• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

HEUTAGOGI: ISU-ISU DAN CABARAN KE ARAH PEMBELAJARAN HOLISTIK DI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

Analisa Hamdan (analisa.hamdan@gmail.com)

Wong Kung Teck Nor Syazwani Mat Salleh (syazwani.ms@fskik.upsi.edu.my)

Siti Zuraida Abdul Manaf ABSTRAK

Heutagogi merupakan pembelajaran penentuan kendiri yang telahdiperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mencapai matlamat kerajaan dalam meningkatkan akses dan kualiti sistem pendidikan tinggi di Malaysia.Kerangka Malaysian Higher Education 4.0 telah dibangunkan sebagai panduan kepada pemegang taruh untuk melaksanakan beberapa transformasi.Berdasarkan Kurikulum Tersedia Masa Depan (Future-Ready Curriculum), heutagogi telah berkembang dengan pantas menjadi satu fenomena baru pembelajaran di peringkat pendidikan tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang timbul dalam perlaksanaan heutagogi. Tujuan artikel ini adalah untuk membincangkan tentang isu-isu dan cabaran yang dihadapi dalam perlaksanaan heutagogisecara holistik.Kajian ini diharapkan dapat membuka minda semua pemegang taruh dan juga pembaca untuk menilai dan membuat pertimbangan yang sesuai dalam usaha untuk meningkatkan mutu heutagogi.Kesimpulannya, matlamat pendidikan tinggi untuk mengubah dan meningkatkan kualiti sistem pendidikan di Malaysia dapat direalisasikan jika pihak kerajaan, institusi pengajian tinggi, pendidik, pakar industri dan pasukan sokongan teknikal berganding bahu untuk menyediakan sumber, infrastruktur, latihan dan teknologi yang berkualiti tinggi dalam jangkauan semua warga penuntut Pendidikan Tinggi.

PENDAHULUAN

Kemajuan pesat teknologi telah menyumbang kepada peningkatan kualiti sistem pendidikan di seluruh dunia sekaligus mengubah corak pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, perubahan dalam sistem pendidikan telahsedikit sebanyak menggalakkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merancang jenis dan strategi pembelajaran yang efektif yang mampu menarik minat pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ini termasuklah memperkenalkan kaedah penyampaian baru, peningkatan akses kepada kursus dan cara yang berbeza untuk menggunakan teknologi dalam pengajaran (Bhoyrub, Hurley, Nielson, Ramsay & Smith,2010). Perkembangan teknologi juga telah menyumbang kepada modifikasi dan penambahbaikan dalam kaedah pembelajaran melalui perlaksanaan teori-teori pembelajaran yang bersesuaian (Juhazren & Madihah, 2010). Salah satu perubahan yang semakin mendapat tempat dalam pendidikan tinggi adalah heutagogi.

Heutagogiatau pembelajaran penentuan diri (self-determined learning) telah mula bertapak dalam bidang pendidikan sejak sedekad yang lalu (Blaschke, 2012). Walau bagaimanapun, heutagogi mula diperkenalkan sejak kemunculanteknologi abad ke-21. Heutagogi boleh dilihat sebagai lanjutan kepada ciri-ciri pedagogi dan andragogi yang memberi penekanan kepada autonomi pelajar yang mana pelajar berhak menentukan sendiri proses pembelajaran mereka (Hase & Kenyon, 2000; Canning 2010). Selain itu, heutagogi juga berupaya meningkatkan tahap kematangan dan cabaran dalam kalangan pelajar melalui akitiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang disediakan(Hase, 2014a).Justeru, heutagogi merupakan satu pendekatan yang holistik

(2)

yang mampu menawarkan kemahiran berfikir aras tinggi dan menghasilkan pelajar yang bersikap proaktif (Gregory & Bannister-Tyrrell, 2017).

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, heutagogi mempunyai peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dalam institusi pengajian tinggi. Salah satu jenis pembelajaran yang menggunakan heutagogi sebagai kerangka kerja pembelajaran adalah pembelajaran jarak jauh (Blaschke, 2012).Selain daripada penggunaan teknologi sebagai sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, heutagogi digunakan sepenuhnya kerana kebanyakan pelajar yang mengikuti pembelajaran jarak jauh merupakan pelajar pascasiswazah yang matang dan berumur. Mereka diberi autonomi untuk menentukan sendiri proses pembelajaran mereka. Oleh disebabkan mereka mempunyai sifat arahan kendiri yang kuat, maka mereka lebih mudah untuk menentukan sendiri arah tuju dan matlamat pembelajaran mereka (Hase & Kenyon, 2003).

Selain itu, persekitaran pendidikan berasaskan pelajar (learner-centered learning) yang mendasari pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran abad ke-21 telah menyebabkan heutagogi menjadi semakin popular (Ahmad Nasir Mohd Yusoff & Noralina Ali, 2018). Pelajar berhak memilih jenis alatan teknologi yang dapat menyokong pembelajaran pelajar. Di antara contoh-contoh alatan teknologi yang digunakan oleh pelajar adalah Quizziz, Kahoot, Trello, Padlet, YouTube, dan Mentimeter. Alatan teknologi tersebut telah dikenal pasti menyokong proses PdP dan seterusnya mencapai suatu pembelajaran yang bermakna (Hamdan et al. 2015). Berdasarkan kajian terdahulu, aplikasi Web 2.0 yang sesuai dilaksanakan dengan teknologi pengajaran dan pembelajaran terkini adalah Google Docs, e-Portfolio, Twitter, Diigo, YouTube, Quizziz, MindMap dan Wikipedia (Eachempati, KS, Komattil & Ismail, 2017; Blaschke, 2012). Kajian Anderson (2016) menunjukkan pendekatan heutagogi boleh dilaksanakan dengan penggunaan teknologi baru dalam pendidikan jarak jauh. Walaupun, alatan teknologi yang ada mempunyai kelebihan dan kekurangan, namun pihak pentadbir institusi pendidikan tinggi perlu mengambil inisiatif dengan menyediakan kemudahan dan sumber yang diperlukan dalam mengakses Internet dan teknologi yang digunakan.

