• Tidak ada hasil yang ditemukan

Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Akidah Tanzih Kewujudan Allah Tanpa Bertempat"

Copied!
107
0
0

Teks penuh

(1)

AKIDAH TANZIH

KEWUJUDAN ALLAH

TANPA BERTEMPAT

OLEH

(2)

PENDAHULUAN

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam, keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Semoga Allah Taala merahmati mereka semua, waba’du.

Akidah umat islam yang sebenarnya seperti yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam sejak diturunkan wahyu di Gua Hirak pada 13 tahun sebelum Hijrah sehinggalah kewafatan baginda pada 10 Hijrah ialah dengan beriktikad kewujudan Allah tanpa bertempat serta beriktikad bahawa Allah Taala tiada persamaan langsung dengan makhlukNya dari segenap aspek. Seterusnya kesinambungan akidah ini diteruskan oleh para sahabat Radiyallahu Anhum, al-tabi’in, tabi’ al-tabi’in serta ulama-ulama muktabar Ahli Sunnah Wal Jamaah sehinggalah sampai kepada kita sekarang.

Akidah ini terbentuk dan tertanam dalam jiwa setiap individu muslim berdasarkan firman Allah Taala yang muhkamat dan sabda Rasulullah yang juga muhkamat. Antara firman Allah Taala dalam al-Quran yang bermaksud:

((Tiadalah sesuatupun menyerupai Dia )) al-Syura: 11,

((Tidak ada seseorangpun yang sebanding dengan Dia))al-Ikhlas: 4. ((Dan Allah mempunyai sifat Yang Maha Tinggi)) al-Nahl: 60.

((Adakah kamu mengetahui ada sesuatu yang sama dengan Dia)) Maryam: 65. ((Maka janganlah kamu menjadikan bagi Allah bandingan-bandingan)) al-Nahl: 74.

Antara sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam pula:

Adalah Allah (telah ada azali) dan tiadalah sesuatu pun selainNya”1.

(3)

Sebelum penulis melangkah lebih jauh berkenaan tajuk yang amat penting ini, amat perlu bagi penulis mengemukakan apakah yang dimaksudkan dengan ciptaan Allah. Apabila disebutkan ciptaan Allah Taala iaitu makhluk atau pun diistilahkan sebagai al-hawadis (yang baharu), ianya meliputi alam al-a’lawiyyah (makhluk yang berada di atas seperti Malaikat, Arasy, Kursi, langit, bulan, bintang dan lain-lain) dan alam al-sufliyyah

(makhluk yang berada di bawah seperti manusia, binatang, bukit bukau dan lain-lain). Oleh kerana kedua alam tersebut merupakan ciptaan Allah Taala, sudah tentu mustahil bagi Allah menyamai atau menyerupai kedua-dua alam tersebut.

Apabila dikaji lebih lanjut, ulama Ahli Sunnah menerangkan bahawa kedua alam tersebut tidak dapat lari dari dua keadaan iaitu mempunyai jisim dan jisim tersebut mempunyai sifat-sifatnya yang dikenali sebagai al-a’rod. Jisim terbentuk melalui gabungan dua jauhar ke atas. Jauhar yang tunggal (jauhar al-fard) merupakan kadar yang paling kecil yang diciptakan Allah yang tidak boleh diperkecilkan lagi. Oleh itu jisim boleh bergabung dan bercantum, bercerai dan berpisah, menjelma atau bersatu.

Jisim terbahagi kepada dua iaitu jisim latif yang tidak dapat dipegang dan yang keduanya jisim kasif yang dapat dipegang. Jisim latif seperti udara, malaikat, cahaya, ruh dan lain-lain, jisim kasif pula seperti manusia, binatang dan lain-lain. Setiap jisim sudah tentu mempunyai sifat-sifatnya yang dikenali sebagai al-a’rod.

Al-a’rod ini tidak dapat berada secara bersendirian dan memerlukan atau bergantung kepada jisim yang merupakan objek untuk berada. Contohnya warna memerlukan kepada sesuatu jisim atau objek untuk wujud, begitu juga panas, sejuk, pergerakan serta diam dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, apabila dikatakan Allah Taala tidak sama langsung dengan makhlukNya dari segenap aspek, ianya menafikan Allah dari berjisim.

Tidak kiralah jisim yang tergolong dari alam al-a’lawiyyah mahupun alam al-sufliyyah, jisim latif mahu pun kasif. Begitu juga Allah bukan tergolong dalam al-a’rod

(4)

demikian yang menyucikan Allah Taala dari segala yang baharu inilah yang dikatakan sebagai Akidah Tanzih yang merupakan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagi golongan yang beriktikad berlainan dari apa yang telah dijelaskan dengan menyamakan Allah Taala dengan makhluk ciptaanNya sendiri seperti bertempat ( al-makan), bersudut atau arah (al-jihah), berjisim (al-jismu), duduk (al-julus) beranggota (al-a’dhok), bersifat dengan sifat jisim (al-a’rod), berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain (al-taghayyur), berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain (al-intiqal), bersempadan atau batasan (al-hudud), bersambung (al-ittisol) atau berpisah (al-infisol), menetap (al-istiqrar), menjelma dalam sesuatu (al-hulul), bersatu dengan sesuatu (al-ittihad), berbentuk atau berupa (al-tasykil, al-suroh) dan lain-lain, mereka inilah yang dilabelkan oleh ulama Ahli Sunnah sebagai golongan al-musyabbihah dan

al-mujassimah. Akidah al-musyabbihah secara umumnya menyamakan Allah dengan makhluk (tasybih), akidah al-mujassimah pula lebih khusus iaitu beriktikad bahawa Allah beranggota (tajsim).

Oleh yang demikian, penafian bahawa Allah tidak bertempat merupakan penafian secara mutlak segala yang berkaitan dengan tempat itu sendiri (al-makan) seperti keadaannya di atas (al-fauqiyyah), bawah (al-sufliyyah), kiri (al-syimal), kanan (al

-yamin), depan (al-amam) dan belakang (al-khalf). Ke semua arah yang enam ini dinamakan al-jihat al-sittu. Begitu juga ianya berkaitan dengan menafikan Allah Taala dari persamaan dengan makhluk (al-hawadis) yang bertempat seperti berjisim besar atau kecil, beranggota dan sebagainya. Ianya juga menafikan dari bersifat dengan sifat makhluk (al-a’rod) seperti bergerak (al-harokah) atau diam (al-sukun), berubah ( al-taghayyur) dan lain-lain.

Justeru itu, sesiapa yang menyalahi akidah ini dengan menyifatkan Allah Taala dengan sifat kekurangan lagi tercela yang ada pada setiap makhluk atau pun menyamakan Allah dengan ciptaanNya, hukumnya kufur seperti yang disebutkan oleh ulama tauhid dalam karangan-karangan mereka di mana ianya merupakan ijmak Ahli Sunnah Wal Jamaah.

(5)

Dari pengamatan penulis sendiri secara peribadi, apabila sifat dua puluh dihuraikan iaitu secara khususnya berkaitan sifat Mukhalafatuhu Taala Li al-Hawadis, penulis melihat jarang guru-guru atau ustaz-ustaz yang menghuraikannya menyebutkan ucapan “Kewujudan Allah tanpa bertempat”. Mereka hanya sekadar menyatakan serta menghuraikan bahawa Allah tidak sama dengan makhluk dari zatNya, sifatNya dan Af’alNya. Penekanan kurang diberikan secara khusus dan detail untuk menafikan bahawa Allah wujud tanpa bertempat, semua tempat dan sudut-sudut adalah baharu.

Begitu juga kurangnya pendedahan berkenaan kata-kata ulama Ahli Sunnah yang muktabar yang terdiri dari ulama tauhid, hadis, fekah, tafsir, tasawwuf, bahasa dan lain-lain serta karangan-karangan mereka yang merupakan bukti yang kukuh bahawa inilah akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar zaman berzaman, bukannya hanya rekaan seseorang. Ianya juga sebagai hujah yang ampuh bagi mengecam dan menolak kefahaman iktikad yang lain darinya. Bagi golongan yang sesat, mereka hanya berhujah dengan seorang dua sahaja ulama mereka yang tersingkir dari ulama Ahli Sunnah, selain berhujah dengan al-Quran dan al-Sunnah semata-mata menurut tafsiran mereka sendiri. Ini kerana ulama Ahli Sunnah tidak menyebelahi mereka bahkan mengecam serta memperingatkan masyarakat awam berkaitan akidah mereka yang sesat.

Oleh itu lahirlah karangan-karangan yang agung seperti al-Farqu Baina al-Firaq

oleh Imam Abu Mansur al-Baghdadi, Maqalat al-Islamiyyin oleh Imam Abu Hasan al-Asy’ari, al-Milal Wa al-Nihal oleh al-Syahrustani, al-Irsyad oleh Imam al-Juwaini,

Tabyin al-Kazib al-Muftari Fi Ma Nusiba Ila al-Imam Abi al-Hasan al-Asy’ari oleh al-hafiz Ibn A’sakir, al-Asmak Wa al-Sifat oleh al-hafiz al-Baihaqi, Saif Soqil Fi al-Roddi A’la Ibn Zafil dan al-I’tibar Bi Baqa,i al-Jannah Wa al-Nar oleh hafiz Taqiy al-Din al-Subki dan banyak lagi.

