• Tidak ada hasil yang ditemukan

WABAK COVID-19: PENGURUSAN ASPEK KESIHATAN MENTAL SEMASA NORMA BAHARU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "WABAK COVID-19: PENGURUSAN ASPEK KESIHATAN MENTAL SEMASA NORMA BAHARU"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

International Journal of Social Science Research (IJSSR) eISSN: 2710-6276 [Vol. 2 No. 4 December 2020]

Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

WABAK COVID-19: PENGURUSAN ASPEK KESIHATAN MENTAL SEMASA NORMA BAHARU

Abdul Rashid Abdul Aziz

1*

, Nurhafizah Mohd Sukor

2

dan Nor Hamizah Ab Razak

3

1 2 3 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: rashid@usim.edu.my

Article Information:

Article history:

Received date : 7 November 2020 Revised date : 12 December 2020 Accepted date : 17 December 2020 Published date : 24 December 2020

To cite this document:

Abdul Aziz, A., Mohd Sukor, N., & Ab Razak, N. (2020). WABAK COVID-19:

PENGURUSAN ASPEK KESIHATAN MENTAL SEMASA NORMA

BAHARU. International Journal Of Social Science Research, 2(4), 156-174.

Abstrak: Pandemik COVID-19 yang menjadi wabak di

Malaysia dan dunia telah mencatat lebih dari 42 juta kes di

seluruh dunia dan angka kematian sehingga kini melebihi 1

juta orang. Di Malaysia, wabak COVID-19 telah memberi

kesan yang sangat besar kepada sistem politik, ekonomi,

sosial, kesihatan, dan pendidikan negara. Bahkan impaknya

juga turut melibatkan aspek kesihatan mental. Ekoran dari

wabak yang berlaku, kerajaan Malaysia telah mengumumkan

pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada

rakyat bermula 18 Mac 2020, sekaligus mengubah corak dan

norma kehidupan mereka. Pelaksanaan PKP bertujuan untuk

membuat penjarakan sosial agar dapat memutuskan rantaian

wabak. Namun begitu, ia berpotensi untuk menjejaskan

kesihatan mental individu terlibat sama ada individu yang

menjalani tempoh PKP dengan tinggal berseorangan

ataupun berkeluarga susulan dari tekanan psikologi yang

meliputi rasa takut (fear), cemas (panic), tertekan (stress),

bimbang (anxious) dan murung (depress). Oleh itu, objektif

kajian ini menumpukan kepada impak wabak COVID-19

terhadap kesihatan mental serta strategi daya tindak bagi

menangani isu kesihatan mental. Kajian ini menggunakan

metod kajian perpustakaan yang menggunakan reka bentuk

analisis kandungan. Seterusnya dapatan dan perbincangan

(2)

1. Pendahuluan

Mutakhir ini, masyarakat Malaysia semakin kerap menghadapi ketidakseimbangan emosi, psikologi, dan kognitif sehingga menimbulkan masalah kecelaruan jiwa yang pada dasarnya berhubungan dengan konflik peribadi dan polemik semasa yang dihadapi termasuklah wabak COVID-19 yang sedang melanda. Hal ini kerana, pada penghujung tahun 2019 telah muncul wabak jangkitan paru-paru (pneumonia) yang tidak diketahui puncanya di Wuhan, Wilayah Hubei, China (Li et al., 2020) Namun, jangkitan paru-paru ini kemudiannya telah terbukti disebabkan oleh virus baru yang diberi nama 2019- novel Coronavirus disease (COVID-19). Rentetan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO) telah mengumumkan pandemik COVID-19 sebagai masalah kesihatan awam dunia. Sehingga 8 November 2020, wabak COVID-19 telah mencatat lebih 50 juta kes dengan angka kematian sebanyak 1.25 juta orang melibatkan keseluruhan 219 buah negara yang terjejas di seluruh dunia (Data WHO, 2020). Manakala berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga 8 November 2020 pula mencatatkan jumlah kes sebanyak 40,209 dan 290 kematian. Penularan wabak COVID-19 ini telah memberi impak kepada semua aspek kehidupan. Malah transisi kehidupan norma baharu juga turut memberi kesan psikologi kepada manusia sehingga ramai orang berasa cemas, tertekan, bimbang dan takut dijangkiti wabak ini.

Dalam wawasan kemakmuran bersama 2030, kerajaan ingin membina indikasi modal sosial dan perkembangannya antara lain menggariskan indeks kesejahteraan rakyat sebagai salah satu matlamat pelan teras strategik ini. Hal ini bagi melahirkan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi dan rohani. Meskipun laporan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (IKPM) pada pertengahan tahun 2020 mencatat angka sederhana iaitu julat 7.1 pada tahun ini (Laporan IKPM, 2020), namun kajian tinjauan yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati bahawa pola kenaikan sebanyak dua kali ganda berlaku yang melibatkan isu kesihatan mental di Malaysia.

yang bersesuaian dapat dilaksanakan agar kesejahteraan manusia dapat ditingkatkan dan dipulihkan dalam menghadapi tekanan semasa norma baharu wabak COVID- 19.

Kata kunci: Kesihatan mental, Tekanan psikologi, Norma

baharu, wabak COVID-19.

(3)

Secara umumnya, World Health Organization (WHO) mentakrifkan kesihatan sebagai keadaan fizikal, mental dan emosi yang sejahtera dan bukan hanya sekadar bebas dari penyakit. Manakala, Dasar Kesihatan Mental (2012) pula mentakrifkan kesihatan mental sebagai kemampuan individu, kelompok dan persekitaran untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi mempromosikan kesejahteraan subjektif secara optimum dan penggunaan keupayaan kognitif, efektif dan perhubungan ke arah pencapaian matlamat individu dan kumpulan. Suhu kesihatan mental boleh mempengaruhi cara berfikir, tingkahlaku dan perasaan seseorang. Tahap kesejahteraan mental mempengaruhi cara seseorang itu membuat keputusan dan pilihan dalam hidup, menyelesaikan masalah serta berinteraksi dengan orang lain. Apabila seseorang mempunyai tahap kesihatan mental yang memuaskan, tekanan hidup seharian yang dilalui akan ditangani dengan berfikir secara positif, tenang dan tidak membahayakan diri.

Contohnya, sesuatu masalah dan kesilapan yang kita lakukan dalam sesuatu pekerjaan boleh ditangani dengan baik melalui cara berfikir yang positif. Individu akan mengubah atau reset minda mereka untuk mencari hikmah dan cara-cara untuk memperbaiki kesilapan. Kesannya, seseorang itu akan menjadi lebih tenang dan lebih berkeyakinan untuk menghadapi isu dan tekanan yang dihadapi dalam hidup.

Namun, sekiranya kesihatan mental terjejas, cara berfikir, emosi dan perlakuan seseorang itu akan berhadapan dengan suatu keadaan yang dipanggil maladaptasi. Individu tersebut akan mengalami kesukaran untuk berfikir dan membuat keputusan yang mudah, cepat terasa dan beremosi. Seterusnya mempengaruhi perlakuan sehariannya, seperti tidak menghiraukan kesihatan dan penjagaan diri, mengalami gangguan tidur dan corak pemakanan. Berbalik kepada contoh tadi, jika kesihatan mental terjejas, kesilapan yang berlaku dalam hidup akan dianggap sebagai suatu kegagalan dalam hidup yang tidak patut dilakukan dan akhirnya menyalahkan diri serta berasa diri tidak berguna. Akibatnya, individu tersebut akan berasa sedih, kecewa dan berputus asa. Sekiranya keadaan ini berlarutan dan tidak merujuk pakar untuk bantuan emosi, maka keadaan mental akan terjejas dan boleh berkembang menjadi kecelaruan mental.