Apakah itu heutagogi?

Heutagogi bermula dari perkataan Greek iaitu ―ηαυτος‖ yang bermaksud ―diri‖, manakala ―gogy‖ bermaksud ―pembelajaran tentang‖. Justeru, heutagogi merupakan pembelajaran penentuan diri. Walau bagaimanapun, Hase (2014a) menjelaskan bahawa heutagogi tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan teori penentuan diri atau self-determination theory (SDT). SDT merupakan teori motivasi yang dipelopori oleh Ryan dan Deci (2000) yang memberi penekanan kepada motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Justeru, heutagogi adalah berkait rapat dengan tanggapan falsafah tentang penentuan diri dan juga peranan agensi manusia dalam tingkah laku (Hase, 2014b).

Selain itu, heutagogi adalah pembelajaran yang ditentukan sendiri yang berakar dalam andragogi dan menggunakan pendekatan holistik seperti pendekatan berpusatkan pelajar (Blaschke, 2012; Hase & Kenyon, 2000). Heutagogi menggalakkan peranan agensi manusia dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Hase & Kenyon, 2007). Ini bermaksud pelajar bebas untuk menentukan pembelajaran mereka sendiri, bagaimana mereka belajar dan bagaimana mereka membuktikan bahawa mereka telah menguasai topik pembelajaran walaupun mereka masih memerlukan penglibatan guru atau

(3)

pengajar merekaTeknologi yang terdapat di pasaran boleh memenuhi keperluan reka bentuk huetagogi yang dibahagikan kepada enam elemen iaitu (i) meneroka (explore), (ii) mencipta (create), (iii) bekerjasama (collaborate), (iv) berhubung (connect), (v) berkongsi (share), dan (vi) refleksi (reflect) (Blaschke & Hase, 2016).

Heutagogi di Malaysia

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2018 telah memperkenalkan Kerangka Malaysia Higher Education 4.0 pada tahun 2018 sebagai kesinambungan kepada matlamat kerajaan dalam mereka bentuk semula pendidikan tinggi (Kementerian Pengajian Tinggi, 2018a). Kerangka tersebut dijadikan panduan kepada semua pemegang taruh dalam meningkatkan akses dan kualiti sistem pendidikan tinggi di negara ini. Kerangka ini juga telah disediakan sebagai asas dalam menghadapi tuntutan dan cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR) (Kementerian Pengajian Tinggi, 2018b).Kerangka ini terdiri daripada empat elemen penting iaitu: (i) Kurikulum Tersedia Masa Depan (Future-Ready Curriculum), (ii) Tadbir Urus Tangkas (Agile Governance), (iii) Perancangan Bakat (Talent Plannning), dan (iv) Penyelidikan & Inovasi (Research & Innovation).Hanya elemen pertama iaitu Future-Ready Curriculum akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam artikel ini. Rajah 1 menunjukkan Kerangka Malaysia Higher Education 4.0 (Kementerian Pengajian Tinggi, 2018b)

Rajah 1 Kerangka Malaysia Higher Education 4.0

Future-Ready Curriculummerupakan fokus pertama yang perlu diberi lebih penekanan dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi (Kementerian Pengajian Tinggi, 2018b). PdP 4.0 adalah transformasi pendidikan ke arah mencapai Higher

(4)

Education 4.0 sejajar dengan 4IR dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025. Menurut mantan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Seri Idris Jusoh, Future-Ready Curriculummemerlukan empat transformasi iaitu (i) Rekabentuk Semula Ruang Pembelajaran, (ii) Kurikulum Boleh Lentur dan Organik, (iii) Pedagogi Abad ke-21, dan (iv) Penilaian Alternatif. Berdasarkan empat transformasi di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa heutagogi merupakan satu pendekatan yang sesuai dan penting bagimenghadapi cabaran 4IRdan secara tidak langsung mampu meningkatkan kualiti sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Oleh itu, beberapa kajian telah mula memberi fokus kepada heutagogi dan teknologi untuk mencapai transformasi pendidikan (Chan, Leng, Zaharul Lailiddin & Lim, 2018; Ahmad Nasir, Rozihan, Noralina & Sidek, 2018; Enna Ayub, 2018; Nor Adila, Shahitul Badariah, Izni Syamsina, Ainon Syazana, Nurul Emyza, 2018; Jalaluddin, 2017; Wahiza & Fazilah, 2017). Dapat disimpulkan bahawa banyak kajian berkaitan heutagogi dan teknologi Web 2.0 sedang dilaksanakan di peringkat IPT di seluruh negara sejak kebelakangan ini. Heutagogi memberi banyak manfaat kepada pelajar seperti (i) meningkatkan pemikiran dan refleksi yang kritis, (ii) meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar, dan (iii) pelajar dapat mengawal pembelajaran mereka sendiri. Justeru, heutagogi perlu dilaksanakan secara menyeluruh supaya fokus pertama yang merupakan matlamat kerajaan berjaya dicapai.

