• Tidak ada hasil yang ditemukan

HUKUM MENYIFATKAN ALLAH BERTEMPAT

Seperti yang telah dimaklumi dari apa yang telah dibentangkan berkaitan dalil-dalil yang ampuh bahawa Allah Taala tidak bertempat, ulama Ahli Sunnah juga telah berijmak bahawa kufur sesiapa sahaja yang menisbahkan Allah Taala bertempat. Di bawah ini merupakan himpunan kata-kata Ahli Sunnah berkenaan hukum tersebut:

1: Imam Abu Hanifah rahimahullah (150h) mengkufurkan sesiapa sahaja yang menisbahkan kepada Allah Taala tempat seperti mana katanya:

“Sesiapa yang berkata aku tidak tahu tuhanku di langit atau di bumi maka sesungguhnya dia kafir. Demikian juga sesiapa yang mengatakan sesungguhnya Dia di atas Arasy dan aku tidak tahu Arasy itu adakah ianya (berada) di langit atau di bumi”221.

Rangkap pertama dari kata-kata Imam Abu Hanifah ini mengkafirkan sesiapa yang menetapkan tempat bagi Allah sekalipun dia tidak pasti di mana sebenarnya. Rangkap kedua pula menghukum kafir sesiapa yang menetapkan Allah bertempat di atas Arasy sekali pun dia tidak tahu di mana sebenarnya Arasy berada.

Imam Iz Bin Abdu Salam Syafii (660h) berkata dalam kitabnya Hillu

al-Rumuz ketika menerangkan maksud Imam Abu Hanifah ini:

“Kerana ucapan ini menimbulkan sangkaan bahawa bagi al-Haq (Allah) tempat. Sesiapa yang menyangkakan bagi Allah tempat maka dia adalah musyabbih”222.

Kata-kata Ibn Abdu al-Salam ini disokong oleh Mulla Ali al-Qari dengan katanya:

“Tidak syak lagi bahawa Ibn Abdu al-Salam merupakan di antara ulama yang agung dan yang paling dipercayai. Maka wajib berpegang teguh apa yang dinukilnya”223.

2: Imam Abu Ja’far al-Thahawi (321h) dalam risalah akidahnya yang masyhur iaitu

Akidah al-Thahawiyyah berkata:

“Barang sesiapa menyifatkan Allah Taala dengan sifat-sifat manusia sesungguhnya dia telah kafir”.

221Al-Fiqh al-Absad, lihat dalam Majmuah Rasail Abi Hanifah yang disunting oleh al-Kausari, ms: 12.

222 Dinukilkan oleh Mulla Ali al-Qari dalam Syarah al-Fiqh al-Akbar selepas beliau selesai menghuraikan risalah tersebut, ms: 198.

3: Abu al-Qasim al-Qhusyairi (465h) dalam risalahnya berkata:

“Aku telah mendengar Imam Abu Bakar Bin Furok Rahimahullah berkata: Aku telah mendengar Abu Osman al-Maghribi berkata: Aku dahulunya beriktikad sesuatu berkenaan hadis al-jihah, ketika mana aku memasuki Baghdad hilanglah demikian dari hatiku.Lalu aku tuliskan kepada sahabat-sahabat kami di Mekah:Ssesungguhnya aku telah islam kembali sekarang islam yang baru”224.

4: Abu al-Muin Maimun Bin Muhammad al-Nasafi al-Hanafi (508h) berkata:

“Allah Taala menafikan persamaan antara zatNya dengan zat daripada sesuatu yang lain. Maka ucapan yang menyebutkan penetapan tempat bagiNya (Allah) merupakan penolakan terhadap nas (al-Quran dan hadis) yang muhkam (iaitu firman Allah Taala yang bermaksud ((Tiadalah sesuatupun menyerupai Dia (Allah) ))Surah al-Syura: 11, yang tiada kebarangkalian padanya selain makna tersebut yang zahir. Maka penolakan terhadap nas adalah kafir. Moga Allah memelihara kita dari yang demikian”225.

