• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faedah Ubahsuai Baka Tanaman

Dalam dokumen Tanaman ubahsuai genetik indonesia. doc (Halaman 34-37)

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 19 Mac 2015 – Orang ramai tidak perlu sangsi terhadap tumbuhan dan tanaman yang diubahsuai secara genetik kerana manusia sejak beribu tahun lalu telah pun melakukan kaedah pembiakan silang demikian kepada tumbuh-tumbuhan.

Usaha-usaha itu dibuat untuk mendapatkan ciri-ciri terbaik untuk menanam makanan.

Prof M L Chye dari The University of Hong Kong (HKU) berkata tumbuhan atau tanaman yang diubahsuai secara genetik biasanya mempunyai gen asing dengan ciri-ciri dikehendaki yang dimasukkan ke dalam genom tumbuhan dari baka yang diperoleh dari tumbuhan/ haiwan/ mikrob asal.

Beliau telah menyampaikan syarahan dalam siri syarahan ‘Meeting Of Minds' anjuran Pusat Hubungan Antarabangsa (PHA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini baru-baru ini.

Prof Chye berkata gen asing memberikan keupayaan untuk menghasilkan makanan yang mempunyai protein bernilai tinggi selain dapat pula menentang jangkitan dari serangga, bakteria, virus dan kulat. Gen demikian juga mempunyai ciri-ciri boleh bertahan dari sejuk, panas, garam dan kemarau, kata prof Chye dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat di HKU.

"Makanan yang diubahsuai secara genetik bukan perkara baru. Manusia telah mengubahsuai genom tumbuhan selama beribu-ribu tahun. Pengubahsuaian genetik timbul akibat daripada penanaman," jelas beliau.

Prof Chye berkata bidang pertanian bermula apabila tanaman diubahsuai secara genetik. Para petani zaman kuno menuai tumbuhan liar selepas mereka mendapati flora seperti sayuran, buah-buahan dan bijirin boleh dimakan.

Mereka telah beransur-ansur belajar secara sistematik untuk menanam tumbuhan di lokasi yang mereka pilih supaya penyelenggaraan dan penuaian akan lebih mudah.

Mereka juga mendapati bahawa dalam spesies tanaman yang sama terdapat variasi yang amat luas dalam penampilan dan kualiti tumbuhan.

Jadi, mereka menanam benih daripada tumbuhan yang memiliki ciri-ciri tertentu supaya generasi tumbuhan yang berikutan juga mempunyai sifat-sifat sama.

Salah satu contoh yang diberikan Prof Chye adalah penanaman jagung oleh penduduk kuno Amerika Tengah.

Orang asli di situ mula bercucuk tanam dengan jagung yang mempunyai tongkol kecil kira-kira 7,000 tahun lalu. Dengan mengamalkan usaha pembiakkan, jagung yang di tanam telah menjadi lebih besar sehingga 20 kali ganda dari jagung asal. Ini telah menambahkan hasil bijirin dari setiap tongkol jagung. Mereka juga berjaya menghapuskan selaput keras yang terdapat pada bijiran jagung yang asal.

"Teosinte, atau jagung asal yang tumbuh liar mempunyai laputan keras pada setiap bijirin jagung. Petani- petani itu kemudian membiak jagung sehingga berjaya menghapuskan selaput itu dengan menghasilkan jagung yang terdapat sekarang," katanya.

Pembiakan terpilih juga dilakukan dimana pohon jagung sudah tidak lagi mempunyai dahan selain meningkatkan saiznya supaya lebih senang untuk menanamnya di samping menambahkan produktiviti biji jagung.

Kini, semua tanaman makanan yang penting telah diubahsuai secara genetik ke tahap di mana pohon- pohon tidak lagi kelihatan seperti tumbuhan liar asal.

Kejayaan terbesar datang dengan teknik terkini dalam pemotongan gen atau ‘gene-splicing’ yang membolehkan gen dipilih untuk dikeluarkan daripada sesuatu organisma dan dimasukkan ke dalam sel yang lain.

Kejuruteraan genetik adalah satu kaedah pembiakkan, dengan DNA rekombinan atau diubahsuai secara genetik membolehkan gen tunggal yang akan diperkenalkan ke dalam genom. Kaedah ini boleh menjadi lebih cepat daripada pembiakan konvensional.