TUJUAN KAJIAN

Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan cabaran dan isu-isu yang berkaitan dengan heutagogi. Justeru, skop perbincangan akan membincangkan tentang empat isu utama heutagogi yang telah dikenalpasti iaitu dari segi sokongan teknikal, peranan pendidik, motivasi pelajar, dan gaya pembelajaran. Berdasarkan kepada perbincangan lanjut tentang isu-isu tersebut, beberapa cadangan diutarakan yang dilihat membawa kesan positif kepada usaha memanfaatkan teknologi dalam dunia pendidikan secara berterusan.

SOKONGAN TEKNIKAL

Revolusi industri 4.0 telah menyebabkan negara kita berada di tengah-tengah transfomasi yang ketara yang dijangka mengubah cara kita hidup, bekerja, dan berkomunikasi. Pada masa ini, kita sudah dapat melihat perubahan dari sudut model perniagaan dan trend pekerjaan. Begitu juga dengan perubahan dalam sistem pendidikan di negara ini yang menyaksikan perubahan penyampaian ilmu melalui pendidikan abad ke-21. Kepesatan teknologi Web 2.0 dan Web 3.0 telah menyebabkan perubahan kepada keadaan kemudahan yang disediakan oleh IPT bagi menyokong pendidikan abad ke-21. Namun, isu ketidakcukupan infrastruktur masih menjadi bualan hangat dalam kalangan warga pendidikan tinggi. Dapatan kajian Jayaraman, Zarif, Mohan Kumar, dan Annamalai (2019) menunjukkan bilik darjah bestari merupakan faktor yang mempengaruhi kejayaan institusi pendidikan tinggi. Ini bermakna jika kemudahan infrastruktur dan teknologi disediakan mencukupi, maka proses PdP akan berjalan lancar seterusnya akan meningkatkan kualiti IPT tersebut. Sekiranya kemudahan yang disediakan tidak mencukupi seperti makmal komputer dan peranti mudah alih seperti tablet dan komputer riba, proses PdP tidak dapat berjalan seperti yang diharapkan. Dapat disimpulkan bahawa keadaan kemudahan berteraskan teknologi yang disediakan oleh IPT memainkan peranan penting bagi kejayaan sesuatu perlaksanaan.

(5)

Selain itu, teknologi juga memberi impak kepada perkembangan pedagogi dan penggunaan teknologi telah membolehkan guru berfikir semula apa yang mereka lakukan (Melor, 2018). Massive Open Online Courses (MOOC) merupakan salah satu contoh perkembangan pedagogi yang mengaplikasikan teknologi. MOOC berteraskan heutagogi boleh dipertingkatkan dengan teknologi untuk meliputi bidang kurikulum yang tidak diliputi dalam kelas (Agonács & Matos, 2017). Bagi menjayakan MOOC, kerajaan telah memperuntukkan beberapa billion ringgit untuk memastikan pelaksanaan MOOC berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, keadaan kemudahan adalah salah satu isu dan cabaran yang sering dibincangkan dalam kalangan penyelidik di seluruh dunia yang nerkaitan dengan MOOC (Chang, 2013; Habibah, 2016; Kumar & Al-Samarraie, 2018; McAuley, Stewart, Siemens & Cormier, 2010). Melor et al. (2018) mendakwa bahawa kemudahan infrastruktur seperti sambungan Internet adalah cabaran terbesar dalam mengakses MOOC. Sekiranya sambungan Internet sangat perlahan, tahap penerimaan pelajar di MOOC akan berkurangan. Pandangan ini disokong oleh Chang (2013) yang mendakwa akses Internet berkelajuan tinggi harus disediakan di IPT bagi memastikan pelajar mempunyai minat untuk mendaftarkan diri dalam kursus MOOC yang lain.

Bukan itu sahaja, kos dan kepakaran teknikal merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak kerajaan sekiranya ingin menggunakan realiti maya (augmented reality) dalam pendidikan (Cook & Gregory, 2018). Berdasarkan Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2018, kerajaan menitikberatkan ruang pembelajaran secara maya bagi melaksanakan Future-Ready Curriculum, namun terdapat cabaran-cabaran seperti kos yang tinggi dan kekurangan kepakaran dari industri untuk menyokong pendekatan pembelajaran tersebut. Dapat disimpulkan bahawa infrastruktur merupakan salah satu sokongan teknikal yang memberi cabaran kepada semua pemegang taruh dalam memastikan kelancaran MOOC di Malaysia.