Kecaman terhadap golongan yang sesat ini tidak boleh dikatakan sebagai memecah belahkan umat kerana ianya merupakan suruhan kepada yang makruf dan tegahan dari yang mungkar. Apakah kita rela agama suci ini dimainkan berkaitan perkara kufur dan iman atas alasan kebebasan bersuara atau memberikan pendapat? Adakah kita

(6)

juga akan mengatakan ulama dahulu yang terkenal dengan keilmuan yang tinggi, kepatuhan terhadap agama, warak dan berbagai lagi sebagai tidak bertanggung jawab, memecah belahkan umat dengan mengarang puluhan kitab dan mungkin ratusan mengecam golongan mubtadi’ah antaranya al-musyabbihahal-mujassimah dan lain-lain?

Oleh itulah, berdasarkan pembelajaran tauhid secara umum dan berkenaan sifat

Mukhalafatuhu Li al-Hawadis secara khusus yang tidak mengetengahkan apa yang disebutkan oleh penulis seperti di atas, terdapat sebahagian pelajar tidak kira tua mahu pun muda, apabila dikatakan bahawa “Allah wujud tanpa bertempat”, mereka seakan-akan hairan dan kebingungan dengan ucapan tersebut. Sedangkan ianya mesti dipelajari berkaitan sifat Mukhalafatuhu Taala Li al-Hawadis. Penafian demikian walaupun ianya merupakan salah satu dari topik perbincangan berkenaan berlainannya Allah Taala dengan makhlukNya, ia amat penting sekali disebutkan dengan panjang lebar.

Lalu tidak hairanlah dengan kurangnya penekanan dan pendekatan sebegitu, akidah mereka mudah dikaburi dan diterapkan dengan akidah musyabbihah al-mujassimah yang beriktikad di dalam al-Quran serta hadis menyifatkan Allah sebagai berada di langit dan ianya pula merupakan satu ucapan tauhid. Begitu juga mudah bagi mereka menerima istilah golongan al-Muktazilah2, al-Jahmiyyah3 dan sebahagian fahaman tasawwuf yang menyeleweng yang mengatakan “Allah di mana-mana”.

2 Mereka ialah golongan yang menafikan sifat-sifat yang azali bagi Allah (muattilah) serta beriktikad

bahawa makhluk yang menciptakan segala perbuatannya sendiri iaitu menciptakannya dari tiada kepada ada. Mereka mendustakan firman Allah yang bermaksud ((Katakanlah Allah jualah pencipta setiap sesuatu)) al-Ro’du: 16. Ulama juga menamakan mereka sebagai al-Qadariyyah berdasarkan sabda Nabi “Al-Qadariyyah majusi umat ini”, riwayat Abu Daud. Ahli Sunnah berijmak mengkufurkan mereka ini seperti yang dinukilkan oleh al-Hafiz Murtadha al-Zabidi dalam Ithaf al-Sadah al-Muttaqin Bi Syarhi Ihya’ Ulum al-Din, 2 / 135, dan Abdul Qahir al-Baghdadi dalam dua buah kitabnya Usul al-Din, ms: 337,341-343, dan Tafsiral-Asma Wa al-Sifat, ms:191. Qaul yang mengatakan bahawa mereka tidak kufur merupakan qaul yang marjuh kerana ijmak ini dinukilkan oleh ulama yang agung dalam Mazhab al-Asya’iroh dan Mazhab al-Maturidiyyah.

3 Mereka ialah pengikut Jahmun Bin Safwan. Golongan ini menafikan sifat-sifat yang azali bagi Allah

seperti Muktazilah juga. Antara anutan Jahmun ini ialah beriktikad neraka dan syurga akan binasa setelah dimasuki oleh penghuninya. Iktikad sebegini adalah kufur. Rujuk al-Milal Wa al-Nihal oleh al-Syahrustani dan al-Farqu Baina al-Firaq oleh Abdul Qahir al-Baghdadi.

(7)

Berdasarkan apa yang telah disebutkan, ianya menjadi pendorong kepada penulis untuk memuatkan sebahagian besar nukilan dari ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dari mazhab yang empat serta ulama Ahli Sunnah yang lain. Nukilan ini penulis terjemahkan dari sebuah kitab yang berjudul Ghayatu al-Bayan Fi Tanzih Allah Ani al-Makan Wa al-Jihat4 di samping sedikit penambahan dan pengolahan dari penulis sendiri. Apatah lagi penulis didorong oleh guru-guru dan rakan seperjuangan agar dapat menerangkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

Diharapkan dengan sumbangan yang sekecil ini, ianya dapat memberikan manfaat, menambahkan sedikit sebanyak pengetahuan kita dalam menolak kepercayaan serta penyelewengan golongan yang menyamakan Allah dengan makhlukNya. Begitu juga kerana kepentingannya bagi diri kita sendiri sebagai Ahli Sunnah agar dapat beriktikad dengan iktikad yang sebenar.

Di samping itu, dimuatkan juga berkenaan hukum yang telah disepakati oleh ulama Ahli Sunnah bahawa kafir sesiapa sahaja yang beriktikad bahawa Allah memerlukan tempat serta kebatilan ucapan “Allah di mana-mana”. Ucapan tersebut dalam keadaan sedar atau pun tidak, sering bermain di bibir masyarakat awam islam tanpa mereka mengetahui maknanya yang batil.

Perkara sebegini amat penting sekali di ketengahkan kerana terdapat golongan yang pandai bertopengkan sebagai Ahli Sunnah seperti salafus soleh, bahkan mendakwa diri mereka sebagai Salafiyyun, menzahirkan diri mereka sebagai alim ulama dengan mengemukakan ayat-ayat al-Quran serta hadis-hadis Rasulullah, tetapi hakikat sebenarnya mereka ini lebih keji dari Yahudi dan Nasara kerana mengambil ayat-ayat sifat yang mutasyabihat serta hadis-hadis sifat secara zahir (tersurat) tanpa menakwilkannya berdasarkan nas yang muhkamat.

Dengan pandangan mereka yang sedemikian rupa, mereka pula melabelkan kepada Ahli Sunnah yang mengambil pendekatan takwil setelah merujuk nas

4 Buku tersebut disediakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pengajian Islam di Jam’iyyah Masyari’

(8)

mutasyabihat kepada nas yang muhkamat sebagai golongan Muktazilah dan al-Jahmiyyah. Mereka melakukan demikian kerana tidak lain dan tidak bukan, bertujuan untuk menetapkan bahawa Allah berjisim, memerlukan tempat di atas langit atau Arasy dan sebagainya lagi yang ternafi bagi Allah.

Golongan yang mengambil nas mutasyabihat secara zahir (tersurat) inilah yang disebutkan oleh mufassir tersohor, Imam al-Qurtubi rahimahullah ketika menafsirkan ayat yang bermaksud :

((Kemudian (Allah) istawa atas Arasy))al-Baqarah: 29, dengan katanya:

Telah berkata sebahagian mereka: kami bacakannya dan menafsirkannya mengikut apa yang terkandung dari segi zahir bahasa, (kata al-Qurtubi) inilah merupakan golongan al-musyabbihah” 5.

Imam al-Subki rahimahullah pula ketika menyuarakan tentang bahayanya mengambil secara zahir yang majoritinya lahir dari golongan yang menyamakan Allah dengan makhlukNya sebagai:

Musibah yang paling besar ialah mengambil secara zahir dan berpegang bahawa itulah maksud sebenar dan ianya bukanlah sesuatu yang mustahil bagi Allah. Itulah pandangan al-mujassimah penyembah berhala”6.

Imam al-Qusyairi rahimahullah juga berpendirian demikian berkenaan bahayanya golongan seperti ini dengan katanya:

Rahsia sebenarnya, mereka menegah dari takwil kerana mereka beriktikad hakikat tasybih, melainkan mereka berselindung dengan berkata: bagiNya (Allah) aid (tangan) bukan seperti tangan-tangan, ada qadam (kaki)

5Al-Jamik Li Ahkami al-Quran, al-Qurtubi, Surah al-Baqarah: 29. 6Tabaqat al-Syafi’iyyah al-Kubra, Taj al-Din al-Subki, 5 / 192.

(9)

bukan seperti kaki-kaki, istiwak dengan zat tidak seperti yang dimengertikan di antara kita”7.

Seterusnya Imam al-Qusyairi rahimahullah menegaskan dengan tegas sekali: “Mereka8 ini di mana ruh-ruh kami berada dalam

kekuasaanNya, lebih memberi mudarat terhadap islam dari golongan Yahudi dan Nasara serta Majusi juga penyembah berhala. Ini kerana kesesatan orang-orang kafir jelas kelihatan, boleh di jauhkan oleh orang-orang islam, sedangkan mereka ini datang kepada orang yang beragama dan orang biasa melalui cara menipu golongan yang lemah910.

Oleh yang demikian, amat perlu kita mengetahui Akidah Tanzih ini dan mengajarkannya kepada umat islam yang lain, agar kita sama-sama tergolong dalam golongan yang satu, golongan yang akan memasuki syurga Allah iaitu golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antara keistimewaan umat ini ialah, mereka tidak akan berhimpun atau berijmak dalam kesesatan. Jadi bagaimanakah umat islam zaman berzaman yang berakidah tanzih seperti Nabi, para sahabat dan al-tabi’in, seterusnya kesinambungan ini di teruskan oleh mazhab al-Asya’iroh dan al-Maturidiyyah beada dalam kesesatan? Sedangkan kedua mazhab tersebut diambil dari salafus soleh? Bagi golongan yang berlainan dari apa yang disebutkan, mereka inilah yang sebenarnya tergolong dalam 72 golongan yang akan dihumbankan ke dalam api neraka.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud :

7Opcit, Murtadha al-Zabidi, 2 / 110. 8 Golongan yang menolak takwil. 9 Iaitu kurang mantap ilmu agama. 10Opcit, Murtadha al-Zabidi, 2 / 108-109.

