• Tidak ada hasil yang ditemukan

Potensi Integrasi Zakat dan Wakaf Dalam Pembinaan Model Takaful Mikro : Isu dan Cabaran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Potensi Integrasi Zakat dan Wakaf Dalam Pembinaan Model Takaful Mikro : Isu dan Cabaran"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Potensi Integrasi Zakat dan Wakaf Dalam Pembinaan

Model Takaful Mikro : Isu dan Cabaran

Nik Abdul Rahim bin Nik Abdul Ghani1 dan Ihsan Ilahi Mohd Sabri2

1Pensyarah Kanan Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi

nikrahim@ukm.edu.my

2Pelajar Sarjana Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi

ihsanilahi16@gmail.com

ABSTRAK

Takaful merupakan salah satu elemen penting yang dapat membantu seseorang individu atau isi rumah untuk menghadapi risiko-risiko yang tidak dijangka seperti kematian, kemalangan, sakit, kekangan kewangan dan sebagainya. Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan polisi takaful mikro yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berupaya untuk memiliki polisi takaful dengan kadar caruman yang rendah dan mampu milik. Namun begitu, golongan yang kurang berupaya masih tidak mampu untuk memiliki polisi takaful kerana kekangan kewangan yang mereka hadapi. Kajian bertujuan untuk menjelaskan potensi integrasi zakat dan wakaf bagi dijadikan sebagai dana dalam pembangunan takaful mikro dari segi model takaful mikro, hukum dan pelaksanaan, di samping mengkaji isu dan cabaran yang timbul dalam usaha menjadikan dana zakat dan wakaf sebagai salah satu sumber pembangunan takaful mikro. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Hasil kajian menunjukkan zakat dan wakaf berpotensi dijadikan dana takaful mikro. Namun terdapat, isu dan cabaran yang dibahagikan kepada dua bahagian; pertama, isu hukum dan pembahagian dana zakat dan wakaf, kedua adalah isu prosedur dan pelaksanaan dana zakat dan wakaf. Justeru kajian ini memfokuskan mengenai potensi integrasi dana zakat dan wakaf serta isu dan cabaran yang perlu diselesaikan bagi merealisasikan perkara ini.

Kata Kunci: Takaful Mikro, Zakat, Asnaf, B40, Model

1. PENGENALAN

Takaful mikro merupakan manifestasi pelaksanaan rangkuman kewangan (financial inclusion) dalam sesebuah negara. Rangkuman kewangan juga merupakan faktor penyokong kepada pertumbuhan serta kejayaan matlamat pembangunan yang lebih luas1. Bank Negara Malaysia meletakkan

pewujudan takaful mikro adalah bertujuan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah terutamanya golongan B40. Golongan B40 ialah isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM 3,860 sebulan dan termasuk isi rumah miskin tegar, miskin dan mudah miskin (Intipati Belanjawan 2019). Kadar caruman takaful mikro yang rendah dilihat mampu memberikan peluang kepada golongan B40 untuk mempunyai caruman takaful sekaligus mampu meringankan beban mereka dalam menghadapi risiko-risiko seperti kematian, kemalangan, kesempitan kewangan dan seumpamanya.

Namun begitu, meskipun amaun caruman atau sumbangan takaful mikro adalah rendah, masih terdapat kemungkinan ketidakmampuan golongan B40 untuk konsisten dengan bayaran bulanan caruman takaful. Hal ini terjadi kerana, golongan yang tidak berkemampuan akan mengutamakan keperluan hidup yang utama seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, perbelanjaan sekolah anak-anak dan sebagainya.

Caruman takaful mungkin akan diletakkan sebagai senarai yang terkebelakang berbanding semua perkara yang diperlukan untuk melangsungkan kehidupan diri dan keluarga. Oleh itu, zakat dan wakaf dilihat berpotensi sebagai sumber dana alternatif bagi takaful untuk golongan B40. Justeru, artikel ini menganalisis mengenai potensi integrasi zakat dan wakaf serta isu dan cabaran bagi merealisasikan cadangan pengintegrasian dana zakat dan wakaf sebagai sumber pembangunan takaful mikro.

1 UNCDF, Financial Inclusion and the SDGs, diakses secara atas talian pada 20 Jun 2019 di laman https://www.uncdf.org/financial-inclusion-and-the-sdgs

(2)

2. TINJAUN LITERATUR

Takaful berasal daripada perkataan Arab iaitu kafala yang bermaksud saling menjamin. Menurut Seksyen 3, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, takaful merupakan suatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju untuk menyumbang kepada suatu kumpulan wang yang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang perlu dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada benefisiarinya pada masa berlaku sesuatu kejadian yang telah dipersetujui terdahulu (Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013).

Takaful juga bermaksud permuafakatan sekurang-kurangnya antara dua pihak yang bersetuju untuk saling jamin-menjamin antara satu sama lain sekiranya berlaku sebarang kerugian yang disebabkan bencana atau musibah (Ahmad Mazlan et al. 2012). Definisi tersebut menjelaskan lagi definisi mengenai takaful. Secara mudahnya ia bermaksud sekumpulan individu telah bersetuju untuk menjamin antara satu sama lain sekiranya berlaku sebarang kerugian atau risiko yang menimpa salah seorang daripada mereka. Takaful dibina atas beberapa konsep yang mulia dan mematuhi asas syariah. Takaful dibina di atas konsep saling melindungi, bantu-membantu dan solidariti di antara peserta yang telah bersetuju dan sepakat untuk berkongsi kerugian atau risiko yang telah ditentukan dan dibayar daripada dana takaful (Rabiah Adawiah 2010).

Mikro pula bermaksud halus dan kecil (Kamus Dewan Pustaka dan Bahasa,2020). Mikro juga bermaksud sangat kecil dan kebiasaannya dinisbahkan kepada benda yang sangat kecil seperti mikroorganisma atau mikrobiologi (Dictionary Cambridge,2020). Jika dinisbahkan kepada takaful, mikro bermaksud perlindungan skim takaful sumbangan rendah dan hanya meliputi sebahagian kecil masyarakat sahaja (Fatin Nabilah & Kamaruzaman, 2014). Gabungan perkataan antara takaful dan mikro didefinisikan sebagai produk takaful yang direka cipta khas untuk memberi perlindungan kewangan kepada isi rumah yang berpendapatan rendah (Bank Negara Malaysia, 2016). Takaful mikro merupakan satu alternatif bagi membolehkan orang miskin mempunyai polisi takaful dan ia merupakan perlindungan yang mematuhi aspek syariah yang dikhususkan kepada golongan yang kurang bernasib baik iaitu golongan miskin dengan harga yang berpatutan (Fatin Nabilah & Kamaruzaman, 2014; Mohamad Puad, 2017). Secara ringkasnya sesuatu produk itu dianggap takaful mikro apabila ia memenuhi tiga ciri iaitu patuh syariah, khusus kepada orang yang tidak berkemampuan memiliki takaful standard, dan harga yang ditawarkan berpatutan dan berkemampuan.

