• Tidak ada hasil yang ditemukan

tanggungjawab korporat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "tanggungjawab korporat"

Copied!
53
0
0

Teks penuh

(1)

tanggungjawab

korporat

78

Penyata Urus Tadbir Korporat

92

Pengurusan Risiko

98

Kod Etika, Integriti dan Amanah

99

Penyata Kawalan Dalaman

102

Laporan Jawatankuasa Audit

106

Maklumat Pematuhan Syarat-syarat

Penyenaraian Bursa Securities

108

Falsafah Korporat

116

Tanggungjawab Sosial Korporat

121

Kalendar Peristiwa Penting

(2)

Kami akan terus

menggunakan

pengurusan risiko

yang berkesan

demi mencapai

pertumbuhan

berkekalan.

Kumpulan LPI komited

dalam mempertingkatkan

nilai para pemegang

saham dan mengamalkan

standard tertinggi

urus tadbir korporat.

Kumpulan memberi

tumpuan untuk

mencapai kecemerlangan

berkekalan sebagai

warga korporat yang

bertanggungjawab

dan penyayang.

(3)

Penyata Urus Tadbir Korporat

Kumpulan LPI mengakui akan kepentingan untuk mempertingkatkan nilai para pemegang saham menerusi keuntungan yang berterusan dan mengamalkan standard tertinggi dalam urus tadbir korporat. Lembaga Pengarah sesungguhnya percaya bahawa urus tadbir korporat yang baik sangat penting untuk peningkatan prestasi jangka panjang dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan Kumpulan LPI. Oleh itu, struktur urus tadbir yang kukuh merupakan asas untuk memelihara kepentingan para pemegang saham Kumpulan LPI. Komitmen Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan kakitangan Kumpulan LPI dalam mempertingkatkan nilai pemegang saham dibuktikan dengan anugerah dan pengiktirafan yang diterima oleh Kumpulan LPI pada tahun 2007. Kecemerlangan urus tadbir korporat dan nilai pemegang saham LPI telah mendapat pengiktirafan dengan pengurniaan Anugerah Merit Urus Tadbir Korporat Malaysian Business dan Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG bagi tiga (3) tahun berturut-turut sejak tahun 2004. LPI menerima pengiktirafan yang lebih tinggi untuk Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG 2005 dan 2006 apabila muncul sebagai Pemenang Sektor di bawah kategori Perkhidmatan Kewangan bagi kedua-dua tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2005 dan 2006.

Selain itu, LPI telah dianugerahkan Sijil Merit bagi Anugerah Kebangsaan untuk Perakaunan Pengurusan (NAfMA) 2007 setelah menerima Sijil Finalis bagi anugerah yang sama pada tahun 2006, yang membezakan kecemerlangannya dalam amalan-amalan perakaunan pengurusan.

Pada tahun 2007, LPI telah dikurniakan anugerah-anugerah dan pengiktirafan yang berprestij berikut:

Anugerah Urus Tadbir Korporat Malaysian Business 2006

Anugerah Merit

Anugerah Nilai Pemegang Saham KPMG 2006

Pemenang Sektor Perkhidmatan Kewangan

Anugerah Kebangsaan untuk Perakaunan Pengurusan (NAfMA) 2007

Sijil Merit

LEMBAGA PENGARAH

Lembaga Pengarah komited sepenuhnya dalam memastikan bahawa standard tertinggi dalam urus tadbir korporat diamalkan secara menyeluruh dalam Kumpulan supaya segala urusan Kumpulan dijalankan dengan integriti dan profesionalisme dengan matlamat untuk memelihara pelaburan para pemegang saham dan mutakhirnya mempertingkatkan nilai mereka. PARA PENGARAH Lembaga Pengarah Lembaga Pengarah bertanggungjawab ke atas keseluruhan urus tadbir Kumpulan dan melaksanakan tanggungjawab ini menerusi pematuhan terhadap peraturan, undang-undang, regulasi, arahan dan garis panduan berkaitan selain daripada mengguna pakai amalan terbaik di dalam Kod Urus Tadbir Korporat Malaysia.

Tugas dan tanggungjawab Lembaga Pengarah merangkumi penetapan pelan strategik dan pewarisan Kumpulan, memantau matlamat prestasi, memformalisasikan dokumentasi ke atas perkara-perkara yang diperuntukkan dengan khusus bagi keputusan mereka dan memastikan bahawa kawalan dalaman, pengurusan risiko dan prosedur pelaporan Kumpulan tersedia dengan baik.

(4)

Penyata UrUs tadBIr KorPorat

Lembaga Pengarah telah menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga Pengarah serta pelbagai Jawatankuasa Pengurusan untuk membantu Lembaga Pengarah melaksanakan tugas-tugas mereka. Setiap jawatankuasa beroperasi menurut bidang rujukan yang telah diluluskan seperti dinyatakan pada muka surat 85 hingga 87.

Jawatankuasa-jawatankuasa Lembaga Pengarah dan Pengurusan adalah seperti berikut:

Jawatankuasa Lembaga Pengarah

• Jawatankuasa Audit • Jawatankuasa Skim Opsyen Saham Kakitangan • Jawatankuasa Pencalonan • Jawatankuasa Pengurusan Risiko • Jawatankuasa Imbuhan • Jawatankuasa Beli Balik Saham • Jawatankuasa Pelaburan Jawatankuasa Pengurusan • Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko • Jawatankuasa Internet • Jawatankuasa Kawalan Kredit • Jawatankuasa Pelan Berterusan Perlanjutan Perniagaan (“BRCP”) • Jawatankuasa Pemandu Teknologi Maklumat • Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Ahli-ahli Jawatankuasa Lembaga Pengarah dan kehadiran mereka di mesyuarat dinyatakan seperti berikut:

Ahli-ahli Jawatankuasa Lembaga Pengarah

P - Pengerusi A - Ahli Jawatankuasa Audit Jawatankuasa Pencalonan Jawatankuasa Imbuhan Jawatankuasa Pelaburan Jawatankuasa Skim Opsyen Saham Kakitangan Jawatankuasa Pengurusan Risiko Jawatankuasa Beli Balik Saham

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow

Pengerusi Bukan Eksekutif P P P

Tee Choon Yeow

Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif A A A A

Dato’ Yeoh Chin Kee

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif P P P A P

Dato’ Haji Abdul Aziz bin Omar

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif A A A A

Kong Thian Mee

Setiausaha Syarikat A A

(5)

Penyata UrUs tadBIr KorPorat

Kehadiran di Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Pengarah

Jawatankuasa Audit Jawatankuasa Pencalonan Jawatankuasa Imbuhan Jawatankuasa Pelaburan Jawatankuasa Skim Opsyen Saham Kakitangan Jawatankuasa Pengurusan Risiko Jawatankuasa Beli Balik Saham

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow

Pengerusi Bukan Eksekutif - - - 1/1 N1 - 4/4

Tee Choon Yeow

Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif - - - 1/1 N1 2/2 4/4

Dato’ Yeoh Chin Kee

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif 7/7 3/3 1/1 - N1 2/2

-Dato’ Haji Abdul Aziz bin Omar #

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif 1/1 1/1 1/1 - - N2

-Geh Cheng Hooi ##

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif 6/6 2/2 - - N1 2/2

-Lee Chin Guan ###

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif 5/6 1/1 - - - 1/2

-Kong Thian Mee

Setiausaha Syarikat - - - 1/1 - - 4/4 # Dari tarikh pelantikan beliau pada 9 Oktober 2007 ## Sehingga tarikh perletakan jawatan beliau pada 29 November 2007 ### Sehingga tarikh perletakan jawatan beliau pada 9 Oktober 2007 N1 - Tiada Skim Opsyen Saham Kakitangan pada tahun 2007 N2 - Tiada mesyuarat diadakan dari tarikh pelantikan sehingga akhir tahun kewangan • Keseimbangan Lembaga Pengarah

Pada 31 Disember 2007, Lembaga Pengarah terdiri daripada seorang Pengerusi yang merupakan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, dua (2) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, seorang (1) Pengarah Bukan Eksekutif dan seorang (1) Pengarah Eksekutif yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif.

Saiz Lembaga Pengarah yang terdiri daripada lima (5) orang Ahli, adalah optimum berdasarkan skop, saiz dan kerumitan operasi Kumpulan. Komposisi Lembaga Pengarah adalah seimbang dengan campuran efektif yang mana dua (2) orang daripada mereka adalah bebas sepertimana yang didefinasikan oleh Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”).

(6)

Penyata UrUs tadBIr KorPorat

Terdapat pembahagian peranan dan tanggungjawab diterima yang jelas berbeza di antara Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi memastikan keseimbangan kuasa dan hak.

Dua (2) orang daripada Pengarah Bukan Eksekutif adalah bebas daripada Pihak Pengurusan dan bebas dari sebarang perniagaan atau hubungan lain dengan Kumpulan yang boleh memberi kesan dan/ atau menjejaskan secara ketara oleh pelaksanaan pertimbangan bebas mereka.

Sejak Laporan Tahunan yang lalu, dua (2) orang ahli Lembaga Pengarah telah meletak jawatan pada tahun kewangan ini, iaitu, Encik Lee Chin Guan (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) dan Encik Geh Cheng Hooi (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif) dan seorang ahli Lembaga Pengarah baru telah dilantik iaitu, Dato’ Haji Abdul Aziz bin Omar (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif).

Profil Ahli-ahli Lembaga Pengarah dinyatakan pada muka surat 28 hingga 31.

Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Bekalan Maklumat kepada Lembaga Pengarah

Mesyuarat Lembaga Pengarah bagi tahun kewangan berikutnya telah dijadualkan sebelum berakhirnya tahun kewangan semasa bagi membolehkan Para Pengarah merancang tarikh-tarikh janji temu mereka yang lain supaya memudahkan kehadiran mereka di mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah LPI.