Kata beliau lagi:

“Pandangan mengenai tempat (iaitu mengatakan Allah bertempat) menafikan tauhid”226.

5: Syaikh Zain al-Din yang lebih terkenal sebagai Ibn Nujaim al-Hanafi (970h) berkata:

“Kafir sesiapa yang menetapkan bagi Allah Taala tempat. Sekiranya dia berkata: Allah fi al-samak (di langit) dengan memaksudkan kata hikayat (iaitu menceritakan kembali)

224 Al-Risalah al-Qhusyairiyyah, al-Qhusyairi, ms: 5.

225 Tabsirotu al-Adillah, al Nasafi, 1/ 169.

seperti mana yang tersebut dalam al-akhbar (iaitu nas seperti hadis al-jariyyah) tidaklah kafir, sekiranya pula memaksudkan tempat, dia kafir”227.

6: Syaikh Syihab al-Din Ahmad Bin Muhammad al-Misri al-Syafii al-Asy’ari yang lebih dikenalai sebagai Ibn Hajar al-Haitami (974h) berkata:

“Ketahuilah! Bahawa al-Qorafi dan selain beliau menceritakan dari al-Syafii, Malik, Ahmad dan Abu Hanifah Radiyallahu Anhum berkenaan kafir ucapan orang-orang yang berkata al-jihah dan al-tajsim (bagi Allah), dan mereka benar-benar (maksudkan) demikian”228.

Apa yang disebutkan oleh Ibn Hajar al-Haitami dari al-Qurafi ini amat terang dan jelas bahawa ijmak Mazhab Ahli Sunnah dari imam mazhab yang empat iaitu Mazhab Hanafi (Imam Abu Hanifah, al-Nu’man Bin Sabit), Mazhab Maliki (Imam Malik Bin Anas), Mazhab al-Syafii (Imam Al-Syafii, Muhammad Bin Idris) dan Mazhab Hanbali (Imam Ahmad Bin Hanbal) menghukumkan sebagai kafir sesiapa yang mengatakan Allah dengan sifat-sifat makhluk atau menjisimkan Allah. Al-Qorafi merupakan seorang ulama usul yang masyhur dan beliaulah yang menukilkan ijmak dari mazhab yang empat tersebut.

7: Syaikh Mulla Ali al-Qari al-Hanafi (1014h) berkata:

“Maka siapakah yang terlebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau mendakwa dengan dakwaan yang tertentu, terkandung penetapan tempat, al-hai’ah (cara-cara) dan sudut dari berdepan (sesuatu dengan sesuatu), wujudnya jarak dan seumpamanya seperti keadaan itu, maka jadilah kafir tidaklah disangsikan”229.

227 Al-Bahru al-Raiq, Ibn Nujaim, Bab Ahkam al-Murtaddin, 5 / 129.

228 Al-Minhaj al-Qawim, al-Haitami, ms: 224.

Beliau menambah lagi dengan katanya yang lain:

“Bahkan telah berkata keseluruhan mereka (iaitu salaf) dan dari khalaf: Sesungguhnya iktikad al-jihah kafir seperti yang dijelaskan aleh al-Iraqi. Dan (al-Iraqi) telah berkata: Sesungguhnya ia merupakan qaul (yang datang) dari Abu Hanifah, Malik, Syafii, Asy’ari dan al-Baqillani”230.

8: Syaikh al-Allamah Kamal al-Din al-Bayadi al-Hanafi (1098h) dalam menghuraikan kata-kata Imam Abu Hanifah berkata:

“Pertama: Sesungguhnya ucapan orang yang berkata al-jismiyyah (bagi Allah) dan al-jihah memungkiri kewujudan sesuatu melainkan yang dapat dicapai dengan pancaindera. Maka antara mereka memungkiri bahawa zat Allah terpelihara (suci) dari (bersifat) demikian (iaitu zat Allah tidak dapat dicapai dengan pancaindera). Maka semestinya bagi mereka ini kafir tidaklah disangsikan..

