• Tidak ada hasil yang ditemukan

KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAN MODUL PENDIDIKAN AKHLAK : ISU DAN CABARAN MASA KINI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAN MODUL PENDIDIKAN AKHLAK : ISU DAN CABARAN MASA KINI"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAN MODUL PENDIDIKAN AKHLAK : ISU DAN CABARAN

MASA KINI

Nor Fauzian Binti Kassim

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara fauzian@ipsah.edu.my

Fauziah Hanim binti Abdul Jalal, PhD

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia fauziah@fppm.upsi.edu.my

ABSTRAK

Artikel ini bertujuan menghuraikan mengenai kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Modul Pendidikan Akhlak dengan mengupas isu dan cabaran yang dihadapi oleh para pendidik dan kanak-kanak dalam konteks pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan pada masa kini. Kurikulum yang sedia ada dalam sistem pendidikan kini dibincangkan secara terperinci. Dalam penulisan ini, tiga permasalahan utama yang ketara dihadapi oleh golongan pendidik dikupas berkaitan dengan kandungan kurikulum yang kurang tepat dan jelas, kemahiran pedagogi atau kaedah penyampaian pengajaran yang kurang dikuasai dan kekurangan sumber pengajaran yang boleh menjadi medium dalam menyampaikan kurikulum agar lebih berkesan. Kanak-kanak pula didapati menghadapi masalah dalam penguasaan pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan aspek kerohanian dan moral. Keberkesanan pembelajaran dalam kalangan kanak- kanak yang sukar diukur juga merupakan antara isu yang dihadapi. Keberkesanan kurikulum turut dihuraikan bersama kepentingannya terhadap proses pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pembinaan Modul Pendidikan Akhlak diharapkan dapat menjadi solusi alternatif dalam menghadapi isu dan cabaran tersebut. Di samping itu, kurikulum integratif juga disarankan agar lebih relevan dalam menangani isu dan cabaran globalisasi seiring dengan hasrat transformasi dalam pendidikan menuju ke status negara maju.

KATA KUNCI

Kurikulum, Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pendidikan Akhlak

1. PENGENALAN

Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari lepas lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut The National Association for The Education of Young Children (NAEYC, 2011) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, Pendidikan awal kanak-kanak (early childhood education) merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak sejak lahir hingga ke umur lapan tahun. Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia merujuk kepada program- program yang disediakan untuk kanak-kanak yang berumur sejak lahir sehingga lapan tahun

(2)

termasuk jagaan di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah atau sekolah rendah. Program seumpama itu dikendalikan oleh pelbagai institusi yang berbeza-beza.

Morrison (2011), mentakrifkan pendidikan awal kanak-kanak sebagai program yang menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak dari usia sejak lahir hingga ke usia lapan tahun samada program secara separuh atau sepenuh masa di pusat, rumah, institusi, tadika dan sekolah rendah. Pendidikan Awal Kanak-kanak pada masa kini, memberi penekanan kepada kepelbagaian kanak-kanak, amalan bersesuaian perkembangan, perhatian kepada kanak-kanak berkeperluan khas di samping keperluan memenuhi standard pencapaian seperti yang digariskan oleh NAEYC.

Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Abdullah Nashih Ulwan (1996) dalam penulisannya yang terkenal iaitu Tarbiyatu’l-Aulad fi’l-Islam (Pedoman Pendidikan Anak dalam Islam) menjelaskan tangungjawab terbesar bagi para pendidik terdiri daripada tujuh iaitu tanggungjawab Pendidikan Iman, tanggungjawab Pendidikan Akhlak(Moral), tanggungjawab Pendidikan Fizik, tanggungjawab Pendidikan Intelektual, tanggungjawab Pendidikan Psikologi, tanggungjawab Pendidikan Sosial dan tanggungjawab Pendidikan Seksual.

Menurut Abdullah Nashih Ulwan (1996) lagi, ibu bapa dan pendidik bertanggungjawab mencorakkan kehidupan anak dengan memberikan pendidikan yang sempurna dan sewajarnya.

Ibu bapa juga merupakan teladan kepada anak-anak. Apa yang dilakukan oleh ibu bapa, bakal menjadi ikutan mereka dalam proses pembentukan tingkah laku dan keperibadian diri. Dalam hal ini, Imam Al-Ghazali (1996) turut bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa anak merupakan amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Tanggungjawab ibu bapa amat besar dan seharusnya dilaksanakan dengan sebaiknya.