Lembaga Pengarah bermesyuarat setiap suku tahun. Selain itu, Lembaga Pengarah bermesyuarat secara ad-hoc dan apabila perlu untuk mempertimbangkan cadangan-cadangan korporat atau isu-isu perniagaan yang memerlukan keputusan segera dari Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah telah mengadakan mesyuarat sebanyak dua belas (12) kali di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2007.

Tarikh-tarikh mesyuarat Lembaga Pengarah adalah seperti berikut: • 3 Januari 2007 • 25 Januari 2007 • 5 April 2007 • 30 April 2007 • 29 Jun 2007 • 4 Julai 2007 • 11 Julai 2007 • 26 Julai 2007 • 5 September 2007 • 9 Oktober 2007 • 26 Oktober 2007 • 29 November 2007 Kehadiran setiap Ahli Lembaga Pengarah di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2007 adalah seperti berikut:

Pengarah Bilangan Mesyuarat

Lembaga Pengarah Diadakan

Bilangan Mesyuarat Lembaga Pengarah Dihadiri

i. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow 12 12 ii. Tee Choon Yeow 12 12 iii. Tan Kok Guan 12 12 iv. Dato’ Yeoh Chin Kee 12 12 v. Dato’ Haji Abdul Aziz bin Omar # 3 3 vi. Geh Cheng Hooi ## 11 10 vii. Lee Chin Guan ### 9 7 # Dari tarikh pelantikan beliau pada 9 Oktober 2007 ## Sehingga tarikh perletakan jawatan beliau pada 29 November 2007 ### Sehingga tarikh perletakan jawatan beliau pada 9 Oktober 2007

(7)

Komitmen Lembaga Pengarah dalam memastikan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab mereka dengan berkesan dicerminkan oleh bilangan tinggi dalam mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan di sepanjang tahun berakhir 31 Disember 2007.

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow, Pengerusi Bukan Eksekutif, mempengerusikan kesemua mesyuarat Lembaga Pengarah.

Sebelum setiap mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan, ahli-ahli Lembaga Pengarah dibekalkan dengan agenda berserta dokumen-dokumen yang berkaitan dan maklumat di dalam bentuk dan kualiti yang bersesuaian supaya Para Pengarah mempunyai masa yang cukup untuk mengkaji semula perkara-perkara yang akan dibentangkan di mesyuarat Lembaga Pengarah dan untuk memudahkan Para Pengarah membuat keputusan berdasarkan maklumat.

Pada mesyuarat Lembaga Pengarah, Lembaga Pengarah mengkaji semula operasi perniagaan Kumpulan dengan menganalisa akaun untung dan rugi dan lembaran imbangan Kumpulan dibandingkan dengan tempoh yang sama sebelumnya.

Lembaga Pengarah juga mengambil maklum akan keputusan-keputusan dan isu-isu penting yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko melalui minit-minit mesyuarat jawatankuasa-jawatankuasa tersebut, yang dibentangkan kepada Lembaga Pengarah. Selain daripada mesyuarat suku tahunan Lembaga Pengarah, mesyuarat ad-hoc Lembaga Pengarah turut diadakan bertujuan untuk meluluskan penyata kewangan suku tahunan Syarikat yang telah pun dikaji semula oleh Jawatankuasa Audit. Minit-minit mesyuarat Lembaga Pengarah diedarkan kepada semua Pengarah untuk penelitian mereka sebelum minit-minit tersebut disahkan pada mesyuarat Lembaga Pengarah yang berikutnya.

Lembaga Pengarah mempunyai akses yang tidak terhad terhadap maklumat yang berkaitan dengan operasi Kumpulan dalam melaksanakan tugas mereka serta boleh mengarahkan untuk dibekalkan dengan butir-butir atau penjelasan lanjut mengenai perkara-perkara agenda mesyuarat Lembaga Pengarah.

Para Pengarah sentiasa dikemaskini oleh Setiausaha Syarikat mengenai keperluan-keperluan undang-undang serta regulatori baru berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab Para Pengarah atau pelaksanaan tugas mereka sebagai Para Pengarah Syarikat. Setiausaha Syarikat menghadiri kesemua mesyuarat Lembaga Pengarah dan memastikan rekod yang tepat dan mencukupi mengenai prosiding mesyuarat Lembaga Pengarah dan keputusan-keputusan yang dibuat disimpan dengan baik.

Semua Pengarah mempunyai akses untuk mendapatkan nasihat dan khidmat Setiausaha Syarikat serta mendapatkan khidmat nasihat profesional bebas di atas tanggungan Syarikat, jika perlu.

Pelantikan ke Lembaga Pengarah

Cadangan pelantikan seorang Ahli baru ke Lembaga Pengarah akan dipertimbangkan oleh Lembaga Pengarah penuh berdasarkan satu laporan rasmi, yang disediakan oleh Jawatankuasa Pencalonan mengenai keperluan, kelayakan dan pengalaman pengarah yang dicadangkan. Jawatankuasa Pencalonan juga membuat penilaian tahunan ke atas sumbangan setiap Pengarah kepada Syarikat dan mencadangkan pelantikan dan pemilihan semula untuk Para Pengarah yang bersedia dilantik dan dipilih semula di Mesyuarat Agung Tahunan.

Jawatankuasa Pencalonan keseluruhannya terdiri daripada Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; kesemua dua (2) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif adalah Ahli Jawatankuasa Pencalonan.

Bidang rujukan Jawatankuasa Pencalonan dinyatakan pada muka surat 85.

Pelantikan Semula dan Pemilihan Semula Para Pengarah

Menurut Seksyen 129(2) Akta Syarikat, 1965, Pengarah yang berumur lebih daripada tujuh puluh (70) tahun akan bersara pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan dan boleh menawarkan diri mereka untuk pelantikan semula dan berkhidmat sehingga Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang.

(8)

Menurut Memorandum dan Tataurusan Pertubuhan Syarikat, satu pertiga (1/3) daripada Para Pengarah atau, jika bilangan mereka bukan dalam gandaan tiga (3), bilangan yang paling hampir dengan satu pertiga (1/3) dengan minimum seorang (1), hendaklah bersara di setiap Mesyuarat Agung Tahunan dan boleh menawarkan diri untuk pemilihan semula. Pengarah yang dilantik oleh Lembaga Pengarah tertakluk kepada pemilihan semula oleh para pemegang saham di Mesyuarat Agung Tahunan berikutnya yang diadakan selepas pelantikan mereka.

IMBUHAN PARA PENGARAH

Imbuhan setiap Pengarah dikaji semula secara tahunan oleh Jawatankuasa Imbuhan. Jawatankuasa Imbuhan mempunyai prosedur yang formal dan telus bagi Lembaga Pengarah penuh meluluskan imbuhan untuk Para Pengarah Eksekutif, berdasarkan prestasi korporat dan individu, dan meluluskan imbuhan Para Pengarah Bukan Eksekutif termasuk Pengerusi Bukan Eksekutif, berdasarkan pengalaman dan tahap tanggungjawab Para Pengarah berkenaan.

Setiap Pengarah menahan diri dari keputusan Lembaga Pengarah mengenai pakej imbuhan mereka sendiri. Yuran Para Pengarah diluluskan di Mesyuarat Agung Tahunan oleh para pemegang saham.

Para Pengarah dibayar balik perbelanjaan mesyuarat Lembaga Pengarah yang ditanggung.

Jawatankuasa Imbuhan keseluruhannya terdiri daripada Para Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; kesemua dua (2) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif adalah Ahli Jawatankuasa Imbuhan.

Bidang rujukan Jawatankuasa Imbuhan dinyatakan di muka surat 85.

Imbuhan bagi setiap Pengarah bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2007 dinyatakan di dalam Nota 22 kepada penyata kewangan di muka surat 172.

LATIHAN DAN PENDIDIKAN PARA PENGARAH

Para Pengarah sedia maklum bahawa mereka perlu memperolehi latihan berterusan yang bersesuaian dengan menghadiri seminar dan taklimat bagi meluaskan perspektif mereka dan seiring dengan perkembangan dalam persekitaran perniagaan dan juga keperluan-keperluan regulatori dan undang-undang yang baru.

Program-program latihan dan seminar yang dihadiri oleh Para Pengarah di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2007 adalah, inter-alia, mengenai bidang yang berkaitan dengan industri insurans, urus tadbir korporat, pengurusan risiko dan laporan kewangan.

