleh hadir pada tarikh tersebut

Pengacara majlis / DJ - Tanya jika ada sebarang masalah dengan skrip - Sahkan tarikh, masa dan lokasi raptai majlis - Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis

Penyelaras majlis - Tanya jika ada sebarang masalah dengan panduan yang disediakan

- Bincangkan tarikh dan masa yang sesuai untuk membuat taklimat kepada tenaga kerja

- Sahkan tarikh, masa dan lokasi raptai majlis - Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis

Katerer - Sahkan jumlah tetamu yang terkini dan menu yang telah dipersetujui

- Sahkan tarikh dan masa caterer akan membawa barang-barang keperluan ke lokasi majlis

- Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis - Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

- Tetapkan masa berkumpul untuk taklimat sebelum memulakan tugas

- Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis - Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Jurufoto - Sahkan kembali pakej yang diambil

- Tanya jika ada sebarang masalah dengan panduan yang disediakan

- Sahkan hari,masa dan tarikh pengambaran - Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Juruvideo - Sahkan kembali pakej yang diambil

- Tanya jika ada sebarang masalah dengan panduan yang disediakan

- Sahkan hari,masa dan tarikh rakaman - Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Kedai bunga / penghias lokasi

- Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis - Sahkan kembali pakej yang diambil

- Sahkan tarikh dan masa menghias bermula - Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Kedai kek - Sahkan nama pengantin

- Sahkan tarikh kek akan diambil/dihantar - Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Kumpulan persembahan - Tanya persediaan setakat ini

- Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis - Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Penghias hantaran - Sahkan tarikh hantaran yang siap dihias boleh diambil - Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Pembuat cenderahati - Sahkan tarikh cenderahati yang siap dihias boleh diambil

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Lokasi majlis

(khemah/dewan/hotel)

- Sahkan tarikh dan masa pasang khemah / mula persiapan dewan

- Sahkan kelengkapan yang disediakan - Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Pemandu kenderaan pengantin

- Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis - Tetapkan tempat dan waktu bertemu

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

penginapan tetamu

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Percutian bulan madu - Sahkan tempahan yang dibuat sebelum ini - Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Perunding majlis perkahwinan

- Sahkan pakej yang diambil

- Tanya jika ada sebarang masalah dengan persetujuan sebelum ini

- Sahkan jumlah deposit / bayaran baki

Semua pembantu semasa majlis

- Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi majlis - Pastikan dia boleh hadir pada tarikh tersebut - Sahkan tarikh, masa dan lokasi raptai majlis - Sahkan kembali tarikh, masa dan lokasi taklimat

TIP! Jika sewaktu anda hubungi mereka..

1. ~mereka tidak jawab panggilan telefon. Cuba hubungi lagi pada masa yang

lain. Jika dalam masa 2 hari anda terus hubung i mereka dan masih tiada jawapan, pergi segera ke kedai mereka.

2. ~mereka sibuk. Minta dia hubungi anda secepat mungkin apabila dia free. Jika dalam hari yang sama dia tidak hubungi anda, hubunginya pada keesokan hari. 3. ~seseorang menyatakan yang dia tidak dapat hadir ke majlis anda. Tolong

sediakan penggantinya secepat mungkin (jika perlu).

4. ~mereka kata, ada masalah laa..Minta mereka ceritakan, kalau boleh

diselesaikan - selesaikan terus. Jika tidak, tetapkan temujanji secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah tersebut.

5. ~mereka kata, OK! Tiada sebarang masalah. Pesan kepada mereka, jika terdapat sebarang perubahan atau masalah, sila maklumkan secepat mungkin kepada anda atau ibubapa anda.

6. ~mereka kata, OK, jumpa di sana! Pesan pada mereka, jaga diri baik-baik!

Selain daripada follow-up, anda juga mestilah mempunyai back-up plan sekiranya sesuatu perkara yang tiada dalam perancangan terjadi. (Perkara ini telah kami sebutkan di bahagian awal buku ini). Bukan sahaja untuk acara, malah orang pun perlu kan back-up. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang memainkan peranan yang besar di dalam majlis, seperti: pengerusi majlis & penyelaras majlis.

Kenapa kami selalu ingatkan perkara ini? Sebab kejadian ini telah berlaku dalam

akhir kerana ada kecemasan. Nasib kami baik kerana kami tergerak hati untuk siap sediakan penyelaras majlis (simpanan). Alhamdulillah, akhirnya semua acara be rjalan dengan lancar.

Habis cerita tentang back-up. Kita cerita pula tentang one-man’s-head ….

Sekiranya kebanyakan maklumat penting berada dalam kepala anda sahaja (seperti maklumat berkaitan jurunikah, jurufoto, katerer dsb.), toloooonglah ceritakan kepada orang lain. Individu tersebut adalah orang yang akan menjadi penyelaras majlis atau ibu bapa dan adik beradik atau sesiapa sahaja yang anda percayai boleh bertanggungjawab ke atasnya. Dengan perkongsian maklumat ini, sedikit sebanyak akan memudahkan mereka untuk menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin akan timbul semasa majlis berlangsung (memandangkan anda tidak boleh diganggu pada masa tersebut).

Antara perkara terpenting yang perlu dilakukan di saat-saat akhir ini ialah, raptai majlis resepsi. Dengan adanya raptai, anda akan mendapat gambaran masalah-masalah yang mungkin akan timbul sewaktu majlis berlangsung.

Selain itu, ia juga penting kerana penyelaras majlis akan memberikan taklimat berkenaan keseluruhan aturcara majlis perkahwinan kepada semua pihak yang terlibat. Sebab itulah kami minta anda untuk ceritakan maklumat-maklumat penting kepada penyelaras majlis mengikut apa yang perlu diketahuinya. Kerana bermula sahaja raptai, anda telah pun menyerahkan tugas menguruskan majlis kepada dia (penyelaras majlis).

Sebaik sahaja selesai raptai, semua individu akan mengetahui tugas mereka secara lebih spesifik. Minta mereka menanyakan apa jua soalan jika terdapat

sebarang permasalahan. Kebaikannya ialah, jawapan kepada soalan tersebut mungkin akan meleraikan tanda tanya orang-orang lain yang turut berada di situ. Jadi, anda tidak perlu menjawab soalan yang sama berulang kali.

Antara individu yang patut berada sewaktu raptai majlis ialah.. 1. Pengerusi majlis

2. Penyelaras majlis 3. Tuan rumah / ibubapa 4. Pengantin

5. Pengapit

6. Juruvideo / jurufoto

7. Pengurus bahagian teknikal spt sistem PA 8. Semua ketua kumpulan pembantu

9. dan sesiapa sahaja yang dirasakan perlu…

Setiap ketua kumpulan pembantu juga berperanan untuk menceritakan aturcara majlis dan setiap tugasan secara spesifik kepada ahli kumpulan mereka. Anda perlu membekalkan salinan bertulis - panduan penyelaras majlis dan tugasan

Untuk memastikan semua acara berjalan dengan lancar, penyelaras majlis mungkin perlu memberikan taklimat ringkas sekali lagi kepada semua pembantu majlis 2-3  jam sebelum majlis bermula.

Dalam dokumen Panduan Pengurusan Pengantin (Halaman 94-100)