Kini, kebanyakan ibu bapa semakin ramai menghantar anak-anak mereka ke taman asuhan sejak dari awal usia lagi, ekoran kesedaran terhadap kepentingan pendidikan awal kanak-kanak selari dengan bertambahnya golongan wanita yang bekerjaya. Kebanyakan ibu bapa yang bekerjaya, meletakkan tanggungjawab menjaga, mengasuh dan memberi pendidikan kepada orang lain atau pengasuh serta guru di pusat-pusat asuhan, jagaaan dan didikan seperti taska dan tadika. Justeru itu, pendidikan awal kanak-kanak wajar diberikan perhatian serius khususnya kandungan kurikulum yang berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.

2. KONSEP KURIKULUM

Kurikulum didefinisikan sebagai cara membantu pendidik berfikir tentang kanak-kanak dan mengurus pengalaman kanak-kanak berdasarkan program. Kurikulum juga boleh dimaksudkan semua pengalaman yang berlaku di sekolah. Kurikulum merupakan bentuk penulisan yang dirancang untuk pembelajaran. Selain itu kurikulum juga membawa pengertian senarai topik pembelajaran yang akan dilaksanakan.

Mengikut Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003), kurikulum adalah rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disusun bagi mencapai sesuatu matlamat pendidikan. Menurut Feldman (1991) pula, kurikulum merupakan asas untuk mengajar dan memberi maksud ke arah pendidikan. Manakala Catron dan Allen (1999) menjelaskan bahawa kurikulum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kurikulum nyata dan kurikulum tersembunyi. Kurikulum nyata adalah pengajaran dan pembelajaran secara langsung berkenaan pelbagai aspek perkembangan kanak- kanak seperti jasmani, emosi, rohani, intelek, merancang aktiviti dan membuat penilaian.

Kurikulum tersembunyi pula ialah perkara yang dipelajari oleh kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku kanak-kanak dan tindakan guru serta pengaruh persekitaran.

(3)

3.0 PERTIMBANGAN DAN PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM 3.1 Falsafah Penddikan

Pembentukan sesuatu kurikulum memerlukan penetapan dalam falsafah. Jika ingin menyediakan kurikulum prasekolah maka falsafah pendidikan prasekolah wajar ditentukan terlebih dahulu. Misalnya, falsafah prasekolah menggambarkan tujuan prasekolah, nilai dan kepercayaan guru tentang bagaimana kanak-kanak belajar. Falsafah yang dipegang atau dirujuk oleh guru prasekolah mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat untuk kanak-kanak. Justeru, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibentuk berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Kedua-dua falsafah ini perlu diterjemahkan mengikut kesesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Pendidik dan penggubal kurikulum perlu memahami hasrat negara yang dinyatakan dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap kurikulum yang dibentuk adalah untuk memenuhi keperluan jangka panjang. Kesan daripada hasil kurikulum yang digubal akan melahirkan generasi negara seperti mana yang dihasratkan dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.2 Matlamat dan Objektif

Matlamat dan objektif yang dibentuk merupakan panduan program bagi memulakan pembelajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak. Sehubungan itu, matlamat dan objektif perlu ditulis dalam bentuk yang boleh dilihat oleh guru supaya guru dapat mengukur atau menilai kurikulum yang ingin diperolehi. Guru pula perlu menyesuaikan objektif yang perlu dicapai oleh kanak-kanak secara individu memandangkan kanak-kanak belajar pada tahap yang berbeza-beza.

4.0 FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM

Selain daripada mengetahui tiga komponen utama bagi membentuk sesuatu kurikulum, kita juga perlu memahami faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan atau perubahan sesuatu kurikulum.

4.1 Kehendak dan Keperluan Murid

Merujuk kepada Teori Keperluan Maslow , faktor keperluan murid merangkumi keperluan asas, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri. Kehendak dan keperluan murid perlu dipenuhi supaya menjamin konsep kendiri yang positif sejajar dengan apa yang terkandung di dalam sesuatu kurikulum yang ingin dirancang. Perlu difahami bahawa keperluan individu juga perlu dipenuhi dari aspek ilmu pengetahuan, peluang mengembangkan potensi dan minat secara menyeluruh dari pelbagai aspek agar perkembangan berlaku secara seimbang dan harmonis.

