• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN MASADIR DALAM KAJIAN SEJARAH DAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERANAN MASADIR DALAM KAJIAN SEJARAH DAN"

Copied!
41
0
0

Teks penuh

(1)

PERANAN MASADIR DALAM KAJIAN SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM ROSLAN BIN ABDUL RAHMAN

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Kajian sejarah dan tamadun Islam merupakan suatu kajian ilmiah yang mendapat tempat dalam dunia akademik. Ianya telah banyak dibahaskan oleh para sarjana, Islam dan bukan Islam, dalam pelbagai perspektif. Hasil perbahasan tersebut boleh didapati dan diperolehi dalam pelbagai bahasa dan diterbitkan dalam pelbagai bentuk penerbitan sama ada buku, jurnal, prosiding atau melalui seminar dan wacana. Dalam membicarakan subjek sejarah dan tamadun Islam, suatu yang perlu difahami bahawa sejarah tidak boleh dipisahkan dengan tamadun. Sesebuah tamadun tidak tumbuh dengan sendiri, ia diwujudkan oleh manusia atas sebab-sebab tertentu. Ini bermakna, perbahasan mengenai perkembangan tamadun Islam tidak mungkin dipisahkan dengan sejarah Nabi Muhammad, para sahabat dan khalifah-khalifah Islam yang terlibat secara langsung dengan perkembangan tersebut.

Perbincangan sejarah secara pratikal, tidak akan lengkap sekiranya tidak berpandukan kepada sumber atau tempat pengambilan sesuatu fakta. Hal ini berkait rapat dengan tugas seorang sejarawan iaitu penyelidik sejarah. Umum mengetahui, bahawa ahli sejarah sememangnya tidak menyaksikan secara jelas rentetan peristiwa sejarah yang berlaku pada sesuatu masa, mungkin disebabkan ahli sejarah tidak wujud sezaman dengan sejarah yang dikaji. Namun, mereka tetap memperolehi maklumat tentang sejarah masa lalu melalui sumber yang masih wujud.

(2)

menatijahkan suatu analisa yang salah dan membentuk suatu tafsiran yang bertentangan dengan sumber asal Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Justeru itu, kertas kerja ini, bertujuan melihat peranan sumber sejarah dalam konteks pengkajian sejarah dan tamadun Islam. Apakah sumber utama dalam pengkajian sejarah Islam dan bagaimana ianya diklasifikasi sebagai sumber utama, cuba dikaji dan diperincikan melalui perbincangan ini.

2.0 SEJARAH DAN SUMBER SEJARAH

Perkataan sejarah berasal daripada perkataan arab iaitu “Sha ja ra” yang bermaksud pokok, salasilah atau keturunan (Mahyuddin Yahaya, 1984). Menurut Mu’jam al -Wasit, perkataan sejarah disebut sebagai Tarikh yang berasal daripada perkataan

al-Arkh yang merujuk kepada sekumpulan keadaan atau peristiwa yang telah dilalui oleh

individu-individu yang terlibat (Ibrahim, 1972). Manakala dalam Oxford Dictionary, perkataan sejarah, disebut sebagai history, yang berasal daripada perkataan Yunani iaitu historia yang bermaksud, asal usul atau riwayat hidup (Joyce M.Hawkins, 2011).

Pendefinisian sejarah secara pratikal telah dikemukakan oleh para sarjana Islam antaranya Ibnu Khaldun yang menyatakan bahawa sejarah merupakan cacatan tentang masyarakat umat manusia atau peradaban dunia tentang perubahan-perubahan yang terjadi pada watak masyarakat itu (Ibnu Khaldun T.th). Menurut Akbar Shah, sejarah ialah suatu kajian untuk menceritakan kitaran jatuh bangunnya seorang tokoh, masyarakat dan peradaban (Akbar, 2000).

(3)

ahli sejarah perlu mengenal pasti sumber rujukan bagi sesuatu peristiwa sebelum kajian dilakukan.

Sumber dalam bahasa Arab disebut sebagai al-Masadir iaitu perkataan jama’ bagi kalimah Masdar yang berasal daripada kalimah fa’el, iaitu “Sa da ra” yang membawa maksud sesuatu yang berada pada permulaan setiap perkara, dalam kata lain, sesuatu yang berbentuk asal atau tulen (Ibrahim, 1972). Manakala dalam bahasa Inggeris, sumber disebut dengan source yang diterjemahkan sebagai supplying information iaitu pembekal maklumat (Joyce M.Hawkins, 2011).

Para sarjana cuba memberikan pendefinisian berkenaan sumber sejarah, supaya ianya dapat difahami dengan mudah, antaranya ialah definisi yang dikemukakan oleh E.H Carr, sumber sejarah merujuk kepada bahan-bahan sejarah yang amat luas meliputi pelbagai sifat mengenai peristiwa sejarah masa lampau. Contohnya, pelbagai tinggalan-tinggalan manusia dan aktiviti pengeluaran manusia dapat memberi makna dan pengetahuan tentang sesuatu fakta sejarah berdasarkan kepada tinggalan tengkorak manusia yang pernah hidup pada zaman pra sejarah (E.H Carr, t.th).

Menurut R.G. Collingwood dalam bukunya Idea of History, menyatakan bahawa sumber ialah teks yang mempunyai kenyataan mengenai sesuatu peristiwa sejarah dan disebalik kenyataan tersebut akan diklasifikasikan dan ditafsirkan mengikut keperluan ahli sejarah untuk menghasilkan penulisan sejarah yang tepat (Collingwood, 1985). Manakala menurut Louis, sumber sejarah ialah bahan bukti dalam bentuk tulisan, cacatan dan juga saksi utama kepada sesuatu peristiwa sejarah. Ianya menjadi kerumitan dan masalah kepada pengkaji sejarah untuk memilih sumber sejarah yang dianggap penting (Louis, 1969). Takrifan yang dikemukakan oleh sarjana barat ini, dapat disimpulkan bahawa sumber sejarah merujuk kepada bahan sejarah yang asal dan bersifat tulen, ianya terdiri dari teks, cacatan, dan individu yang menjadi saksi dalam sesuatu peristiwa serta semua peninggalan mereka yang mempunyai nilai sejarah.

(4)

menjelaskan persoalan mengenai sejarah yang ditulis (Sayyidah, 1976). Takrifan beliau, merujuk kepada kajian terhadap penulisan buku sejarah Islam. Ini kerana, sejarah Islam pada peringkat awal diasaskan dalam bentuk lisan (Shafahiyyah). Kedatangan generasi kedua iaitu para tabi’e mengambil riwayat dalam bentuk lisan daripada para sahabat dan membukukan riwayat tersebut dengan meletakkan suatu displin baru dalam penulisan ilmu sejarah. Ekoran itu, beliau mendefinisikan sumber dengan definisi tersebut.

Menurut Ahmad bin Mansur, dalam bukunya, al-Madkhal Li Dirasah ‘Ilmi al -Tarikh wa al-Hadarah, beliau mentakrifkan sumber sebagai bahan sejarah yang asal

dalam menentukan kekuatan dan kelemahan sesuatu maklumat sejarah. Atas dasar ini, beliau menyarankan para penyelidik supaya melihat sumber maklumat sejarah sebelum dilakukan analisa ke atas maklumat tersebut (Ahmad, 2009).

Manakala menurut Mohd.Yusof Ibrahim, beliau menyatakan bahawa kedudukan sumber dalam kajian sejarah ialah bagi menjawab persoalan kewibawaan dan ketulenan sesuatu peristiwa yang dikaji (Yusof, 2000). Ini dapat difahami bahawa sumber berperanan dalam menentukan kebenaran fakta-fakta yang dikemukakan oleh para pengkaji sejarah, tanpa dokongan sumber yang kuat, sesuatu dapatan kajian akan menjustifikasikan hasil yang lemah dan menyeleweng.

3.0 PERBEZAAN MASADIR DAN MARAJI’ DALAM KAJIAN SEJARAH

ISLAM

(5)

peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh mereka untuk tatapan generasi masa kini. Antara cabarannya ialah memperolehi sumber-sumber yang berautoriti bagi menyokong setiap fakta yang dikemukakan.

Berhubung dengan sumber sejarah, ramai kalangan sarjana Islam telah menyatakan pandangan, antaranya ialah pandangan Akbar Shah Najeebabadi dalam bukunya The History of Islam, beliau menyatakan bahawa bidang pengkajian sejarah Islam memerlukan kepada Masadir dan Maraji’. Beliau mentakrifkan Masadir sebagai “The Solid Evidences”, iaitu bukti sejarah yang tulen. Ianya merujuk kepada manuskrip, kitab-kitab turath dan bahan-bahan sejarah dalam bentuk asal. Manakala Maraji’ pula ditakrifkan sebagai “The Repeated Narratives”, iaitu suatu cacatan yang diperolehi daripada bahan asal sejarah, dalam kata lain, Maraji’ bukan suatu yang bersifat tulen (Akbar, 2000).

Menurut Rozeman Abu Hassan, Masadir dan Maraji’ boleh disamakan dengan dengan sumber primer dan sumber sekunder dalam pengkajian sejarah sarjana barat. Beliau menyatakan bahawa sumber primer ialah sumber yang menjadi punca pertama bagi ahli sejarah untuk memahami sesuatu peristiwa yang telah lepas. Ianya berfungsi sebagai bukti kepada ahli sejarah yang berguna dalam membina tafsiran serta hujah-hujah untuk menyokong tafsiran tersebut (Rozeman, 2004). Berdasarkan kenyataan ini, dapat difahami bahawa Masadir diklasifikasikan sebagai sumber primer dalam pengkajian sejarah dan ianya mempunyai peranan penting dalam bidang pengkajian sejarah dan tamadun Islam.

