• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cabaran Dan Peranan Ibu Bapa Dalam Memperkasakan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Cabaran Dan Peranan Ibu Bapa Dalam Memperkasakan"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Cabaran Dan Peranan Ibu Bapa Dalam Memperkasakan Pembelajaran Jawi Semasa Pandemik Covid-19

(Challenges And Role Of Parents In Strengrhening Jawi Learning During The Covid-19 Pandemic)

Nor Sahara Mesman1*, Zulkarnain Abd. Majid2, Dan Makmur Harun1

1 Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

2 Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Bharu, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia.

*Pengarang Koresponden: nor.sahara@pbmpu.upsi.edu.my

Accepted: 15 May 2022 | Published: 1 June 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.2.1

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti peranan dan cabaran ibu bapa dalam memperkasakan pembelajaran Jawi terhadap anak-anak sewaktu pandemik Covid-19.

Pemerkasaan tulisan Jawi ini melambangkan identiti orang Melayu dari segi keintektualan menerusi cara bacaan, menulis dan nilai estetika tulisan khat. Bagi memastikan penguasaan tulisan Jawi ini terus dilaksana, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek perancangan dan pelaksanaan pembelajaran Jawi. Seramai 150 orang ibu bapa dipilih secara rawak untuk menyertai soal selidik ini. Dapatan analisis deskriptif keseluruhan menunjukkan pelaksanaan pembelajaran dengan nilai min (4.3), peranan ibu bapa nilai min (4.4) dan cabaran ibu bapa dengan nilai min (3.9). Keputusan analisis Pekali Pearson mendapati terdapat hubungan signifikan antara pelaksanaan (r=.775, p<.005), peranan (r=.341, p<.005) dan cabaran (r=.390, p<.005). Justeru itu, untuk mendepani wabak semasa pandemik Covid-19, ibu bapa sebagai tunjang dalam keluarga perlu melaksanakan tanggungjawab keibubapaan bagi memastikan anak-anak menguasai pembelajaran Jawi dengan baik.

Kata kunci: Cabaran, Peranan, Jawi, Ibu bapa, Pandemik Covid-19.

Abstract: This study was conducted to identify the role and challenges of parents in empowering Jawi learning of children during the Covid-19 pandemic. The empowerment of Jawi writing symbolizes the identity of the Malays in terms of intellectuality through the way of reading, writing and the aesthetic value of calligraphy. To ensure that the mastery of Jawi writing continues to be implemented, parents need to play an important role in various aspects of planning and implementation of Jawi learning. A total of 150 parents were randomly selected to participate in this questionnaire. The findings of the overall descriptive analysis showed the implementation of learning with a mean value (4.3), the role of parents with a mean value (4.4) and parental challenges with a mean value (3.9). The results of Pearson coefficient analysis found that there was a significant relationship between implementation (r = .775, p

<.005), role (r = .341, p <.005) and challenge (r = .390, p <.005). Therefore, to face the outbreak during the Covid-19 pandemic, parents as the backbone of the family need to perform parental responsibilities to ensure that children master the learning of Jawi well.

Keywords: Challenges, Roles, Jawi, Parents, Covid-19 Pandemic.

___________________________________________________________________________

(2)

1. Pengenalan

Tulisan Jawi merupakan tulisan yang diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya diperingkat murid di sekolah rendah. Tulisan Jawi diadaptasi daripada ayat-ayat Al-Quran yang dipanggil huruf hijaiyah. Pembelajaran tulisan Jawi ini mempunyai kepentingan tersendiri dan membolehkan pengamalnya membaca dan menulis dengan pantas. Selain itu, dari segi aspek bacaan, tulisan Jawi ini dapat meningkatkan keintelektualan pembaca di samping keindahan tulisan khat Jawi mempunyai nilai estetika yang tinggi (Zin Mahmud, 2006). Bermula daripada pedagang Arab yang datang ke Tanah Melayu dan membawa tulisan Arab, kemudiannya disesuaikan dengan sebutan orang Melayu, lalu terbentuk tulisan Jawi. Usaha untuk memelihara identiti Melayu menerusi tulisan Jawi ini diperbaharui mengikut zaman.

Dalam bidang pendidikan, tulisan Jawi masih dipertahan dengan cara menambahbaik dan dimasukkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1992, menggubal sukatan pelajaran khas dengan menerbitkan buku teks Jawi dan memasukkan pelajaran Jawi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Tumpuan khusus diberikan dalam aspek menulis dan membaca. Selain itu, sebuah program khas ditubuhkan yang diberi nama J-Qaf (Jawi, Quran dan Fardu ain) dengan memberi tumpuan kepada pemulihan Jawi terhadap murid yang keciciran. Namun begitu, tulisan Jawi hanya diajarkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah selain di sekolah agama rakyat dan pusat-pusat pengajian tahfiz. Ini menjadikan penguasaan Jawi itu hanya tertakluk semasa pembelajaran Pendidikan Islam sahaja dan tidak praktikkan secara holistik.