4.2 Kehendak dan Keperluan Negara

Kehendak dan keperluan negara adalah berkaitan dengan ideologi, budaya dan nilai dalam sesebuah masyarakat dan negara. Di negara Malaysia pembentukan kurikulum pendidikan haruslah mengutamakan kepelbagaian kaum yang pastinya dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Maka, elemen yang dimasukkan di dalam kurikulum adalah mengandungi unsur-unsur kebudayaan masyakarat serta nilai yang diterima oleh semua. Ia juga wajar mementingkan keperluan negara untuk bersaing dalam era globalisasi.

(4)

4.3 Kehendak Sejagat

Pembentukan sesuatu kurikulum juga mestilah memenuhi kehendak sarwa jagat. Arus pemodenan dengan kepesatan teknologi misalnya telah menuntut persaingan positif di seluruh dunia. Aspek keseimbangan politik, kestabilan ekonomi serta teknologi maklumat dan komunikasi merupakan asas pembangunan sesebuah negara. Asas pembangunan sesebuah negara juga bergantung kepada bidang pendidikan. Maka dengan itu, kurikulum pendidikan yang ideal akan menyediakan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, berketrampilan dan mempunyai jati diri untuk negara. Justeru, pembentukan sesuatu kurikulum perlulah memenuhi semua kehendak stakeholders.

5.0 KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA 5.1 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan telah dibentuk berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penekanan diberi kepada bahasa merentas semua tunjang kerana penguasaan bahasa amat penting dalam proses pembelajaran. Penguasaan kemahiran bahasa diperolehi melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kecekapan berbahasa akan membantu murid berfikir, memahami sesuatu konsep, berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan.

Pelaksanaan kurikulum secara bersepadu dirancang melalui pendekatan Amalan yang Bersesuaian dengan Perkembangan Murid (ABP) seperti yang disarankan oleh NAEYC. Amalan yang Bersesuaian dengan Perkembangan murid adalah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid. Pendekatan kurikulum yang berfokus kepada hasil pembelajaran (outcome-based learning) memberi penekanan kepada apa yang murid perlu tahu, faham dan buat serta amalkan hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus diperolehi dan dicapai oleh murid.

5.2 Pengenalan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Sub-NKRA (National Key Result Area) Peningkatan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012 dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Kronologi Penyemakan Kurikulum telah dilakukan seperi berikut:

1970an – KEMAS dan Jabatan Perpaduan memulakan kelas prasekolah awam 1986 – Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM

1992 – KPM memulakan Prasekolah

1993 – Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

2003 – Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) 2008/9 – KPK disemak semula

2010 – Pelaksanaan KSPK

Perubahan dan penyemakan terhadap kurikulum dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilakukan dari masa ke semasa agar relevan dengan isu dan cabaran semasa.

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

(5)

Sistem pendidikan negara memberikan penekanan terhadap perkara-perkara seperti:

- Pembangunan modal insan - Penghasilan pelajar celik minda

- Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat

- Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif

6.0 FAKTOR KEBERKESANAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK

Keberkesanan pelaksanaan kurikulum bergantung kepada beberapa faktor penting. Antara faktor-faktor tersebut ialah;

6.1 Ilmu dan kandungan kurikulum

Sepertimana yang telah ditakrifkan, kurikulum merupakan panduan perancangan pelaksanaan matlamat dan falsafah. Sehubungan dengan itu, ilmu dan kandungan dalam sesuatu kurikulum mestilah bertepatan dan sesuai dengan kehendak individu, kehendak negara dan kehendak sejagat. Dalam hal ini, kandungan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak perlulah memenuhi kehendak dan keperluan serta perkembangan awal kanak-kanak.

Kandungan kurikulum prasekolah misalnya, mengandungi beberapa tunjang yang diperjelaskan menerusi objektif khusus. Namun, justifikasi tentang keberkesanan pelaksanaan kurikulum dan kaedah pengaplikasiannya dalam bilik darjah masih boleh dipertikaikan. Inilah antara isu yang sering diketengahkan oleh sesetengah pihak berkaitan ilmu dan kandungan kurikulum yang sewajarnya disepadukan menerusi semua tunjang.

6.2 Kemahiran Guru

Guru atau pendidik memainkan peranan utama sebagai pelaksana kurikulum. Keberkesanan kurikulum amat bergantung kepada dedikasi seorang guru atau pendidik. Justeru, guru perlu menguasai pelbagai kemahiran dalam ilmu pedagog dan psikologii, mengaplikasikan pelbagai pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran, kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Penyelesaikan masalah, kemahiran melakukan penyelidikan, pengurusan ruang, kemahiran berfikir dan sentiasa berusaha meningkatkan penguasaan ilmu serta kecerdasan pelbagai. Dalam erti kata lain, cabaran terhadap tugas dan tanggungjawab guru amat tinggi. Oleh itu, guru atau pendidik dituntut agar sentiasa mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hayat.