Jika berpandukan kepada pendapat Rozeman, Maraji’ pula dikatogeri sebagai sumber sekunder. Sumber sekunder pula ditakrifkan sebagai karya yang sudah diproses daripada bahan mentah (Abdul Rahman, 1996). Yusof Ibrahim pula menyatakan bahawa sumber sekunder ialah kajian yang dilaksanakan oleh seseorang atau kumpulan tentang sesuatu peristiwa. Kajian tersebut adalah berdasarkan sumber-sumber utama (Yusof, 1985). Daripada pendapat ini, dapat disimpulkan bahawa, Masadir ialah sumber primer, manakala Maraji’ merupakan sumber sekunder.

(6)

Miskawayh kepada dua iaitu Mukhtasar (epitome) dan Tajribi (empirikal). Mukhtasar merujuk kepada sejarah universal, manakala Tajribi pula merujuk kepada sejarah kontemporori. Sejarah universal menurut Azmul Fahimi, ialah sejarah yang meliputi periodisasi atau sejarah dalam bentuk umum. Manakala sejarah kontemporori pula, ialah sejarah yang berbentuk semasa atau sezaman dengan pengkaji sejarah (Azmul, 2012).

Azmul dalam mengaitkan Masadir dan Maraji’ dengan kedua-dua metode yang diaplikasi oleh Miskawayh, menyatakan bahawa Maraji’ digunapakai oleh Miskawayh dalam membicarakan tentang sejarah universal. Sebagai contoh, dalam membicarakan perihal period Rasulullah s.a.w, Khulafa al-Rasidin dan pemerintahan Umawiyyah. Miskawayh merujuk kepada kitab Tarikh al-Rusul wa al-Umam, tulisan al-Tabari dan kitab Tarikh Thabit tulisan Ibn Sinan.

Umum mengetahui bahawa kitab al-Tabari merupakan Masadir, namun ianya dianggap sebagai Maraji’ dalam konteks penulisan Miskawayh kerana beliau tidak hidup pada zaman awal Islam. Beliau hanya menyalin maklumat yang tidak diketahuinya secara umum daripada kitab-kitab tersebut dalam menjustifikasikan landasan sejarah yang akan dibincangkan olehnya. Dalam sejarah kontemporori atau sejarah semasa pula, Miskawayh merujuk kepada Masadir, iaitu saksi melihat, dokumen kerajaan dan bukti-bukti peribadi. Masadir dalam konteks ini, merujuk kepada bahan-bahan sejarah yang dijumpai sendiri oleh Miskawayh. Hal ini diklasifikasikan sebagai penemuan semasa iaitu sezaman dengan ahli sejarah.

Kenyataan yang dikemukakan oleh Azmul itu turut dinyatakan oleh Mohd. Abd. al-Mun’im, bahawa Masadir ialah bahan sejarah yang wujud pada zaman pengkaji. Pendapat beliau diasaskan kepada kenyataan Abi Tamam yang meletakkan Risalah Ibn al-Mu’tazzi sebagai Masadir. Ini kerana Ibn al-Mu’tazzi dengan Abi Tamam sezaman. Ibn al-Mu’tazzi wafat pada 296 H manakala Abi Tamam wafat pada 231 H. Selain itu juga, Ibn al-Mu’tazzi yang mempunyai kepakaran dalam bidang sastera arab, menjadi faktor Abi Tamam meletakkan karya beliau sebagai Masadir (Mohd. Abd. al-Mun’im, 1992).

(7)

bentuk teknikal iaitu bergantung kepada pengkaji sejarah itu sendiri dalam mendapatkan sumber yang tepat tentang sejarah yang dikaji. Namun dapat difahami bahawa sesuatu yang ditemui dan dijumpai oleh seorang pengkaji sejarah sewajarnya diklasifikasikan sebagai Masadir atau sumber yang masih berbentuk tulen tanpa belakunya sebarang perubahan.

Daripada takrifan yang telah dinyatakan oleh para sarjana tentang Masadir dan Maraji’ dapat disimpulkan bahawa Masadir adalah sumber primer yang terdiri daripada manuskrip, kitab-kitab turath dan bahan-bahan sejarah dalam bentul asal. Manakala Maraji’ pula sebagai sumber sekunder yang terdiri daripada buku-buku atau karya yang dihasilkan berasaskan kepada sumber primer. Namun, terdapat keadaan, di mana Masadir itu diklasifikasikan sebagai Maraji’. Hal ini disebabkan, faktor masa ahli sejarah itu sendiri.

Perbezaan antara Masadir dan Maraji’ dilihat dari sudut ketulenan bahan sejarah, namun ianya tetap mempunyai persamaan dari sudut kedua-duanya menjadi rujukan dalam memahami sesuatu peristiwa sejarah. Secara kesimpulannya, Masadir dan Maraji’ adalah sumber penting yang diaplikasi oleh para pengkaji sejarah dan tamadun Islam. Kekuatannya akan menatijahkan analisa sejarah yang tepat dan benar.

4.0 CIRI-CIRI MASADIR

Takrifan Masadir yang dikemukakan oleh para sarjana, secara umumnya, dapat difahami bahawa Masadir ialah sumber sejarah dalam bentuk bahan asal dan bersifat tulen, ianya terdiri dari teks, cacatan, dan individu yang menjadi saksi dalam sesuatu peristiwa serta semua peninggalan mereka yang mempunyai nilai sejarah. Bagi memahami kondusi Masadir dalam pengkajian sejarah, sewajarnya diketahui ciri-ciri bagi Masadir. Pemahaman tentang ciri-ciri Masadir menjadi keutamaan bagi para pengkaji sejarah dalam menentukan ketepatan maklumat atau fakta yang dikaji seterusnya akan menatijah suatu keputusan yang tepat.

(8)

al-Adabiyyah. Menurut beliau terdapat tiga ciri-ciri yang perlu ada pada bahan sejarah

bagi membezakan Masadir dan Maraji’ (Mohd. Abd. al-Mun’im, 1992). Ciri-ciri tersebut ialah seperti berikut;

i. Masadir merupakan catatan bernilai yang tidak pernah dihasilkan sebelumnya. ii. Masadir adalah bahan mentah yang belum diproses atau mengalami

perubahan.

iii. Masadir merupakan bahan yang terhad dan amat sukar untuk didapati dan diperolehi.

Manakala menurut sarjana barat pula, iaitu Louis Gottschalk dalam menyatakan ciri-ciri bagi sumber primer, beliau menyenaraikan tujuh ciri-ciri yang perlu ada pada sesuatu bahan sejarah untuk diklasifikasikan sebagai sumber primer (Louis, 1969). Senarai tersebut ialah;

i. Kandungannya masih baharu dan dihasilkan oleh idea-idea kreatif. ii. Kekal dalam bahasa asal dan tidak diterjemah dalam bahasa lain. iii. Masih belum ditafsir oleh sejarawan.

iv. Teks yang sebenar dan tidak diubahsuai atau ditokok tambah. v. Sumber maklumat pertama dalam suatu pengkajian.

vi. Bahan mentah yang belum diproses ataupun mengalami perubahan secara fizikal.

vii. Sukar diperolehi kerana terhad, sulit, terhapus, berada dalam milikan peribadi atau orang persendirian.

Berdasarkan kepada ciri-ciri yang dinyatakan oleh Louis, dapat difahami bahawa sumber primer ditentukan oleh penafsiran ahli sejarah yang melihat dari sudut ketulenan bahan sejarah. Persoalan berkenaan ciri-ciri sebenarnya menurut sarjana barat, tidak boleh ditentukan secara umum sebaliknya penentuannya dibuat berdasarkan kepada penafsiran ahli sejarah (Rozeman, 2004).

(9)

sejarah dan tamadun Islam juga perlu dipastikan sumber asal atau Masadir dijadikan sebagai rujukan utama dalam mengkaji sejarah Islam. Hal ini penting terutama bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyelewangan terhadap fakta sejarah. Oleh itu, huraian terhadap ciri-ciri sumber sebagaimana yang dinyatakan oleh Mohd Abd. Al-Mun’im hendaklah diperhalusi dan dinyatakan penjelasan serta mengemukakan contoh-contoh yang bersesuaian supaya kefahaman dapat dicapai sebelum melakukan kajian terhadap sesuatu peristiwa sejarah.

4.1 Huraian Ciri-Ciri Masadir

Masadir mempunyai ciri-ciri khusus yang membezakannya dengan Maraji’ dalam konteks pengkajian sejarah dan tamadun Islam. Berdasarkan kepada kenyataan Mohd Abd. al-Mun’im yang telah menyatakan bahawa terdapat tiga ciri-ciri asas bagi masadir yang membezakannya dengan Maraji’. Dalam hal ini, kajian ini, cuba untuk meneliti secara terperinci ciri-ciri Masadir yang dikemuka oleh Abd. al-Mun’im dan menghuraikan dengan mengemukakan beberapa contoh serta melakukan penambahan ciri-ciri yang lain berdasarkan kepada tinjauan yang dilakukan terhadap pengkajian sejarah masa kini. Penelitian ciri-ciri Masadir adalah seperti berikut;

4.1.1 Masadir merupakan cacatan yang tidak pernah dihasilkan

Penentuan sama ada sesuatu sumber atau bahan sejarah itu diklasifikasikan sebagai Masadir atau Maraji, ianya bergantung kepada penghasilan bahan tersebut.

(10)

utama yang bersifat tulen, lantaran ianya tidak pernah dihasilkan oleh sesiapa pun sebelumnya. Antara contoh manuskrip, ialah manuskrip Hikayat Abu Shahamah. Manuksrip ini adalah karya yang tergolong dalam kategori sastera Melayu berbentuk keislaman. Mesej yang dibawa mengambarkan kepentingan menjalankan hukuman tuhan tanpa mengira keturunan dan pangkat darjat. Manuskrip yang berasal dari tanah Arab dan tidak diketahui pengarang asalnya, telah masuk ke Nusantara pada abad ke-15. Manuskrip asal boleh didapati di Pusat Penyimpangan Utama Manuskrip Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) (Mustaqim, 2009). Daripada contoh ini, dapat difahami bahawa antara ciri-ciri Masadir ialah bahan tersebut tidak pernah dihasilkan pada sebelumnya.