Kedua: Kafir sesiapa yang mentasybihkan (Allah) dan bertempat. Kepadanya ditunjukkan dengan hukum yang tersebut bagi yang menetapkannya (tasybih bagi Allah).Ianya (hukum kafir merupakan pendapat) yang dipilih oleh Imam al-Asy’ari. Beliau telah berkata dalam (kitabnya) al-Nawadir: “Barang sesiapa yang beriktikad bahawa Allah jisim maka dia bukanlah orang yang mengenali penciptanya dan sesungguhnya dia telah kafir denganNya”. Ianya seperti (yang termuat) dalam Syarah al-Irsyad oleh Abu Qasim al-Ansari”231.

9: Syaikh Abdu al-Ghani al-Nabulisi al-Hanafi (1143h) berkata:

230 Mirqatu al-Mafatih, Ali al-Qari, 3 / 300.

“Berkenaan bahagian-bahagian kafir maka berdasarkan syarak ianya (terbahagi kepada) tiga bahagian yang kembali ke semua jenis-jenis kafir kepadanya iaitu al-tasybih, al-ta’til, al-takzib…………...

Tasybih ialah iktikad bahawa Allah menyamai sesuatu dari kejadianNya seperti 1) orang-orang yang beriktikad bahawa Allah Taala berjisim di atas Arasy, 2) atau beriktikad bahawa bagiNya dua tangan berdasarkan makna keduanya anggota, 3) atau bagiNya gambaran seseorang atau bercirikan cara-cara seseorang, 4) atau Dia adalah cahaya yang tergambar di fikiran, 5) atau dia (berada) di langit atau di sudut-sudut tertentu yang enam, 6) atau Dia di sesuatu tempat dari tempat-tempat atau di semua tempat, 7) atau Dia memenuhi ruang langit dan bumi, 8) atau bagiNya (Allah) hulul (menjelma) pada sesuatu dari segala sesuatu (makhluk) atau (menjelma) pada setiap sesuatu, 9) atau Dia ittihad (bercantum atau bergabung) dengan sesuatu atau setiap sesuatu, 10) atau sesuatu menjelma dariNya atau (Allah merupakan dari) sesuatu itu. Kesemua (yang disebutkan) itu kafir yang nyata waliyazubillah Taala. Sebabnya kerana kejahilan untuk mengetahui perkara tersebut secara sebenarnya”232.

10: Syaikh Muhammad Bin I’llisy al-Maliki Rahimahullah (1299h) ketika menghuraikan perkara yang menyebabkan kafir berkata:

“Dan (kafir) seperti beriktikad jismiyyah bagi Allah dan memerlukan ruang (tempat). Maka sudah semestinya (iktikad demikian) menjadikanNya baharu dan perlu kepada yang menjadikannya”233.

232 Al-Fath al-Rabbani Wa al-Faid al-Rahmani, al-Nabulisi, ms: 124. Urutan berdasarkan nombor dibuat oleh penulis untuk mudah memahaminya.

11: Syaikh al-Muhaddis Abu al-Mahasin Muhammad al-Qawiqiji al-Tarabulisi al-Hanafi (1305h) berkata:

“Barang sesiapa yang berkata aku tidak mengetahui Allah di langit atau di bumi, kafir (kerana dia menjadikan bagi Allah tempat di salah satu dari keduanya)”234.

12: Dalam kitab al-Fatawa al-Hindiyyah oleh sekumpulan ulama dari India memuatkan:

“Kafir sesiapa yang menetapkan tempat bagi Allah Taala. Sekiranya berkata: “Allah Taala di langit” bermaksud menceritakan seperti yang tersebut secara zahir dalam nas tidak kafir, sekiranya maksudkan dengan kata itu tempat, dia kafir”235.