Tujuan penubuhan takaful mikro adalah untuk mencapai beberapa objektif. Antaranya ialah bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan dan membantu golongan yang berpendapatan rendah mendapat perlindungan takaful terhadap kewangan mereka dan melindungi kehidupan mereka di masa hadapan (BNM, 2016; Marhanum & Fatimah, 2018). Menurut Ahmad Ekhwan (2018) objektif takaful mikro dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut pihak-pihak yang terlibat seperti berikut :

1. Kerajaan dan penggubal dasar

Takaful mikro merupakan cara untuk memastikan pertumbuhan inklusif dan menyokong kehidupan masyarakat yang terdedah dengan risiko.

2. Organisasi sosial dan pembangunan

Takaful mikro boleh menjadi alat yang berguna untuk mengurangkan kadar kemiskinan. 3. Operator takaful dan lain-lain

Memberi peluang untuk meneroka segmen pasaran baru dan menyokong pertumbuhan pasaran dan takaful.

Berdasarkan objektif tersebut, dapat disimpulkan bahawa objektif atau matlamat penubuhan takaful mikro adalah berbeza-beza mengikut pihak-pihak tertentu seperti kerajaan memfokuskan ke arah menyokong masyarakat yang kurang berkemampuan menjalani kehidupan yang penuh dengan risiko. Bagi organisasi sosial (NGO), matlamat takaful mikro untuk mengurangkan statistik kemiskinan manakala bagi operator takaful memfokuskan matlamat untuk meneroka pasaran baru dengan maksud meluaskan pasaran takaful kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Selain itu, berpandukan garis panduan yang telah diberikan oleh Bank Negara Malaysia, takaful mikro mestilah mengandungi prinsip-prinsip yang berikut (BNM 2016):

(3)

1. Mudah (Easy)

Sesuatu produk takaful mestilah dapat difahami dengan mudah, manfaat dan syarat-syaratnya mestilah dinyatakan dengan jelas dan terang.

2. Menawarkan perlindungan yang diperlukan (Protection needs - driven)

Perlindungan risiko yang ditawarkan mestilah bersesuaian dengan golongan yang disasarkan iaitu golongan miskin. Perlindungan yang tidak bersesuaian tidak perlu ditawarkan.

3. Boleh untuk diakses (Accessible)

Premium takaful yang ditawarkan mestilah mampu dimiliki dan bersesuaian dengan keadaan semasa golongan sasaran. Proses-proses seperti bayaran premium bulanan, tuntutan manfaat, pembaharuan sijil takaful mestilah dipermudahkan mengikut polisi sesebuah syarikat takaful.

4. Kecekapan (Efficient)

Kesemua proses perlu dijalankan dengan teratur, cekap, dan menjimatkan masa.

Berdasarkan prinsip-prinsip tersebut, dapat disimpulkan bahawa takaful mikro ialah takaful yang dikhususkan kepada golongan yang tidak berkemampuan dengan harga yang murah serta proses permohonan dan proses tuntutan yang dipermudahkan tanpa adanya syarat-syarat yang ketat dan menyusahkan. Selain itu, terdapat ciri-ciri takaful mikro yang membezakannya dengan takaful yang biasa menurut Ahmed Mamdouh (2016) seperti berikut :

1. Takaful mikro berasaskan persaudaraan dan perpaduan

Asas bagi takaful mikro ialah kebajikan bukannya bermatlamatkan keuntungan. Justeru itu, sesebuah syarikat takaful mesti memahami konsep ini supaya takaful mikro boleh dipasarkan dengan lebih meluas dengan matlamat membantu golongan miskin.

2. Takaful mikro memerlukan tabung risiko yang besar.

Hal ini kerana kadar caruman takaful mikro adalah rendah dan direka khas mampu dimiliki oleh orang miskin. Oleh itu, tabung risikonya perlu besar bagi menampung perbelanjaan manfaat-manfaat yang perlu diberikan jika terjadinya sebarang risiko.

Kesimpulannya, takaful mikro merupakan satu inisiatif dalam membantu serta menyokong kehidupan segmen yang kurang berkemampuan khususnya B40 dalam menghadapi risiko ekonomi dan kejutan kewangan dengan memiliki polisi takaful.

2.1 MODEL- MODEL TAKAFUL MIKRO

Takaful mikro pernah dilaksanakan di beberapa buah negara antaranya, Indonesia, Lebanon, Sri Lanka, Bangladesh dan beberapa buah negara yang lain (Ahmed Mamdouh, 2016). Di Malaysia, terdapat beberapa model-model takaful mikro yang diaplikasikan di Malaysia dalam usaha membantu golongan yang berpendapatan rendah. Antaranya ialah My salam, Perlindungan Tenang, Peka B40 dan sebagainya. Model-model ini akan dijelaskan secara terperinci seperti berikut.

a. MySalam

MySalam merupakan satu skim perlindungan yang mengkhususkan perlindungan kepada golongan B40. Ianya ditanggung penuh oleh pihak kerajaan. MySalam diberikan kepada mereka yang menerima bantuan sara hidup (BSH) daripada kerajaan dan berumur antara 18-55 tahun (Portal Rasmi MySalam, 2020). Berdasarkan portal rasmi MySalam, My Salam merupakan satu takaful percuma yang diberikan kepada sesiapa yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang menghidapi salah satu daripada 36 penyakit yang kritikal. Antara bantuan yang diberikan ialah RM 8,000 secara tunai apabila seseorang itu disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. RM 50 sehingga RM 700 untuk pembiayaan rawatan di hospital kerajaan atau hospital-hospital tertentu yang ditentukan oleh kerajaan.

Kesemua tuntutan mestilah disertakan dengan surat pengesahan daripada doktor hospital kerajaan bahawa seseorang itu menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal tersebut. Bayaran tuntutan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima Bantuan Sara Hidup oleh pihak operator

(4)

takaful. Pesakit yang menerima rawatan di hospital swasta tidak layak untuk memohon tuntutan ini. MySalam dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad iaitu sebuah syarikat takaful yang tertakluk kepada akta kewangan Islam 2013 dan berada di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia (BNM). Berkemungkinan besar syarikat-syarikat takaful yang lain akan diberi peluang untuk menguruskan produk MySalam ini di masa akan datang (Portal Rasmi MySalam, 2020). Portal Rasmi MySalam turut menyatakan bahawa sebanyak RM 2 billion telah disumbangkan oleh kerajaan dalam menjayakan produk ini.

b. Perlindungan Tenang

Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkan satu model perlindungan yang mampu dimiliki yang dinamakan dengan Perlindungan Tenang. Pada penghujung tahun 2017, terdapat 10 produk Perlindungan Tenang yang telah dikeluarkan oleh 10 syarikat yang terdiri daripada enam syarikat insurans hayat, tiga syarikat takaful keluarga dan satu syarikat insurans am (Bank Negara Malaysia, 2017). Antara syarikat-syarikat tersebut ialah Malaysian Takaful Association, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Persatuan Insurans Hayat Malaysia (PIHM) dan syarikat-syarikat yang lain. Pada 24 November 2017, Bank Negara telah melancarkan satu produk perlindungan tenang bagi bertujuan untuk meluaskan lagi fungsi atau peranan insurans ataupun takaful dalam membantu golongan B40 khususnya (Chiew Hui Lin, 2017). Pelindungan tenang boleh dikenali dengan logonya yang mudah untuk dibaca dan difahami (rajah 1)

.

