• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cabaran Dalam Transformasi Pendidikan Vokasional. Thong Pui Yee & Muhammad Hussin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Cabaran Dalam Transformasi Pendidikan Vokasional. Thong Pui Yee & Muhammad Hussin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Cabaran Dalam Transformasi Pendidikan Vokasional Thong Pui Yee & Muhammad Hussin

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia yang memberangsangkan sejak kebelakangan ini, secara tidak langsungnya telah meningkatkan permintaan tenaga buruh terutamanya bagi tenaga buruh yang profesional, mahir dan separa mahir. Malaysia memerlukan tenaga buruh khususnya tenaga buruh mahir untuk mencapai negara yang berstatus maju dan berpendapatan tinggi. Oleh itu, sistem pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan tenaga buruh mahir untuk mencapai matlamat negara. Namun, penghasilan tenaga buruh mahir dalam bidang teknikal sekiranya hanya melalui sistem pendidikan aliran akademik tidak mampu memenuhi permintaan pasaran buruh yang kian meningkat. Maka, kerajaan telah mencari alternatif baru iaitu melalui sistem pendidikan vokasional. Keadaan ini secara tidak langsungnya telah memberi tekanan kepada sistem pendidikan vokasional yang tersedia ada. Satu transformasi secara holistik telah dilakukan untuk memastikan penghasilan tenaga buruh yang mahir dan berkompetensi dalam memenuhi permintaan pasaran buruh. Dalam proses mentransformasikan pendidikan vokasional yang tersedia ada, pelbagai cabaran sedang dihadapi dan perlu diselesaikan supaya transformasi ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Kertas ini adalah bertujuan membincangkan beberapa cabaran yang sedang dihadapi dalam transformasi pendidikan vokasional ke arah yang lebih cemerlang.

Kata kunci: transformasi pendidikan vokasional, cabaran, pendidikan vokasional.

1. PENGENALAN

Dalam proses menuju ke arah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, Malaysia perlu menghasilkan lebih ramai tenaga buruh yang mahir dan berkompetensi setanding dengan negara maju. Untuk mencapai hasrat tersebut, pendidikan vokasional mula diberi perhatian setelah menyaksikan kejayaan yang dicapai oleh negara German dan Republik Korea yang telah menjadi negara berpendapatan tinggi melalui pembangunan sistem pendidikan teknikal dan latihan vokasional. Langkah-langkah komprehensif telah diambil untuk membangunkan pendidikan vokasional di Malaysia seperti peruntukan RM 27.3 juta telah disalurkan kepada pendidikan teknik dan vokasional melalui belanjawan 2013 (KKM 2013).

(2)

Selain daripada memperuntukkan kewangan ke atas pembangunan pendidikan teknik dan vokasional, satu penstrukturan semula sistem pendidikan ini telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Pelan Transformasi Vokasional (PTV) yang berkuatkuasa pada tahun 2013. Melalui PTV yang diperkenalkan, terdapat dua aspek penting iaitu program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan Kolej Vokasional (KV) sebagai laluan mencapai hasrat negara dalam menghasilkan tenaga buruh mahir sekurang-kurangnya 3.3 juta orang menjelang tahun 2020. Program PAV akan ditawarkan kepada pelajar menengah rendah seawal tingkatan satu sehingga tingkatan tiga, khususnya pelajar lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Lepasan PAV akan dibenarkan menyambung pelajaran di KV atau ke institusi kemahiran yang akan dilaksanakan selama empat tahun mengikut sistem semester sehingga ke peringkat diploma (KPM 2013a).

Transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa (reengineering) kurikulum, institusi, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, tadbir urus dan sumber manusia sehingga sistem pendidikan vokasional yang baharu berupaya:

 Berfungsi dengan cekap dan berkesan sebagai jentera pendidikan untuk kecemerlangan kerjaya modal insan sama ada sebagai pekerja mahir mahupun sebagai usahawan berdaya saing dan berwatak profesional.