13: Syaikh Mahmud Bin Muhammad Bin Ahmad Khitab al-Subki al-Misri (1352h) berkata:

“Telah menyoalku sebahagian yang berminat untuk mengetahui berkenaan akidah agama dan berpegang mengikut mazhab salaf dan khalaf pada al-mutasyabih dari ayat-ayat serta hadis-hadis seperti berikut: Apakah yang dikatakan oleh alim ulama yang mulia semoga Allah memelihara mereka, bagi orang yang beriktikad bahawa Allah Azza Wa Jalla ada jihah bagiNya dan Dia duduk di atas Arasy pada tempat yang tertentu? Mereka mendakwa pula ianya merupakan akidah salaf serta menyarankan manusia agar beriktikad dengan iktikad ini.

Dia berkata kepada mereka: Sesiapa yang tidak beriktikad demikian jadi kafir berdalilkan kepada firman Allah ((Al-Rahman (Allah) di atas Arasy istawa))Surah Toha:5, dan firmanNYa ((Adakah kamu beriman dengan

234 Al-I’timad Fi al-Iktikad, al-Qawiqiji, ms: 5.

man (sesiapa) di langit )) Al-Mulk: 16, adakah ianya iktikad yang sahih?

Sekiranya ianya batil, adakah kafir orang yang berkata demikian dengan iktikad yang disebutkan dan batal segala amalannya seperti solat, puasa dan lain-lain dari segala amalan keagamaan dan dipisahkan isterinya darinya? Sekiranya mati dalam keadaan demikian sebelum bertaubat, dia tidak dimandikan, tidak di sembahyangkan dan tidak ditanam diperkuburan muslimin? Adakah sesiapa yang membenarkannya dengan (iktikad) demikian jadi kafir sepertinya?

Maka jawabku dengan petunjuk dari Allah, maka aku berkata: Bismillahi al-Rahmani al-Rahim. Segala puji bagi Allah yang memberi petunjuk kepada kebenaran, Selawat dan Salam ke atas yang didatangkan hikmah dan ucapan yang benar dan ke atas ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda yang diberikan petunjuk oleh Allah, yang diberikan taufiq dan kesempurnaan, amma ba’du…

Maka hukumnya iktikad ini batil dan orang yang beriktikadkan demikian kafir secara ijmak dari ulama yang diambil kira (ijmak mereka) di kalangan ulama islam.

Dalil akal berkenaannya ialah Qidamnya Allah Taala dan Mukhalafatuhu Li al-Hawadis. Dalil naqli pula ialah firman (Allah) Taala ((Tiadalah sesuatupun

menyerupai Dia (Allah) dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat)) Surah al-Syura: 11.

Maka setiap orang yang beriktikad bahawa (Allah) Taala menjelma di tempat, bersambung dengannya atau dengan sesuatu yang baharu seperti Arasy, Kursi, langit, bumi atau selainnya, berpisahlah isterinya, wajiblah dia

bertaubat segera. Sekiranya mati dalam keadaan iktikad yang demikian Wal Iyazu Billah Taala, dia tidak dimandikan, tidak di sembahyangkan dan tidak ditanam di perkuburan islam. (Hukum) sepertinya juga sesiapa yang membenarkannya iktikad yang sedemikian. Semoga Allah menjauhkan kita darinya dari kejahatan diri kita dan kejahatan amalan kita.

Mengenai saranannya agar orang lain beriktikad dengan iktikad yang kafir ini dan katanya kepada mereka: Sesiapa yang tidak beriktikad dengan iktikad ini kafir, maka dialah yang kafir dan (ianya) satu pendustaan yang amat besar”236.

14: Syaikh Kausari (1371h) yang merupakan wakil syaikh-syaikh islam dalam Dar al-Khilafah al-Osmaniyyah berkata:

“Sesungguhnya ucapan yang menetapkan al-jihah bagi (Allah) Taala kafir di sisi a’immah yang empat yang memberi petunjuk kepada umat ini seperti yang dinukilkan dari mereka oleh Iraqi yang termuat dalam Syarah al-Misykah oleh Ali al-Qari”237.