(10)

Tidak berijmak11 umatku dalam kesesatan, sekiranya

kamu mendapati perbalahan, mestilah kamu menuruti golongan al-sawad al-a’zom1213.

Dalam sebuah hadis yang lain yang menguatkan hadis di atas, dari Abu Mas’ud al-Badri Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda yang bermaksud:

“Mestilah kamu berjamaah, sesungguhnya Allah tidak menghimpunkan umat ini dalam kesesatan”14.

Sabda baginda lagi dalam sebuah hadis lain yang bermaksud: “Barang sesiapa yang syaz15, sesungguhnya syaz (tersebut

membawanya) ke neraka”.16

Syukurlah kita kepada Allah Taala kerana diberikan taufik dan hidayahnya, masih bersama-sama dalam akidah yang benar, akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan anutan umat islam zaman berzaman di seluruh dunia sehingga ke hari ini. Mari kita teruskan kesinambungan ini dengan menambahkan ilmu, beramal dengan sebaiknya, menyuruh kepada yang ma’ruf dan menentang segala kemungkaran. Kerana dengan sebab menyuruh kepada yang makruf dan menentang yang mungkar inilah, kita umat islam menjadi umat terbaik dari umat-umat yang lain.

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

((Adalah kamu (umat islam) merupakan sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi manusia (oleh kerana) kamu

11 Ijmak ialah kata sepakat ulama mujtahid mengenai sesuatu perkara atau hukum selepas kewafatan Nabi

Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk buku-buku usul fiqh.

12 Al-sawad al-a’zom adalah istilah kepada jumhur umat islam yang mana akidah mereka adalah akidah

tanzih yang dibawa oleh Nabi dan seterusnya sahabat, tabi’in sehinggalah sampai kepada kita.

13 Diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Kitab al-Fitan, Bab Ma Ja’a Fi Luzum al-Jamaah, Ibn Majah, Kitab

al-Fitan, Bab al-Sawad al-A’zom.

14 Dikeluarkan oleh Ibn Abi A’sim dalam al-Sunnah, ms: 42. Al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam

Muwafaqah al-Khabari al-Khabar, 1 / 115, mengatakan sanad hadis ini adalah Hasan.

15 Iaitu ganjil dari sudut akidah dari jumhur umat islam.

(11)

menyuruh (kepada perkara) yang makruf dan menegah (dari perkara) yang mungkar))Ali al-Imran: 110.

Tanamkan dalam hati kita perasaan marah dan benci kepada golongan yang hendak cuba merosakkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti mana kita benci diri kita dicampakkan oleh Allah ke dalam api neraka, wal iyazubillah. Ingat dan ketahuilah bahawa, apabila ditanyakan kepada kita: “ Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah?” Lalu jawablah seperti mana yang disebutkan oleh al-Hafiz Murtadha al-Zabidi:

“Jika dikatakan Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang

dimaksudkannya adalah al-Asyai’rah dan

al-Maturidiyyah”17.

FASAL PERTAMA

IKTIKAD AHLI SUNNAH, KEWUJUDAN ALLAH TANPA BERTEMPAT

(12)

1: Sayyidina Ali Radiyallahu Anhu (40h) yang merupakan seorang khalifah al-rasyidin yang keempat dan seorang sahabat yang agung berkata:

Adalah (Allah azali)) tanpa bertempat, dan Dia sekarang seperti mana keadaanNya yang lalu (azali tidak bertempat)”18.

Maksud beliau ialah Allah Taala tidak bertempat kerana Dia telah pun ada sebelum menciptakan tempat, maka mustahil bagi Allah berubah daripada berkeadaan tidak bertempat kepada memerlukan tempat. Sebarang perubahan19 menunjukkan sifat makhluk yang baharu20, sedangkan Allah azali21 lagi abadi22.

Dalam kata beliau yang lain:

“Sesungguhnya Allah Taala menciptakan Arasy23 sebagai

menunjukkan kekuasaanNya, bukan sebagai tempat bagi zatNya (menetap)”24.

Jika kita perhatikan, kenapakah Sayyidina Ali Radiyallahu Anhu memfokuskan Arasy dan bukannya makhluk Allah yang lain? Jawapannya ialah, di sebabkan golongan

al-musyabbihah25 mengatakan serta mereka beriktikad bahawa Allah berada di atas langit iaitu di atas Arasy. Arasy ini pula merupakan makhluk yang paling besar yang Allah ciptakan. Iktikad al-musyabbihah ini sebenarnya bersumberkan akidah Yahudi laknatullah. Sedangkan Arasy serta semua kejadian yang lain merupakan ciptaan Allah. Jadi di sini mereka mengatakan Allah memerlukan tempat untuk zatNya (diriNya) berada seperti kejadianNya. Sifat perlukan sesuatu menunjukkan kelemahan dan kekurangan, maha suci Allah dari bersifat demikian.

18 Al-Farqu Baina al-Firaq, Abu Mansur al-Baghdadi, ms: 333.

19 Kaedah mengatakan bahawa perubahan adalah bukti bahawa ianya baharu.

20 Baharu ialah kejadian (meliputi jisim dan sifatnya) yang asalnya tiada kemudian dijadikan oleh Allah. 21 Tiada mula.

22 Tiada akhir.

23 Arasy merupakan makhluk ciptaan Allah yang paling besar. 24Opcit, ms: 333.

(13)

Sayyidina Ali menegaskan lagi dalam katanya yang lain:

“Sesiapa yang menyangka bahawa tuhan kami mahdud (iaitu apa yang baginya bentuk kecil atau besar iaitu berjisim) maka sesungguhnya dia jahil mengenai pencipta yang disembah”26.

2: Imam Zain al-Abidin Ali Bin al-Husain Bin Ali Radiyallahu Anhu (94h) yang merupakan seorang Tabii’ berkata:

“Dikaulah Allah yang tidak diliputi oleh tempat”27. dan:

“Dikaulah Allah Yang tidak dihadkan lalu menjadi mahdud (terkepung)”28.

Kata-kata Imam Zain al-Abidin ini bermaksud Allah bukanlah berjisim atau bertubuh badan seperti manusia atau makhluk lain, oleh itu Dia tidak memerlukan tempat. Manusia sebagai contohnya, terkepung oleh tempat seperti rumah atau lain-lain di sebabkan berjisim yang memerlukan ruang untuk berada.

3: Imam Ja’far al-Sadiq Bin Muhammad al-Baqir Bin Zain al-Abidin Ali Bin al-Husain Radiyallahu Anhum (148h) yang merupakan antara tokoh ahli al-bait29 yang terkemuka berkata:

“Sesiapa yang menyangkakan (beriktikad) Allah (berada) di dalam sesuatu, atau daripada sesuatu atau di atas sesuatu maka dia telah syirik.

Ini kerana sekiranya (Allah) di atas sesuatu nescaya Dia ditanggung (oleh sesuatu), sekiranya di dalam sesuatu nescaya (Dia) terkepung dan sekiranya pula dari sesuatu nescaya (Dia) baharu”30.

26Hilyah al-Auliyak Wa Tabaqat al-Asfiyak, Abu Nuaim, 1 / 73. 27Opcit, Murtadha al-Zabidi, 4 / 380.

28Ibid, 4 / 380.

29 Ahli al-Bait ialah keturunan Nabi dari zuriat Fatimah dan Ali Radiyallahu Anhuma. 30Risalah al-Qusyairiyyah, Al-Qusyairi, ms: 6.

(14)

Amat bermakna sekali apa yang disebutkan oleh Imam Ja’afar al-Sodiq sebagai penolakan dan sanggahan terhadap golongan al-musyabbihah al-mujassimah. Golongan tersebut beriktikad Allah di atas Arasy. Sedangkan di dalam Al-Quran menyebutkan bahawa ianya ditanggung oleh empat malaikat dan apabila kiamat nanti akan ditanggung oleh lapan malaikat31. Akidah golongan tersebut menggambarkan kepada kita bahawa Allah yang Maha Berkuasa lagi Gagah Perkasa yang mentadbir serta memelihara Arasy ditanggung oleh malaikatNya sendiri. Dalam masa yang sama Allah mentadbir Arasy dan dalam masa yang sama juga Allah sendiri ditanggung oleh malaikat, waliyazubillah.

Rangkap yang kedua pula menafikan jisim bagi Allah kerana setiap yang berjisim akan ada had atau batasannya. Di sebabkan Allah bukanlah berjisim, maka Dia tidak terkepung oleh sesuatu sama ada berukuran sebanding sesuatu itu sendiri, lebih kecil atau lebih besar. Perlu diingatkan, bila dikatakan tidak berjisim bukanlah bermaksud Allah tersebar luas di merata-rata seperti yang dikhayalkan kerana Zat Allah bukan seperti makhluk yang dapat dibayangkan. Arasy yang maha besar tersebut ada kadar atau penghabisannya yang tertentu yang hanya di ketahui oleh Allah Taala yang menjadikannya.