Butir-butir mengenai latihan yang dihadiri oleh Para Pengarah di sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007 adalah seperti berikut:

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow

Tarikh Tajuk Seminar/ Bengkel/ Kursus

30 Januari 2007 Program Latihan mengenai Implikasi Peraturan Perakaunan Baru Utama untuk Bank 28 Mac 2007 Seminar mengenai Kewangan Islam: Konsep, Isu dan Cabaran 31 Julai 2007 Program Latihan mengenai Insentif Cukai, Rejim Pelaporan Perakaunan dan Kewangan dan Kecukupan Modal Berkenaan Perbankan Islam 23 Oktober 2007 Perbincangan dengan Bank Negara Malaysia mengenai Isu-isu Berkenaan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam 31 Oktober 2007 Program Latihan mengenai Tanggungjawab Jawatankuasa Audit 31 Oktober 2007 Program Latihan mengenai Penumpuan Antarabangsa tentang Pengukuran Modal dan Standard Modal 28 November 2007 Program Latihan mengenai Perkembangan Urus Tadbir Korporat Utama 28 November 2007 Program Latihan mengenai Cabaran Jawatankuasa Audit yang Muncul

(9)

Tee Choon Yeow

Tarikh Tajuk Seminar/ Bengkel/ Kursus

21 Mac 2007 Taklimat mengenai Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2006 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2006 27 – 28 Mac 2007 Forum Kewangan Islam Global – Forum Pelabur dan Penerbit 3 April 2007 Taklimat mengenai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 21 Jun 2007 Seminar mengenai Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko 12 – 20 Ogos 2007 Program Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Re

Tan Kok Guan

Tarikh Tajuk Seminar/ Bengkel/ Kursus

27 – 28 Mac 2007 Forum Kewangan Islam Global – Forum Pelabur dan Penerbit 3 April 2007 Taklimat mengenai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 24 April 2007 Forum Ketua Pegawai Eksekutif MIM 10 – 11 Jun 2007 Seminar Antarabangsa mengenai Penggunaan & Pemasaran ACACIAS 21 Jun 2007 Seminar mengenai Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko 21 November 2007 Program Pendidikan Pengarah Kumpulan Tumpuan – Bank Negara Malaysia

Dato’ Yeoh Chin Kee

Tarikh Tajuk Seminar/ Bengkel/ Kursus

22 Januari 2007 Taklimat mengenai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 30 Januari 2007 Program Latihan mengenai Implikasi Peraturan Perakaunan Baru Utama untuk Bank 28 Mac 2007 Seminar mengenai Kewangan Islam: Konsep, Isu dan Cabaran 21 Jun 2007 Seminar mengenai Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko 31 Oktober 2007 Program Latihan mengenai Tanggungjawab Jawatankuasa Audit 31 Oktober 2007 Program Latihan mengenai Penumpuan Antarabangsa tentang Pengukuran Modal dan Standard Modal 28 November 2007 Program Latihan mengenai Perkembangan Urus Tadbir Korporat Utama 28 November 2007 Program Latihan mengenai Cabaran Jawatankuasa Audit yang Muncul

(10)

BIDANG RUJUKAN

Bidang rujukan dan kekerapan mesyuarat bagi Jawatankuasa Lembaga Pengarah dan Pengurusan adalah seperti berikut:

JAwATANKUASA LeMBAGA PeNGArAH i) Jawatankuasa Pencalonan

• Untuk mencadangkan calon-calon untuk pelantikan ke Lembaga Pengarah. • Untuk melaksanakan penilaian tahunan ke atas sumbangan setiap Pengarah kepada Syarikat. • Untuk mencadangkan penyingkiran Pengarah yang tidak efektif. Jawatankuasa Pencalonan bermesyuarat jika perlu.

ii) Jawatankuasa Imbuhan

• Untuk menilai semula dan mempertimbang kuantum yuran tahunan Para Pengarah.

Jawatankuasa Imbuhan bermesyuarat jika perlu.

iii) Jawatankuasa Pelaburan

• Untuk merumuskan polisi, strategi dan lain-lain perkara berkaitan dengan pelaburan dalam saham dan sekuriti hutang swasta.

• Untuk menilai semula pelaburan Syarikat di dalam saham dan sekuriti hutang swasta dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mempertingkatkan nilai, keuntungan dan risikonya.

Jawatankuasa Pelaburan bermesyuarat jika perlu.

iv) Jawatankuasa Skim Opsyen Saham Kakitangan (“eSOS”)

• Untuk mentadbir ESOS menurut undang-undang kecil ESOS.

Jawatankuasa ESOS bermesyuarat jika perlu.

v) Jawatankuasa Pengurusan risiko

• Untuk mengkaji semula dan mencadangkan strategi pengurusan risiko, polisi dan ketahanan risiko bagi kelulusan Lembaga Pengarah.

• Untuk mengkaji semula dan menilai kecukupan polisi dan rangka kerja pengurusan risiko bagi mengenal pasti, mengukur, memantau dan mengawal risiko serta setakat mana risiko tersebut beroperasi secara efektif.

• Untuk memastikan infrastruktur, sumber dan sistem yang mencukupi wujud bagi pengurusan risiko yang efektif iaitu memastikan kakitangan yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pengurusan risiko menjalankan tugas mereka bebas dari semua aktiviti pengambilan risiko Kumpulan.

• Untuk mengkaji semula laporan berkala pengurusan mengenai pendedahan risiko, komposisi portfolio risiko dan aktiviti pengurusan risiko.

• Untuk melaksanakan lain-lain fungsi berkaitan pengurusan risiko seperti yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Lembaga Pengarah.

Jawatankuasa Pengurusan Risiko bermesyuarat setiap setengah tahun.

Dato’ Haji Abdul Aziz bin Omar

Tarikh Tajuk Seminar/ Bengkel/ Kursus

30 Januari 2007 Program Latihan mengenai Implikasi Peraturan Perakaunan Baru Utama untuk Bank 28 Mac 2007 Seminar mengenai Kewangan Islam: Konsep, Isu dan Cabaran 31 Julai 2007 Program Latihan mengenai Insentif Cukai, Rejim Pelaporan Perakaunan dan Kewangan dan Kecukupan Modal Berkenaan Perbankan Islam 31 Oktober 2007 Program Latihan mengenai Tanggungjawab Jawatankuasa Audit 31 Oktober 2007 Program Latihan mengenai Penumpuan Antarabangsa tentang Pengukuran Modal dan Standard Modal 13 November 2007 Seminar mengenai Perkhidmatan & Khidmat Luar yang Dikongsi di dalam Sektor Kewangan 28 November 2007 Program Latihan mengenai Perkembangan Urus Tadbir Korporat Utama 28 November 2007 Program Latihan mengenai Cabaran Jawatankuasa Audit yang Muncul

(11)

vi) Jawatankuasa Beli Balik Saham

• Untuk memastikan bahawa Beli Balik Saham mematuhi mandat yang diberikan kepada Jawatankuasa Beli Balik Saham oleh Lembaga Pengarah bagi menetapkan tarikh pembelian, amaun dan harga saham biasa LPI yang akan dibeli balik.

• Untuk memastikan bahawa saham biasa LPI yang dibeli balik ditahan sebagai Saham Perbendaharaan kecuali ditetapkan sebaliknya oleh Lembaga Pengarah.

• Untuk memastikan bahawa LPI tetap mampu bayar selepas setiap Beli Balik Saham menurut Seksyen 67A Akta Syarikat 1965, Bahagian IIIA Peraturan Syarikat 1966, dan Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities (“Pengisytiharan Mampu Bayar”).

• Untuk merangka pelan dan strategi bagi memastikan pembelian oleh LPI terhadap sahamnya dijalankan dengan cara yang paling efisien.

Jawatankuasa Beli Balik Saham bermesyuarat jika perlu.

JAwATANKUASA PeNGUrUSAN

i) Jawatankuasa Kerja Pengurusan risiko

• Untuk membantu Jawatankuasa Pengurusan Risiko (“RMC”) dalam pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum untuk mencapai objektif perniagaan.

• Untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan RMC mengenai risiko yang kritikal (sedia ada dan berpotensi) yang berkaitan dengan kemungkinan pendedahan dan kesan kepada pelan tindakan perniagaan dan pengurusan untuk mengurus risiko ini secara berterusan.

• Untuk memantau pembangunan formal polisi pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum yang merangkumi kesemua perniagaan dan aktiviti dan memastikan pembangunan prosedur dan manual.

• Untuk menilai dan menaksir kecukupan kawalan untuk mengurus keseluruhan risiko operasi, kewangan dan umum yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan termasuk keselamatan fizikal/ premis. • Untuk mengkaji semula laporan ke atas kes-kes penipuan ketara dan kekurangan di dalam proses pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum. • Untuk memastikan terdapat laporan risiko yang mencukupi dan segera berhubung dengan pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum.

• Memantau, menilai dan memberi nasihat ke atas komposisi portfolio risiko kredit.

• Mengkaji semula laporan proses penilaian semula kredit, kualiti aset dan memastikan tindakan pembetulan diambil.

• Memastikan pematuhan terhadap keperluan-keperluan regulatori.

• Untuk seiring dengan pembangunan terkini, domestik dan antarabangsa di dalam industri insurans dan pasaran kewangan.

• Untuk menilai kecukupan modal yang tersedia di dalam ekuiti insurans dan pemegang saham bagi menyokong Jumlah Modal Diperlukan seperti yang ditetapkan di dalam Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko bagi Syarikat Insurans yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. • Untuk membangunkan program dan polisi pengurusan

risiko khidmat luar bagi kelulusan RMC.

• Untuk menilai kepentingan khidmat luar sedia ada dan yang dijangka, berdasarkan rangka kerja yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

• Melaksanakan polisi dan prosedur khidmat luar yang telah diluluskan.

• Penilaian semula berkala bagi polisi dan prosedur khidmat luar yang telah dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan berterusannya dalam mengurus risiko khidmat luar.

• Untuk menyampaikan maklumat berkaitan risiko khidmat luar penting kepada RMC tepat pada masanya.

• Untuk menyelia Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko – Cawangan Singapura.

• Untuk melaksanakan lain-lain tugas yang berkaitan dengan pengurusan risiko seperti yang telah dipersetujui oleh RMC dan Lembaga Pengarah.

Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko bermesyuarat setiap suku tahun.

(12)

ii) Jawatankuasa Kawalan Kredit • Untuk memaksimumkan penukaran akaun belum diterima kepada aliran tunai dan meminimumkan hapus kira hutang lapuk seboleh mungkin. • Untuk memastikan pungutan segera hutang tertunggak, mengenal pasti masalah (contohnya: kekurangan bayaran, pembatalan, perkara tidak dikenal pasti) dan diselesaikan tepat pada masanya. Jawatankuasa Kawalan Kredit bermesyuarat sebulan sekali.

iii) Jawatankuasa Pemandu Teknologi Maklumat (“IT”)

• Memastikan penubuhan pelan pengkomputeran yang efektif bagi Kumpulan selaras dengan objektif korporat dan strategi perniagaan.