 Menggembleng sumber dalaman dan luaran untuk menyampaikan perkhidmatan pendidikan dan latihan vokasional yang berkualiti tinggi ke arah memenuhi keperluan individu pelajar, masyarakat moden, industri berasaskan pengetahuan dan melonjak ke tahap negara berpendapatan tinggi.

 Menggerakkan sumber manusia yang berupaya menjadi modal insan berilmu, berkemahiran dan berkelayakan diiktiraf oleh industri serta kebolehpasaran yang tinggi.

 Mendorong tenaga profesional menghasilkan modal insan yang menghayati budaya pembelajaran sepanjang hayat.

(3)

Dalam proses transformasi pendidikan vokasional, beberapa cabaran perlu diselesaikan terlebih dahulu supaya transformasi ini dapat dilakukan secara berkesan dan cemerlang. Kertas kerja ini bertujuan membincangkan beberapa cabaran yang dihadapi dalam proses transformasi pendidikan vokasional ini termasuk penyediaan guru berkompetensi, enrolmen dalam pendidikan vokasional, penghasilan graduan yang berkualiti, akses kepada pendidikan vokasional dan penerapan kemahiran keusahawanan.

2. CABARAN PENYEDIAAN GURU BERKOMPETENSI

Guru merupakan komponen yang penting dalam sistem pendidikan. Guru yang berkualiti dan berkemahiran merupakan input yang penting dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini kerana guru yang berkompetensi mampu merancang pengajaran yang menarik minat pelajar terhadap pembelajaran. Darling-Hammond (1999) dan Kim et al. (2008) bersetuju bahawa guru yang berkualiti mempunyai hubungan positif dengan pencapaian pelajar. Ini disokong dengan kajian Sadler dan rakan-rakan (2013) mendapati guru yang berpengetahuan dalam bidang pengkhususannya mampu meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang subjek tersebut. Oleh itu, keperluan guru yang berkemahiran dan berpengetahuan adalah penting dalam melaksanakan pendidikan vokasional.

Salah satu cabaran yang dihadapi dalam transformasi pendidikan vokasional ialah penyediaan guru yang pengetahuan berdasarkan bidang pengkhususan peringkat ijazah dan berkemahiran teknikal (Kandar et al. 2003). Proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan vokasional lebih menekankan pembelajaran masteri dan kompetensi. Kurikulum pendidikan vokasional menggariskan nisbah 70% untuk komponen kemahiran berbanding dengan hanya 30% untuk komponen akademik (KPM 2013b). Maka, modul pembelajaran diperkenalkan bertujuan memastikan setiap pelajar mampu menguasai kemahiran yang ditetapkan sebelum melangkah ke tahap yang berikutnya. Keperluan guru yang mengajar pendidikan vokasional yang mempunyai kemahiran dalam bidang pengkhususan adalah diberi keutamaan. Malah, guru juga perlu dilengkapkan dengan kemahiran penguasaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan

(4)

(Azila et al. 2010). Ini kerana kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menekankan pedagogi konvensional adalah tidak sesuai dalam pendidikan vokasional yang bertujuan melahirkan insan yang bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru perlu mengaplikasikan ilmu dan kemahiran serta pengalaman dalam bidang industri ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Untuk menghasilkan guru-guru yang berkompetensi, tugas dan tanggungjawab ini secara langsungnya telah terletak pada program pendidikan guru yang tersedia ada (Ahmad Esa et al. 2012). Kurikulum pendidikan guru untuk aliran matapelajaran teknik dan vokasional perlu menghasilkan bakal pendidik bukan sahaja memiliki pengetahuan, malah, mereka juga perlu mempunyai kemahiran teknikal dan penguasaan kemahiran pengurusan bengkel supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu, penyediaan guru berkompetensi dalam pendidikan vokasional merupakan salah satu cabaran dalam transformasi pendidikan vokasional.

