• Tidak ada hasil yang ditemukan

óΟçFΡr&÷Λäö/uŽŸÑ

2.2.3 Kepentingan Berwasiat Secara Dokumentasi

Meneliti penjelasan sebelum ini, pengkaji mendapati bahawa seseorang Muslim yang ingin membuat wasiat amat perlu mencatatnya. Ini kerana wasiat adalah salah satu transaksi pindah milik yang tertakluk dengan syarat-syarat tertentu dan masa kuatkuasaannya pula tidak dapat diketahui. Malahan tuntutan sedemikian telah

79 ’Abd al-Wahbaħ al-Sya’ranī (t.t), al-Mīzān al-Kubrā, j.2, Beirut: Dār al-Fikr, h. 107.

80 Enakmen 4 Tahun 1999, Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999; Enakmen 5 Tahun 2004, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan); Enakmen 4 Tahun 2005, Enakmen Wasiat Orang Islam (Melaka) 2005.

dinyatakan oleh Rasulullah di dalam Sabda Baginda, yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar:

tَqَnbjَ‘

َŸُ—„ُ ُyْ  ِ€b’~ا ُjْ˜َz

tَcَwَ˜ْuَأ

ٌeِ~tَx

ْyَz

ٍ¡ِ‡tَc

ْyَz

َwَ‰ُz ِyْ  ِ€b’~ا ِjْ˜َz

tَ‰ُ|ْqَz ُ€b’~ا َˆِ¢َر

ِ€b’~ا َل„ُ—َر bنَأ

ِ€ْrَ’َz ُ€b’~ا “b’َ

َ}b’َ—َو

َلtَ

ٍئِwْxا ¥¦َ‘ tَx

ُ€َ~ ٍ}ِ’ْ§ُx

ِ€rِ‡ ˆِ„ُ ٌءْˆَš

ُ¨َjْqِz ٌَ „ُoْ‚َx ُ€ُobrِَوَو tb~ِإ ِyْrَoَ’ْrَ~ ُ‹rِ˜َ

Maksudnya: Abdullah bin Yusof telah menceritakan, daripada Nafi’, daripada Umar bin Abdullah memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawasanya seorang Muslim yang mempunyai hajat untuk berwasiat, tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat tersebut disisinya”81

Merujuk interpretasi hadis tersebut, jelas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w amat menekankan kaedah yang paling selamat dan mudah bagi seseorang yang berhajat mewasiatkan sebahagian hartanya kepada pihak lain selepas kematiannya. Dengan adanya pernyataan secara bertulis ini hasrat pewasiat dapat dinyatakan dengan jelas dan keterangan tersebut dapat dikekalkan kewujudannya bagi suatu tempoh yang panjang sekiranya tiada sebarang halangan. Seseorang hendaklah segera mencatatkan niatnya untuk berwasiat agar niat murninya tidak menjadi sia-sia kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Anas Ibn Mālik r.a;

َ‰~ا

ْ©

ُw

ُمو

َx

ْy

ُِ‘

َمw

َو

ِ

brَo

ُ€

Terjemahan: Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat.”82

81Abi ’Abd Allah Muĥammad bin Ismāi’il bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Bukhārī, op.

cit., Kitāb al-Waşāyā, Bāb al-Wasāyā, no. hadith 2738, h. 220 ; Abū Ĥusayn Muslim bin Hajjaj bin Muslim al-Qusyayrī al-Naysaburī, op. cit., Kitāb al-Waşiyyaħ, no. hadith 3204, h. 962. Abū‘Isa

Muĥammad bin Sūrah al-Tirmidhi, op.cit., Kitab al-Wasaya, Bab ma Jaa fi al-Hath, no. Hadith, 2118, h. 1863;

82 Abi ’Abd Allah Muĥammad bin Yazid al-Raba’iy Ibn Majah al-Qazwinī Ibn Mājaħ, op.cit., no. Hadith, 2700, h. 2639.

Sehubungan itu, dokumen lebih memberi kesan terhadap niat dan tutur-kata individu. Misalnya jika seseorang berkata “saya wasiatkan harta ini kepada anak angkatku”, tetapi kata katanya itu tidak diketahui atau didengar oleh orang lain, maka sudah pasti warisnya menganggap wasiat tidak pernah wujud. Sebaliknya jika seseorang menulis wasiatnya tanpa disaksikan orang lain maka ia akan menjadi asas kewujudannya. Ini jelas menunjukkan tulisan lebih penting daripada kata-kata di dalam hal berwasiat.

