• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isu dan Cabaran Ibu Tunggal dalam Mengha

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Isu dan Cabaran Ibu Tunggal dalam Mengha"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Isu dan Cabaran Ibu Tunggal dalam Menghadapi Perubahan Globalisasi Nur Syahirah Binti Ahmad Bastari

(2)

Isu dan Cabaran Ibu Tunggal dalam Menghadapi Perubahan Globalisasi Penyelidikan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai isu dan cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal dalam mendepani arus perubahan persekitaran global seterusnya ingin menganalisis kesannya terhadap kelangsungan hidup ibu tunggal serta mengkaji penyesuaian diri ibu tunggal terhadap perubahan peranan. Hal ini demikian kerana keterbatasan maklumat dan akses kepada sumber sedikit sebanyak telah menyebabkan terdapat golongan ibu tunggal yang sering kali dilihat agak ketinggalan dan terpaksa berdepan dengan masalah-masalah yang sekali gus membantutkan kualiti hidup mereka. Penyelidik akan membuat pemilihan sampel secara rawak iaitu 25 sampel ibu tunggal di Pulau Pinang. Isu dan cabaran yang menjadi fokus penyelidik adalah mengenai keadaan ibu tunggal dari aspek status sosioekonomi (kemiskinan), masalah sosial dan disiplin anak-anak serta pengurusan tekanan emosi dan adaptasi terhadap institusi keluarga yang terubah.

Latar Belakang

Berdasarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, istilah ibu tunggal didefinisikan sebagai wanita yang masih menanggung anak tetapi telah

diceraikan secara hidup atau mati, seorang isteri yang mempunyai anak dalam tanggungan dan menjadi ketua mencari nafkah dan menanggung suami yang tidak berupaya untuk bekerja disebabkan sakit atau wanita yang mengambil anak angkat. Ibu tunggal juga adalah individu yang terpaksa menanggung peranan dan tanggungjawab keibubapaan tanpa bantuan daripada seorang suami di sisi malah terdiri daripada salah satu kategori penduduk yang semakin bertambah jumlahnya saban tahun. Oleh itu, penceraian dan fenomena ibu tunggal tidak lagi dianggap sebagai masalah bersifat individu semata-mata tetapi wajar dianggap sebagai satu masalah yang semakin sukar diatasi (Ismail & Wan Ahmad, 2010).

(3)

membawa kepada isu-isu lain seperti anak-anak terbiar, terlibat dalam gejala sosial dan sebagainya (Ab Rahman & Ab Kadir, 2004). Hal ini juga berkait rapat dengan beberapa faktor. Pertama, jangka hayat wanita pada hari ini lebih panjang berbanding lelaki iaitu di Malaysia jangka hayat wanita ialah 77.2 tahun manakala jangka hayat lelaki ialah 72.6 tahun. Malah kenyataan ini dapat diperkukuhkan lagi menurut Tan dan Mohd Yatim (1997) yang menunjukkan bahawa peningkatan golongan wanita kematian suami meningkat mengikut umur. Kedua, apabila berlaku penceraian hidup, anak-anak kebiasaannya diletakkan di bawah jagaan ibu. Maka, ibu tunggal terpaksa memikul peranan menjaga dan mendidik anak-anak sekali gus membawa keluarga ibu tunggal berada dalam tahap kemiskinan kesan daripada perubahan peranan yang sedia ada sebelumnya.

Keluarga ibu tunggal dianggap sebagai keluarga yang tidak sempurna kerana keluarga tersebut diketuai oleh ibu sahaja tanpa ada sokongan atau peranan dari pihak bapa. Yahaya (2008) menyatakan bahawa keluarga binuclear terbentuk akibat penceraian yang

mengakibatkan keluarga asal terbahagi kepada dua iaitu keluarga nuklear sebelah ibu dan keluarga nuklear sebelah bapa. Kebanyakan isteri yang ditinggalkan atau kematian suami tetapi mempunyai anak memilih untuk anak-anak tinggal bersamanya kerana yakin anak-anak akan dijaga dengan selamat (Utusan Malaysia, 2000). Namun begitu, pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh ibu tunggal cukup mencabar ketahanan mental dan fizikal. Cabaran yang menjadi fokus utama penyelidik ialah kemiskinan, perubahan global yang

mempengaruhi status sosioekonomi kemurungan dan masalah disiplin anak-anak terpaksa dihadapi oleh golongan ibu tunggal.