Peranan Pendidik

Peralihan dari pendekatan pembelajaran berpusat fakulti secara penyampaian kuliah kepada pendekatan yang lebih berpusatkan pelajar (heutagogi) telah menghasilkan peranan baru pendidik. Pendekatan heutagogi menggalakkan pendidik menukar peranan kepada seorang yang memberi arah tuju dan menyokong autonomi pelajar dalam proses PdP. Melalui pendekatan heutagogi, peranan seorang pendidik bertukar kepada seorang instruktor atau fasilitator. Dalam erti kata lain, peranan pengajar sebagai penyampai ilmu pengetahuan telah bertukar menjadi seorang pakar yang membimbing pelajar. Namun, peranan tersebut telah menjadi satu isu dan cabaran bagi seorang pendidik. Peranan pendidik yang berubah dari terlalu banyak mengendalikan proses PdP kepada membimbing pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran telah membangkitkan perasaan tidak selamat dan takut kehilangan kuasa dalam kalangan pendidik (Reem Rachel&Ramnarayan, 2017; Jones, 2016; Jakkoala, 2015). Kajian tersebut disokong oleh dapatan kajian Blaschke (2012) dan McAuliffe, Hargreaves, Winter, dan Chadwick (2009) yang menunjukkan pendidik takut menyerahkan kuasa kepada pelajar. Sindrom ―penyingkiran pendidik‖ telah menjadi satu isu besar yang berlaku dalam pelaksnaan heutagogi. Ini bermaksud pelajar yang akan memainkan peranan penting dalam proses PdP manakala pendidik akan hanya membimbing dan membantu pelajar mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pendidik

(6)

merasakan perasaan tidak selamat dan takut kepada peralihan kuasa disebabkan penetapan minda kekal (fixed mindset) dalam diri pendidik. Menurut Gerstein (2014) dan Ebrahim Panah (2018), pendidik sering kali menyalahkan sistem atau orang lain disebabkan oleh penetapan minda yang telah mereka lakukan tanpa disedari. Hal ini merupakan salah satu halangan luaran yang kebanyakannya menentang dan meletakkan perubahan di luar tanggungjawab pendidik.

Selain itu, penerimaan pendidik untuk menggunakan teknologi dalam PdP telah mencetus satu isu yang tidak kurang penting. Segelintir pendidik tidak berminat untuk mengaplikasikan pengajaran yang menggunakan teknologi sebagai sokongan PdP (Osika, Johnson, & Buteau, 2009). Hal ini disebabkan oleh keselesaan pendidik selama ini yang menyampaikan pengajaran mengikut pendekatan tradisional iaitu secara bersemuka dan mereka tidak berasa selesa sekiranya terpaksa menukar pendekatan pengajaran.Bukan itu sahaja, masalah literasi digital membelenggu segelintir pendidik khususnya yang mengaplikasikan pendekatan heutagogi. Menurut Ebrahim Panah (2018), pendidik didapati mempunyai kekurangan kemahiran digital literasi dan dalam beberapa bidang yang lain seperti literasi media sosial, kemahiran bahasa asing, pemodelan 3D, kesihatan pekerjaan, dan kejuruteraan pembaikan kapal. Bagi menghadapi cabaran 4IR, pendidik perlu mahir dalam literasi digital supaya kemahiran tersebut boleh diaplikasikan sepenuhnya dalam pendekatan heutagogi. Hal ini akan memudahkan pendidik merancang aktiviti pengajaran, bahan bantuan mengajar dan penilaian.

Motivasi Pelajar

Motivasi kendiri adalah salah satu elemen penting dalam pendekatan heutagogi. Motivasi kendiri merupakan kunci kepada efikasi kendiri.Tanpa motivasi kendiri dalam diri pelajar, maka pelajar tidak akan bersemangat untuk mempelajari apa sahaja di dalam kelas. Walau bagaimanapun, dapatan kajian Snowden dan Halsall (2014) menunjukkan terdapat cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam peralihan mereka daripada pembelajaran tradisional kepada pembelajaran penentuan kendiri. Hal ini terjadi disebabkan sifat ketakutan melampau yang ada dalam diri pelajar telah menyebabkan tahap motivasi kendiri mereka menurun. Mereka risau sekiranya mereka melakukan kesalahan ketika mengalami pembelajaran penentuan kendiri yang berbeza dengan pembelajaran bersemuka. Bukan itu sahaja, kurangnya keyakinan diri telah menyebabkan motivasi intrinsik pelajar menurundisebabkan kerisauan ketika mengalami proses PdP yang berkaitan dengan persekitaran pembelajaran maya (Huang, Backman, Backman, McGuire & Moore, 2019). Justeru, masalah motivasi yang dialami oleh pelajar perlu ditangani dengan segera supaya pelajar boleh menjalani proses PdP yang memerlukan pelajar menentukan sendiri pembelajaran mereka.

Bagi pelajar pendidikan jarak jauh atau pembelajaran dalam talian, motivasikendiri merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi ketahanan pelajar untuk meneruskan pembelajaran (Vogel et al. 2018; Zuraini, Fatimah, Hasmawati & Noresah, 2006). Walau bagaimanapun, dapatan kajian Qureshi, Morton dan Antosz (2012) menunjukkan pelajar pendidikan jarak jauh mempunyai tahap motivasi yang lebih rendah berbanding tahap motivasi pelajar dalam kampus. Ini adalah disebabkan oleh halangan-halangan yang terpaksa ditempuh oleh pelajar pendidikan jarak jauh seperti (i) halangan situasi, (ii) halangan organisasi, dan (iii) halangan psikologikal (Qureshi, Morton & Antosz, 2012). Bukan itu sahaja, pelajar di dalam kampus telah dikenalpasti lebih berusaha dalam pembelajaran berbanding pelajar pendidikan jarak jauh. Dapatan kajian tersebut juga menunjukkan pelajar yang

(7)

mempunyai motivasi rendah lebih memilih pendidikan jarak jauh disebabkan oleh teknologi yang digunakan bagi menyokong pembelajaran (Hilliam & Williams, 2019). Gaya Pembelajaran

Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dengan pelajar yang lain. Mereka juga mempunyai sekurang-kurangnya satu gaya pembelajaran walaupun ada pelajar yang mempunyai lebih dari dua jenis gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran merupakan cara pelajar menumpukan perhatian, dan kaedah mereka dalam memproses dan mendapatkan maklumat, pengetahuan, atau pengalaman (Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2004). Othman Lebar dan Nur Haziyanti (2007) pula berpendapat bahawa gaya pembelajaran merujuk kepada strategi dan teknik pilihan yang digunakan oleh individu semasa belajar. Walau bagaimanapun, pelajar didapati tidak dapat menyesuaikan diri dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran di persekitaran universiti yang berbeza dengan persekitaran sekolah serta pelajar juga didapati tidak mengetahui gaya pembelajaran mereka (Baharin, Othman, Syed Mohd Syafeq & Haliza, 2007; Abdul Ghani, 1996). Ini menyebabkan pelajar tidak dapat merancang pembelajaran mereka dan secara tidak langsung mereka tidak memperolehi keputusan yang cemerlang. Kecemerlangan pelajar telah dikenal pasti berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang berkesan dan kepelbagaian gaya pelajar.

Selain itu, pendidik perlu mengenal pasti gaya pembelajaran setiap pelajar. Ini adalah bertujuan untuk merancang PdP dalam mencapai matlamat pembelajaran terutama dalam apa jua pendekatan pengajaran yang digunakan (Razzaq, Shaikh, Khaskhelly, 2018; Julismah et al. 2009). Oleh disebabkan teknologi telah digunakan dalam menyokong pembelajaran pada abad ke-21, maka perancangan PdP harus mengambil kira kepelbagaian gaya belajar dengan penggunaan teknologi Web 2.0 yang bersifat mudah alih seperti telefon pintar dan tablet (Anshari, Mohammad Nabil, Masitah, Danang Kuncoro&Michtahul Huda, 2017). Walau bagaimanapun, pendidik menghadapi kesukaran dalam mengenal pasti gaya pembelajaran pelajardalam menyesuaikan penggunaan teknologi dalam menyokong PdP (Faryal, Sadia, Farhan Zeb, 2018; Grasha & Yangarber-Hicks, 2000). Justeru, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengenal pasti gaya pembelajaran perlu cuba diatasi dengan segera demi merancang PdP bagi mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

PERBINCANGAN

Bagi memastikan matlamat kerajaan tercapai dalam mereka bentuk semula pendidikan tinggi, isu sokongan teknikal perlu diberi perhatian penting oleh kerajaan dan IPT. Makmal komputer, peranti mudah alih dan kelajuan akses Internet perlu ditambah dan dipertingkatkan lagi supaya pelajar dapat menikmati kemudahan yang disediakan. Ini bertujuan untuk melancarkan proses PdP dan dalam masa yang sama pendekatan heutagogi secara menyeluruh dapat dilaksanakan di IPT seluruh negara. Buat masa ini, Malaysia berada di tempat ke-79 dunia dalam penyediaan akses Internet mudah alih (Amirul, 2018). Ini bermakna kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah tersebut. Walaupun Rangkaian Penyelidikan dan Pendidikan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysian Research and Education Network (MyREN-X) telah menyediakan dengan kelajuan jalur lebar sehingga 100 GBPs kepada IPT di seluruh negara secara berperingkat, namun penyediaan tersebut perlu dipantau oleh pihak kerajaan dan IPT. Selain itu, kos yang tinggi dalam menyediakan infrastruktur di setiap IPT merupakan satu cabaran kepada pihak kerajaan. Walaupun, peruntukan telah disediakan setiap tahun kepada Kementerian Pendidikan Malaysia,

(8)

namun isu sokongan teknikal masih juga berlaku. Kepakaran teknikal dari industri juga boleh diselesaikan dengan membina satu jaringan kerjasama antara IPT dengan pihak industri. Ini bermakna kepakaran pihak industri boleh dikongsi bersama dalam proses PdP di IPT. Melalui kerjasama ini, perhubungan di antara dua organisasi akan dapat diperkukuhkan dan secara tidak langsung Revolusi Industri 4.0 dapat direalisasikan.

Isu seterusnya iaitu peranan pendidik boleh diatasi dengan memberi kesedaran tentang matlamat kerajaan dalam memperkenalkan Future-Ready Curriculum melalui pendekatan heutagogi yang diintegrasikan dengan teknologi dan aplikasi mudah alih kepada pendidik-pendidik di IPT seluruh negara. Kempen kesedaran tersebut adalah penting bagi mencetuskan perasaan ingin tahu dan semangat untuk mengaplikasikan pendekatan heutagogi dalam PdP. Program Pembangunan Profesional Pensyarah yang dilaksanakan pada setiap tahun merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membentuk kesedaran dalam diri pendidik untuk memajukan diri dan bidang pendidikan. Selain itu, kursus literasi digital boleh diperkenalkan kepada warga pendidik supaya mereka sentiasa berdaya maju seiring dengan perkembangan teknologi yang pantas. Kursus-kursus tersebut perlu diberikan kepada pendidik secara berkala supaya pendidik sentiasa mempunyai ilmu tentang teknologi dan aplikasi terkini. Selain kursus-kursus teknologi dan aplikasi mudah alih, kursus berkaitan dengan pendekatan heutagogi, persekitaran realiti maya dan pembelajaran teradun boleh juga dianjurkan kepada pendidik di IPT.