Polemik kesihatan mental ini menuntut keperluan kepada integrasi nilai baru yang ampuh bagi

mendepani cabaran besar masakini iaitu wabak COVID-19. Hal ini kerana, penularan wabak COVID-

19 telah memberikan impak negatif dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah dalam isu kesihatan

mental manusia. Aspek kesihatan mental ini seringkali diabaikan dan dipandang enteng oleh

masyarakat kita kerana ia biasanya tidak terzahir secara fizikal. Namun, apabila masalah ini berlaku

secara terus menerus dalam tempoh masa yang lama, ia semestinya akan memberikan kesan terhadap

kesihatan fizikal dan mental. Justeru, amatlah penting untuk masyarakat sedar dan peka dengan isu

kesihatan mental ini agar ianya tidak menjadi barah yang boleh memburukkan lagi ekoran wabak

COVID-19 yang sedang melanda.

(4)

Perasaan takut, risau, bimbang dan stress adalah reaksi normal dalam manusia menghadapi ancaman apatah lagi dalam keadaan kemelut yang belum tahu punca dan kesudahannya seperti yang berlaku semasa wabak COVID-19 ini. Malah, fenomena yang berubah serta merta dalam kehidupan seharian masyarakat disebabkan oleh kerisauan terhadap pandemik ini menyebabkan pergerakan dibatasi bagi memutuskan rantaian jangkitan. Bahkan, isu pemberhentian kerja, bekerja dari rumah, kurangnya sosialisasi dengan saudara mara dan sahabat menyebabkan aspek kesihatan mental ini perlu diberi perhatian (WHO, 2020).

Di samping itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah menyeru semua individu untuk mengamalkan penjarakan fizikal yang meliputi tindakan seperti mengelak kawasan tumpuan ramai, perhimpunan besar-besaran atau mempunyai kontak rapat dengan individu yang berisiko bagi mengelakkan penyebaran virus COVID-19. Perkara yang sama turut digesa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengekang penularan wabak ini. Walaupun penjarakan fizikal berkesan dalam mengawal penularan wabak, namun ia telah memberikan pelbagai impak buruk terhadap kesihatan mental individu seperti kegelisahan, gangguan tekanan pasca trauma (post traumatic disorder) dan gangguan obsesif-kompulsif (Hemavathi et al., 2020). Hal ini kerana aktiviti sosial yang sebelum ini menjadi salah satu cara hidup warga Malaysia sudah tidak dapat dijalankan lagi. Dalam satu kajian meta analisis yang dijalankan oleh Julianne Holt-Lunstad dan rakan-rakan pada 2015 menyimpulkan bahawa risiko kematian meningkat kepada 29% bagi individu yang mengalami pengasingan sosial yang kronik (chronic social isolation).

2. Sorotan Literatur

Umumnya kesihatan bukan sahaja merujuk kepada aspek fizikal tubuh badan, malah melibatkan

komponen mental yang mana takrif ini sesuai dengan apa yang dinyatakan oleh Pertubuhan Kesihatan

Sedunia atau World Health Organisation (WHO) iaitu definisi kesihatan yang menyeluruh tidak hanya

tertumpu kepada satu aspek, namun satu keadaan merangkumi kesihatan fizikal, mental, sosial dan

bukan hanya dilihat dari ketiadaan sesuatu penyakit (WHO, 2020). Oleh yang demikian, semasa

pandemik COVID-19 menular Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil beberapa

inisiatif dalam mengatasi masalah kesihatan mental warga kerja dan masyarakat dengan menyediakan

perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) bagi kumpulan sasar yang

memerlukan. Selain itu, kementerian juga menyediakan perkhidmatan kesihatan mental melalui empat

institusi mental, 1,001 klinik kesihatan, 66 hospital KKM dan 28 Pusat Kesihatan Mental Masyarakat

(Mentari) di seluruh negara. Seramai 200 pegawai psikologi kaunseling baharu telah ditempatkan di

unit kesihatan primer seluruh negara bagi memberi perkhidmatan kesihatan mental dan kaunseling di

seluruh negara (Amir & Haziq, 2020).

(5)

Perubahan mendadak yang berlaku dalam hidup secara asasnya memberi tekanan terhadap individu.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia akibat daripada pandemik yang menyerang seluruh dunia. Semua lapisan masyarakat tidak mengira umur, bangsa, agama dan status pekerjaan terkesan dengan pandemik ini sehingga menuntut kepada perubahan mendadak dalam kehidupan dan pergerakan seharian. Justeru, semasa individu berhadapan dengan krisis dan perubahan yang mendadak dalam hidup, reaksi normal yang akan ditunjukkan adalah seperti perasaan risau, takut, bimbang, sedih, tertekan, keliru, geram, malah boleh juga mendatangkan emosi marah (Lai J et al., 2020; Qiu et al., 2020). Reaksi ini ditunjukkan kerana perubahan yang berlaku dalam hidup seseorang menuntutnya untuk mengubah rutin seharian yang telah menjadi kebiasaan.

Kajian yang dijalankan oleh Holmes et al., (2020) & Gunnell et al., (2020) mendapati bahawa pandemik COVID-19 telah memberikan kesan kepada kesihatan mental dan fizikal sekaligus memberi impak tekanan dan trauma, kemurungan serta kembimbangan (Mamun & Griffiths, 2020). Selain itu, kajian yang dijalankan untuk melihat kesan COVID-19 terhadap kualiti hidup manusia dalam kalangan penduduk di China dengan menggunakan kaedah tinjauan melibatkan 263 sampel kajian mendapati 52.1 peratus subjek menyatakan rasa bimbang dan takut dengan pandemik yang berlaku (Zhang & Ma, 2020).

Kajian diluar negara berhubung wabak COVID-19 telah dilakukan secara tinjauan oleh Persatuan Psikologi Amerika atau American Pyschological Association (APA) di Amerika syarikat mendapati 78 peratus rakyat dilaporkan mengalami rasa tertekan dalam hidup susulan wabak COVID-19, manakala 67 peratus menyatakan peningkatan rasa stres apabila tercetusnya wabak COVID-19 (APA, 2020).

Kajian yang dijalankan dalam populasi di Malaysia berhubung impak wabak COVID-19 terhadap kesihatan mental telah dijalankan oleh Hemavathi et al., (2020) pula mendapati bahawa penjarakan fizikal telah memaksa individu untuk tinggal di rumah dalam jangka masa yang lama dan sekiranya suasana di rumah tersebut tidak sihat, ia akan menyumbang kepada tekanan kepada individu tersebut.

Malah Hemavathi et al., (2020) menyatakan bahawa kajian yang lebih tertumpu dan berstruktur

mengenai implikasi kesihatan mental di Malaysia masih lagi kurang. Kajian seperti ini amatlah penting

dalam mewujudkan pemahaman yang lebih baik mengenai paradigma wabak dan mencari kaedah

rawatan dan pencegahan yang bersesuaian terhadap individu dalam menangani masalah kesihatan

mental yang berpunca daripada pandemik COVID-19 ini.