Pernyataan Masalah

(4)

bercerai atau hidup bercerai (Berita Harian,2003). Kekurangan pungutan data oleh pihak bertanggungjawab terhadap bilangan ibu tunggal di Malaysia menyukarkan penyelidik untuk mendapatkan angka yang sebenar mengenai jumlah ibu tunggal yang terkini di Malaysia. Namun, kepastian yang dapat dibuat ialah jumlah ibu tunggal di Malaysia semakin meningkat mendadak saban tahun ( Ab Rahman & Ab Kadir, 2004; Husin ,2005; Isahak, Idris &

Selvaratnam, 2009; Ismail & Wan Ahmad, 2010). Keadaan ini cukup merisaukan kerana ia memberi kesan terhadap rantaian yang tinggi kepada pembentukan jiwa kanak-kanak malah institusi kekeluargaan turut terancam. Pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh ibu tunggal cukup mencabar ketahanan mental dan fizikal. Cabaran yang menjadi fokus utama penyelidik ialah kemiskinan, perubahan global yang mempengaruhi status sosioekonomi kemurungan dan masalah disiplin anak-anak terpaksa dihadapi oleh golongan ibu tunggal.

Cabaran pertama yang menjadi fokus adalah berkaitan dengan status sosioekonomi keluarga tunggal. Rentetan daripada krisis ekonomi baru-baru ini, terdapat banyak syarikat yang terpaksa mengurangkan jumlah pekerja yang banyak malah terdapat juga yang telah gulung tikar. Sekiranya golongan ibu tunggal dibuang kerja, sumber pencarian mereka akan terputus seterusnya menjejaskan tahap sosioekonomi keluarga tunggal memandangkan hanya ibu tunggal sahaja yang berperanan dalam mencari pendapatan keluarga yang majoritinya berpendapatan kecil. Hal ini demikian kerana, kehilangan punca mata pencarian keluarga adalah faktor utama keluarga ibu tunggal terjebak dalam arus kemiskinan (Husin, 2005). Lebih menakutkan sekiranya ibu tunggal mempunyai anak-anak yang masih kecil,

(5)

Cabaran kedua ialah tekanan emosi yang dihadapi oleh keluarga tunggal khususnya ibu tunggal. Bagi sesetengah ibu tunggal yang kehilangan suami akibat kematian, mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan situasi baru atau merasai kehilangan tempat bergantung dan teman susah senang dalam membesarkan keluarga terutamanya ibu tunggal yang dahulunya sebagai suri rumah semasa suami masih ada di sisi. Manakala bagi yang bercerai pula, mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan penceraian malah kadangkala terpaksa berdepan dengan prosedur yang merumitkan semasa membuat tuntutan nafkah atau harta sepencarian malah melibatkan masa yang panjang dan kos yang besar. Di sini penyelidik ingin mengkaji dengan lebih mendalam tentang cabaran dan kekuatan yang terdapat dalam diri ibu tunggal dan bagaimana kekuatan yang ada dapat ‘coping’ cabaran tersebut untuk

lebih maju ke hadapan. Hal ini demikian kerana, ibu tunggal perlu disediakan untuk membentuk pengurusan sistem dan emosi yang kukuh supaya setiap permasalahan yang mendatang tidak melemahkan mereka kembali.

Cabaran yang ketiga ialah masalah disiplin yang ditimbulkan oleh anak-anak. Remaja dari keluarga tunggal didapati lebih banyak terlibat dalam masalah tingkah laku, emosi dan akademik berbanding dibesarkan dalam keluarga asas (Astone & McLanahan, 1991; Bronstein, Caluson, Stoll & Abrams, 1993; Dawson, 1991; Karuppaya, 2008). Kajian oleh Polaraasi dan Aro (1994) turut mendapati bahawa penceraian menyumbang kepada

(6)

masalah sosial yang lain turut muncul rentetan daripada isu yang timbul dalam keluarga tersebut. Kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca kecelaruan personaliti yang melibatkan tingkah laku agresif dan antisosial seseorang. Justeru, masalah disiplin anak-anak perlu dibanteras sebaiknya oleh ibu tunggal dengan pendekatan yang penuh hikmah.

Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh ibu tunggal dilihat lebih ketara di bandar kesan daripada proses globalisasi dan modenisasi yang semakin pesat. Perubahan kehidupan yang mempengaruhi pelbagai pemboleh ubah keluarga mempunyai kebarangkalian tinggi

menggugat kestabilan sesuatu perkahwinan malah terdapat keluarga yang telah kehilangan fungsi yang akhirnya berakhir dengan penceraian. Lazimnya, pelbagai cabaran terpaksa dilalui oleh ibu tunggal dalam meneruskan kehidupan setelah ketiadaan suami di sisi apatah lagi bagi mereka yang terpaksa menanggung anak-anak yang masih kecil dan remaja yang bermasalah. Malah situasi menyukarkan apabila ibu tunggal tidak mempunyai pekerjaan tetap atau ketiadaan pekerjaan. Oleh itu, ibu tunggal sememangnya memerlukan sokongan

daripada masyarakat. Namun begitu, masyarakat sering melontarkan pandangan negatif terhadap golongan ibu tunggal (Jamaludin, 1997).

(7)

penyelidikan yang dilakukan sebelum ini mengenai isu ibu tunggal turut mempengaruhi keberkesanan bantuan yang diberikan terhadap ibu tunggal.

Persoalan kajian

Melalui latar belakang permasalahan yang telah dinyatakan pada bahagian

sebelumnya, penyelidik ingin mengenal pasti permasalahan yang menjurus seperti berikut: 1. Apakah isu dan cabaran ketara yang dihadapi oleh ibu tunggal?

2. Adakah perubahan konteks globalisasi mempengaruhi kualiti keluarga ibu tunggal? 3. Bagaimanakah ibu tunggal mengimbangkan peranan mereka dalam menguruskan

kehidupan anak-anak?

Objektif Kajian

Objektif kajian dapat merangka tujuan kukuh bagi sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Justeru, penyelidik mempunyai beberapa objektif kajian iaitu:

1. Ingin mengkaji isu dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh ibu tunggal. 2. Ingin mengkaji sama ada perubahan konteks globalisasi mempengaruhi kualiti

kehidupan keluarga ibu tunggal secara keseluruhan ataupun tidak.

3. Ingin mengetahui kaedah atau cara ibu tunggal mengimbangkan peranan mereka dalam menguruskan kehidupan anak-anak sama ada sesuai ataupun tidak untuk diaplikasikan dalam mendidik anak-anak.

4. Ingin menganalisis dan mencadangkan penyelesaian masalah yang dihadapi ibu tunggal dalam mengurangkan beban mereka menguruskan keluarga tunggal secara lebih efektif.

Sorotan Karya

Kajian lepas tentang ibu tunggal telah disentuh oleh Isahak, Selvaratnam dan Idris (2009) membincangkan isu-isu dan cabaran golongan ibu tunggal dalam menghadapi

(8)

ibu tunggal. Menurut kajian, permasalahan ibu tunggal yang utama sering dikaitkan dengan masalah ekonomi impak daripada perubahan globalisasi yang semakin pesat sehingga menimbulkan pembangunan yang tidak seimbang dan jurang ekonomi yang ketara. Dalam kajian juga ada membincangkan mengenai kepentingan pendidikan dan kemahiran yang dimiliki oleh kebanyakan ibu tunggal untuk mendepani perubahan arus kemodenan. Seterusnya kajian turut peningkatan kos hidup dan perubahan ekonomi semasa, masalah sosial dan disiplin anak-anak, pengurusan emosi dan program khusus untuk ibu tunggal.

Abdul Rahman dan Yaacob (1997) juga telah melakukan satu kajian terhadap keluarga ibu tunggal. Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengkaji signifikan antara depresi dan pencapaian akademik remaja dari keluarga normal dan keluarga ibu tunggal. Kajian ini turut mengkaji sejauh mana kehidupan dalam keluarga induk tunggal memberi kesan negatif kepada pelbagai aspek perkembangan remaja. Seramai 112 orang remaja berusia antara 15 hingga 17 tahun dari sebuah sekolah di Rompin, Pahang di mana dari jumlah tersebut, 44 orang responden adalah dari keluarga ibu tunggal dan 68 orang pula dari keluarga dua induk. Hasil dapatan kajian mendapati, terdapat signifikan antara remaja dari keluarga ibu tunggal dan tahap depresi yang tinggi.

Rudi Cahyono (2014) pula telah membuat kajian tentang adaptasi ibu yang berperanan sebagai ibu tunggal atau kematian suami. Secara mendalam, penelitian ini bertujuan untuk mengetahui bagaimana proses adaptasi ibu tunggal untuk mengatasi segala persoalan yang mereka hadapi. Kajian ini dilakukan terhadap dua orang responden melalui

temu bual dengan menggunakan teknik analisis dan ‘thematic’. Hasil penelitian menunjukkan

bahawa kedua-dua responden mengalami kesukaran untuk mengadaptasi keadaan tersebut iaitu kematian suami.