Isu motivasi dalam kalangan pelajar merupakan di antara cabaran-cabaran yang menuntut pendidik untuk melakukan sesuatu bagi menanganinya. Seperti juga pendidik, pelajar perlu diperkenalkan dengan pendekatan pembelajaran yang baharu disamping menyemai kesedaran betapa pentingnya pembelajaran tersebut. Seseiapa sahaja akan merasa takut atau risau apabila menempuh sesuatu perkara atau cabaran yang baharu, Ini adalah disebabkan kurangnya pengetahuan dan pendedahan terhadap cabaran baharu tersebut. Justeru, pihak IPT boleh menganjurkan satu program pengenalan bagi memberi pendedahan kepada pelajar. Oleh yang demikian, pelajar akan memperolehi idea tentang pendekatan baharu yang ingin diperkenalkan kepada mereka. Selain itu, motivasi pelajar dapat dipertingkatkan melalui penawaran ganjaran. Ganjaran seperti poin, sijil dan baucer boleh diberikan kepada pelajar berdasarkan pengujian dan penilaian yang mereka lakukan. Bagi pelajar generasi z, penggunaan aplikasi teknologi mudah alih seperti Kahoot dan Quizziz dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar (Göksün & Gürsoy, 2019). Justeru, penggunaan aplikasi teknologi yang tepat dengan gaya pembelajaran pelajar mampu meningkatkan semangat pelajar untuk meneruskan pembelajaran.

Akhir sekali, gaya pembelajaran pelajar boleh dikenal pasti dengan memastikan pelajar menjawab borang soal selidik tentang gaya belajar. Terdapat beberapa model gaya pembelajaran yang boleh diberikan kepada pelajar. Walau bagaimanapun, empat model yang popular adalah gaya pembelajaran VARK (Allen, Scheve & Nieter, 2011), gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (Dunn & Dunn, 1979), gaya pembelajaran Honey dan Mumford (1992), dan gaya pembelajaran Kolb (Kolb, 1984). Model gaya pembelajaran tersebut boleh dipilih mengikut kesesuaian pelajar berdasarkan umur dan elemen gaya pembelajaran yang ingin dikenal pasti. Apabila pendidik telah mengenal pasti gaya pembelajaran setiap pelajar, maka pendidik dapat merancang pembelajaran dengan lebih efektif. Kebiasaanya, soal selidik gaya pembelajaran boleh diberikan di awal tahun pengajian supaya perancangan PdP dapat dilakukan mengikut pendekatan pengajaran dan teknologi yang bersesuaian.

(9)

KESIMPULAN

Penerapan heutagogi dalam Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia dapat dilaksanakan dengan baik sekiranyasemua pemegang taruh dan komponen sistem pendidikan mempunyai motivasi dan kesedaran yang tinggiuntuk bersama-sama berganding bahu bagi memastikankejayaan heutagogi. Pendekatan heutagogi dalam PdP adalah bertujuan untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, dan disesuaikan dengan keperluan pendidikan bagi pelajar generasi y dan z. Dengan pengintegrasian aplikasi teknologi mudah alih, pembelajaran penentuan kendiri dapat mengubah hak membuat keputusan kepada pelajar dan pada masa yang sama pelajar dibimbing oleh pendidik serta disokong oleh IPT. Dengan menggabungkan amalan heutagogi, pendidik pula mempunyai peluang untuk menyediakan pelajar untuk cabaran masa hadapan mereka dengan lebih baik dan menjadi pelajar seumur hidup, serta memupuk motivasi pelajar (Kenyon & Hase, 2010). Bagi pihak IPT, hasrat dan matlamat kerajaan untuk meningkatkan akses dan kualiti pendidikan tinggi akan tercapai melalui pendekatan pembelajaran holistik.

RUJUKAN

Abdul Ghani Awang. (1996). Kemahiran Belajar Di Institusi Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Agonács, N., & Matos, J. F. (2017). Towards a Heutagogy-Based MOOC Design Framework. In EMOOCs-WIP (pp. 47-52).

Ahmad Nasir Mohd Yusoff & Noralina Ali, (2018). Penerapan model kolaboratif e-learning dalam kursus Titas MOOC dan aplikasinya dalam platform OpenLearning versi 02, e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2018. 23-24 April 2018.

Ahmad Nasir Mohd Yusoff, Rozihan Mohamad, Noralina Ali & Sidek Ab. Aziz (2018). Memperkasakan Gamifikasi Dalam Hieps 4.0 Mpu Via 'Tools' Heutagogi, Proceedings OF The International University Carnival On E-Learning (IUCEL) 2018.

Allen, K., Scheve, J., & Nieter, V. (2011). Understanding Learning Styles Making a Difference for Diverse Learners. CA: Shell Education.

Amirul Awaludin. (2018). Malaysia di tangga ke-79 dunia dalam kelajuan internet mudah alih – Kajian, Astro Awani, http://www.astroawani.com/berita- teknologi/malaysia-di-tangga-ke-79-dunia-dalam-kelajuan-internet-mudah-alih-kajian-165075

Anderson, T. (2016). Theories for learning with emerging technologies. Emergence and innovation in digital learning: Foundations and applications, 35-50.

