BAB 3: ELEMEN PERBELANJAAN DALAM ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU MASYARAKAT MELAYU
3.6 KEDUDUKAN ELEMEN PERBELANJAAN DALAM ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DARI PERSPEKTIF PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DARI PERSPEKTIF
3.6.1 Elemen Berkaitan Amalan Berasaskan Nas
3.6.1.4 Jamuan kahwin
Dalam konteks adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat tiga peringkat jamuan yang menjadi kelaziman dalam sambutan perkahwinan iaitu jamuan akad nikah, kenduri kahwin keluarga perempuan dan kenduri kahwin keluarga lelaki. Dari aspek amalan masyarakat, kesemua jamuan ini bertujuan untuk memenuhi tuntutan melakukan walimah dalam Islam. Anjuran pelaksanaannya telah dibincang dalam bab
dua yang lepas. Walimah merupakan satu amalan sunat215
berdasarkan kepada
perbuatan216 dan hadis Rasulullah SAW.217 Justeru, amalan mengadakan jamuan
merupakan satu tuntutan yang khusus dalam Islam dan pelaksanaannya adalah mengikut kehendak syarak.
Jika ditinjau dengan lebih mendalam terhadap maksud walimah dalam Islam,218
didapati jamuan yang menepati konsep itu hanyalah jamuan yang dilaksanakan oleh suami atau walinya yang selain daripada bapa dan datuk dengan menggunakan harta suami. Dari perspektif fiqah, jamuan yang dilakukan oleh selain daripada mereka tidak menepati konsep walimah yang sebenar, bahkan tidak layak mendapat pahala walimah dan undangan tersebut tidak wajib dipenuhi, melainkan penganjurannya telah mendapat
215 Abu al-Barakat Ahmad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Dardir, al-Sharh Saghir ‘ala Aqrab al-Masalik ila Madhhab al-Imam Malik, (t.tp: Matba‘ah ‘Isa al-Babi al-Halabi wa Shurakahu, t.t.), 3:296;
Shams al-Din Muhammad ibn Muhammad al-Khatib al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj ila Ma‘rifah Ma‘ani Alfaz al-Minhaj, ed. ‘Ali Muhammad Mu‘awwad dan ‘Adil Ahmad ‘Abd al-Mawjud (Beirut:
Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1994), 4:404, Abu Zakariyya Yahya ibn Sharf al-Nawawi, Rawdat al-Talibin (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1992); 5:646, Ibn Qudamah, al-Mughni , 10:191.
216 Maksud hadis yang diriwayatkan daripada Mansur bin Safiyyah, bahawa ibunya Safiyyah bint Shaybah berkata: Nabi SAW pernah mengadakan walimah untuk sebahagian isteri-isteri baginda
dengan dua cupak barli. Hadis riwayat Bukhari, Kitab al-Nikah, Bab man Awlam ‘ala Ba‘d Nisa’ih Akthar min Ba‘d, no. Hadis 5172. Lihat al-Bukhari, “Sahih al-Bukhari,” dalam Mawsu’at al-Hadith,
447.
217
Maksud hadis yang diriwayatkan daripada Qatadah dah Humayd daripada Anas bahawa sesungguhnya ‘Abd al-Rahman ibn ‘Awf telah berkahwin dengan seorang perempuan dengan mas kahwin bernilai sebiji emas. Lalu bersabda Rasulullah SAW kepadanya: “Lakukanlah walimah
walaupun dengan menyembelih seekor kambing.” Hadis riwayat Muslim, Kitab Nikah, Bab al-Sadaq wa Jawaz Kawnuh Ta‘lim Qur’an wa Khatim Hadid wa Ghayr Dhalik min Qalil wa Kathir wa Istihbab Kawnuh Khams Mi’ah Dirham li man la Yajhaf bih, no. Hadis 3492. Lihat Muslim, “Sahih Muslim,” dalam Mawsu’at al-Hadith, 915.