4.1.2 Masadir adalah bahan mentah belum yang diproses atau mengalami

perubahan

(11)

melihat dengan sendiri keadaan sesuatu tempat dan mengenali masyarakatnya. Namun, untuk mengetahui ketepatan fakta-fakta yang terdapat pada kitab ini, para pengkaji seharusnya melakukan penyelidikan terhadap fakta tersebut dengan melakukan kritikan dan analisa yang sewajarnya. Berpandukan kepada latar kitab tersebut, dapat dinyatakan bahawa ciri-ciri Masadir ialah penghasilan bahan tersebut dalam bentuk mentah dan tidak boleh diubah faktanya.

4.1.3 Masadir adalah terhad dan sukar diperolehi

Ciri-ciri Masadir antaranya ialah sesuatu bahan sejarah itu jumlahnya adalah terhad dan sukar diperolehi. Kuantitinya yang sedikit dalam keadaan ianya mempunyai nilai dalam pengkajian sejarah Islam menjadikan bahan tersebut lebih bernilai, disamping kesukaran untuk memperolehinya. Kesukaran di sini dibahas dalam dua bentuk, sama ada sukar untuk mendapatkan bahan tersebut atau sukar untuk memahami tulisan dan kandungan yang terdapat padanya (Titi Farhanah, 2009). Biasanya ditemui dalam bentuk cacatan individu yang melibat penulisan seorang tokoh tentang dirinya dalam bentuk diari atau biografi. Antara contohnya, ialah penulisan Sheikh Ahmad bin Abdul Latif al-Minangkabawi yang pernah menulis perihal dirinya menerusi sebuah kitab berjudul al-Qaul al-Hanif fi turjumah tarikh hayati Ahmad bin Abdul Latif.

(12)

menjalankan penyelidikan turun padang mendekati keluarga dan kenalan Ahmad dalam menjustifikasikan dapatan mengatakan kitab tersebut adalah karangan Ahmad sendiri, bukan disaling cetak atau dihasilkan oleh anak murid beliau (Mat Ropa, 2010). Justeru itu, kitab ini dikatogerikan sebagai Masadir lantaran ianya adalah terhad dan sukar didapati.

Secara umumnya dapat dinyatakan bahawa Masadir mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan dengan Maraji’. Ciri-ciri yang telah dinyatakan ini sewajarnya diketahui dan dikenalpasti oleh para pengkaji sejarah, khusus pengkaji sejarah Islam. Kesilapan dan kelemahan olahan fakta sejarah kadangkala berpunca daripada pemilihan dan penentuan sumber yang tidak mencapai tahap masadir dan yang tidak memiliki ciri-ciri yang telah dinyatakan. Kegagalan ini akan mengakibatkan kekurangan berlaku kepada fakta sejarah.

Namun, dalam pengkajian sejarah, sebarang sumber atau Masadir yang digunakan pakai dalam penyeledikan, kebiasaannya akan dilakukan beberapa kritikan terhadap bahan tersebut. Kritikan dalaman dan luaran akan dilakukan bagi menjustifikasikan analisa sejarah yang tepat dan benar. Bukan sekadar mengambil bahan yang memenuhi ciri-ciri ini dan terus dijadikan sumber tanpa meninjau semula kronologi yang berlaku disebalik sumber-sumber tersebut.

Bidang yang memainkan peranan dalam meneliti sumber ini ialah bidang histrografi atau pensejarahan Islam. Persejarahan Islam merupakan bidang kajian yang berterusan dan berkembang tentang metodologi, teori dan falsafah penulisan sejarah dalam kalangan sejarawan Islam. Pengolahan idea, penyusunan maklumat sejarah, tipologi sumber dan pengunaan metode khusus menjadi antara fokus utama para sejarawan moden dan kontemporori dalam menanggapi karya-karya hebat dalam pensejarahan Islam (Wan Kamal, 2014).

(13)

kepada ciri-ciri yang telah dinyatakan itu, maka dapat difahami bahawa Masadir bukan sesuatu yang mudah untuk dikutip dan diambil begitu sahaja tanpa melalui kesusahan dalam memperolehinya.

5.0 PEMBAHAGIAN MASADIR

Masadir umumnya dibahagikan kepada beberapa kategori. Pembahagian dilakukan

berdasarkan kepada tinjauan terhadap aplikasi ahli sejarah masa kini dalam menganalisa fakta-fakta sejarah. Pembahagian telah dilakukan oleh pengkaji sejarah masa kini, iaitu Akbar Shah Najeebabadi dalam bukunya The History of Islam, di mana beliau telah membuat pembahagian masadir berdasarkan kepada aplikasi sejarawan masa kini, namun beliau tidak menyenaraikannya secara terperinci dalam buku beliau.

(14)

Namun, kertas kerja ini tidak menyentuh peranan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai sumber utama kepada pengkajian sejarah Islam, kerana penulis berpendapat bahawa kedua-dua sumber ini tidak perlu dibahas tentang keasliannya dan kebenaran faktanya, namun bukan bermaksud menafikan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai Masadir utama kepada keseluruhan ilmu Islam.

Pembahagian Masadir seperti yang dinyatakan, terbahagi kepada tujuh katogeri. Penulis menetapkan pembahagian kepada tujuh katogeri itu kerana hasil tinjauan yang dilakukan oleh penulis terhadap kitab-kitab dan bahan-bahan tinggalan sejarah yang dilihat sebagai termasuk dalam pengkhususan bahan atau karya yang bersifat asal. Lantaran itu, pembahagian kepada tujuh katogeri ini dipilih oleh penulis dalam kertas kerja ini. Katogeri pembahagian tersebut adalah seperti berikut;

5.1 Kitab Klasik

Kitab klasik atau dalam istilah Arab disebut dengan perkataan turath. Ianya merujuk kepada karya lama yang telah dihasilkan oleh para sarjana Islam masa lampau. Ianya merupakan hasil penulisan atau terjemahan karya-karya agama yang berasal daripada bahasa Arab (Zalila & Jamilah, 1993). Perkataan turath itu sendiri membawa maksud warisan atau tinggalan yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Lantaran itu kitab jenis ini diklasifikasikan sebagai Masadir atau sumber primer dalam pengkajian sejarah. Wan Mohd Shagir menyatakan bahawa cabaran kepada para pengkaji sejarah yang ingin mengkaji sumber turath ini ialah kesukaran dalam memahami teks dan kandungannya yang bersifat klasik (Wan Mohd Shagir, 2012).

Tradisi pengajian Islam kebanyakan telah menjadikan kitab turath sebagai subjek di pusat pengajian tinggi Islam dan sekolah-sekolah agama (Zalila & Jamilah, 1993). Kitab-kitab turath yang dihasilkan melalui tulisan tangan para ulama besar menjadi Masadir dan berperanan penting serta menjadi rujukan bagi penyelidik yang berhasrat mengkaji sejarah Islam.

(15)

para ulama yang menulis kitab-kitab tersebut. Namun, kertas kerja ini tidak menyentuh tentang perbahasan metodologi penulisan kitab-kitab tersebut secara terperinci. Pembahagian tersebut adalah seperti berikut;

5.1.1 Kitab Sirah dan Maghazi

Kitab sirah yang terkenal dalam dunia Islam antaranya, kitab al-Maghazi yang dikarang oleh tokoh besar dalam ilmu sejarah Islam, iaitu Ibn Ishaq (152 H). Namun menurut al-Siba’ie, kitab tersebut tidak sampai kepada generasi masa kini (al -Siba’ie,1985). Walhal demikian, kandungan kitab tersebut masih boleh didapati melalui penulisan anak muridnya, iaitu Ibnu Hisham menerusi kitab beliau berjudul Sirah Ibn Hisham.

Selain kitab Ibn Ishaq, terdapat pula kitab dengan judul yang sama iaitu Kitab al-Maghazi tulisan Muhammad bin Umar al-Waqidi (207 H). Beliau merupakan

seorang ulama’ yang lahir pada tahun 130 H di akhir pemerintahan khalifah Marwan bin Muhammad (Marsdent Jones, 1966).

Kitab al-Maghazi milik al-Waqidi, menyatakan tentang perihal peperangan yang melibatkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam menyebarkan ajaran Islam. Perbahasan dalam bentuk klasik dengan penceritaan yang disokong riwayat yang sahih, menjadikan kitab ini lebih bernilai dan bermutu tinggi dari sudut sejarah. Lantaran itu, kitab ini diklasifikasikan sebagai Masadir yang perlu dirujuk oleh para pengkaji bagi mengetahui peristiwa-peristiwa berkaitan dengan peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

(16)

sirah nabiwiyyah sebagaimana disebut oleh al-Siba’ie, dalam muqadimmah kitabnya iaitu Sirah Nabawiyyah Durus wa Ibar.

Kitab Tabaqat Ibnu Saad juga merupakan kitab yang membicarakan tentang sirah Rasulullah s.a.w. Kitab ini merupakan sebuah karya Muhammad bin Saad bin Mani’ al-Zuhriy (230 H). Beliau dilahirkan di Basrah, Iraq dan merupakan seorang penulis kepada Muhammad bin Umar al-Waqidi (207 H). Ibnu Saad telah menyatakan dalam karyanya ini tentang nama-nama para sahabat, tabi’ie selain daripada menceritakan tentang sirah Rasulullah s.a.w. Beliau turut menyentuh tentang kabilah-kabilah arab dan tempat yang didiami oleh mereka (al-Siba’ie, 1985). Menurut al -Siba’ie, kitab ini dikatogerikan sebagai Masadir dalam pengkajian sirah Rasulullah s.a.w. Al-Siba’ie telah menyenaraikan kitab ini dalam muqadimmah kitab Sirah beliau iaitu Sirah Nabawiyyah Durus wa Ibar dalam memperihalkan tentang kelebihan sirah Rasulullah s.a.w dan sumber-sumber yang perlu dirujuk bagi mengetahui tentang perjalanan kehidupan Rasulullah s.a.w.