(6)

2.1 Penyataan Masalah

Kebanyakan wabak memberi kesan kepada tahap kesihatan mental manusia (American Psychological Association, 2013). Wabak COVID-19 telah mencetuskan perasaan seperti takut, cemas, bimbang dan tertekan (Wang et al., 2020). Perasaan yang dicetuskan ini memberikan kesan yang lebih teruk kepada individu yang telah mengalami masalah kesihatan mental sebelum ini. Terdapat individu yang mempunyai gejala somatik seperti dada berdebar-debar, sakit dada, sesak nafas dan sebagainya, tanpa menunjukkan sebarang abnormaliti sewaktu dirawat oleh doktor (Sijia et al., 2020).

Berdasarkan pandemik yang berlaku sebelum ini, kebanyakan petugas barisan hadapan (frontliner) yang terdiri dari pegawai perubatan, jururawat dan mereka yang terlibat dalam bidang kesihatan dilihat telah mengalami ‘burn out’, depresi, stres dan kebimbangan (Nanda et al., 2017). Ini kerana, mereka terlalu letih kerana terpaksa bekerja lebih waktu untuk merawat pesakit, tidak dapat pulang ke rumah untuk berjumpa dengan anak-anak, suami dan isteri, ibu bapa dan ahli keluarga yang akhirnya menyumbang kepada ketidakstabilan emosi.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi atau National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019, hampir setengah juta rakyat negara ini yang berada dalam kalangan kategori dewasa (2.3 peratus) didapati mengalami simptom tekanan atau depresi. Daripada jumlah ini, majoriti individu yang terkesan adalah individu dalam golongan B40 (2.7 peratus), diikuti oleh golongan M40 (1.7 peratus) dan T20 (0.5 peratus). Dalam masa yang sama, NHMS 2019 itu juga mendapati sebanyak 424,000 (7.9 peratus) kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental. Separuh daripada masalah gangguan mental ini bermula seawal usia 14 tahun dan tiga per empat daripadanya berlaku pada pertengahan usia 20-an (Berita Harian, 2020). Data laporan tahunan Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2020 merekodkan 465 kes cubaan bunuh diri antara Januari sehingga Jun 2020. Amir & Haziq (2020) menyatakan bahawa terdapat 11,791 panggilan telefon yang diterima oleh Unit talian bantuan sokongan psikososial setakat Oktober 2020, di mana 50 peratus adalah berhadapan dengan tekanan emosi. Selain tekanan emosi, individu juga berasa bimbang dan marah disebabkan pelbagai faktor sosial seperti masalah pendapatan dan kewangan serta perselisihan dengan keluarga (Rafidah &

Nasaruddin, 2020).

Justeru, objektif kajian ini menumpukan kepada impak wabak COVID-19 terhadap kesihatan mental

serta strategi daya tindak bagi menangani isu kesihatan mental. Dapatan dan perbincangan utama

tertumpu kepada implikasi wabak COVID-19 terhadap kesihatan mental dan strategi daya tindak yang

dikenalpasti dalam menangani isu kesihatan mental seperti gaya hidup sihat, limitasi masa di media

sosial, komunikasi berkesan dan pengurusan emosi. Pemahaman terhadap aspek impak dan strategi

daya tindak ini dapat membantu dalam merangka langkah pencegahan yang terpilih mengikut

pendekatan yang bersesuaian dapat

(7)

3. Metodologi

Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan untuk mencari maklumat sekunder yang berkaitan dengan wabak COVID-19. Maklumat-maklumat yang diperolehi adalah daripada pelbagai sumber seperti buku, jurnal dan majalah. Maklumat ini dikumpul dan disaring serta dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan. Rajah 1.0 menunjukkan teknik analisis kandungan yang terhasil apabila pengkaji mempunyai matlamat untuk menjalankan kajian literatur. Ianya dimulakan dengan menyediakan latar belakang terhadap kandungan kajian literatur yang hendak dijalankan.

Seterusnya pengkaji membaca dan memahami bahan literatur yang diperoleh. Akhirnya, pengkaji mengintegrasi bahan bacaan tersebut kepada pengetahuan yang dimiliki oleh pengkaji (Kumar, 2011 dalam Rashidi, Begum, Mokhtar & Pereira, 2014). Oleh itu, proses pengumpulan data dan analisis dijalankan berdasarkan matlamat sepertimana rajah dibawah;

Rajah 1: Matlamat kajian literatur untuk analisis kandungan

(8)

4. Dapatan Kajian dan Perbincangan

Setiap individu mempunyai cara yang berbeza sewaktu berhadapan dengan masalah atau perkara yang tertekan dalam hidup terutamanya ketika pandemik COVID-19 ini. Di antara faktor yang mempengaruhi cara tindakbalas individu terhadap tekanan semasa pandemik COVID-19 bergantung pada latar belakang, sokongan sosial yang wujud, keadaan kewangan, latar belakang kesihatan dan emosi serta faktor komuniti (Centres of Disease Control and Prevention atau CDC, 2020). Cara individu berhadapan dengan sesuatu perkara buruk dalam hidup mereka untuk mengurangkan rasa kesakitan, penderitaan dan tekanan adalah disebut strategi daya tindak atau coping strategy (de Ridder et al., 2012). Terdapat pelbagai bentuk strategi daya tindak yang boleh dilakukan sewaktu berhadapan dengan wabak COVID-19 termasuklah dalam aspek pengurusan masa (membuat jadual harian di rumah untuk pengurusan diri, keluarga dan kerja, menyediakan pelan tindakan kecemasan dan kontigensi barangan dan keperluan asas serta menyediakan ruang untuk relaksasi diri dan minda (Abdul Rashid, 2020).

Berdasarkan objektif kajian, terdapat beberapa perkara dikenalpasti dalam menghadapi cabaran kesihatan mental semasa norma baharu iaitu impak wabak COVID-19 terhadap kesihatan mental dan strategi daya tindak terpilih yang dapat menjadi solusi kepada masalah kesihatan mental ini.

4.1 Impak Wabak COVID-19 Terhadap Kesihatan Mental

Wabak COVID-19 yang melanda Malaysia telah memberi kesan yang sangat besar kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan dan pendidikan negara. Bahkan impaknya juga turut melibatkan institusi keluarga sehinggalah kepada aspek dalaman psikologi dan kesejahteraan diri manusia.

Kesihatan mental merupakan elemen penting dalam menentukan kefungsian diri manusia dan

mempengaruhi tahap kesihatan serta kesejahteraan terutamanya dalam menghadapi penularan wabak

ini. Ekoran dari wabak yang berlaku, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) kepada rakyat Malaysia. Umumnya, individu yang menjalani perintah

kawalan pergerakan ini ialah orang awam termasuklah pelajar, pekerja swasta, penjawat awam dan

masyarakat Malaysia yang tidak terlibat secara langsung dengan wabak. Hal ini bagi membendung

penularan wabak COVID-19 dalam kalangan masyarakat awam melalui pelaksanaan penjarakan sosial

(social distancing), malahan sekatan telah dilakukan oleh pihak berkuasa iaitu polis dan tentera bagi

memastikan tiada individu yang melanggar arahan PKP ini. Dampak fizikal ini turut membawa

pelbagai isu yang meruncing dalam kalangan pelaksana mahupun mereka yang menjalani PKP,

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ini kerana, individu yang tinggal berseorangan

atau berkeluarga pastinya melalui norma dan corak baharu dalam kehidupan mereka yang memerlukan

adaptasi untuk menetap dirumah sepanjang masa tanpa aktiviti sosial. Bahkan gelombang kedua dan

ketiga pandemik COVID-19 ini juga membawa kesan yang besar terhadap aspek psikologi individu.

