• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN IBU BAPA PELAJAR DALAM KONTEKS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERANAN IBU BAPA PELAJAR DALAM KONTEKS "

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

PERANAN IBU BAPA PELAJAR DALAM KONTEKS INTERAKSI BAGI

PENGEMBANGAN POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN SENI VISUAL: SATU KAJIAN KES DI SMK SERI AMAN.

Zahidi bin Khamis

ABSTRAK

Pendidikan Seni Visual (PSV) merupakan salah satu mata pelajaran yang ditawarkan di setiap sekolah di Malaysia. Mata pelajaran ini menjadi semakin penting memandangkan keperluannya di dalam kehidupan dan permintaan tinggi dalam sektor pekerjaan. Kajian ini dijalankan bagi melihat peranan ibu bapa dalam menyumbang ke arah perkembangan potensi anak-anak mereka terutamanya dalam mata pelajaran PSV ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif kerana kaedah ini sangat sesuai untuk menjawab persoalan-persoalan berbentuk bagaimana, mengapa dan apakah. Kaedah ini lebih bersifat memahami, menjelaskan dan mendalami secara kemanusiaan. Fokus kajian tertumpu kepada ibu bapa dan pelajar di sekolah SMK seri Aman. Informan dipilih secara rawak sebanyak 20 buah keluarga. Bagi mendapatkan maklumat, data diperoleh melalui teknik temu bual dan pemerhatian. Temu bual dijalankan secara semi-struktur dan menggunakan teknik ‘three phase interview’. Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati ibu bapa pelajar di SMK Seri Aman, memainkan peranan dalam memastikan perkembangan potensi anak-anak mereka dalam mata pelajaran PSV ini. Selain itu, didapati juga pihak sekolah dan masyarakat setempat juga berperanan dalam membantu meningkatkan potensi pelajar PSV ini.

PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual (PSV) merupakan salah satu mata pelajaran teras bagi peringkat Sekolah Menengah Rendah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.17/1988) dan mata pelajaran pilihan bagi peringkat Sekolah Menengah Atas (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1990). Melalui kedua-dua surat pekeliling tersebut, semua pelajar peringkat Menengah Rendah wajib mempelajari mata pelajaran PSV manakala peringkat Menengah Atas boleh membuat pilihan kerana mata pelajaran pilihan ditawarkan adalah tertakluk kepada kemudahan-kemudahan yang ada, termasuklah guru-guru.

(2)

SMK Seri Aman adalah sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang terletak di dalam kawasan Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, Johor. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah luar bandar. Pelajar-pelajarnya datang daripada kawasan Gugusan Aping. Gugusan Aping sebenarnya terdiri daripada dua buah rancangan FELDA iaitu Felda Bukit Aping Barat dan Felda Bukit Aping Timur. Namun begitu, disebabkan sekolah ini terletak berhampiran dengan Perkampungan Mawai. Maka pelajar dari perkampungan Mawai juga diterima bersekolah di SMK Seri Aman. Keseluruhan pelajar sekolah ini berbangsa Melayu dan beragama Islam.

SMK Seri Aman dikategorikan sebagai sebuah sekolah gred B kerana jumlah pelajarnya hanyalah seramai 652 orang sahaja. Bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) yang terletak di bawah bidang Sains dan Kemanusiaan menerima agihan peruntukan sebanyak RM5.00 bagi setiap orang murid.

Bagi memastikan keberkesanan mata pelajaran PSV ini, semua pihak yang berkaitan dengan sekolah perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan hasrat murni kerajaan ini mencapai matlamatnya. Antara pihak yang paling penting dalam memastikan potensi pelajar ialah ibu bapa mereka sendiri. Menurut Wantzel (1998), institusi persekolahan dan keluarga tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh wujud secara bersendirian. Ibu bapa perlu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan kejayaan akademik kerana kejayaan dan perkembangan individu agak sukar dicapai tanpa kerjasama mereka.