Pada umumnya, kitab yang menjadi rujukan Sirah Nabawiyyah dalam pengkajian sejarah Islam terlalu banyak. Namun sebahagian yang disebut oleh penulis, antara kitab-kitab yang disebut oleh masyarakat masa kini dalam membicarakan tentang sifat Rasulullah s.a.w. Kitab-kitab tersebut mempunyai kekuatan masing-masing dari sudut menjadi Masadir dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam terutama yang berkait dengan Sirah Rasulullah s.a.w.

5.1.2 Kitab Tarikh

Kitab tarikh atau kitab sejarah merupakan salah satu daripada Masadir dalam pengkajian sejarah Islam dan ianya termasuk dalam katogeri kitab klasik atau turath lantaran kitab tersebut telah dihasilkan oleh sarjana Islam pada zaman lampau.

Kitab sejarah yang terkenal dalam pengkajian sejarah Islam ialah kitab Tarikh al-Tabari atau nama penuhnya, Tarikh al-Umam wa al-Muluk. Nama sebenar beliau,

(17)

Adam sehingga ke era Nabi Muhammad s.a.w. dan khulafa al-Rashidin serta khalifah Islam kerajaan Umawiyyah. Penceritaan secara meluas itu dihimpun oleh al-Tabari menerusi kitab ini. Para pengkaji yang ingin melihat sejarah umat-umat terdahulu boleh merujuk kitab ini.

Selain kitab al-Tarikh al-Umam wa al-Muluk, terdapat kitab lain yang diklasifikasikan sebagai Masadir. Iaitu kitab al-Kamil fi al-Tarikh, kitab ini merupakan karya sejarah yang bersifat umum (al-Tarikh al-Am) dan hampir-hampir menyamai kitab yang dihasilkan oleh al-Tabari. Ianya dituliskan oleh Izzuddin Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Abdul Karim al-Shaybani al-Jazari (630 H) yang lebih dikenali dengan nama Ibnu al-Athir yang dilahirkan di Jazirah Ibnu Umar iaitu sebuah kota yang berhampiran dengan Mosul di Iraq. Menurut Ibnu Khalikan (681 H), Ibnu al-Athir merupakan seorang ulama yang mahir tentang sejarah awal dan semasa serta berpengetahuan luas mengenai Ansab Arab, Ayyam Arab dan Akhbar al-Arab terutama tentang sahabat nabi s.a.w (Ibnu Khalikan, t.th).

Karya beliau, al-Kamil fi al-Tarikh mengandungi maklumat sejarah sejak Bad al-Khaliqah hingga ke zaman beliau. Ibnu al-Athir sendiri telah menjelaskan faktor yang mendorong beliau menulis kitab ini ialah kerana minatnya yang mendalam terhadap sejarah. Kaedah penulisan kitab ini, ialah dengan mengunakan kaedah kronologi dengan mengumpulkan peristiwa-peristiwa kecil yang berlaku pada sesuatu tahun dan menyatakan tokoh serta sumbangan dan kewafatannya. Penulisan ini juga diselit dengan ayat al-Quran dan hadis serta syair-syair arab (Wan Kamal Mujani, 2014).

Antara kitab sejarah lain yang mashur dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam, ialah kitab al-Bidayah wa al-Nihayah karangan Abu al-Fida, Ismail bin Umar bin Khatir atau lebih dikenali dengan panggilan Ibnu Khatir. Beliau merupakan seorang ilmuan hebat yang lahir di sebuah kampung bernama Majdal iaitu sebuah daerah di Kota Busra yang terletak di timur Damsyik pada abad 8 Hijrah.

(18)

membincangkan tentang Akhbar al-Arab, peristiwa pada zaman Jahiliyyah, zaman Nabi Muhammad s.a.w., zaman Khulafa’ al-Rashidin, zaman Bani Umayyah dan Bani Abbasiyyah dan kerajaan-kerajaan yang lain hingga tahun 767 H. Ibnu Khatir mengakhiri penulisannya dengan menyatakan tanda-tanda kiamat, fitnah akhir zaman dan perihal hari akhirat (Wan Kamal Mujani, 2014).

Terdapat sebuah lagi kitab klasik yang terkenal dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam iaitu kitab Tarikh Baghdad. Kitab ini merupakan sebuah karya yang dihasilkan oleh al-Khatib al-Baghdadi Abu Bakar Ahmad bin Thabit bin Ahmad (463 H) atau lebih dikenali dengan panggilan al-Khatib al-Baghdadi. Beliau merupakan seorang sarjana Islam yang banyak mengembara dengan tujuan untuk menuntut ilmu pengetahuan. Antara tempat yang pernah beliau lawati ialah Basrah, Kufah, Naysabur, Damsyik, Baitul Maqdis, Tarablus dan Halab. Antara penulisan beliau yang berkaitan dengan sejarah ialah kitab Tarikh Baghdad.

Kitab ini mengandungi maklumat biografi tokoh-tokoh terkemuka dalam pelbagai bidang berasal dari kota Baghdad atau mereka yang pernah mengunjungi Baghdad. Biografi tokoh-tokoh tersebut dikemukakan oleh al-Khatib al-Baghdadi mengikut susunan huruf abjad bermula dari huruf Alif hingga Ya. Beliau turut menyentuh tentang sejarah Baghdad yang meliputi binaan-binaan yang dibangunkan di sekitar kota Baghdad, peranannya dalam perkembangan ilmu pengetahuan dan lain-lain (Wan Kamal Mujani, 2014).

Kitab ini dikatogerikan sebagai Masadir atau sumber utama kerana ianya dihasilkan oleh seorang tokoh yang maklumatnya bergantung kepada pemerhatiannya dan pengalaman yang dilaluinya semasa berada di Baghdad serta pengembaraan yang dilakukan oleh beliau dengan penuh konsisten dalam menekuni setiap peristiwa dan perkembangan tokoh-tokoh yang terlibat.

(19)

Antara kandungan awal kitab ini ialah mengenai keistimewaan bandar Dimashq dan kawasan-kawasannya serta bangunan-bangunan yang terdapat di situ seperti masjid, gereja, kota dan istana. Ibnu Asakir kemudiannya mencatatnya biografi tokoh-tokoh terkenal seperti Khalifah, gabenor, kadi, ulama’, ahli bahasa, penyair, perawi-perawi yang berasal dari Dimashq atau mereka yang pernah mengunjungi kota yang bersejarah ini (Wan Kamal Mujani, 2014).

Metodologi penulisan beliau ketika membahaskan tokoh-tokoh tersebut adalah dengan mengekalkan kaedah isnad bagi huruf abjad yang bermula dari huruf Alif hingga Ya. Dari sudut sumber, beliau mengambil sumber lisan dari dari guru-gurunya atau dari kitab-kitab terdahulu seperti kitab al-Waqidi, al-Balazuri dan al-Bukhari.

Kitab ini yang dihasilkan pada abad ke-6 Hijrah, diklasifikasikan sebagai Masadir lantaran kedudukan kitab ini serta bentuk penghasilannya yang bersifat tulen

dan asli ekoran penulisnya mengambil sumber lisan daripada generasi yang masih hidup bagi menceritakan keadaan masyarakat dan kota Dimashq. Kitab ini sesuai dijadikan rujukan khususnya bagi para penyelidik dalam melihat kembali pembangunan kota sejarah tersebut serta pembangunan dan perkembangan ilmu yang berlaku pada abad lampau.

Secara kesimpulan, kitab-kitab turath khusus dalam bidang sejarah dan tamadun Islam yang dikategorikan sebagai Masadir terlalu banyak, namun penulis mencatat beberapa buah sahaja daripada keseluruhan kitab-kitab tersebut bertujuan untuk memperkenalkan kepada umum tentang kitab-kitab tersebut. Para pengkaji disarangkan meneliti karya-karya ini dalam melakukan kajian khusus dalam bidang-bidang tertentu supaya setiap fakta-fakta yang dinyatakan itu diperolehi daripada Masadir yang benar dan tetap. Hal ini penting bagi mengelak daripada berlakunya

penyelewengan dalam mengemukakan fakta sejarah.

5.1.3 Kitab Geografi

(20)

ialah kitab Futuh al-Buldan. Kitab ini merupakan hasil karya seorang ulama besar pada zaman Abasiyyah iaitu Abu Hassan, Ahmad bin Yahya bin Jabir bin Daud al-Balazuri. Beliau dilahirkan pada akhir kurun yang kedua daripada hijrah Rasulullah s.a.w (Riduan, 1983).

Al-Balazuri menghasilkan kitab Futuh al-Buldan dalam membicarakan tentang pembukaan kota-kota besar Islam dan peristiwa yang berkait dengannya. Kitab ini menjadi Masadir terutama dalam mengkaji sejarah kota-kota dan tempat-tempat yang bersejarah hasil peninggalan umat Islam masa lalu.

Selain kitab Futuh al-Buldan, kitab Ahsan al-Taqasim Fi Ma’rifah al-Aqalim karangan seorang tokoh geografi Arab iaitu al-Maqdisi yang hidup pada abad ke-4 H. Al-Maqdisi merupakan seorang penulis yang dikenali dengan pelbagai nama dan panggilan yang berbeza-beza. Dikenali dengan nama al-Bashashari dan sarjana barat mengelarnya dengan panggilan Almocaddassy. Beliau merupakan seorang tokoh pengembara yang telah menjelajahi beberapa kota bermula dengan perjalanannya ke Kota Makkah dan disusuli kota-kota yang lain. Menurut Mohd Syahir, pemikiran al-Maqdisi sama seperti pemikiran Ibnu Battuta (Mohd Syahir, 2014).

Hasil daripada penjelajahan tersebut, al-Maqdisi mencatatkan segala yang dilihatnya melalui bukunya yang diberi judul Ahsan al-Taqasim Fi Ma’rifah al -Aqalim. Beliau menyatakan dalam pemerhatian beliau bahawa terdapat tidak lebih

dari dua buah lautan yang dilihatnya berpandukan al-Quran. Dua lautan yang dilihatnya dikenali sebagai lautan China dan Mediterranean. Beliau juga mencatat dalam kitabnya sejumlah kota-kota yang dilawatinya seperti Tropoli, Tripolitania dan Damascus dan menperihalkan tentang masyarakat yang mendiami kawasan tersebut.

