• Tidak ada hasil yang ditemukan

ISU DAN CABARAN INSTITUSI PONDOK DALAM MENDEPANI WABAK COVID-19 DI MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ISU DAN CABARAN INSTITUSI PONDOK DALAM MENDEPANI WABAK COVID-19 DI MALAYSIA"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

353

ISU DAN CABARAN INSTITUSI PONDOK DALAM MENDEPANI WABAK COVID-19 DI MALAYSIA

Azman Ab Rahmani, Afaf Sukari ii,Muhamad Firdaus Ab Rahman iii, Hussein ‘Azeemi Abdullah Thaidiiv & Muhd. Faiz Abd. Shakoriiv

i (Corresponding author). Timbalan Pengarah, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan,

azman@usim.edu.my

ii Pembantu Penyelidik, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, afafsukari97@gmail.com

iii Pembantu Penyelidik, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, mfirdaus.rahman@usim.edu.my

iv Pembantu Penyelidik, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, hussein@usim.edu.my

iiv Pembantu Penyelidik, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, faizshakorkisas@gmail.com

Abstrak

Penularan wabak Covid-19 secara global telah memberikan impak yang luar biasa terhadap pelbagai sektor utama negara. Menurut Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Coronavirus (CoV) merupakan rangkaian famili virus yang boleh menjangkiti manusia menerusi pernafasan sehingga menyebabkan kematian. Covid-19 boleh disimpulkan sebagai penyakit menular yang sebelum ini tidak pernah dikenal pasti atau dikesan oleh manusia (KKM, 2019). Pada bulan Mei 2020, KKM telah mengesahkan beberapa institusi pondok telah dijangkiti wabak Covid-19 selepas menjalankan saringan terhadap pelajar, guru dan kakitangan akibat susulan penularan kes Covid-19 dalam kalangan peserta perhimpunan di Seri Petaling (Kluster Seri Petaling). Perkara ini telah menggusarkan banyak pihak sehingga menyebabkan beberapa buah pondok ditutup bagi menjalani rawatan pengesanan dan pemulihan penyakit Covid-19. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti isu dan cabaran institusi pondok dalam mendepani wabak Covid-19. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat isu dari segi pendidikan, kesihatan dan kewangan yang dihadapi oleh institusi pondok dalam mendepani cabaran ketika wabak Covid-19. Kajian lanjutan perlu dilakukan dalam memperkasakan institusi pondok di Malaysia khususnya dalam membangunkan Model Tadbir Urus Institusi Pondok di Malaysia.

(2)

354

PENDAHULUAN

Penularan wabak baharu pandemik Covid-19 telah menggemparkan dunia termasuk di Malaysia. Wabak Covid-19 yang bersifat penyakit berjangkit ini telah mengorbankan jutaan manusia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pelbagai usaha serta inisiatif dilakukan pelbagai pihak dalam menangani wabak Covid-19 termasuk penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan oleh kerajaan. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat turut sama berganding bahu dalam memerangi wabak Covid-19. Virus Covid-19 tidak hanya meragut nyawa, bahkan telah menjejaskan pelbagai sektor termasuk sektor ekonomi, kesihatan dan pendidikan. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, antara institusi pendidikan yang turut sama terjejas adalah institusi pondok yang merupakan pusat pengajian berteraskan pengajian agama.

Istilah “Pondok” berasal dari Bahasa Arab yang bermaksud tempat tinggal sementara. Dalam konteks ini, pondok adalah institusi pengajian bagi para pelajar yang datang menghuni dalam jangka masa sementara dan ia didirikan dalam kawasan tertentu di perkelilingan pusat pengajian yang berasaskan masjid, surau dan lain-lain. Institusi pondok juga bermula sejak awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada kurun ke-19 Masihi. Ia merupakan kaedah alternatif masyarakat Melayu di Malaysia menuntut ilmu khususnya di dalam bidang agama. Kemudian institusi pondok semakin berkembang maju di beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan. Melalui sistem pengajian ini, masyarakat Melayu lebih memahami hukum hakam, akidah dan masalah-masalah yang berhubung dengan Islam. Ini jelas menunjukkan bahawa sistem pengajian pondok di Malaysia sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarkat Melayu (Mohd Roslan, 2007).

