• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual 1.3: Statistik Kekerapan Perkahwinan Muslim di Semenanjung Malaysia 59

1.9 ULASAN KAJIAN LEPAS

1.9.1 Elemen Perbelanjaan Asas dalam Perkahwinan

Pembinaan perkahwinan lazimnya memerlukan kepada elemen perbelanjaan asas yang melibatkan pemberian dan bayaran yang tertentu oleh pasangan. Terdapat banyak kajian berkaitan pemberian dan bayaran asas yang dikemukakan oleh para sarjana daripada pelbagai latar belakang agama. Bagi masyarakat bukan Islam, kajian tentang bayaran perkahwinan telah lama dibincangkan oleh para sarjana barat daripada kalangan ahli

antropologi dan sosiologi. Menurut Carol R. Ember dan Melvin Ember,61 bayaran

perkahwinan terbahagi kepada dua bentuk yang disebut sebagai brideprice atau

bridewealth dan dowry. Brideprice merupakan bayaran perkahwinan yang dikenakan ke

atas pihak lelaki berbentuk wang atau barangan kepada pihak perempuan atau keluarganya. Manakala dowry pula adalah bayaran perkahwinan daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki berbentuk wang tunai atau barangan berdasarkan kepada kemampuan pihak perempuan. Kewujudan bayaran dowry dapat dilihat bermula pada zaman pertengahan dan zaman Renaissance di benua Eropah. Amalan ini kemudiannya

telah luput hasil perjuangan kaum wanita dalam Women’s Lib. Menurut Jack Goody62

dan Siwan Anderson63 pembayaran dowry berasaskan kepada kelas dalam sistem sosial

khususnya status ekonomi lelaki. Individu dari kelas atasan tidak akan berkahwin dengan mereka dari kelas bawahan. Dari aspek kesesuaian dan keberkesanan

pendekatan undang-undang terhadap amalan pemberian dowry, Afroza Begum64

mendapati perlunya penstrukturan semula terhadap undang-undang berkaitan dowry.

61 Carol R. Ember dan Melvin Ember, Cultural Anthropology (London: Prentice-Hall International, 1988), 170-172.

62 Jack Goody, Kinship (Victoria: Penguin Books Ltd, 1971), 128.

63 Siwan Anderson, “The Economics of Dowry and Bride price,” Journal of Economic Perspectives 21, no. 4 (Fall 2007), 151-174.

64

Afroza Begum, “Dowry in Bangladesh: A Search from an International Perspective for an Effective Legal Approach to Mitigate Women’s Experiences,” Journal of International Women’s Studies15, no. 2 (July 2014), 249-267.

24

Kajian tentang dowry banyak dilakukan dari aspek amalannya dalam kalangan

masyarakat di India. Menurut Padma Srinivasan dan Gary R. Lee,65 sistem amalan

dowry di India masih diamalkan hingga sekarang walaupun kehidupan semakin moden

dan 2/3 daripada wanita yang telah berkahwin tidak bersetuju dengan amalan tersebut.

Nithya N.R66 dan Mary K. Shenk67 melihat pembayaran dowry mempunyai kaitan

dengan isu sosial masyarakat di India. Isu itu merupakan satu bentuk tekanan emosi kepada kaum wanita dan bebanan kewangan kepada kaum bapa yang mempunyai anak perempuan. Bebanan ini dilihat boleh membawa kepada isu kezaliman dan pengabaian terhadap kaum wanita, sehingga berlakunya pembunuhan bayi perempuan.

Dalam Islam, syarak menetapkan mas kahwin yang dikenali sebagai al-mahr

dan al-sadaq sebagai satu pemberian wajib yang perlu diselesaikan oleh suami.68

Al-Dahlawi69 dan al-Kasani70 menyatakan pensyariatan mas kahwin merupakan antara

langkah untuk mengekalkan hubungan perkahwinan antara pasangan. Suami dan isteri akan berfikir lebih jauh sekiranya berlaku pertelingkahan antara pasangan yang boleh membawa kepada perceraian kerana tidak ingin kehilangan nilai mas kahwin yang telah

diberikan. Al-Marghinani71 pula menyebut pensyariatan mas kahwin adalah sebagai satu

tanda memuliakan wanita. Menurut al-Nawawi,72 lafaz al-nihlah bagi menggambarkan

mas kahwin yang dinyatakan dalam al-Quran bermaksud satu pemberian daripada Allah SWT khusus kepada para wanita. Kedudukan mas kahwin sebagai al-nihlah telah menyanggah pandangan yang menyatakan mas kahwin sebagai imbalan atau bayaran