PERNYATAAN MASALAH

Jika dilihat dari aspek kepentingan mata pelajaran PSV ini, dapatlah dilihat peranannya dalam kehidupan seharian masyarakat di sini. Masyarakat di FELDA sebenarnya bukanlah terdiri daripada golongan yang tidak tahu langsung tentang seni. Daripada pemerhatian yang dibuat secara rambang, di dapati persekitaran dan dalaman rumah mereka terdapat elemen-elemen seni. Namun begitu, masalah yang wujud daripada fenomena ini ialah peranan yang dimainkan oleh ibu bapa bagi melihat kesinambungan ilmu dalam perkembangan potensi anak mereka bagi pendidikan seni ini. Sehubungan itu, satu kajian dirasakan perlu bagi mengupas sejauh mana penglibatan ibu bapa dalam membantu perkembangan potensi anak mereka dalam pelajaran khususnya mata pelajaran PSV ini.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk:

1. Melihat sejauh mana keterlibatan ibu bapa dalam membantu peningkatan anak mereka dalam PSV.

(3)

3. Mencari punca yang menyebabkan ibu bapa begitu menggalakkan anak mereka mempelajari PSV.

4. Mencari maklumat daripada ibu bapa yang memahami kepentingan mata pelajaran PSV untuk masa depan.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Johor, PPD Kota Tinggi, Pihak Pengurusan FELDA, ibu-ibu bapa, guru-guru dan pelajar. Diharapkan nanti, ibu-ibu bapa pelajar akan lebih memahami dan mengenali mata pelajaran PSV.

Kajian ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang mata pelajaran PSV di samping menjelaskan kepada ibu bapa akan kepentingan PSV untuk kerjaya anak-anak mereka. Memandangkan seni dan masyarakat tidak dapat dipisahkan, kajian ini penting dalam usaha untuk menerangkan kepada ibu bapa fungsi PSV dalam kehidupan dan masyarakat. Ini akan dapat menjadikan ibu bapa yang lebih terbuka dan sanggup memperuntukkan sedikit masa serta kewangan untuk anak mereka. Pada masa yang sama, kajian ini dapat melahirkan masyarakat yang celik seni di samping mendorong minat pelajar dalam mempelajari mata pelajaran PSV.

MASALAH KAJIAN

Mata pelajaran ini merupakan salah satu mata pelajaran yang perlu diajar kepada pelajar menengah rendah dan menjadi mata pelajaran pilihan untuk menengah atas. Ibu bapa perlu diberi pendedahan terhadap mata pelajaran ini agar mereka akan lebih memahami dan mengenali mata pelajaran PSV ini.

(4)

PERSOALAN KAJIAN

Berikut adalah empat persoalan utama dalam kajian ini.

1. Bagaimanakah kondisi masyarakat di FELDA?

2. Bagaimanakah orientasi pendidikan yang diterima oleh ibu bapa?

3. Bagaimanakah ibu bapa memperuntukkan kewangan dan masa untuk mata pelajaran PSV?

4. Bagaimanakah ibu bapa memahami seni dalam kehidupan seharian?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes. Menurut Adam, Khan, Raeside dan White (2007), kaedah kualitatif menggunakan kaedah untuk mendapatkan data dan analisis berhubung dengan mengkaji perhubungan sosial dan menerangkan tentang pengalaman sebenar peserta kajian. Marican (2005) pula menerangkan, kajian kualitatif berfokus pada konteks yang mana sesuatu itu berlaku. Dengan kata lain ia merupakan satu proses atau bagimana sesuatu perkara itu berlaku dalam satu-satu latar belakang yang hendak dikaji.

Instrumen Kajian

1. Temubual

Temubual ini akan dijalankan setelah mendapat persetujuan bersama informan. Persetujuan merangkumi tarikh, masa dan tempat. Penggunaan protokol temubual dapat membantu pengkaji menyediakan struktur sesi temubual yang lebih tersusun disamping dapat mengekalkan tahap fleksibiliti temubual tersebut (Patton dalam Rubin & Barbie 2000).