Anshari Muhammad, Mohammad Nabil Almunawar, Masitah Shahrill, Danang Kuncoro Wicaksono & Miftachul Huda. (2017). Smartphones usage in the classrooms: Learning aid or interference?. Education and Information Technologies, 22(6), 3063-3079.

Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor & Haliza Jaafar (2007). Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti Di Fakulti Pendidikan, UTM Johor. Johor: Universiti Teknologi Malaysia

Baharin Abu. (2000). Teaching Effectiveness and Staff Professional Development Programmes in HEI in Malaysia. Published Doctoral Thesis, The University of Birmingham, UK.

(10)

Bhoyrub, J., Hurley, J., Neilson, G. R., Ramsay, M., & Smith, M. (2010). Heutagogy: An alternative practice based learning approach. Nurse education in practice, 10(6), 322-326.

Blaschke, L. M. (2012). Heutagogy and lifelong learning: A review of heutagogical practice and self-determined learning. The International Review of Research in Open and Distributed Learning, 13(1), 56-71.Canning 2010

Blaschke, L. M., & Hase, S. (2016). Heutagogy: A holistic framework for creating twenty-first-century self-determined learners. In The future of ubiquitous learning (pp. 25-40). Springer, Berlin, Heidelberg.

Chan, C. S.C., Leng, P.G., Zaharul Lailiddin Saidon & Lim, C.K (2018). Empowering youth performance of the living multicultural heritage of tanjong malim through a heutagogical approach. In Mohd Kipli Abdul Rahman, C.S.C. Chan, Zaharul Lailiddin

Saidon, C. Augustine & S. Maniam (Eds.), Proceedings of the 3rd International Music and Performing Arts Conference (pp. 37-45). Tanjong Malim: Faculty of Music and Performing Arts, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.Chang, 2013; Cook, V. S., & Gregory, R. L. (2018). Emerging Technologies: It's Not What" You"

Say--It's What" They" Do. Online Learning, 22(3), 121-130.

Dunn, R. S., & Dunn, K. J. (1979). Learning Styles/Teaching Styles: Should They... Can They... Be Matched?. Educational leadership, 36(4), 238-44.

Eachempati, P., KS, K. K., Komattil, R., & Ismail, A. R. H. (2017). Heutagogy through Facebook for the Millennial learners. MedEdPublish, 6

Ebrahim Panah. (2018). 21st Century Learning In The 4.0th Industrial Revolution, In International Conference on Education and Regional Development 3rd (ICERD) 2018.

Enna Ayub. (2018). TOPIC: A SMART Future Classroom in VLE for a Massive Number of Students: A Solution for Instructor and Classroom Shortages. UNIVERSITY CARNIVAL on e-LEARNING (IUCEL) 2018, 93.

Göksün, D. O., & Gürsoy, G. (2019). Comparing success and engagement in gamified learning experiences via Kahoot and Quizizz. Computers & Education.

Grasha, A. F., & Yangarber-Hicks, N. (2000). Integrating teaching styles and learning styles with instructional technology. College teaching, 48(1), 2-10.

Gregory, S., & Bannister-Tyrrell, M. (2017). Digital learner presence and online teaching tools: higher cognitive requirements of online learners for effective learning. Research and Practice in Technology Enhanced Learning, 12(1), 18. Habibah Abdul Jalil, Alyani Ismail, Norasiken Bakar, N. A. Azizan & K. Nasir. (2016).

Evaluation of Malaysia Pilot Mooc (Final Report). Universti Putra Malaysia: CADe UPM: Serdang.

Hamdan, Analisa, Rosseni Din, Siti Zuraida Abdul Manaf, Nor Syazwani Mat Salleh, Intan Farahana Kamsin, Helmi Norman, Nor Mohamad Ismail, & Ahmad Syukri Mohamad ZaidPengintegrasian Teknologi Web 2.0 dalam Mencapai Pembelajaran Bermakna. Sains Humanika, 5(1).

Hase, S. (2014a). An introduction to self-determined learning (Heutagogy). In Blaschke, L.M., Kenyon, C. & Hase, S. (eds.), Experiences in self-determined learning, 1-9.

Hase, S. (2014b). 8 Skills For The Learner And Learning Leader In The 21st Century. In Blaschke, L.M., Kenyon, C. & Hase, S. (eds.), Experiences in Self-determinded Learning, 98.

(11)

Hase, S., & Kenyon, C. (2007). Heutagogy: A child of complexity theory. Complicity: An international journal of complexity and education, 4(1).

Hilliam, R., & Williams, G. (2019). Academic and pastoral teams working in partnership to support distance learning students according to curriculum area. Higher Education Pedagogies, 4(1), 32-40.

Huang, Y. C., Backman, S. J., Backman, K. F., McGuire, F. A., & Moore, D. (2019). An investigation of motivation and experience in virtual learning environments: a self-determination theory. Education and Information Technologies, 24(1), 591-611.

Ishak bin Baba. 2009. Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kaitannya Terhadap Prestasi. Geran Jangka Pendek.

Jaakkola, M. (2015). Teacher heutagogy in the network society: A framework for critical reflection. In Critical learning in digital networks (pp. 163-178). Springer, Cham.

Jalaluddin Abdul Malek (2017). The Impact Of Heutagogy Education Through Telecentre In Smart Village (SV), Journal of Social Sciences and Humanities, 12(2): 112-125.