Hal ini dapat diperhatikan melalui kes Ibrahim bin Haji Abu Bakar lwn Mohd

Sah bin Mohd Ali dan lain-lain.83 Dalam kes ini plaintif menuntut tanah HSD 389 Lot 1885 Kampung Gelang Mukim Pekan, Jalan Rompin Lama, Pekan, Pahang, seluas 9,582 kaki persegi (tapak rumah) dipindah milik kepadanya. Plaintif yang merupakan cucu saudara si mati iaitu Azhari bin Mohd Ali telah mendakwa bahawa datuk saudaranya itu semasa hayatnya hendak memberi dan mewasiatkan tanah tersebut kepadanya. Disebabkan tidak terdapat dokumen hitam putih untuk mengesahkan dakwaan itu, maka defendan-defendan yang merupakan waris si mati membantah tuntutan tersebut dengan alasan bahawa mereka sama sekali tidak mengetahui tentang wasiat serta pemberian berkenaan dan memohon supaya tanah tersebut menjadi pusaka si mati.

Dalam kes ini mahkamah memutuskan bahawa plaintif telah gagal dalam tuntutannya terhadap tanah milik si mati dan aset tersebut dibahagikan mengikut sistem faraid. Ini kerana Mahkamah mendapati walaupun plaintif telah mengemukakan surat akuan berkanun yang mengandungi kata-kata si mati, tetapi surat tersebut tidak ditandatangani oleh si mati dan ia tidak boleh dikatakan sebagai dokumen wasiat yang

83 Ibrahim bin Haji Abu Bakar lwn Mohd Sah bin Mohd Ali dan lain-lain (2001) Jurnal Hukum, j.14, Putra Jaya: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, h. 279.

sah. Sementara itu berdasarkan keterangan saksi-saksi yang dikemukakan oleh plaintif, mahkamah juga berpuashati bahawa plaintif gagal membuktikan si mati semasa hidupnya telah membuat wasiat untuk memberikan lot tanah kepadanya. Apatah lagi plaintif pula telah lambat dalam proses penuntutan tanah tersebut, kerana dia hanya mengambil tindakan setelah tujuh tahun kematian si mati.

Oleh sebab itu Imam Isĥāq bin Ibrāhīm berpendapat bahawa apabila seseorang meninggal dunia dan telah ditemui wasiat yang tertulis di bawah tilamnya dengan tulisannya yang dikenali, maka ia akan diterima meskipun tanpa saksi. Ini kerana hadis Rasulullah mengenai tuntutan mendokumenkan wasiat seperti dijelaskan sebelum ini tidak memerlukan kewujudan saksi. Pendapat ini juga dipersetujui oleh Imām Aĥmad. Tulisan dianggap bersamaan dengan keterangan lisan di dalam semua perkara termasuk juga perceraian yang boleh berlaku melalui tulisan.84

Selain itu pada fitrahnya tahap ingatan manusia biasa adalah lemah, sudah tentu agak sukar untuk mengingati semua maklumat yang diperolehi dengan lengkap bagi suatu tempoh yang tidak dapat ditentukan. Ini kerana realitinya kekurangan tersebut menyebabkan manusia sering terdedah dengan masalah lupa dan lalai. Oleh Sebab itulah Allah S.W.T ada mengajarkan kepada kita doa bagi memohon keampunan sekiranya dilanda masalah lupa dan lalai iaitu :

$oΨ−/u‘…

Ÿω

!$tΡõ‹Ï{#xσè?

βÎ)

!$uΖŠÅ¡®Σ

÷ρr&

$tΡù'sÜ÷zr&

4

š…

∩⊄∇∉∪

Sūrah al-Baqarah (2):186

Maksudnya:”…Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah….”

84 Ibn Qayyim al-Jawziyyaħ, op. cit., h.210.

Sekalipun wasiat boleh dilakukan secara lisan dan isyarat, namun kebanyakan para ulama` mutakhir amat menekankan agar wasiat itu didokumenkan walaupun mereka tidak sependapat mengenai kewajipan menulisnya. Namun bagi Imām al-Nawawī dan Imām Dawūd al-śāhirī wasiat mestilah dicatatkan berasaskan maksud literal yang disebut sebelum ini.85

Walau bagaimanapun Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor memperuntukkan bahawa wasiat hendaklah dibuat secara bertulis sebagaimana diperuntukkan di dalam seksyen 4 (1) yang menyatakan bahawa “tertakluk kepada subseksyen (2) tiada apa-apa tuntutan tentang keesahan sesuatu wasiat selepas matinya seseorang pewasiat boleh diterima oleh mahkamah melainkan ianya disokong oleh dokumen-dokumen yang ditulis atau ditanda tangani oleh pewasiat.” Pendekatan tersebut mempunyai persamaan dengan peraturan seperti mana termaktub di dalam Undang-undang Wasiat Mesir 1946 fasal 65. Peruntukan tersebut menetapkan bahawa wasiat adalah tidak sah sekiranya dilakukan tanpa tulisan pewasiat. Ia juga terbatal sekiranya tidak ditanda tangani atau dicap jari oleh pewasiat.

