dan benar. Berdasarkan carta proses di atas, terdapat lima proses yang perlu dilakukan secara berturutan iaitu:
Pertama, seorang pengkaji sejarah perlu berusaha mendapatkan sumber-sumber berkaitan dengan perkara dikaji. Tanpa sumber-sumber, kajian tidak dapat dijalankan. Hal ini kerana, daripada sumber tersebut akan diperoleh maklumat dan data dalam usaha mendapatkan fakta dan kebenaran. Sumber berkenaan samada sumber primer, sekunder, lisan ataupun Masadir dan Maraji’. Catatan atau apa yang terkandung di dalam sumber akan diproses berdasarkan carta proses di atas. Oleh itu, tahap pertama ini, seorang pengkaji hendaklah berusaha memperolehi sumber berkaitan dengan apa yang dikaji.
Kedua, setelah pengkaji berjaya mengumpulkan sumber-sumber yang berkaitan dengan apa yang dikaji. Menjadi tanggungjawab pengkaji sejarah untuk menapis sumber-sumber tersebut sebelum menggunakannya sebagai sumber-sumber utama dalam kajian sejarah yang dijalankan. Bagi memastikan maklumat yang didapati daripada sumber sejarah dapat digunakan sebagai bukti bagi peristiwa, pengalaman dan perkembangan, penyelidik dapat menggunakan dua jenis kritikan iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman (Yahya Don: 2006).
Kritikan luaran bertujuan untuk memastikan keaslian sumber yang diperolehi. Oleh itu, khidmat pakar luar sangat diperlukan dalam memastikan perkara ini. Kritikan dalaman pula, bertujuan untuk memastikan keabsahan dan kesahihan isi kandungan sumber-sumber tersebut. Perbincangan lanjut mengenai kritikan dalaman akan penulis ulas dalam bab yang seterusnya. Setelah sumber-sumber yang dikumpul melalui proses ini, penyelidik boleh memulakan kajian sejarah yang ingin dilakukan.
Ketiga, intrepetasi ialah memberikan penafsiran terhadap data-data yang diperolehi dalam tempoh penelitian sehingga menjadi sebuah urutan peristiwa yang kronologi. Interpretasi juga menyimpulkan sumber yang dapat dipercayai berdasarkan bahan-bahan yang otentik. Kaedah ini dapat memberi tafsiran dan penjelasan tentang catatan atau maklumat yang terkandung di dalam sumber.
Keempat, adalah proses analisis. Kaedah ini merupakan proses mencari dan menyusun secara sistematik data yang diperoleh dari hasil temubual, catatan lapangan dan dokumentasi dengan cara mengorganisasikan data kepada beberapa kategori,
menjabarkan kedalam unit-unit, melakukan sintesis, menyusun kedalam pola, memilih mana yang penting dan yang akan dipelajari kemudian membuat kesimpulan berkaitan dengan data-data sejarah. Dalam pengkajian sejarah, kaedah analisis data atau sumber masih mempunyai ruang untuk diperkemaskan supaya hasil analisis lebih kemas teratur dan terikat dengan kaedah yang standard (Mohd Saufi & Hasan Bahrom: 2005).
Kelima, fakta dan kebenaran berjaya diperolehi setelah melalui proses tersebut secara beturutan. Kebenaran sejarah bergantung kepada kebenaran fakta. Fakta ialah suatu peristiwa yang benar-benar berlaku dan wujud dalam sejarah yang datangnya daripada catatan, dokumen, inskripsi dan sumber-sumber lain. Sesuatu fakta itu mungkin berasal daripada catatan, tetapi selagi ia masih digelar catatan dan tidak fakta maka selama itulah kebenarannya boleh di persoalkan (Md. Saleh: 1976).
Secara keseluruhan, peranan yang ada pada Masadir dalam bidang pengkajian sejarah dan tamadun Islam adalah suatu perkara yang penting untuk dilihat khususnya bagi pengkaji sejarah yang terlibat secara langsung dalam bidang pengkajian sejarah dan tamadun Islam.
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulan daripada perbincangan ini, Masadir memainkan peranan penting dalam bidang pengkajian sejarah Islam. Sumber sebagai nadi kepada ilmu sejarah, tanpa sumber yang tepat dan bermutu, ketepatan fakta sama sekali tidak boleh menghasilkan natijah fakta yang tepat. Lantaran itu, ketepatan sumber yang jelas hendaklah diperolehi oleh pengkaji khususnya dalam melakukan kajian. Hal ini kerana ketulenan Masadir mengangkat kedudukannya dalam ilmu sejarah sebagai pengukuh kepada fakta-fakta sejarah yang dikemukakan oleh ahli sejarah. Kertas kerja ini menyatakan peranan yang dimainkan oleh Masadir dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam. Hasil daripada perbincangan, didapati beberapa peranan yang penting yang ada pada Masadir dalam menatijahkan keputusan tepat pada sesuatu kajian sejarah. Kelemahan fakta sejarah biasanya disebabkan oleh pemilihan sumber yang tidak bersifat tulen. Justeru itu, pengkaji haruslah memilih sumber-sumber yang tepat dan tulen bagi memastikan analisa yang dilakukan menatijahkan keputusan fakta yang tepat dan menyakinkan.
