• Tidak ada hasil yang ditemukan

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Dalam dokumen DSKP KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 (Halaman 29-33)

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen-elemen di dalam EMK adalah seperti berikut:

1. Bahasa

 Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu dititikberatkan dalam semua mata pelajaran.

 Semasa pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan.

2. KelestarianAlam Sekitar

 Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran.

 Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar dalam membentuk etika murid untuk menghargai alam.

3. Nilai Murni

 Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid sedar akan kepentingan dan mengamalkannya.

 Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam kehidupan harian.

4. Sains Dan Teknologi

 Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat meningkatkan literasi sains serta teknologi dalam kalangan murid.

 Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan.

 Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam p&p merangkumi empat perkara iaitu:

20 (i) Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip,

konsep yang berkaitan dengan sains dan teknologi);

(ii) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran manipulatif tertentu);

(iii) Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, keselamatan); dan

(iv) Penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

5. Patriotisme

 Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat.  Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang

mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.

6. Kreativiti Dan Inovasi

 Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan idea yang ada.

 Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah suaian, membaiki dan mempraktikkan idea.

 Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk memastikan pembangunan modal insan yang mampu menghadapi cabaran Abad ke-21.

 Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran

7. Keusahawanan

 Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.

 Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran.

8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 Penerapan elemen TMK dalam pengajaran dan pembelajaran memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari.

21  Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid

menjadi kreatif malah menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti pembelajaran.

PENTAKSIRAN

Pentaksiran adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran. Dalam pentaksiran, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat. Hasil pentaksiran terhadap murid membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru memperkembangkan potensi murid.

Pentaksiran dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. Pentaksiran yang dijalankan di peringkat sekolah dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif, ia dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran sumatif pula dilaksana di akhir unit pembelajaran, semester atau tahun. Pentaksiran dilakukan secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui pelbagai cara. Antaranya ialah pemerhatian, kerja kursus, kajian kes, membina buku skrap dan folio, membuat demonstrasi, simulasi, kuiz dan ujian bertulis.

Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran.

PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, peperiksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya.

PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala

22 tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

Tujuan Pentaksiran

Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aspek pentaksiran telah dikaji semula. Dalam pentaksiran, aspek yang diberi penekanan penting ialah dari segi perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek murid. Oleh itu, guru perlu mengubahsuai kaedah dan cara pentaksiran prestasi murid.

Pentaksiran dalam mata pelajaran Sejarah dapat

merangsang pemikiran murid. Selain menguji murid mengenai fakta, tarikh dan definisi, guru menguji murid aspek kognitif yang lebih tinggi seperti menganalisis, mensintesis

dan membuat penilaian yang berterusan mengikut

pentaksiran terkini.

Mata pelajaran ini membolehkan murid melihat secara empati dan menganalisis bagaimana manusia menggunakan masa, ruang, perubahan dan kesinambungan. Pemahaman Sejarah pula dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bermaksud memahami secara kritis dan imaginatif tentang segala aspek

kehidupan manusia masa silam dan kini. Pemahaman ini boleh diperoleh jika kesemua aspek dikaji dan dianalisis.

Sejarah melibatkan penyelidikan dan inkuiri. Penyelidikan memberi ruang yang luas kepada murid untuk menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta Sejarah secara rasional. Hal ini dapat direalisasikan melalui satu sistem pentaksiran yang baik dan terancang. Dalam membuat pentaksiran, guru harus mengambil kira kepelbagaian tahap kecerdasan murid.

Jenis-Jenis Pentaksiran

Pentaksiran Formatif

Pentaksiran formatif bertujuan untuk mengesan

perkembangan pembelajaran murid secara berterusan. Pentaksiran ini dijalankan pada setiap kali pengajaran dan

pembelajaran berdasarkan tahap penguasaan dalam

standard prestasi. Hasil pentaksiran direkodkan oleh guru bagi menunjukkan murid sudah menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai. Hasil pentaksiran itu boleh digunakan untuk merancang langkah-langkah tertentu dalam pengajaran berikutnya seperti teknik pemulihan, teknik pengayaan dan sebagainya.

23

Pentaksiran Sumatif

Pentaksiran ini dijalankan untuk mengetahui tahap

pencapaian murid secara keseluruhan dalam satu tempoh yang ditetapkan. Pentaksiran ini dijalankan secara berkala seperti ujian bulanan, peperiksaan penggal dan tahunan mengikut arahan pihak sekolah. Hasil pentaksiran direkod, dianalisis dan dijadikan asas dalam merancang pengajaran dan pembelajaran serta program peningkatan prestasi murid seterusnya.

Pernyataan Umum Tafsiran Tahap Penguasaan Mata Pelajaran Sejarah

Bagi menentukan Tahap Penguasaan murid dalam mata pelajaran Sejarah secara keseluruhan, guru boleh merujuk kepada pernyataan umum dan pernyataan khusus bagi setiap standard kandungan dan standard pembelajaran bagi setiap kelompok. Tahap Penguasaan mata pelajaran Sejarah. Tahap Penguasaan ialah kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Berikut adalah tafsiran umum Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran Sejarah seperti dalam Jadual 5.

Jadual 5: Tahap Penguasaan dan Tafsiran Mata Pelajaran Sejarah

TAHAP

Dalam dokumen DSKP KSSM SEJARAH TINGKATAN 1 (Halaman 29-33)

Dokumen terkait