• Kawalan menyeluruh ke atas pelaksanaan pelan dengan memantau dan menilai semula prestasi dan perkembangannya.

• Menetapkan belanjawan dalam mana objektif pengkomputeran perlu dicapai dan meluluskan sebarang perbelanjaan yang melebihi had yang telah ditetapkan. • Untuk mewujudkan objektif, polisi dan strategi bagi

pengkomputeran Kumpulan.

• Untuk membangunkan pelan strategik jangka panjang bagi pengkomputeran Kumpulan.

• Untuk mewujudkan Pelan IT tahunan yang terperinci. • Untuk menetapkan standard bagi:

i) Pembelian Perkakasan/ Perisian;

ii) Kitaran Hidup Pembangunan Sistem dan Operasi Penukaran Program; dan

iii) Keselamatan Komputer.

• Untuk mempertimbangkan pembelian perisian, perkakasan dan semua barangan berkaitan dengan pengkomputeran. • Untuk memantau dan mengkaji semula kemajuan projek

yang sedang dijalankan dan pemantauan prestasi akan disesuaikan dengan pelan strategik, pelan tindakan dan belanjawan.

• Untuk mengkaji semula dan meluluskan cadangan-cadangan Projek IT baru.

Jawatankuasa Pemandu IT mengadakan sekurang-kurangnya enam (6) mesyuarat setahun.

iv) Jawatankuasa Internet

• Untuk memastikan keselamatan, kepakaran dan sumber adalah mencukupi untuk mengendali dan menyelenggara sistem insurans berinternet.

• Untuk memastikan pelaksanaan perkhidmatan insurans berinternet adalah konsisten dengan objektif strategik dan perniagaan keseluruhan Kumpulan.

• Untuk menjalankan pemantauan prestasi produk-produk, perkhidmatan, saluran penghantaran dan proses insurans berinternet.

Jawatankuasa Internet bermesyuarat jika perlu.

v) Jawatankuasa Pelan Berterusan Perlanjutan Perniagaan (“BrCP”)

• Untuk menyediakan satu Pelan Berterusan Perlanjutan Perniagaan bagi memastikan Kumpulan mengalami gangguan yang minimum ke atas sistem, proses atau operasinya jika berlaku sebarang bencana.

Jawatankuasa BRCP bermesyuarat jika perlu.

vi) Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (“OSH”)

• Untuk mengkaji semula kaedah-kaedah yang diambil bagi memastikan keselamatan dan kesihatan individu di tempat kerja.

• Untuk menyiasat sebarang perkara di tempat kerja: - di mana ahli Jawatankuasa OSH atau individu yang diambil bekerja menganggap sebagai tidak selamat atau merupakan risiko terhadap kesihatan; dan

- di mana ia telah dibawa ke perhatian pihak majikan. • Cuba menyelesaikan sebarang perkara yang dirujuk

untuk siasatan di atas, dan jika gagal berbuat demikian, memohon pihak pengurusan untuk menjalankan satu pemeriksaan ke atas tempat kerja bagi tujuan tersebut. Jawatankuasa OSH bermesyuarat setiap suku tahun.

(13)

KEBERTANGGUNGJAWABAN DAN AUDIT

Pelaporan Kewangan

Para Pengarah mengakui tanggungjawab untuk memastikan bahawa rekod-rekod perakaunan disimpan secara berpatutan dan penyata kewangan disediakan menurut keperluan piawaian perakaunan yang diterima pakai dan diluluskan di Malaysia dan peruntukan Akta Syarikat, 1965, Akta dan Peraturan-peraturan Insurans 1996 dan arahan-arahan dari Bank Negara Malaysia.

Pengeluaran awal laporan tahunan dan pengumuman awal mengenai keputusan suku tahunan ke Bursa Securities mencerminkan komitmen Lembaga Pengarah untuk memberi penilaian-penilaian yang tepat pada masa, telus dan terkini mengenai prestasi dan prospek Kumpulan.

Lembaga Pengarah dibantu oleh Jawatankuasa Audit bagi memantau proses pelaporan kewangan dan kualiti pelaporan kewangan Kumpulan LPI. Jawatankuasa Audit mengkaji semula integriti penyata kewangan tahunan dan suku tahunan Kumpulan. Jawatankuasa Audit juga membantu Lembaga Pengarah dalam mengkaji semula kesesuaian polisi perakaunan yang digunapakai oleh Kumpulan dan perubahan ke atas polisi-polisi ini.

Penyata Tanggungjawab Para Pengarah berhubung dengan penyediaan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit bagi LPI dan Kumpulan LPI dinyatakan di muka surat 133. Kawalan Dalaman Lembaga Pengarah memikul tanggungjawab keseluruhan untuk mengekalkan satu sistem kawalan dalaman yang berkesan bagi menyediakan jaminan yang munasabah mengenai operasi yang berkesan dan cekap, pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan, serta pematuhan terhadap prosedur-prosedur dan garis panduan dalaman.

Kumpulan telah mewujudkan kawalan dalaman, yang merangkumi semua peringkat personel, dan proses perniagaan yang memastikan operasi Kumpulan berkesan dan cekap serta mengawasi aset dan kepentingan para pemegang saham Kumpulan.

Saiz dan kerumitan operasi perniagaan melibatkan penerimaan dan pengurusan risiko operasi, kewangan dan umum. Keadaan risiko-risiko ini mungkin menimbulkan kerugian yang tidak dijangka atau tidak dapat dielakkan. Sistem kawalan dalaman Kumpulan LPI dibentuk bagi menyediakan jaminan yang munasabah dan bukan jaminan mutlak bagi risiko kesilapan, penipuan dan kerugian besar yang berlaku.

Di sepanjang tahun, Jawatankuasa Pengurusan Risiko memastikan bahawa kebertanggungjawaban bagi menguruskan risiko-risiko ketara yang dikenal pasti telah diberikan dengan jelas dan risiko-risiko yang dikenal pasti ini diawasi secara berterusan.

Keberkesanan sistem kawalan dalaman Kumpulan dinilai semula secara berkala oleh Jawatankuasa Audit. Jabatan Audit Dalaman memantau pematuhan terhadap polisi dan standard serta keberkesanan sistem kawalan dalaman seluruh Kumpulan LPI.

Penyata Kawalan Dalaman yang dinyatakan di muka surat 99 hingga 101 di dalam Laporan Tahunan ini memberi gambaran menyeluruh mengenai kedudukan kawalan dalaman di dalam Kumpulan.

Jawatankuasa Audit

Pelaporan kewangan dan sistem kawalan dalaman Kumpulan dipantau oleh Jawatankuasa Audit, yang terdiri daripada kesemua dua (2) orang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

Komposisi, bidang rujukan dan ringkasan aktiviti Jawatankuasa Audit di sepanjang tahun kewangan dinyatakan di dalam Laporan Jawatankuasa Audit di muka surat 102 hingga 105 di dalam Laporan Tahunan ini. Aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Audit ditadbir oleh satu piagam yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

Jawatankuasa Audit bermesyuarat setiap suku tahun. Mesyuarat-mesyuarat tambahan diadakan jika difikirkan perlu. Di sepanjang tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2007, sejumlah tujuh (7) mesyuarat Jawatankuasa Audit telah diadakan.

Mesyuarat Jawatankuasa Audit sentiasa diadakan sebelum mesyuarat Lembaga Pengarah. Ini adalah untuk memastikan semua isu-isu kritikal yang ditekankan dapat dibawa ke perhatian

(14)

Lembaga Pengarah tepat pada masanya. Minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Audit dibentangkan kepada Lembaga Pengarah bagi makluman dan tindakan oleh Lembaga Pengarah jika perlu.

Ketua-ketua Jabatan di Ibu Pejabat dijemput untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Audit bila dianggap perlu oleh Jawatankuasa Audit bagi tujuan memberi taklimat kepada Jawatankuasa Audit berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan bidang tanggungjawab mereka.

Hubungan dengan Juruaudit Luar

Jawatankuasa Audit bermesyuarat dengan juruaudit luar Kumpulan sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk menilai semula skop dan kecukupan proses-proses audit, penyata kewangan tahunan dan penemuan audit mereka. Jawatankuasa Audit juga bermesyuarat dengan juruaudit luar apabila difikirkan perlu.

Perkhidmatan yang disediakan oleh juruaudit luar termasuk perkhidmatan audit berkanun dan bukan audit. Syarat-syarat pengambilan bagi perkhidmatan yang disediakan oleh juruaudit luar dikaji semula oleh Jawatankuasa Audit dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Jawatankuasa Audit juga mengkaji semula yuran yang dicadangkan untuk perkhidmatan bukan audit dan kemudiannya mencadangkan kepada Lembaga Pengarah untuk diluluskan. Di dalam kajian semula mereka, Jawatankuasa Audit mengambil kira kebebasan dan keobjektifan juruaudit luar bagi memastikan bahawa semua ini tidak akan terkompromi.

Butiran mengenai yuran audit perlu dibayar dan yuran bukan audit telah dibayar kepada juruaudit luar dinyatakan di bawah:

2007 rM’000 Yuran Audit perlu dibayar kepada KPMG

• Malaysia • Singapura

205 136

Yuran bukan audit telah dibayar kepada KPMG

• Malaysia 45

Jumlah 386

Audit Dalaman

Kumpulan telah menubuhkan Jabatan Audit Dalaman, yang membantu Jawatankuasa Audit dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Peranannya adalah untuk memberi laporan yang bebas dan objektif mengenai pengurusan, rekod, polisi perakaunan dan kawalan organisasi kepada Lembaga Pengarah. Audit-audit dalaman merangkumi penilaian ke atas proses-proses di mana risiko-risiko penting dikenal pasti, dinilai dan diuruskan. Audit-audit tersebut juga memastikan kawalan yang dilaksanakan adalah bersesuaian, diguna pakai dengan berkesan dan mencapai pendedahan risiko berpatutan yang konsisten dengan polisi pengurusan risiko Kumpulan.