Colin Robson (2002) menyatakan temu bual merupakan satu kaedah pengumpulan data yang melibatkan seorang penyelidik menyoal untuk mendapatkan jawapan-jawapan atau tindakbalas yang diperlukan daripada reponden. Jenis temu bual bergantung jumlah peserta serta kedalaman maklumat yang ingin diperoleh. Kedalaman (depth) dan kebebasan (freedom) menjawab yang dibenarkan bagi seseorang responden semasa ditemu bual pula tertakluk kepada reka bentuk temu bual serta soalan yang dikemukakan.

Weiss (1994) terdapat 3 jenis temubual. Temubual tidak berstruktur (bebas), temubual separa struktur dan temubual berstruktur (standard).

Temubual berstruktur Temubual semistruktur Temubual tidak berstruktur

(5)

Menurut Wallen dan Fraenkel (2001) pula, temubual terbahagi kepada empat jenis iaitu berstruktur, semi struktur, tidak berstruktur dan berfokus ataupun retrospektif. Saya menggunakan kaedah semi struktur dalam menjalankan kajian saya ini. Ronson (2002), temu bual separa struktur menyatakan, soalan yang hendak diajukan kepada informan perlulah digubal terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, urutan soalan, cara soalan diajukan dan bentuk soalan boleh berubah-ubah. Ini semuanya bergantung kepada cara dan jawapan yang diberikan oleh informan. Protokol temu bual termasuk susunan soalan, pemilihan dan penerangan soalan, juga boleh berubah mengikut keperluan sewaktu temu bual dijalankan. Robson (2002) bentuk soalan temu bual mestilah pendek, tidak mengandungi dwimakna, bebas, tidak berat sebelah dan difahami informan.

Menurut Rubin dan Rubin (2005) temubual dalam kajian kualitatif merupakan perbualan yang mana pengkaji akan memimpin perbualan yang menyeluruh dalam sesebuah perbincangan. Pengkaji mengemukakan kedalaman dan ketelitian mengenai topik kajian dan diikuti dengan jawapan yang diberikan oleh orang yang ditemubualkan dalam perbincangan tersebut.

Di samping protokol temubual, semasa sesi temubual pengkaji menyediakan juga perakam audio bagi merakam sesi temu bual dengan informan. Pengkaji juga membuat catatan umum isi perbualan informan semasa sesi temubual bagi mendapat gambaran secara umum untuk mengajukan soalan-soalan seterusnya yang dapat mencungkil (probe) lebih banyak lagi maklumat yang diperlukan.

2. Pemerhatian

Pemerhatian merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Melalui pemerhatian penyelidik mengamati tingkah laku informan berdasarkan pemboleh ubah yang dikenal pasti. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data. Dengan menggunakan pemerhatian penyelidik boleh mengenal pasti dan mengamati sesuatu tingkah laku informan berpandukan pemboleh ubah. Penyelidik berperanan sebagai pemerhati terhadap perubahan tingkah laku serta melihat tingkah laku informan serta mencatat maklumat, sama ada dari jauh atau dekat.

Pemerhatian menurut Wallen dan Fraenkel (2001) ada kalanya persoalan dalam kajian akan terjawab dengan baik melalui kaedah pemerhatian, terutamanya dalam melihat perilaku manusia atau bagaimana sesuatu berlaku. Menurutnya lagi, pemerhatian boleh dibahagikan kepada dua iaitu pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turut serta. Saya akan menggunakan kaedah pemerhatian turut serta kerana dalam pemerhatian ini saya akan lebih bersikap terbuka dan memudahkan maklumat diperoleh. Manakala, informan yang ingin dikaji akan merasa selesa dan dapat menunjukkan perlakuan seperti biasa.

(6)

(bergantung kepada struktur pemerhatian yang digunakan), di samping menilai serta memberi tafsiran makna perbuatan, perkataan dan pengalaman yang dilalui oleh peserta penyelidikan berdasarkan pemerhatian yang dijalankan.