65 Padma Srinivasan dan Gary R. Lee, “The Dowry System in Northern India: Women’s Attitudes and Social Change,” Journal of Marriage and Family 66 (December 2004), 1108-1117.

66 Nithya N.R, “Institutionalization of Dowry in India: Social Custom or Modern Malaise,” Journal of

Science and Research 2, no. 9 (September 2013), 46-50.

67 Mary K. Shenk, “Dowry and Public Policy in Contemporary India: The Behavioral Ecology of a ‘Sosial Evil’,” Human Nature, 18 (2007), 242-263.

68 Ibn Qudamah, al-Mughni, 10:97; Abu al-Hasan ‘Ali Ibn Muhammad Ibn Habib al-Mawardi, al-Hawi al-Kabir fi Fiqh Madhhab al-Imam al-Shafi’i (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1999), 9:393.

69 Ahmad ‘Abd al-Rahim al-Dahlawi, Hujjat Allah Balighah, ed. Sayyid Sabiq (Qaherah: Dar

al-Jayl, 2005), 2:198.

70 Al-Kasani, Bada’i‘ al-Sana’i‘, 2:560.

71

Burhan al-Din Abi al-Hasan ibn Abi Bakr al-Rashdani al-Marghinani, al-Hidayah Sharh Bidayat al-Mubtadi (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1990),1:221.

25

kepada persetubuhan. Beliau berpandangan mas kahwin bukan merupakan imbalan atau bayaran persetubuhan. Hal ini kerana melalui akad perkahwinan, seorang isteri akan menikmati hubungan kelamin sama seperti apa yang dinikmati oleh suami. Bahkan apa yang diperolehi oleh isteri lebih daripada apa yang diperolehi oleh suami, kerana secara fitrah, tahap syahwat seorang wanita adalah lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Sekiranya pensyariatan mas kakwin bertujuan untuk dijadikan sebagai imbalan, isteri sudah tentu perlu memberi satu pemberian lain yang setaraf dengan apa yang diperolehi atau dinikmati olehnya. Sedangkan dalam Islam, individu yang perlu membayar mas kahwin hanyalah pihak suami sahaja, dan isteri tidak diwajibkan untuk memberi

apa-apa kepada suami. Perkara yang sama juga turut ditegaskan oleh al-Bujayrimi73 apabila

beliau menyatakan mas kahwin merupakan pemberian daripada Allah SWT daripada asal dan suami hanyalah individu yang diperintahkan sebagai perantara untuk memberikannya kepada wanita. Beliau menjelaskan kelebihan isteri yang memperolehi nikmat hubungan kelamin berbanding dengan suami dilihat dari tiga aspek iaitu nikmat keluar mani, nikmat alat kelamin suami dan nikmat masuknya air mani suami ke dalam rahim. Apa yang dinikmati oleh isteri ini tidak diperolehi oleh suami melainkan dua

nikmat pertama sahaja. Ibn ‘Ashur74 pula berhujjah sekiranya mas kahwin dianggap

sebagai bayaran kepada isteri, bayaran tersebut sudah tentu perlu dipulangkan kepada isteri setelah berlakunya perceraian. Sedangkan dalam Islam, seorang suami dilarang untuk mengambil balik mas kahwin yang telah diberikan kepada isteri.

Hasbi Muh. Ali dan Raihanah Azahari75 yang mengkaji tentang objektif syariah

dalam pemberian mas kahwin menyimpulkan bahawa pensyariatannya bertujuan untuk menjaga kemaslahatan pihak isteri. Mas kahwin merupakan satu bentuk pemilikan harta secara eksklusif kepada wanita kerana Islam tidak membenarkan sebarang campur

73 Al-Bujayrimi,Tuhfat al-Habib, 4:193.

74 Muhammad al-Tahir ibn ‘Ashur, Maqasid Shari‘ah Islamiyyah, ed. Muhammad Tahir

al-Maysawi (‘Amman: Dar al-Nafa’is, 2001), 2:436.