Sistem pendidikan pondok merupakan sistem pendidikan formal Islam terawal mula yang diperkenalkan di tanah Alam Melayu. Ia diwujudkan bagi memenuhi tuntutan masyarakat Islam yang memerlukan bimbingan yang sempurna dan mendalam terutama hal yang berkaitan dengan akidah dan ibadah. Abdullah Ishak (1992) menyatakan bahawa peringkat pertama pendidikan Islam tidak formal hanya dapat dipelajari di surau, masjid dan juga rumah guru. Melihat kepada sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, rumah guru-guru terpaksa diperluaskan. Rumah-rumah kecil yang dikenali sebagai pondok juga turut dibina di sekitar surau, masjid atau rumah guru sendiri untuk menyelesaikan masalah kediaman pelajar khususnya yang datang dari tempat yang jauh. Suasana ini telah menghasilkan satu bentuk sistem pengajian baharu yang terkenal dengan gelaran sistem pendidikan pondok.

(3)

355

Ekoran daripada kemunculan wabak Covid-19, pelbagai isu berkaitan institusi pondok mula timbul antaranya ialah jangkitan Covid-19 terhadap kakitangan, pelajar serta guru-guru di institusi pondok, hal ini sangat merisaukan kerana memberi kesan kepada tahap kesihatan warga institusi pondok yang lain. Disebabkan hal tersebut, proses pengajaran dan pembelajaran institusi pondok diarahkan untuk tutup buat sementara waktu demi mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) dan arahan PKP. Perkara ini dibuat demi memerangi wabak Covid-19 yang kian menular. Susulan daripada itu, institusi pondok terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran akibat daripada penutupan institusi pondok.

METODOLOGI KAJIAN Metodologi Penyelidikan

Reka bentuk kajian adalah satu pelan tindakan yang memperlihatkan bagaimana sesuatu kajian dijalankan. Reka bentuk kajian menjadi panduan kepada pengkaji untuk mengumpul dan menganalisis data terhadap penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berasaskan pendekatan kualitatif. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dan dokumentasi untuk mendapatkan data primer dan sekunder berkaitan objektif kajian.

Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian digunakan bagi mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah alternatif bagi mengumpul maklumat dan pengumpulan data. Penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah yang dikenal pasti. Kaedah pemerhatian dijalankan bagi memahami sesuatu situasi atau keadaan, mendapatkan data secara langsung dan terdapat bukti secara fizikal atau dapatan yang boleh diukur dengan penglihatan. Pemboleh ubah dalam penyelidikan ini terdiri daripada warga institusi tahfiz temasuk kakitangan pengurusan serta pelajar yang mana data pemerhatian tersebut akan dianalisis mengikut konsep pelaporan.

(4)

356

Kaedah Dokumentasi

Kaedah dokumentasi melibatkan kajian analisis terhadap bahan-bahan bercetak seperti jurnal, buku, artikel, prosiding, akhbar dan sebagainya. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan gambaran yang lebih mendalam terhadap kajian yang ingin dijalankan. Bagi mendapatkan data sekunder yang berkaitan isu dan cabaran yang dihadapi oleh institusi pondok dalam mendepani wabak covid-19 di Malaysia, penyelidik akan merujuk kepada buku dan jurnal termasuk laman web rasmi setiap KKM, akbar harian, media sosial KKM seperti facebook dan instagram. Hasil daripada data tersebut akan dianalisis untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