(9)

ini menggunakan teknik persampelan ‘convenience iaitu sebanyak 500 orang ibu tunggal

Melayu Muslim di Kelantan, Terengganu dan Pahang dipilih sebagai responden. Kajian ini juga menggunakan kedua-dua teknik penyelidikan iaitu teknik kuantitatif (temu bual bersemuka) dan teknik kualitatif. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa walaupun ibu tunggal ini menghadapi pelbagai masalah harian tetapi masalah-masalah ini tidak berpengaruh ke atas kualiti hidup mereka.

Kajian yang dibuat oleh Layliyah (2013) pula adalah mengenai perjuangan hidup ibu atau bapa tunggal di Dusun Sekarwoyo Desa Sukomulyo Kecamatan Manyar Kabupaten Gresik berkenaan perjuangan ibu atau bapa tunggal menguruskan keluarga dan cabaran ibu bapa tunggal dalam menghadapi masalah serta langkah ibu bapa tunggal dalam

menyelesaikan masalah yang dihadapi. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif dengan memilih 4 buah keluarga tunggal sebagai responden kajian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa perjuangan yang dilakukan oleh ibu atau bapa tunggal adalah bekerja, membuka perniagaan kecil-kecilan, mendidik dan membesarkan anak, berdoa dan berusaha manakala dapatan kajian yang kedua mengenai cabaran yang dihadapi oleh ibu atau bapa tunggal ialah berhadapan dengan masalah disiplin dan sosial anak, status janda

dipandang enteng dan masalah ekonomi keluarga tunggal.

Terdapat beberapa persamaan yang dapat dikaji berkenaan kelima-lima karya di atas. Persamaan pertama adalah berkenaan isu dan cabaran ibu tunggal dalam isu sosioekonomi keluarga ibu tunggal. Berdasarkan kajian, terdapat hubungan yang signifikan antara

(10)

(Isahak, Selvaratnam & Idris ,2009; Rudi Cahyono, 2014; Layliyah, 2013). Persamaan ketiga ialah berkenaan masalah disiplin dan sosial anak. Berdasarkan kajian, terdapat signifikan antara penglibatan remaja terhadap remaja yang bermasalah dengan kehidupan keluarga tunggal (Isahak, Selvaratnam & Idris ,2009; Yaacob & Abdul Rahman, 1997; Layliyah, 2013).

Terdapat perbezaan karya bagi persoalan kedua iaitu perubahan konteks globalisasi dalam mempengaruhi kualiti kehidupan keluarga ibu tunggal. Berdasarkan kajian Isahak, Selvaratnam dan Idris (2009) mendapati perubahan globalisasi memberi kesan terhadap aspek kemiskinan yang dialami oleh ibu tunggal. Manakala, Ismail dan Wan Ahmad (2010) pula menyatakan bahawa perubahan globalisasi terutamanya perubahan pembangunan

sosioekonomi mempengaruhi kestabilan perkahwinan. Kelompangan yang terdapat bagi kelima-lima karya ini didapati bahawa kesemuanya membincangkan mengenai perubahan peranan yang terpaksa dihadapi oleh ibu tunggal namun kajian tersebut tidak dinyatakan mengenai bagaimana ibu tunggal mengadaptasi perubahan untuk mengimbangi peranan baru sebagai ketua keluarga. Justeru, penyelidik ingin menganalisis perbezaan pandangan yang terdapat dalam karya-karya tersebut bagi mendapatkan punca utama permasalahan tersebut terjadi. Selain itu, penyelidik juga ingin mendapatkan maklumat berkaitan adaptasi ibu tunggal terhadap peranan baru.