75 Hasbi Muh. Ali dan Raihanah Azahari, “Objektif Syariah dalam Pemberian Mahar,” Jurnal Fiqh 10 (2013), 57-76.

26

tangan ahli keluarga dan pihak suami terhadap pemilikan tersebut. Noryamin Aini76

mendapati faktor sosio ekonomi mempengaruhi corak dan kadar penetapan kadar mas kahwin. Bentuk pemberian mas kahwin mempunyai hubungan yang signifikan dengan

status pihak perempuan. Abdul Bari Awang dan Amilah Awang Abd Rahman77

berpandangan pemberian mas kahwin oleh suami perlu dihayati dengan makna yang lebih mendalam. Kadar yang diberikan sewajarnya dapat memberi keselesaan kepada isteri dalam meneruskan khidmat baktinya dalam rumah tangga. Bagi Anas Mustafa

Abu ‘Ata78 dan Sayf ibn Rashid al-Jabiri79 pula, pemerintah mempunyai peranan dan

autoriti dalam menetapkan kadar maksimum bagi mas kahwin. Penetapan oleh pemerintah ini adalah relevan apabila isu ketinggian kadar mas kahwin oleh keluarga perempuan semakin berleluasa sehingga menyebabkan timbulnya isu keenganan kahwin dan perkahwinan di lewat usia dalam kalangan masyarakat Muslim.

Dari aspek kedudukan mas kahwin dalam perundangan di Malaysia, Asming

Yalawae, Mustafa ’Afifi Ab. Halim dan Nisar Mohd80

mendapati peruntukan tentang mas kahwin dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 selari dengan kehendak syarak. Seksyen 21 (2) dalam akta tersebut telah membezakan antara istilah mas kahwin dengan pemberian. Mas kahwin merujuk kepada satu pembayaran wajib, manakala pemberian pula merujuk kepada apa-apa bentuk hadiah atau wang selain daripada mas kahwin yang dihukumkan sebagai bayaran tidak wajib.

76 Noryamin Aini, “Tradisi Mahar di Ranah Lokalitas Umat Islam: Mahar dan Struktur Sosial di Masyarakat Muslim Indonesia,” Jurnal Ahkam XIV, no. 1 (Januari 2014), 13-30.

77 Abdul Bari Awang dan Amilah Awang Abd Rahman, “Mahar dan Nafkah sebagai Hak Pemilikan Harta Wanita dalam Konteks Kesaksamaan Gender,” Journal of Islam and The Contemporary World 8 (2015), 63-95.

78

Anas Mustafa Abu ‘Ata, “Miqdar al-Mahr wa al-Sultah Waliyy al-Amr fi Tahdidih: Dirasah Fiqhiyyah,” Jurnal al-Mannarah 12, no.3 (2006), 11-51.

79 Sayf Ibn Rashid al-Jabiri, Mahr al-Zawjat bayn al-Shari‘ah wa al-‘Adah (Beirut: Islamic Affairs &

Charitable Activities Department, 2008), 87-96.

80

Asming Yalawae, Mustafa ’Afifi Ab. Halim dan Nisar Mohd, “The Concept of Mahr from The Perspectives of Islam and Islamic Family Law (Federal Territories) Act 1984,” Jurnal al-Sirat 12 (September 2011), 41-51.