15: Syaikh al-Muhaddis Abdullah al-Harari yang dikenali sebagai al-Habasyi berkata:

“Hukum orang yang berkata: Sesungguhnya Allah Taala di setiap tempat atau di semua tempat-tempat, kafir sekiranya dia memahami dari ucapan tersebut bahawa Allah, zatNya tersebar atau muncul di tempat-tempat. Sekiranya dia memahami dari ucapan tersebut bahawa (Allah) Taala menguasai setiap sesuatu dan Alim bagi setiap perkara, tidaklah kafir. Maksud yang ini banyak

236 Ithaf al-Kainat, al-Subki al-Misri, ms: 3-4.

lahir dari orang yang tersilap dengan dua ucapan tersebut. Wajiblah menegah keduanya dalam apa jua keadaan”.238

Syaikh Abdullah berkata lagi:

“Kafir sesiapa yang beriktikad Allah memerlukan ruang atau beriktikad bahawa Allah merupakan sesuatu seperti angin, cahaya yang memenuhi tempat, bilik atau masjid. Kami namakan masjid-masjid Baitullah bukanlah kerana Allah tinggal di dalamnya bahkan kerana ianya merupakan tempat-tempat yang di dalamnya Allah disembah.

Demikian juga kafir sesiapa yang berkata: Allah menetap dalam hati wali-walinya, sekiranya dia memahami al-hulul. Bukanlah maksudnya al-Mi’raj sampainya rasul ke tempat di mana merupakan penghabisan wujudnya Allah Taala. Kafir sesiapa yang beriktikad demikian. Maksud sebenar dari al-Mi’raj ialah memuliakan Rasul Sallallahu Alaihi Wa Sallam dengan memperlihatkan kepada baginda keajaiban di alam alawiy, dan memperbesarkan kedudukan baginda dan memperlihatkan baginda zat Allah Yang suci lagi Mulia dengan hatinya tanpa berada zat Allah disesuatu tempat”239.

238 Al-Sirod al-Mustaqim, al-Harari, ms: 26.

PENUTUP

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang bersifat penuh kesempurnaan yang layak bagiNya, dan Maha Suci dari segala sifat kekurangan dan sifat yang tercela yang tersisih dariNya. Solawat dan Salam atas junjungan besar nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam, ahli keluarga serta para sahabat baginda.

Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala kerana dengan taufik dan hidayahNya, penulis dapat menyajikan kepada para pembaca akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenarnya, yang menyucikan Allah dari sifat-sifat makhlukNya. Sebarang kesilapan yang disedari oleh pembaca, di mana ianya berlaku hasil kecuaian penulis secara disedari mahu pun tidak, penulis mengharapkan teguran yang membina agar kita sama-sama beroleh rahmat dari Allah Taala.

Akhir kata, jadikanlah buku ini sebagai pedoman hidup kita sebagai ahli Sunnah Wal Jamaah. Janganlah biarkan diri kita tertipu oleh dakyah-dakyah golongan-golongan yang telah diketahui sesat. Di samping itu, sebar dan ajarkanlah akidah tanzih ini kepada sesama umat islam yang lain. Ketahuilah, bahawa mengajarkan ilmu berkaitan ketuhanan, akidah, amat besar ganjarannya di sisi Allah Taala. Semoga kita semua dirahmati dan diberkati Allah, Amin.

Yang benar; Ustaz Ibn Ibrahim

RUJUKAN

1. Al-Quran.

2. Abkar al-Afkar, al-Amidi, Aya Sufia.

3. A’klam al-Hadis Fi Syarhi Sahih al-Bukhari, al-Khattabi, Markaz Ihyak al-Turos, al-Riyad. 4. Akidah Ahlu al-Islam, Abdullah A’lawi, al-Qaherah.

5. Akidah Ahlu al-Islam Fi Nuzuli I’sa Alaihi al-Salam, Abdullah al-Ghumari, Maktabah al-Qaherah, Mesir.

6. A’ridah al-Ahwazi Bi Syarhi Sahih al-Tirmizi, Ibn al-Arabi, Dar al-Fikr, Beirut.

7. Al-Arbain Fi Usul al-Din, al-Ghazali, Dar al-Afaq al-Jadidah, Beirut.

8. Al-Ajwibah al-Fa,khirah, al-Qarafi, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut. 9. Al-Asmak Wa al-Sifat, al-Baihaqi, Dar Ihyak al-Turos al-Arabi, Beirut.