Walau bagaimanapun, sewaktu negara dilanda pandemik Covid-19 bermula tahun 2019 sektor pendidikan turut sama ditutup bagi mengekang penularan wabak ini. Dengan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) semua rakyat diminta berada di kediaman masing-masing dan bermula pembelajaran dalam talian. Pembelajaran dalam talian ini amat menuntut komitmen yang tinggi daripada penglibatan ibu bapa untuk membantu anak-anak menyelesaikan dan memahami tugasan yang diberi oleh guru. Penyataan ini disokong oleh Kamaruddin (2010), komitmen ibu bapa sangat diperlukan dalam memenuhi penguasaan dan peningkatan pelajaran Jawi dikalangan anak-anak. Penglibatan ibu bapa ini akan memberikan semangat kepada anak-anak untuk memupuk rasa cinta akan pembelajaran Jawi. Ibu bapa yang memberikan komitmen ini juga boleh memberikan impak yang positif terhadap perkembangan anak-anak (Zulkifli Hamid et al., 2011).

Justeru itu, kajian ini akan mengenal pasti peranan yang dimainkan oleh ibu bapa untuk memastikan penguasaan dalam pembelajaran Jawi ini terus dilaksana. Dalam pada masa yang sama, kajian ini juga akan mengenal pasti cabaran-cabaran yang dilalui oleh ibu bapa dalam memastikan pembelajaran Jawi ini dipupuk dalam jiwa anak-anak.

2. Permasalahan Kajian

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia memberi impak kepada semua sektor termasuklah sektor pendidikan. Usaha untuk mendepani kemelut ini dengan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan mengarahkan rakyat berada di kediaman masing-masing dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pelaksanaan ini bertujuan untuk mencapai satu matlamat bagi memutuskan rantaian penularan wabak. Namun begitu, proses pelaksanaan tempoh PKP ini memberi impak kepada ibu bapa khususnya untuk menjadi fasilitator kepada anak-anak. Anak- anak akan menjadikan ibu bapa sebagai pakar rujuk untuk menyiapkan tugasan. Hal ini

(3)

Perubahan sistem ejaan Jawi juga mengalami evolusi yang disesuaikan mengikut peredaran zaman. Perubahan ini menjadikan ibu bapa yang mendapat pendidikan zaman sebelumnya tidak dapat menguasai tulisan Jawi dengan baik. Menyingkap sejarah permulaan Jawi, Shellabear dipetik dalam Hashim Musa (2006) menyatakan penulisan Jawi ini ditulis oleh orang arab dengan tiada baris. Perkara ini menimbulkan kekeliruan dalam Bahasa Melayu kerana bahasa Melayu tiada baris yang dapat diramalkan untuk fungsi nahu seprti dalam bahasa arab1. Penggunaan tulisan Rumi dalam bahasa Melayu juga telah menyebabkan tulisan Jawi mula dipinggirkan. Hal ini berlaku disebabkan penggunaan tulisan Rumi telah mengambil alih peranan tulisan Jawi dari semua aspek seperti hal berkaitan pentadbiran dan sebagainya (Mohd Eezan Hamzah & Shahlan Surat, 2021). Oleh itu, dari segi perubahan ini akan menyukarkan proses pengajaran Jawi oleh ibu bapa kepada anak-anak.

Selain itu, dalam konteks minat, pembelajaran Jawi ini semakin kurang diminati atas faktor tidak diperkasakan secara meluas. Pembelajaran Jawi ini juga tidak dinilai dari segi wajib lulus seperti mata pelajaran Bahasa Melayu. Pandangan ini disokong oleh Nik Rosila Nik Yakub (2007) dengan menyatakan bahawa tulisan ini semakin kurang diminati oleh rakyat Malaysia secara umumnya dan generasi pelajar khususnya. Sikap yang negatif terhadap pelajaran Jawi kerana sukar dipelajari malah dirasakan tidak penting kerana tidak dinilai dalam peperiksaan.

Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk melibatkan diri untuk meningkatkan minat anak-anak terhadap pembelajaran Jawi. Ibu bapa yang melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak dapat meningkatkan motivasi anak-anak dan sekaligus anak-anak dapat menguasi pembelajaran Jawi. Selain itu, penglibatan ini bukan sahaja mampu mencapai keputusan yang cemerlang bahkan dapat meningkatkan perkembangan daya berfikir dan psikomotor anak-anak.

3. Objektif Kajian

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk:

i. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa terhadap penguasaan Jawi anak- anak semasa PKP.

ii. Mengenal pasti peranan yang dimainkan oleh ibu bapa terhadap penguasaan Jawi anak- anak semasa PKP.

iii. Terdapat hubungan signifikan antara pelaksanaan, peranan dan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa terhadap penguasaan Jawi anak-anak semasa PKP.

4. Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan secara deskriptif melibatkan kajian kuantitattif. Dalam melaksanakan kajian ini, satu set soal selidik dibina untuk mendapatkan responden. Soal selidik ini mengandungi 30 item bagi mengenal pasti pelaksanaan, peranan dan cabaran yang di hadapi oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak dalam menguasai pembelajaran Jawi. Skor mengikut skala likert dari 1(sangat tidak setuju) sehingga 5 (sangat setuju). Iventori ini dibangunkan dengan Penglibatan seramai 150 orang responden yang dipilih secara rawak untuk melengkapkan soal selidik ini. Soal selidik ini dintegrasi dengan menggunakan Google forms dan di serahkan menerusi medium aplikasi Whatssapp.

1 Hashim Musa. (2006), hlm.13

(4)

Setelah data diperoleh, data akan di analisis menggunakan perisian Statical perisian (SPSS) untuk melihat peratus, kekerapan, dan min. Data deskriptif dianalisis dari segi min dan sisihan piawai dengan menggunakan Program SPSS IBM versi 26. Bagi mengukur nilai kesahan kebolehpercayaan soal selidik, nilai Croanbach alpha yang di uji mendapati nilai adalah .936.

5. Dapatan Kajian

Bahagian ini akan menerangkan berkaitan dapatan kajian dengan melihat dapatan min bagi ketiga-tiga tahap, iaitu pelaksanaan pembelajaran, peranan ibu bapa dan cabaran ibu bapa. Oleh itu, bagi mengetahui tahap nilai min setiap pemboleh ubah, skor min dikategorikan dan diinterpretasi seperti Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Interpretasi Skor Min

Skor Purata Interpretasi

1.00 – 2.00 Rendah

2.01 – 3.00 Sederhana rendah 3.01 – 4.00 Sederhana tinggi

4.01 – 5.00 Tinggi

Sumber: Nunnaly & Bernstein (1994)

Pelaksanaan Pembelajaran Jawi Semasa Pandemik Covid-19

Jadual 2 menunjukkan dapatan deskriptif bagi skor min, sisihan piawai dan tahap bagi pelaksanaan pembelajaran Jawi semasa pandemik Covid-19. Dapatan secara terperinci menunjukkan item 1 hingga 10 berada pada tahap tinggi, iaitu skor min keseluruhan dengan (4.3).

Jadual 2: Nilai Min, sisihan Piawai dan Tahap Pelaksanaan Pembelajaran

No. Pelaksanaan Pembelajaran Min S.P Tahap

1. Saya menyediakan peranti untuk anak-anak mengikuti kelas dalam talian.

4.20 0.52 Tinggi 2. Saya memberi bahan video kepada anak untuk

rujukan.

4.54 0.74 Tinggi 3. Saya menggunakan perisian permainan Jawi sebagai

latihan tambahan.

4.01 0.73 Tinggi 4. Saya mencetak tugasan yang diberikan oleh guru. 4.52 0.77 Tinggi 5. Saya memberi penghargaan (dalam bentuk hadiah/

wang/ kata-kata) kepada anak atas usaha yang dilakukan.

4.38 0.70 Tinggi

6. Saya berbincang dengan anak-anak berkaitan pembelajaran Jawi.

4.20 0.52 Tinggi 7. Saya menyediakan kelas tambahan dalam talian

untuk diikuti oleh anak-anak.

4.54 0.74 Tinggi 8. Saya membuat pesanan dalam talian untuk pembelian

bahan rujukan Jawi.

4.01 0.73 Tinggi 9. Saya memantau tugasan Jawi yang diberikan oleh

guru.

4.54 0.74 Tinggi 10. Saya sering berkomunikasi dengan guru untuk

mendapatkan maklum balas berkaitan Jawi.

4.01 0.73 Tinggi Jumlah keseluruhan 4.3 0.50 Tinggi

(5)

Dapatan ini menunjukkan kebanyakkan ibu bapa melaksanakan pembelajaran secara talian dengan baik. Anak-anak tidak dibaikan dari segi kelengkapan dan keperluan pembelajaran dalam talian. Tanggungjawanb bagi menyediakan kelengkapan dari segi peranti dengan skor min (4.20). Selain itu, terdapat skor min (4.54) sama bagi bahan video dan usaha untuk menyediakan kelas tambahan dalam talian untuk diikuti oleh anak-anak.

Peranan Ibu bapa terhadap Pembelajaran Jawi Semasa Pandemik Covid-19

Dalam kategori peranan ibu bapa terhadap pembelajaran Jawi menunjukkan skor min (4.4) secara keseluruhan, iaitu pada tahap sangat tinggi. Dapatan secara terperinci peranan ibu bapa pada tahap tinggi dengan skor min (4.00) pada kenyataan penyediaan bahan pembelajaran.

Selebihnya bagi kesembilan item berada pada tahap sangat tinggi.

Jadual 3: Nilai Min, sisihan Piawai dan Tahap Peranan Ibu bapa

No. Peranan Ibu bapa Min S.P Tahap

1. Saya menyediakan bahan pembelajaran Jawi untuk anak. 4.00 0.66 Tinggi 2. Saya menggunakan strategi pembelajaran mengikut

tahap penguasaan anak saya.