3. ENROLMEN RENDAH DALAM PENDIDIKAN VOKASIONAL

Malaysia masih ketinggalan dari segi enrolmen pelajar dalam pendidikan vokasional di peringkat global (KPM 2013a). Di kebanyakan negara Eropah seperti German dan Austria telah mencatatkan enrolmen ke pendidikan vokasional 60-70%, manakala Thailand dan Indonesia telah mencatatkan kadar enrolmen antara 40-60% dalam pendidikan vokasional berbanding dengan Malaysia yang hanya mencatatkan sebanyak 10% penglibatan pelajar dalam pendidikan vokasional (JPK 2011). Malah, bagi negara China dan Singapura, pendidikan vokasional mula diperkenalkan di peringkat menengah rendah (Junior Vocational Education) membolehkan negara tersebut mencatatkan kadar purata enrolmen yang tinggi dalam pendidikan vokasional. Malah, di negara seperti Korea, pendidikan vokasional diberi harapan yang tinggi dalam menghasilkan tenaga buruh mahir dalam memenuhi keperluan permintaan pasaran kerja (Agrawal 2013).

Enrolmen yang rendah di Malaysia berpunca daripada persepsi masyarakat umum terhadap pendidikan vokasional (Chang 2012). Orang ramai terutamanya ibubapa dan pelajar mempunyai persepsi yang kurang baik terhadap pendidikan vokasional

(5)

menyebabkan mereka tidak memilih aliran pendidikan alternatif ini walaupun mereka lemah dalam akademik. Sekolah vokasional sering dipandang sebagai tempat mengisi pelajar lemah akademik dan pelajar tercicir. Kebanyakan orang ramai beranggapan pelajar sekolah vokasional terdiri daripada pelajar yang bermasalah disiplin. Tanggapan sebegini merupakan punca kepada kadar enrolmen yang rendah di Malaysia dalam pendidikan vokasional.

Oleh itu, untuk mencapai negara berstatus maju, kadar purata enrolmen pelajar aliran vokasional di peringkat menengah perlu ditingkatkan setaraf dengan paras yang dicapai oleh negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) iaitu sebanyak 44%. Untuk meningkatkan enrolmen pelajar dalam aliran vokasional, persepsi umum terhadap pendidikan vokasional harus diubah (KPM 2013a). Transformasi pendidikan vokasional tidak dapat dilakukan dengan berkesan sekiranya stigma masyarakat umum terhadap pendidikan vokasional tidak diubah.

4. CABARAN PENGHASILAN GRADUAN YANG BERKUALITI

Matlamat pendidikan vokasional adalah untuk menghasilkan tenaga buruh mahir yang berkualiti. Sehubungan itu, tenaga buruh yang berkualiti seharusnya mampu menjana dan melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran keusahawanan, kemahiran generik dan keperibadian yang unggul supaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Baharom & Mohamad Johdi 2009; Abd Hair et al. 2007). Namun, pendidikan vokasional yang menekankan amali telah menyukarkan penerapan nilai-nilai murni atau aspek kerohanian dalam setiap pelajar seperti yang ditetapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Nurul Nadya et al. 2011). Pengenalan sistem modular dalam melaksanakan program pendidikan vokasional memerlukan pelajar mengorganisasi pembelajaran untuk mencapai kemahiran yang ditetapkan (Baharom 2011) telah mengabaikan penerapan nilai-nilai murni oleh setiap pelajar.

Penghayatan nilai-nilai murni oleh pelajar dapat mengurangkan gejala-gejala negatif seperti penipuan, rasuah dan tidak amanah dalam perniagaan. Malah, penerapan

(6)

buruh mahir yang bekerja secara ikhlas dan jujur bagi membangunkan ekonomi negara. Oleh itu, Baharudin Ali (2012) dalam kertas kerja beliau telah membuat cadangan untuk mewujudkan sekolah vokasional dan teknikal agama. Rasionalnya ialah sekolah vokasional agama diharapkan dapat melahirkan tenaga buruh mahir yang seimbang dari segi intelektual, kemahiran teknikal dan unsur rohani.

5. CABARAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN VOKASIONAL

Akses kepada pendidikan vokasional adalah tidak menyeluruh di Malaysia. Mengikut statistik KPM (2013a) telah menunjukkan hanya 86 buah sekolah vokasional dan teknikal ditubuhkan daripada jumlah 2,296 buah sekolah menengah di Malaysia pada tahun 2013. Ini bermaksud hanya 3.7% sahaja sekolah vokasional yang ditubuhan daripada jumlah keseluruhan sekolah yang ditubuhkan di Malaysia. Sedangkan di negara maju seperti Korea, jumlah sekolah vokasional di negara tersebut telah mencecah 702 buah sekolah iaitu satu per tiga daripada jumlah sekolah di Korea pada tahun 2007 (Agrawal 2013). Ini ditambah dengan penawaran tempat belajar dalam kolej vokasional untuk sesuatu program adalah terhad. Statistik dilaporkan bahawa terdapat 117,000 permohonan untuk memasuki kolej vokasional 1 Malaysia di Klang tetapi pihak kolej hanya mampu menampung 21,000 pelajar sahaja (Sinar Harian, 13 April 2013). Maka, bilangan sekolah vokasional dan penawaran tempat belajar yang terhad telah mengehadkan enrolmen pelajar dalam mengikuti pendidikan vokasional.

Penyebaran maklumat tentang pendidikan vokasional yang lengkap kepada semua masyarakat umum perlu dilakukan dengan menyeluruh. Kekurangan pengetahuan tentang pendidikan vokasional oleh masyarakat umum akan menyebabkan transformasi pendidikan vokasional gagal dilaksanakan. Nur Qistina dan Mohd Risdi (2010) dalam kajian mendapati kalangan pelajar orang asli kurang mendapat pengetahuan tentang pendidikan vokasional. Mereka kurang didedahkan maklumat tentang bidang-bidang yang ditawarkan oleh sekolah vokasional. Malah, mereka tidak mengetahui terdapat pelbagai institusi latihan kemahiran yang ditubuhkan di Malaysia yang menawarkan program vokasional seperti kolej komuniti, institusi latihan kemahiran MARA dan sebagainya. Oleh itu, untuk melaksanakan transformasi pendidikan vokasional secara

(7)

holistik, akses pendidikan vokasional terutamanya di kawasan luar bandar perlu diberi perhatian. Kekurangan pendedahan maklumat yang lengkap kepada masyarakat umum terutamanya kawasan luar bandar menjadi cabaran dalam mentransformasikan pendidikan vokasional di Malaysia.

6. CABARAN PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

Untuk mencapai tahap negara berpendapatan tinggi selaras dengan dengan Wawasan 2020, negara perlu menghasilkan lebih ramai tenaga buruh yang mahir. Statistik menunjukkan bahawa tenaga buruh mahir di Malaysia dicatatkan sebanyak 28% sementara bagi negara-negara maju adalah hampir kepada 30 peratus seperti Singapura (51%), Finland (43.8%), Australia (42.9%) dan Republik Korea (29.3%) (KPM 2013a). Selain daripada hanya menghasilkan tenaga buruh yang mahir, unsur keusahawanan turut memainkan peranan yang penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi. Kemahiran keusahawanan dalam diri seseorang memainkan peranan penting supaya mereka mampu berdikari dalam mencari peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.

Menurut Ashmore dan Printz (1983) dalam Sri Mas et al. (2011), kemahiran keusahawanan perlu diterapkan dalam pendidikan vokasional kerana secara umumnya, pendidikan menyediakan individu sebagai pekerja dan bukannya majikan. Maka, satu program perlu diwujudkan untuk mendidik pekerja-pekerja menjadi majikan. Namun, pendidikan vokasional yang disediakan semasa tidak menekankan kemahiran keusahawanan (KPM 2013a). Pendidikan vokasional yang disediakan lebih tertumpu kepada penyediaan tenaga buruh kepada industri. Kemahiran keusahawanan tidak ditekankan dalam kurikulum pendidikan vokasional sedangkan kemahiran keusahawanan merupakan salah satu daripada komponen kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh setiap graduan untuk memenuhi permintaan pasaran buruh (Ivy 2012; Muhammad Hazrul 2012).