10. Al-Bahru al-Ra,iq Syarah Kanzu al-Daqa,iq, Ibn Nujaim, Dar al-Makrifah , Beirut. 11. Al-Baz al-Asyhab al-Munqad Ala Mukhalifi al-Mazhab, Ibn al-Jauzi, Dar al-Janan, Beirut. 12. Al-Burhan al-Muayyad.????????????????????????????????????????????????

13. Al-Dalil al-Qawim Ala al-Sirod al-Mustaqim, al-Harari, Dar al-Masyari’ Li al-Tibaah Wa al-Nasyru Wa al-Tauzi’, Beirut.

14. Al-Farqu Baina al-Firaq, Abi Mansur al-Bahgdadi, Dar al-Makrifah, Beirut. 15. Al-Fatawa al-Hadisiyyah, Ibn Hajar al-Haitami, Dar al-Fikr, Beirut.

16. Al-Fatawa al-Hindiyyah, Jama’ah Min Ulama al-Hindi, Dar Ihyak al-Turos al-Arabi, Beirut. 17. Al-Fathu al-Rabbani Wa al-Faid al-Rahmani, al-Nabulisi, Beirut.

18. Al-Futuhat al-Rabbaniyyah Ala al-Azkar al-Nawawiyyah, Ibn A’llan, Dar al-Fikr, Beirut. 19. Al-Ghunyah Fi Usul al-Din, al-Mutawalli, Muassasah al-Kutub al-Saqafiyyah, Beirut. 20. Al-Ihsan Bi Tartibi Sahih Ibn Hibban, Ibn Balaban, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut. 21. Al-Iktikad Wa al-Hidayah Ila Sabili al-Rasyad, al-Baihaqi, Alam al-Kutub, Beirut.

23. Al-Irsyad Ila Qawati’ al-Adillah Fi Usuli al-Iktikad, al-Juwaini, Muassasah al-Kutub al-Saqafiyyah, Beirut

24. Al-I’timad Fi al-Iktikad, al-Qawiqiji, Tabaah Bi Izni Najal al-Muallif, al-Qaherah. 25. Al-Jamik Li Ahkami al-Quran, al-Qurtubi, Dar al-Fikr, Beirut.

26. Al-Madkhal Ila Tanmiyyati al-A’mali Bi Tahsini al-Niyyati, Ibn al-Hajj, Dar al-Fikr, Beirut. 27. Al-Maqasid Hasanah Fi Bayani Kasir Min Ahadis Musytaharoh Ala Alsinah,

al-Sakhawi, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut.

29.Al-Mawaqif?????????????????????????????????????????????????????????? 28. Al-Milal Wa al-Nihal, al-Syahrustani, Dar al-Makrifah, Beirut.

30. Al-Minhaj al-Qawim Ala al-Muqaddimah al-Hadramiyyah, Ibn Hajar, Muassasah Ulum al-Quran, Dimasy.

31. Al-Muwatta Imam Malik, Dar al-Afaq al-Jadidah, Beirut.

32. Al-Nihayah Fi Gharib al-Hadis, Ibn al-Athir, al-Maktabah al-Ilmiah, Beirut. 33. Al-Nur al-Lami’ Wa al-Burhan al-Sati’ Fi Syarhi Aqa’id al-Islam, Mankubaros. 34. Al-Qaul al-Mukhtar Li Bayan Fanak al-Nar , Matbaah Safir, al-Riyad.

35. Al-Risalah al-Qusyairiyyah Fi Ilmi al-Tasawwuf, al-Qusyairi, Dar al-Kutab al-Arabi, Beirut. 36. Al-Saifu al-Soqil Fi al-Roddi Ala Ibn Zafil, al-Kausari, Matbaah al-Saadah, Mesir.