Rangkap yang ketiga pula menjelaskan sekiranya Allah wujud dari sesuatu bermakna Allah ada permulaan seperti makhluk, iktikad sebegini nyata kufur. Setiap makhlukNya sahajalah yang ada permulaan sedangkan Dia Qadim, azali tanpa permulaan. Oleh itu tidak dipersoalkan “Bilakah Dia wujud ?” serta “dari apakah Allah wujud ?”. QidamNya Allah dan baharunya selain dari Allah merupakan perkara yang diijmakkan.

Imam al-Subki rahimahullah berkata ketika mensyarahkan Akidah Ibn Hajib:

“Ketahuilah! Bahawa hukum jauhar-jauhar dan a’rod-a’rod semuanya baharu, oleh itu alam semuanya adalah baharu. Berdasarkan demikianlah ijmak muslimin

(15)

bahkan ke semua agama. Barang sesiapa bersalahan berkenaan perkara ini maka dia kafir kerana berlainan dengan ijmak yang putus”32.

4: Imam Abu Hanifah, al-Nukman Bin al-Sabit al-Kufi Rahimahullah (150h) yang merupakan pengasas Mazhab al-Hanafi dan ulama salaf yang masyhur berkata:

Dan Allah Taala dilihat di akhirat dan orang-orang mukmin melihatnya dalam keadaan mereka di dalam syurga dengan mata kepala mereka tanpa tasybih, tanpa kammiyyah dan tiada berlaku antaraNya dan di antara makhlukNya jarak”33.

Dalam kitabnya yang lain iaitu al-Wasiyyah, beliau berkata:

Dan pertemuan dengan Allah Taala bagi ahli syurga tanpa kaif, tanpa tasybih dan tanpa jihah adalah benar”34.

Kata beliau lagi dalam kitab yang sama:

“Dan Kami mengakui bahawa Allah Subhanahu Wa Taala Di atas Arasy istawa tanpa Dia berhajat kepadanya dan (tanpa berhajat) istiqrar (menetap) di atasnya. Dan Dialah penjaga Arasy dan selain Arasy (iaitu makhluk lain) tanpa berhajat (kepada bantuan).

Sekiranya (Allah) berhajat, nescaya dia tidak berkuasa mewujudkan alam dan mentadbirnya seperti makhluk-makhluk. Sekiranya Dia perlu kepada al-julus (duduk) dan menetap, maka sebelum (Dia) menciptakan

32 Lihat nukilannya dalam Ithaf al-Sadah al-Muttaqin, 2 / 94.

33 Lihat Syarah al-Fiqh al-Akbar oleh Mulla Ali al-Qari, ms: 136-137.

34 Lihat nukilan dari kitab al-Wasiyyah yang dimuatkan oleh Mulla Ali al-Qari dalam Syarah Fiqh

(16)

Arasy di manakah Allah?? Taala (Maha Suci) Allah dari bersifat demikian Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung”35. Dalam satu kitab lain yang berjudul al-Fiqh al-Absad, beliau berkata:

“Aku berkata (andaian): Adakah kamu melihat sekiranya dikatakan aina (di manakah) Allah Taala? Lalu berkata (iaitu Abu Hanifah): Dikatakan baginya, adalah Allah Taala (azali) tidak bertempat sebelum Dia menciptakan kejadian dan adalah Allah Taala (azali) dan belum ada lagi aina begitu juga kejadian dan sesuatupun. Dialah jua pencipta setiap sesuatu”36.

Apakah maksud Imam Abu Hanifah ini? Beliau maksudkan, sekiranya seseorang itu mengemukakan pertanyaan “Dimanakah Allah?” kerana kejahilannya dengan menyamakan Allah dengan makhluk, kita katakan bahawa Allah telah pun wujud sebelum Dia menciptakan segala kejadianNya.

Oleh itu kita tidak boleh bertanyakan persoalan “dimana?” kerana Allah wujud sebelum adanya makhluk lagi dalam keadaan tidak bertempat. Soalan di mana hanya sesuai dan layak bagi yang bertempat seperti manusia, maka kita harus bertanyakan persoalan di mana untuk mengetahui tempat. Manusia ini sebagai makhluk boleh berada dalam sudut yang enam sama ada di atas, di bawah, sebelah kiri atau kanan, di sebelah hadapan atau di belakang dan kesemua sudut yang enam ini adalah ciptaan Allah yang asalnya tidak ada.

Amat bernilai sekali kata-kata Imam Abu Hanifah ini kerana ia merupakan penolakan serta sanggahan yang amat jelas kepada golongan musyabbihah al-mujassimah yang menggelarkan diri mereka salafiyyun sekarang ini iaitu al-Wahhabiyyah. Mereka mengatakan bahawa salaf tidak menafikan sudut bagi Allah, oleh itu mereka mengatakan Allah berada di atas. Sesungguhnya Imam Abu Hanifah

35Opcit, Mulla Ali al-Qari, ms: 70.

(17)

merupakan antara tokoh-tokoh salaf yang mengambil ilmu dari al-tabi’in, al-tabi’in pula mengambil ilmu dari para sahabat Radiyallahu Anhum.

Sebagai contoh, seorang ulama Wahabi yang bernama U’saimin berkata zat Allah iaitu Allah berada di atas dengan katanya:

“Adapun U’lu al-Zat ialah sesungguhnya Allah tinggi dengan zatNya atas setiap sesuatu dan setiap sesuatu di bawahNya. Dan Allah Azzawajalla di atasnya dengan zatNya”37.

Dalam kitab lain yang menjadi pegangan akidah mereka iaitu Syarah Hadis Nuzul

oleh imam golongan Wahabi iaitu Ibn Taimiyyah, Ibn Taimiyyah berdusta terhadap Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari dan pengikutnya dengan katanya:

“Sesungguhnya Allah di atas langit dengan zatNya38”,

Tidak memadai setakat itu, dalam katanya yang lain yang merupakan pendustaan terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah:

“Sesungguhnya telah sepakat kalimat orang-orang islam dan orang-orang kafir bahawa sesungguhnya Allah di langit, mentauhidkanNya demikian”39.

Jika kita perhatikan ulama-ulama dalam Mazhab Abu Hanifah, mereka semuanya beriktikad bahawa Allah tidak bertempat dan menghukum kafir sesiapa yang mengatakan Allah bertempat. Terdapat juga seorang dua ulama dalam mazhab ini yang beriktikad dengan mazhab al-mujassimah ini seperti al-I’z al-Hanafi yang mensyarahkan Akidah al-Tahawiyyah. Dia telah terfitnah dengan kesesatan Ibn Taimiyyah sehinggakan dia mengatakan dalam syarah tersebut bahawa Ahli Sunnah mengatakan neraka akan fana (binasa)40. Ini merupakan iktikad al-Jahmiyyah yang seterusnya di ambil oleh Ibn

37Tafsir Ayat al-Kursi, ms: 33. 38Syarah Hadis al-Nuzul, ms: 182.

39 Lihat Bayan Talbis al-Jahmiyyah, ms: 427 dan Minhaj al-Sunnah, ms: 2 / 29-30. 40 Lihat syarahnya ke atas Akidah al-Tahawiyyah, ms: 427.

(18)

Taimiyyah lalu diteruskan oleh al-Wahhabiyyah. Seterusnya al-I’z al-Hanafi ini menyebutkan antara iktikad Ibn Taimiyyah berkenaan azalinya alam41.

Sesungguhnya Ahli Sunnah bersepakat bahawa sesiapa beriktikad dengan dua akidah tersebut sebagai kafir. Amat hairan sekali bagaimanakah Akidah al-Tahawiyyah

yang merupakan akidah Ahli Sunnah tetapi disyarahkan oleh al-I’z al-Hanafi al-mujassim ini yang terdapat banyak kesesatan, golongan al-wahhabiyyah pula menganggapnya sebagai akidah salaf? Bukan itu sahaja bahkan mereka menyebarkannya dan mempelajari darinya sehinggakan ianya dijadikan sebagai buku pelajaran di maahad-maahad dan kuliah-kuliah di Riyadh. Mereka mendakwa syarah ini memaparkan akidah salaf yang tulen.

5: Imam al-Syafi’I, Muhammad Bin Idris Rahimahullah (204h) yang merupakan imam mujtahid, pengasas Mazhab al-Syafi’i berkata:

“Sesungguhnya Allah Taala adalah Dia (azali) dan tidak bertempat. Lalu menciptakan tempat dalam keadaan Dia bersifat azali seperti mana sebelum Dia menciptakan tempat. Tidak boleh bagiNya berubah pada zatNya begitu jua pergantian pada sifatNya”42.

6: Imam Ahmad Bin Muhammad Bin Hanbal rahimahullah (241h), imam mujtahid yang merupakan pengasas Mazhab Hanbali disifatkan oleh Ibn Hajar al-Haitami sebagai tokoh yang menyucikan Allah dari sudut, arah dan jisim. Kata Ibn Hajar:

“Apa yang mayshur di kalangan orang-orang yang jahil yang menasabkan (diri mereka) kepada imam yang agung lagi mujtahid ini bahawa beliau mengatakan sesuatu berkenaan jihah atau seumpamanya (kepada Allah), ianya merupakan satu penipuan serta pendustaan kepada beliau”43.

41Ibid, ms:132.

42Opcit, Murtadha al-Zabidi 2 /24.