(9)

Walaupun pelaksanaan kawalan pergerakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan adalah untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19, namun ia turut mengundang isu kesihatan mental seperti takut (fear), cemas (panic), tekanan (stress), kebimbangan (anxiety) dan kemurungan (depression). Ini dibuktikan menerusi kajian Jianyin et al., (2020) berkaitan tekanan psikologi semasa wabak COVID-19 terhadap rakyat di negara China menunjukkan berlaku tekanan dalam bentuk cemas (panic) dalam kalangan orang awam yang disebabkan tiga perkara utama iaitu:

(1) Pengumuman rasmi berkaitan pengesahan jangkitan wabak dari manusia kepada manusia (2) Perintah kawalan pergerakan diperketat yang telah dilaksanakan pihak kerajaan

(3) Pengistiharan oleh WHO berkaitan wabak COVID-19 sebagai masalah kesihatan awam Selain itu, kajian yang dijalankan di Itali selepas penularan wabak COVID-19 pula menunjukkan banyak faktor yang menyumbang kepada kebimbangan individu seperti faktor ekonomi bagi mereka yang tidak dapat keluar bekerja seperti biasa mencari rezeki terutamanya dalam kalangan peniaga, faktor untuk mendapatkan makanan yang terhad, kemudahan ubat-ubatan, peralatan perubatan dan banyak lagi. Seterusnya, faktor-faktor ini menyumbang kepada gejala-gejala berkaitan dengan kesihatan mental seperti perubahan dalam pola tidur dan corak pemakanan, penumpuan individu dalam melakukan tugas atau aktiviti seharian, tahap kesihatan yang semakin merosot dan peningkatan dalam penyalahgunaan alkohol, tembakau dan dadah (Chiara et al., 2020). Malah, satu tinjauan yang melibatkan 1,210 orang yang terlibat dengan wabak COVID-19 mendapati bahawa 16.5 peratus individu mengalami gejala kemurungan yang sederhana sehingga teruk atau moderate to severe (Wang et al., 2020).

Kebanyakan wabak memberi kesan kepada tahap kesihatan mental manusia (American Psychological Association, 2013). Wabak COVID-19 telah mencetuskan perasaan seperti takut, cemas, bimbang dan tertekan (Wang et al., 2020). Perasaan yang dicetuskan ini memberikan kesan yang lebih teruk kepada individu yang telah mengalami masalah kesihatan mental sebelum ini. Terdapat individu yang mempunyai gejala somatik seperti dada berdebar-debar, sakit dada, sesak nafas dan sebagainya, tanpa menunjukkan sebarang abnormaliti sewaktu dirawat oleh doktor (Sijia et al., 2020). Berdasarkan pandemik yang berlaku sebelum ini, kebanyakan petugas barisan hadapan (frontliner) yang terdiri dari pegawai perubatan, jururawat dan mereka yang terlibat dalam bidang kesihatan dilihat telah mengalami

‘burn out’, depresi, stres dan kebimbangan (Nanda et al., 2017). Ini kerana, mereka terlalu letih kerana

terpaksa bekerja lebih waktu untuk merawat pesakit, tidak dapat pulang ke rumah untuk berjumpa

dengan anak-anak, suami dan isteri, ibu bapa dan ahli keluarga yang akhirnya menyumbang kepada

ketidakstabilan emosi.

(10)

Tuntasnya, tidak patuh kepada arahan PKP, tidak mengamalkan amalan kebersihan tangan dan diri dengan betul, ingkar arahan doktor sewaktu mendapatkan rawatan, gagal melakukan penjarakan sosial dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (Standard Operating Procedure atau SOP) yang lain adalah merupakan faktor-faktor yang menyebabkan penularan wabak COVID-19 berlaku dengan pantas. Justeru, sekiranya krisis ini berterusan dengan norma baharu menetap di dalam rumah dan wabak tidak berjaya dihentikan, kebanyakan individu akan mula bergelut dengan banyak ketidakpastian sepanjang tempoh mereka diasingkan (Chiara et al., 2020). Hal ini juga akan menyebabkan tahap kesihatan mental seseorang itu akan bertambah buruk yang disebabkan oleh rasa bosan, kesepian dan kemarahan (Emily et al., 2020). Oleh itu, setiap individu perlu lebih peka terhadap kesihatan mental diri mereka dan ahli keluarga.

4.2 Strategi Daya Tindak Terhadap Kesihatan Mental

Terdapat beberapa aspek daya tindak yang boleh diamalkan bagi mengawal tahap kesihatan mental semasa wabak COVID-19 ini. Empat pendekatan penting dalam menangani kesihatan mental sebagai daya tindak untuk mengekalkan kestabilan emosi dan psikologi sepanjang pandemik yang melanda negara dan seluruh dunia.

4.2.1 Gaya Hidup Sihat

Keadaan pandemik yang berlaku memerlukan individu duduk di rumah dan mengurangkan aktiviti sosial di luar. Oleh itu, setiap individu dinasihati untuk menjalani gaya hidup yang sihat. Ini termasuklah menjaga corak tidur, mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang serta melakukan aktiviti senaman dan latihan fizikal. Cadangan jangkamasa untuk tidur dalam 8 hingga 10 jam sehari bagi mendapatkan rehat yang mencukupi. Susun atur ruang tidur perlu kemas, bersih dan tidur dalam keadaan suhu yang bersesuaian. Kajian dari Morgan et al., (2011) menyatakan, corak tidur yang sihat atau sleep hygiene memberi impak yang besar terhadap kesihatan psikologi. Persekitaran yang menyenangkan dan perkara yang dilakukan sebelum tidur seperti menutup telefon bibit atau menukar mod senyap, tidur dalam suasana gelap, tidak melakukan kerja pejabat atau sekolah di tempat tidur dan sebagainya membantu meningkatkan kualiti dan kepuasan tidur (Voinescu & Szentagaotai-Tatar, 2015)

Selain itu, corak pemakanan perlu seimbang dan makan pada waktu yang ditetapkan. Tidak dinafikan

bahawa makan beberapa jenis makanan adalah suatu aktiviti yang boleh memberi kesan positif

terhadap emosi dan psikologi seseorang. Namun, makan secara berlebihan juga boleh memberi kesan

yang tidak baik terhadap bukan sahaja fizikal, bahkan aspek emosi dan psikologi seseorang. Kajian

yang dijalankan oleh Di Renzo et al. (2020), di Itali berkaitan individu yang terkesan dengan pandemik

COVID-19 telah menemui bahawa terdapat separuh daripada populasi dalam kalangan responden yang

berasa resah dan bimbang terhadap corak pemakanan yang diamalkan apabila mereka bergantung

kepada makanan yang menyenangkan (comfort food) untuk berasa lega. Amalan pemakanan

sedemikian lama-kelamaan memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan psikologi seperti bimbang

berat badan meningkat, tidak selesa dengan imej diri serta lebih serius lagi apabila berlakunya masalah

obesiti.

(11)

Aktiviti fizikal dan senaman juga amatlah penting untuk menjamin kesihatan mental yang optimum.

Senaman memberi banyak kebaikan bukan sahaja kepada keadaan fizikal, malah kesihatan mental dan emosi yang lebih terkawal. Banyak kajian telah dijalankan dalam membongkarkan manfaat aktiviti fizikal dan riadah. Sorotan kajian lepas dari Cambridge University Press yang dikongsikan oleh Fox (1999) melaporkan bahawa selain memberikan kecergasan badan, aktiviti fizikal juga menyumbang kepada peningkatan imej kendiri dan keyakinan diri, sekaligus meningkatkan kualiti cara berfikir dan menstabilkan emosi. Latihan fizikal seperti senamrobik, berjoging, berbasikal, mendaki gunung dan sebagainya mampu melahirkan mood atau emosi positif dan meningkatkan daya kognitif bagi orang dewasa.