Rajah 1 : Logo Perlindungan Tenang (Bank Negara Malaysia 2017).

Menurut Chiew Hui Lin (2017), produk perlindungan tenang mestilah menepati beberapa garis panduan yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Antaranya ialah seperti berikut.

1. Mampu milik (Affordable)

Caruman atau sumbangan bulanan mestilah ditetapkan pada jumlah yang mampu milik yang mana jumlah itu ditentukan atas sejauh mana kehendak pelanggan ingin mencarum dan mampu untuk membeli perlindungan insurans atau takaful. Secara mudahnya ia mampu dimiliki oleh pelanggan. Penetapan harga bayaran bagi premium mestilah dinilai dari banyak sudut. Antaranya, pendapatan, pekerjaan, jumlah isi rumah, simpanan kecemasan dan jaringan keselamatan sosial. Justeru itu, Bank Negara telah menetapkan harga premium yang perlu dibayar secara bulanan mestilah tidak melebihi RM 15. Harga serendah RM 15 ini dilihat akan membantu golongan B40 untuk memiliki takaful sebagai perlindungan untuk mereka.

2. Nilai yang baik (Good value)

Bagi memastikan produk perlindungan tenang ini dapat menawarkan nilai yang baik kepada golongan B40, pihak pengendali mestilah melindungi risiko yang paling penting bagi sesebuah isi rumah serta memaksimumkan bahagian premium yang dibayar untuk manfaat perlindungan. Kebiasaannya agensi-agensi atau syarikat-syarikat tidak mungkin memberikan harga premium yang berpatutan seperti mana yang ditetapkan di dalam produk perlindungan tenang. Bagi membolehkan ianya di buat, agensi-agensi perlu memikirkan satu inovasi dalam model pengedaran untuk mengoptimumkan kos. Ini memerlukan kajian mengenai keputusan pelaburan, termasuklah peluang pelaburan dalam pasaran bagi membolehkan mencapai risiko yang kritikal.

3. Mudah Untuk Diakses (Accessible)

Perlindungan di bawah produk Perlindungan Tenang dan manfaat perlindungan mestilah ditentukan secara jelas berdasarkan keadaan-keadaan tertentu seperti lokasi, pekerjaan

(5)

atau jenis kediaman yang kebiasaannya berlaku kepada golongan B40. Produk dan perkhidmatan juga perlu disediakan di tempat yang mudah untuk diakses seperti hospital, bandar-bandar, pusat transformasi luar bandar (UTC/RTC), dan kedai-kedai runcit. Pengiklanan produk-produk di dalam internet perlu dipertimbangkan kerana kebiasaannya masih ramai golongan B40 yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah mereka. 4. Mudah untuk difahami (Easy to understand)

Kesemua maklumat di dalam produk Perlindungan Tenang seperti faedah, terma dan syarat produk mestilah direka bentuk untuk memudahkan pengguna memahami secara jelas mengenai insurans dan takaful. Pengendali syarikat seharusnya mengurangkan perkara-perkara yang tidak perlu untuk diterangkan di dalam produk yang susah untuk difahami oleh golongan B40. Pemasaran produk mestilah mengemukakan maklumat-maklumat yang jelas dan mudah bagi membantu pengguna membuat pilihan secara tepat dan dapat mengenal pasti perlindungan yang mereka perlu dan mampu untuk dicarum. 5. Mudah untuk dibeli dan dituntut manfaat perlindungan (Easy to buy and claim)

Selain mudah untuk dibeli, proses membuat tuntutan mestilah dipermudahkan. Perlu dijelaskan secara jelas dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat tuntutan. Bank Negara Malaysia telah menetapkan bahawa proses pembayaran tuntutan mestilah dilakukan di dalam tempoh lima hari bekerja selepas penghantaran dokumen yang lengkap dan mudah.

Beberapa inovasi telah dibuat bagi menggalakkan golongan B40 untuk menyertai produk Perlindungan tenang ini. Antaranya ialah, produk takaful keluarga memberi tumpuan kepada penerima manfaat kematian dengan tuntutan dan proses yang lebih mudah dengan menerima penyerahan dokumen yang dilakukan menerusi media sosial seperti WhatsApp, penerimaan dokumen secara pos yang diperakui oleh ketua kampung, guru besar ataupun pegawai polis, dan produk bagi manfaat pengebumian akan dibayar dalam tempoh 24 jam dengan menggunakan permit pengebumian sebagai ganti kepada sijil kematian (Bank Negara Malaysia, 2017). Kesemua inovasi-inovasi yang telah direka dan akan direka kesemuanya bertujuan untuk membantu golongan B40 dalam mendepani risiko-risiko seperti kematian, sakit dan sebagainya.

c. I-BR1M

Menurut perincian helaian produk (Portal Rasmi Takaful Ikhlas, 2020), i-BR1M merupakan satu pelan takaful yang memberi manfaat kepada penerima BR1M sama ada kategori isi rumah ataupun keluarga. Tujuan i-BR1M ditubuhkan oleh kerajaan adalah untuk membantu meringankan beban penerima BR1M dana keluarga jika berlaku sebarang kematian ataupun hilang upaya kekal akibat kemalangan. Kesemua penerima BR1M daripada kerajaan adalah layak untuk memohon i-BR1M kecuali penerima berkategori bujang dan warga emas sebatang kara. Antara manfaat yang diberikan oleh i-BR1M ialah bantuan RM1,000 jika berlaku kematian bukan berpunca daripada kemalangan, bantuan RM 30,000 jika berlaku kematian akibat kemalangan, bantuan RM 30,000 jika berlaku hilang upaya kekal yang menyeluruh berpunca daripada kemalangan. Sumber dana i-BR1M adalah daripada kerajaan Malaysia sepenuhnya, manakala peserta tidak perlu membuat apa-apa caruman. Dana ini diuruskan oleh syarikat Takaful Ikhlas Malaysia Sdn. Bhd.

d. Skim Takaful Asnaf

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah melancarkan satu skim takaful asnaf yang menggunakan dana zakat sebagai sumber dana bagi skim ini (Portal Rasmi MAIWP, 2020). Skim ini diberikan kepada asnaf-asnaf yang menerima bantuan bulanan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Ianya bertujuan meringankan beban asnaf yang ditimpa kemalangan dan kematian. Kadar manfaat yang diberikan tidak dinyatakan secara jelas di dalam portal tersebut. Skim Takaful Asnaf telah diberhentikan kerana timbul masalah di mana waris tidak menuntut manfaat dan menyebabkan berlaku kerugian (Fadzlee, 2018).

e. Pelan Perlindungan Mikro 1 Malaysia

Pelan ini telah diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia yang bertujuan untuk memberi perlindungan kepada peniaga-peniaga perusahaan kecil bagi sekiranya ditimpa sebarang risiko atau musibah yang tidak dijangka seperti kematian, sakit, kemalangan, kebakaran dan kehilangan harta

(6)

benda. Pelan ini menawarkan kos caruman yang rendah bermula umur 17 tahun dengan kos caruman RM 10 untuk perempuan manakala RM 12 bagi lelaki. Apabila peserta mencecah umur 46 bagi lelaki manakala umur 53 bagi perempuan maka kadar caruman meningkat kepada RM 20. Sesiapa sahaja yang berumur 60 tahun ke bawah adalah layak untuk memohon pelan ini dengan caruman bulanan sekitar RM 49 bagi lelaki manakala RM 34 bagi perempuan. Jumlah caruman yang dikenakan masih berada di dalam kategori takaful mikro (Portal Rasmi LIAM).

