Perkhidmatan & Syarikat
4.2 Fasa Pembangunan SDLC
2.2.1 Perancangan Projek 2.2.2 Analisis 2.2.3 Rekabentuk 2.2.4 Pembinaan 2.2.5 Ujian 2.2.6 Pengulungan
.1 Perancangan Projek
Fasa perancangan projek ini adalah fasa pertama yang dilakukan dalam pembangunan SDLC. Ia melibatkan proses mengenalpasti skop, paiwai, kesesuaian hasil dan perancangan pembangunan sesebuah projek yang telah dibuat. Dengan adanya perancangan projek, pendekatan pembangunan, faedah dan juga anggaran kos dalam sesebuah projek dapat dikenalpasti. Berikut adalah objektif bagi fasa perancangan projek:
.1 Untuk mengenalpasti keperluan pengguna, keperluan sistem infrastruktur teknologi yang berkaitan dengan sesebuah sistem yang akan di bina.
.2 Projek yang dibuat ini dapat menilai beberapa faktor seperti skop, penjadualan kerja, sumber dan juga latihan yang perlu dilaksanakan didalam sistem.
.3 Pemerhatian terhadap keperluan maklumat, di mana segala maklumat dan keperluan yang diperlukan oleh pengguna telah dikenalpasti melalui keputusan yang diberikan oleh pengguna dari segi fungsi, keperluan teknikal dan juga pemprosesan maklumat.
.4 Mengenalpasti persekitaran, perkakasan dan perisian. Aktiviti ini dibuat untuk mengetahui perkakasan dan perisian yang sesuai yang digunakan didalam pembangunan projek. Ia juga akan melibatkan pendekatan pembangunan yang telah digunakan untuk membangunkan projek. Diantara perisian dan perkakasan yang digunakan ialah:
.1 Perisian
Beberapa perisian telah digunakan dalam fasa implementasi ini. Berikut adalah senarai perisian yang digunakan dalam implementasi ini:
.2 Sistem Operasi
Microsoft Windows XP adalah salah satu operasi sistem yang telah digunakan dalam pembinaan projek.
.3 Laporan keseluruhan dan dokumentasi
Untuk membuat laporan yang lengkap dan juga dokumentasi bagi projek ini, menggunakan Microsoft Office Word.
.4 Carta Analisis
Apabila membuat sesuatu analisis projek ini bagi menerangkan status kajian. Microsoft Office Excel telah digunakan untuk manipulasi data dan graf.
Bagi pembinaan laman web “ENTERTAINMENT” ini, perisian yang digunakan adalah Macromedia Dreamweaver MX kerana ianya mempunyai ciri-ciri asas yang diperlukan serta mudah untuk dibentuk.
.6 Bahasa Pengaturcaraan
Antara bahasa pengaturcaraan yang mudah dan biasa digunakan untuk melengkapkan kod-kod pembinaan ini adalah seperti ASP (Active Server Page) dan HTML (Hypertext Markup Language).
.7 Pangkalan Data
Pangkalan data yang digunakan untuk membangunkan projek ini adalah Microsoft Office Acces.
.8 Perkakasan
Perkakasan yang digunakan:-Notebooke: Joybook BENQ
Printer: HP laserjet 1010 & HP Inkjet External Hardisk 40 Gb
Fasa analisis bertujuan untuk merumuskan produk dengan memperkukuhkan peranan produk, mengikut keperluan dan harapan pengguna. Setiap keperluan projek telah dipaparkan dalam bentuk data dan model. Ini membolehkan pembangunan dan pengguna mempunyai harapan yang sama terhadap keperluan dan skop produk. Selain itu juga, objektif fasa ini adalah untuk membina produk yang mesra pengguna di samping memastikan skop projek dilaksanakan dengan baik.