Oleh itu, untuk mentransformasikan pendidikan vokasional dengan berkesan, Baharudin Ali (2012) telah mencadangkan asas keusahawanan perlu diterapkan ke dalam

(8)

keusahawanan ke atas setiap graduan lepasan pendidikan vokasional adalah penting supaya mereka dapat menyumbang secara aktif dalam pertumbuhan ekonomi dan bukan hanya bekerja untuk orang lain.

KESIMPULAN

Pendidikan vokasional memainkan peranan yang penting dalam membekalkan tenaga buruh mahir untuk negara mencapai status berpendapatan tinggi. Maka, satu transformasi secara holistik terhadap pendidikan vokasional perlu dilaksanakan dengan teliti. Cabaran-cabaran yang dihadapi perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya kerana ia akan menjadi halangan kepada perkembangan pendidikan ini. Transformasi pendidikan vokasional dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan jika masyarakat umum dapat mengubah sikap dan pandangan mereka ke arah positif terhadap pendidikan ini. Penyediaan guru yang berkelayakan dan berpengalaman dalam industri dapat membantu dalam menghasilkan graduan yang berkompetensi. Selain itu, institusi sekolah perlu memainkan peranan yang aktif dalam mendedahkan maklumat yang lengkap tentang jenis pendidikan ini kepada semua pelajar. Penubuhan lebih banyak sekolah vokasional perlu dilakukan dengan terancang supaya semua pelajar mendapat peluang yang sama dalam akses kepada pendidikan vokasional.

RUJUKAN:

Abd Hair Awang, Rahmah Ismail, Azimi Hamzah, Jegak Uli & Asma Ahmad. 2007. Program Latihan Kemahiran: Perbandingan Kos, Kebolehpasaran dan Pendapatan Pelatih. International journal of management studies, 14(1): 212-244.

Agrawal, T. 2013. Vocational education and training programs (VET): An Asian perspective. Asia-Pacific journal of cooperative education, 14(1):15-26.

Ahmad Esa, Razali Hassan, Jamaludin Hashim & Mohd Yusop Hadi. 2012. Cabaran pendidikan teknik & vokasional (PTV) di Malaysia: Peranan UTHM dalam melahirkan pendidik berketrampilan. Kertas kerja dibentangkan di Seminar JPPG. Anjuran Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn pada 22-24 Disember 2012 di Hotel Impiana Casuarina, Ipoh.

(9)

Azila Dason, Rohana Hamzah & Amirmuddin Udin. 2010. Hala tuju pendidikan teknik dan vokasional ke arah memartabatkan falsafah pendidikan negara. Journal of edupress, 1:1-13.

Baharom Mohammad. 2011. Pendidik dan pendidikan vokasional: Pendekatan dan cabaranya dalam memenuhi peluang kerjaya di Malaysia. Utusan Berita, 11 Mei: B4.

Baharom Mohamad & Mohamad Johdi Salleh. 2009. Pembangunan Modal Insan Sebagai Satu Pelaburan Penting Dalam Konteks Pembinaan Negara. Kertas Kerja dibentangkan di Prosiding Seminar Pembangunan Modal Insan: Kecemerlangan Modal Insan pada 23-24 Mac 2009 di Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Kota Bharu Kelantan.

Baharudin Ali Masrom Al-Haj. 2012. Reformasi pendidikan vokasional dan teknikal di Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Majlis konvensyen halatuju pendidikan negara mereformasikan pendidikan negara. Anjuran yayasan Selangor pada 18 November 2013 di UNISEL, Selangor.

Chang, Y.F. 2012. Transformasi pendidikan teknikal dan latihan vokasional: Masalah dan cabaran di Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Majlis konvensyen halatuju pendidikan negara mereformasikan pendidikan negara. Anjuran yayasan Selangor pada 18 November 2013 di UNISEL, Selangor.

Darling-Hammond, L. 1999. Teacher quality and student achievement: A review of state policy evidence. WA: Center for the study of teaching and policy University of Washington.

Ivy, D.M. 2012. Penguasaan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Prosiding seminar pendidikan pasca ijazah dalam PTV kali ke-,. Hlm: 40-59.