Pemerhatian saya dibantu oleh alat rakaman audio video atau kamera. Melalui rakaman saya boleh melakukan pemerhatian berulang kali. Ini akan menunjukkan tingkah laku sebenar informan. Maklumat yang diperoleh adalah lebih mempunyai kesahan. Maklumat yang lebih tepat ini akan membantu memperoleh keputusan yang lebih baik.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana ibu bapa berperanan dalam membentuk potensi pelajar. Kajian ini akan mengenal pasti peranan ibu bapa dari aspek kewangan, masa, peralatan dan persekitaran. Awang Had Salleh (1985) menegaskan bahawa penyediaan generasi muda dengan ilmu pendidikan dan seterusnya melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan bermotivasi dengan dua cara iaitu melalui pendidikan tak formal dan melalui pendidikan formal.

Mengikut Hoffman, Paris dan Hall (1994), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Kajian-kajian terdahulu di Malaysia dan di barat telah menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan yang baik telah dikaitkan dengan kesejahteraan hidup remaja dari aspek-aspek kepuasan hidup, konsep kendiri, tingkah laku seks, dan pencapaian akademik (Fatanah, 1997).

Kewangan

Kewangan merupakan faktor utama dalam kehidupan seharian kita. Tidak terkecuali bagi masyarakat di kawasan FELDA. Majoriti pendapatan perkapital keluarga sejumlah RM500.00 sebulan. Pendapatan ini datangnya daripada elaun sara hidup bagi menanti hasil daripada Program Tanam Semula yang dilaksanakan oleh FELDA.

Mengenai peruntukan kewangan untuk mata pelajaran PSV ini, kesemua informan menyatakan akan kesanggupan mereka dalam hal tersebut. Menurut Dunst & Deal (1994), “Nilai keluarga merujuk kepada kebanggaan keluarga terhadap pencapaian ahlinya, komitmen untuk bersama dalam keadaan susah mahupun senang, kepercayaan bahawa keluarga adalah lebih penting daripada harta benda dan kesediaan untuk berkorban apa saja demi untuk keluarga.”

Faktor sosioekonomi

(7)

akan menjadi asas pembentukan identiti individu pelajar. Pendidikan pada peringkat awal yang diperoleh di rumah serta sokongan dan dorongan keluarga akan menjadi asas kepada kejayaan pelajar pada peringkat persekolahan seterusnya.

Masa

Anak-anak amat memerlukan perhatian daripada ibu bapa. Perhatian yang diberikan akan membentuk peribadi mereka. Kurangnya perhatian daripada ibu bapa akan mengundang kepada kejatuhan akhlak dan kemunduran dalam pelajaran. Bagi mengenal pasti peranan ibu bapa terhadap mata pelajaran PSV ini, aspek memperuntukkan masa adalah salah satu elemen yang penting untuk diperhatikan. Daripada temu bual yang dibuat, ibu bapa sanggup meluangkan masa untuk memantau hasil kerja anak-anak mereka. Kenyataan yang diberikan oleh informan dapat menerangkan mereka ada dan sanggup memperuntukkan masa untuk memantau sekali gus memberi komen atas hasil kerja anak mereka. Selain itu mereka juga akan membantu sekadar yang termampu mereka lakukan. Dapatan ini selari dengan Gardner dalam (Mohamad Daud, 1994), kanak-kanak yang hidup bersama ibu bapa akan memperoleh nilai kelas sosial yang diamalkan oleh keluarga. Keluarga golongan kelas sosial bawahan selalunya besar, kurang berkemampuan, dan ibu bapa kurang memberi perhatian individu kepada anak-anak. Ibu bapa ini mempunyai harapan rendah terhadap anak-anak, berbual tentang topik yang terbatas, dan mahukan anak-anak mengikut perintah mereka. Manakala keluarga daripada kelas sosial menengah selalunya kecil, menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak, sentiasa bekerjasama, dan berusaha untuk memastikan supaya anak-anak mereka mendapat pencapaian yang lebih tinggi. Anak-anak mereka juga mempunyai sifat kendiri yang tinggi.

Peralatan dan kelengkapan

Peralatan dan kelengkapan pembelajaran memainkan peranan penting dalam mata pelajaran PSV ini. Peralatan diperlukan dalam menjalankan aktiviti seni. Pihak sekolah sebenarnya telah menyediakan beberapa peralatan untuk aktiviti seni seperti peralatan mewarna, peralatan menghasilkan arca, peralatan membatik dan beberapa peralatan bantuan lain.