Berdasarkan model-model tersebut, sumber dana bagi takaful mikro bersumberkan tiga pihak iaitu pihak peserta, kerajaan dan zakat. Dana daripada pihak kerajaan menunjukkan hasil yang positif tetapi ianya hanya terhad kepada bajet yang telah diperuntukkan oleh kerajaan dan tidak dapat meliputi seluruh rakyat Malaysia yang berkategori miskin. Justeru itu alternatif dana lain seperti dana zakat dan wakaf perlu diperkembangkan dan diperluaskan supaya boleh memberikan lebih banyak manfaat dan dapat memberikan bantuan kepada lebih ramai orang miskin. Hal ini kerana zakat dan wakaf merupakan salah satu faktor terbesar dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi umat Islam.

3. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif secara keseluruhannya. Pengkaji mengguna pakai dua kaedah bagi pengumpulan data iaitu analisis kandungan dan temu bual separa berstruktur di dalam kajian ini. Melalui kaedah analisis kandungan, bahan-bahan perpustakaan seperti buku-buku ilmiah, jurnal dan kertas kerja seminar dianalisis dan diteliti bagi melengkapkan metodologi kajian ini. Temu bual separa berstruktur dilakukan terhadap tiga pihak agensi yang berkaitan iaitu Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad, Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. Reka bentuk kajian pula menggunakan dua kedah iaitu deduktif dan deskriptif. Melalui kaedah deduktif, pengkaji telah menggunakan teori-teori sedia ada untuk membentuk kesimpulan. Kaedah deskriptif pula dapat memberikan gambaran yang lebih tepat terhadap ciri-ciri yang terdapat di dalam sesuatu populasi kajian. Subjek kajian yang difokuskan oleh pengkaji ialah integrasi dana zakat dan wakaf dalam pembangunan takaful mikro.

4. HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4.1 KEPERLUAN INTEGRASI WAKAF DAN ZAKAT UNTUK MODEL TAKAFUL MIKRO

Berdasarkan laporan kestabilan kewangan dan sistem pembayaran 2016 BNM, hanya 4% daripada isi rumah kumpulan berpendapatan rendah memiliki insurans hayat atau takaful keluarga. Hal ini berlaku kerana kebanyakan produk insurans dan takaful yang sedia ada di pasaran berbentuk terlalu kompleks dan tidak mampu dibeli oleh kebanyakan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 yang menunjukkan kadar penembusan yang rendah bagi insurans hayat atau takaful keluarga (Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran BNM 2017). Oleh itu, Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan satu inisiatif yang dinamakan perlindungan tenang dengan kerjasama industri insurans dan takaful yang direka untuk segmen B40 dan mempunyai ciri-ciri seperti harga yang mampu dibeli, memberikan nilai terbaik, mudah didapati di kebanyakan tempat, senang difahami, mudah untuk dibeli dan mudah untuk membuat tuntutan (Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran BNM 2017). Namun begitu, menurut Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran Bank Negara Malaysia (2018) penembusan insurans dan takaful di kalangan rakyat Malaysia tidak menunjukkan perubahan yang ketara dengan sebahagian besar segmen berpendapatan rendah tidak memiliki perlindungan insurans dan takaful. Hal ini menyebabkan terjadinya ketidakseimbangan di dalam segmen masyarakat dengan sejumlah besar segmen berpendapatan rendah tidak memiliki polisi takaful.

Menurut Siti Rahayu Zakaria, Mandeep Singh, dan Shabana Naseer Ahmad (2017) B40 merupakan golongan kumpulan isi rumah yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM 3,855 dan merupakan kumpulan yang terdedah kepada kemiskinan. Ini disokong dengan fakta yang dikemukakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bahawa golongan B40 merupakan isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM 3,860 sebulan dan dikategorikan sebagai mereka yang layak menyertai Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (Portal Rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan). Menurut Rubayah Yakob dan Nor Hamizah (2017) tahap keberhutangan isi rumah yang berpendapatan RM 3,000 sebulan ke bawah ialah tujuh kali ganda gaji tahunan yang mereka perolehi. Ini menunjukkan bahawa golongan B40 merupakan golongan miskin dan terdedah dengan risiko-risiko kewangan yang memerlukan mereka memiliki perlindungan insurans hayat atau takaful keluarga.

(7)

Menurut Kajian yang dilakukan oleh Mohd Aqmin et al. 2018) jelas menunjukkan bahawa golongan B40 merupakan golongan yang paling berisiko dalam menghadapi kos sara hidup berdasarkan data 2009 dan 2004 golongan B40 menghadapi peningkatan perbelanjaan sebanyak 10.1% setiap tahun. Kos sara hidup merupakan sejumlah kos yang perlu ditanggung oleh isi rumah atau individu bagi memenuhi keperluan asas seperti minuman, makanan, pakaian, tempat tinggal serta keperluan-keperluan lain yang penting untuk kelangsungan dan keselesaan hidup (Siti Rahayu Zakaria et al., 2017). Justeru itu, golongan B40 berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi menyebabkan mereka tidak dapat memiliki perlindungan daripada risiko seperti insurans hayat atau takaful keluarga. Mereka perlu mengutamakan perkara yang lebih utama seperti keperluan asas untuk kelangsungan hidup dan terpaksa meletakkan pemilikan terhadap polisi takaful di bahagian terkebelakang dalam membuat pilihan dan ini menyebabkan kadar penembusan golongan ini di dalam takaful atau insurans masih rendah.

Selain itu, takaful mikro memerlukan dana risiko yang tinggi bagi memenuhi tuntutan manfaat peserta-peserta yang mencarum (Ahmad Ekhwan, 2019). Hal ini kerana kadar caruman produk takaful mikro adalah rendah bersesuaian dengan Discussion Paper BNM (2016), yang menyatakan sesuatu produk takaful mikro atau insurans mikro mestilah bersifat mampu milik. Ini bertepatan dengan kajian bahawa orang miskin hanya sanggup membayar sebanyak RM 5 (Sheila Nu Nu Htay, Nur Shazwani Sadzali, & Hanudin Amin, 2015), RM 10 dan RM 35 (Noor Ashikin & Zuriah Abdul Rahman, 2012), dan RM 21 hingga RM 30 (Rubayah Yakob & Nor Hamizah, 2017) bagi caruman bulanan sesuatu produk takaful mikro. Kadar caruman yang rendah menyebabkan tabung risiko menjadi kecil dan berkemungkinan menyebabkan manfaat-manfaat yang bakal diterima sekiranya berlaku risiko turut menjadi rendah. Ini akan menyebabkan manfaat yang bakal diterima hanya dapat meringankan sedikit sahaja beban yang ditanggung oleh isi keluarga berpendapatan rendah.