DAPATAN KAJIAN

PERKEMBANGAN INSTITUSI PONDOK DI MALAYSIA

Institusi pondok merupakan institusi pendidikan tradisional yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu yang bertahan lebih satu abad. Ianya merupakan kesinambungan kepada pengajaran agama yang dilaksanakan di masjid-masjid dan surau-surau. Rata-rata pelajarnya datang dari seluruh negara. Kebiasaannya, pelajar yang telah menamatkan pembelajaran mereka di sesebuah sekolah pondok akan berpindah ke pondok lain untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang baharu di tempat baharu. Terdapat sesetengah pelajar yang mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka di luar negara seperti Pattani, Mekah, Mesir dan lain-lain. Setelah menamatkan pengajian dan kembali mereka ke Tanah Melayu, mereka inilah yang meneruskan dan menaik taraf sistem Pendidikan Islam yang sedia ada dengan mewujudkan institusi-institusi pondok (Nur Atiqah, 2017). Pelbagai aktiviti dan kegiatan keagamaan dilaksanakan di pondok bagi mendedahkan masyarakat tentang segala permasalahan dalam Islam seperti hukum hakam, akidah, dan masalah-masalah lain yang bersangkut paut dalam soal agama Islam. Institusi pondok juga mempunyai ciri-cirinya yang unik dan tersendiri selari dengan keperluan masyarakat pada masa tersebut.

Perkembangan sistem pendidikan institusi pondok dilihat bermula daripada wilayah Patani yang bergiat aktif dalam penyebaran dakwah secara formal ini. Kemudian ianya semakin berkembang hingga ke wilayah-wilayah di pantai timur dan utara semenanjung Tanah Melayu seperti di Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang

(5)

357

dan Perlis (Awang, 2006). Kedudukan yang berdekatan dan bersempadan dengan daerah Thailand selatan antara faktor menyebabkan institusi pondok semakin berkembang hingga ke Semenanjung Malaysia. Perkembangan institusi pondok juga dilihat lebih tertumpu di negeri-negeri ini. Di Kelantan, ajaran agama Islam dapat diterima dengan mudah berikutan negeri ini berada di bawah pemerintahan kerajaan Patani ketika itu. Corak perkembangan dan penerimaan awal di negeri Kedah juga turut mempunyai hubung kait yang besar dengan kedudukannya yang berhampiran Patani. Malah, terdapat fakta sejarah yang menyatakan bahawa perkembangan sekolah pondok di negeri ini dipengaruhi oleh dua negara iaitu, Indonesia dan Patani.

Hingga kini, terdapat lebih daripada 100 buah institusi pondok telah dianggarkan bertapak di Semenanjung Malaysia. Di Kelantan sahaja terdapat 39 buah sekolah pondok terkemuka misalnya, Pondok Geting di Tumpat, Pondok Sungai Durian di Kuala Krai, Pondok Lubok Tapah di Pasir Mas, Pondok Ad-Diniah Al-Bakriah yang terletak di Pasir Tumboh dan lain-lain. Manakala di negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, masing-masing mempunyai hampir 30 buah institusi pondok yang beroperasi di negeri ini. Antaranya ialah, Pondok Permatang Nibong di Jitra, Pondok Ahmad Nahu di Sik dan Pondok Telaga Panchor di Baling.Terdapat juga sekolah pondok yang didirikan di negeri-negeri bahagian selatan Semenanjung seperti di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Walau bagaimanapun, jumlahnya relatif sedikit jika dibandingkan dengan pondok di bahagian utara dan pantai timur. Di Terengganu misalnya, terdapat lebih kurang dua belas sekolah pondok seperti Pondok Darussalam, Pondok Paku, Pondok Lubuk Pandan dan lain-lain.

PERBINCANGAN

Isu 1: Ketiadaan Permit Pendaftaran Institusi Pondok

Tindakan sesetengah institusi pondok yang tidak mengambil cakna akan keperluan bagi mendapatkan permit pendaftaran institusi pondok telah mendatangkan isu dan cabaran terhadap institusi pondok tersebut ketika wabak Covid-19. Cabaran yang dihadapi apabila institusi pondok yang tidak berdaftar tidak dibenarkan oleh kerajaan untuk beroperasi sehingga pihak pengurusan institusi pondok melakukan proses pendaftaran. Pelbagai aspek perlu diteliti sebelum institusi pondok dibenarkan untuk beroperasi. Hal ini bagi mengelakkan wujud kluster baharu yang melibatkan institusi pondok (Zulkifli Mohamad, 2020). Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan

(6)

358

Pendidikan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad (2020), beliau menyatakan pihak pentadbiran institusi pondok di Pahang perlu mendaftarkan institusi mereka dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) terlebih dahulu sebelum dibenarkan beroperasi. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2020) berkata, sebanyak 200 pondok yang berdaftar manakala masih banyak institusi pondok yang tidak berdaftar bebas menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Ekoran daripada itu, hanya beberapa buah institusi pondok sahaja yang boleh dijalankan ujian pengesanan Covid-19 oleh pihak KKM di seluruh negara.