Jabatan Pembangunan Kemahiran. 2011. Sijil kemahiran Malaysia: Gerbang kerjaya anda. Putrajaya: Kementerian Sumber Manusia.

Kandar Selamat, Yahya Buntat & Muhammad Rashid Rajuddin. 2003. Matapelajaran Vokasional (MPV) di sekolah menengah harian: Penyediaan guru MPV, isu dan cabaran. Kertas kerja dibentangkan di Seminar kebangsaan memperkasakan sistem pendidikan pada 19-21 Oktober 2003 di Hotel Puteri Pan Pacific, Johor Bahru.

(10)

Kementerian Kewangan Malaysia. 2013. Bajet 2013. Diakses daripada laman web www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub13.pdf pada 4 Mei 2013.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013a. Info ringkas transformasi pendidikan vokasional. Edisi ke-2.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013b. Info Kursus Pendidikan Teknik dan Vokasional. Edisi 2013.

Kim, E.G., Han, Y.K., & Park, J.S. 2008. Teachers’ salaries in Korea, 1985 to 2007: An indept analysis and policy recommandations. Journal of educational policy, 5(2): 89-112.

Muhammad Hazrul Ismail. 2012. Kajian mengenai kebolehpasaran siswazah di Malaysia: Tinjauan dari perspektif majikan. Prosiding PERKEM VII, hlm: 906-913.

Nur Qistina Abdullah & Mohd Risdi Mohd Daud. 2010. Pendidikan vokasional pada perspektif pelajar orang asli di empat buah sekolah menengah kebangsaan dalam daerah rompin Pahang. Kertas kerja yang tidak diterbitkan. Hlm: 1-10.

Nurul Nadya Abu Bakar, Rohana Hamzah & Amirmudin Udin. 2011. Cabaran-cabaran dalam pendidikan teknik dan vokasional dalam membangunkan sumber manusia. Journal of edupres, 1:159-164.

Sadler, P.M., Sonnert, G., Coyle, H.P., Cook-Smith, N. & Miller, J.L. 2013. The Influence of Teachers’ Knowledge on Student Learning in Middle School Physical Science Classrooms. American Educational Research Journal, 20(10): 1-30.

Sinar Harian. 2013. 13 April.

Sri Mas Zarith Mahmud, Rohana Hamzah & Amimudin Udin. 2011. Keusahawanan dalam pendidikan teknik dan vokasional (PTV) di Malaysia. Journal of edupres, 1:209-213.

Referensi

Dokumen terkait

1) Variabel suku bunga dalam jangka pendek maupun jangka panjang menunjukkan hasil positif dan signifikan terhadap investasi asing di Jawa Tengah selama penelitian

Hasil analisis statistik Wilcoxon pada perlakuan pertama menunjukkan Ho ditolak, ada perbedaan yang signifikan kadar Fe sebelum perlakuan dengan setelah perlakuan

Tujuan dari penelitian ini adalah mengetahui neraca ketersediaan dan kebutuhan lahan untuk 20 tahun yang akan datang sesuai dengan alokasi lahan pertanian dan permukiman pada pola

Keberhasilan siswa untuk menguasai materi pelajaran dipengaruhi oleh cara siswa dalam belajar. Hasil belajar merupakan indikator keberhasilan guru dan siswa dalam

Berdasarkan hasil wawancara yang dilakukan peneliti kepada beberapa masyarakat di Desa Tatakarya Kecamatan Abung Surakarta Kbupaten Lampung Utara, mereka mengatakan

Selain melihat dari sudut pandang pola asuh keluarga terhadap anak yang obesitas, banyak upaya pencegahan obesitas pada anak yang dapat dilakukan, tetapi dalam 6 artikel ini

Abstrak - Penelitian ini bertujuan untuk membandingkan penggunaan mesin semi otomatis dan penggunaan peralatan tradisional pada proses pembuatan agar – agar kertas,

(Rajendram ja Preedy 2005) Alkoholin suurkulutus altistaa alkoholimaksasairaudelle (Adachi ja.. Brenner 2005) ja C-hepatiitti on keskimääräistä yleisempää alkoholin