Oleh itu, para pengkaji telah mencadangkan penggunaan dana zakat (Mamdouh H Ahmed 2016; Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani et al. 2018; Noor Ashikin Mohd Rom & Zuriah Abdul Rahman 2012; Said Adekunle Mikail, Muhammad Ali Jinnah Ahmad 2017) dan wakaf (Said Adekunle Mikail, Muhammad Ali Jinnah Ahmad, 2017) bagi membantu golongan miskin memiliki polisi takaful untuk perlindungan diri dan keluarga. Integrasi di antara dana zakat dan wakaf akan membantu pengumpulan dana yang besar untuk disumbangkan ke dalam pembangunan takaful mikro.

4.2 ISU DAN CABARAN PEMBANGUNAN MODEL TAKAFUL MIKRO BERASASKAN INTEGRASI DANA ZAKAT DAN WAKAF

Pelaksanaan zakat dan wakaf sebagai sumber dana bagi pembangunan takaful mikro merupakan satu perkara yang baik dan memberi manfaat kepada golongan yang kurang berupaya seperti fakir dan miskin. Namun begitu, penggunaan integrasi dana zakat dan wakaf dalam pembangunan takaful mikro mempunyai beberapa isu dan cabaran yang perlu diselesaikan dengan berhemah agar perkara ini dapat dilaksanakan dengan penuh sistematik dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada golongan sasar.

Menurut Ihsan Ilahi (2019) isu dan cabaran yang dihadapi jika dana zakat dan wakaf dijadikan sebagai sumber takaful mikro terbahagi kepada dua secara umum. Bahagian pertama ialah isu dari segi hukum dan pembahagian dana zakat. Manakala pembahagian dana wakaf tidak menjadi satu isu kerana tidak terikat dengan nas sorih daripada al-Quran dan hadis mengenai cara pembahagiannya. Bahagian kedua pula ialah dari segi prosedur dan pelaksanaan dana zakat dan wakaf bagi dijadikan sumber dana bagi takaful mikro. Bahagian pertama iaitu dari segi hukum dan pembahagian dana zakat adalah seperti berikut:

1. Isu tamlik dalam pembahagian zakat

Menurut Adekunle et. al. (2017) antara isu syariah bagi dana zakat sebagai dana pembangunan takaful mikro adalah berkaitan pembahagian dana zakat tersebut adakah perlu dibahagikan kepada semua penerima zakat (asnaf yang lapan) atau adakah dibolehkan untuk mendahulukan asnaf yang memerlukan seperti asnaf fakir dan miskin disebabkan mereka lebih terdedah kepada risiko kewangan berbanding asnaf-asnaf yang lain. Perkara ini bersangkut paut dengan perkataan li dan fi di dalam surah al-Taubah ayat 60 (Nurul Ilyana et al. 2017). Perkara ini dikukuhkan lagi dengan kajian Nik Abdul Rahim et. al. (2018) berkenaan isu tamlik dana zakat adakah ia boleh diserahkan kepada sesebuah syarikat takaful untuk diuruskan atau dana zakat perlu diserahkan secara langsung kepada penerima zakat. Isu ini menjadi perbahasan di kalangan ulama’ silam berkenaan takrifan ل di dalam ayat pensyariatan zakat di dalam surah al-Taubah ayat 60 sama ada ia memberi maksud tamlik (pemilikan) atau takhyir (pilihan) (Wahbah Zuhaili 1994). Firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah telah mengkhususkan pembahagian dan pemilikan dana zakat kepada lapan asnaf:

(8)

۞

لِل ُتََٰقَدمصلٱ اَمنَِّإ

ۡ

اَرَقُ ف

ٓ

لٱَو ِء

ۡ

لٱَو ِينِكََٰسَم

ۡ

يَلَع َينِلِمََٰع

ۡ

لٱَو اَه

ۡ

مُهُ بوُلُ ق ِةَفملَؤُم

ۡ

ِفَِو

لٱَو ِباَقِّرلٱ

ۡ

بٱَو ِهمللٱ ِليِبَس ِفَِو َينِمِرََٰغ

ۡ

ِليِبمسلٱ ِ

ۖ

ةَضيِرَف

ٗ

ِهمللٱ َ ِّم

ۗ

ميِكَح ٌميِلَع ُهمللٱَو

ٞ

Maksudnya:

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Al-Quran, At-Taubah 9:60 Berdasarkan ayat ini, perkara yang menjadi topik perbincangan para fuqaha’ ialah huruf ل pada kalimah لِ ٓ قَ قَ فُ ۡ لِ . Secara kesimpulannya perbezaan di kalangan ulama’ terbahagi kepada dua pendapat seperti berikut :

Jadual 1. Perbezaan Pendapat Fuqaha Mengenai Isu Tamlik

Pendapat Pertama Pendapat Kedua

Lam tersebut ialah lam at-Tamlik dan zakat perlu dikongsikan antara lapan asnaf tersebut dengan menggunakan wau-tasyrik iaitu wau yang menunjukkan makna perkongsian (Wahbah Zuhaili 1994). Oleh itu berdasarkan pendapat ini zakat wajib diagihkan kepada lapan asnaf tersebut dan ianya menjadi hak milik mereka tanpa adanya campur tangan iaitu diserahkan kepada pihak lain terlebih dahulu

Pendapat Mazhab Maliki dengan mengatakan huruf ل pada kalimah لِ آ قَ قَ فُ لۡ لِ memberi maksud at-Takhyir iaitu boleh memilih untuk dibahagikan kepada mana-mana asnaf dan tidak wajib membahagikan kepada kesemua asnaf mazhab Maliki mengatakan bahawa syarat tamlik itu hanya terpakai kepada sebahagian asnaf sahaja (Nik Rahim et al. 2018). Pendapat ini disokong oleh Ibnu Taimiyyah. Ulama’ mazhab Maliki mengatakan sunat diberikan harta zakat kepada orang yang sangat memerlukan berbanding dengan orang lain, begitu juga sunat untuk mengagihkan kepada kelapan-lapan asnaf bagi mengelakkan terjadinya sebarang pertelingkahan dan perbalahan. mazhab Maliki juga tidak mensyaratkan iaitu tidak wajib mengagihkan secara menyeluruh kepada lapan asnaf tersebut (Wahbah Zuhaili 1994).

Kesimpulannya, pendapat mazhab Maliki bersesuaian dengan tujuan dana zakat dijadikan sumber dana bagi pembangunan takaful mikro. Pendapat mazhab Maliki ini memberikan ruang kepada dana zakat untuk diaplikasikan kepada golongan fakir dan miskin melalui institusi takaful yang dilihat manfaatnya adalah lebih luas dan dapat membantu mereka menghadapi risiko-risiko yang mendatang. Namun begitu ia memerlukan satu fatwa yang kukuh daripada mufti-mufti negeri-negeri di Malaysia bagi membolehkan perkara tersebut diaplikasikan dan dijalankan (Nik Rahim et al. 2018). Setakat ini masih belum terdapat fatwa mengenai dana zakat adakah dibolehkan untuk digunakan bagi membantu asnaf memiliki polisi takaful (Hardi, 2019; Zulkifli, 2019).

Justeru, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menyelesaikan isu fatwa dengan memohon pengeluaran fatwa oleh institusi fatwa bagi negeri-negeri yang ingin melaksanakan perkara ini kerana fatwa akan memutuskan hukum adakah ianya dibolehkan atau tidak. Manakala dari segi wakaf pula, isu wakaf tunai sudah diselesaikan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh muzakarah fatwa kebangsaan kali ke 77 pada 10-12 April 2007 telah membenarkan wakaf tunai.