(19)

Ibn Hajar al-Haitami berkata demikian kerana pengikut mazhab Imam Ahmad merupakan golongan yang paling ramai berfahaman tasybih dan tajsim lalu mendakwa Imam Ahmad juga demikian sedangkan beliau seorang ahli tanzih. Oleh itulah ulama ada menyebutkan bahawa dua orang imam yang agung dalam sejarah terkena fitnah selepas zaman mereka iaitu Imam Ahmad dengan fitnah tasybih dan tajsim serta Imam Ja’far al-Sodiq dengan fitnah Syiah. Berdasarkan demikian ulama mengistilahkan kepada pengikut Mazhab Imam Ahmad yang sebenar sebagai fudhalak al-Hanabilah.

7: Imam Muhammad Bin Ismail al-Bukhari rahimahullah (256h), merupakan penyusun hadis yang terkenal merupakan seorang ulama hadis yang menyucikan Allah Taala dari sifat makhluk seperti bertempat, sudut dan arah. Akidahnya sebagai ahli tanzih inilah yang difahami oleh pensyarah-pensyarah hadisnya.

Syaikh Ali Bin Khalf al-Maliki yang lebih terkenal sebagai Ibn Battal (449h), merupakan salah seorang pensyarah Sahih al-Bukhari. Beliau mengatakan:

“Tujuan al-Bukhari dalam bab ini menyanggah terhadap golongan al-jahmiyyah al-mujassimah yang berpegang dengannya secara zahir. Sesungguhnya telah tetap bahawa Allah bukanlah berjisim, oleh itu tidak perlu kepada tempat untuk menetap padanya. Sesungguhnya (Allah) sedia ada (azali) tanpa tempat. Cuma idafah (disandarkan) al-ma’arij kepadanya merupakan idhafah al-tasyrif. Makna naik kepadanya ialah ketinggianNya44 beserta

menyucikanNya (Allah) dari tempat” 45.

Ibn Battal mengatakan bahawa Imam al-Bukhari memuatkan satu bab di dalam sahihnya bertujuan menolak kepercayaan al-Jahmiyyah yang menyamakan Allah dengan makhluk. Golongan itu mengatakan Allah berada di atas langit kerana ada ayat-ayat al-Quran serta hadis-hadis yang secara zahirnya menampakkan seolah-olah Allah di atas

44 Ketinggian martabat serta darjat, bukannya ketinggian tempat kerana Allah wujud tanpa tempat. 45Fath al-Bari, Ibn Hajar al-Asqalani, 13 / 416.

(20)

langit. Apatah lagi ada ayat yang mengatakan ada tempat naik iaitu “al-ma’arij”46. Lalu golongan ini membayangkan, mengkhayal serta beriktikad Allah berada di atas.

Oleh itulah Ibn Battal menegaskan ianya merupakan idhafah al-tasyrif iaitu sandaran bagi menunjukkan kemuliaan sesuatu itu. Contohnya ialah kita mengatakan Kaabah sebagai Baitullah (Rumah Allah). Bukanlah bermakna Allah perlukan Kaabah untuk berada. Maha Suci Allah dari bertempat di bumi mahupun di langit. Ianya menunjukkan bahawa Kaabah merupakan binaan yang Allah muliakannya, lalu kita disuruh mengadapnya ketika bersembahyang sebagai syarat sah solat. Inilah yang dikatakan sebagai idhafah al-tasyrif.

Ibn Battal menegaskan lagi dengan katanya;

“Tiada kaitan bagi al-mujassimah menetapkan tempat (bagi Allah) di sebabkan mustahilnya Allah Subhanah berjisim atau menjelma pada tempat”47.

Syaikh Ibn Munayyir Maliki (695h) yang merupakan juga pensyarah Sahih al-Bukhari berkata:

“Maka telah diterangkan oleh pengarang (iaitu Imam al-Bukhari) bahawa jihah yang bermakna langit begitu juga yang bermakna Arasy, setiap dari keduanya makhluk yang dicipta lagi baharu. Sesungguhnya Allah sebelum itu lagi (wujud) dan sebelum selainnya (wujud), lalu mengadakan tempat-tempat ini. KeadaanNya yang Qidam48 tidak

memungkinkan untuk menyifatkanNya sebagai memerlukan tempat”49.

8: Imam Abu Jaafar Muhammad Bin Jarir al-Tabari rahimahullah (310h) seorang mujtahid, mufassir yang agung berkata:

46 Surah al-Ma’arij: 3

47Opcit, Ibn Hajar al-Asqalani, 13 / 416.

48 Qidam ialah sedia ada tanpa ada yang lain menjadikanNya. 49Opcit, Ibn Hajar al-Asqalani, 13 / 418.

(21)

“Qaul bagi membuktikan bahawa Allah Azzawajalla Yang Qadim Yang Awal sebelum (wujud) setiap sesuatu (ialah) Dialah al-Muhdis (pencipta) setiap sesuatu dengan qudrahNya Taala yang disebutkan. Antara dalil demikian bahawa tiada sesuatu pun di alam yang musyahadah ini kecuali jisim atau yang berdiri dengan jisim (a’rod), sesungguhnya tiada jisim kecuali bercerai atau pun berhimpun……. …”50.

Selepas beliau menerangkan bukti-bukti kewujudan Allah sebelum ciptaanNya, beliau berkata:

“Maka jelas dengan apa yang kami sifatkan bahawa pencipta segala sesuatu dan yang mewujudkannya adalah (wujud) sebelum setiap sesuatu. Malam dan siang, masa dan waktu adalah baharu. Penciptanya pula yang mentadbirkan dan menguruskannya sebelum itu (telah wujud)51.

Ibn Jarir al-Tabari dalam petikan di atas mengemukakan dalil-dalil bagi membuktikan bahawa Allah yang Qadim lagi Awal yang tiada mula baginya. Allah sebagai tuhan tidak ada mula dan tidak ada pengakhiran. Yang ada mula dan ada akhir hanyalah makhluk yang sebelum itu tidak wujud, lalu dijadikan Allah. Selepas itu pula kesemuanya akan binasa dengan ketentuan Allah Taala.

Oleh kerana wujudnya Allah Taala sebelum wujudnya semua makhluk yang di antaranya tempat, waktu dan zaman, maka selepas Allah menciptakan kesemua makhluk tersebut, Dia tetap dalam keadaanNya yang Qadim. Perubahan tidak berlaku kepada Allah kerana Dia adalah tuhan. Sebarang perubahan hanya berlaku pada makhluk yang baharu.

50Tarikh al-Umam Wa al-Muluk, al-Tabari, 1 /25 51 Opcit, al-Tabari, 1 /25.

(22)

Beliau berkata lagi sebagai penegasan bagi apa yang telah beliau terangkan:

“Maka telah jelas bahawa al-Qadim pencipta setiap sesuatu, penciptanya pula al-Wahid yang mana dia (wujud) sebelum setiap sesuatu. Dialah yang tetap wujud selepas setiap sesuatu (musnah binasa) dan al-Awwal52

sebelum setiap sesuatu, al-Akhir53 selepas setiap sesuatu

(musnah binasa).

Bahawasanya adalah Dia (wujud) tanpa waktu dan masa, tanpa malam serta siang, tanpa kegelapan serta cahaya, tanpa langit serta bumi, tanpa matahari serta bulan dan bintang. Bahawasanya setiap sesuatu selainNya adalah baharu yang ditadbir lagi diciptakan. Bersendirian (Allah) dalam menciptakan kesemuanya tanpa sekutu begitu juga penolong mahupun sandaran”54.

9: Al-Zajjaj, Ibrahim Bin al-Sariy rahimahullah (311h) yang merupakan seorang ulama bahasa yang masyhur berkata ketika menerangkan makna al-A’liyyu bagi Allah yang bermaksud ketinggian:

“Tidak semestinya dibawa (maksud) kalimat al-u’lu sebagai ketinggian tempat, setelah kami terangkan bahawa (makna) demikian tidak harus pada sifat Allah yang Maha suci, begitu juga tidak harus menjadikan Dia boleh digambarkan dengan fikiran, Maha Suci Allah dari demikian Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar”55.

Beliau berkata lagi:

“Allah Taala Tinggi di atas setiap sesuatu, dan tidaklah bermaksud dengan u’lu (tinggi) sebagai tinggi tempat (berada) kerana Allah Taala Maha Suci dari bertempat.

52 Al-Awwal ialah Yang Pertama, wujud tanpa mula atau tanpa diciptakan. 53 Al-Akhir ialah Yang Terakhir, tetap wujud tanpa binasa.

54 Opcit, al-Tabari, 1 /26.

(23)

Yang dikatakan u’lu itu adalah ketinggian kedudukan serta ketinggian pemerintahan / kekuasaan”56.

10: Imam Abu Ja’far, Ahmad Bin Salamah al-Thahawi al-Hanafi rahimahullah (321h) berkata dalam risalah akidahnya yang masyhur iaitu Al-Akidah al-Tahawiyyah:

“Taala (iaitu Allah) dari al-hudud (sempadan),al-ghayat (penghabisan), al-arkan (sudut-sudut), al-a’dok (anggota-anggota yang besar) serta al-adawat ((anggota-anggota-(anggota-anggota yang kecil), tidak dilingkungi oleh arah yang enam57

seperti sekelian makhluk”.

Imam al-Thahawi dalam risalah tersebut menegaskan bahawa Allah sama sekali tidak seperti makhluk. Oleh itu, beliau menyucikan Allah dari bersifat makhluk seperti bersempadan dan penghabisan. Ini kerana semua makhluk Allah adalah berjisim dan jisim tersebut mempunyai sifat tertentu yang diistilahkan oleh ulama kalam sebagai al-a’rod. Jadi kesemua jisim ini dan sifatnya mempunyai sempadan ataupun pengakhiran, sedangkan Allah bukanlah berjisim.