.1 Mengenalpasti Keperluan Projek
.1 Pemilihan Kategori Projek
Seiring dengan kemajuan teknologi sekarang kategori projek yang dipilih untuk dibangunkan adalah e-commerce/e-dagang. Ini kerana sesiapa sahaja boleh melayarinya secara online. Ia juga memberi kelebihan kepada pelajar serta orang ramai supaya dapat meluaskan ilmu dalam teknologi yang serba canggih ini dalam urusan jual-beli nanti.
.2 Pemilihan Tajuk Projek
Sebelum memilih tajuk “ENTERTAINMENT” ini untuk dibangunkan kami telah membuat kajian dan pemerhatian tentang perkhidmatan sistem audio dan kesan terhadap pengguna. Berbagai majlis sering diadakan terutama semasa musim cuti sekolah atau penghujung tahun disamping
kualiti sesuatu majlis menjadi keutamaan pelanggan. Hasil daripada kajian dan pemerhatian didapati ramai yang mahukan perkhidmatan sistem audio berserta pakej dan murah. ENTERTAINMENT ini akan dimuatkan empat jenis majlis utama berserta pakej. Selain itu, terdapat juga maklumat mengenai gambar majlis-majlis untuk tatapan pelanggan. Akhirnya persetujuan dibuat untuk membangunkan ENTERTAINMENT agar pengguna dan juga pelanggan dapat menempah, membayar dan dapat menjimatkan masa untuk mengetahui perkhidmatan sistem audio secara online.
.3 Pemilihan Pemasaran Produk
E-dagang sememangnya suatu strategi untuk penjualan dan pemasaran produk yang telah disediakan. Melalui urusan jual-beli secara ‘on-line’, terdapat satu kaedah transaksi yang lebih baik serta menjimatkan masa untuk para pengguna dan juga pelanggan. Oleh itu, cara ini akan lebih efektif penggunaannya dengan melayari laman e-dagang ini pada bila-bila masa dan dimana jua dengan adanya internet.
.4 Sumber perbincangan
Bagi menjayakan projek dua ini semua kategori boleh mendapatkan perkhidmatan. Pemerhatian telah dilakukan berhubung kait untuk membangunkan ENTERTAINMENT. Antara pemerhatian yang dilakukan
termasuklah mengenal pasti masalah, objektif dan keperluan. Yang seterusnya adalah mengenal pasti keperluan maklumat dan juga analisa keperluan produk.
.5 Keperluan Pengguna
Antara keperluan pengguna ialah pengesahan organisasi dan aliran kerja. Ia menyediakan atau mengesahkan dokumentasi tentang organisasi seperti proses struktur dan perancangan maklumat. Dokumentasi yang mengandungi pelan dan operasi sebagai bantuan kepada ahli kumpulan projek untuk memahami isi kandungan perkhidmatan sistem audio.
Yang seterusnya adalah kenalpasti keperluan pengguna. Untuk mengenalpasti keperluan pengguna, ianya mestilah berkaitan dengan menemuramah pengguna untuk memahami setiap keperluan yang diperlukan di samping mengkaji semula keperluan-keperluan tersebut sama ada diperlukan ataupun tidak.
.6 Keperluan Analisis
Prototaip atau model direka untuk memastikan pengguna dan ahli kumpulan projek memahami keperluan pengguna. Prototaip memastikan keperluan pengguna boleh
dilaksanakan, boleh diuji dan sesuatu yang boleh dilihat dan berinteraksi.
.7 Kaedah Penyelidikan
Terdapat beberapa kaedah digunakan dalam fasa ini untuk mengenalpasti objektif, keperluan pengguna dan keperluan projek iaitu:
Carian internet
Carian internet adalah sumber rujukan yang penting digunakan untuk mencari maklumat-maklumat seperti skrip pengkodan (coding scripting) ASP (Active Server Page) dan laman web yang sedia ada sebagai rujukan. Kebanyakan laman web yang dilayari dapat membantu dalam pembangunan projek.