2. Isu Pelaburan dana zakat dan wakaf

Selain itu juga timbul isu berkenaan pelaburan dana zakat yang dilakukan oleh operator takaful (Ahmad Ekhwan 2019) kerana kebiasaannya apa-apa sahaja dana yang masuk ke dalam tabung risiko akan dikembangkan dengan cara pelaburan bagi memastikan tabung dana risiko lebih kukuh untuk pembahagian manfaat. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh para ulama’ kontemporari dalam persidangan di Dubai telah membenarkan penggunaan dana zakat untuk pelaburan dengan syarat pelaburan itu mesti menggunakan lebihan dana zakat yang diagihkan kepada asnaf untuk keperluan hidup dan bahagian amil juga boleh dilaburkan (Sanep Ahmad 2009). Berkaitan isu pelaburan, permasalahan yang timbul ialah apabila dana zakat dilaburkan oleh syarikat takaful, adakah dana tersebut akan bercampur dengan dana daripada peserta-peserta lain yang bukan berkategori asnaf, bahkan peserta untuk polisi takaful premium yang biasa bukannya takaful mikro (Ahmad Ekhwan 2019). Namun begitu, menurut Hardi (2019), perkara ini tidak menjadi isu kerana kebiasaannya

(9)

peserta-peserta takaful sudah memiliki akaun masing-masing yang telah diaturkan oleh operator takaful.

Menurut Ahmad Ekhwan (2019) percampuran antara dana zakat dan dengan dana takaful yang disumbangkan oleh peserta yang bukan asnaf di dalam satu tabung risiko takaful merupakan satu aspek isu syariah yang perlu dinilai oleh pihak yang berautoriti seperti mufti atau pihak pengurusan zakat. Manakala Hardi (2019) berpendapat bahawa tiada masalah dana itu dicampurkan kerana akaun-akaun takaful sudah didaftarkan dengan nama pemilik-pemiliknya dan dicatat berapa jumlah caruman bulanan peserta-peserta takaful dengan sistematik. Jadi tiada masalah jika dana tersebut dilaburkan. Walaubagaimanapun Hardi (2019) menyatakan bahawa isu yang timbul ialah berkaitan keuntungan daripada pelaburan dana zakat tersebut. Adakah syarikat takaful boleh mengambil keuntungan daripada pelaburan dana zakat tersebut? Menurut Hardi (2019) hasil keuntungan daripada dana zakat iaitu manfaat tersebut perlulah kembali kepada asnaf kembali. Namun begitu perkara ini tetap perlu ada fatwa untuk memberi keputusan mengenai perkara-perkara yang berbangkit mengenai hukum hakam tersebut.

Dari segi pelaburan dana wakaf pula, ianya tidak menjadi sebarang permasalahan kerana wakaf tidak khusus seperti zakat. Dari segi keuntungan hasil daripada pelaburan dana wakaf, fatwa Negeri Selangor yang diwartakan pada 7 Jun 2012 menyatakan bahawa Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) diharuskan mengambil keuntungan pelaburan wakaf khas sebanyak lima belas peratus (15%) bagi tujuan pengurusan & pentadbiran PWS iaitu sebagai upah (Ujrah li Nazir al-Waqfi) (Fatwa Negeri Selangor 2012). Menurut fatwa tersebut, pengurus dana wakaf dibenarkan untuk mengambil keuntungan sebanyak 15% daripada hasil keuntungan pelaburan dana wakaf untuk tujuan pentadbiran dan pengurusan.

Seterusnya ialah bahagian kedua iaitu dari segi prosedur dan pelaksanaan dana zakat dan wakaf untuk dijadikan sebagai sumber dana pembangunan takaful mikro. Diantara isu-isu yang timbul adalah seperti berikut:

a. Isu berkenaan bidang kuasa zakat dan wakaf

Zakat dan wakaf tertakluk di bawah bidang kuasa negeri-negeri. Ini berdasarkan perlembagaan Malaysia Jadual kesembilan senarai II yang menyatakan bahawa:

Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawal seliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat Melayu.

Justeru itu sebarang urusan mengenai zakat dan wakaf perlulah mendapat kebenaran daripada negeri-negeri terlebih dahulu.

b. Ketidakcukupan dana zakat dan wakaf untuk dijadikan sebagai sumber dana bagi pembangunan takaful mikro.

Ketidakcukupan dana zakat dan wakaf juga menjadi satu isu yang perlu diteliti untuk dijadikan sebagai sumber dana bagi takaful mikro. Menurut Hardi (2019) kutipan zakat sepenuhnya bergantung kepada pembayar zakat dan ianya tidak sama dari tahun ke tahun. Kenyataan ini turut disokong oleh Zulkifli (2019) dengan mengatakan bahawa penggunaan dana zakat untuk pembangunan takaful mikro perlu dilihat secara teliti dan ianya perlu dilihat dari sudut kewangan

(10)

sama ada mencukupi atau tidak dan perlu juga mengambil kira perkara-perkara asasi keperluan asnaf-asnaf seperti makan, minum, tempat tinggal dan sebagainya.

Berdasarkan dua kenyataan ini, dana zakat perlu dilihat dari banyak aspek. Pertama dilihat dari sudut kutipan zakat. Kedua ialah dari sudut agihan zakat. Semakin banyak agihan yang dilakukan, semakin berkurangan kadar yang akan diterima oleh asnaf kerana dibimbangi duit zakat tidak mencukupi. Selain itu juga, asnaf bukan hanya terhad kepada asnaf fakir dan miskin sahaja tetapi ianya merangkumi lapan asnaf yang perlu diurus dan diagihkan dana zakat kepada mereka. Begitu juga dari aspek keperluan lain yang diperlukan oleh asnaf fakir dan miskin seperti keperluan asasi seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Ini kerana asnaf fakir dan miskin bukan hanya memerlukan takaful sahaja, mereka juga mempunyai keperluan-keperluan lain yang mesti dibantu oleh zakat bagi memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup. Keperluan-keperluan ini perlu diambil kira dan dihitung dengan teliti sehingga mendapat jumlah tunai yang sesuai bagi caruman takaful mikro dengan menggunakan dana zakat.