Beliau juga mengatakan Allah tidak beranggota besar mahupun kecil. Ini menafikan akidah golongan yang menyamakan Allah dengan makhlukNya yang bertubuh badan dan sebagainya. Golongan demikian disebut dalam kitab-kitab tauhid dan mazhab sebagai golongan al-musyabbihah al-mujassimah. Akidah Ahli Sunnah seperti yang dinyatakan oleh beliau menafikan Allah dari berjisim serta sifat jisim.

Kalimat yang terakhir yang beliau ungkapkan ialah menafikan Allah dari bersudut atau arah. Ini merupakan penafian dalam menyucikan Allah yang amat jelas bagi menolak dakwaan golongan al-Wahhabiyyah yang mengatakan tuhan di atas langit. Golongan ini mengharuskan menyoal persoalan “Aina Allah (Di manakah Allah?)”. Perkara ini tidak dapat di selindung kerana mereka yang bertugas sebagai penemuduga

56Ibid, ms: 48.

(24)

untuk mengambil pelajar dari Malaysia untuk ditaja ke Arab Saudi bagi meneruskan pembelajaran akan ditemuduga dengan soalan ini, waliyazubillah.

Ketahuilah bahawa Akidah al-Thahawiyyah ini merupakan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenarnya seperti yang disebutkan sendiri oleh beliau sebelum memulakan risalah akidahnya dengan katanya:

“Ini menyebutkan bagi menerangkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut Mazhab Abu Hanifah al-Nu’man al-Sabit al-Kufi……”.

Imam al-Thahawi sendiri merupakan seorang salaf, tergolong di kalangan ulama hadis dan bermazhab Hanafi dalam fekah. Akidah beliau dipelajari di seluruk pelusuk dunia islam zaman berzaman kecualilah bagi golongan al-musyabbihah. Walaupun demikian, akidah ini telah pun dihuraikan oleh seorang yang bermazhab mereka iaitu al-I’z al-Hanafi seperti yang diterangkan. Berhati-hatilah dengan huraian dari kitab tersebut. 11: Imam Ahli Sunnah Wal Jamaah yang tidak dapat disangsikan lagi iaitu Abu al-Hasan al-Asy’ari Rahimahullah (324h) pengasas Mazhab al-Asya’irah berkata:

“Adalah Allah (azali) tanpa tempat, lalu diciptakan Arasy dan Kursi. Dia tidak berhajat kepada tempat dan selepas menciptakan tempat, Dia tetap dalam keadaanNya sebelum menciptakannya (tempat)”58.

Beliau berkata lagi:

“Mengenai al-harakah (pergerakan) dan al-sukun (diam) dan perbincangan mengenainya, asal keduanya (iaitu penafian) ada di dalam al-Quran dan keduanya dalil kepada tauhid. Demikian juga al-ijtima’(penggabungan) dan al-iftiraq (perceraian).

(25)

Allah Taala mengkhabarkan berkenaan KhalilNya Nabi Ibrahim Alaihis Salam Salawatullahi Alaihi Wa Salamuhu (( Tetapi tatkala (bintang) itu tenggelam, baginda berkata: Saya tidak suka kepada yang tenggelam)) Al-An’am: 76. dalam kisah tenggelamnya bintang-bintang, matahari serta bulan dan pergerakannya dari satu tempat kepada tempat yang lain menunjukkan bahawa tuhannya (Allah) tidak harus bagiNya sesuatupun dari (sifat-sifat) demikian. Bahawasanya sesiapa yang harus baginya tenggelam59 dan berubah dari satu tempat

ke tempat yang lain bukanlahlah (tuhan)”60.

Berkenaan imam yang agung ini, golongan al-musyabbihah mengambil kesempatan dengan mengatakan di akhir hayat beliau, beliau telah rujuk kembali kepada aliran salaf yang tidak menakwilkan ayat serta hadis sifat. Mereka juga mendakwa karangan beliau yang terakhir adalah kitab yang berjudul al-Ibanah Fi Usul al-Diyanah

yang merupakan akidah aliran salaf.

Kesemua tersebut tidak benar sama sekali dan untuk mengetahui lebih lanjut, rujuklah buku karangan al-Hafiz Ibn A’sakir yang dikarang khas bagi mempertahankan imam Ahli Sunnah yang agung ini. Ibn A’sakir ini digelar sebagai ahfaz al-huffaz iaitu yang paling hafiz61 antara hafiz di zaman beliau. Buku beliau tersebut berjudul Tabyin

Kazib al-Muftari Fi Ma Nusiba Ila al-Imam Abi al-Hasan al-Asy’ari.

12: Imam Ahli Sunnah Abu Mansur al-Maturidi Rahimahullah (333h) yang merupakan pengasas Mazhab al-Maturidiyyah berkata:

“Sesungguhnya Allah Taala adalah Dia (wujud azali) tanpa tempat, harus ketinggian tempat-tempat dalam keadaan Dia kekal seperti mana dulu (tanpa bertempat),

59 Iaitu sekejap muncul dan tidak.

60 Lihat risalah beliau; Istihsan al-Khaud Fi Ilmi al-Kalam, ms: 40.

61 Hafiz ialah gelaran yang diberikan kepada ulama hadis yang menghafaz hadis lebih dari seratus ribu,

(26)

maka Dia berada dalam keadaanNya yang lalu dan adalah sekarang dalam keadaanNya yang lalu (tidak bertempat), suci dari berubah dan luput”62.

Abu Mansur al-Maturidi dalam menafikan tempat dan sudut bagi Allah berkata lagi:

“Berkenaan mengangkat tangan-tangan ke langit merupakan ibadat. Bagi Allah, seseorang hamba itu beribadat kepadaNya dengan apa (cara) yang Dia kehendaki, Dia mengadapkan mereka kearah yang Dia kehendaki.

Sekiranya seseorang menyangkakan bahawa mengangkat pandangan ke langit kerana Allah di arah yang dia hadapkan, samalah seperti sangkaan bagi sesiapa yang menyangka bahawa Dia di arah bawah bumi dengan sebab dia meletakkan wajahnya di atasnya, mengadap dalam solat dan seumpamanya.

Seperti juga sangkaan bagi orang yang menyangkakan bahawa Dia di timur bumi atau barat oleh kerana mengadap ke arah demikian dalam solat, ataupun di Mekah kerana dia keluar menunaikan haji, Maha Suci Allah dari bersifat demikian”63.

13: Al-Hafiz Muhammad Bin Hibban rahimahullah (354h) yang merupakan penyusun hadis yang masyhur sebagai Sahih Ibn Hibban berkata:

“Alhamdulillah yang tiada bagiNya had (batasan sempadan) lalu dikepungi, tiadalah bagiNya ajal yang ditentukan lalu binasa, tidaklah diliputi denganNYa semua

62Kitab al-Tauhid, al-Maturidi, ms: 69. 63Ibid, ms: 75-76.

(27)

tempat dan tidaklah terkandung bagiNya perjalanan masa”64.

Beliau berkata lagi:

“Adalah (Allah) tiada zaman dan tiada tempat”65. Kata beliau lagi:

“Demikian juga Dia turun (iaitu Allah) tanpa alat, tanpa pergerakan, tanpa perpindahan dari tempat ke tempat”66.

14: Abu Osman al-Maghribi Said Bin Salam rahimahullah (373h). Beliau merupakan seorang tokoh sufi67. Abu al-Qasim al-Qusyairi dalam al-Risalah al-Qusyairiyyah68 menukilkan bahawa pada satu hari, Said Bin Salam pernah bertanyakan kepada khadamnya Muhammad Bin al-Mahbub dengan persoalan:

“Wahai Muhammad, sekiranya bertanya kepadamu seseorang di manakah tuhan kamu? Apakah yang akan kamu jawab? Kata (Muhammad): Aku berkata dimana Dia dalam keadaan sediakala (azali). Berkata (Said): Sekiranya pula ditanyakan dimanakah Dia semasa azali? Apa kamu akan jawab? Kata (Muhammad): Aku katakan dalam keadaan Dia sekarang. Iaitu seperti mana Dia ada (azali) tanpa tempat maka Dia sekarang pun seperti dahulu (tidak bertempat). Kata (Muhammad): Lalu (Said) reda dengan (jawapan)ku dan memberikan jubahnya kepadaku”.

Imam al-Qusyairi menceritakan lagi berkenaan Said Bin Salam ini:

64Lihat Kitab al-Siqat, Ib Hibban, 1 / 1. 65Al-Ihsan Bi Tartibi Sahih Ibn Hibban, 4 / 8. 66Ibid, 2 / 136.

67 Beliau seperti yang disebutkan oleh al-Hafiz al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, 9 / 112;

merupakan salah seorang tokoh sufi, banyak diceritakan mengenai peribadinya yang mulia dan keramatnya.

(28)

“Aku telah mendengar Imam Abu Bakar Bin Furok Rahimahullah berkata: Aku telah mendengar Abu Osman al-Maghribi berkata: Aku dahulunya beriktikad sesuatu berkenaan hadis al-jihah, ketika mana aku memasuki Baghdad hilanglah demikian dari hatiku. Lalu aku tuliskan kepada sahabat-sahabat kami di Mekah: Sesungguhnya aku telah islam kembali sekarang islam yang baru”69.