6.3 Sumber dan Murid

Bahan dan peralatan merupakan salah satu aspek yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan kurikulum. Guru perlu memahami dengan jelas keperluan bahan dan peralatan yang bersesuaian dengan kehendak kurikulum. Kesesuaian bahan dan peralatan dari segi aktiviti pembelajaran dan pengajaran termasuklah keselamatan penggunaannya kepada murid merupakan faktor utama dalam menentukan keberkesanan melaksanakan sesuatu kurikulum. Setiap sumber yang dipilih pula mestilah bersesuaian dengan keperluan murid. Bahan dan aktiviti yang disusun akan memberikan kesan kepada proses pembelajaran murid. Ia secara langsung mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan kurikulum.

(6)

6.4 Premis

Persekitaran premis yang kondusif mendorong aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar turut menyumbang kepada keberkesanan pelaksanaan kurikulum. Pengurusan ruang dalam bilik darjah serta pengurusan ruang luar bangunan yang selamat dan sistematik akan menggalakkan kesedíaan pembelajaran seterusnya mempengaruhi tingkah laku murid. Hasil kajian Kounin & Shernan (1979), mendapati bahawa murid akan berkelakuan mengikut keadaan yang bersesuaian dengan reka bentuk persekitaran.

6.5 Kurikulum Berpusat

Kurikulum disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia secara berpusat. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal khusus untuk kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun dan menjadi rujukan wajib kepada guru-guru prasekolah seperti dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996.

7.0 ISU-ISU DAN PERMASALAHAN BERKAITAN PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK

Pada era globalisasi kini, masyarakat menjadi semakin ghairah mengejar kemajuan dalam kehidupan selaras dengan hasrat negara menuju Wawsan 2020 yang mensasarkan status negara maju menjelang tahun 2020. Dalam keghairahan tersebut, masyarakat menjadi lalai dan terleka dengan tuntutan agama atau disiplin ilmu yang berteraskan keagamaan. Hal yang sama berlaku dalam bidang pendidikan. Justeru, pendidikan yang seimbang dari segi intelek dan kerohanian perlu disemai seawal usia kanak-kanak lagi agar dapat melahirkan insan yang bukan sahaja tinggi inteleknya bahkan berakhlak mulia serta mampu menghadapi cabaran globalisasi.

Dalam usaha negara mencapai status negara maju, gejala keruntuhan akhlak juga semakin menjadi-jadi. Permasalahan akhlak yang wujud dalam kalangan pelajar samada berbentuk akhlak luaran mahu pun melibatkan hubungan dengan Allah sering dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan negara sekalipun kedua-duanya bukan faktor penyebab yang utama (Zaharah Hussin, 2008). Kajian-kajian terkini oleh Ab Halim Tamuri et.al (2004) serta Ahmad Mohd Salleh (1997) telah mendedahkan ketidakupayaan sesetengah guru Pendidikan Islam dalam membentuk diri mereka selaku pembimbing dan role model kepada pelajar.

Pendidikan merupakan satu istilah yang memberi makna yang sangat luas kepada manusia.

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas kepada pembinaan sesuatu bangsa. Pepatah Arab menyebut bahawa jika kita ingin melihat generasi masa hadapan; lihatlah kepada golongan kanak-kanak pada masa kini. Masalah keruntuhan akhlak yang berleluasa yang berlaku kini boleh diatasi dengan memberikan pendidikan agama yang sesuai kepada kanak-kanak (Noor Azizi Ismail dan Syamsul Bahri Andi Galigo, 2010). Pendidikan memerlukan sukatan pelajaran atau kurikulum yang tersendiri dan khusus. Kurikulum bermaksud segala perancangan pendidikan yang dikehendaki oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan.

Kurikulum mencerakinkan konsep dan falsafah pendidikan secara lebih terperinci.

8.0 CABARAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Cabaran dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak didapati semakin hebat sejajar dengan keperihatihan pelbagai pihak samada pihak pembuat dasar, pelaksana malah masyarakat umumnya. Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) merangkumi permainan dan aktiviti-aktiviti di luar dan di dalam bilik darjah, merangkumi segala yang berlaku sepanjang hari di sekolah. Kurikulum PAKK juga merupakan suatu yang dirancang dan tidak dirancang (hidden

(7)

curriculum). Ia adalah pengalaman pembelajaran yang dibekalkan kepada kanak-kanak sesuai tahap perkembangan mereka. Dalam hal ini, Mastura Badzis (2010) menyarankan pembinaan Kurikulum Intergratif yang menyepadukan pengetahuan dengan pengalaman, aspek pengetahuan dan potensi dan pendekatan Barat dan Islam.