Seterusnya dari segi kecukupan harta wakaf. Menurut Hardi (2019) kebanyakan harta yang diwakaf di Selangor adalah terdiri daripada harta tak alih seperti tanah-tanah dan bangunan. Berdasarkan kenyataan tersebut kebanyakan harta wakaf yang sedia ada terdiri daripada harta tak alih. Harta wakaf tunai pula banyak yang telah dikhususkan penerimanya oleh pewakaf seperti mesti disalurkan kepada sekolah-sekolah dan sebagainya. Kesimpulannya, dana wakaf bergantung kepada jumlah kutipan wakaf tunai serta wakaf yang dilakukan secara manfaat am oleh pewakaf dengan maksud pewakaf menyerahkan kepada pihak pengurusan wakaf kepada siapa perlu disalurkan dana tersebut bukannya secara khusus. Jika pewakaf menyebut secara khusus harta wakaf itu perlu disalurkan kepada sekian individu dan sekian institusi maka harta wakaf tersebut tidak boleh lagi digunakan untuk sumbangan dana bagi takaful mikro. Kesimpulannya isu-isu dan cabaran bagi menjadikan dana zakat dan wakaf untuk pembangunan takaful mikro diringkaskan melalui rajah tersebut :

Rajah 2. Isu dan Cabaran Integrasi Zakat dan Wakaf Dalam Pembangunan Takaful Mikro

Kesimpulannya, berdasarkan perlembagaan Malaysia, institusi zakat dan wakaf berada di bawah bidang kuasa Majlis Agam Islam Negeri. Berkenaan dengan wakaf, tidak timbul sebarang isu untuk dijadikan dana takaful mikro kerana penggunaan wakaf tidak dihadkan melalui ayat khusus di dalam Al-Quran mahupun hadis. Manakala zakat terikat dengan ayat khusus di dalam Al Quran surah at-Taubah ayat 60 yang mengkhususkan pembahagian zakat hanya kepada lapan orang asnaf. Perkara ini disokong oleh Hardi (2019) wakaf lebih luas ruang lingkupnya berbanding zakat yang terikat dengan nas-nas tertentu di dalam Al Quran. Ini memerlukan penelitian yang khusus berkenaan hukum hakam yang berkaitan dengan zakat. Zulkifli (2019) juga menyatakan bahawa perkara ini perlu dilihat secara makro dan mikro sebelum diputuskan pelaksanaannya walaupun perkara ini merupakan satu cadangan yang sangat baik. Model takaful mikro yang menggunakan dana zakat dan wakaf masih belum ada, berdasarkan tinjaun literatur yang dilakukan oleh pengkaji, kebanyakan model yang ada bersumberkan tiga dana iaitu dana peserta seperti Pelan Perlindungan Mikro 1 Malaysia, dana kerajaan seperti MySalam dan dana zakat seperti Skim Takaful Asnaf. Skim Takaful Asnaf merupakan skim takaful yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang hanya merangkumi manfaat khairat kematian sahaja. Pengoperasian skim takaful ini telah dihentikan kerana terdapat beberapa masalah yang merugikan dana zakat seperti masalah waris tidak menuntut manfaat tersebut (Fadzli 2018). Justeru itu, perlu kepada satu model lengkap mengenai integrasi dana zakat dan wakaf sebagai dana pembangunan takaful mikro yang merangkumi keseluruhan

Bahagian Kedua : Prosedur Dan Pelaksanaan Dana Zakat Dan Wakaf

Bahagian Pertama : Hukum Dan Pembahagian Dana Zakat Dan Wakaf

Isu Dan Cabaran Penggunaan Dan Zakat Dan Wakaf Dalam Pembangunan Takaful Mikro

1. Isu Tamlik Dalam Pembahagian Zakat -Isu Wakaf Tunai

2. Isu Pelaburan Dana Zakat Dan Wakaf

1. Isu Bidang Kuasa Zakat Dan Wakaf 2. Isu Kecukupan Dana Zakat Dan Wakaf

(11)

aspek di dalam takaful seperti kadar caruman bulanan, kadar manfaat, proses tuntutan dan sebagainya.

5. CADANGAN DAN KESIMPULAN

Bagi membolehkan pengintegrasian dana zakat dan wakaf dalam pembangunan takaful mikro direalisasikan ia memerlukan kepada kerjasama di antara tiga pihak berautoriti iaitu pihak institusi fatwa, majlis agama Islam negeri, dan pihak takaful. Pihak institusi fatwa berperanan mengeluarkan fatwa untuk menyelesaikan isu-isu syariah yang terdapat di dalam zakat dan wakaf bagi tujuan pembangunan takaful mikro. Hal ini kerana pihak berautoriti zakat dan wakaf tidak bersedia untuk melaksanakan perkara ini tanpa adanya fatwa daripada institusi fatwa (Sheila et al., 2015). Bagi pihak Majlis agama Islam Negeri pula perlu bersedia dari segi pengurusan dana zakat dan wakaf. Berapakah yang perlu diperuntukkan untuk pembangunan takaful mikro. Hal ini kerana dana zakat juga perlu diagihkan kepada keperluan-keperluan lain terutamanya keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya (Zulkifli 2019). Begitu juga dengan dana wakaf tunai perlu diteliti disebabkan kebanyakan dana wakaf yang sedia ada lebih banyak kepada harta wakaf tak alih seperti tanah dan bangunan (Hardi 2019).

Bagi pihak institusi takaful pula bertanggungjawab untuk mereka bentuk satu model lengkap takaful mikro dengan menggunakan dana zakat dan wakaf sebagai caruman bulanan. Kefahaman terhadap konsep takaful mikro perlu diterapkan di dalam institusi takaful bahawa takaful mikro ini berkonsepkan kebajikan bukannya berasaskan keuntungan (Ahmed Mamdouh, 2016). Model tersebut mestilah dilengkapi dengan lengkap berkenaan segala perkara berkaitan takaful mikro seperti kadar manfaat, proses tuntutan, pelaburan, takaful semula dan sebagainya.

Rumusannya, integrasi zakat dan wakaf dilihat berpotensi dijadikan sebagai sumber dana bagi pembangunan takaful mikro. Jika ia benar-benar mampu dilaksanakan pasti akan membawa kebaikan kepada golongan yang memerlukan khususnya golongan fakir dan miskin. Isu dan cabaran yang ada perlu dianalisis dan diselesaikan dengan sistematik dan berhemah supaya cadangan untuk menjadikan zakat dan wakaf sebagai dana untuk pembangunan takaful mikro benar-benar dapat dijayakan dengan jayanya. Kerajaan Negeri perlu mengeluarkan fatwa khusus mengenai perkara ini bagi membolehkan pihak zakat dan wakaf melaksanakan pengintegrasian dana zakat dan wakaf bagi pembangunan takaful mikro. Selain itu, satu model integrasi dana zakat dan wakaf dalam pembangunan takaful mikro perlu dicipta bagi meyakinkan pihak yang berautoriti untuk melaksanakan perkara ini.

PENGHARGAAN

Makalah ini ialah sebahagian daripada hasil penyelidikan Aplikasi Takaful Mikro Melalui Dana Zakat di bawah dana GGPM-2018-007.

RUJUKAN

Ahmad Ekhwan. (2018). Potensi Dana Zakat Dalam Takaful Mikro dan Mikro Kredit. Persidangan Meja Bulat. Hotel Putrajaya Bangi., 2018.

Ahmad Ekhwan. (2019). Integrasi Zakat dan Wakaf Dalam Pembangunan Takaful Mikro. Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad. Temu Bual 7 Mei, 2019.

Ahmad Mazlan, Badrul Hisham, Nasser Yassin & Jamil Ramly. 2012. Amalan Asas Takaful Tahap Permulaan Untuk Pengamal. Islamic Banking and Finance Institue Malaysia (IBFIM).

