Bilangan penerima Anugerah Pengiktirafan Perkhidmatan sejak tahun 2001 sehingga tahun 2007 adalah seperti ditunjukkan di bawah: Bilangan Penerima Tempoh Perkhimatan 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 35 tahun - - - 1 2 30 tahun - 1 13 5 3 3 1 25 tahun 21 3 2 - - 5 5 20 tahun 7 6 5 5 2 1 2 15 tahun 13 2 4 2 2 4 10 10 tahun* - 28 17 27 10 17 24 Jumlah 41 40 41 39 17 31 44
* Kategori Anugerah Perkhidmatan 10 tahun diberi bermula dari tahun 2002.
Kumpulan LPI berbangga dan berbesar hati menyaksikan kesetiaan dan ketekunan kakitangannya, di mana sebahagian dari kalangan mereka telah berkhidmat dengan Kumpulan selama 35 tahun. Dedikasi yang tidak berbelah bahagi dan komitmen dan sepenuh hati mereka telah menyumbang kepada kemajuan Kumpulan dan turut memberi inspirasi kepada rakan sejawat lain, yang masih baru di dalam perkhidmatan.
Aktiviti Kakitangan
Kumpulan LPI telah menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti berkumpul bersama untuk kakitangannya dengan objektif untuk memperkukuhkan hubungan di antara kakitangan dan pada masa yang sama membina semangat berpasukan bagi kakitangan berjumpa dan berinteraksi sesama mereka.
Kelab Sukan Lonpac (“Kelab Sukan”) ditubuhkan pada tahun 1983 dengan matlamat untuk menyediakan aktiviti-aktiviti sukan dan riadah kepada ahli-ahlinya. Kelab Sukan berbangga mempunyai Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif sebagai Presiden Kelab Sukan yang telah dipilih oleh ahli-ahlinya pada Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan. Pada setiap tahun, pemegang-pemegang jawatan Kelab Sukan iaitu, Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Ahli-ahli Jawatankuasa, Bendahari dan Juruaudit dicalonkan dan dipilih oleh ahli-ahli di Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan. Pemilihan pemegang-pemegang jawatan Kelab Sukan diadakan secara tahunan dengan tujuan menggalakkan penyertaan ahli-ahli dan menerapkan pengurusan yang telus di dalam organisasi Kelab Sukan.
Kelab Sukan dengan aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan dan riadah untuk ahli-ahlinya di sepanjang tahun. Pada tahun ini, Kelab Sukan memberi subsidi kepada ahlinya untuk menyertai dua (2) rombongan ke luar negara. Selain daripada memberi subsidi rombongan, Kelab Sukan turut menganjurkan aktiviti sukan bagi menggalakkan cara hidup sihat di kalangan ahli-ahlinya. Ini termasuk badminton, bola jaring dan ping pong. Ahli-ahli Kelab Sukan juga bermain permainan dalam bangunan seperti scrabble, karom dan damak.
Selain daripada aktiviti-aktiviti sukan yang diadakan oleh Kelab Sukan, Lonpac juga mempunyai pasukan bola sepaknya sendiri, memberi pengiktirafan kepada bola sepak sebagai salah satu sukan ternama di Malaysia. Pelbagai aktiviti bola sepak merangkumi Perlawanan Bola Sepak Keseronokan (perlawanan persahabatan di kalangan kakitangan Lonpac), latihan padang dan aktiviti-aktiviti futsal diadakan di sepanjang tahun tanpa sebarang had pada umur atau jantina iaitu terbuka kepada semua kakitangan Lonpac. Pada tahun 2007, Syarikat telah berjaya menganjurkan Pertandingan Futsal Lonpac yang pertama yang menarik penyertaan seramai empat puluh dua (42) orang kakitangan termasuk dua belas (12) orang pemain wanita. Kakitangan daripada pelbagai jabatan dan jawatan yang berlainan dihimpunkan dan dibahagikan kepada enam (6) pasukan. Usaha berpasukan dan semangat kesukanan yang baik telah ditunjukkan di sepanjang pertandingan.