Kurikulum PAKK bukan sekadar untuk mendidik kanak-kanak supaya pandai membaca, menulis dan mengira sahaja. Tapi apa yang lebih penting, ia perlu dibentuk untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri kanak-kanak ke arah perkembangan yang menyeluruh dan seimbang. Sehubungan dengan itu, kurikulum Pendidikan Islam bagi kanak-kanak secara umum bertujuan untuk memantapkan akidah Islam meningkatkan kecenderungan kepada ilmu, keimanan dan mencapai matlamat pembinaan modal insan.

Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam adalah berdasarkan peruntukan perundangan yang kuat dan jelas dalam Perlembagaan Malaysia. Perkara 3. (1) dalam Perlembagaan Malaysia menggariskan bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara 12. (3) pula menyatakan tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.

Merujuk kepada Akta Pendidikan 1996 pula, Seksyen 50 (1) “Pengajaran Agama Islam”

perlu diajar jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Seksyen 51(b) tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya.

Selaras dengan transformasi dalam pendidikan, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah dibentuk pada tahun 2010 bagi menggantikan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) dengan menggariskan matlamat dan objektif pendidikan yang berkaitan dengan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral secara khusus menerusi Tunjang Kerohanian, sikap dan nilai. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam seminggu manakala Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu. Pelaksanaan KSPK adalah ke atas murid-murid prasekolah dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun. Di samping itu, terdapat juga kurikulum Perkembangan Kerohanian yang terkandung dalam Modul PERMATA yang mengkhususkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan umur empat tahun ke bawah.

Dalam konteks Pendidikan Islam, pendidikan hendaklah berteraskan Al-Quran dan As- Sunnah yang didasari oleh tauhid dan keesaan Allah SWT. Kegagalan untuk meletakkan Al- Quran dan As-Sunnah dalam Pendidikan Islam akan menyebabkan kegagalan dalam membentuk sahsiah muslim yang komited terhadap tuntutan agama . Justeru, Pendidikan Islam menawarkan pendidikan yang bersepadu dan ia meliputi aspek rohani, emosi, akal dan fizikal dengan menjadikan rohani sebagai teras pembinaan.

Selain itu, Pendidikan Islam juga merangkumi ilmu naqli dan aqli, ilmu fardu ain dan kifayah seperti dinyatakan oleh Imam AI-Ghazali. Menurut Abdul Salam Yussof (2003), empat istilah penting yang sering disebut oleh Imam al-Ghazali (1058-1111) dalam kitab-kitab penulisan beliau ialah aql (akal), qalb (hati), roh (nyawa) dan nafs (jiwa). Ilmu terbahagi kepada dua iaitu Ilmu agama dan ilmu intelektual. Kedua-duanya pula boleh diklasifikasi kepada ilmu terpuji (mahmudah) dan ilmu yang tercela (mazmumah).

Kesemua konsep dan pengisian yang dinyatakan di atas saling berkaitan dan pengakhirannya adalah sama iaitu kembali kepada Allah sesuai dengan maksud proses ubudiyah kepadaNya dan mengenali kebesaranNya. Asas pendidikan kanak-kanak dalam kaca mata Islam merujuk kepada himpunan ayat-ayat Al-Quran seperti Surah al-Baqarah ayat 31 hingga 33 dan Surah Luqman ayat 12 hingga 19.

(8)

Standard pembelajaran yang ingin dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang berteraskan tunjang Kerohanian, sikap dan nilai khususnya kurikulum Pendidikan Islam ialah murid dapat mengetahui asas Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah. Pada masa yang sama, murid dapat bersuci, berwuduk dan melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut adab.

Murid juga dapat mengenal asas bahasa Al Quran, huruf hijaiyah dan Jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan.