218 Walimah dituntut untuk dilakukan oleh suami atau walinya yang selain daripada bapa dan datuk
dengan menggunakan harta suami. Lihat ‘Abd al-Hamid al-Shirwani dan Ahmad ibn Qasim al-‘Ibadi, “Hawashi Tuhfat Muhtaj bi Sharh Minhaj”, dicetak bersama Shihab Din Ahmad ibn Hajar al-Haytami, Tuhfat al-Muhtaj bi Sharh al-Minhaj (Qaherah: Matba‘ah Mustafa Muhammad, t.t), 7:423.
136
izin suami.219 Izin suami yang dimaksudkan ialah kebenaran yang diberikan oleh
suami kepada pihak kedua untuk diadakan kenduri sempena perkahwinannya bagi tujuan memenuhi tuntutan sunat walimah. Ini bermakna jamuan kenduri kahwin yang dilakukan oleh ibu bapa suami atau isteri yang tidak mendapat keizinan daripada suami tidak menepati konsep walimah. Begitu juga dengan jamuan akad nikah yang lazimnya
diadakan lebih ringkas220 berbanding dengan kenduri kahwin. Jamuan ini dilihat bukan
bertujuan untuk menghebahkan perkahwinan sebagaimana tujuan walimah kerana tetamu yang diundang tidak menyeluruh, malah tertumpu kepada kaum lelaki daripada
ahli keluarga kedua belah pihak dan sebilangan kaum perempuan sahaja.221
Meskipun dari perspektif fiqah, jamuan yang tidak memenuhi kriteria walimah seperti yang disebutkan di atas tidak layak mendapat pahala walimah, namun amalannya tetap dianjurkan syarak, kerana jamuan seperti itu termasuk dalam kategori
walimah secara umum.222
Bagi jamuan kenduri kahwin yang dilakukan oleh selain daripada suami tanpa izinnya boleh dikategorikan sebagai walimat al-qira iaitu jamuan
untuk tetamu223 atau sekurang-kurangnya sebagai walimat ma’dubah iaitu undangan
tidak mempunyai tujuan yang khusus.224 Bagi jamuan akad nikah pula, kedudukannya
dilihat lebih menepati konsep walimat al-imlak atau walimat al-shundukh yang
merupakan satu jamuan sempena selesai akad nikah.225 Kesemua bentuk jamuan ini
dihukumkan sebagai sunat di sisi fuqaha kerana mengadakan jamuan termasuk dalam
amalan kebajikan untuk memberi makan.226 Apa yang membezakan antara walimah
219 Ibn Hajar al-Haytami, Tuhfat al-Muhtaj, 7:423.
220 Syed Alwi, Adat Resam, 26.
221 Strange, Rural Malay Women, 119.
222
Walimah secara umum merujuk kepada setiap undangan atau hidangan makanan yang diadakan bagi
meraikan sesuatu kegembiraan atau selainnya. Lihat Shams al-Din Muhammad ibn Ahmad al-Ramli,
Nihayat al-Muhtaj ila Sharh al-Minhaj (Qaherah: Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih,
1967), 6:369.
223
Shams al-Din Muhammad ibn ‘Ali ibn Tulun al-Salihi, Fass al-Khawatim fima qil fi al-Wala’im, ed.
Nazar Abazah (Beirut: Dar al-Fikr, 1987), 66.
224 Al-Khatib al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 4:403.
225 Ibid.
226
Al-Salihi, Fass al-Khawatim, 42; Sulayman ibn Muhammad ibn ‘Umar al-Bujayrimi, Tuhfat al-Habib ‘ala Sharh al-Khatib (Beirut: Dar al-Kutub ‘Ilmiyyah, 1996), 4:216; Ibn Qudamah, al-Mughni, 10:207.
137
atau nama khasnya sebagai walimat al-‘urs berbanding dengan walimah-walimah yang
lain, walimat al-‘urs lebih tinggi dan besar tuntutanya.227
Namun jelasnya di sini, apa pun kategori walimah yang dilakukan oleh masyarakat hari ini, kesemuanya dilihat bertujuan untuk memenuhi tuntutan syarak dan merupakan amalan patuh syariah.