Kumpulan mengganggap dirinya sebagai satu Keluarga Besar dengan bilangan kakitangan lebih daripada 400 orang. Dengan pandangan untuk memupuk nilai kekeluargaan yang baik di kalangan keluarga kakitangannya, Lonpac menganjurkan perhimpunan Hari Keluarga tahunan. Perhimpunan ini memberi peluang kepada kakitangan dan keluarga mereka untuk berinteraksi dengan keluarga-keluarga lain semasa aktiviti-aktiviti termasuk permainan sukaneka, permainan kanak-kanak dan pertunjukan kanak-kanak.
Acara kemuncak dalam kalendar peristiwa kakitangan sepanjang tahun tidak lain dan tidak bukan adalah Majlis Ulang Tahun Makan Malam & Tari Menari, satu majlis yang menyeronokkan bagi kakitangan dan para ejen dan rakan perniagaan kami. Di dalam majlis ini, Syarikat memberikan penghargaannya kepada kakitangan di atas komitmen yang tidak berbelah bahagi mereka, dan juga para ejen serta rakan perniagaan bagi sokongan mereka yang tidak terhenti-henti di sepanjang tahun.
Kesemua aktiviti sebegini diharapkan dapat memperkukuhkan hubungan di kalangan kakitangan dan menyatupadukan semua kakitangan sebagai satu.
Polisi Keselamatan Dan Kesihatan
Adalah menjadi polisi Kumpulan untuk menyediakan persekitaran pekerjaan bersesuaian yang menggalakkan keselamatan
dan kesihatan yang baik bagi kakitangannya. Kumpulan LPI memastikan bahawa semua kerja yang dijalankan di dalam pejabat-pejabatnya dilaksanakan dengan menggunakan amalan-amalan kerja yang selamat, bebas daripada bahaya pekerjaan yang berpotensi dan mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994.
Kumpulan mempunyai satu Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (“OSH”) yang selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994. Polisi OSH telah digunapakai dengan matlamat menggalakkan persekitaran bekerja yang selamat dan sihat di samping mencegah sebarang bahaya pekerjaan yang berpotensi. Polisi OSH menggariskan tanggungjawab-tanggungjawab Kumpulan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan di tempat kerja untuk kesemua kakitangannya. Selain daripada itu, Polisi OSH juga menyatakan tugas-tugas setiap kakitangan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan.
Salah satu keperluan utama dalam hidup seseorang adalah Kesihatan yang Baik. Walaupun terdapat pelbagai produk insurans di pasaran yang menyediakan bantuan kewangan disebabkan oleh keadaan kesihatan, tiada siapa yang sanggup menderita sebarang ketidakupayaan fizikal yang mengakibatkan kerugian jam tenaga manusia bagi majikan dan masa berkualiti bagi keluarga mereka.
Berpegang kepada pepatah “Mencegah Adalah Lebih Baik Dari
Mengubati”, Kumpulan percaya bahawa badan dan minda yang
sihat mampu menghasilkan produktiviti yang tinggi dan keputusan yang cemerlang. Oleh itu, Kumpulan menggalakkan gaya hidup yang sihat melalui pelbagai aktiviti sukan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan.
Di sepanjang tahun, Kumpulan LPI telah menganjurkan satu taklimat kesihatan untuk kakitangannya mengenai penyakit kritikal termasuklah kanser, kencing manis dan penyakit-penyakit jantung, buah pinggang dan hati, yang disampaikan oleh sebuah syarikat penjagaan perubatan. Taklimat kesihatan selama 30 minit ini menjelaskan kepada kakitangan berkenaan dengan tanda-tanda dan simptom-simptom penyakit, komplikasi-komplikasi serta cara menghalang dan mengawal penyakit-penyakit tersebut. Ujian air kencing secara percuma juga diberikan kepada kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan mereka. Selain dari mementingkan kesihatan, Kumpulan LPI juga berpendapat bahawa isu-isu keselamatan di tempat kerja adalah sama penting. Selaras dengan polisi keselamatan bangunan, Kumpulan telah menguatkuasakan polisi “Kawasan Larangan Merokok” di semua premis pejabatnya. Polisi ini bertujuan untuk menghapuskan risiko bahaya kebakaran dan pada masa yang sama tidak menggalakkan kakitangan merokok demi kehidupan yang lebih sihat.