4.53 0.68 Tinggi 3. Saya merujuk sumber internet untuk menambah ilmu

pengetahuan berkaitan Jawi.

4.34 0.70 Tinggi 4. Saya memberi galakkan kepada anak untuk menguasai

pembelajaran Jawi.

4.62 0.62 Tinggi 5. Saya sentiasa merujuk guru mata pelajaran Jawi

sekiranya terdapat perkara yang tidak difahami.

4.27 0.80 Tinggi 6. Saya berbincang dengan guru berkaitan cara untuk

menguasai Jawi.

4.53 0.68 Tinggi 7. Saya menerangkan kepentingan belajar Jawi kepada

anak.

4.34 0.70 Tinggi 8. Saya menerapkan minat terhadap Jawi kepada anak. 4.53 0.68 Tinggi 9. Saya sering memberi semangat kepada anak untuk

menguasai Jawi.

4.34 0.70 Tinggi 10. Saya menerangkan kepentingan mempelajari Jawi

kepada anak-anak.

4.53 0.68 Tinggi Jumlah keseluruhan 4.4 0.58 Tinggi Cabaran Ibu bapa terhadap Pembelajaran Jawi Semasa Pandemik Covid-19

Selain itu, kajian deskriptif menunjukkan skor min (3.9), iaitu secara keseluruhan berada pada tahap tinggi ba gi cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa terhadap pembelajaran Jawi anak-anak.

Dilihat secara terperinci, kesembilan item pemboleh ubah berada pada tahap tinggi, manakala satu item, iaitu skor min (2.90) berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan sewaktu pandemik, kerjasama yang dimainkan oleh pasangan boleh ditambahbaik. Maklumat berkaitan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa ini dapat dilihat dalam Jadual 4.

(6)

Jadual 4: Nilai Min, sisihan Piawai dan Tahap Cabaran Ibu Bapa

No. Cabaran Ibu bapa Min S.P Tahap

1. Saya tidak dapat menyusun jadual waktu bersama anak dengan baik.

3.70 0.95 Sdh.Tinggi 2. Saya kurang pengetahuan berkaitan ejaan Jawi baharu. 4.16 1.22 Tinggi 3. Saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk

mengajar Jawi kepada anak saya.

3.80 1.14 Sdh.Tinggi 4. Saya tidak mengetahui strategi pengajaran yang terbaik

bagi mata pembelajaran Jawi.

4.14 1.15 Tinggi 5. Saya tidak mendapat kerjasama pasangan untuk

mengajar Jawi kepada anak-anak.

2.90 1.56 Sdh.Rendah

6. Saya tidak tahu menulis Jawi. 4.10 1.15 Tinggi

7. Saya tidak tahu membaca tulisan Jawi. 4.20 0.80 Tinggi 8. Saya tidak tahu menyambungkan huruf Jawi untuk

membentuk perkataan.

4.17 1.22 Tinggi 9. Saya dijadikan sebagai pakar rujuk oleh anak-anak

untuk menyelesaikan tugasan.

4.16 1.15 Tinggi 10. Saya tidak mendapat pendidikan formal berkaitan

pembelajaran Jawi.

4.10 1.22 Tinggi Jumlah keseluruhan 3.90 0.90 Sdh.Tinggi Hubungan antara Pelaksanaan, Peranan dan Cabaran Ibu bapa terhadap Pembelajaran Jawi

Hubungan antara ketiga-tiga pemboleh ubah, iaitu antara pelaksanaan, peranan dan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa terhadap penguasaan Jawi anak-anak semasa PKP diuji dengan menggunakan Pekali Pearson untuk melihat kekuatan hubungan bagi kesemua item. Perkara ini dapat dilihat seperti Jadual 5 di bawah.

Jadual 5: Hubungan antara Pelaksanaan, Peranan dan Cabaran Ibu bapa

Pembolehubah 1 2

Pelaksanaan Pembelajaran Pearson Correlations Sig. (2-tailed)

Peranan Ibu Bapa Pearson Correlations .775**

Sig. (2-tailed) .000

Cabaran Ibu Bapa Pearson Correlations .341** .390**

Sig. (2-tailed) .000 .000

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Hasil kajian analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara ketiga-tiga pemboleh ubah dengan nilai signifikan > 0.05. Dengan mengambil kira kekuatan hubungan berpandukan kepada Cohen, Manion & Marrison (2011), terdapat hubungan yang kuat pada pemboleh ubah pelaksanaan pemnbelajaran dan peranan ibu bapa, iaitu dengan nilai signifikan > .000 dan nilai pekali r = .775. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana antara pemboleh ubah pelaksanaan pembelajaran dan cabaran ibu bapa dengan nilai signifikan > .000 dan nilai pekali r= .341. Manakala bagi hubungan sederhana antara peranan dan cabaran ibu bapa mendapati nilai signifikan >.000 dan nilai pekali r= .390