Metodologi Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang diaplikasikan dalam penyelidikan ini adalah berbentuk eksploratori dengan menggunakan kaedah kualitatif bagi memperoleh maklumat daripada sampel yang dipilih secara rawak. Selain itu, penyelidik juga menggunakan kaedah Grounded Theory. Grounded theory ialah penyelidikan berbentuk kualitatif di mana interaksi yang

(11)

ialah panduan yang sistematik dan fleksibel dalam mengumpul dan menganalisis data kualitatif yang bertujuan untuk membangunkan sesuatu maklumat berdasarkan data itu sendiri serta mempelajari bagaimana responden menjelaskan mengenai pendapat dan tingkah laku mereka terhadap sesuatu. Melalui kaedah tersebut, penyelidik dapat mengkaji situasi yang terjadi dalam keluarga ibu tunggal dan turut ikut serta melihat situasi yang berlaku dalam keluarga tersebut. Tujuan penyelidik memilih pendekatan ini agar penyelidik dapat mengasingkan gambaran umum terhadap isu yang dihadapi ibu tunggal dan menghasilkan suatu penemuan asli berhubung dengan situasi yang terdapat dalam kelompok ibu tunggal tersebut. Di samping itu, penyelidik menggunakan kaedah temu bual secara bersemuka bagi mendapatkan maklumat secara mendalam sesuai bagi mengetahui isu dan cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal.

Populasi dan sampel

Populasi dalam kajian ini merupakan jumlah golongan ibu tunggal iaitu seramai 7079 orang ibu tunggal yang berdaftar di Pulau Pinang berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Mac 2012 (statistik terakhir yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri). Bagi pemilihan sampel pula, kajian kualitatif yang menjadi pilihan tersebut menggunakan kaedah sampel ‘non-probability’ yang berbentuk ‘convenience’ atau erti kata lain sebagai ‘availability sampling’ yang majoritinya diaplikasikan oleh penyelidik kerja sosial. Oleh hal demikian, penyelidik menggunakan kaedah sampel secara rawak bagi memperoleh 25 orang responden di sekitar Pulau Pinang. Jumlah sampel yang dipilih adalah berdasarkan formula Slovin iaitu

n =_____N___ n= ___7079______ = 24.91 1+ N (e )2 1+ 7079 (0.2)2

n = sampel N= populasi

(12)

Responden dari Pulau Pinang dipilih adalah disebabkan pusat kajian penyelidikan terletak di Pulau Pinang. Kedua, perbezaan taraf hidup yang ketara antara penduduk yang tinggal di bandar dan luar bandar. Ketiga, negeri Pulau Pinang adalah unik dan mempunyai cara hidup yang tersendiri yang agak berbeza dengan komuniti lain di Malaysia. Rekod berkenaan ibu tunggal yang berdaftar tersebut diperoleh daripada kerjasama antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang (KNPP) dan Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender USM (KANITA). Pemilihan sampel juga dilakukan melalui sukarela responden untuk terlibat dalam kajian ini tanpa sebarang diskriminasi dan syarat khas.

Alat Kajian

Alat kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah dalam bentuk temu bual yang terdiri daripada beberapa soalan mengikut tema dan sub tema yang selari dengan maklumat dan data yang ingin didapati daripada responden. Dalam kaedah temu bual, pecahan soalan merangkumi faktor sosioekonomi, faktor perubahan globalisasi, faktor institusi keluarga, diri sendiri dan persekitaran bagi menganalisis isu yang terdapat dalam keluarga ibu tunggal. Pita rakaman juga memainkan peranan penting ketika temu bual dijalankan bagi mengelakkan percanggahan maklumat. Selain itu, penyelidik

mengaplikasikan kaedah pemerhatian secara tidak langsung terhadap responden bagi membantu penyelidik mendapatkan kesahihan data yang diperoleh.

Prosedur Pengutipan Data

Dalam penyelidikan ini, prosedur pengumpulan data bermula dengan perbincangan bersama penyelia mengenai isu yang ingin dikupas iaitu melibatkan aspek mengenal pasti isu yang relevan, mengenal pasti masalah dan objektif kajian ingin dilakukan. Selain itu,

(13)

untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang sukarela untuk menyertai kajian ini memandangkan institusi tersebut mempunyai rekod ibu tunggal yang berdaftar sekitar Pulau Pinang. Seterusnya, penyelidik dan beberapa orang pegawai KNPP dan KANITA

menjalankan temu bual di Pejabat Kebajikan Daerah setiap daerah Pulau Pinang bagi mendapatkan maklumat.

Prosedur Analisis Data

Bagi menganalisis maklumat yang diperoleh, penyelidik menggunakan kerangka teoritikal untuk rujukan terhadap dapatan kajian yang diperoleh. Pemprosesan data yang dilakukan disusun berdasarkan tema dan sub yang telah ditetapkan. Berdasarkan data mentah yang didapati daripada proses temu bual yang direkodkan, data mentah tersebut

diperdengarkan semula dalam bentuk verbatim seterusnya ditulis dalam bentuk transkrip kemudian disusun dalam tema dan sub tema yang telah diaturkan sebelum ini.