Rujukan
Abdul Rahman Haji Abdullah. 1996. Pengantar Ilmu Sejarah, Siri Pendidikan Jarak Jauh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Yusof Ibrahim. 2000. Ilmu Sejarah; Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. Nur Hafizah Md Hamzah. 2009. Peranan dan Sumbangan Arkib Negara Malaysia
(ANM) 1957-2007, Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda FSSK. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nordin Hussin. 1995. Penyelidikan di Arkib. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2012. Zaman Proto
Sejarah di Malaysia; Suatu Pengenalan. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. 2014. Mengenali Kuantitatif & Kualilatif Dalam Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi; Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mat Rofa Ismail. 2010. Menerokai Etnomatematik Melayu-Islam: Teori Kombinatorik al-Khatib dalam Alam al-Hussab dan Raudah al-Hussab. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Wan Muhammad Saghir. 2006. Alam al-Hussab fil Ilmi al-Hisab, Ahmad bin Abdul Latif. Kuala Lumpur: Khazanah al-Fataniyyah.
Ahmad bin Abdul Latif. (T.th). Al-Qawl al-Hanif fil Terjemah Tarikh Hayat al-Khatib. Kuala Lumpur: Khazanah al-Fataniyyah.
Sayyidah Ismail Khasif. 1986. Masadir al-Tarikh al-Islamiy wa Manahij al-Bahth fih. Kaherah: Maktabah al-Khanajy.
Ahmad bin Mansur Ali Sabalik. 2009. Al-Madkhal Li Dirasah ‘Ilm al-Tarikh wa al-Hadharah. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah.
Al-Siba’ie, Mustafa. 1985. Al-Sirah al-Nabawiyyah Durus Wa ‘Ibar. Bayrut: al-Maktabah al-Islamiy.
Riduan Muhammad Riduan. 1983. Tahqiq Futuh Buldan lil Imam Abi Hassan al-Balazuri. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah.
Al-Tabari, Muhammad bin Jarir (T.th). Tarikh Tabari, Tarikh Umam wa al-Muluk. Tahqiq: Abu al-Fadhl Ibrahim. Bayrut: al-Turath al-Arabi.
Marsden Jones. 1966. The Kitab al-Maghazi of al-Waqidi. London. Oxford University Press.
R.G Collingwood. 1985. The Idea of History. (Terj: Mohd. Yusof Ibrahim). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Louis Gottschall. 1969. Understanding History: A Primer of Historical Method. New York: Alfred A. Knoff.
Rozeman Abu Hassan. 2004. Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.
Zalila Sharif & Jamilah Haji Ahmad. 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. Azmul Fahimi Kamaruzzaman. 2012. Epistemologi Histrografi Miskawayh di Dalam
Tajarib al-Umam. Tesis Phd. Universiti Putra Malaysia.
Yahya Don. 2006. Psikologi Sosial dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional.
Md. Saleh bin Md. Gaus. 1976. Kebenaran dalam Sejarah Mengikut Ibn Khaldun. Jebat. Bil. 5/6 1976-76-1976/77.
Mohd.Abd. al-Mun’im, 1992. Masadir al-Maktabah al-Abiyyah. Bayrut: Dar al-Jail. Akbar Shah Najeebabadi. 2000. The History of Islam. Dhaka: Darussalam, Int’l
Publishers & Distributors.
Mahayudin Hj. Yahya. 1984. Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahannya. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana Sdn. Bhd.
Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. 2009. Asal-Usul Periwayatan Hikayat Abu Shahamah dan Pengaruhnya di Alam Melayu Ke-19, Jurnal Filologi Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Titi Farhanah. 2009. Penyalinan Kitab Mathalib Salikin Karya Sheikh Yusuf Al-Makasari. Jurnal Filologi Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Wan Kamal Mujani. 2014. Ketokohan dan Karya Sejarawan Islam dari Kurun Keempat Hijrah Hingga Kurun Kelapan Hijrah. Prosiding Seminar Pensejarahan Islam 2014. Hlm. 19-38.
Ding Choo Ming. 2009. Tradisi Penulisan Kolofon Dalam Manuskrip Melayu. Jurnal Filologi Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Ding Choo Ming. 2009. Pemikiran Melayu Dalam Manuskrip Melayu. Jurnal Filologi Melayu. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia.
Abdul Razak Abdul Karim. 2009. Naskhah Pulau Buton-Antara Realiti dan Harapan. Jurnal Filologi Melayu. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia. Mohd Saufi Ismail & Hasan Bahrom. 2005. Analisis Dokumen: Pendekatan Ahli
Tafsir Dan Aplikasinya Dalam Penyelidikan Kualitatif. Kertas kerja 3rd International Qualitative Research Covention. Anjuran Universiti Teknologi Malaysia dan Qualitative Research Association of Malaysia. Senai, Johor, 21-23 Ogos.