Namun begitu, peralatan ini hanya dibenarkan untuk kegunaan di sekolah sahaja. Pelajar perlu menyediakan beberapa peralatan asas bagi membantu mereka dalam menghasilkan kerja-kerja seni yang diberikan guru. Maklumat yang diperoleh mendapati ibu bapa begitu prihatin dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka berusaha untuk menyediakan peralatan tersebut seperti pensel, warna, berus warna dan peralatan bantuan lain. Usaha ini menunjukkan satu inisiatif yang sangat menggalakkan dalam memartabatkan seni di sekolah.

Persekitaran Rumah

(8)

1. Landskap dan persekitaran

Seni landskap dan persekitaran merupakan tanggungjawab ke arah pengawalan alam sekitar. Kaedah pengawalan ini perlu disusun dan dirancang. Suasana persekitaran akan lebih menarik dan segar apabila adanya perancangan penanaman tumbuh-tumbuhan khususnya bunga-bungaan.

Perancangan ruang landskap persekitaran menitik beratkan aspek estetika dan fungsi yang menggabungkan elemen alam semula jadi dan objek buatan manusia. Antaranya, pokok-pokok, kolam, pokok bunga, perabot, arca dan bangunan. Kesesuaian pemilihan elemen ini penting untuk merangka landskap. Landskap rumah-rumah informan mempunyai beberapa ciri utama dalam landskap. Keluasan rumah informan hampir sama, kira-kira suku ekar keluasannya. Informan sangat mengambil berat tentang landskap di sekeliling rumah mereka kerana jawatankuasa rancangan FELDA ada mengadakan pertandingan rumah tercantik dan terbersih. Pemantauan yang dilakukan oleh pihak FELDA dilaksanakan sepanjang masa. Oleh itu, mereka sentiasa bersedia untuk dipantau.

Pengurusan landskap informan kebanyakan terdiri daripada tanaman pokok berbunga dan tanaman pagaran. Mereka menanam pokok bunga-bungaan di tepi rumah secara berjajar. Pokok-pokok bunga disusun berlapis dan digantung. Pokok yang tinggi diletakkan di bahagian belakang manakala yang rendah di bahagian hadapan. Bagi pokok menjalar dan orkid, beliau menggantungkannya. Begitu juga dengan informan tiga yang pokok-pokok bunga berwarna merah ditanam di dalam pasu besar dan disusun sebaris di bahagian tepi rumah.

Kebanyakan landskap persekitaran rumah dilakukan sendiri oleh suami dan isteri. Mereka akan menanam, mengurus serta menjaga pokok tersebut. Anak-anak agak kurang terlibat sama kerana kekangan masa waktu persekolahan. Mereka menguruskan landskap mengikut cita rasa mereka sendiri. Keinginan informan dalam menceriakan landskap rumah sangat tinggi. Selain menanam bunga-bungaan, mereka juga meletakkan tempat-tempat isterihat dan tong sampah yang diperbuat daripada simen (cementferro). Menurut informan, simenfero tersebut ditempah daripada rakan-rakan yang mahir dalam bidang tersebut.

ii. Seni Hiasan Dalaman

Seni reka hiasan dalaman merupakan cabang seni yang memerlukan kemahiran asas seni reka. Cantuman antara seni halus dan seni bina menghasilkan seni hiasan dalaman yang menarik. Perancangan dan penyusunan untuk menghiasi ruang mementingkan aspek fungsi, cita rasa dan tabiat individu. Kepentingan aspek ruang, perspektif, hubungan ruang dengan warna, aspek ruang dengan bentuk dan hubungan ruang dengan persekitaran akan diberi keutamaan semasa proses rekaan.

(9)

Susunan hiasan dalaman rumah informan kebanyakannya mengikut cita rasa sendiri. Mereka kurang merujuk dari mana-mana sumber yang sesuai. Pada kebiasaannya mereka akan meniru gaya hiasan rumah jiran mereka. Melalui pemerhatian, informan gemar menonjolkan perhiasan rumah dengan warna yang agak terang dan garang. Sebagai contoh, mereka kebanyakannya menggunakan permaidani berwarna merah berbunga sebagai alas di kawasan ruang tamu.