Bahagian ini akan menerangkan berkaitan dapatan kajian dengan melihat dapatan min bagi ketiga-tiga tahap, iaitu pelaksanaan pembelajaran, peranan ibu bapa dan cabaran ibu bapa. Oleh

(7)

itu, bagi mengetahui tahap nilai min setiap pemboleh ubah, skor min dikategorikan dan diinterpretasi seperti Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Interpretasi Skor Min

Skor Purata Interpretasi

1.00 – 2.00 Rendah

2.01 – 3.00 Sederhana rendah 3.01 – 4.00 Sederhana tinggi

4.01 – 5.00 Tinggi

Sumber: Nunnaly & Bernstein (1994)

Pelaksanaan Pembelajaran Jawi Semasa Pandemik Covid-19

Jadual 2 menunjukkan dapatan deskriptif bagi skor min, sisihan piawai dan tahap bagi pelaksanaan pembelajaran Jawi semasa pandemik Covid-19. Dapatan secara terperinci menunjukkan item 1 hingga 10 berada pada tahap tinggi, iaitu skor min keseluruhan dengan (4.3).

Jadual 2: Nilai Min, sisihan Piawai dan Tahap Pelaksanaan Pembelajaran

No. Pelaksanaan Pembelajaran Min S.P Tahap

1. Saya menyediakan peranti untuk anak-anak mengikuti kelas dalam talian.

4.20 0.52 Tinggi 2. Saya memberi bahan video kepada anak untuk

rujukan.

4.54 0.74 Tinggi 3. Saya menggunakan perisian permainan Jawi sebagai

latihan tambahan.

4.01 0.73 Tinggi 4. Saya mencetak tugasan yang diberikan oleh guru. 4.52 0.77 Tinggi 5. Saya memberi penghargaan (dalam bentuk hadiah/

wang/ kata-kata) kepada anak atas usaha yang dilakukan.

4.38 0.70 Tinggi

6. Saya berbincang dengan anak-anak berkaitan pembelajaran Jawi.

4.20 0.52 Tinggi 7. Saya menyediakan kelas tambahan dalam talian

untuk diikuti oleh anak-anak.

4.54 0.74 Tinggi 8. Saya membuat pesanan dalam talian untuk pembelian

bahan rujukan Jawi.

4.01 0.73 Tinggi 9. Saya memantau tugasan Jawi yang diberikan oleh

guru.

4.54 0.74 Tinggi 10. Saya sering berkomunikasi dengan guru untuk

mendapatkan maklum balas berkaitan Jawi.

4.01 0.73 Tinggi Jumlah keseluruhan 4.3 0.50 Tinggi

Dapatan ini menunjukkan kebanyakkan ibu bapa melaksanakan pembelajaran secara talian dengan baik. Anak-anak tidak dibaikan dari segi kelengkapan dan keperluan pembelajaran dalam talian. Tanggungjawanb bagi menyediakan kelengkapan dari segi peranti dengan skor min (4.20). Selain itu, terdapat skor min (4.54) sama bagi bahan video dan usaha untuk menyediakan kelas tambahan dalam talian untuk diikuti oleh anak-anak.

(8)

Peranan Ibu bapa terhadap Pembelajaran Jawi Semasa Pandemik Covid-19

Dalam kategori peranan ibu bapa terhadap pembelajaran Jawi menunjukkan skor min (4.4) secara keseluruhan, iaitu pada tahap sangat tinggi. Dapatan secara terperinci peranan ibu bapa pada tahap tinggi dengan skor min (4.00) pada kenyataan penyediaan bahan pembelajaran.

Selebihnya bagi kesembilan item berada pada tahap sangat tinggi.

Jadual 3: Nilai Min, sisihan Piawai dan Tahap Peranan Ibu bapa

No. Peranan Ibu bapa Min S.P Tahap

1. Saya menyediakan bahan pembelajaran Jawi untuk anak. 4.00 0.66 Tinggi 2. Saya menggunakan strategi pembelajaran mengikut

tahap penguasaan anak saya.

4.53 0.68 Tinggi 3. Saya merujuk sumber internet untuk menambah ilmu

pengetahuan berkaitan Jawi.

4.34 0.70 Tinggi 4. Saya memberi galakkan kepada anak untuk menguasai

pembelajaran Jawi.

4.62 0.62 Tinggi 5. Saya sentiasa merujuk guru mata pelajaran Jawi

sekiranya terdapat perkara yang tidak difahami.

4.27 0.80 Tinggi 6. Saya berbincang dengan guru berkaitan cara untuk

menguasai Jawi.

4.53 0.68 Tinggi 7. Saya menerangkan kepentingan belajar Jawi kepada

anak.

4.34 0.70 Tinggi 8. Saya menerapkan minat terhadap Jawi kepada anak. 4.53 0.68 Tinggi 9. Saya sering memberi semangat kepada anak untuk

menguasai Jawi.

4.34 0.70 Tinggi 10. Saya menerangkan kepentingan mempelajari Jawi

kepada anak-anak.