Kekuatan penceritaan yang dikemukakan oleh beliau ialah hasil daripada pemerhatian beliau sendiri bukan dengan merujuk kepada karya-karya lain melainkan al-Quran yang menjadi panduan asas kepada beliau untuk melakukan pencarian dalam penjelajahan. Kekuatan ini sekaligus mengangkat kitab ini , menjadikan sebagai Masadir dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam khususnya dalam mengetahui

(21)

Kitab ini menjadi rujukan generasi selepasnya dalam mengenali kota-kota dan kawasan di dunia ini. Sentuhan penulisan berasaskan pengembaraan dan pengalaman yang dilihat sendiri oleh penulis menjadikan karya ini memiliki kehebatan dan kelebihan yang tersendiri. Kitab ini boleh dikatogerikan sebagai Masadir lantaran keaslian kandungan. Para pengkaji yang ingin mengkaji tentang kota-kota dan lautan yang terdapat di dunia ini, boleh merujuk kitab ini.

Selain al-Maqdisi, terdapat seorang tokoh lain bernama al-Maqrizi. Beliau mashur dengan karya hebatnya iaitu al-Mawa’iz wa al-I’bar bi Zikr al-Khutat wa al-Asar. Kitab ini dihasilkan pada tahun 1417 M. Dalam karyanya, al-Maqrizi sangat

memperhatikan perbahasan tentang peninggalan yang tertulis. Karya ini dimulai dengan pengenalan sejarah dan geografi. Setelah ini beliau menerang negeri-negeri di Mesir (al-Maqrizi, 1967). Karya ini juga mencatat suatu penerangan tentang kota-kota dan kawasan di Mesir. Ini juga mengangkat kitab ini sebagai masadir dalam bidang pengkajian sejarah dan tamadun Islam.

Penulisan karya dalam bidang geografi di kalangan para pengembara muslim sangat banyak, ekoran tuntutan zaman bertujuan bagi mengetahui keadaan sesuatu tempat dan sosial kehidupan masyarakat di tempat tersebut. Ekoran daripada pengembaraan ini, munculnya pelbagai pengetahuan yang dimanafaatkan oleh umat Islam dalam kehidupan mereka. Lantaran wujudnya sebuah tamadun yang kukuh dan stabil hasil daripada aktiviti pengembaraan tokoh-tokoh Islam.

Walaubagaimana pun, penulis telah mengemukakan sebahagian daripada kitab-kitab geografi dalam kertas kerja ini bertujuan untuk menjadi contoh kitab yang boleh dirujuk oleh para pengkaji sejarah masa kini dalam mengkaji sejarah dan kaitannya dengan bidang geografi. Hal ini merupakan tanggungjawab para pengkaji dalam melakukan kajian, mereka perlu mendapatkan sumber yang tulen dan berbentuk asli dalam membahaskan perbincangan sejarah dan kaitannya dengan geografi.

(22)

Kitab fiqh klasik yang diklasifikasi sebagai Masadir terlalu banyak. Ini disebabkan ilmu fiqh yang luas dan didokong oleh pandangan imam-imam mazhab yang berbeza. Antara kitab fiqh yang terkenal pada kurun kedua hijrah iaitu kitab al-Kharaj oleh Abu Yusuf (182 H) iaitu anak murid kepada Abu Hanifah. Kitab tersebut merupakan karya Abu Yusuf yang dihasilkan oleh beliau setelah menerima arahan daripada khalifah Harun al-Rashid supaya dikarang suatu kitab mengenai pengurusan ekonomi. Kitab ini menurut, Nurizal Ismail, merupakan sebuah nasihat daripada seorang ulama’ terhadap pemerintah dalam urusan ekonomi, termasuklah pengurusan cukai, pengagihan zakat dan pembahagian harta ghanimah iaitu harta rampasan perang (Nurizal Ismail, 2010).

Selain kitab al-Kharaj, kitab Imam Malik (796 H) iaitu Muwatta’ merupakan kitab fiqh klasik yang ditulis dalam bentuk pengumpulan hadith Nabi s.a.w. Kitab Muwatta’ dalam sejarah Islam iaitu dalam era Abbasiyyah, pernah dicadangkan supaya dijadikan sebagai perlembangaan. Kitab ini, sekalipun himpunan hadith, tetapi tidak dikatogerikan dalam Sunan al-Sittah iaitu enam kitab-kitab sunan yang muktabar. Ini kerana, para ulama’ melihat bahawa kitab al-Muwwata’ ini merupakan sebuah kitab fiqh bukan kitab hadith (Sayyidah Khasif, 1976).

Pembahagian kitab-kitab klasik ini adalah berasaskan kepada tajuk dan skop penulisan para ulama’ masa lalu. Walaubagaimanapun, kitab-kitab ini, merupakan sumber utama dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam. Setiap penyelidik, seharusnya menggunakan karya-karya ini dalam mengkaji peristiwa yang berkait dengan pengurusan orang-orang Islam serta kemajuan yang dicapai oleh mereka dalam membina tamadun Islam masa lalu.

(23)

Kekuatan kitab-kitab ini ialah merupakan cetusan penulisan al-Mawardi sendiri berdasarkan kepada pengetahuan beliau tentang prinsip-prinsip pemerintahan Islam disamping kekuatan pengalaman beliau yang melihat sendiri selok belok pemerintahan khalifah yang sedang berlangsung. Justeru itu, kitab ini dijadikan Masadir dalam memahami sistem politik Islam. Namun, harus difahami bahawa

politik tidak tetap kedudukannya ianya boleh berubah-berubah mengikut zaman dan keadaan tertentu. Walau bagaimanapun, kitab ini boleh dipegangi dan dirujuk berkenaan dasar dan prinsip sekalipun amali dan pratikal politik berubah mengikut keadaan.

Kitab klasik dalam bidang fiqh merupakan suatu khazanah peninggalan besar yang telah diwarisi dari para ulama masa lalu. Kitab-kitab yang telah dinyatakan oleh penulis adalah karya-karya penting dalam bidang fiqh yang mempunyai kaitan dengan pengkajian sejarah dan tamadun Islam. Kitab-kitab tersebut merupakan Masadir dalam bidang pengkajian sejarah Islam. Para pengkaji dalam memahami persoalan sejarah yang berkaitan dengan bidang fiqh, sewajarnya melihat dan meneliti kandungan kitab-kitab tersebut.

5.2 Manuskrip

Manuskrip adalah bahan sejarah yang bersifat tulen dan dikatogerikan sebagai Masadir atau sumber primer. Ianya merupakan hasil tulisan tangan orang-orang

(24)

Pada umumnya, manuskrip adalah tulisan tangan yang dihasilkan oleh individu tertentu. Penghasilan ini kadang kala akan menimbulkan keraguan khususnya kepada para pengkaji tentang penulis manuskrip, kandungannya dan tujuan penulisannya. Kekaburan ini, menjadi tanggungjawab para pengkaji melakukan siasatan terhadap manuskrip supaya ianya jelas dari pelbagai sudut sama ada penulisnya dan kandungan yang berupa maksud dan tulisan yang dipaparkan dalam sesuatu manuskrip.

Maka dalam konteks ini, para pengkaji khususnya bertungkus lumus menjalankan pelbagai kritikan dalaman dan luaran terhadap sesuatu manuskrip. Boleh dibahagikan usaha mereka dalam memastikan kebenaran manuskrip ini kepada dua bahagian. Pertama, memastikan siapakan penulis manuskrip dan tujuan penulisan. Manakala bahagian kedua, ialah untuk memastikan kefahaman terhadap maksud tulisan yang terpapar di manuskrip (Titi Farhanah, 2009).

Setelah kajian dijalankan dan dikenalpasti kedudukan manuskrip itu, barulah ianya diklasifikasi sebagai masadir iaitu sumber primer dalam kajian sejarah Islam. Tanpa melakukan kritikan yang mendalam dan analisa yang terperinci akan menyebabkan manuskrip itu dianggap sebagai sebuah bahan sejarah yang tulen tanpa melakukan kritikan terhadap ketulenannya. Selain itu, perlu diwujudkan rujukan silang sumber sejarah lisan dengan sumber lain tentang subjek atau pun dengan merujuk pada zaman tersebut.

Menurut Ding Choo Ming, manuskrip dalam tradisi Islam mempunyai kolofon. Kolofon bermaksud hiasan bunga atau corak di bahagian tepi manuskrip tersebut (Ding, 2009). Menurut beliau lagi, pengaruh ini telah masuk ke dalam penulisan manuskrip Melayu, ini dapat dilihat dalam penghasilan manuskrip di Acheh pada abad ke-17. Penghasilan manuskrip di Acheh antaranya manuskrip keagamaan hasil penulisan Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri. Hiasan tersebut adalah untuk memberikan galakan khusus kepada pembaca manuskrip supaya mereka merasa jemu dalam menatap kandungan manuskrip tersebut.

(25)

masadir dalam mengkaji kedatangan Islam di alam Melayu ini. Selain ianya menjadi masadir, ia juga dilihat sebagai suatu siri ketamadunan orang-orang Melayu khusus dalam menghasilkan penulisan serta menterjemahkan kefahaman mereka dalam sesuatu bidang ke dalam bentuk penulisan (Ding, 2009).

Contoh lain manuskrip yang diklasifikasikan sebagai masadir dan mempunyai kaitan dengan pengkajian sejarah Islam ialah Hikayat Abu Shahamah. Hikayat ini merupakan karya yang tergolong dalam kategori sastera Melayu berbentuk keislaman sebaris dengan karya-karya lain yang popular seperti Hikayat Tamim al-Dari, Hikayat Ahmad Muhammad dan sebagainya.