Selain itu, langsir rumah informan dipilih mengikut cita rasa dan harga. Daripada pemerhatian didapati mereka menggunakan langsir yang agak pusam warnanya. Melalui perbualan yang dijalankan mereka menyatakan bahawa langsir akan ditukar dua tahun sekali ketika hari raya. Selepas hari raya, mereka akan menukarkan dengan langsir yang lama semula. Langsir baru itu akan digunakan sebagai basahan setelah ada penggantinya.

Dari segi pemilihan perabotnya pula, informan akan menggunakan perabot tersebut sehinggalah rosak. Sekiranya ada kemampuan untuk membeli yang baru, perabot lama tersebut akan diletakkan di ruang yang lain. Hal ini akan menyebabkan ruang di dalam rumah mereka sempit dan pengaliran udara kurang lancar.

Walau bagaimanapun terdapat juga susunan hiasan dalaman rumah informan yang menepati kehendak hiasan dalaman. Mereka menyusun perabot mengikut prinsip yang disarankan. Daripada segi warnanya pula, informan berupaya mengimbangi gabungan warna harmoni agar ruang kelihatan tenang dan cantik.

iii. Kejiranan

Masyarakat FELDA merupakan sekumpulan manusia yang hidup di dalam satu kawasan yang agak luas. Bagi mengeratkan lagi tali silaturahim, mereka dibahagikan kepada beberapa kelompok kawasan yang dipanggil blok. Sistem blok akan memudahkan urusan pengurusan dan pemantauan daripada pihak FELDA. Kebiasaannya masyarakat di sini akan lebih akrab dengan kelompok di blok mereka.

Jika dilihat jarak antara rumah di kawasan ini agak rapat. Mereka akan mudah untuk berkomunikasi dan menjalankan aktiviti sosial. Menurut Teori Ekologi Manusia (Bronfenbrenner, 1979) menjelaskan bahawa manusia tidak hidup dalam keadaan vakum yang terpisah daripada sistem dan persekitaran luar. Konteks sistem luar keluarga seperti kejiranan, persekitaran tempat kerja, peraturan dan undang-undang, adat resam dan tatasusila sesuatu budaya mengikut konteks tempatan mempunyai pengaruh tersendiri dan mampu pula dipengaruhi oleh keluarga. Daripada temu bual yang dijalankan, didapati informan banyak mendapat idea dan maklumat daripada jiran mereka.

Di kalangan masyarakat Melayu, ungkapan yang biasa kita dengar ‘seperti aur dengan tebing’, ‘bukit sama didaki, lurah sama dituruni’. Di kalangan masyarakat Cina madah seperti ‘semua manusia adalah saudara ku, semua makhluk adalah sahabat ku’. Sementara di kalangan

masyarakat Jepun pula, ‘persaudaraan adalah perlindungan yang paling mahal’ (Aminah Hamim

(10)