Buku rujukan
Merupakan sumber rujukan kedua untuk membangunkan ENTERTAINMENT. Ia termasuk buku-buku rujukan seperti pengkalan data, multimedia, pengaturcaraan dan lain-lain. Penggunaan e-buku (e-books) juga membantu dalam pemilihan kod pengaturcaraan yang akan digunakan untuk pembangunan ENTERTAINMENT.
Tujuan borang kaji selidik diedarkan adalah untuk mendapatkan pandangan orang ramai mengenai pembangunan laman web ENTERTAINMENT Berdasarkan hasil kaji selidik, 87% respondan bersetuju dengan pembangunan laman web ini. Selain itu, ia juga dapat mengenalpasti masalah, keperluan dan memperbaiki kelemahan serta cadangan untuk memastikan ENTERTAINMENT dapat dibangunkan.
Perbincangan
Sesi perbincangan telah diadakan oleh ahli kumpulan dengan pensyarah-pensyarah di Kolej Multimedia untuk mendapatkan penerangan dan bantuan dari segi pengaturcaraan projek ini.
.3 Fasa Rekabentuk
Di dalam fasa rekabentuk ini, terdapat perancangan yang akan mengikut keperluan-keperluan yang telah dikenal pasti pada fasa analisis. Di antara objektif fasa rekabentuk adalah
seperti:-.1 Rerekabentuk antaramuka pengguna, mengetahui aliran proses, laporan serta dokumen projek.
.2 Memastikan hasil rekabentuk mematuhi kehendak pengguna
.3 Memastikan rekabentuk memenuhi kehendak kualiti terutamanya boleh berfungsi dengan baik.
.4 Terdapat beberapa aktiviti di dalam fasa rekabentuk yang melibatkan pengguna:
.1 Rekabentuk skrin
Rekabentuk skrin dan komunikasi antara pengguna dengan produk hedaklah selari dan tepat. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh pengguna adalah berdasarkan kepada rekabentuk skrin. Struktur navigasi bagi skrin hendaklah mengikut keperluan yang praktikal.
Rajah 2.1
Rajah 2.1 di atas adalah antaramuka pertama pelanggan. Menggunakan perisian flash dan Photoshop dalam membangunkannya. Pelanggan boleh ‘Enter’ dan terus ke laman web seterusnya iaitu pendaftaran ahli baru.
Rajah 2.2
Rajah 2.2 di atas adalah antaramuka di bahagian ini pelanggan baru dikehendaki mendaftar sebagai ahli, sebelum boleh terus melayari dan membuat tempahan sekiranya berminat dengan perkhidmatan yang diberi.
Rajah 2.3
Rajah 2.3 di atas adalah antaramuka di bahagian yang memberi perkhidmatan majlis perkahwinan, karaoke, hari keluarga dan perasmian. Pelanggan boleh klik pada ‘maklumat lanjut’ akan dipaparkan penerangan majlis, galeri dan pakej-pakej yang boleh dipilih satu atau kedua-duanya sekali. Klik ‘keluar’ bermaksud pelanggan memilih keluar terus. Setelah berpuas hati dengan pilihan pakej pelanggan klik ‘Papar Tempahan Anda’ disini akan dipaparkan segala pilihan yang telah dibuat, seterusnya proses membuat bayaran pelanggan boleh memilih dua kaedah bayaran iaitu online atau offline.
.2 Rekabentuk laporan dan dokumen.
Laporan dan dokumen dibuat mengikut rancangan yang dihasilkan daripada aplikasi, diselaraskan sekiranya perlu dan susun atur daripada aplikasi lain boleh digunakan semula.
.4 Fasa Pembinaan
Fasa pembinaan ini merupakan proses untuk melengkapkan implementasi projek. Tujuan fasa pembinaan ini adalah untuk melengkapkan keseluruhan perancangan dan rekabentuk yang dicadangkan sama ada dari segi pembangunan, perlaksanaan dan operasi. Ia juga digunakan untuk membangunkan aplikasi yang sesuai dengan persekitaran pembangunan dan perkakasan. Objektif fasa pembinaan adalah :
.1 Menyediakan dan melengkapkan rekabentuk secara terperinci untuk keseluruhan bahagian projek.
