• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendahuluan

Bab ini akan mengupas tentang konsep dan ciri-ciri dokumen menurut perspektif Islam disamping menjelaskan lebih terperinci kepentingan penulisan dokumen wasiat menurut undang-undang Islam.

2.1 Konsep dan Ciri-ciri Dokumen

Dalam fasal ini, identifikasi sesuatu dokumen dijelaskan secara ditil supaya konsepnya dapat difahami. Selain itu, huraian mengenai dokumen dan hubungannya dengan konsep

al-Kitabah menurut perspektif Islam turut diterangkan beserta fungsinya sebagai bahan pembuktian bagi mengetahui ciri-ciri sesuatu dokumen.

2.1.1 Identifikasi Dokumen

Lazimnya masyarakat awam lebih memahami istilah dokumen sebagai surat atau nota yang mengandungi sesuatu maklumat tertentu. Dari sudut bahasa dokumen adalah sesuatu yang bertulis atau bercetak, yang boleh digunakan sebagai rekod atau bukti seperti sijil kelahiran atau sijil kematian dan lain-lain.35 Pengertiannya tidak jauh berbeza dengan takrifan dokumen menurut kata nama di dalam Bahasa Inggeris iaitu,

“Document is a piece of written, printed, or electronic matter that provides information

or evidence or that serves as an official records.” 36

Berpandukan interpretasi di atas, dokumen merangkumi tulisan atau catatan yang mengandungi maklumat atau memberikan keterangan tertentu seperti pasport, surat perjanjian, resit jual beli, kad-kad peribadi dan sebagainya. Ia juga terdiri daripada sebarang bahan-bahan bercetak seperti buku, artikel, catatan yang berfakta dan berinformasi. Lukisan-lukisan, gambarajah, fotograf, dan seumpamanya juga termasuk di dalam takrifan dokumen kerana bahan berkenaan dapat menterjemahkan maklumat tertentu. Selain itu data-data yang tersimpan atau direkodkan melalui kaedah eletronik seperti komputer, pita rakaman dan filem turut diklasifikasikan sebagai dokumen.37

Secara umumnya, tiada kaedah khusus untuk menghasilkan suatu dokumen kerana perkara yang utama adalah sesuatu keterangan akan dapat diperolehi daripada bahan berkenaan. Selain itu mana-mana individu yang mempunyai kepentingan dengan dokumen boleh menghasilkannya mengikut keperluan dan tujuan masing-masing. Ini kerana dokumen juga merujuk kepada apa jua tulisan atau catatan yang dibuat sama ada oleh pemerintah, hakim, pegawai-pegawai atau orang biasa, sama ada ditulis dengan tatacara rasmi atau tidak sepertimana ditakrifkan oleh Dr. Mahmud Saedon A. Othman.38

Justeru pengertian lebih luas dapat diperhatikan berdasarkan takrifan dokumen mengikut tafsiran seksyen 3 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah

36 _______ (t.t), Concise Oxford English Dictionary [The World’s Most Trusted Dictionaries]. New York: Oxford University Press Inc, h. 421.

37 http://www.reference.com/browse/. 21.11.2006

38 Dr. Mahmud Saedon A. Othman (1990), Undang-undang Keterangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 159.

Persekutuan) 1997/2005 [Akta 561] dan setiap statut seumpama itu yang terpakai di negeri-negeri lain39 iaitu:

“dokumen” ertinya apa-apa hal yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua pun peranti lain, dengan menggunakan -

(a) huruf, angka, tanda, simbol, isyarat, lambang, atau apa jua pun bentuk pernyataan, perihalan, atau gambaran lain;

(b) apa-apa rakaman visual (sama ada imej kaku atau bergerak); (c) apa-apa rakaman bunyi; atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, magnetik, mekanikal atau rakaman lain dan walau bagaimana jua pun dibuat, atau apa-apa bunyi, dedenyut elektronik, atau apa jua pun data lain; (d) suatu rakaman; atau pemancaran, dari suatu jarak, apa-apa hal dengan mana-mana, atau apa-apa kombinasi, cara yang disebut dalam perenggan

(a), (b) atau (c),

atau dengan lebih daripada satu cara yang disebut dalam perenggan (a), (b),

(c) dan (d), yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang mungkin digunakan bagi tujuan menyatakan, memperihalkan, atau dengan apa jua cara sekalipun menggambarkan, hal itu;

MISALAN

Tulisan ialah dokumen.