Hidup berjiran sedikit sebanyak telah mempengaruhi aspek kesenian informan dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Selain daripada terpengaruh dengan jiran, mereka juga sebenarnya mempengaruhi jiran mereka. Peniruan dalam aspek kesenian berlaku apabila mereka berbual dan melalui pemerhatian.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kajian yang saya laksanakan adalah untuk melihat sejauh manakah peranan ibu bapa pelajar dalam konteks interaksi pendidikan bagi pengembangan potensi pelajar PSV di SMK Seri Aman. Hasil daripada kajian yang dijalankan, saya dapati informan agak kurang jelas dengan mata pelajaran PSV ini. Rata-rata mereka beranggapan PSV ini adalah satu mata pelajaran baru. Setelah diberi sedikit panduan melalui temu bual, nyata sekali mereka masih lagi keliru dengan kewujudan PSV ini. Namun begitu, pada hakikat yang sebenarnya, mereka mengenali mata pelajaran Pendidikan Seni atau Seni Lukis. Jelaslah di sini bahawa perkataan ‘Visual’ yang ditambah pada mata pelajaran PSV itu telah menyebabkan kekeliruan kepada informan. Begitu juga halnya dengan isi kandungan mata pelajaran ini. Informan sebenarnya mengetahui beberapa komponen yang terdapat di dalam sukatan mata pelajaran PSV ini tetapi mereka tidak pasti akan kewujudannya di dalam kandungan sukatan. Informan masih lagi beranggapan pendidikan seni yang diterima oleh anak-anak mereka sama dengan apa yang mereka peroleh sewaktu bersekolah dahulu. Hal ini berlaku disebabkan kurangnya pendedahan terhadap perkara tersebut. Sekiranya diberikan pendedahan tentang mata pelajaran PSV ini, saya percaya mereka akan dapat memahaminya. Pendedahan boleh dilaksanakan di peringkat sekolah melalui taklimat khas bersama ibu bapa. Saya merasakan penerangan ini sangat perlu bukan sahaja untuk mata pelajaran PSV malahan untuk semua mata pelajaran yang diajarkan di sekolah.

Tambahan pula, maklum balas yang diperoleh daripada informan amat menggalakkan, terutamanya dalam memberikan peruntukan kewangan dan masa. Mereka sanggup dan rela mengorbankan masa dan kewangan untuk memastikan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Dari satu sudut yang lain, mereka sentiasa memastikan peralatan untuk mata pelajaran PSV ini sentiasa mencukupi. Kesanggupan ini memberi satu andaian bahawa mereka sebenarnya telah meletakkan satu tanggungjawab dalam memainkan peranan sebagai ibu bapa bagi meningkatkan prestasi pendidikan anak-anak mereka.

(11)

sedikit sebanyak telah membantu mereka menghayati seni dari sudut yang berbeza. Tidak hairanlah jika mereka hanya berupaya mengolah persekitaran rumah mengikut cita rasa sendiri. Sekiranya mereka diberi bimbingan dan tunjuk ajar, saya percaya mereka akan dapat mengaplikasikannya.

Dari sudut pentadbiran FELDA dan masyarakat setempat pula, mereka begitu

bekerjasama dalam mengangkat seni seiring dengan kemajuan teknologi. FELDA sendiri telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar bagi membantu anak-anak peneroka dalam menaik taraf pendidikan masyarakat di FELDA. Selain itu kemudahan-kemudahan pendidikan seperti asrama dan latihan kemahiran juga disediakan. Persekitaran kawasan FELDA juga dirancang dan dibangunkan dengan begitu teratur sekali. Prasarana yang disediakan sedikit sebanyak boleh memberikan satu suasana yang selesa untuk pengembangan seni bagi masyarakat setempat khasnya untuk para pelajar.

(12)

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjong Malim: Quantum Books.

Aminah Hamim & Gunawan Mahmood (2001). Buku madah bestari cinta negara. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. Kuala Lumpur.

Atan Long (1988) Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Awang Had Salleh, (1985). Pendidikan Dalam Pemikiran Awang Had Salleh. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Bennis, W. E. Benne & Chin R (1969). The planning of change. London: Holt, Rinehart & Wilson..

Bolan R (1975). The management of educational change: Towards a conceptual

ramework. Dalam Harris A, Lawn M and Pre. Ott (eds). Curriculum Innovation London: Croom Helm.

Buku Sumber Guru (2000). Pendidikan Seni Visual, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Chiam, H. K. (1987). Adolescents and significant others: relationships and influences. Paper presented at the Biennial Conference of the International Society for the Study of Behavioral Development. Tokyo: Japan.

Dr. Lexy J. Moleong, M.A, (1991) Metodologi Penelitian Kualitatif. Bandung: Penerbit PT Remaja Rosdakarya .

Ee Ah Meng (2003) Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Keterampilan Iktisas. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Fatanah Mohamed. (1997). Perkaitan antara pencapaian akademik dengan faktor personaliti dan persekitaran keluarga di kalangan pelajar Maktab Rendah Sains Mara. Disertasi Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi: Kuala Lumpur.