Menurut pengkaji Muhammad Mustaqim Mohd Zarif menerusi artikelnya berjudul Asal-Usul Periwayatan Hikayat Abu Shahamah dan Pengaruhnya di Alam Melayu Abad ke-19, beliau menjelaskan bahawa hikayat ini ditulis dalam bahasa Arab dan tidak dinyatakan siapakah penulisnya. Hikayat ini menurut Muhammad Mustaqim dipercayai masuk ke Nusantara pada abad ke-15. Namun pada abad ke-19, hikayat ini mulai dicetak dan disebar meluas sejajar dengan perkembangan dan pengadaptasi teknologi percetakan terkini (Muhammad Mustaqim, 2009).

Manuskrip ini tersimpan di Pusat Penyimpanan Utama Manuskrip Perpustakaan Negara Malaysia dengan kod nombornya (MSS776B). Turut menyimpan manuskrip ini, iaitu Perpustakaan Leiden, Belanda dengan kod nombornya (Cod.Or.7324 (1)) dan sejumlah naskhahnya dalam koleksi umum dan peribadi di Indonesia (Ismail Hamid, 2002).

Secara umumnya, Hikayat Abu Shahamah dikatakan bersumberkan fakta sejarah yang bercampur aduk dengan unsur-unsur legenda, fiksyen dan tradisi. Antara kandungan hikayat ini ialah tentang keadilan Umar al-Khattab yang cuba ditonjolkan menerusi hukuman yang dilaksanakan ke atas anaknya Abu Shahamah, memberikan mesej yang jelas akan kepentingan menjalankan hukuman Tuhan tanpa mengira keturunan, pangkat, saudara dan sebagainya. Justeru itu, karya yang sarat dengan pengajaran ini turut dikategorikan sebagai karya agama.

(26)

anaknya yang terlibat dengan tuduh zina. Penceritaan ini sekali gus boleh dijadikan rujukan oleh para pengkaji sejarah Islam dalam mengkaji peristiwa berkenaan. Manuskrip ini memainkan peranan dalam memberi jawapan kepada persoalan yang membabitkan peristiwa berkenaan.

Sebagai kesimpulan, manuskrip adalah sebahagian daripada Masadir dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam. Ketulenannya dan keaslian bahan tersebut menjadikan bernilai tinggi. Namun, kritikan hendaklah dilakukan pada manuskrip dalam memahami perkara-perkara yang tersirat disebalik penghasilan tulisan tangan ini. Hal ini juga bertujuan mengelak daripada berlakunya ketidakpastian tentang status manuskrip tersebut, sama ada ia benar berupa tulisan tangan atau sebaliknya. Menjadi tanggungjawab pengkaji dan penyelidik dalam melakukan penentuan ini. Walaubagaimana pun keaslian manuskrip tetap terjamin dan terpelihara.

5.3 Arkib

Arkib merupakan gedung tempat simpanan khazanah sumber-sumber sejarah. Bahan-bahan arkib berupa rekod-rekod dari agensi-agensi kerajaan atau dari mana-mana organisasi atau institusi yang mempunyai nilai kerana isi kandungan yang terdapat di dalamnya. Bahan arkib juga termasuk rekod-rekod keagamaan yang berkait dengan sejarah seperti rekod-rekod khutbah jumaat dan tentang agama Islam (Nordin, 1995).

Di Malaysia, penyelidikan di arkib adalah tertumpu di Arkib Negara Malaysia di Jalan Duta dan juga di cawangan-cawangan arkib di seluruh Malaysia seperti arkib cawangan selatan di Johor Bharu, arkib cawangan timur di Kuala Terengganu, arkib cawangan utara di Alor Setar dan cawangan di Sabah dan Sarawak (Nordin, 1995).

(27)

berusia 25 tahun. Selain itu, bahan-bahan yang dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1986 (Nur Hafizah, 2009).

Ketulenan dan keaslian bahan arkib tidak boleh dipertikaikan. Ini kerana, bahan-bahan arkib yang berusia ratusan tahun itu disimpang dan dipelihara supaya khazanah ini tidak rosak. Kepentingan arkib ini jelas dilihat dalam isu pertikaian hak pemilikan Pulau Batu Puteh antara Malaysia dan Singapura. Kes yang membawa kepada perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa itu, telah disokong melalui kajian bahan arkib yang terdiri daripada dokumen dan surat perjanjian sultan-sultan terdahulu. Keasilan dokumen tersebut adalah terjamin dan tidak ada sebarang penambahan terhadap bahan asal dan seumpamanya.

Bahan arkib yang diklasifikasikan sebagai masadir dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam antaranya ialah teks lama khutbah jumaat yang terkumpul dalam bahagian rekod-rekod keagamaan yang terdapat padanya koleksi rekod-rekod awal contohnya lagi Church Records Malacca 1642-1688 (Nordin, 1995).

Teks khutbah jumaat yang lama mempunyai nilai sejarah khususnya menjadi rujukan dalam memahami nasihat-nasihat agama yang disampaikan oleh khatib serta melihat sama ada wujudnya bacaan doa kepada pemerintah kerajaan Uthmaniyyah di Turki atau pun tidak. Penemuan maklumat terbaru boleh dicapai melalui penelitian terhadap bahan-bahan arkib ini, sekaligus menjadi bukti yang kukuh bagi menyokong fakta-fakta sejarah.

Selain daripada bahan arkib dalam bentuk teks, terdapat juga bahan-bahan arkib dalam bentuk gambar. Koleksi gambar-gambar lama yang mempunyai nilai sejarah terutama sejarah Islam turut disimpan di Arkib Negara (Nordin, 1995). Gambar-gambar seperti gambar bangunan dan foto-foto tokoh serta persatuan-persatuan dan sebagainya dapat di Arkib. Di samping itu, terdapat juga koleksi rakaman tape tentang forum, perbincangan,ucapan-ucapan dan rakaman-rakaman wawancara juga disimpan di Arkib. Bahan-bahan tersebut penting dari sudut pengukuhan fakta sejarah dan kaitannya dalam pengkajian sejarah Islam. Arkib Negara menyimpan koleksi-koleksi ini dalam usaha menjaga bahan-bahan tersebut.

(28)

koleksi-koleksi yang lain yang disimpan di Arkib. Akhbar Pelita Melayu, Panji-panji Melayu dan Chermin Melayu yang mempunyai maklumat sejarah yang bernilai tinggi khususnya dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam terutama yang berkait dengan kemasukan Islam dan penyebarannya di alam Melayu disimpan di Arkib (Arkib,1995).

Secara umumnya, bahan-bahan yang disimpan di Arkib, mempunyai nilai keaslian yang bersifat tulen dan tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak. Atas dasr itu, bahan-bahan tersebut diklasifikasikan sebagai Masadar dalam konteks pengkajian sejarah dan tamadun Islam. Para pengkaji seharusnya meneliti dan melihat kembali kandungan bahan tersebut dalam melakukan kajian dalam bidang yang berkaitan.

5.4 Sejarah Lisan

Sejarah lisan merupakan satu kaedah atau teknik penyelidikan moden yang bertujuan untuk memelihara pengetahuan-pengetahuan sejarah melalui pengkisahan (Abdul Rahman, 1996). Kaedah ini melibatkan proses wawancara dan merakam ke dalam pita tentang keterangan-keterangan orang yang mengetahui sesuatu peristiwa sejarah sarna ada melalui penglibatannya secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar menyaksikannya.

(29)

Peranan sejarah lisan amat penting untuk membina semula peristiwa-peristiwa sejarah bagi menggantikan rekod-rekod yang telah hilang atau dimusnahkan oleh pihak penjajah seperti Jepun dan British. la amat berguna untuk mengisi kekosongan yang terdapat dalam sumber-sumber bertulis, untuk menambah sumber bertulis yang sedia ada dengan keterangan-keterangan sejarah yang telah dicatitkan, untuk menyelamatkan keterangan-keterangan sejarah yang akan hilang dan ia juga sebagai pendorong kepada penyelidik untuk membuat penyelidikan ke atas perkara-perkara yang telah disediakan dengan sumber-sumber lisan. Selain itu, ia juga berperanan dalam membawa dan memperkenalkan sejarah dari luar ke dalam sesuatu masyarakat atau pun sebaliknya. Melalui sejarah lisan, orang yang ditemubual mampu memberi pandangan baharu tentang peristiwa bersejarah kerana informan juga boleh terdiri daripada kalangan orang biasa dan bukan daripada golongan elit sahaja.

Bagi memastikan kesahihan maklumat lisan yang diperolehi, Abdul Rahman telah mengariskan beberapa langkah yang boleh dipraktikkan untuk mengesahkan kesahihan maklumat tersebut iaitu melalui: (Abdul Rahman, 1996).

a) Semakan dan pemeriksaan kesahihan sumber menerusi penyelidikan latar belakang tentang kisah hidup orang yang ditemubual dan juga subjek yang dipilih. lni juga amat penting sebelum aktiviti temuramah sejarah lisan dijalankan.

b) Mewujudkan rujukan silang sumber sejarah lisan dengan sumber lain tentang subjek atau pun dengan merujuk pada zaman tersebut.

c) Penyelidikan melalui soalan lanjutan. la memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mendapatkan maklumat daripada orang yang ditemubual supaya tidak dilihat seperti satu siasatan yang teliti.

d) Kerjasama dan persetujuan di antara informan dan agensi-agensi penting seperti Arkib Negara, pihak perundangan dan penemubual adalah diperlukan sebelum sesuatu wawancara dijalankan bagi memastikan maklumat yang diperolehi adalah sahih dan penggunaannya telah mendapat persetujuan sebagai sumber rujukan yang bernilai pada masa hadapan.

(30)

tetapi mungkin terdapat kesalahan-kesalahan kecil yang mengelirukan dari segi maklumat lisan yang diperolehi.

Dengan melaksanakan langkah-Iangkah menyemak kesahihan maklumat lisan, penyelidik akan mendapat ilmu dan pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu sumber dan peranan yang dimainkan melalui rakaman berkenaan sesuatu peristiwa. Seterusnya maklumat yang diperolehi mampu menjana ilmu atau informasi baharu melalui kajian dan penyelidikan lanjut untuk rujukan atau panduan generasi akan datang.