Perkataan yang dicetak, dilitograf atau difotograf ialah dokumen. Peta, pelan, graf atau lakaran ialah dokumen.

Inskripsi pada kayu, logam, batu, atau apa-apa benda, bahan atau barang lain ialah dokumen.

Lukisan, citra, gambar atau karikatur ialah dokumen.

39 Enakmen 6 Tahun 2001 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Terengganu) 2001; Ordinan 47 Tahun 2001 Ordinan Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sarawak) 2001; Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 2002 ; Enakmen Keterangan Mahkamah Syaraiah (Kelantan) 2002; Enakmen 5 Tahun 2003 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003; Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Johor) 2003; Enakmen 12 Tahun 2003 Enakmen Keterangan Mahkamah Syaraih (Negeri Sembilan) 2003; Enakmen 8 Tahun 2004 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Perak) 2004; Enakmen 8 Tahun 2004 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negri Pulau Pinang) 2004; Enakmen 11 Tahun 2004 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Sabah) 2004; Enakmen 4 Tahun 2005 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Pahang) 2005; Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Perlis) 2003/2006; Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Kedah) 1989/2007.

Fotograf atau negatif ialah dokumen.

Rakaman pita komunikasi telefon, termasuklah rakaman komunikasi sedemikian yang dipancarkan dari suatu jarak, ialah dokumen. Rakaman fotografi atau rakaman visual lain, termasuklah rakaman pemancaran fotografi atau pemancaran visual lain dari suatu jarak, ialah dokumen.

Hal yang dirakamkan, disimpan, diproses, didapatkan semula atau dikeluarkan oleh komputer ialah dokumen;

2.1.2 Dokumen Dan Hubungannya Dengan Konsep Al-Kitābah Dalam Islam

Pada umumnya, Islam telah menekankan penulisan dokumen dalam beberapa perkara bagi memudahkan urusan manusia. Dapat dikatakan bahawa konsep “al-kitābaħ” dalam Islam mempunyai persamaan maksud dengan takrifan “dokumen” seperti mana dijelaskan sebelum ini. Al-kitābaħ adalah istilah Arab yang dipetik daripada kata dasar “kataba” iaitu tulisan atau kata-kata yang dicatatkan.40 Ia juga membawa pengertian yang khusus bagi maksud kalimah-kalimah daripada Allah S.W.T iaitu “ al-Kitāb” yang mengandungi peraturan-peraturan tertentu dan perintah-perintah-Nya.41

Di dalam al-Quran Allah S.W.T telah memerintahkan supaya catatan hendaklah dibuat dalam beberapa urusan terutamanya apabila melibatkan hak individu lain. Perkara-perkara yang perlu untuk didokumenkan termasuklah perihal berkaitan hutang piutang, gadaian dan bayaran yang dibuat bagi membebaskan hamba.42 Ini kerana hal-hal tersebut menyentuh soal tanggungjawab dan amanah serta hak seseorang yang boleh mendatangkan kemudaratan bagi satu pihak dan boleh mengundang pertikaian sekiranya tiada sebarang kesaksian berhubung perkara itu. Dengan adanya catatan

40 Abī al-Fadl Jamal al-Dīn Muĥammad bin Mukram Ibn Mandhūr al-Afrikīal-Misr (Ibn Mandhūr) (1999), Lisān al-‘Arab, j.12, Beirut: Dār `Iĥya al-Tūrath al-‘Arabī. h .22.

41 Ibid., h.23.

berkenaan hak seseorang individu dapat dijamin dan hubungan sesama manusia terus terpelihara.

Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui mengenai sifat manusia yang mempercayai fungsi dokumen adalah untuk merekodkan sebarang keterangan yang memberi kesan pertanggungjawaban pada masa hadapan. Maka dengan sebab itu Allah S.W.T akan mencatatkan segala amalan manusia di dunia dan akan menjadi bahan pembuktian untuk menghitung balasannya. Sebagaimana Firman Allah S.W.T :

tΠöθtƒ

(#θããô‰tΡ

¨≅à2

¤¨$tΡé&

÷ΛÏιÏϑ≈tΒÎ*Î/

(

ôyϑsù

u’ÎAρé&

…çµt7≈tFÅ2

ϵÏΨŠÏϑu‹Î/

šÍ×‾≈s9'ρé'sù

tβρâtø)tƒ

óΟßγt7≈tGÅ2

Ÿωuρ

tβθßϑn=ôàãƒ