15: Syaikh Abu Bakar Muhammad Bin Ishaq al-Kalabizi al-Hanafi rahimahullah (380h) berkata ketika menerangkan mengenai akidah sufi:

“Ahli-ahli sufi berijmak bahawa Allah Taala tidak dikepungi oleh tempat dan tidak juga beredar oleh peredaran zaman”70.

16: Syaikh Abu Sulaiman al-Khatabi rahimahullah (388h), pengarang Maa’lim al-Sunan

berkata:

“Bukanlah perkataan kaum muslimin bahawa Allah di atas Arasy bermakna Dia bersentuhan atau memerlukannya atau perlukan ruang pada sudut dari sudut-sudutnya (yang tertentu)….71”.

Kata Abu Sulaiman ini bermakna, Allah Taala mengkhabarkan kepada kita melalui nas al-Quran bahawa Dia di atas Arasy istawa, lalu kita sifatkan Dia demikian tanpa mentakyifkanNya sebagaimana makhluk seperti bersentuhan, perlukan tempat, duduk dan sebagainya seperti yang telah di terangkan.

17: Syaikh Abu Abdullah al-Husain Bin al-Hasan al-Halimi al-Syafii rahimahullah (403h) berkata:

69Opcit, al-Qusyairi, ms: 5.

70 Al-Taa’ruf Li Mazhab Ahli al-Tasawwuf, al-Kalabazi, ms: 33. 71A’lam al-Hadis, al-Khattabi, Kitab Bad’u al-Khalq, 2 / 1474.

(29)

“Berkenaan menyucikan Allah dari tasybih dengan menetapkan bahawa Dia bukanlah jauhar begitu juga bukan arad. Kerana sesungguhnya terdapat kaum yang sesat dari jalan kebenaran lalu menyifatkan Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Terpuji dengan sebahagian sifat-sifat makhluk.

Sebahagian mereka ini berkata: Dia (Allah) adalah jauhar, sebahagian yang lain pula berkata: Sesungguhnya Dia jisim. Sebahagian yang lain mengharuskan bahawa Dia berada di atas Arasy seperti mana Raja di atas singgah sananya. Demikian itu mewajibkan kufur bagi yang berkata demikian seperti (golongan) ta’til dan syirik.

Apabila seseorang yang percaya menetapkan bahawa Dia (Allah) tidak ada seumpamaNya daripada sesuatu, himpunan dari semua itu menetapkan bahawa Dia bukanlah jauhar begitu juga a’rad, lalu ternafilah tasybih.

Kerana sekiranya Dia jauhar atau a’rad, sudah pasti harus bagiNya apa yang harus bagi segala jauhar dan a’rad. Sekiranya Dia bukan jauhar mahupun a’rad, tidak boleh bagiNya apa yang boleh bagi segala jauhar berdasarkan ianya jauhar seperti penggabungan percantuman, berjisim, perlukan ruang, pergerakan dan diam. Begitu juga (tidak harus bagi Allah) apa yang harus bagi a’rad berdasarkan ianya a’rad seperti baharu dan tidak kekal”72.

18: Qadi Abu Bakar Muhammad al-Baqillani al-Maliki al-Asya’ri rahimahullah (403h). Beliau disifatkan oleh Abu al-Fadl al-Tamimi73 sebagai Nasir al-Sunnah dan Imam

al-Muslimin yang menguatkan syariah menentang golongan yang merosakkan agama. Beliau berkata:

72 Al-Minhaj Fi Syu’bi al-Iman, al-Halimi, 1 / 184.

(30)

“Kami tidak berkata sesungguhnya Arasy bagiNya (Allah) menetap dan Dia bertempat, kerana sesungguhnya Allah Taala adalah Dia (wujud azali) tanpa bertempat, lalu selepas menciptakan tempat, Dia tidak berubah daripada keadaanNya (yang azali)”74.

Beliau berkata lagi:

“ Wajib diketahui bahawa setiap apa yang menunjukkan kepada yang baharu atau merupakan kekurangan maka tuhan Maha Suci daripada perkara tersebut, antaranya: Allah Taala terpelihara dari dikhususkan dengan sudut sudut (tertentu), (terpelihara) dari bersifat dengan sifat-sifat makhluk, demikian juga tidak bersifat-sifat dengan berubah dan berpindah, berdiri dan duduk, kerana firman Allah Taala ((Tiadalah sesuatupun menyerupai Dia )) Surah al-Syura: 11” 75.

19: Imam Abu Mansur Abdul Qahir Bin Tahir al-Tamimi al-Baghdadi rahimahullah (429h) berkata:

“ Mereka telah berijmak (iaitu ahli al-sunnah) bahawa Dia (Allah) tidak diliputi oleh tempat dan tidak beredar oleh peredaran zaman”76.

20: Abu Muhammad Ali Bin Ahmad yang lebih terkenal sebagai Ibn Hazim al-Zahiri (456h) berkata:

“Sesungguhnya Allah Taala tidak bertempat dan tidak berzaman, bahkan Dia (Allah) Taala pencipta zaman-zaman dan tempat-tempat”77.

74 Al-Insaf Fi Ma Yajibu I’tiqaduhu Wa La Yajuzu al-Jahlu Bihi, al-Baqillani, ms: 65. 75Ibid, ms: 64.

76Al-Farqu Baina al-Firaq, ms: 333.

(31)

Sambung beliau lagi:

“Adalah zaman dan tempat keduanya makhluk, sesungguhnya adalah (Allah) Taala sebelum keduanya lagi. Adapun tempat ianya bagi jisim-jisim”78.

Ibn Hazim al-Zahiri merupakan seorang ulama yang ditentang oleh ulama Ahli Sunnah kerana banyak fatwa-fatwa beliau yang ganjil dan menyalahi Ahli Sunnah. Beliau terkenal kerana menolak konsep al-Qiyas dalam berijtihad dan hanya mengambil secara zahir sahaja. Meski pun begitu, beliau tidak pula mengambil secara zahir atau literal terhadap ayat-ayat yang mutasyabihat seperti yang dipegangi oleh golongan al-musyabbihah yang sesat.

21: Al-Hafiz Abu Bakar Ahmad Bin Husain al-Baihaqi al-Syafii rahimahullah (458h) berkata:

“Yang diriwayatkan pada akhir hadis ini menunjukkan kepada penafian tempat bagi Allah Taala. Sesungguhnya seseorang hamba di mana sekalipun dia berada maka dia dalam keadaan dekat dan jauh daripada Allah Taala adalah sama. Sesungguhnya Allah Taala al-Zahir, boleh mengetahuiNya dengan dalil-dalil. Al-Batin yang tidak boleh mengetahuiNya seperti keadaanNya bertempat.

Oleh itu berdalilkan sebahagian sahabat-sahabat kami dalam menafikan tempat bagi Allah dengan sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam: “Dikaulah al-Zahir maka tiadalah di atas kamu sesuatu, dan Dikaulah al-Batin yang tiada di bawah kamu sesuatu”. Apabila tiada bagiNya atas dan bawah sesuatu, maka tiadalah Dia bertempat”79.

78Ibid, ms: 65.

(32)

Di sini Imam al-Baihaqi menerangkan bahawa sebahagian ulama Ahli Sunnah dalam Mazhab al-Asya’iroh menafikan tempat bagi Allah Taala berdasarkan hadis tersebut.

22: Abu al-Qasim Abdul Karim al-Qusyairi rahimahullah (465h) dalam risalahnya yang masyhur; al-Risalah al-Qusyairiyyah80 berkata ketika menerangkan mengenai akidah sufi:

“Fasal ini menerangkan akidah-akidah mereka dalam masalah-masalah tauhid. Kami sebutkannya mengikut tertib. Telah berkata syaikh tarikat ini mengikut apa yang ditunjukkan dari kalam-kalam mereka yang pelbagai dan keseluruhannya serta karangan-karangan mereka dalam tauhid, sesungguhnya al-Haq Subhanahu Wa Taala maujud Qadim tidak serupa sesuatu dari makhluk-makhluk, bukan berjisim, bukan jauhar serta a’rad, begitu juga bukan sifat-sifat a’rad, tidak tergambar oleh sangkaan, tidak tercapai oleh akal, tiada bagiNya sudut dan tempat, tidak berlalu bagiNya oleh peredaran waktu dan zaman”.

23: Abu al-Muzaffar al-Isfarayini al-Asy’ari rahimahullah (471h) berkata:

“Bab kelima belas yang menerangkan iktikad ahli Sunnah Wal Jamaah: Hendaklah kamu ketahui bahawa setiap apa yang menunjukkan kepada sesuatu itu baharu daripada had (batasan sempadan), nihayah (penghabisan), makan (tempat), jihah (arah), sukun (diam), al-harakah (pergerakan), maka ianya mustahil bagiNya Subhanahu Wa Taala. Ini kerana apa yang tidak baharu

(33)

(iaitu Allah azali abadi) tidak harus bagiNya apa yang menunjukkan kepada al-hudus (baharu)”81.

24: Imam Abu Ishaq al-Syirazi al-Syafi’i al-Asya’ri rahimahullah (476h) dalam akidahnya82 menerangkan:

“Sesungguhnya istiwaNya (Allah) bukanlah istiqrar (menetap) mahupun mulasaqah (bersentuh) kerana istiqrar dan mulasaqah sifat jisim-jisim yang makhluk. Sedangkan tuhan Azzawajalla qadim azali, maka menunjukkan bahawa Dia adalah (azali) tanpa tempat kemudian menciptakan tempat dan Dia tetap dalam keadaanNya (azali tidak bertempat).”