Oleh itu, semasa wabak COVID-19 melanda setiap individu dinasihatkan untuk menyediakan jadual yang teratur bagi kegiatan harian supaya ia menjadi rutin dan aturan gaya hidup yang sihat. Hal ini kerana, manusia bergerak dan terdorong melakukan sesuatu perkara berdasarkan rutin atau tabiat agar hidup lebih berstruktur dan tersusun, malahan ia juga dapat mengurangkan gejala tekanan apabila rutin seharian yang sihat menjadi kebiasaan.

4.2.2 Limitasi Masa di Media Sosial

Semasa keberadaan di dalam rumah melalui perintah kawalan pergerakan ini, kebarangkalian untuk menghabiskan masa di alam siber adalah tinggi. Pengunaan media sosial semasa pandemik berlaku boleh membantu mengawal tahap kesihatan mental. Misalnya, kajian ringkas yang dijalankan oleh Weinstein (2018) menunjukkan masa yang diluangkan dalam media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Pinterest, mampu memberikan sedikit kelegaan kepada pengguna apabila perkongsian yang dipaparkan adalah bermanfaat, menghiburkan serta mempunyai kandungan yang menarik. Kajian tersebut yang dijalankan dalam kalangan remaja di Amerika Syarikat melalui temubual menunjukkan bahawa masa yang diperuntukkan dengan media sosial memberi nilai interaksi dengan orang lain, ruang mengekspresi diri serta peluang untuk menjelajah minat kendiri (Weinstein, 2018).

Walau bagaimanapun, masa yang banyak diluangkan dalam media sosial juga memberi kesan yang

tidak baik kepada pengguna. Banyak dapatan kajian yang dikongsikan menunjukkan bahawa masa

yang dihabiskan terlalu lama di media sosial mampu memberi kesan yang berbahaya. Perkongsian dari

Twenge & Campbell (2019) mendapati bahawa pengguna yang meluangkan banyak masa melayari

internet lebih terdedah dengan perasaan kurang gembira dan kesejahteraan diri serta mempunyai

cetusan idea untuk membunuh diri. Malah pengguna tegar internet mempunyai kecenderungan dua kali

ganda untuk membunuh diri. Salah guna media sosial antaranya adalah dengan melepaskan perasaan

tidak puas hati atau meluahkan emosi negatif. Seterusnya perkara ini akan mengundang kepada

ancaman komentar yang melegakan atau memburukkan lagi situasi pengadu. Ini adalah kerana tidak

(12)

Sekiranya seseorang itu ingin meluahkan perasaan dan berkongsi masalah yang dihadapi dengan orang lain, pilihlah individu yang dipercayai seperti ahli keluarga dan sahabat karib. Namun, sekiranya mereka bukanlah sumber pilihan dalam menzahirkan sokongan sosial, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat dari individu yang lebih pakar dalam memberi pendapat dan jalan penyelesaian yang baik. Pakar-pakar kaunseling dan ahli psikologi adalah golongan yang terlatih dan lebih arif dalam memberi bimbingan dan nasihat. Mereka adalah terlatih dan mempunyai pengalaman yang luas dalam memberikan tips dan kaedah yang efektif bagi menyelesaikan sesuatu konflik diri demi menjaga kestabilan aspek kesihatan mental.

4.2.3 Komunikasi Dua Hala yang Efektif

Dalam menghadapi pandemik COVID-19 ketika kita berhadapan dengan era globalisasi pada hari, praktis komunikasi yang berkesan amat penting untuk menangani masalah kesihatan mental akibat tekanan yang dihadapi terutama ketika tempoh PKP berlangsung (American Institute of Stress, 2019).

Manusia secara fitrah perlu berkomunikasi dan berinteraksi setiap masa tertutama ketika berada dalam keadaan sedar. Apabila komunikasi dilakukan secara berkesan, individu yang menerima atau mendengarnya dapat memahami apa yang cuba disampaikan. Komunikasi yang berkualiti adalah komunikasi yang berkesan terutama yang melibatkan dua pihak iaitu merujuk kepada gaya komunikasi dua hala.

Menurut Kamus Dewan (2016), komunikasi dua hala ditafsirkan sebagai perhubungan secara langsung melibatkan dua pihak antara penyampai dan penerima. Amalan komunikasi boleh berlaku secara bersemuka atau melalui pelbagai medium komunikasi yang berperanan menyebarkan dan menyampaikan maklumat secara berkesan. Komunikasi akan mencetuskan perubahan yang besar kepada diri sendiri sekaligus berupaya mengubah cara seseorang untuk berfikir dan bertindak seterusnya bakal mewujudkan komunikasi yang strategik terutama dalam kelompok masyarakat yang terkesan. Amalan komunikasi dua hala yang berkesan mempunyai pelbagai faedah misalnya untuk lebih mengenali diri sendiri, mengetahui tentang keadaan sekeliling, membentuk dan memelihara hubungan dengan orang lain, mengubah sikap dan tingkah laku tertentu, salah satu kaedah hiburan serta mekanisme untuk membantu orang lain sekiranya ia dilakukan dengan betul.

Menurut American Institute of Stress (2019), pada satu tahap tertentu komunikasi dua hala mampu

memberi manfaat kepada pembentukan psiko-emosi seseorang. Misalnya, bersikap terbuka, positif,

kasih sayang dan rasa cinta membentuk rasa tenang dan lebih dihargai. Tidak dapat dinafikan, adalah

amat sukar bagi sesetengah individu untuk membiasakan diri dalam norma baharu sepanjang tempoh

PKP berlangsung. Keadaan ini memberi kesan kepada emosi dan tingkah laku individu jika tidak diurus

dengan baik. Menurut Davila et al. (2003), kemurungan boleh membawa kepada corak interaksi yang

tidak sihat dan perselisihan faham dalam perhubungan, seterusnya boleh menyebabkan kemurungan

yang dialami oleh individu menjadi semakin buruk. Malah, Rehman et al. (2008) juga turut menyatakan

bahawa pasangan yang mengalami kemurungan mempunyai gaya interaksi dan strategi komunikasi

yang lebih negatif seperti sentiasa menyalahkan pasangan, sukar mendapat kata sepakat, permusuhan

serta tiada cara penyelesaian yang efektif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Justeru itu,

komunikasi yang efektif adalah amat penting dalam membantu individu berhadapan dengan tekanan

(13)

Komunikasi yang efektif memerlukan perhubungan antara individu yang harmoni tanpa wujudnya salah faham yang boleh menimbulkan konflik (Pietromonaco & Overall, 2020). Dengan meminimumkan konflik, komunikasi berkesan dan penyelesaian masalah yang lebih sistematik dapat dicapai yang seterusnya dapat membantu hubungan individu yang bermasalah (Overall, 2018; Overall

& McNulty, 2017). Walau bagaimanapun, kegagalan seseorang untuk berkomunikasi dengan baik dan berkesan terutamanya ketika tempoh PKP berlangsung akan membawa kepada stress, rasa takut, mudah syak wasangka, panik, agresif, khuatir dan cepat marah. Sekiranya, komunikasi tidak dapat dilakukan dengan berkesan, maka suasana yang baik dan harmoni sukar untuk diwujudkan dalam sesebuah keluarga, organisasi atau kumpulan masyarakat. Ia disebabkan kegagalan untuk mewujudkan hubungan dua hala antara masyarakat, sama ada melibatkan pihak atasan dan bawahan, antara satu kumpulan dan kumpulan lain atau sesama sendiri. Semangat kerjasama antara satu sama lain untuk saling mengambil tahu dan mengambil berat akan mengurangkan bebanan dan kesukaran semasa mengalami perjalanan menghadapi impak COVID-19. Bahkan, Abdul Rashid (2020) menyatakan bahawa dalam memastikan aspek kesihatan mental yang baik sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19 ini, setiap individu disarankan agar berinteraksi dengan individu lain secara bersemuka atau dalam talian, memanfaatkan talian khidmat sokongan seperti MyCare COVID-19, e-kaunseling dan seumpamanya.