4.53 0.68 Tinggi Jumlah keseluruhan 4.4 0.58 Tinggi Cabaran Ibu bapa terhadap Pembelajaran Jawi Semasa Pandemik Covid-19

Selain itu, kajian deskriptif menunjukkan skor min (3.9), iaitu secara keseluruhan berada pada tahap tinggi ba gi cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa terhadap pembelajaran Jawi anak-anak.

Dilihat secara terperinci, kesembilan item pemboleh ubah berada pada tahap tinggi, manakala satu item, iaitu skor min (2.90) berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan sewaktu pandemik, kerjasama yang dimainkan oleh pasangan boleh ditambahbaik. Maklumat berkaitan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa ini dapat dilihat dalam Jadual 4.

Jadual 4: Nilai Min, sisihan Piawai dan Tahap Cabaran Ibu Bapa

No. Cabaran Ibu bapa Min S.P Tahap

1. Saya tidak dapat menyusun jadual waktu bersama anak dengan baik.

3.70 0.95 Sdh.Tinggi 2. Saya kurang pengetahuan berkaitan ejaan Jawi baharu. 4.16 1.22 Tinggi 3. Saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk

mengajar Jawi kepada anak saya.

3.80 1.14 Sdh.Tinggi 4. Saya tidak mengetahui strategi pengajaran yang terbaik

bagi mata pembelajaran Jawi.

4.14 1.15 Tinggi 5. Saya tidak mendapat kerjasama pasangan untuk

mengajar Jawi kepada anak-anak.

2.90 1.56 Sdh.Rendah

6. Saya tidak tahu menulis Jawi. 4.10 1.15 Tinggi

7. Saya tidak tahu membaca tulisan Jawi. 4.20 0.80 Tinggi

(9)

8. Saya tidak tahu menyambungkan huruf Jawi untuk membentuk perkataan.

4.17 1.22 Tinggi 9. Saya dijadikan sebagai pakar rujuk oleh anak-anak

untuk menyelesaikan tugasan.

4.16 1.15 Tinggi 10. Saya tidak mendapat pendidikan formal berkaitan

pembelajaran Jawi.

4.10 1.22 Tinggi Jumlah keseluruhan 3.90 0.90 Sdh.Tinggi Hubungan antara Pelaksanaan, Peranan dan Cabaran Ibu bapa terhadap Pembelajaran Jawi

Hubungan antara ketiga-tiga pemboleh ubah, iaitu antara pelaksanaan, peranan dan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa terhadap penguasaan Jawi anak-anak semasa PKP diuji dengan menggunakan Pekali Pearson untuk melihat kekuatan hubungan bagi kesemua item. Perkara ini dapat dilihat seperti Jadual 5 di bawah.

Jadual 5: Hubungan antara Pelaksanaan, Peranan dan Cabaran Ibu bapa

Pembolehubah 1 2

Pelaksanaan Pembelajaran Pearson Correlations Sig. (2-tailed)

Peranan Ibu Bapa Pearson Correlations .775**

Sig. (2-tailed) .000

Cabaran Ibu Bapa Pearson Correlations .341** .390**

Sig. (2-tailed) .000 .000

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Hasil kajian analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara ketiga-tiga pemboleh ubah dengan nilai signifikan > 0.05. Dengan mengambil kira kekuatan hubungan berpandukan kepada Cohen, Manion & Marrison (2011), terdapat hubungan yang kuat pada pemboleh ubah pelaksanaan pemnbelajaran dan peranan ibu bapa, iaitu dengan nilai signifikan > .000 dan nilai pekali r = .775. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana antara pemboleh ubah pelaksanaan pembelajaran dan cabaran ibu bapa dengan nilai signifikan > .000 dan nilai pekali r= .341. Manakala bagi hubungan sederhana antara peranan dan cabaran ibu bapa mendapati nilai signifikan >.000 dan nilai pekali r= .390.

6. Perbincangan

Peranan dan Cabaran Ibu bapa

Ibu bapa merupakan individu yang membina keluarga atas dasar tanggungjawab dan amanah termasuklah terhadap pembelajaran anak-anak. Ibu bapa juga dirujuk sebagai suri teladan yang membolehkan anak-anak berfikiran positif, bersemangat dan berjaya dalam mendepani segala cabaran. Dalam kajian ini mendapati peranan yang dimainkan oleh ibu bapa amat penting untuk memastikan pembelajaran Jawi.

Mohd Eezan Hamdzah & Shahlan Surat (2007) dalam kajiannya mendapati peranan ibu bapa dapat diintepretasikan dengan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak mampu mempengaruhi penguasaan pelajaran khususnya kemahiran Jawi secara optimum. Penglibatan dalam apa juga kegiatan khususnya pembelajaran anak-anak dapat memberikan motivasi yang terbaik buat anak-anak malahan akan meningkatkan motivasi dalam diri anak-anak. Anak-anak yang memiliki motivasi yang tinggi akan mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai walaupun mereka mengetahui pembelajaran Jawi ini bukan subjek utama yang terlibat dengan

(10)

peperiksaan umum tetapi oleh sebab galakkan ibu bapa menjadikan anak-anak dapat menguasai pembelajaran Jawi dengan baik.