Ahmed Mamdouh. (2016). Micro Takaful Insurance as a Tool to Guaranteeing Financing and Protecting Micro Enterprises. Journal of Business & Financial Affairs, 05(04). https://doi.org/10.4172/2167-0234.1000228

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam. 2013. http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_legislation& pg=bm_legislation_act&ac=343&full=1&lang=bm

Al Quran Tafsir Pimpinan Rahman

Bank Negara Malaysia. (2016). Microinsurance and Microtakaful : Discussion Paper, (18 April), 1–18. Retrieved from http://www.bnm.gov.my/guidelines/50_others/dp_microinsuranceandmicro takaful_Apr2016.pdf

(12)

Bank Negara Malaysia. (2018). Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran BNM, (March), 13–14.

Bank Negara Malaysia. (2016). Sektor Insurans dan Takaful, 75–93. Retrieved from https://www.bnm.gov.my/files/publication/fsps/bm/2016/cp03.pdf

Bank Negara Malaysia. (2017). Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran, 75–93. Retrieved from https://www.bnm.gov.my/files/publication/fsps/bm/2016/cp03.pdf

Chiew Hui Lin. (2017). Expanding insurance and Takaful solutions for the underserved segment. Central Bank of Malaysia, (March), 1–2.

Dictionary Cambridge. (2020). Retrieved from https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/ micro

Engku Rabiah Adawiah Engku Ali. 2010. Panduan Asas Takaful. Center For Research And Training Sdn Bhd.

Fadzlee. (2018). Potensi Zakat Dalam Takaful Mikro dan Kredit Mikro. Persidangan Meja Bulat. Hotel Putrajaya Bangi.

Fatin Nabilah & Kamaruzaman. (2014). Skim Takaful Sumbangan Rendah Serta Prospek Perlaksanaan Takaful Mikro Di Malaysia. International Conference on PostGraduate Research (ICPR), 2014(December), 24–35.

Hardi. (2019). Integrasi Zakat dan Wakaf Dalam Pembangunan Takaful Mikro. Jabatan Mufti Negeri Selangor. Temu Bual 16 Mei 2019.

Ihsan Ilahi. (2019). Integrasi Zakat dan Wakaf Dalam Pembangunan Takaful Mikro. Latihan Ilmiah. Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia, 8(5), 55.

Ilyana, N., Adnan, M., Hamat, Z., Yahaya, M. Z., Noor, M. A. T., & Zain, M. A. T. (2017). AGIHAN ZAKAT SECARA MIKRO KREDIT : ANALISIS DARIPADA PERSPEKTIF MASLAHAH Distribution of Zakah Fund Through Micro Credit : An Analysis from Maslahah Perspective, 2(1). Intipati Belanjawan 2019. (2019).

Kamus Dewan Pustaka dan Bahasa. (2020). Retrieved from http://prpm.dbp.gov.my/cari1? keyword=mikro

Marhanum, & Fatimah. (2018). The prevalence of Micro Takaful Products in the Eyes of Malaysian SMEs, 5(3), 49–65.

Mohamad Puad, N. A. (2017). Issues and Challenges in Developing Microtakaful in Muslim Country. Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM

2017), 2017(ICoMM), 978–967. Retrieved from http://conference.kuis.edu.my/

icomm/4th/eproceedings/IC 038.pdf

Mohd Aqmin et al. 2018. (2018). Kos Sara Hidup Tinggi di Malaysia: Pertumbuhan Pendapatan Isi Rumah Yang Perlahan atau Taraf Hidup Yang Meningkat? Jurnal Ekonomi Malaysia, 52(1), 117–133. https://doi.org/10.17576/jem-2018-5201-10

Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, Nurul Ilyana Muhd Adnan, Ahmad Dahlan Salleh, Salmy Edawati Yaacob, Rubayah Yaacob, & Hendon Redzuan. (2018). Analisis Hukum Penggunaaan Dana Zakat Untuk Pembangunan Model Takaful Mikro. Jurnal of Contemporary Islamic Law, Vol. 3(2)(Universiti Kebangsaan Malaysia), 28–36.

Noor Ashikin, & Zuriah Abdul Rahman. (2012). Financial protection for the poor in Malaysia: Role of zakah and micro-takaful. Journal of King Abdulaziz University, Islamic Economics, 25(1), 119– 140. https://doi.org/10.4197/Islec.25-1.5

Portal Rasmi MAIWP. (2020). Retrieved from https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/jenis-skim-bantuan-zakat/bantuan-takaful-asnaf

Portal Rasmi MySalam. (2020). Retrieved from https://www.mysalam.com.my/b40/info/

Portal Rasmi Takaful Ikhlas. (2020). Retrieved from https://www.takaful-ikhlas.com.my/i-BR1M/about.html

Portal Rasmi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM). Pelan Perlindungan Mikro 1 Malaysia (1MMPP). https://www.liam.org.my/index.php/library/consumer-education-series/english/328-1malaysia-micro-protection-plan. (Dicapai pada 2 Mei 2020).

Rubayah Yakob & Nor Hamizah. (2017). Analisis Pemilikan Takaful Keluarga atau Insurans Hayat dalam Kalangan B40. Journal of Quality Measurement and Analysis, 13(2), 29–38.

(13)

Said Adekunle Mikail, Muhammad Ali Jinnah Ahmad, S. S. A. (2017). Utilisation of zakāh and waqf fund in micro-takāful models in Malaysia: an exploratory study. ISRA International Journal of Islamic Finance, 9(1), 100–105. https://doi.org/10.1108/IJIF-07-2017-010

Sheila Nu Nu Htay, Nur Shazwani Sadzali, & Hanudin Amin. (2015). An analysis of the viability of micro health takaful in Malaysia. Qualitative Research in Financial Markets, 7(1), 37–71.

Siti Rahayu Zakaria, Mandeep Singh, & Shabana Naseer Ahmad. (2017). Cabaran Kewangan Isi Rumah Miskin Bandar - Rentetan Peningkatan Kos Sara Hidup, 1–9. Retrieved from www.crrc.org.my

Zulkifli. (2019). Integrasi Zakat dan Wakaf Dalam Pembangunan Takaful Mikro. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Temu Bual 24 Mei 2019.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan demikian dalam Negara Hukum Indonesia di dalamnya terkandung pengertian adanya pengakuan terhadap prinsip supremasi hukum dan konstitusi, dianutnya prinsip pemisahan dan

Berdasarkan observasi cara mengajar dan wawancara dari guru pamong, praktikan dapat memberikan gambaran tentang kegiatan belajar mengajar terkait mata pelajaran

Gambar bercerita adalah gambar yang memiliki narasi yang tujuannya menceritakan sesuatu melalui gambar tanpa tulisan, contohnya adalah bagaimana menggambarkan

Peraturan Pemerintah Nomor 84 tahun 2000 Tentang Pedoman Organisasi Perangkat Daerah. Perafuran Pemerintah nomor 8

Berdasarkan hasil pengolahan dan analisis data di bab IV, penerapan media modifikasi terhadap peningkatan hasil belajar bermain bola tangan siswa kelas V SDN

• Membahas hal-hal yang dapat dipelajari dan dianalisa dari kepemimpinan dan situasi yang dihadapi oleh Sri Mulyani... Bagaimana gaya kepemimpinan yang

Berdasarkan uraian latar belakang tersebut serta dalam rangka meningkatkan kualitas pendidikan sekaligus sebagai solusi terhadap permasalahan proses pembelajaran

Cluster analysis of five sweet tamarind cultivars based on morpho- logical characters of fruit showed that they had 44-100 % of genetic similarity level.. Based on