Institusi pondok yang tidak berdaftar telah menyukarkan pihak KKM dalam usaha untuk melaksanakan tanggungjawab mereka memerangi wabak Covid-19. Proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pondok turut sama terjejas apabila pihak pentadbiran institusi pondok masih bertegas untuk tidak mendaftarkan pusat pengajian mereka. Perkara ini turut sama menjejaskan pelajar-pelajar pondok itu sendiri kerana tidak dapat meneruskan aktiviti pengajian mereka seperti biasa. Justeru, pihak berwajib perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap institusi pondok yang masih tidak berdaftar dalam usaha untuk memastikan institusi pondok berdaftar mengikut undang-undang. Hal ini juga untuk memastikan institusi pondok tidak ketinggalan dalam penerimaan dana bantuan daripada pelbagai pihak serta menjamin keselamatan warga institusi daripada jangkitan Covid-19.

Isu 2: Penutupan Institusi Pondok

Institusi pondok melalui cabaran dan ujian semasa wabak Covid-19 apabila pihak KKM (2020) telah mengesahkan wujud kluster baharu yang membabitkan institusi pondok serta tahfiz. Kluster ini muncul kesan daripada perhimpunan yang diadakan jemaah tabligh di Seri Petaling yang turut dihadiri oleh pelajar-pelajar, guru-guru serta kakitangan di institusi pondok. Hasil pengesanan terhadap pelajar dan kakitangan institusi pondok yang berhubung kait dengan perhimpunan di Seri Petaling mendapati bahawa sebahagian adalah positif Covid-19. Akibat daripada jangkitan tersebut, kerajaan telah mengarahkan agar semua institusi pengajian termasuk institusi pondok untuk menghentikan proses pengajaran dan pembelajaran dan diarahkan untuk tutup. Arahan penutupan institusi pondok merupakan langkah yang tepat dalam usaha membendung wabak Covid-19. Ujian saringan turut dijalankan terhadap semua pelajar, guru serta kakitangan institusi pondok.

(7)

359

Antara institusi pondok yang terbabit dengan jangkitan Covid-19 adalah Pondok Pasir Tumboh di Kota Bharu, Kelantan. Kesan daripada penularan wabak Covid-19 terhadap warga institusi pondok, seramai 15 pelajar Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu telah dihantar ke Pusat Kuarantin Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh kerana telah didapati mempunyai gejala penyakit Covid-19. Pihak KKM telah mengeluarkan arahan penutupan institusi pondok agar dapat memberi kerjasama dalam usaha sama memutuskan rantai penularan wabak Covid-19. Cabaran penutupan institusi pondok terpaksa dihadapi oleh pihak pentadbiran, tenaga pengajar serta pelajar institusi pondok kerana mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan seperti biasa kerana perlu memberi ruang terhadap sesi pemulihan warga institusi pondok yang disahkan positif Covid-19. Sewaktu penutupan institusi pondok, proses pembersihan serta nyahkuman telah dijalankan agar jaminan keselamatan warga institusi pondok berada pada tahap yang optimum seterusnya mengurangi kadar jangkitan Covid-19. Pembukaan semula institusi pondok perlu diteliti agar tidak wujud kluster baharu yang melibatkan institusi pondok.