Sejarah lisan turut memainkan peranan penting dalam pengkajian sejarah dan tamadun Islam. Ini boleh dilihat dalam penghasilan karya kitab Tarikh Madinah Dimashq oleh Abu al-Faraj Jamaluddin Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad (572

H) yang lebih dikenali dengan gelaran Ibnu Asakir. Beliau telah menghasilkan kitab Tarikh Madinah Dimashq dalam tempoh jangka masa 30 tahun iaitu bermula dari

tahun 529 H hingga 559 H. Penghasilan kitab ini mengunakan sumber di mana beliau telah mengambil sumber lisan dari dari guru-gurunya yang berada di Dimashq (Wan Kamal Mujani, 2014).

Kekuatan sejarah lisan tidak dapat dinafikan dalam konteks pengkajian sejarah dan tamadun Islam, ini kerana sumber sejarah tidak terhad kepada teks yang berupa manuskrip dan kitab-kitab klasik sahaja. Bahkan kadang kala, sejarah lisan menjadi masadir yang lebih kuat berbanding teks yang sedia ada. Para pengkaji semasa khususnya dalam mengkaji tentang tokoh, bergantung kepada sejarah lisan iaitu melalui temuduga dengan ahli keluarga tokoh tersebut dan kenalan tokoh yang masih mengingati pengalaman bersama tokoh tersebut.

Justeru itu, sumber lisan juga dikategorikan sebagai Masadir dalam pengkajian sejarah. Menjadi tanggungjawab pengkaji dan penyelidik dalam mendapatkan individu atau responden yang berkelayakan dan bersesuaian dengan kajian yang dilakukan supaya data-data yang tepat dapat diperolehi daripada responden bagi membentuk suatu kronologi sejarah dan mengukuhkan fakta dan analisa yang dilakukan.

(31)

5.5 Artifak

Artifak merupakan fakta tinggalan sejarah dalam bentuk objek contohnya, senjata, wang, runtuhan bangunan dan pinggang mangkuk yang digunakan pada masa lampau. Ianya berbeza dengan dokumen, kerana dokumen adalah bahan sejarah dalam bentuk tulisan, manakala artifak dalam bentuk objek atau benda, hasil daripada peninggalan sejarah masa lampau. Walhal demikian, artifak tetap memiliki nilai sejarah yang tinggi dan diklasifikasikan sebagai Masadir.

Menurut Zuliskandar Ramli, kajian terhadap artifak sebenarnya memerlukan kepada penyelidikan arkeologi. Melalui kaedah ini, bahan-bahan sejarah akan diukur dan nilai melalui kaedah tertentu untuk menentukan tahun atau tempoh bahan itu wujud. Kaedah ini bergantung kepada kecanggihan teknologi masa kini (Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Suhaimi, 2012).

Secara umum, kajian artifak ini tenyata ketulenan dan keasliannya, melalui kajian arkeologi yang dijalankan kepada bahan-bahan tinggalan sejarah ini, dapat diketahui tempoh masa bahan tersebut dan sekaligus akan membawa kepada pengukuhan terhadap fakta-fakta sejarah. Lantaran ini, pengkajian sejarah Islam tidak menolak penggunaan teknologi masa kini dalam menentukan ketetapan sesuatu fakta. Perubahan zaman sebenarnya membawa revolosi atau pembaharuan kepada metod pengkajian sejarah masa kini.

Sebagai contoh kajian arkeologi yang dijalankan bagi mengesan kewujudan Kota Linggiu. Berdasarkan kepada tulisan Mohd Supian dalam artikel yang bertajuk Arkeologi Sebagai Sumber Sejarah Tumpuan Kepada Penyelidikan dan Gali Cari

Kota Linggiu. Beliau menyatakan bahawa penentuan sama ada kewujudan Kota

(32)

Kajian kewujudan kota tersebut sekalipun tidak menjurus kepada pengkajian sejarah Islam, namun itulah contoh yang dapat dilihat berhubung dengan kajian artifak dalam penentuan fakta sejarah. Ini membuktikan bahawa kajian artifak boleh dijadikan Masadir dalam penentuan fakta-fakta sejarah. Secara kesimpulannya, kajian artifak adalah keutamaan dalam mengkaji bahan-bahan sejarah dalam bentuk objek yang tidak boleh dibuktikan melalui karya penulisan atau teks atau melalui sumber-sumber lain termasuk sumber-sumber lisan. Kekuatan kajian artifak itu, tidak boleh dicabar dan dinafikan sama sekali.

5.6 Penulisan Peribadi (Private Evidence)

Penulisan peribadi adalah merujuk kepada penulisan yang ditulis sendiri oleh tokoh-tokoh yang menjadi watak dalam sesuatu peristiwa sejarah (Nordin, 1995). Penulisan mereka dalam sesuatu bidang atau pengalaman hidup mereka menjadi Masadir atau sumber primer dalam mengkaji latar pengenalan tokoh tersebut terutama kajian melibatkan histrografi.

Terdapat dalam kalangan tokoh Islam yang menulis tentang dirinya sendiri. Antaranya ialah Sheikh Ahmad bin Abdul Latif al-Minangkabawi yang pernah menulis perihal dirinya menerusi sebuah kitab berjudul al-Qaul al-Hanif fi turjumah tarikh hayati Ahmad bin Abdul Latif. Buku ini berbentuk penceritaan pengamalan, sejarah dalam menuntut ilmu, sumbangan dalam bidang ilmu dan penceritaan tentang keluarga. Buku ini menurut Mat Ropa Ismail, memberi maklumat mudah kepada pengkaji sejarah dalam mengenali tokoh ini, pada kata lain menjadi sumber primer kepada para pengkaji yang berhasrat mengenali tokoh ini (Mat Ropa Ismail, 2002 ).

(33)

6.0 PERANAN MASADIR DALAM KAJIAN SEJARAH DAN TAMADUN

ISLAM

Masadir merupakan nadi kepada ilmu sejarah dan ianya adalah suatu keutamaan yang

seharusnya diberikan penekanan oleh para penyelidik dalam bidang pengkajian sejarah terutama sejarah Islam. Sumber-sumber yang diperolehi hendaklah diteliti secara mendalam bagi memastikan peristiwa sejarah yang dikaji dapat diketahui faktanya dan dianalisa sehingga menghasilkan natijah yang tepat. Kecendurangan para pengkaji masa kini memilih sumber yang kurang berautoriti akan memberi kesan kepada fakta sejarah serta hujahan yang dikemukakan lantaran tidak kembali meneliti sumber-sumber asal yang bersifat tulen dalam bentuk asal.

Hasil tinjauan daripada kajian ini, penulis berpendapat wujudnya beberapa peranan Masadir dalam pengkajian sejarah. Dua peranan tersebut dilihat dari sudut, kaitan sejarah dengan sumber, hubungan antara bahan-bahan yang klasifikasikan sebagai sumber dan kepentingan sumber dalam membetulkan pewelewengan. Hasil daripada tinjaun terhadap aspek-aspek berikut, penulis telah merumuskan bentuk bentuk peranan yang wujud pada Masadir dalam kajian sejarah Islam. Berikut adalah;

6.1 Masadir sebagai pembuktian kukuh kepada fakta sejarah

Berasaskan kepada hubungan sejarah dengan sumber sejarah, dapat difahami bahawa Masadir memainkan peranan penting dari sudut membuktikan kebenaran fakta sejarah

atau dalam kata lain, Masadir menjadi nadi kepada ilmu sejarah. Pengkaji yang bergantung sepenuhnya kepada masadir akan menghasilkan natijah yang tepat dan tidak boleh dipertikaikan. Sehubungan dengan itu, Sayyidah Ismail Khasif turut menegaskan menerusi bahawa, fakta sejarah tidak boleh dicabar selama mana ianya kembali kepada Masadir (Sayyidah Khasif, 1960).

(34)

menentukan kewujudan sebuah fakta. Hasil kajian arkeologi sahaja boleh menentukan ketepatan fakta tersebut dan ianya tidak boleh dipertikaikan lagi. Mohd Sufian menegaskan bahawa, rujukan kepada sumber yang tulen dan asli akan membuktikan kebenaran fakta sejarah tanpa diragui (Mohd Sufian, 2008). Beliau menyatakan demikian dalam mengulas keperluan kajian bersandarkan kepada sumber yang tepat.

6.2 Masadir lebih kuat dari sudut ketepatan fakta berbanding maraji’

Masadir dan Maraji’ merupakan rujukan dalam pengkajian sejarah Islam, pendapat ini telah dibahas oleh Akbar Shah Najeebabadi. Perbezaan Masadir berbanding maraji’ dapat dilihat menerusi ketulenan fakta sejarah, berbeza dengan maraji’ yang mengambil perbahasan berdasarkan kepada Masadir. Namun kedua-duanya tetap sama dari sudut menjadi sumber kepada pengkajian sejarah Islam. Dari sudut ini, dapat difahami bahawa peranan Masadir lebih utama berbanding Maraji’. Pengkaji disarankan supaya merujuk masadir dan mengutamakannya dalam kajian yang hendak dijalankan.

Kekuatan masadir berbanding Maraji’ dilihat dari sudut keaslian bahan sejarah yang menjadi sumber. Maraji’ mengikut takrifan Abd. Rahman hanyalah suatu salinan yang diperolehi daripada bahan asal. Maka dari sudut kekuatan dan ketepatan fakta, Masadir mendahului Maraji’.

6.3 Masadir berperanan dalam menjustifikasikan analisa sejarah yang tepat

(35)

Para sejarawan dalam memulakan pengkajian sejarah, dimulai dengan mengumpul data yang diperolehi dari pelbagai sumber sebelum melalui peringkat-peringkat yang lain. Dalam konteks ini, sumber-sumber yang dikumpulkan terdiri dari sumber awalan atau Masadir dan sumber kedua yang dikenali sebagai Maraji’. Para sejarawan bagi mengukuhkan kajian mereka dalam menemui ketepatan fakta yang hendak analisa, mereka akan mengunakan sumber-sumber utama yang bersifat tulen iaitu yang terdiri daripada Masadir. Pemilihan sumber sejarah yang bersifat Masadir adalah bertujuan menjustifikasikan dapatan sejarah yang bermutu dan tepat. Maka dapat dipastikan bahawa, Masadir memainkan peranan penting dalam bidang pengkajian sejarah. Jadual 1, menunjukkan proses pengkajian sejarah.