Jayaraman Krishnaswamy, Zarif Hossain, Mohan Kumar Kavigtha, Annamalai Nagaletchimee (2019). What matters for higher education success of private educational institutions? Senior students’ perceptions in Malaysia, Journal of Applied Research in Higher Education.

Jones, C. (2016). Enterprise education: towards the development of the heutagogical learner. AISHEJ: The All Ireland Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 8(1).

Juhazren Junaidi & Madihah Jailani (2010). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Julismah Jani, Boon, O. K., Mohd Sani Madon, Hishamuddin Ahmad, Nur Haziyanti Mohamad Khalid & Yusof Ahmad (2009). Pendekatan Pengajaran, Gaya Belajar dan Jenis Penilaian dalam Mata Pelajaran Sains Sukan di Sekolah Menengah (Teaching Approach, Learning Style and Types of Evaluation in Sport Science Subject at Secondary Schools). Jurnal Pendidikan Malaysia| Malaysian Journal of Education, 34(2), 81-91.

Kementerian Pengajian Tinggi (2018a). Amanat Menteri Pengajian Tinggi 2018. Retrieved from http://mohe.gov.my/muat-turun/awam/teks-ucapan-dan- slide/2018/amanat-2018/463-text-ucapan-amanat-menteri-pendidikan-tinggi-2018

Kementerian Pengajian Tinggi (2018b). Framing Malaysian Higher Education 4.0: Future Proof Talents

Kenyon, C., & Hase, S. (2010). Andragogy and heutagogy in postgraduate work. In Meeting the challenges of change in postgraduate education (pp. 165-177). London: Continuum.

Kolb, D. A. (1984). Experiential Learning. Englewood Cliff. New Jersey: Prentice Hall. Kumar, J. A., & Al-Samarraie, H. (2018). MOOCs in the Malaysian higher education institutions: The instructors’ perspectives. The Reference Librarian, 59(3), 163-177.

McAuley, A., Stewart, B., Siemens, G., & Cormier, D. (2010). The MOOC model for digital practice.

(12)

McAuliffe, M., Hargreaves, D., Winter, A., & Chadwick, G. (2009). Does pedagogy still rule?. Australasian Journal of Engineering Education, 15(1), 13-18. Gerstein (2014)

Melor Md. Yunus (2018). Innovation in Education and Language Learning in 21st century. Journal of Sustainable Development Education and Research, 2(1), 33-34.

Mumford, A., & Honey, P. (1992). Questions and answers on learning styles questionnaire. Industrial and Commercial Training, 24(7).

Nor Adila Kedin, Shahitul Badariah Sulaiman, Izni Syamsina Saari, Ainon Syazana Ab. Hamid, & Nurul Emyza Zahidi (2018). ID NO. UiTM006 TOPIC:―Heutagogy Approach: Exploring Statistics in MOOC. UNIVERSITY CARNIVAL on e-LEARNING (IUCEL) 2018, 148.

Osika, E. R., Johnson, R. Y., & Buteau, R. (2009). Factors influencing faculty use of technology in online instruction: A case study. Online Journal of Distance Learning Administration, 12(1), 13-24.

Othman Lebar & Nur Haziyanti Mansor. (2007). Pencapaian pelajar mengikut gaya belajar dan bentuk pentaksiran. Dicapai pada 3 Jun 2006 daripada http://jpnperak.edua.my/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=34., pp. 649-666.

Qureshi, E., Morton, L. L., & Antosz, E. (2002). An interesting profile—University students who take distance education courses show weaker motivation than on-campus students. Online Journal of Distance Learning Administration, 5(4), 1-10.

Ramlah Jantan & Mahani Razali (2004). Psikologi pendidikan: Pendekatan kontemporari. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Malaysia.

Razzaq, F., Shaikh, S., & Khaskhelly, F. Z. (2018). Patterns of Learning Styles through E-Learning in Pakistan. International Research Journal of Arts & Humanities (IRJAH), 46(46).

Reem Rachel Abraham & Ramnarayan Komattil (2017). Heutagogic approach to developing capable learners, Medical Teacher, 39:3, 295-299,

Ryan, R. M., & Deci, E. L. (2000). Intrinsic and extrinsic motivations: Classic definitions and new directions. Contemporary educational psychology, 25(1), 54-67.

Snowden, M., & Halsall, J. (2014). Community development: A shift in thinking towards heutagogy. International journal of Multi Disciplianary Comparative Studies, 1(3), 81-91.

Vogel, C., Hochberg, J., Hackstein, S., Bockshecker, A., Bastiaens, T. J., & Baumöl, U. (2018, June). Dropout in Distance Education and how to Prevent it. In EdMedia+ Innovate Learning (pp. 1788-1799). Association for the Advancement of Computing in Education (AACE).

Wahiza Wahi & Fazilah Idris. (2017). Pendekatan Heutagogi dalam Pendidikan Citra UKM abad ke -21, The Second International Conference On Education And Regional Development (ICERD 2nd): Instructional Technology For 21st Century Learning.

Zuraini Zakaria, Fatimah Hassan, Hasmawati Hassan & Noresah Hj. Mohd Shariff (2006). Laporan Akhir: Cabaran pendidikan secara jarak jauh: kesedaran dan pendedahan dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Referensi

Dokumen terkait

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

638/BPBD/2016 tanggal 26 Agustus 2016 tentang Perpanjangan Penetapan Status Siaga Darurat Penanggulangan Bencana Asap Akibat Kebakaran Hutan dan Lahan di Provinsi