Fungsi audit dalaman melapor terus kepada Jawatankuasa Audit dan penemuan serta cadangannya disampaikan kepada Lembaga Pengarah.

HUBUNGAN DENGAN PARA PEMEGANG SAHAM DAN PELABUR

Kumpulan mengakui kepentingan mengekalkan kebertanggungjawaban dan ketelusan kepada para pemegang sahamnya menerusi perhubungan yang berpatutan dengan para pemegang sahamnya. Syarikat berhubung dengan para pemegang sahamnya menerusi pengagihan laporan tahunan. Kumpulan mengamalkan secara konsisten penyediaan maklumat yang jelas, lengkap dan tepat pada masanya untuk para pemegang saham dan pelaburnya, bagi memudahkan mereka membuat keputusan pelaburan berdasarkan maklumat.

Satu saluran penting untuk komunikasi dan dialog dengan para pemegang saham adalah Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) Syarikat. Semua pemegang saham digalakkan menghadiri AGM Syarikat dan mengambil bahagian di dalam prosiding. Saranan-saranan para pemegang saham yang diterima di Mesyuarat Agung Tahunan akan dikaji semula dan dipertimbangkan untuk pelaksanaan, jika difikirkan wajar. Setiap peluang diberikan kepada para pemegang saham untuk mengajukan soalan dan mendapatkan penjelasan mengenai prestasi Syarikat dan Kumpulan.

Kumpulan juga menyediakan satu ringkasan eksekutif mengenai laporan tahunannya, yang menekankan maklumat kewangan dan korporat utama serta analisis lembaran imbangan dan penyata pendapatan, bertujuan untuk menyediakan akses mudah kepada para pemegang saham dalam mendapatkan maklumat.

(15)

Pengagihan maklumat yang cepat dan tepat pada masanya adalah penting bagi para pemegang saham dan pelabur untuk membuat keputusan pelaburan berdasarkan maklumat. Semua pengumuman yang memerlukan pengeluaran segera sebagaimana ditetapkan oleh Bursa Securities telah pun dipatuhi. Kumpulan telah berusaha untuk pengeluaran awal laporan tahunannya dan secara konsisten mengeluarkan keputusan suku tahunannya lebih awal dari tarikh akhir yang ditetapkan oleh Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Securities seperti yang dinyatakan di bawah:

Pengeluaran Laporan Tahunan

Tarikh Keluaran

Bilangan Hari Selepas Tahun Berakhir

Tarikh Akhir Yang Ditetapkan Bursa Securities

Laporan Tahunan 2004 27 Januari 2005 27 30 Jun 2005

Laporan Tahunan 2005 18 Januari 2006 18 30 Jun 2006

Laporan Tahunan 2006 10 Januari 2007 10 30 Jun 2007

Laporan Tahunan 2007 23 Januari 2008 23 30 Jun 2008

Pengeluaran Keputusan Suku Tahunan Bagi Tahun 2007 Tarikh Keluaran

Bilangan Hari Selepas Suku Berakhir

Tarikh Akhir Yang Ditetapkan Bursa Securities

Suku Pertama 5 April 2007 5 31 Mei 2007

Suku Kedua 4 Julai 2007 4 31 Ogos 2007

Suku Ketiga 9 Oktober 2007 9 30 November 2007

Suku Keempat 14 Januari 2008 14 29 Februari 2008

Kumpulan secara konsisten telah berjaya mengeluarkan laporan tahunan dan keputusan kewangan suku tahunannya lebih awal walaupun terdapat keperluan regulatori, yang perlu dipatuhi, termasuk tahap pendedahan maklumat kewangan ketara yang lebih tinggi. Ketersediaan maklumat yang segera dan tepat pada masanya dengan jelas meningkatkan nilai maklumat tersebut kepada para pemegang saham dan pelabur serta mencerminkan ketelusan berstandard tinggi di dalam Kumpulan. Kumpulan juga telah menyediakan satu laman web (www.lonpac.com) di mana para pemegang saham dapat mengakses semua maklumat korporat dan kewangan. Pengumuman keputusan suku tahunan dan tahunan Kumpulan serta sidang akhbar juga disiarkan di laman web untuk menggalakkan pengagihan pendedahan korporat dan kewangan yang lebih luas kepada masyarakat umum. Pengerusi dan Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Eksekutif bertanggungjawab memberikan penjelasan tentang isu-isu yang mungkin dibangkitkan oleh para pemegang saham di mesyuarat-mesyuarat agung Syarikat dan mereka bersedia untuk menjelaskan setiap perkara atau pertanyaan dari para pemegang saham.

(16)

Aktiviti Hubungan Pelabur seperti mesyuarat-mesyuarat dengan pengurus dana dan penganalisis serta wawancara dengan pihak

akhbar dihadiri oleh Pengarah-pengarah Eksekutif bagi menjelaskan strategi, prestasi dan pembangunan utama Kumpulan:-Hubungan Utama bagi Perkara Berkaitan Pelabur Tee Choon Yeow

Pengarah Butir Hubungan

Nombor telefon: (03) 2262 8688 Emel: [email protected]

Encik Tee telah dilantik ke Lembaga Pengarah Syarikat pada 29 Oktober 1991. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif LPI.

Encik Tee memegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari University of Canterbury, New Zealand. Beliau merupakan seorang Akauntan Berkanun dari Institute of Chartered Accountants, New Zealand dan Institut Akauntan Malaysia. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Lonpac Insurance Bhd, sebuah syarikat subsidiari milik penuh LPI.

Tan Kok Guan

Pengarah Butir Hubungan

Nombor telefon: (03) 2262 8633 Emel: [email protected]

Encik Tan telah dilantik ke Lembaga Pengarah Syarikat pada 29 Oktober 1996. Beliau merupakan Pengarah Bukan Eksekutif LPI.

Encik Tan memegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari University of London, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Hawaii. Beliau juga adalah seorang Penanggung Insurans Berkanun bagi Chartered Insurance Institute di London dan seorang Ahli Bersekutu bagi Institut Insurans Malaysia di Kuala Lumpur.

Beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi bagi Lonpac Insurance Bhd, sebuah syarikat subsidiari milik penuh LPI.

Penyata Urus Tadbir Korporat ini dibuat selaras dengan resolusi Lembaga Pengarah bertarikh pada 14 Januari 2008.

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow

Pengerusi

(17)

Pengurusan Risiko

Di persekitaran kewangan dan ekonomi hari ini, pengurusan risiko telah menjadi salah satu faktor kritikal dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Kumpulan yang berada di dalam industri insurans, secara utamanya terletak di dalam perniagaan berisiko dan beroperasi dalam persekitaran perniagaan yang kerap berubah dengan risiko yang pelbagai. Lembaga Pengarah mengakui akan kepentingan pengurusan risiko yang efektif bagi mencapai perkembangan keuntungan yang boleh dikekalkan dan penambahan nilai pemegang saham yang berterusan.

Lembaga Pengarah, dengan bantuan pihak pengurusan, telah melaksanakan proses-proses pengurusan risiko di dalam Kumpulan yang menetapkan strategi perniagaan keseluruhan dan falsafah pengurusan risiko am. Bahagian utama risiko di mana aktiviti Kumpulan terdedah adalah risiko operasi, risiko kewangan dan risiko am. Semua risiko yang dikenalpasti dikendalikan dengan menyeluruh dan diuruskan dengan langkah-langkah kawalan dan pemantauan yang diwujudkan. Kawalan dipantau secara konstan dan dikaji semula sejajar dengan keinginan dan strategi risiko Kumpulan, dengan mengambil kira perubahan dalam keadaan pasaran perniagaan, produk dan amalan terbaik pengurusan risiko.

RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO KESELURUHAN Rangka kerja pengurusan risiko bagi Kumpulan telah dibentuk dengan penekanan kepada operasi insurans sebagai perniagaan teras Kumpulan oleh salah sebuah syarikat subsidiarinya, iaitu Lonpac Insurance Bhd (“Lonpac”).

Sebuah Jawatankuasa Pengurusan Risiko (“RMC”) telah ditubuhkan oleh Lembaga Pengarah untuk membimbing proses pengurusan risiko dalam mengenal pasti risiko perniagaan utama dan memastikan pelaksanaan sistem yang bersesuaian untuk mengurus risiko ini. RMC disokong oleh Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko (“WRMC”) Lonpac.

WRMC, yang diketuai oleh Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif telah ditubuhkan dengan tanggungjawab untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan RMC mengenai risiko-risiko kritikal (sedia ada dan berpotensi) mengenai pendedahan yang berkemungkinan dan kesannya ke atas perniagaan Kumpulan dan pelan tindakan pihak pengurusan untuk mengurus risiko-risiko ini secara berterusan.

Sebuah Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko – Cawangan Singapura (“WRMCS”) juga telah ditubuhkan dengan tanggungjawab untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan WRMC mengenai risiko-risiko kritikal (sedia ada dan berpotensi) mengenai pendedahan yang berkemungkinan dan kesannya ke atas perniagaan Cawangan Singapura dan pelan tindakan pihak pengurusan untuk mengurus risiko-risiko ini secara berterusan. WRMCS juga dipengerusikan oleh Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Lonpac.

Peranan Jawatankuasa Audit yang disokong oleh Jabatan Audit Dalaman, adalah untuk memberi penilaian bebas mengenai kecukupan dan kebolehpercayaan proses-proses pengurusan risiko dan sistem kawalan dalaman serta pematuhan ke atas polisi-polisi risiko, undang-undang dan garis panduan dalaman dan regulatori.