Jadual 1: Carta proses pengkajian sejarah

Menerusi carta ini dapat diketahui bahawa pengkajian sejarah perlu melalui beberapa tahap proses dalam memperolehi fakta atau kebenaran terhadap sesuatu perkara yang dikaji. Daripada proses tersebut akan merangkumi beberapa kaedah atau metodologi yang bersesuaian dengan kajian sejarah untuk mendapatkan hasil kajian yang sahih

Mengumpul Sumber

Kritikan Sumber

Interpretasi

Analisis

(36)

dan benar. Berdasarkan carta proses di atas, terdapat lima proses yang perlu dilakukan secara berturutan iaitu:

Pertama, seorang pengkaji sejarah perlu berusaha mendapatkan sumber-sumber berkaitan dengan perkara dikaji. Tanpa sumber-sumber, kajian tidak dapat dijalankan. Hal ini kerana, daripada sumber tersebut akan diperoleh maklumat dan data dalam usaha mendapatkan fakta dan kebenaran. Sumber berkenaan samada sumber primer, sekunder, lisan ataupun Masadir dan Maraji’. Catatan atau apa yang terkandung di dalam sumber akan diproses berdasarkan carta proses di atas. Oleh itu, tahap pertama ini, seorang pengkaji hendaklah berusaha memperolehi sumber berkaitan dengan apa yang dikaji.

Kedua, setelah pengkaji berjaya mengumpulkan sumber-sumber yang berkaitan dengan apa yang dikaji. Menjadi tanggungjawab pengkaji sejarah untuk menapis sumber-sumber tersebut sebelum menggunakannya sebagai sumber-sumber utama dalam kajian sejarah yang dijalankan. Bagi memastikan maklumat yang didapati daripada sumber sejarah dapat digunakan sebagai bukti bagi peristiwa, pengalaman dan perkembangan, penyelidik dapat menggunakan dua jenis kritikan iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman (Yahya Don: 2006).

Kritikan luaran bertujuan untuk memastikan keaslian sumber yang diperolehi. Oleh itu, khidmat pakar luar sangat diperlukan dalam memastikan perkara ini. Kritikan dalaman pula, bertujuan untuk memastikan keabsahan dan kesahihan isi kandungan sumber-sumber tersebut. Perbincangan lanjut mengenai kritikan dalaman akan penulis ulas dalam bab yang seterusnya. Setelah sumber-sumber yang dikumpul melalui proses ini, penyelidik boleh memulakan kajian sejarah yang ingin dilakukan.

Ketiga, intrepetasi ialah memberikan penafsiran terhadap data-data yang diperolehi dalam tempoh penelitian sehingga menjadi sebuah urutan peristiwa yang kronologi. Interpretasi juga menyimpulkan sumber yang dapat dipercayai berdasarkan bahan-bahan yang otentik. Kaedah ini dapat memberi tafsiran dan penjelasan tentang catatan atau maklumat yang terkandung di dalam sumber.

(37)

menjabarkan kedalam unit-unit, melakukan sintesis, menyusun kedalam pola, memilih mana yang penting dan yang akan dipelajari kemudian membuat kesimpulan berkaitan dengan data-data sejarah. Dalam pengkajian sejarah, kaedah analisis data atau sumber masih mempunyai ruang untuk diperkemaskan supaya hasil analisis lebih kemas teratur dan terikat dengan kaedah yang standard (Mohd Saufi & Hasan Bahrom: 2005).

Kelima, fakta dan kebenaran berjaya diperolehi setelah melalui proses tersebut secara beturutan. Kebenaran sejarah bergantung kepada kebenaran fakta. Fakta ialah suatu peristiwa yang benar-benar berlaku dan wujud dalam sejarah yang datangnya daripada catatan, dokumen, inskripsi dan sumber-sumber lain. Sesuatu fakta itu mungkin berasal daripada catatan, tetapi selagi ia masih digelar catatan dan tidak fakta maka selama itulah kebenarannya boleh di persoalkan (Md. Saleh: 1976).

(38)

7.0 KESIMPULAN

(39)

Rujukan

Abdul Rahman Haji Abdullah. 1996. Pengantar Ilmu Sejarah, Siri Pendidikan Jarak Jauh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Yusof Ibrahim. 2000. Ilmu Sejarah; Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. Nur Hafizah Md Hamzah. 2009. Peranan dan Sumbangan Arkib Negara Malaysia

(ANM) 1957-2007, Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda FSSK. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nordin Hussin. 1995. Penyelidikan di Arkib. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 2012. Zaman Proto

Sejarah di Malaysia; Suatu Pengenalan. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. 2014. Mengenali Kuantitatif & Kualilatif Dalam Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi; Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mat Rofa Ismail. 2010. Menerokai Etnomatematik Melayu-Islam: Teori Kombinatorik al-Khatib dalam Alam al-Hussab dan Raudah al-Hussab. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Wan Muhammad Saghir. 2006. Alam al-Hussab fil Ilmi al-Hisab, Ahmad bin Abdul Latif. Kuala Lumpur: Khazanah al-Fataniyyah.

Ahmad bin Abdul Latif. (T.th). Al-Qawl al-Hanif fil Terjemah Tarikh Hayat al-Khatib. Kuala Lumpur: Khazanah al-Fataniyyah.

Sayyidah Ismail Khasif. 1986. Masadir al-Tarikh al-Islamiy wa Manahij al-Bahth fih. Kaherah: Maktabah al-Khanajy.

Ahmad bin Mansur Ali Sabalik. 2009. Al-Madkhal Li Dirasah ‘Ilm al-Tarikh wa al-Hadharah. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah.

Al-Siba’ie, Mustafa. 1985. Al-Sirah al-Nabawiyyah Durus Wa ‘Ibar. Bayrut: al-Maktabah al-Islamiy.

Riduan Muhammad Riduan. 1983. Tahqiq Futuh Buldan lil Imam Abi Hassan al-Balazuri. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah.

Al-Tabari, Muhammad bin Jarir (T.th). Tarikh Tabari, Tarikh Umam wa al-Muluk. Tahqiq: Abu al-Fadhl Ibrahim. Bayrut: al-Turath al-Arabi.

Marsden Jones. 1966. The Kitab al-Maghazi of al-Waqidi. London. Oxford University Press.

(40)

Louis Gottschall. 1969. Understanding History: A Primer of Historical Method. New York: Alfred A. Knoff.

Rozeman Abu Hassan. 2004. Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

Zalila Sharif & Jamilah Haji Ahmad. 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. Azmul Fahimi Kamaruzzaman. 2012. Epistemologi Histrografi Miskawayh di Dalam

Tajarib al-Umam. Tesis Phd. Universiti Putra Malaysia.

Yahya Don. 2006. Psikologi Sosial dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Md. Saleh bin Md. Gaus. 1976. Kebenaran dalam Sejarah Mengikut Ibn Khaldun. Jebat. Bil. 5/6 1976-76-1976/77.

Mohd.Abd. al-Mun’im, 1992. Masadir al-Maktabah al-Abiyyah. Bayrut: Dar al-Jail. Akbar Shah Najeebabadi. 2000. The History of Islam. Dhaka: Darussalam, Int’l

Publishers & Distributors.

Mahayudin Hj. Yahya. 1984. Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahannya. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana Sdn. Bhd.

Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. 2009. Asal-Usul Periwayatan Hikayat Abu Shahamah dan Pengaruhnya di Alam Melayu Ke-19, Jurnal Filologi Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Titi Farhanah. 2009. Penyalinan Kitab Mathalib Salikin Karya Sheikh Yusuf Al-Makasari. Jurnal Filologi Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Wan Kamal Mujani. 2014. Ketokohan dan Karya Sejarawan Islam dari Kurun Keempat Hijrah Hingga Kurun Kelapan Hijrah. Prosiding Seminar Pensejarahan Islam 2014. Hlm. 19-38.

Ding Choo Ming. 2009. Tradisi Penulisan Kolofon Dalam Manuskrip Melayu. Jurnal Filologi Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Ding Choo Ming. 2009. Pemikiran Melayu Dalam Manuskrip Melayu. Jurnal Filologi Melayu. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia.

Abdul Razak Abdul Karim. 2009. Naskhah Pulau Buton-Antara Realiti dan Harapan. Jurnal Filologi Melayu. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia. Mohd Saufi Ismail & Hasan Bahrom. 2005. Analisis Dokumen: Pendekatan Ahli

(41)

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian yang bertujuan untuk mengetahui pengaruh invigorasi benih nangka dengan pemberian ZPT pada berbagai lama simpan serta konsentrasi ZPT terbaik pada

Dalam sebuah penelitian terhadap pasien kanker dengan usia dewasa awal yang selamat dari kanker darah dan kanker limfoma (Grey & Col, 1992) menunjukkan

Menurut Batori (2013) beberapa tumbuhan yang dapat digunakan sebagai bahan insektisida organik adalah daun sirsak, daun papaya, daun kecubung, umbi gadung, akar

Terlebih dahulu diberitahukan, bahwa semua yang menjadi responden adalah anak atau santri TPQ Al-Muhajirin, yang hobi terhadap play station, sehingga dapat ditilik

[r]

Melihat dan PEN berupa penyertaan modal negara ke Hutama Karya, Permodalan Nasional Madani, Bahana sebesar Rp6,0 triliun dan Indonesia Tourism Development Coporation (ITDC)

Kegiatan PPM ini merupakan penerapan Ipteks dalam pembuatan wastafel portable guna memudahkan penggunaan di wastafel berbagai tempat, dan wastafel portable dirancang

Makna afiks bahasa Melayu dalam Koba Sastra Lisan Orang Riau (dalam dialek daerah Rokan Hilir) diklasifikasikan berdasarkan bentuk afiksnya, maka makna afiks