Manakala bagi kurikulum Pendidikan Moral pula, objektifnya ialah murid boleh mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan, kerajinan, kasih sayang, kejujuran, berdikari, keberanian, baik hati, berdisiplin, berterima kasih, toleransi, keadilan, menghormati, bertanggungjawab, kerjasama, hemah tinggi serta kesederhanaan. Merujuk kepada kandungan kurikulum-kurikulum yang dijelaskan, ternyata pencapaian matlamat dan objektif kurikulum sejajar dengan hasrat FPK menuntut komitmen yang padu dari para pendidik. Permasalahan timbul bila mana pendidik tidak jelas mengenai kandungan kurikulum, keperluan pelaksanaannya dan kurang arif untuk menterjemahkan kurikulum dalam bentuk pengajaran. Banyak kajian telah dijalankan misalnya kajian-kajian yang dijalankan oleh Ab Halim et.al., (2004; 2005; 2007) yang membuktikan kegagalan dan permasalahan yang dihadapi oleh pendidik khususnya guru Pendidikan Islam.

Pendidikan Islam merupakan pendidikan yang falsafah dan tujuan serta teori-teori dibangunkan untuk melaksanakan praktik pendidikan yang didasari kepada nilai-nilai yang terkandung dalam Al Quran dan hadis (Thoha, 1996). Manakala menurut Al-Attas (1992) pula, mendefinisikan pendidikan Islam sebagai usaha yang dilakukan oleh pendidik terhadap murid- murid untuk pengenalan dan pengakuan tempat-tempat yang benar dari segala sesuatu dari aturan penciptaan sehingga membimbing mereka ke arah kebaikan. Falsafah Pendidkan Islam berfokuskan kepada pembentukan individu bagi membolehkannya menjadi insan yang sempurna dan seimbang dari segi pertambahan ilmu dan pembentukan akhlak dan rohani.

Imam Al-Ghazali (2005) mengemukakan lima aspek utama dalam pendidikan kanak-kanak di awal perkembangannya iaitu Qudwah (role model), Mulahazah wa mutaba’ah (pemerhatian dan peniruan), i’tiyad (kelaziman / kebiasaan), Al-thawab wa al iqab (ganjaran dan hukuman), dan nasihat sebagai penyelesaian. Beliau turut menekankan tentang pentingnya ibu bapa dan guru menjadi role model atau ikutan yang baik kerana sikap atau tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa sebenarnya adalah kurikulum dalam pendidikan seorang kanak-kanak. Bersesuaian dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka meniru perilaku atau apa sahaja yang ada di hadapannya, maka kanak-kanak belajar melalui pemerhatian yang jika dibiarkan ia akan menjadi kebiasaan atau I’tiyad dan sukarlah untuk dibentuk. Dalam menangani masalah ini, ibu bapa atau pendidik diberi pilihan antara memberi pengukuhan dan ganjaran yang baik atau hukuman. Jalan yang terbaik adalah dengan memberi nasihat yang dapat mendidik jiwa dengan jiwa atau ‘alhal bilhal’, seperti yang tertera dalam kitab karangannya Ayyuha al-walad.

Perkara yang sama diutarakan oleh Wan Nurulhuda (2011) yang berpendapat pendidikan agak berbeza dengan pengajaran. Pengajaran adalah suatu konsep menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang yang mendengar, seperti seorang guru yang mengajar di bilik darjah.

Ia berbeza dengan pendidikan kerana pendidikan adalah proses didikan yang datang dari hati dan disampaikan juga melalui hati agar lekat di hati orang yang mendengarnya.

Pendidikan Islam amat penting diterapkan kepada kanak-kanak seawal usia kerana pada peringkat ini, kanak-kanak tidak dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk. Oleh itu, Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan sahaja dari segi kelakuan fizikalnya malah pemantapan akhlak perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya. Justeru, pendidikan adalah penting bagi membentuk kehidupan seseorang yang bermula dari peringkat awal kanak-kanak lagi.

(9)

Walau pun semua pihak sedia maklum tentang kepentingan Pendidikan Islam dalam PAKK namun, permasalahan besar yang timbul dalam kalangan pendidik ialah kekurangan modul yang boleh dijadikan panduan untuk menyampaikan isi kurikulum dalam bentuk pengajaran secara efektif. Modul pendidikan yang sesuai sangat diperlukan bagi merealisasikan matlamat FPK yang menjadi hasrat negara sekali gus menjadi harapan para pendidik dan ibu bapa.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM telah menerbitkan Siri Panduan Guru Prasekolah sebagai panduan kurikulum yang dinamakan sebagai Modul Pendidikan Islam sebaik sahaja KSPK diperkenalkan pada tahun 2010. Namun, kandungan modul tersebut lebih menjurus kepada pencapaian Standard Pembelajaran yang digariskan dalam KSPK yang mensasarkan kanak-kanak yang berusia lima dan enam tahun.. Ia tidak mengkhususkan kepada asas pendidikan akhlak yang seharusnya diterapkan dalam diri kanak-kanak seawal usia.