Beliau memberi tanaman tomato elite sebagai contoh. Tomato yang biasanya didapati di pasaran itu, mungkin di ancam penyakit tertentu apabila ditanam di kawasan-kawasan di luar zon tanaman biasanya. Penternak tumbuhan dan pakar genetik mengekstrak gen yang mempunyai ciri-ciri tahan penyakit dari baka jenis tomato yang tidak seenak seperti tomato elit

Hasil keturunan dari percampuran gen ini adalah gabungan tomato yang tahan penyakit serta rasa lazat, iaitu sifat-sifat asal dari dua jenis tomato yang berbeza.

Pengarah PHA Dr Yazrina Yahya memperkenalkan Prof Chye sebelum menyampaikan syarahannya. Prof Chye ialah Profesor Wilson dan Amelia Wong bagi Bioteknologi Tumbuhan di HKU. Beliau memperolehi PhDnya di Universiti Melbourne atas Biasiswa Komanwel dan menerima latihan pasca kedoktoran dalam Biologi Molekul di Universiti Rockefeller (New York) dan Institut Biologi Molekul dan Sel (Singapura). Beliau menyertai HKU pada tahun 1993 dan dilantik sebagai Profesor pada tahun 2005.

http://www.ukm.my/news/arkib/index.php/ms/component/content/article/2034- benefits-of-genetically-modified-crops.html

Padi emas dikembangkan oleh Ingo Potrykus dari ETH Zurich dan Peter Beyer dari Universitas Freiburg.[2] Untuk merakit padi ini, digunakan dua gen dari spesies bukan padi, yaitu

gen crt1 dari bakteriErwinia uredovora dan gen psy dari tanaman narsis ataudaffodil (Narcissus pseudonarcissus). Kultivar 'Golden Rice 2', generasi selanjutnya, menggunakan

gen psy dari jagung (Zea mays) karena lebih kuat ekspresinya.[3][4][5]

Pada sekitar tahun 1990 sekelompok ilmuwan Jepang berhasil mengisolasi gen penyandi biosintesis (pembentukan) karotenoid, crt1, dari suatu bakteri tanah, Erwinia uredovora.[1] Dari

penelitian tersebut diketahui bahwa enzim fitoena (phytoene) desaturase yang dihasilkan bakteri tersebut dapat mengubah fitoena menjadi likopena. Fitoena merupakan senyawa antara pada biosintesis beta-karotena.[1] Beberapa tahun setelah itu diketahui bahwa endosperma

biosintesis beta-karotena.[6] GGDP dapat diubah menjadi fitoena dengan bantuan enzim fitoena

sintase yang disandi oleh gen psy. Sayangnya, secara alami pada padi ekspresi

gen psy tersebut teredam sehingga tidak terbentuk fitoena.[1] Dengan menyisipkan konstruk

gen Crt1 dari E. uredovora dan gen psy dari narsis (sejenis tanaman hias yang bunganya berwarna kuning atau jingga) ke dalam genom padi geranilgeranil difosfat diubah menjadi fitoena dan selanjutnya diubah lagi menjadi likopena.[1] Gen penyandi likopena siklase (Lcl) yang

bertugas mengkatalisis perubahan likopena menjadi beta-karotena telah tersedia pada padi.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Kehadiran padi emas tidak diterima sepenuhnya oleh masyarakat dunia.[7] Sebagian masyarakat

tidak menyetujui budidaya padi emas karena adanya kekhawatiran akan terjadinya perubahan lingkungan atau ekosistem.[7] Mereka takut padi emas yang ditanam dapat menularkan sifat

mutasinya ke tanaman alami lain.[7] Hal ini mungkin terjadi bila padi emas ditanam bersama padi

jenis lain dalam satu lahan yang berdekatan sehingga polen (benang sari) padi emas dapat membuahi padi lain.[7] Hal lain yang ditakutkan adalah apabila sifat yang diciptakan oleh ilmuwan

ternyata bisa berubah dan melenceng jauh dari yang diharapkan.[7] Masyarakat juga takut

mengonsumsi padi emas karena takut akan membahayakan kesehatan.[7]

Contoh-contoh[sunting | sunting sumber]

Beberapa contoh tanaman transgenik yang dikembangkan di dunia tertera pada tabel di

Dalam dokumen Tanaman ubahsuai genetik indonesia. doc (Halaman 34-37)

Dokumen terkait