Seorang warden kebakaran dan seorang penolong warden kebakaran telah dilantik bagi setiap tingkat yang digunakan oleh Kumpulan di Ibu Pejabatnya. Warden-warden kebakaran ini dibimbing oleh pegawai keselamatan bangunan untuk segera bertindak balas ketika situasi kecemasan seperti kebakaran dan ancaman bom. Warden-warden kebakaran ini dilatih untuk memimpin rakan-rakan sekerja mereka dalam prosedur meninggalkan bangunan sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Kumpulan LPI juga amat bekerjasama ketika menyertai beberapa latihan menghadapi kebakaran yang dikendalikan oleh divisyen keselamatan bangunan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Satu kursus pertolongan cemas mengenai “Pertolongan Cemas di Tempat Kerja untuk Masyarakat Umum” telah diadakan untuk kakitangan, terutamanya untuk warden-warden kebakaran dan penolong warden kebakaran, untuk mendedah dan melatih mereka mengenai asas-asas rawatan pertolongan cemas. Di sepanjang kursus, peserta-peserta juga ditunjukkan teknik-teknik Menyedarkan Semula Pulmonari Kardio (“CPR”) yang betul. Kumpulan LPI berusaha menggalakkan kepentingan keselamatan dan kesihatan di dalam modal insannya dari masa ke semasa.
Faedah Perubatan
Kumpulan LPI juga memberi perlindungan insurans Kemalangan Perseorangan “Faedah Menyeluruh” Kumpulan dan Insurans Hospital & Pembedahan Kumpulan untuk kesemua kakitangannya bagi memberi pampasan atau menyediakan bantuan kewangan kepada kakitangan atau keluarga mereka sekiranya ditimpa kemalangan atau jatuh sakit. Perlindungan insurans tersebut mencukupi untuk meringankan beban kewangan kakitangan memandangkan kos rawatan perubatan dan pembedahan yang semakin tinggi.
Selain itu, Kumpulan melanjutkan faedah-faedah perubatan secara pembayaran balik kos perubatan kepada pasangan dan anak-anak kakitangan bergantung kepada satu had maksima tahunan.
Kumpulan LPI juga menanggung kos pelbagai faedah pemeriksaan perubatan untuk kakitangannya menurut Buku Panduan Faedah Kakitangan bagi menggalakkan kesedaran tentang kesihatan di kalangan kakitangan. Pemeriksaan perubatan ini termasuk ujian darah untuk pemeriksaan umum, ujian papsmear, ujian mamogram dan pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP PEMEGANG SAHAM KAMI
Kumpulan LPI konsisten dari segi kewangan sebagaimana dicerminkan dalam keputusan pertumbuhan berserta keuntungan yang memberansangkan disokong oleh amalan-amalan urus tadbir korporat yang cemerlang dan kewibawaan keusahawanan oleh eksekutif atasan Kumpulan. Ini merupakan faktor utama yang mendorong kepada pulangan yang tinggi untuk para pemegang saham dan meningkatkan nilai jangka panjang para pemegang saham.
Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) LPI Capital Bhd, dipengerusikan oleh Pengerusi kami, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow, merupakan satu platform yang terbuka dan telus di mana para pemegang saham diberi peluang dengan adil dan saksama untuk memberi pandangan mereka mengenai prestasi Kumpulan LPI. Masa yang mencukupi diberikan bagi para pemegang saham membuat pertanyaan dan meminta penjelasan berkenaan dengan isu-isu mengenai prestasi Kumpulan.