27

Syh Noorul Madihah Syed Husin81 berpandangan lazimnya kadar mas kahwin yang

diberikan oleh masyarakat Muslim di Malaysia berbeza antara setiap individu. Perbezaan ini lebih ketara apabila ada negeri yang mempunyai panduan kadar minimum mas kahwin dan ada negeri yang tidak mempunyai panduan tersebut. Bagi masyarakat di negeri yang mempunyai panduan kadar minimum, panduan itu serba sedikit

mempengaruhi penentuan kadar mas kahwin. Menurut Zurita Mohd Yusoff82 kadar mas

kahwin yang dijadikan panduan itu tidak terlalu tinggi dan sememangnya mampu dibayar oleh segenap lapisan masyarakat. Dalam kajian oleh Siti Nor Ahiasah Shafak

Ahmad83 beliau menemukan majoriti responden lebih cederung untuk membelanjakan

mas kahwin berdasarkan ketetapan yang telah ditentukan oleh badan berkuasa agama

negeri. Namun, bagi Zainunnisaa Abdul Rahman84 dan Nora Abdul Haq,85 panduan

kadar minimum itu tidak lagi relevan dengan keperluan dan keadaan semasa masyarakat, dan perlu dikaji semula berdasarkan kepada perubahan ekonomi semasa. Zainunnisaa Abdul Rahman turut berpandangan kos perbelanjaan perkahwinan masyarakat Melayu hari ini semakin meningkat dan membebankan bukan kerana bayaran mas kahwin tetapi berpunca daripada kadar wang hantaran yang terlalu tinggi.

Wang hantaran merupakan antara perbelanjaan terpenting selepas elemen mas

kahwin yang perlu diselesaikan oleh pihak lelaki. Raihanah Azahari86 mendapati

kewujudan dua bentuk pemberian daripada pihak lelaki iaitu mas kahwin dan wang hantaran adalah kesan daripada budaya masyarakat Muslim yang berpegang kepada

81

Syh Noorul Madihah binti Syed Husin, “Mas Kahwin dalam al-Quran dan Implikasinya Terhadap Penentuan Kadar,” dalam Etika Kerja dan Pengurusan Harta, ed. Engku Muhammad Tajuddin Engku Ali et al., (Kuala Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin, 2014), 69-85.

82 Zurita Mohd Yusoff, “Amalan Pemberian Mas Kahwin di Malaysia,” Jurnal Islam dan Masyarakat

Kontemporari 1 (Julai 2008), 43-57.

83 Siti Nor Ahiasah Shafak Ahmad, “Amalan Penetapan Kadar Mahar dalam Kalangan Masyarakat Islam di Daerah Klang, Selangor: Analisis dari Perspektif Perundangan Islam” (Disertasi Sarjana, Universiti Malaya, 2012).

84

Zainunnisaa Abdul Rahman, “Mahar in Malaysia: The Law Revisited,” Shariah Law Reports, (Oktober – Disember 2007), 1-19.

85 Nora Abdul Haq, “Right of Women to Mahar (Dower) Under Islamic Law and Malaysian Family Law: Some Suggestion for Reforma,” Journal of Islamic Law Review 8 (2012), 215-229.

86

Raihanah Azahari, “Pengaruh Budaya dalam Penentuan Kadar Mahar,” dalam Hukum Islam dan

Budaya Tempatan, ed. Md. Saleh Md. Ahmad et al., (Kuala Lumpur: Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi

28

hukum syarak dan adat resam perkahwinan Melayu. Kedua-dua kewajipan ini berbeza dari sudut amalannya dalam kalangan masyarakat tempatan. Hasil kajian, beliau mendapati adat pemberian wang hantaran diharuskan kerana masih menepati syarat-syarat penerimaan adat yang tidak mempunyai nas. Kajian oleh Raihanah Azahari,

Khairun Najmi Saripudin dan Raihana Abd Wahab87 tentang hubungan antara faktor

demografi dengan penetapan kadar wang hantaran, mendapati tahap dan aliran pendidikan responden mempunyai hubungan signifikan dengan kadar wang hantaran.

Secara keseluruhan, kajian berkenaan elemen perbelanjaan asas dalam perkahwinan merangkumi perbincangan tentang dowry, brideprice, mas kahwin dan wang hantaran. Kesemua elemen ini melibatkan peruntukan perbelanjaan sama ada daripada pihak lelaki, mahupun perempuan. Bagi masyarakat Melayu Muslim, perbelanjaan hanya tertumpu kepada elemen mas kahwin yang dituntut oleh syarak dan wang hantaran sebagai elemen sampingan.