3.6.1.5 Hiburan
Perbelanjaan bagi tujuan hiburan dalam majlis perkahwinan lazimnya melibatkan bayaran upah perkhidmatan penyampaian hiburan, sama ada berbentuk audio, persembahan nyanyian atau sebagainya. Umumnya, berhibur sempena perkahwinan pernah dianjurkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalam hadis berikut:
َلاَق ِّييحَم لْا ٍبيطاَح ين ب يد مَ مُ نَع ٍج لَ ب ﻮ بَأ اَنَرَ ب خَأ
:
يه للا ل ﻮ سَر َلاَق
(
ص
:)
"
اَم ل صَف
َ ب َ يْ
يمَارَلْا
َو
ت ﻮ صلاَو ُّفُّدلا يلَلاَلْا
".
Terjemahan: Telah menceritakan kepada kami Abu Balj daripada Muhammad ibn Hatib al-Jumahiyy bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Perbezaan antara halal dan haram adalah rebana dan
suara.”228
Menurut al-Mubarakfuri, suara yang dimaksudkan dalam hadis di atas ialah hiburan
berbentuk nyanyian yang harus.229 Nyanyian yang harus dan menepati kehendak syarak
adalah nyanyian yang tidak mempunyai unsur maksiat seperti minum arak dan
pergaulan bebas,230 serta liriknya berasaskan kepada seni kata positif231 seperti untuk
meraikan kegembiraan dalam majlis perkahwinan.232 Justeru, apa-apa bentuk nyanyian
atau hiburan yang mempunyai unsur kebaikan seperti lagu-lagu yang mempunyai seni
227 Al-Salihi, Fass al-Khawatim, 42; Al-Bujayrimi, Tuhfat al-Habib, 4:217; Abu Bakr ibn al-Sayyid
Muhammad Shata Dimyati, “Hashiyah I‘anat Talibin,” dicetak bersama Zayn Din ibn ‘Abd al-‘Aziz al-Malibari, Fath al-Mu‘in Sharh Qurrat al-‘Ayn bi Muhimmat al-Din (t.tp: Dar al-Fikr, t.t),
3:108; Muhammad al-Zuhayli, al-Mu‘tamad fi al-Fiqh al-Shafi‘i (Damshiq: Dar al-Qalam, 2015),
4:75.
228
Hadis riwayat Tirmidhi, Abwab al-Nikah, Bab Ma Ja’ fi I‘lan al-Nikah, no. Hadis 1088, Lihat Al- Tirmidhi, “Jami‘ al-Tirmidhi,” dalam Mawsu’at al-Hadith, 1756.
229 Al-Mubarakfuri, Tuhfat al-Ahwadhi, 4:154.
230 Ibn Qudamah, al-Mughni, 14:160.
231
Shams al-Din Muhammad al-Dusuqi, Hashiyah al-Dusuqi ‘ala al-Sharh al-Kabir li Dardir (t.tp: Dar
Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, t.t.), 4:166.
138
kata yang baik atau qasidah diharuskan dalam Islam.233 Hiburan yang diadakan seperti
ini merupakan hiburan yang dianjurkan oleh syarak kerana termasuk dalam hiburan yang patuh syariah.
Hal keadaan ini berbeza dengan bentuk hiburan yang mempunyai unsur negatif yang dilarang dalam Islam. Al-Shawkani menyatakan antara hiburan yang tidak diharuskan adalah nyanyian yang mempunyai senikata negatif seperti nyanyian yang menyifatkan kecantikan, dan juga hiburan yang disertai dengan perkara yang tidak
bermoral seperti pengambilan minuman keras dan sebagainya.234 Penyampaian hiburan
dan persembahan oleh mereka yang membangkitkan keghairahan pendengar dan mendorong ke arah maksiat seperti hiburan yang disertai dengan gerak geri dan aksi lucah yang boleh menimbulkan fitnah, berpakaian tidak sopan atau mendedahkan aurat, serta berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batasan juga
merupakan hiburan yang tidak patuh syariah dan dilarang dalam Islam.235 Begitu juga
dengan hiburan yang dipersembahkan oleh golongan wanita di hadapan khalayak ramai
dalam keadaan yang boleh mendatangkan fitnah.236 Perbelanjaan untuk hiburan seperti
ini jelas merupakan satu perbelanjaan untuk perkara yang dilarang oleh syarak.