Meskipun penulisan ini hanya digalakkan dan bukanlah menjadi suatu kewajipan menurut pandangan majoriti para ulama, namun penguatkuasaan peraturan sedemikian merupakan satu pendekatan di dalam siasah pentadbir yang amat wajar bagi memastikan kelancaran urusan perlaksanaan sesuatu wasiat. Selain itu dokumen juga telah menjadi bukti paling dipercayai mengikut pemakaiannya pada masa kini. Ketiadaan dokumen hitam putih dalam sesuatu transaksi boleh mengundang konflik dan kontroversi kerana pihak-pihak terlibat berpeluang mengambil kesempatan memutar

belitkan fakta dengan menganiaya atau mengeksploitasi pihak lain demi kepentingan peribadi.

Perkara sedemikian telah berlaku dalam kes Nik Salma Zaidah bt Haji Wan Zaid

lwn Nik Hasnah bt Nik Din dan seorang lagi.86 Antara faktanya, perayu dalam keterangannya menyatakan bahawa bapa angkatnya iaitu Haji Wan Zaid telah memberitahu kepadanya di hadapan responden pertama iaitu Nik Hasnah bt Nik Din dan responden kedua iaitu Nik Ruhiya bt Wan Zaid bahawa dia hendak membina rumah untuk perayu di atas Lot 150, yang beralamat di 5640 Jalan Sri Cemerlang. Peruntukkannya pula telah disediakan oleh Arwah Haji Wan Zaid tetapi rumah tersebut tidak sempat dibina dalam masa hayat si mati. Sebelum meninggal dunia, bapa angkatnya telah mengamanahkan kepada emak angkatnya (Responden 1) dan kakak angkatnya (Responden 2) untuk menunaikan hasratnya itu. Walau bagaimanapun rumah tersebut telah dibina di atas tanah Lot 289, Seksyen 27, Bandar Kota Bharu, iaitu bukan di atas tanah yang asal kerana emak angkatnya mengubah dari Lot 150 kepada Lot 289. Emak angkatnya pada ketika itu berjanji untuk menukar nama Lot 289 kepada perayu. Dengan peruntukan yang disediakan oleh bapa angkatnya sebanyak RM200,000.00, perayu telah menguruskan pembinaannya termasuk mengemukakan pelan serta memohon kebenaran mendirikan rumah dari Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dan akhirnya dia berjaya menduduki dan menguasai rumah itu selama lapan tahun. Namun apabila perayu bercerai dengan suaminya dahulu pada tahun 1993, relasi perayu dengan kedua-dua responden tidak baik sehingga tercetus pertikaian membabitkan kediaman tersebut. Responden kedua telah menyaman perayu melalui Mahkamah Majistret Kota Bharu meminta agar mahkamah memerintahkan perayu keluar dari rumah tersebut. Kes di Mahkamah Majistret tidak selesai kerana berbangkit perkara

86 Nik Salma Zaidah bt. Hj. Wan Zaid lwn Nik Hasnah bt Nik Din dan seorang lagi (2002), j.15, Jurnal

wasiat yang kemudiannya dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu untuk memutuskan tentang perkara tersebut. Oleh itu perayu telah memfailkan tuntutannya dalam Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu untuk menuntut Pemberian Hidup (hibah) bagi dipinda kepada Tuntutan Pemberian Wasiat sebuah rumah dua tingkat yang dipertikaikan itu. Akhirnya Mahkamah Rayuan Syariah memutuskan bahawa rayuan pensabitan wasiat berkenaan diterima dan perayu dikehendaki bersumpah mengikut hukum syarak sesungguhnya rumah tersebut yang beralamat di Lot 289 Jalan Dusun Raja, 15300 Kota Bharu, adalah miliknya.

Kes di atas jelas menunjukkan bahawa sesuatu pertikaian akan mengalami kesulitan lebih-lebih lagi perselisihan yang menyentuh soal pemilikan seperti wasiat dan seumpamanya sekiranya tiada keterangan bertulis seperti dokumen hak milik (document in title) iaitu suatu dokumen yang membolehkan pemiliknya mengendalikan harta-harta yang dihuraikan di dalamnya seperti hartanya sendiri.87 Justeru, catatan hitam putih hakikatnya bukan sahaja sebagai penjelas fakta, bahkan ia mampu merungkai kepalsuan..

Kesimpulan

Secara ringkasnya, dokumen adalah sesuatu yang bertulis atau bercetak yang merekodkan sesuatu fakta dan boleh dijadikan sebagai bahan pembuktian. Kepentingan dokumen tidak dapat dinafikan lebih-lebih lagi untuk menjelaskan perkara-perkara yang membabitkan pelbagai pihak dan melibatkan tempoh masa yang tidak dapat ditentukan seperti amalan berwasiat. Situasi hari ini telah mendesak supaya sessuatu wasiat itu didokumenkan kerana masyarakat masa kini telah kurang pegangan agama

sehingga tahap kepercayaan kepada orang lain adalah rendah apatah lagi masalah lalai dan alpa dalam pelbagai perkara dikalangan mereka kian ketara. Justeru penulisan dokumen wasiat amat penting bagi memastikan tidak wujud sebarang tipu daya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan persengketaan antara satu sama lain.