Namun begitu, dalam memberikan peranan yang penting kepada anak-anak, ibu bapa juga akan mendepani cabaran-cabaran untuk memperkasakan pembelajaran Jawi. Antara cabaran yang dilalui oleh ibu bapa apabila terdapat kekeliruan dalam pengkaedahan Jawi moden dan Jawi tradisional. Kekeliruan yang timbul dari segi ejaan dan sekaligus akan menyukarkan cara menyebut. Perkara ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Hazlan Atan (2019) dengan menyatakan pelajar merasakan tulisan Jawi agak sukar dan konservatif berbanding tulisan rumi dan hanya digunakan dalam bidang agama Islam sahaja. Oleh itu, dalam konteks ibu bapa yang tidak mempunyai asas yang kukuh dalam penulisan Jawi akan berdepan dengan cabaran untuk membantu anak-anak untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

Hubungan antara Pelaksanaan, Peranan dan Cabaran Ibu Bapa

Kajian ini mendapati terdapat hubungan yang positif antara ketiga-tiga pemboleh ubah ini.

Dapatan ini selari dengan kajian yang dinyatakan oleh Zulkifli Hamid et al., (2011) ibu bapa yang memberikan komitmen ini juga boleh memberikan impak yang positif terhadap perkembangan anak-anak. Ibu bapa mula sedar akan kepentingan pembelajaran Jawi sebagai mengekalkan identiti bangsa Melayu itu sendiri akan berusaha untuk melahirkan rasa cinta akan pembelajaran Jawi. Terdapat ramai ibu bapa mula menghantar anak mereka ke sekolah- sekolah agama walaupun tempat yang terhad. Ini juga membuktikan ibu bapa sedia maklum bahawa sekolah-sekolah seperti ini lebih banyak menggunakan tulisan Jawi dalam PdPc berbanding sekolah menengah biasa (Rasyidah Ibrahim et al., 2019).

Walau bagaimanapun, usaha yang dimainkan oleh ibu bapa tidak lengkap jika tiada kemahuan yang bersungguh-sungguh daripada anak-anak. Hal utama yang perlu dipupul berdasarkan minat. Ibu bapa seharusnya menanamkan minat anak-anak terhadap pembelajaran Jawi.

Penerapan minat yang bersungguh-sungguh akan memudahkan ibu bapa untuk menyampaikan ilmu dalam pembelajaran Jawi. Kajian yang dijalankan oleh Mohd Eezan Hamdzah & Shahlan Surat (2007) mendapati setiap ilmu dan pengetahuan yang diajar di dalam kelas memerlukan minat murid untuk jadikan pengajaran lebih berkesan termasuk ilmu kemahiran Jawi. Oleh itu, minat anak-anak harus dipupuk supaya anak-anak menunjukkan perkembangan positif terhadap pembelajaran Jawi.

Selain daripada aspek minat yang ditunjukkan oleh anak-anak, kesesuaian kaedah pengajaran atau penyampaian juga memainkan peranan penting untuk menarik minat terhadap pembelajaran Jawi. Kajian yang dijalankan oleh Sharipah Amalhayaty Syed Ahmad (2015) mendapati kesesuaian sesuatu kaedah mampu menjadikan kanak-kanak lebih berminat untuk belajar membaca dan mereka dapat belajar dengan mudah dan berkesan. Berlainan pula sewaktu pandemik Covid-19 ini melanda, ibu bapa yang tiada asas pedagogi dalam pengajaran akan berasa tertekan untuk menghadapai situasi ini. Justeru, pentingnya hubungan serta komunikasi yang baik diantara guru dan ibu bapa untuk mendapatkan pandangan berkaitan pengajaran dan pembelajaran Jawi.

Komunikasi antara guru dan ibu bapa juga dilakukan untuk memudahkan kedua-dua pihak dalam mengintegrasi urusan pembelajaran Jawi. Perkara ini selaras dengan pandangan Mohd Eezan Hamdzah & Shahlan Surat (2007) dengan mengutarakan sekiranya anak mereka kurang memberangsangkan dalam mana-mana matapelajaran tersebut khususnya penguasaan Jawi, ibu bapa digalakkan untuk menghubungi guru dan berbincang mencari solusi yang terbaik bagi

(11)

tidak langsung, permuafakatan ini juga akan mengeratkan hubungan guru dan ibu bapa yang akan menunjukkan komitmen mereka terhadap pendidikan anak mereka.

Oleh hal yang demikian, hubungan antara pelaksanaan pembelajaran memerlukan ibu bapa memainakan peranan yang utama bagi memastikan pembelajaran anak-anak berjalan lancar walaupun ibu bapa berdepan dengan pelbagai cabaran.