Isu 3: Pembukaan Semula Institusi Pondok

Penutupan institusi pondok seperti yang diarahkan oleh kerajaan telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pondok tidak berjalan dengan lancar. Pihak pengurusan institusi pondok mulai risau dengan penutupan pusat pengajian pondok begitu lama menjadikan pengajian kitab secara talaqqi secara bersemuka yang kebiasaan dilakukan pelajar pondok terpaksa ditangguh. Di Pahang, sebanyak 72 institusi pondok tidak dibenarkan untuk memulakan sesi pengajian susulan daripada kegagalan mendaftarkan institusi pengajian itu (Sinar Harian, 2020). Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad (2020) berkata seluruh institusi pengajian dibawah tanggungjawab kerajaan. Manakala institusi pondok yang tidak berdaftar namun ingin membuka semula pusat pengajian mereka akan menyukarkan pihak berwajib apabila institusi berdepan dengan masalah.

Kerajaan telah memutuskan bahawa pembukaan semula institusi pondok dibenarkan hanya kepada yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak kerajaan negeri mulai 15 Julai 2020. Manakala bagi institusi pondok

(8)

360

yang tidak berdaftar perlu membuat permohonan menerusi kerajaan negeri masing-masing (Sinar Harian, 2020). Cabaran terpaksa ditempuh oleh institusi pondok yang tidak berdaftar apabila kerajaan mewajibkan agar membuat permohonan pendaftaran menerusi kerajaan negeri masing-masing. Pembukaan semula institusi pondok juga perlu melihat kepada kesediaan institusi pondok dalam melaksanakan SOP berdasarkan arahan KPM. Pihak pentadbiran dan pengurusan institusi pondok juga perlu mengikut saranan yang disarankan pihak kerajaan agar keselamatan warga institusi pondok diutamakan. Justeru, isu ini perlu diperhalusi agar rangkaian Covid-19 dapat ditamatkan dengan segera.

Isu 4: Kekurangan Dana Bagi Tujuan Penyeliaan Institusi Pondok

Kewangan sesebuah institusi yang stabil menjamin keutuhan perjalanan pembangunan institusi tersebut. Susulan daripada arahan penutupan sementara institusi pondok ketika wabak Covid-19, kebanyakan institusi pondok berdepan dengan masalah kekurangan dana untuk meneruskan aktiviti pengajian agama di institusi pondok. Hal ini terjadi disebabkan tiada penyaluran wang masuk kepada institusi pondok seperti yuran yang kebiasaan dikenakan oleh penuntut institusi pondok serta tabung-tabung derma yang diletakkan di masjid-masjid atau lain-lain. Kekurangan dana menjadikan institusi pondok terpaksa berdepan dengan cabaran apabila hutang yang tertunggak menjadikan mereka gagal membayar bil-bil utiliti seperti bil api dan air, sewaan dan perbelanjaan operasi lain.

Hutang yang ditanggung institusi pondok mengakibatkan sesetengah institusi pondok terpaksa menutup pusat pengajian mereka. Dana institusi pondok yang tidak mencukupi telah menjejaskan perjalanan pengajian pelajar di institusi pondok yang terpaksa menghentikan pengajian mereka disebabkan penutupan institusi pondok. Ekoran daripada isu yang timbul, kerajaan telah memperuntukkan dana Bantuan Pengurusan Operasi secara one-off bernilai RM21 juta yang akan diberikan kepada institusi pengajian pondok, pusat tahfiz swasta, sekolah agama rakyat dan swasta yang berdaftar dengan pihak yang berwajib termasuk tenaga pengajarnya (Berita Harian, 2020). Kebanyakan pihak institusi pondok yang berdaftar menarik nafas yang lega setelah pengumuman tersebut dikeluarkan. Ini kerana bantuan tersebut dilihat mampu meringankan beban yang ditanggung pihak pengurusan institusi pondok.

(9)

361

Namun, bantuan tersebut tidak diberikan kepada institusi pondok yang tidak berdaftar. Dengan itu, institusi pondok yang tidak berdaftar terpaksa berdepan dengan cabaran mereka sendiri apabila terpaksa mencari dana sendiri seperti yang dilakukan melalui pelbagai medium. Institusi pondok juga terpaksa menghentikan khidmat tenaga pengajar disebabkan ketidakmampuan pihak pengurusan membayar gaji guru-guru. Masalah fasiliti sedia ada yang kurang ditambah pula dengan SOP kawalan pembukaan pusat pengajian pasca Covid-19 menyebabkan ianya sukar diikuti oleh institusi pondok akibat daripada kekurangan dana. Lebih parah lagi apabila sesetengah institusi pondok terpaksa membuat keputusan untuk menutup pusat pengajian agama yang dibangunkan mereka secara persendirian.