Franzoi, S. L. & M. H. Davis. (1985). Adolescents’ self disclosure and loneliness: Private self-conciousness and parental influences. Journal of Personality and Social Psychology 48(3): 768-780.

Graham, M. (1992). The effects of parent-adolescents communication on adolescents’ sexual behaviour. Paper presented at the annual convention of the American Psychological Association. Washington, DC.

Hassan Mohd, Ghazali, (1999), Pendidikan Seni Tingkatan 4 dan 5. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

(13)

Hopkins, D., Bruce, J. and Calhoun, E. (1997). Models of learning-tools for teaching. Buckingham: Open University Press.

Ibrahim Mamat (2001). Pengetua sekolah: Menangani isu dan cabaran kepimpinan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Leong Yin Ching, Cheong Siew Yoong, Chew Sing Buan, Suradi Salim, T.Marimuthu, Abdul Aziz Abdul Talib, AbdulRahman Abdul Rashid, dan Lily Chew Suk-

Men. (1990). Factors Influencing the Academic Achievemen of Students in Malaysian Schools. Executive Summary Presented to the Educational Planning and Research Division, Ministry of Education.

Leung, J. P. & K. Leung. (1992). Life satisfaction, self concept, and relationship with parents in adolescence. Journal of Youth and Adolescence 21(6): 653-665. Lumsden, L.S. (1994). Student Motivation to Learn. ERIC Digest 92.

http://eric.uoregon.edu/publications/digests/digest092.html.

Mohamad Daud Hamzah. (1994). Perkembangan Kanak-kanak dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd. Johari Abd. Hamid, (2004) Falsafah dan Kritikan Seni. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nathan Knobler ( 1985), Dailog Seni Tampak (Zakaria Ali, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norazit Selat (1989) Konsep Asas Antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar Mohd. Hashim, (1990) Pendidikan, Persoalan Penyelesaian dan Harapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rozumah Baharudin, Rumaya Juhari, Rojanah Kahar, Tan Jo-Pei. (2003) Keutuhan Keluarga & Kesejahteraan Anak. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Salbiah Ismail (2001). Kepengetuaan dalam konteks sekolah bestari. Seminar Kepengetuaan Kebangsaan Ke 2. Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Salehudin Hj. Sabar Mahadi Hj. Khalid Jabatan Pendidikan Islam & Moral Jurnal

Penyelidikan MPBL, Jilid 6, 2005.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan demikian hal yang harus dilakukan adalah merancang suatu master plan pemetaan sebaran menara telekomunikasi seluler berbasis Sistem Informasi Geografis

Dalam penelitian ini, peneliti mengambil lokasi di kantor Unit Pengembangan Karir dan Kewirausahaan (UPKK) Universitas Brawijaya Malang. Alasan penelitian dilakukan di lokasi

Telah dilakukan penelitian “Bioaktivitas Senyawa Asam Heksadekanoat dan β- sitosterol Hasil Isolasi Aglaophenia cupressina Lamoureoux Sebagai Bahan Antijamur Terhadap

Puji syukur Alhamdulillah penulis panjatkan kehadiran Allah yang telah memberikan ijin, kemudahan dan karunia yang tiada ternilai sehingga penulis dapat menyelesaikan

Menurut Sabatier (1986) memodifikasi model mereka pada tahun (1973), mengidentifikasi tiga faktor bebas (independen faktor) yang mempengaruhi keberhasilan

Identifikasi profil minyak atsiri secara kualitatif dengan KLT menunjukkan bahwa ke-3 jenis mentha mengandung beberapa jenis senyawa aktif yang berbeda dengan

Penelitian yang telah dilakukan pada PT Telkomsel Branch Ambon telah membuktikan keefektifan komunikasi organisasi penyelia Divisi Broadband and Digital Sales Telkomsel untuk

Hasil penelitian menunjukkan bahwa pengaruh perlakuan pematahan dormansi berpengaruh nyata terhadap panjang axis embrio 5 MST, waktu berkecambah, daya kecambah, panjang kecambah,