4.2.4 Pengurusan Emosi

Pengaruh emosi amat besar dalam mewarnai hubungan sesama manusia. Apatah lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan pada 18 Mac 2020, setiap individu menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Justeru, perubahan emosi dan tekanan yang dialami perlu diurus dengan baik.

Hal ini kerana, komponen emosi berkait rapat dengan aspek kesihatan mental seperti kebimbangan,

kemurungan, rasa malu berlebihan, tingkah laku agresif dan bermasalah serta gagal mengawal

kemarahan (Caprara et al., 2009). Sekiranya ini berlaku, pastinya sesebuah keluarga tidak dapat hidup

dengan aman dan tenteram. Ini kerana, anak-anak dan remaja yang sedang membesar melalui fasa ribut

tekanan atau ‘storm and stress’ yang mana menuntut para ibu bapa memahami perkembangan mental

dan emosi anak mereka (Azizi Yahya et al., 2004). Oleh yang demikian, sekiranya ahli keluarga

mempunyai tahap pengurusan emosi yang baik, maka aspek kesihatan mental mereka akan terpelihara.

(14)

Umumnya, pengurusan emosi berkait rapat dengan kecerdasan emosi yang bermatlamat untuk mencapai kesejahteraan kendiri. Ianya meliputi darjah kawalan, pengaruh, intensiti, maklum balas dan ekspresi komponen emosi tersebut (Ainize, Moira, & Gross, 2015; Gross, 2014). Oleh itu, kebolehan memahami, mena’kul, mengatur dan mengurus emosi adalah penting dalam perhubungan sesama manusia. Kebolehan ini juga disebut dengan istilah Emotional Quotient (EQ) atau kecerdasan emosi yang merujuk kepada keupayaan seseorang untuk melihat, menyatakan, mengenali, menggunakan dan mengurus emosinya sendiri atau emosi orang lain (Matthews et al., 2017). Manakala, Feldman dan Mulle (2009) pula mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai kebolehan seseorang menggunakan emosinya dengan bijak untuk meningkatkan prestasi dan mencapai komunikasi yang berkesan dengan individu lain. Akinboye (2003), pula menganggapnya sebagai kemampuan untuk mengatur proses persepsi, gerak hati dan pemikiran yang didorong oleh emosi. Hakimi & Bashar (2015) dilihat berbeza dalam melihat aspek ini apabila menggambarkan kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk kekal fokus dalam mendepani konflik, menangani kritikan, mengawal kemarahan dan menguruskan pelbagai bentuk konfrontasi yang boleh merosakkan kehidupan seseorang. Oleh itu, kecerdasan emosi boleh dikatakan sebagai seni dalam menangani situasi yang melibatkan aspek pengurusan dan hal ehwal berkaitan emosi.

Secara umumnya, individu yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi mempunyai kesedaran

untuk mengetahui emosi diri sendiri (self-awareness), mampu mengawal atau mengarahkan emosi

yang mengganggu dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang berubah-ubah (self-

control), menguruskan hubungan dengan individu lain dengan baik (social skills), mempertimbangkan

perasaan orang lain terutama ketika membuat keputusan (empathy) serta menyedari apa yang

mendorong mereka mencapai matlamat (motivation). Rangkuman kelima-lima komponen ini dapat

membantu individu dalam memiliki kecerdasan emosi yang tinggic(Goleman, 2001; Schutte, 2001). Ia

seterusnya membawa kepada proses adaptasi dan penyesuaian kendiri yang baik. Terdapat pelbagai

kaedah yang dapat dilakukan oleh individu dalam meningkatkan kefahaman terhadap emosi sendiri

dalam berhadapan norma baru ini termasuklah melakukan introspeksi diri (bermuhasabah), membuat

jurnal peribadi, berkongsi perasaan dengan orang terdekat dan dipercayai, melakukan refleksi kendiri

(perbuatan dan percakapan) serta mengenalpasti nilai, sikap dan personaliti diri.

(15)

5. Kesimpulan

Secara umumnya, cabaran yang bertali arus dari wabak COVID-19 ini menjadi asas kukuh kepada pembentukan kekuatan diri yang mantap, tahan diuji dan tabah menempuh arus perubahan sekiranya aspek pemikiran dan emosi positif seperti bahagia dan tenang dalam memacu kesejahteraan kendiri dicapai. Seharusnya setiap individu, mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku sepanjang kehadiran wabak COVID-19 ini dan berusaha menghayati serta memastikan aspek emosi, pemikiran, tindakan dan spiritual serta cara hidup keseluruhannya berada dalam keadaan yang baik bagi melalui fasa sukar wabak ini dengan jayanya sekaligus menjadikan seseorang itu memiliki jati diri yang kental, ketahanan (resilience) dalaman dan luaran yang kukuh, elemen adaptasi (adaptability) dan dinamik dengan perubahan supaya tidak mudah terkesan dengan apa jua keadaan atau musibah yang berlaku.

Hakikatnya, perubahan mendadak yang membawa kepada proses isolasi dalam tempoh yang lama semasa kawalan pergerakan telah menguji dan mengganggu kesihatan mental. Dengan tekanan yang dihadapi, seseorang itu mungkin akan berfikir bahawa keadaan pandemik ini akan berlarutan dan memberi kesan terhadap punca pendapatan, proses pembelajaran, status kesihatan, perhubungan sosial dan masa depan secara umumnya. Rutin harian berhadapan dengan perubahan ini menuntut penyesuaian dan adaptasi bagi meneruskan kelangsungan hidup. Bagi individu yang mempunyai tahap kesihatan yang memuaskan, mereka akan berfikir bahawa keadaan ini hanya sementara dan mula berfikir jalan alternatif untuk mencari punca pendapatan, menjadi lebih kreatif dan berfikir luar kotak bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Apabila minda diprogramkan sebagai positif, ia memberi kesan terhadap emosi dan perlakuannya. Lebih tenang dan sabar serta boleh mengawal emosi negatif yang dialami kesan dari tekanan yang dihadapi. Oleh itu, beberapa mekanisme daya tindak perlu diperkenalkan bagi mengawal keadaan mental sepanjang pandemik ini berlaku. Daya tindak yang perlu dilakukan merangkumi perubahan dalam gaya hidup, corak pemikiran yang resilien dan minda positif bagi melahirkan emosi yang stabil dan terkawal.