CADANGAN KEPERLUAN MODEL TADBIR URUS PONDOK

Berdasarkan pemerhatian penulis terhadap isu dan cabaran yang dihadapi institusi pondok dalam tempoh wabak Covid-19, penulis ingin mencadangkan kepada pihak-pihak berwajib seperti pihak-pihak pengurusan institusi pondok, MAIN, JAKIM, KPM dan lain-lain agar satu Model Tadbir Urus Pondok perlu diwujudkan. Model Tadbir Urus Pondok perlu dihasilkan sebagai panduan kepada institusi pondok di Malaysia dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang seperti wabak Covid-19. Kewujudan Model Tadbir Urus Pondok dilihat mampu meyelaraskan serta memudahkan hal-hal berkaitan pentadbiran institusi pondok di Malaysia. Dengan ini, cabaran yang mendatang dapat ditangani institusi pondok dengan baik serta mampu meningkatkan sistem pengurusan institusi pondok pada tahap yang lebih cemerlang selain menjadi contoh kepada penubuhan institusi pondok di seluruh dunia melalui pembangunan Model Tadbir Urus Pondok. Sistem pengajian kitab yang lebih tersusun dan sistematik juga menjamin kelancaran pengajian di institusi pondok selain untuk kebaikan umat Islam secara keseluruhannya serta memperkenalkan Model Tadbir Urus Pondok ke persada dunia.

KESIMPULAN

Sistem pengurusan pentadbiran institusi pondok yang cemerlang memberi impak yang besar kepada kestabilan institusi pondok serta meningkatkan kehebatan sektor pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi. Penghargaan patut diberi kepada institusi pondok terutama institusi pondok yang berjuang meningkatkan taraf institusi

(10)

362

pondok mereka dengan mendaftarkan institusi pondok kepada badan yang berautoriti. Perkara ini dapat memudahkan kerajaan untuk mendapatkan data institusi pondok yang tepat bagi penyedian dana bantuan ketika wabak Covid-19 terutama bagi institusi pondok yang memerlukan bantuan. Namun begitu, kesukaran penyaluran bantuan dihadapi apabila kajian mendapati masih ada institusi pondok yang tidak berdaftar masih menjalankan aktiviti pengajian kitab secara persendirian. Justeru, demi memastikan institusi pondok terbela terutama ketika wabak Covid-19, satu Model Tadbir Urus Institusi Pondok perlu diwujudkan. Perkara ini juga memudahkan pihak KKM untuk mengesan kedudukan institusi pondok untuk melakukan ujian saringan Covid-19 dalam usaha memerangi Covid-19. Justeru, kajian lanjutan perlu dijalankan oleh institusi pondok, MAIN, JAKIM, KPM dan lain-lain dalam usaha menaik taraf sistem pengurusan institusi pondok dengan mewujudkan model tadbir institusi pondok.

PENGHARGAAN

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan Inovasi (PPPI) USIM kerana membiaya sepenuhnya kajian ini di bawah Skim Geran USIM Grand Challenges, dengan tajuk Model Tadbir Urus Institusi Tahfiz

Dan Pondok Di Malaysia, Kod Penyelidikan USIM:

PPI/UGC_0119/INFAD/FSU/051000/12819. Ketua penyelidik juga ingin merakamkan penghargaan kepada ahli kumpulan penyelidik kajian ini atas kerjasama yang diberikan.