37. Al-Siqat, Ibn Hibban, Muassasah al-Kutub al-Saqafiyyah, Beirut. 38. Al-Sunan al-Kubra, Al-Baihaqi, Dar al-Makrifah, Beirut. 39. Al-Sunnah, Ibn Abi A’sim, Tabaah Zuhair al-Syawisy, Beirut.

40. Al-Tabsir Fi al-Din, Abi al-Muzaffar al-Isfarayini, Alam al-Kutub, Beirut. 41. Al-Tauhid, Abi Mansur al-Maturidi, Dar al-Masyriq, Beirut.

42. Al-Wasa’il Ila Musamarah al-Awa,il, al-Suyuti, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut.

43. Al-Yawaqit Wa al-Jawahir Fi Bayan al-Aqa,id al-Akabir, al-Sya’roni, Mustafa al-Babil al-Halabi, Mesir.

44. Bahjah al-Nufus, Ibn Abi Jamrah, Dar al-Jail, Beirut.

45. Baraah al-Asy’ariyyin Min Aqaid al-Mukhalifin, Abi Hamid Bin Marzuq, Dimasy. 46. Bayan Talbis al-Jahmiyyah?????????????????????????????????????????// 47. Daf’u Syibhu al-Tasybih, Ibn al-Jauzi, al-Maktabah al-Taufiqiyyah, al-Qaherah. 48. Faid al-Wahhab Fi Bayan ahli al-Haq, al-Qaliubi, Maktabah al-Qaherah, Kaherah. 49. Fath al-Bari Bi Syarhi Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar al-Asqalani, Dar al-Makrifah, Beirut. 50. Fath al-Majid????????????????????????????????????????????????????//

51. Ghayatu Bayan Fi Tanzih Allah Ani Makan Wa Jihat, Qisim Abhas Wa Dirasat Islamiyyah Fi Jam’iyyah Masyari’ Khairiyyah Islamiyyah, Dar Masyari Li Tibaah Wa al-Nasyr Wa al-Tauzi’, Beirut.

52. Hasyiah al-Risalah al-Qusyairiyyah, Zakaria al-Ansari, Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut. 53. Hikam Ahmad al-Rifai’, al-Rifai’, Matbu,at Maktabah al-Hilwani, Dimasy.

54. Hilyah al-Auliyak Wa Tabaqat al-Asfiyak, Abu Nuaim, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut. 55. Ibn Majah, Ibn Majah al-Qazwini, Maktabah al-Ilmiah, Beirut.

56. Idhoh al-Dalil Fi Qat’i Hujaj Ahlu al-Ta’til, Ibn Jamaah, Dar al-Salam, Mesir. 57. Ihyak Ulum al-Din, al-Ghazali, Dar al-Fikr, Beirut.

58. Ijabah al-Dai’ Ila Bayani Iktikad al-Imam al-Rifai’, Dar al-Masyari’ Li al-Tibaah Wa al-Nasyr Wa al-Tauzi’, Beirut.

59. Ilmu al-Kalam, Ibn Hazim, Dar al-Jail, Beirut.

60. Irsyad al-Sari Li Syarhi Sahih al-Bukhari, al-Qastalani, Dar al-Fikr, Beirut.

61. Istihsan Khaud Fi Ilmi Kalam, Abi Hasan Asy’ari, Dar Masyari’ Li Tibaah Wa al-Nasyr Wa al-Tauzi’, Beirut.

62. Isyarah al-Maram Min Ibarat al-Imam, al-Bayadi, Mustafa al-Halabi, al-Qaherah.

63. Ithaf al-Kainat Bi Bayani Mazhabi al-Salaf Wa al-Khalaf Fi al-Mutasyabihat, Mahmud al-Subki, Matbaah al-Istiqamah, Mesir.

64. Ithaf al-Sadah al-Muttaqin Bi Syarhi Ihyak Ulum al-Din, Murtadha al-Zabidi, Dar al-Fikr, Beirut. 65. Izhar Akidah Sunniyyah Bi Syarhi Akidah Tahawiyyah, Abdullah Harari, Dar

Dokumen terkait