Selain daripada itu, tindakan untuk berjumpa pakar dan pegawai perubatan yang berkaitan dalam

bidang bagi mendapatkan bantuan perundingan dilihat mampu mengurangkan gangguan emosi dan

perasaan yang dihadapi. Malahan, ia boleh dilaksanakan pada bila-bila masa walaupun dalam tempoh

kawalan pergerakan berlangsung. Ini kerana, tempoh kawalan pergerakan tidak sesekali membatasi

individu untuk mendapatkan sebarang rawatan atau berjumpa pakar terutama apabila beberapa

simptom awal melibatkan tekanan yang dihadapi mula dikenalpasti. Sekiranya keadaan ini diabaikan,

maka kesan lebih buruk bakal berlaku misalnya kemurungan, kecelaruan tingkah laku dan

kecenderungan untuk bunuh diri. Justeru, setiap individu harus berganding bahu dan bersama-sama

menitikberatkan aspek penjagaan kesihatan mental dan emosi dari semasa ke semasa. Berdasarkan

keseluruhan tip dan kaedah yang dikupas ini dapat menjadi satu alternatif kepada individu untuk

(16)

6. Penghargaan

Sekalung penghargaan ditujukan kepada Universiti Sains Islam Malaysia atas pembiayaan geran penyelidikan bertajuk “Faktor yang Mempengaruhi Kesejahteraan Kendiri Terhadap Tekanan Psikologi Semasa Wabak Covid-19” (PPPI/COVID19_0120/FKP/051000/13820).

Rujukan

Abdul Rashid Abdul Aziz@ Dorashid. (2020). Tip Bahagia Menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Semasa Wabak COVID-19. Dalam Mohamad Isa Amat & Ahmad Jazimin Jusoh. Kompilasi Artikel Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling dalam Menangani Impak COVID-19 (Eds), 56-67.

Kajang: Perkama International.

American Psychological Association. (2020). Stress in America: A National Mental Health Crisis.

Capaian pada 12 Oktober di https://www.apa.org/news/press/releases/ stress/2020/sia-mental- health-crisis.pdf

American Psychiatric Association. (2013). Diagnostic and statistical manual of mental disorders (5th edition). Arlington, VA: American Psychiatric Publishing.

American Psychological Association. (2011). Capaian pada 28 April 2020 dari http://www.apa.org/about/division/div36.aspx.

Amir Abd Hamid dan Hafiz Ithnin, 10 September 2020. Ramai Rakyat Perlukan Sokongan Emosi, Kaunseling. My Metro. Capaian pada 2 November 2020 daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/619047/ramai-rakyat-perlukan-sokongan-emosi- kaunseling

Burhanul Islam Al-Zarnuji. (2018). Ta’lim Al Muta’allim Al Muta’alim Al-Muta’alim: Wasiat Terkait Adab Akhlak Menuntut Ilmu. Indonesia: Pustaka Arafah.

Centres of Disease Control and Prevention (2020), Coping with Stress. Capaian pada 31 Oktober 2020 daripada https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/daily-life-coping/managing-stress- anxiety.html

Che Zarrina Sa’ari & Norhafizah Musa. (2019). Pendekatan psikoterapi islam dalam Menguruskan tekanan pesakit kronik. Jurnal Usuluddin, Vol 47 (1), 1-34.

Chiara C., Gaia C. S., Caterina G., Alessandro D., Stefano F. C., Tomaso V. (2020).Covid-19 Outbreak in Italy: Are We Ready for the Psychosocial and Economic Crisis? Baseline Findings from the Longitudinal PsyCovid Study. PSYCOVID Study Journal. Department of Brain and Behavioural Sciences, University of Pavia.

Dasar Kesihatan Mental Negara (2012). Kementerian Kesihatan Malaysia. Capaian pada 23 Oktober 2020 daripada https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/

NCD/Kesihatan%20Mental/8_Dasar_Kesihatan_Mental_Negara.pdf

Davila, J., Karney, B. R., Hall, T. W., & Bradbury, T. N. (2003). Depressive symptoms and marital satisfaction: Within-subject associations and the moderating effects of gender and neuroticism.

Journal of Family Psychology, 17, 557–570. http://dx.doi.org/10.1037/0893-3200.17.4.557

(17)

Diener, E., Suh, E. M., Lucas, R. E., & Smith, H. L. (1999). Subjective well-being: three decades of progress. Psychological Bulletin, 125, 276-302.

Diener, E. & Lucas, R. E. (1999). Personality and subjective wellbeing. Dalam Kahneman D., Diener, E., & Schwartz, N., (Ed.). Well-Being: The foundations of hedonic psychology. New York: Russel Sage Foundation.

De Ridder, D.T.D., Lensvelt-Mulders, G., Finkenauer, C., Stok, F.M., & Baumeister, R.F. (2012).

Taking stock of self-control: a meta analysis of how trait self-control relates to a wide range of behaviours. Pers. Soc. Psychol. Rev. 16, 76-99.

Di Renzo L, Gualtieri P, Cinelli G, Bigioni G, Soldati L, Attinà A, Bianco FF, Caparello G, Camodeca V, Carrano E, Ferraro S, Giannattasio S, Leggeri C, Rampello T, Lo Presti L, Tarsitano MG, De Lorenzo A. (2020). Psychological Aspects and Eating Habits during COVID-19 Home Confinement: Results of EHLC-COVID-19 Italian Online Survey. Nutrients. 12(7):2152. doi:

10.3390/nu12072152.

Fox, K. (1999). The influence of physical activity on mental well-being. Public Health Nutrition, 2(3a), 411-418. doi:10.1017/S1368980099000567

Goleman, D., (1995) Emotional Intelligence, New York, NY, England: Bantam Books, Inc.

Gunnell, D., Appleby, L., Arensman, E., Hawton, K., John, A., Kapur, N., Khan, M., O'Connor, R. C.,

& Pirkis, J., & COVID-19 Suicide Prevention Research Collaboration (2020). Suicide risk and prevention during the COVID-19 pandemic. The lancet. Psychiatry, 7(6), 468–

471.https://doi.org/10.1016/S2215-0366(20)30171-1

Hemavathi Shanmugam, Johan Ariff Juhari, Pritiss Nair, Chow Soon Ken & Ng Chong Guan (2020).

Impacts of COVID-19 Pandemic on Mental Health in Malaysia: A Single Thread of Hope.

Malaysia Journal of Psychiatry Online Early. 29 (1).

Holmes EA, O’Connor RC, Perry VH, Tracey I, Wessely S, Arseneault L, et al. (2020) Multidisciplinary research priorities for the COVID-19 pandemic: a call for action for mental health science. Lancet Psychiatry,7 (6), 547–60. doi: 10.1016/S2215-0366(20)30168-1

Holt-Lunstad, J., Smith, T. B., Baker, M., Harris, T., & Stephenson, D. (2015). Loneliness and Social Isolation as Risk Factors for Mortality. Perspectives on Psychological Science, 10(2), 227- 237.

doi:10.1177/1745691614568352.

Jianbo Lai, Simeng Ma, Ying Wang, Zhongxiang Cai, Jianbo Hu, Ning Wei, Jiang Wu, Hui Du, Tingting Chen, Ruiting Li, Huawei Tan, Lijun Kang, Lihua Yao, Manli Huang, Huafen Wang, Gaohua Wang, Zhongchun Liu, & Shaohua Hu. (2020). Factors Associated With Mental Health Outcomes Among Health Care Workers Exposed to Coronavirus Disease 2019. JAMA Netw Open.

2020;3(3):e203976. doi:10.1001/jamanetworkopen.2020.3976.

Kamus Dewan. (2016). Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Laporan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia IKPM. (2020). Jabatan Perkhidmatan Awam.

Capaian pada 2 Februari 2020 di https://ikpm.jpa.gov.my/

(18)

Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi. (2019). Kementerian Kesihatan Malaysia.