9.0 KEPENTINGAN MODUL DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Tidak dinafikan, terdapat modul yang dikenali sebagai Modul PERMATA yang digubal untuk program PERMATA telah diaplikasikan mulai tahun 2010. Kandungan modul memberi tumpuan kepada kanak-kanak seawal usia (sejak lahir hingga empat tahun). Sebagai contoh Modul PERMATA 0-6 bulan memberi tumpuan kepada komponen lain seperti Komponen Perkembangan Bahasa, Komunikasi Dan Literasi Awal, Pengamatan Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran, Perkembangan Fizikal Dan Koordinasi Motor berbanding komponen Pembinaan Sosio Emosi, Sahsiah Dan Kerohanian.

Modul PERMATA 1-2 tahun pula mengandungi lima fokus perkembangan termasuk Pembinaan Sahsiah namun aspek Kerohanian (bagi kanak-kanak Islam) hanya diselitkan dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan tema-tema tertentu. Di samping itu, modul tambahan disediakan pada bahagian akhir setiap modul. Ini membuktikan kurangnya penekanan diberikan kepada aspek pembinaan sahsiah dan perkembangan kerohanian kanak-kanak.

Pelaksanaan kandungan kedua-dua modul yang dibincangkan juga didapati tidak menjurus kepada sebarang pendekatan khusus yang memudahkan pendidik menterjemahkannya dalam bentuk pengajaran. Aktiviti–aktiviti seperti berzikir, berselawat dan bersyukur yang disarankan juga lebih merupakan aktiviti yang boleh dijadikan sebagai rutin. Pembinaan kedua-dua modul tersebut juga tidak merujuk kepada mana-mana ayat atau surah yang terkandung dalam Al- Qur’an. Malah, isi kandungan modul–modul tersebut juga tidak melalui proses penyelidikan seperti pembinaan dan pengujian modul iaitu proses kesahan dan kebolehpercayaan. Sehingga kini, belum ada sebarang kajian dijalankan bagi melihat keberkesanan pelaksanaan atau kesan penggunaan kedua-dua modul tersebut walau pun telah hampir empat tahun diaplikasikan dalam program pendidikan awal kanak-kanak.

Berdasarkan tinjauan literatur yang dijalankan, pengkaji mendapati Surah Luqman ada dirujuk dan mendasari beberapa kajian seperti kajian bertajuk Pendidikan Keibubapaan Berdasarkan Surah Luqman yang dijalankan oleh Rusnaaini, Suhanim dan Syahrul Faizaz (2004).

Kajian seumpamanya juga dijalankan oleh Fauziah Hanim, Nazariah dan Ibrahim (2010) yang bertajuk Pembangunan Modul Keibubapaan Berkonsepkan Pendidikan Al-Luqman : Kajian Dalam Kalangan Keluarga Muslim dan kajian oleh Wan Nurulhuda (2011) yang bertajuk Metodologi Pendidikan Anak Menurut Surah Luqman. Pengkaji mendapati ketiga-tiga kajian tersebut lebih berfokus kepada aspek keibubapaan dan kaedah pendidikan yang wajar dilaksanakan oleh ibu bapa bukannya oleh pendidik.

Modul lain yang boleh dikaitkan dengan Surah Luqman juga telah dihasilkan oleh sekumpulan penyelidik dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang diketuai oleh Riduan Khairi yang bertajuk Modul Menjadi Guru Cemerlang Berdasarkan Surah Luqman sekitar tahun 2006. Modul tersebut diaplikasikan dalam bentuk ceramah kepada

(10)

kalangan pendidik di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Walau pun modul tersebut digunakan dalam bidang pendidikan dan keguruan namun, ia tetap tidak berfokus sebagai panduan untuk guru sebaliknya sebagai panduan kepada penceramah. Modul tersebut juga disasarkan kepada guru sekolah rendah bukan pendidik awal kanak-kanak (prasekolah dan taska).

Sebagai kesimpulannya pengkaji dapat merumuskan bahawa belum terdapat satu pun modul yang dibina dengan merujuk Surah Luqman dan memberi tumpuan khusus kepada pendidikan akhlak dan tingkah laku kanak-kanak. Kajian-kajian terdahulu dan modul sedia ada lebih menjurus kepada usaha untuk menangani pemasalahan keruntukan akhlak dalam kalangan remaja dengan menggunakan pendekatan kaunseling atau keibubapaan. Sebaiknya pendidikan awal kanak-kanak diberi keutamaan kerana ia merupakan asas kepada peringkat pendidikan seterusnya.