.2 Mereka modul yang boleh dilaksanakan. (Modul setiap halaman web yang dan senarai kerja merekabentuk) .3 Menguji modul secara individu.
.4 Mempersembahkan model pengujian
.5 Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam fasa pembinaan adalah:
.1 Rekabentuk Terperinci
Menggunakan rekabentuk teknikal sebagai contoh, setiap unit kerja iaitu proses setiap
unit kerja merujuk kepada logik satu jumlah projek yang akan direkabentuk dan dibangunkan, selepas itu ia akan disatukan mengikut keperluan yang telah didokumentasikan. Selepas melakukan proses dokumentasi untuk unit kerja, struktur data logikal dan fizikal perlu didokumentasi di dalam setiap unit pengaturcaraan. Akhir sekali, data pengujian disediakan untuk unit pengujian.
.2 Rekabentuk Teknikal Laman Web
Di dalam aktiviti ini, perisian tambahan yang hendak digunakan dianggarkan harganya. Aktiviti ini juga melibatkan proses melengkapkan kerja-kerja utama di dalam fasa rekabentuk.
.3 Pengkalan Data Lengkap
Aktiviti ini melibatkan kesemua data-data yang perlu didokumentasikan seperti data logikal, pengkalan data dan juga struktur data yang digunakan di dalam unit pengaturcaraan. Dokumentasi ini penting untuk pengaturcara bagi membangunkan struktur data.
.4 Pengaturcaraan
Pengatucaraan adalah penghasilan kod pengaturcaraan. Aktiviti ini melibatkan proses menulis kod pengaturcaraan kepada rekabentuk logikal kepada aplikasi fizikal yang akan di jadualkan oleh computer. Oleh itu, di antara kod pengaturcaraan yang digunakan adalah HTML, javascript dan VB script. Pada tahap ini, kesalahan sintaks akan dikenalpasti dan dibuang untuk memastikan aturcara tersebut berjalan dengan baik.
.5 Menyediakan pengujian data
Aktiviti ini melibatkan penyediaan terhadap pengujian data yang telah disetkan di dalam kod pengaturcaraan.
.5 Fasa Pengujian
Fasa pengujian adalah untuk mengenalpasti keperluan pengujian dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan memastikan produk tersebut berfungsi mengikut peraturan yang ditetapkan. Objektif bagi fasa ini ialah
:-a) Membina rancangan komprehensif untuk aktiviti-aktiviti ujian.
b) Membina model ujian yang akan mengesahkan proses berfungsi dengan betul.
c) Memastikan masa dan sumber yang diperlukan untuk pengujian ada.
Modul produk yang telah siap akan diedarkan kepada pengguna untuk menguji keberkesanan dan kebolehupayaan aliran transaksi. Sekiranya modul produk tidak dapat berfungsi dengan baik atau pengguna tidak menerima modul produk, fasa ini dianggap tidak berjaya.
Walau bagaimanapun, modul produk boleh diperbaiki semula berdasarkan analisis yang dibuat pada fasa pengujian ini beserta komen dan pandangan dari pengguna.
.3 Penggulungan
Tujuan penggulungan ialah untuk memasang produk baru kepada persekitaran produksi, menyiapkan penukaran proses dan melancarkan produk untuk digunakan oleh pengguna. Selain itu juga ia adalah untuk menyediakan persekitaran yang memastikan produk berjaya berterusan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam fasa ini ialah
:-2 Melaksanakan semakan penyediaan
3 Jaminan pengguna memastikan ia menepati kehendak pengguna mengikut fungsi produk yang telah dibangunkan. Ini akan membantu pengguna untuk menggunakan produk tersebut dengan lebih terlatih.
4 Produksi kawalan
5 Ahli kumpulan projek menilai produk untuk mengenalpasti bahagian yang berpotensi untuk ditingkatkan.
BAB 5 : PENGUJIAN DAN ANALISIS