Kerahsiaan dan Surat Persetujuan

(14)

Rujukan

Abu Bakar, T. et al. (2004).Aktiviti Keusahawanan di Kalangan Ibu Tunggal di Negeri Johor. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Ab Rahman,H. & Ab Kadir, H. (2004). Masalah Keluarga Melayu Bandar: Isu dan Cabaran. Universti Pendidikan Sultan Idris.

Abdul Rahman, A. & Yaacob, S.N. (1997).Depresi dan pencapaian akademik remaja dari keluarga berbeza struktur. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Vol.15, 89-98.

Astone, N.M. & Mclanahan, S.S. (1991). Family structure, parental practices, and high school completion. American Sociological Review. 56, 309-320.

Berita Harian (2003). Usaha Lindungi, Tingkatkan Status Ibu Tunggal.

Brostein, P., Clauson, J., Stoll, M.F., & Abrams, C.L. (1993). Parenting behavior and

children’s social, psychological, and academic adjustment in diverse family

structures. Family Relations, Vol.42, No.3,268-276.

Dawson, D.A. (1991). Family structure and children’s health and well-being: Data from the

1988 Natioanal Health Interview Survey on child health. Journal of Marriage and the Family, Vol.52, 925-940

Husin, A. (2005). Cabaran Ibu Tunggal dalam Institusi Keluarga yang Berubah. In A. Omar, R. & Pandian, S (Eds) Isu-isu Sosial Semasa (160-169).Institut Sosial Malaysia. Isahak, D., Idris, N.A. &Selvaratnam, D.P. (2009). Isu dan cabaran ibu tunggal dalam

menghadapi perubahan persekitaran global. Prosiding PERKEM IV, Vol.1, 324-336. Ismail, Z. & Wan Ahmad, W.I. (2010).Kualiti hidup dan harapan masa depan ibu tunggal

Melayu Muslim di pantai timur Malaysia. ISLAMIYYAT, Vol. 32,173-202. Jamaludin, N. (1997). Hak-hak janda dalam Islam. Majalah al-Islam. Ogos,6-7.

(15)

Skudai.

Layliyah, Z. (2013). Perjuangan hidup single parent. Jurnal Sosiologi Islam, Vol.3, No.1, 88- 102.

Rudi Cahyono, A.T.P. (2014). Coping pada ibu yang berperan sebagai orang tua tunggal pasca kematian suami. Jurnal Psikologi Pendidikan dan Perkembangan, Vol.3, No.1, 37-41.

Tan, P.C. & Mohd Yatim, M. (1997). Old Age Financial Security for Women in Malaysia. In Mehta, K. (Eds) Untapped Resouce: Women in Ageing Societies Across Asia.

Singapura: Times Academic Press.

Referensi

Dokumen terkait

Didahului dengan imbasan situasi di beberapa negara lain untuk menunjukkan bahawa Geografi Manusia di Malaysia tidak unik dalam hal ini, empat isu dan cabaran pemerkasaan

Dapatan kajian ini mendapati cabaran ibu mengaplikasikan sesi bermain bersama anak fokus adalah kesukaran mengaplikasi kemahiran yang dipelajari, peserta bosan,

Tujuan artikel ini adalah untuk membincangkan tentang isu-isu dan cabaran yang dihadapi dalam perlaksanaan heutagogisecara holistik.Kajian ini diharapkan dapat membuka

Faktor-faktor yang dikenalpasti yang menyumbang kepada isu kekurangan tersebut dipercayai dapat membantu dalam menangani cabaran dan masalah yang timbul daripada isu kekurangan kosa

Hasil analisis data mendapati terdapat empat isu serta cabaran utama dalam pengurusan sisa pepejal di Pulau Pangkor iaitu yang berkait dengan sikap masyarakat yang tidak

Ibu bapa dengan anak berkeperluan khas terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran yang boleh memberikan tekanan yang tinggi seperti cabaran dalam menguruskan keperluan

Namun begitu, penggunaan integrasi dana zakat dan wakaf dalam pembangunan takaful mikro mempunyai beberapa isu dan cabaran yang perlu diselesaikan dengan berhemah agar perkara ini

4.10 1.22 Tinggi Jumlah keseluruhan 3.90 0.90 Sdh.Tinggi Hubungan antara Pelaksanaan, Peranan dan Cabaran Ibu bapa terhadap Pembelajaran Jawi Hubungan antara ketiga-tiga pemboleh