RUJUKAN

Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Bakri. Zulkifli Mohamad. (2020). Kebenaran Beroperasi Institusi Maahad Tahfiz

Persendirian Dalam Proses Akhir. Didapatkan pada 15 Ogos melalui laman web:

https://www.utusanborneo.com.my/2020/06/26/kebenaran-beroperasi-institusi-maahad-tahfiz-persendirian-dalam-proses-akhir

Awang, R. (2006) . Perkembangan Institusi Pondok di Nusantara: Pengaruhnya di Negeri

(11)

363

Berita Harian. (2020). COVID-19: RM21 Juta Bantu Tahfiz, Sekolah Agama, Pondok. Didapatkan pada 1 September melalui laman web:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/672203/covid-19-rm21-juta-bantu-tahfiz-sekolah-agama-pondok

Berita Harian. (2020). COVID-19: RM21 Juta Bantu Tahfiz, Sekolah, Agama, Pondok. Didapatkan pada 12 Ogos melalui laman web:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/672203/covid-19-rm21-juta-bantu-tahfiz-sekolah-agama-pondok

KKM. (2020). Enam Kluster Jangkitan Covid-19 Babitkan Madrasah. Didapatkan pada 11 Ogos melalui laman web:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/578409/enam-kluster-jangkitan-covid-19-babitkan-madrasah-metrotv

KKM. (2020). Keratan Akhbar. Didapatkan pada 9 Ogos melalui laman web :

http://covid-19.moh.gov.my/terkini/072020/situasi-terkini-08-julai-2020/Kenyataan%20Akhbar%20KPK%20COVID-19%20(8%20Julai%202020).pdf KKM. (2020). Soalan Lazim Penyakit Coronavirus (Covid-19). Didapatkan pada 10 Ogos

melalui laman web: https://pkbsamarahan.moh.gov.my/soalan-lazim-penyakit-coronavirus-covid-19/

Norawazni Yusof (2020). 72 sekolah pondok dan pusat tahfiz tidak dibenarkan beroperasi. Didapatkan pada 25 Ogos melalui laman web:

https://www.sinarharian.com.my/article/97387/EDISI/Pahang/72-sekolah-pondok-dan-pusat-tahfiz-tidak-dibenarkan-beroperasi

Nur Atiqah. (2017). Latar Belakang Sejarah Sistem Pendidikan dan Masyarakat Majoriti

Minoriti di Malaysia. Selangor: Institut Kajian Etnik (KITA), UKM.

Shafie Abu Bakar. (1984). “Ke Arah Pembaikan dan Pengembangan Sistem Pendidikan

Pondok di Malaysia”, Jurnal Pendidikan Islam, Bil. 2. Selangor: Angkatan Belia

Referensi

Dokumen terkait

Selain itu, bantuan one-off yang di berikan oleh pusat zakat negeri kepada asnaf semasa PKP Mac 2020 merupakan inisiatif yang amat perlu dilakukan demi membantu masalah

Tambahan pula penularan wabak COVID-19 yand sedang melanda sekarang ini memerlukan kepada strategi dan perancangan kewangan yang baik bagi mempertahankan ekonomi

Seksi 10.1 Pemeliharaan Rutin Perkerasan, Bahu Jalan, Drainase, Perlengkapan Jalan Dan Jembatan.1. Penanganan tanah lunak dengan beban timbunan tambahan sementara

Untuk membandingan nilai ekonomis kedua bahan ini, maka diperlukan analisis perbandingan harga konstruksi atap rangka kayu dengan harga kosntruksi dari rangka baja

Desain taman rumah dengan kombinasi kriteria hemat energi tinggi dan komposisi empat (C 3 K 4 ) memiliki nilai SBE paling tinggi, yaitu 128. Lanskap ini disukai oleh

Kajian yang dijalankan dalam populasi di Malaysia berhubung impak wabak COVID-19 terhadap kesihatan mental telah dijalankan oleh Hemavathi et al., (2020) pula

8.2 Permohonan penubuhan Tabung Relif COVID-19 hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan mulai 30 April 2020 sehingga 30 Jun 2021 atau sehingga wabak COVID-19

Luaran dari kegiatan ini adalah produk berupa pupuk organik cair dan padat (pupuk N cair, pupuk P cair, pupuk K cair, dan bokashi) yang dibuat sendiri oleh peserta secara