Struktur RMC Kumpulan digambarkan di dalam carta di bawah:

Lembaga Pengarah Jawatankuasa Audit

Jawatankuasa Pengurusan Risiko Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko (Lonpac) Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko – Cawangan Singapura (Lonpac)

(18)

PengUrUsan rIsIKo

BAHAGIAN RISIKO

Bahagian-bahagian utama risiko di mana aktiviti-aktiviti Kumpulan terdedah adalah seperti berikut:

DIVISYEN SOKONGAN DIVISYEN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

• Penajaan Jamin • Insurans Semula • Tuntutan • Akaun & Kewangan • Sumber Manusia • Teknologi Maklumat • Perkhidmatan Pelanggan • Pematuhan • Agensi • Institusi Kewangan • Broker • NIPPONKOA • Cawangan-cawangan

risiko Operasi risiko Kewangan risiko Am

Risiko gangguan operasi yang disebabkan oleh kegagalan sistem dan kemudahan Risiko gangguan kewangan yang disebabkan oleh risiko kredit, risiko kecairan, risiko pelaburan dan juga ketidakstabilan dalam kadar faedah dan pertukaran mata wang asing Risiko-risiko berkaitan dengan risiko sumber manusia, operasi fizikal dan reputasi • Risiko Penajaan Jamin • Risiko Pembangunan Perniagaan • Risiko Tuntutan • Risiko Teknologi Maklumat (“IT”) • Risiko Internet • Risiko Kredit • Risiko Kecairan • Risiko Pelaburan • Risiko Kadar Faedah • Risiko Pertukaran Mata Wang Asing • Risiko Personel • Risiko Operasi Fizikal • Risiko Reputasi RISIKO OPERASI

risiko Penajaan Jamin

Risiko Penajaan Jamin adalah berkaitan dengan yang berikut: • menerima atau memberi perlindungan ke atas risiko yang ditolak atau tidak diterima oleh triti atau tempoh insurans yang diundur tarikh dan melebihi penahanan organisasi • berurusniaga dengan penginsurans semula yang mempunyai kedudukan kewangan yang lemah dan mempunyai reputasi yang tidak baik dalam penyelesaian tuntutan • pembahagian dan kawalan buku nota perlindungan yang salah • kontrak triti yang tidak dirangka dengan baik • pemilihan dan pelantikan broker penginsurans semula yang salah • penempatan penginsurans semula fakultatif yang salah

(19)

PengUrUsan rIsIKo

Risiko Penajaan Jamin juga merangkumi risiko pemprosesan, kehilangan fizikal atau risiko kerosakan, risiko moral, risiko sumber manusia, risiko pelanggaran garis panduan regulatori, risiko pembangunan produk baru dan risiko pengubahan wang haram serta pembiayaan pengganas.

Risiko pemprosesan timbul hasil daripada gangguan atau kegagalan sistem operasi IT yang disebabkan oleh kerosakan sistem, kekurangan atau ketiadaan sokongan sistem dan gangguan bekalan tenaga; kerosakan pada perisian dan perkakasan dengan niat jahat; kesilapan memfail yang mengakibatkan salah letak atau kehilangan dokumen; dan kesilapan memasukkan data yang menyebabkan dokumentasi tidak tepat, penduaan dokumen dan kemasukan berganda.

Risiko kehilangan fizikal atau risiko kerosakan adalah berkaitan dengan kerosakan pada dokumen, peralatan pejabat dan premis pejabat (termasuk pejabat-pejabat cawangan) akibat bencana seperti kebakaran, banjir, letupan, bangunan runtuh, halangan pada kemasukan, kerosakan dengan niat jahat, kecurian dan kerosakan impak.

Risiko moral timbul daripada penipuan yang mengakibatkan data palsu, tandatangan yang tidak sah dalam polisi dan nota perlindungan dan pelanggaran kerahsiaan yang mengakibatkan maklumat disampaikan kepada pesaing.

Risiko sumber manusia merujuk kepada pemberhentian, perletakan jawatan dan sakit berpanjangan di kalangan kakitangan penting, integriti kakitangan di dalam pendedahan maklumat sulit kepada pesaing dan tahap kecekapan kakitangan.

Risiko pelanggaran garis panduan regulatori adalah berkaitan dengan pelanggaran garis panduan yang dikeluarkan oleh badan-badan regulatori seperti Bank Negara Malaysia (“BNM”) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (“PIAM”), Monetary Authority of Singapore (“MAS”) dan Persatuan Insurans Am Singapura (“GIAS”) yang mungkin mengakibatkan denda dikenakan ke atas organisasi.

Risiko pembangunan produk baru timbul daripada pengabaian atau ketidakcekapan kakitangan dan ketidakcukupan kajian pasaran ketika melancarkan produk-produk baru yang mungkin

akan mengakibatkan peningkatan dalam nisbah tuntutan, yang memberi kesan ke atas reputasi Kumpulan dan mendedahkan kepada risiko ketidakpatuhan terhadap undang-undang berkaitan.

Risiko pengubah wang haram dan pembiayaan pengganas merujuk kepada keadaan di mana Kumpulan dijadikan sebagai platfom oleh penjenayah dan pengganas bagi kegiatan pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas mereka.

risiko Pembangunan Perniagaan

Risiko Pembangunan Perniagaan memberi kesan kepada imej dan reputasi Kumpulan akibat kurang perhatian, kurang maklumat produk dan perkhidmatan personel yang kurang bermutu yang mengakibatkan masyarakat umum kurang kepercayaan dan keyakinan terhadap organisasi.

risiko Tuntutan

Risiko Tuntutan merangkumi kelewatan menyelesaikan tuntutan, tuntutan palsu dan kurang ketepatan dan ketidakcukupan peruntukan rizab tuntutan yang timbul daripada prosedur-prosedur ketinggalan zaman dan membebankan, kakitangan tidak cekap dan kesilapan manusia.

risiko IT

Risiko IT merangkumi gangguan ke atas operasi Kumpulan, yang timbul daripada kerosakan sistem, atau ketiadaan sokongan dan keselamatan sistem, masalah undang-undang atau peraturan akibat dari ketidakpatuhan atau pelanggaran undang-undang, dan keputusan perniagaan yang kurang baik atau pelaksanaan keputusan yang tidak sesuai yang menjejaskan perbelanjaan modal dan tidak mampu mencapai kehendak organisasi.

risiko Internet

Risiko Internet merangkumi aspek utama keselamatan seperti kerahsiaan data, integriti data, pengesahan pengguna, ketidakpenyangkalan urusniaga dan kawalan kemasukan.

RISIKO KEWANGAN

risiko Kredit

Risiko Kredit mewakili kerugian yang boleh dikenal pasti jika pihak-pihak berkaitan yang berurusniaga dengan insurans, insurans semula dan pelaburan gagal melaksana seperti yang dijanjikan.

(20)

PengUrUsan rIsIKo

risiko Kecairan Risiko Kecairan timbul daripada ketidakupayaan Kumpulan untuk memenuhi obligasi kewangan apabila tiba masanya. risiko Pelaburan Risiko Pelaburan timbul daripada ketidakstabilan di dalam harga pasaran ekuiti. Risiko kredit pelaburan merujuk kepada kebolehan pengeluar atau pihak berkaitan untuk membuat bayaran faedah, pokok dan perolehan daripada realisasi pelaburan tepat pada masanya.

risiko Kadar Faedah

Risiko Kadar Faedah merujuk kepada perubahan di dalam pendapatan faedah hasil daripada ketidakstabilan dalam kadar faedah dalam deposit tetap dan lain-lain sekuriti faedah tetap.

risiko Pertukaran Mata wang Asing

Risiko Pertukaran Mata Wang Asing merujuk kepada risiko yang timbul daripada ketidakstabilan di dalam kadar pertukaran mata wang asing.

RISIKO AM

risiko Personel

Risiko Personel merujuk kepada risiko kehilangan personel berfungsi utama yang memberi kesan langsung kepada perjalanan berterusan perniagaan Kumpulan.

risiko Operasi Fizikal

Risiko Operasi Fizikal memberi kesan kepada kesinambungan Kumpulan dalam mengendalikan perniagaan ketika berlaku bencana.

risiko reputasi

Risiko Reputasi memberi kesan kepada reputasi Kumpulan apabila kenyataan tanpa kebenaran Kumpulan dibuat kepada masyarakat umum tanpa sebarang kelulusan daripada Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif.

PROSES PENGURUSAN RISIKO

Kumpulan telah membentuk satu pendekatan berstruktur di dalam rangka kerja pengurusan risikonya yang mengandungi lapan (8) fasa yang dibahagikan kepada empat (4) peringkat yang jelas seperti dinyatakan di bawah:

SATU PENDEKATAN RASMI

PERINGKAT A Fasa 1 Perancangan & Kawalan Fasa 2 Mengenal pasti Proses Perniagaan Teras & Sistem Misi-Kritikal Sokongan PERINGKAT B Fasa 4 Membuat Penilaian Risiko & Kesan Fasa 3 Mengenal pasti Risiko PERINGKAT C Fasa 5 Membentuk Langkah-langkah Kawalan & Pengawasan Fasa 6 Mendokumen Manual Pengurusan Risiko PERINGKAT D Fasa 7 Membentuk & Memulakan Program Latihan Fasa 8 Penyelenggaraan Manual Pengurusan Risiko

(21)

Proses-proses pengurusan risiko utama bagi setiap fasa adalah seperti berikut:

PERINGKAT A

Fasa 1 – Perancangan Dan Kawalan

• Menubuhkan WRMC dan WRMCS yang terdiri daripada wakil daripada pelbagai jabatan, iaitu Penajaan Jamin, Tuntutan, Pembangunan Perniagaan, Akaun dan Kewangan, Teknologi Maklumat, Sumber Manusia, Pematuhan dan Audit Dalaman. Struktur pelaporan WRMC dan WRMCS dinyatakan di muka surat 92.