Kesimpulan

Ibu bapa yang melibatkan diri dalam pembelajaran anak-anak akan membentuk anak-anak yang mempunyai motivasi yang tinggi. Dengan motivasi tinggi akan memberikan semangat kepada anak-anak untuk mendapat pencapaian yang cemerlang. Oleh itu, peranan yang dimainkan ibu bapa untuk menguasai pembelajaran Jawi amat besar untuk memastikan pembelajaran Jawi terus terpelihara serta diminati golongan muda.

Rujukan

Shakila Ahmad, Othman Hussain, Rafiuddin Afkari, & Mikdar Rusdi. (2011, Oktober 10-11).

Tulisan Jawi Sebagai Warisan Peradaban Bangsa: Analisa Dari Aspek Cabaran Semasa[Sesi persidangan]. World Congress For Islamic History And Civilization Conference, Kuala Lumpur. https://www.researchgate.net/publication/280994935 Tulisan_Jawi_Sebagai_Warisan_Peradaban_Bangsa_Analisa_Dari_Aspek_Cabaran_

Semasa

Azman Ahmad. (2015). Kaedah pembelajaran Jawi: Peringkat asas. Perpustakaan Negara Malaysia. https://www.pnm.gov.my/pnm/resources/flipbook/PembelajaranJawi/files/

Jawi.pdf

Hashim Musa. (2006). Sejarah perkembangan tulisan Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.islamicmanuscripts.info/reference/books/Musa-2006-Sejarah/Musa-2006- Sejarah -000-055.pdf

Hazlan Atan. (2019). Tahap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) Guru Mengajar Jawi Sekolah Rendah Daerah Klang. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Eezan Hamdzah & Shahlan Surat. (2007). Pemupukan minat terhadap Jawi dalam kalangan murid sekolah rendah. 103-109

M.Husnan Lubis* Mardiah Mawar Kembaren. (2018). Tulisan Jawi: Jambatan masa ke masa silam dan usaha pelestariannya. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN), 6, 61-73. https://core.ac.uk/download/pdf/322456954.pdf

Nunally, J., & Bernstein, I. (1994). Psychometric theory. Edisi ke-3. New York: McGraw Hill.

Rasyidah Ibrahim, Rahimah Embong, Firdaus Khairi Abdul Kadir, & Huda Afiqah Hashim.

(2019). Pemerkasaan tulisan Jawi dahulu dan kini. BITARA International Journal of Civilization Studies and Human Sciences, 2(1), 29-37. https://www.researchgate .net/publication /333967672_Pemerkasaan_Tulisan_Jawi_Dahulu_dan_Kini

Sharipah Amalhayaty Syed Ahmad. (2015) Penggunaan kaedah Fonik dalam pengajaran kemahiran bacaan awal kanak-kanak prasekolah. (Disertasi Sarjana Tidak Diterbitkan).

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zin Mahmud. (2006). Penggunaan Jawi tambah intelektual. Al-Islam, Jun 2006: 62-64.

Zulkifli Abd. Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad & Ismi Arif. 2011. Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa dan Pencapaian Akademik Pelajar Miskin di Negeri Selangor.

Journal of Islamic and Arabic Education. 3(2), 31-40.

Zurina Abdullah, & Adi Yasran Abdul Aziz. (2020). Peminggiran Tulisan Jawi Sebagai Lambang Jati Diri Melayu: Satu Kajian Tinjauan. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman

(12)

Shah, 7(2). http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/vol7bil2/jsass_vol7bil2 017 zurina.

pdf

Referensi

Dokumen terkait

Hasil kajian juga mendapati antara pendekatan lain yang diaplikasi oleh responden dalam kalangan bapa adalah menerusi keazaman yang tinggi untuk menjadi bapa yang

Prestasi Remaja di Sekolah Bimbingan Ibu Bapa Persekitaran Keluarga Komuter Kecelaruan dan Masalah Tingkah Laku Remaja Kesediaan Ibu Bapa Hubungan Konstruk dalam Model

Walaupun dapatan kajian tidak menunjukkan perkaitan yang positif antara pencapaian akademik dengan pemboleh ubah-pemboleh ubah ketegasan diri dan kepuasan hidup, pengkaji

Isu dan Cabaran Ibu Tunggal dalam Menghadapi Perubahan Globalisasi Penyelidikan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu dan cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal

Hubungan antara remaja dan ibu bapa merupakan perkara yang sangat penting kerana kajian lepas membuktikan bahawa gaya ikatan ( Attachment ) kanak-kanak terhadap ibu bapa adalah

Ditemukan bahwa seorang bapa yang memiliki wawasan agama dan sains yang baik maka dengan sadar mengambil peranan yang saling melengkapi dalam kehidupan rumah tangga dan

Sebaliknya, sokongan pengurusan dan peranan jurulatih berupaya bertindak sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada prestasi kerja pemimpin tentera dalam

Oleh itu , dalam usaha mengawal perilaku anak-anak dari terjebak dengan penagihan dadah, ibu bapa perlu sentiasa berhubung dan menziarahi kaum keluarga kembangan agar