Capaian pada 12 Oktober 2020 daripada

http://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/NHMS2019/Fact_Sheet_NHMS_2019- BM.pdf

Laura Di Renzo, Paola Gualtieri, Giulia Cinelli, Giulia Bigioni, Laura Soldati, Alda Attina, Francesca Fabiola Bianco, Giovanna Caparello, Vanessa Camodeca, Elena Carrano, Simona Ferraro, Silvia Giannattasio, Claudia Leggeri, Tiziana Rampello, Laura Lo Presti, Maria Grazia Tarsitano &

Antonino De Lorenzo (2020). Psychological Aspects and Eating Habits during COVID-19 Home Confinement: Results of EHLC-COVID-19 Italian Online Survey. Nutrients, 12, 2152.

Lewis, C. A., & Cruise, S. M. (2006). Religion and Happiness: Consensus, Contradictions, Comments and Concern. Mental Health, Religion and Culture, 9, 3, 213-225.

Mamun, M.A. & Griffiths, M.D. (2020). First COVID-19 suicide case Bangladesh due to fear of COVID-19 and Xenophobia: Possible suicide prevention strategies. Asian Journal of Psychiatry, 51, 102073. Doi: 10.1016/j.ajp.2020.102073

Mitchell. S., & Romans, S. (2003). Spiritual beliefs in bipolar affective disorder: Their relevance for illness management. Journal Affect Disorder. Vol 75 (3), 247–57.

Nanda, A., Wasan, A., & Sussman, J. (2017). Provider Health and Wellness. The Journal of Allergy and Clinical Immunology, 5(6):1543-1548.

Overall, N. C. (2018). Does partners’ negative-direct communication during conflict help sustain perceived commitment and relationship quality across time? Social Psychological and Personality Science, 9,481–492.http://dx.doi.org/10.1177/1948550617712030

Overall, N. C., & McNulty, J. K. (2017). What type of communication during conflict is beneficial for intimate relationships? Current Opinion in Psychology, 13, 1–5.

http://dx.doi.org/10.1016/j.copsyc.2016.03.002

Pertubuhan Kesihatan Sedunia-World Health Organization. (2020). Capaian pada 8 Mei 2020 di https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019

Pietromonaco, P.R. & Overall, N.C. (2020). Applying Relationship Science to Evaluate How the COVID-19 Pandemic May Impact Couples’ Relationships. American Psychologist. Advance Online Publication. http//dx.doi.org/10.1037/amp0000714

Qiu, J., Shen, B., Zhao, M., Wang, Z., Xie, B., & Xu, Y. (2020). A nationwide survey of psychological distress among Chinese people in the COVID-19 epidemic: implications and policy recommendations. General psychiatry, 33(2), e100213. https://doi.org/10.1136/gpsych- 2020- 100213.

Rafidah Mat Ruzki & Mohd Nasaruddin Parzi. (19 Mei 2020). Covid-19: Masalah Emosi Isu Utama

Kesihatan Mental Rakyat. Berita Harian Online. Capaian pada 1 November 2020

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690727/covid-19-masalah-emosi-isu-

utama-kesihatan-mental-rakyat

(19)

Rehman, U. S., Gollan, J., & Mortimer, A. R. (2008). The marital context of depression: Research, limitations, and new directions. Clinical Psychology Review, 28, 179–198.

http://dx.doi.org/10.1016/j.cpr.2007.04.007

Schutte, N. S., Malouff, J. M., Bobik, C., Coston, T. D., Greeson, C., Jedlicka, C., Wendorf, G. (2001).

Emotional intelligence and interpersonal relations. The Journal of Social Psychology, 141(4), 523–

536.

Sijia, L., Yilin, W., Jia, X., Nan, Z., Tungshao, Z. (2020). The impact of COVID-19 epidemic declaration on psychological consequences: A study on active Weibo Users. International Journal of Environmental Research and Public Health, 17(2032): 2-9.

The American Institute of Stress. (2020). Using Key Communication Skills To Manage Stress. Capaian pada 3 November 2020 daripada https://www.stress.org/using-key-communication-skills-to- manage-stress

Twenge, J.M., & Campbell, W.K. (2019). Media Use Is Linked to Lower Psychological Well-Being:

Evidence from Three Datasets. Psychiatry, 90, 311–331. https://doi.org/10.1007/s11126-019- 09630-7

Voinescu, B.I., Szentagotai-Tatar, A. (2015). Sleep hygiene awareness: its relation to sleep quality and diurnal preference. Journal Mol Psychiatry 3, (1). Doi: org/10.1186/s40303-015-0008-2

Vuuren, M., de Jong. M.D.T & Sydel, E.R. (2007). Direct and indirect effects of supervisor communication on organizational commitment. International Journal of Corporate Communication, 12 (12), 116-128.

Wang, C., Pan, R., Wan, X., Tan, Y., Xu, L., Ho, C. S., y Ho, R. C. (2020). Immediate Psychological Responses and Associated Factors during the Initial Stage of the 2019 Coronavirus Disease (COVID-19) Epidemic among the General Population in China. International Journal of Environmental Research and Public Health, 17 (5). Doi: 2https://doi.org/10.3390/ijerph17051729 Weinstein E. (2018). The social media see-saw: Positive and negative influences on adolescents’

affective well-being. New Media & Society, 20 (10), 3597-3623. Doi:10.1177/1461444818755634 World Health Organisation. (2020). Mental Health and COVID-19. Capaian pada 11 Oktober 2020

daripada https://www.who.int/teams/mental-health-and-substance-use/covid-19

World Health Organization (31 Mac 2020). Coronavirus disease (COVID-19) advice for the public.

Dicapai pada 1 November 2020 daripada https://www.who.int/emergencies/diseases/novel- coronavirus-2019/advice-for-public.

Zhang, Y. & Ma, Z.F. (2020). Impact of the COVID-19 Pandemic on Mental Health and Quality of

Life among Local Residents in Liaoning Province, China: A Cross-Sectional Study. International

Journal of Environmental and Public Health, 17, 2381. Doi: 10.3390/ijerph17072381

Referensi

Dokumen terkait

Evaluasi Pemberian Konseling Farmasis dengan Alat Bantu Kartu Pengingat Pengobatan Terhadap Kepatuhan dan Outcome Klinik Pasien Diabetes Melitus Tipe 2 Anggota PROLANIS pada

8.2 Permohonan penubuhan Tabung Relif COVID-19 hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan mulai 30 April 2020 sehingga 30 Jun 2021 atau sehingga wabak COVID-19

Memastikan staf akademik dan staf pengurusan diberi taklimat berkenaan langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 oleh UNIMAS COVID-19 Task Force yang perlu dibuat sebelum,

Antara tindakan-tindakan yang harus diambil oleh setiap rakyat Malaysia bagi mencegah dan mengawal jangkitan COVID-19, selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan adalah

Persamaan linear yang diperoleh dari kurva hubungan antara nilai kadar air dengan skor hedonik kerenyahan pada Gambar 2 digunakan untuk penentuan kritis.. Kadar

Tujuan dari kegiatan pengabdian ini adalah mentransfer teknologi dan keterampilan petani dalam mengelola limbah organik, baik yang berasal dari limbah rumah tangga dan

Suatu penelitian yang dilakukan oleh Harrison, dkk (1997) yang menunjukkan bahwa pada suatu area dengan kecepatan angin yang lebih tinggi maka konsentrasi partikel halus

Tambahan pula penularan wabak COVID-19 yand sedang melanda sekarang ini memerlukan kepada strategi dan perancangan kewangan yang baik bagi mempertahankan ekonomi