• Mentakrifkan Bidang Rujukan bagi WRMC dan WRMCS. • Mentakrifkan tugas dan tanggungjawab bagi setiap ahli

WRMC dan WRMCS.

• Risiko-risiko Kumpulan dikumpulkan kepada perspektif Operasi, Kewangan dan Am serta memberi fokus kepada usaha perancangan ke atas risiko berkaitan proses perniagaan teras yang kritikal.

Fasa 2 – Mengenal Pasti Proses Perniagaan Teras Dan Sistem Misi-Kritikal Sokongan

• Mengenal pasti operasi penajaan jamin sebagai perniagaan teras Kumpulan manakala sistem misi-kritikal sokongan adalah operasi Tuntutan, Pembangunan Perniagaan, Akaun dan Kewangan, Teknologi Maklumat dan Sumber Manusia.

PERINGKAT B

Fasa 3 – Mengenal Pasti risiko

• Menganalisis ancaman berkemungkinan (dalaman dan luaran) ke atas perniagaan Kumpulan akibat berlakunya risiko operasi, kewangan dan am.

Fasa 4 – Membuat Penilaian risiko Dan Kesan

• Menilai setiap risiko yang dikenal pasti di Fasa 3 untuk menentukan tahap kesan dan kemungkinan berlaku risiko bagi risiko-risiko tersebut di dalam kategori berikut:

Tahap Kesan Tahap Kemungkinan

Berlaku risiko Sangat Bahaya Tinggi Bahaya Sederhana Kurang Bahaya Rendah • Pemetaan Risiko digunakan untuk menentukan cara terbaik untuk memfokuskan sumber-sumber bagi memaksimumkan pulangan dan meminimumkan risiko menerusi pengurusan risiko seperti yang digambarkan di bawah: Keutamaan Tinggi Keutamaan Tinggi Keutamaan Sederhana Keutamaan Tinggi Keutamaan Sederhana Keutamaan Rendah Keutamaan Sederhana Keutamaan Rendah Keutamaan Rendah

Rendah Sederhana Tinggi

Kemungkinan Berlaku risiko

T ahap Kesan Kurang Bahaya Bahaya Sangat Bahaya Keutamaan Tinggi = Fokus Utama Keutamaan Sederhana = Fokus Sederhana Keutamaan Rendah = Fokus Minima

PengUrUsan rIsIKo

(22)

• Objektif mengkategorikan tahap kesan serta kemungkinan berlaku risiko adalah untuk mengutamakan perlindungan bagi komponen-komponen perniagaan teras Kumpulan yang berkemungkinan terjejas teruk oleh risiko yang dikenal pasti.

PERINGKAT C

Fasa 5 – Membentuk Langkah-langkah Kawalan Dan Pengawasan

• Membentuk langkah-langkah kawalan dan pengawasan bagi setiap bidang risiko yang dikenal pasti bagi melawan kesan daripada risiko tersebut.

Fasa 6 – Mendokumen Manual Pengurusan risiko

• Langkah-langkah kawalan dan pengawasan hasil daripada analisis dalam Fasa-fasa 3, 4 dan 5 diterjemahkan kepada kawalan standard dan prosedur-prosedur operasi ke dalam Manual Pengurusan Risiko.

PERINGKAT D

Fasa 7 – Membentuk Dan Memulakan Program Latihan

• Membentuk dan memulakan program latihan bagi merangkumi perkara-perkara berikut:

i. Struktur Pengurusan Risiko dan Bidang Rujukan ii. Tanggungjawab Tertentu bagi Pelbagai Kumpulan iii. Penilaian Risiko dan Kesan

iv. Langkah-langkah Kawalan dan Pengawasan

Fasa 8 – Penyelenggaraan Manual Pengurusan risiko

• Mengkaji semula dan mengemas kini Manual Pengurusan Risiko bagi perubahan berterusan dalam profil risiko.

• Penilaian semula tahunan atas Manual Pengurusan Risiko akan diadakan bagi memastikan penyempurnaan profil risiko dan pengurusan risiko.

(23)

Kod Etika, Integriti dan Amanah

Kumpulan LPI menerusi syarikat subsidiari milik penuhnya, Lonpac Insurance Bhd (“Lonpac”) beroperasi di dalam satu industri di mana integriti dan amanah adalah sangat penting. Kepercayaan dan keyakinan para pelanggan dan masyarakat umum terhadap Lonpac adalah sangat penting terhadap pertumbuhan dan kejayaan Kumpulan. Kumpulan berusaha gigih dengan penuh minat untuk beroperasi dengan integriti dan kebolehpercayaan bagi mewujudkan kepercayaan dan keyakinan di dalam Kumpulan. Tambahan lagi, langkah-langkah telah diambil untuk melindungi integriti dan kredibiliti Kumpulan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko reputasi akibat daripada perlakuan tidak beretika atau penipuan oleh kakitangan Kumpulan.

Kumpulan mengakui bahawa kakitangan memainkan peranan penting dalam membina perniagaan yang diyakini dan mempunyai reputasi di mata masyarakat umum. Kumpulan telah dan akan terus mengambil inisiatif-inisiatif proaktif dalam memastikan kakitangan mempunyai nilai dan prinsip, serta melaksanakan tanggungjawab mereka mengikut standard yang konsisten dengan harapan pelanggan dan masyarakat umum.

Perlakuan boleh diterima yang diharapkan daripada kakitangan Kumpulan telah diformalisasikan dalam bentuk kod dan dasar-dasar yang jelas dan didokumenkan. Ini merupakan bahagian yang kritikal dalam membina budaya amanah dan berintegriti dalam perlakuan dan tingkahlaku kakitangan. Kod dan dasar-dasar sedemikian termasuklah Kod Etika, Polisi Pencegahan Penipuan dan Polisi Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan.

KOD ETIKA

Persatuan Insurans Am Malaysia (“PIAM”) telah menerbitkan garis panduan untuk menggalakkan standard perlakuan yang betul serta amalan yang berpatutan dan berhemat di antara syarikat-syarikat insurans am. Di dalam operasi insurans hari ini, adalah penting bagi peraturan etika sebegini dikodifikasikan dan diterbitkan sebagai garis panduan bertulis bagi menggalakkan dan mengekalkan standard etika yang seragam.

Lonpac telah mengkodifikasikan peraturan etika yang penting di dalam Buku Panduan Tatatertib Kakitangan yang memberi penumpuan terhadap 5 prinsip utama:

• Mengelak percanggahan kepentingan

• Mengelak salah guna kedudukan untuk kelebihan/ faedah/ layanan keutamaan sendiri dalam apa jua cara

• Mengelak salah guna maklumat bagi keuntungan sendiri atau tujuan lain selain daripada yang diperlukan Syarikat

• Mengawasi integriti rekod dan urusniaga • Mengawasi kerahsiaan

POLISI PENCEGAHAN PENIPUAN

Lonpac mempunyai satu Polisi Pencegahan Penipuan yang diformalisasikan bagi mencegah dan mengesan aktiviti penipuan dan pemalsuan. Polisi Pencegahan Penipuan ini menetapkan bahawa kakitangan bertanggungjawab dalam mencegah dan mengesan penipuan, penyalahgunaan dan lain-lain penyelewengan. Selain itu, Polisi Pencegahan Penipuan ini turut menetapkan prosedur untuk melaporkan penemuan penipuan dan memberi amaran kepada kakitangan mengenai tindakan disiplin terhadap pelaku penipuan.

Bank Negara Malaysia (“BNM”) mengkehendaki penanggung insurans berlesen untuk melaporkan semua kes-kes penipuan dan penggelapan wang serta perlanggaran kod etika dan amalan. Bermula 1 November 2000, penanggung insurans berlesen dikehendaki menghantar laporan, jika ada menerusi Sistem Pengkalan Data Maklumat Penipuan (“FIDS”) BNM.

POLISI PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PEMBANTERASAN PEMBIAYAAN KEGANASAN

Lembaga Pengarah Lonpac telah meluluskan Manual Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan (“AML/CFT”) di mana berdasarkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, 2001 dan Garis panduan untuk AML/ CFT, yang dikeluarkan oleh BNM.

Manual AML/CFT merangkumi:

• Definisi Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan • Langkah-langkah AML/CFT seperti berikut: - Polisi Penerimaan Pelanggan - Ketekunan Wajar Pelanggan - Penyimpanan Rekod - Pemantauan Berterusan - Melaporkan Urusniaga yang Mencurigakan • Contoh-contoh urusniaga yang mencurigakan

Terdapat sistem komunikasi untuk memaklumkan kepada kakitangan dengan segera mengenai perubahan dalam menangani pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Sebahagian daripada komunikasi ini adalah latihan. Latihan diadakan untuk kakitangan bagi menggalakkan kefahaman terhadap tanggungjawab fundamental mereka dalam mematuhi prosedur verifikasi pelanggan dan melaporkan urusniaga yang mencurigakan.

Lonpac sentiasa memberi perhatian dan melakukan, sedaya upaya dan seberapa praktikal yang mungkin untuk melindungi dirinya daripada terlibat dengan pengubah wang haram dan pembiaya pengganas.

(24)

Penyata Kawalan Dalaman

Lembaga Pengarah mengiktiraf kepentingan sistem kawalan dalaman yang cekap bagi melindungi pelaburan para pemegang saham dan aset-aset Kumpulan.

Penyata Kawalan Dalaman oleh Lembaga Pengarah menghuraikan bentuk dan skop kawalan dalaman Kumpulan di sepanjang tahun.

TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGARAH

Lembaga Pengarah mengesahkan tanggungjawab keseluruhannya ke atas sistem kawalan dalaman Kumpulan. Ini termasuk mengkaji kecukupan dan integriti kawalan kewangan, operasi dan pematuhan dan prosedur-prosedur pengurusan risiko. Memandangkan terdapat batas-batas yang wujud di dalam mana-mana sistem kawalan dalaman, sistem ini diwujudkan lebih kepada untuk mengurus risiko-risiko Kumpulan dalam profil risiko yang boleh diterima, daripada menghapuskan risiko kegagalan bagi mencapai polisi dan objektif perniagaan Kumpulan. Oleh itu, ia hanya boleh memberi jaminan yang munasabah tetapi tidak mutlak terhadap salah nyata penting ke atas maklumat pengurusan dan kewangan dan rekod atau terhadap kerugian kewangan atau penipuan.

Berikutan dari penerbitan Penyata Kawalan Dalaman: Garis Panduan bagi Para Pengarah Syarikat-syarikat Tersenarai Awam (“Panduan Kawalan Dalaman”), Lembaga Pengarah mengesahkan bahawa terdapat satu proses mengenal pasti, menilai dan menguruskan risiko penting yang dihadapi oleh Kumpulan. Proses ini termasuk mengemas kini sistem kawalan dalaman apabila terdapat perubahan kepada persekitaran perniagaan atau garis panduan regulatori, yang telah dikaji semula oleh Lembaga Pengarah dan selaras dengan Panduan Kawalan Dalaman.

Lembaga Pengarah berpendapat bahawa sistem kawalan dalaman yang disediakan bagi tahun dalam tinjauan dan sehingga tarikh kelulusan laporan tahunan dan penyata kewangan adalah kukuh dan mencukupi untuk melindungi pelaburan pemegang-pemegang saham, kepentingan pelanggan, pihak regulatori dan kakitangan, serta aset Kumpulan.

Lembaga Pengarah juga dibantu oleh pihak pengurusan dalam pelaksanaan dasar dan prosedur Lembaga Pengarah mengenai risiko dan kawalan dengan mengenal pasti dan menilai risiko yang dihadapi, dan dalam pembentukan, operasi dan pemantauan kawalan dalaman yang bersesuaian untuk mengurangkan dan mengawal risiko-risiko ini.

RANGKA KERJA PENGURUSAN RISIKO

Lembaga Pengarah menyokong sepenuhnya kandungan Panduan Kawalan Dalaman dan dengan bantuan pihak pengurusan, telah melaksanakan proses pengurusan risiko di dalam Kumpulan.

Perniagaan teras Kumpulan merupakan penajaan jamin perniagaan insurans am oleh salah sebuah syarikat subsidiarinya, iaitu Lonpac Insurance Bhd (“Lonpac”). Oleh itu, rangka kerja pengurusan risiko bagi Kumpulan telah dibentuk dengan penumpuan ke atas operasi insurans.

Proses formalisasi rangka kerja pengurusan risiko telah diperkukuhkan dengan inisiatif-inisiatif berikut:

• Satu Jawatankuasa Pengurusan Risiko telah ditubuhkan untuk mendorong proses pengurusan risiko dalam mengenal pasti risiko utama perniagaan dan memastikan pelaksanaan sistem yang bersesuaian untuk mengurus risiko ini. Jawatankuasa Pengurusan Risiko disokong oleh Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko (“WRMC”) Lonpac.

• WRMC, yang diketuai oleh Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Lonpac telah ditubuhkan dengan tanggungjawab untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan Jawatankuasa Pengurusan Risiko mengenai risiko kritikal (sedia ada dan berpotensi) yang berkaitan dengan pendedahan yang berkemungkinan serta kesan ke atas perniagaan Kumpulan dan pelan tindakan pihak pengurusan untuk menguruskan risiko ini secara berterusan.

• Satu Jawatankuasa Kerja Pengurusan Risiko – Cawangan Singapura (“WRMCS”) telah ditubuhkan dengan tanggungjawab untuk mengenal pasti dan berkomunikasi dengan WRMC mengenai risiko kritikal (sedia ada dan berpotensi) yang berkaitan dengan pendedahan yang berkemungkinan serta kesan ke atas perniagaan Lonpac cawangan Singapura dan pelan tindakan pihak pengurusan untuk menguruskan risiko ini secara berterusan. WRMCS juga dipengerusikan oleh Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Lonpac.

• Profil risiko Kumpulan yang digabungkan dan manual pengurusan risiko telah disediakan.

• Butir-butir proses pengurusan risiko dinyatakan di dalam Pengurusan Risiko pada muka surat 92 hingga 97.

(25)

PROSES KAWALAN DALAMAN UTAMA

Proses-proses kawalan dalaman utama Kumpulan termasuk yang berikut: • Terdapat satu struktur organisasi dengan penetapan bidang tanggungjawab dan delegasi bidang kuasa yang formal untuk memastikan pengenalpastian akauntabiliti dan pembahagian tugas yang berpatutan. • Polisi dan prosedur operasi, yang menggabungkan kehendak regulatori dan dalaman, yang dihuraikan di dalam bentuk pekeliling kepada pihak pengurusan tengah dalam semua jabatan dan dikemas kini dari masa ke semasa.

• Terdapat had kuasa operasi yang dikenakan ke atas pengarah eksekutif dan pihak pengurusan di dalam Kumpulan berhubung dengan operasi harian, yang merangkumi penajaan jamin berkenaan penerimaan risiko, penyelesaian tuntutan dan pembelian aset tetap.

• Program triti memastikan terdapat sebaran syarikat penginsurans semula yang berpatutan dengan penarafan terjamin daripada agensi penarafan yang diiktiraf. Keselamatan triti syarikat penginsurans semula dikaji semula dengan ketat setiap tahun.

• Setiap tahun pihak pengurusan mengemukakan pelan perniagaan dan belanjawan berserta projeksi enam (6) tahun untuk kelulusan Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah mengkaji semula akaun pengurusan bulanan, yang dibandingkan dengan belanjawan dan keputusan tahun sebelumnya untuk menilai prestasi. Sebarang kekurangan akan diperbaiki dan diambil tindakan dari masa ke semasa.

• Pengeluaran awam laporan suku tahunan dibuat setelah dikaji semula oleh Jawatankuasa Audit dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

• Mesyuarat pengurusan yang dipengerusikan oleh Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif diadakan dengan kerap untuk mengkaji semula prestasi kewangan, pembangunan perniagaan dan membincangkan isu-isu pengurusan dan korporat.

• Jawatankuasa Pelaburan bertanggungjawab merumuskan polisi, strategi serta membuat penilaian semula ke atas perkara berhubung dengan pelaburan dalam saham dan sekuriti hutang swasta.

• Jawatankuasa Pemandu Teknologi Maklumat dipengerusikan oleh Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif. Jawatankuasa ini bertanggungjawab menetapkan pelan pengkomputeran yang efektif, memberi kebenaran ke atas perbelanjaan berkaitan Teknologi Maklumat (“IT”) yang melebihi had yang telah ditetapkan dan memantau kemajuan projek yang telah diluluskan.

• Kehendak kawalan dalaman turut disertakan di dalam sistem berkomputer.

• Jawatankuasa Internet dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Operasi. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan perkhidmatan insurans berinternet adalah konsisten dengan strategi dan objektif perniagaan keseluruhan Kumpulan, bagi menentukan bahawa terdapat kawalan keselamatan, kepakaran dan sumber-sumber yang mencukupi untuk mengendalikan dan mengekalkan sistem insurans berinternet, dan menjalankan pemantauan prestasi produk insurans, perkhidmatan, saluran penghantaran dan proses berinternet. Jawatankuasa ini juga memantau pengurusan risiko perkhidmatan insurans berinternet dan kemudiannya melaporkan kepada WRMC.

• Mesyuarat Pembangunan Perniagaan – Divisyen Agensi dipengerusikan oleh Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif dan diadakan dengan kerap untuk mengkaji prestasi Divisyen Agensi dan membincangkan tentang pembangunan pasaran serta isu-isu teknikal dan operasi.

• Jawatankuasa Kawalan Kredit dipengerusikan oleh Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif dan diwakili oleh Ketua Divisyen-divisyen Pembangunan Perniagaan dan Jabatan Akaun dan Kewangan. Mesyuarat bulanan diadakan dengan objektif untuk memaksimumkan penukaran akaun belum diterima kepada aliran tunai dan meminimumkan hapus kira hutang lapuk.

Referensi

Dokumen terkait

Akaun Majlis Daerah Pitas bagi tahun berakhir 31

Kami dengan sukacitanya membentangkan Laporan Prestasi Dana Akaun Al Awfar yang berikut bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2016.. 1.1

Kondisi tersebut menunjukkan bahwa Kabupaten Asmat memiliki potensi pengembangan gaharu yang besar, namun apakah nilai tambah dari industri minyak gaharu dapat

Pertimbangan putusan hakim Pengadilan Agama dalam menyelesaikan perkara perceraian karena nushu>z berdasarkan pada penelitian yang telah dilakukan menyatakan

Kami, sebagai Pengarah kepada AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD, iaitu Pengurus kepada SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (“Unit Amanah”), dengan ini menyatakan bahawa pada pendapat

> α atau 0,756 > 0,05, hal ini dapat disimpulkan bahwa tidak terdapat pengaruh yang signifikan dari Loan to Deposit Ratio (LDR) terhadap Price to Book Value

2) Operator SIMPEG secara berjenjang menyampaikan laporan kepada pejabat pengelola kepegawaian di PDZunit kerja masing masing. 3) Laporan sebagaimana dimaksud pada ayat (1)

Mendorong manusia supaya berusaha dengan bersungguh-sungguh (1m) untuk mendapatkan harta (1m).. Mengetahui kemampuan dan penguasaan seseorang (1m) terhadap harta yang dicarinya