10.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN AKHLAK DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK

Pendidikan akhlak dan tingkah laku kanak-kanak pada peringkat awal perlu dititikberatkan agar dapat menjamin pembentukan sahsiah diri yang unggul seterusnya memperkasakan dan memartabatkan agama Islam. Pendidikan yang berlandaskan syariat Islam bukan sekadar menguasai bidang teknikal dan akademik semata-mata malah ianya lebih ke arah pemupukan nilai dan pembentukan akhlak. Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kesilapan mendidik anak-anak pada peringkat awal akan menyebabkan berlakunya kecelaruan nilai dan kerosakan akhlak pada peringkat seterusnya.

Islam juga telah menggariskan panduan yang jelas mengenai proses pendidikan akhlak kanak-kanak. Tingkah laku kanak-kanak yang baik dilihat perlu seiring dengan kemajuan negara.

Proses pentarbiyahan kanak-kanak seharusnya dimulai dari awal kelahiran hinggalah mereka meningkat dewasa. Justeru, penelitian yang khusus terhadap kaedah atau metodologi pendidikan kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Allah SWT menerusi Surah Luqman sewajarnya diberikan perhatian agar kaedah ini dapat diaplikasikan di dalam pendidikan anak-anak pada masa kini (Wan Nurulhuda Wan Jusoh, 2011).

11.0 RUMUSAN

Sebagai kesimpulan, kertas konsep ini akan menghuraikan permasalahan yang dihadapi oleh golongan pendidik khususnya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Bagi mencapai matlamat melahirkan insan seimbang dan harmoni, bukanlah perkara yang mudah. Pembanguan modal insan memerlukan strategi yang holistik. Pembangunan yang menyeluruh ini amat penting kerana jenis cabaran pada hari ini dan pada masa depan bukan sahaja bersifat intelektual dan saintifik tetapi cabaran yang menunggu juga bersifat emosi dan psike (Sidek Baba, 2011).

Justeru, pencapaian matlamat yang termaktub dalam FPK jelas menuntut suatu pendekatan yang lebih efektif melalui pengintegrasian kurikulum yang mantap pada peringkat yang paling asas.

Senario transformasi yang berlaku dalam sistem pendidikan menjelang tahun 2020 ini dilihat semakin penting dan mencabar. Transformasi yang berlaku sudah pasti menuntut pendidikan yang mantap dan berinovatif. Modul Pendidikan Akhlak berdasarkan Surah Luqman dilihat sebagai satu mekanisme baru yang inovatif untuk disesuaikan kepada para pendidik dalam pendidikan awal kanak-kanak. Oleh yang demikian, sudah sampai masanya para pendidik awal kanak-kanak mengaplikasikan panduan pengajaran yang lebih efektif seperti yang dicadangkan dalam kertas konsep ini. Maka dengan itu, diharapkan hasrat dan matlamat pendidikan khususnya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak akan terlaksana.

Referensi

Dokumen terkait

Perubahan mutu atribut tekstur selama penyimpanan 0 o C selama 10 hari yang paling lambat adalah pada udang yang direndam menggunakan bawang merah 1:2. Namun

“ Boerhavia diffusa (Punarnava) Root Extract as green Corrosion Inhibitor for Mild Steel in Hydrochloric Acid Solution: Theoritical and Electrochemical Studies.”

Improvers and Functional Ingredients in Whole Wheat Bread: A Review of Their Effects on Dough Properties and Bread Quality, Trends in Food Science and

Diameter pertumbuhan miselium untuk hari ke 7 terjadi perubahan dimana jamur merang yang memiliki pertumbuhan miselium paling baik yaitu pada media bubur

Dengan demikian, mengambil kesimpulan dan verifikasi merupakan tahap akhir dalam analisis data, pada tahap ini peneliti menganalisis data yang telah di peroleh dari

Ikan seribu termasuk ikan yang memiliki kelenturan dalam makanan ( plasticity of food habits ). affinis di Telaga Warna termasuk ikan predator generalis dengan

- Perubahan warna kulit dan sklera menjadi kuning yang disebabkan oleh deposisi bilirubin.Paling sering pada pasien dengan penyakit hati dan empedu.. Hal ini akibat dari

2) Denklemlerde kaynaklara ilişkin hacımsal yoğunluklar yer alır. Bu demektir ki;sadece Maxwell denklemlerine dayanarak bir olaya açıklayabilmek ancak alan