25: Imam al-Haramain Abu al-Maa’li Abdul Malik Bin Abdullah al-Juwaini al-Asya’ri rahimahullah (478h) berkata:

“Al-Bari (Allah) Subhanahu Wa Taala Qaim Bi Nafsihi (Maha Kaya dari sekelian makhlukNya), Maha Tinggi dari iftiqar (berhajat) kepada tempat untuk berada”83.

Kata beliau lagi:

“Mazhab ahli haq kesemuanya mengatakan Allah Subhanahu Wa Taala Maha Suci dari al-tahayyuz (perlukan ruang) dan al-takhosus bi al-jihat (tertentu oleh arah-arah)”84.

Kata-kata Imam al-Haramain al-Juwaini yang menukilkan ijmak ini jelas dan tegas menafikan Allah tertentu kedudukannya di arah atas seperti yang diisbatkan oleh al-musyabbihah.

81Al-Tabsir Fi al-Din, al-Isfarayini, ms: 161.

82 Lihat akidah beliau dalam mukadimah kitabnya Syarah al-Luma’, 1 /101. 83 Al-Irsyad Ila Qawati’ al-Adillah, al-Juwaini, ms: 53.

(34)

26: Abu Said al-Mutawalli al Syafii al-Asya’ri rahimahullah (478h) yang merupakan salah seorang ashab al-wujuh dalam Mazhab al-Syafii berkata:

“Telah sabit dengan dalil bahawa tidak boleh menyifatkan zatNya dengan yang baharu, kerana jauhar perlukan ruang sedangkan al-Haq Taala tidak boleh Dia berkeadaan memerlukan ruang”85.

Kata beliau lagi:

“ Tujuan fasal ini ialah menafikan-Allah-berhajat kepada tempat dan arah, berlainan dengan Karamiyyah dan al-Hasyawiyyah di mana mereka berkata: Sesungguhnya Allah di arah atas”86.

27: Syaikh Abu Hamid Muhammad Bin al-Ghazali al-Syafii al-Asya’ri rahimahullah (505h) yang terkenal dalam Mazhab al-Syafii dan masyhur dengan kitab Ihyak Ulum al-Din berkata:

“Maha Tinggi-iaitu Allah-dari diliputi oleh tempat seperti mana dia suci dari di sempadani oleh masa. Bahkan Dia (wujud) sebelum menciptakan masa dan tempat. Oleh itu Dia sekarang seperti mana dahulu (azali abadi tanpa bertempat dan masa)”87.

Imam al-Ghazali Rahimahullah berkata lagi:

“Asal yang ke tujuh: ilmu bahawa Allah Taala Maha Suci zatNya dari dikhususkan dengan arah-arah. Sesungguhnya arah berlaku dalam keadaan atas, bawah, kanan, kiri, hadapan atau belakang. Arah-arah ini Dialah yang menjadikannya dan mewujudkannya dengan perantaraan penciptaan manusia, di mana dijadikan

85Al-Ghunyah Fi Usul al-Din, ms: 83. 86Ibid, ms: 73.

(35)

baginya dua arah. Salah satunya yang tertumpu pada bumi dinamakan kaki dan yang lain yang bertentangan dinamakan kepala.

Lalu terjadilah nama “atas” bagi yang bertentangan sudut kepala dan nama “bawah” bagi yang bertentangan sudut kaki. Sehinggakan semut yang merayap secara terbalik di bawah bumbung tertukar, sudut atas bagi dirinya adalah bawah biar pun bagi kita ianya sudut atas88.

Dan (Allah) menciptakan bagi manusia dua tangan, salah satunya lebih kuat dari sebelah lagi secara kebiasaannya, lalu terbitlah nama yamin (kanan) bagi yang kuat dan nama syimal (kiri) bagi yang bertentangannya. Lalu dinamakan yang bertentangan dengan arah yamin sebagai yamin dan yang lain syimal.

Dan (Allah) jadikan dua arah, dapat melihat dari salah satunya dan bergerak menuju kearahnya lalu timbullah nama hadapan bagi arah yang kita tuju padanya dengan pergerakan dan nama belakang bagi (arah) yang berlawanan. Oleh itu, arah-arah tersebut adalah baharu dengan baharunya manusia89.

Selanjutnya Imam al-Ghazali menegaskan:

“Maka bagaimanakah adalah (Allah) yang azali dikhususkan dengan arah sedangkan arah adalah baharu? Atau bagaimanakah boleh menjadi dikhususkan dengan arah selepas tiada pun sebelum itu bagiNya (arah)?90.

88 Iaitu kita mendongak melihat semut di atas lalu kita kata semut di bahagian atas dan kita di bawah, bagi

semut pula yang berada di siling atau pun bumbung, baginya adalah bawah dan ia melihat kita sebagai berada di atas.

89 Lihat Ihyak Ulum al-Din, Kitab Qawaid al-Aqa’id, al-Faslu al-Thalis, 1 / 128. 90Ibid.

(36)

28: Syaikh Abu al-Mu’in Maimun Bin Muhammad al-Nasafi rahimahullah (508h) berkata:

“Pandangan mengenai tempat (iaitu mengatakan Allah bertempat) menafikan tauhid”91.

Tegas beliau lagi dalam kata-katanya yang lain:

“Sesungguhnya kami telah menetapkan dengan berdasarkan ayat-ayat yang muhkamat yang langsung tidak menerima pentakwilan dan dengan dalil-dalil akal yang tiada ruang untuk takwil bahawa memungkinkan (Allah) berada pada tempat tertentu atau tempat-tempat semuanya mustahil”92.

29: Syaikh Abu Nasr Abdul Rahim Bin Abdul Karim yang lebih dikenali sebagai Ibn al-Qhusyairi rahimahullah (514h) berkata:

“ Maka Tuhan, oleh itu bersifat dengan ketinggian dan atas dari sudut kedudukan dan kebesaran, terpelihara keadaanNya dari memerlukan tempat”93.

Syaikh Abu Nasr ini disifatkan oleh al-Hafiz Abdul Razzaq sebagai imam al-a’immah94.

30: Al-Qadhi Abu al-Walid Muhammad Bin Ahmad yang lebih dikenali sebagai Ibn Rusyd al-Jadd al-Maliki rahimahullah (520h) berkata:

“Bukanlah (Allah) berada di tempat, maka sesungguhnya Dia (wujud) sebelum Dia menciptakan tempat”.

Kata beliau ini dimuatkan oleh Ibn al-Hajj al-Maliki dalam kitabnya al-Madkhal95.

91Tabsiratu al-Adillah, al-Nasafi1 / 171. 92Opcit, 1 / 182.

93Opcit, Murtadha al-Zabidi, 2 / 108.

94 Dinukilkan oleh al-Hafiz Ibn A’sakir dalam Tabyin al-Kazib al-Muftari.

(37)

Seterusnya Ibn Rusyd al-Jadd al-Maliki berkata lagi:

“Maka tidak dikatakan aina (di mana) begitu juga Kaif (keadaanNya) dan tidak dikata mata (bila) kerana Dialah pencipta zaman dan tempat”96.

Dalam penegasan beliau yang lain, beliau berkata:

“Dan idhafahnya (iaitu menyandarkan Arasy) kepada Allah Taala merupakan atas makna al-tasyrif (kemuliaan) baginya, seperti mana dikatakan: Baitullah dan Haramnya. Bukanlah bermakna ia tempat bagiNya dan tempat Dia berada menetap”97.

31: Syaikh Muhammad Bin Abdul Karim al-Syahrustani al-Syafii rahimahullah (548h) berkata:

“Maka mazhab ahlul haq (mengatakan) bahawa Allah Subhanah tidak menyerupai sesuatu dari makhluk-makhluk dan makhluk tidak menyerupaiNya dari sudut apa pun dari sudut persamaan dan perserupaan ((Tiadalah sesuatupun menyerupai Dia (Allah) dan Dialah yang Maha mendengar lagi Maha Melihat))Surah al-Syura: 11. Maka tiadalah al-Bari Subhanah jauhar dan bukanlah jisim, bukan a’rad dan tidak (berada) di tempat mahupun masa”98.

32: Al-Hafiz Abu al-Qasim Ali Bin al-Hasan Bin Hibatullah yang terkenal sebagai Ibn A’sakir Dimasyqi rahimahullah (571h) dalam menerangkan akidah Abu Hasan al-Asy’ari menukilkan dari al-Qadi Abu al-Ma’ali Bin Abdul Malik sebagai berkata:

96Ibid, Nasaih al-Muriid, 3 / 181.

97Ibid, Faslun Fi al-Isytighal Bi al-Ilmi Yaum al-Jum’ah, 2 / 149. 98Nihayah al-Aqdam, al-Syahrustani,ms: 103.

Referensi

Dokumen terkait

Didukung dengan adanya beberapa stasiun pemancar TV yang ada di kota Surabaya seperti yang dapat dilihat pada tabel 1 dan peta persebarannya pada gambar 1, maka

LUAS WILAYAH, JUMLAH DESA/KELURAHAN, JUMLAH PENDUDUK, JUMLAH RUMAH TANGGA, DAN KEPADATAN PENDUDUK MENURUT KECAMATAN.. KABUPATEN/KOTA KEBUMEN TAHUN

Dari uraian diatas ada satu masalah yang sangat menarik untuk saya angkat untuk dijadikan sebagai penelitian dan tolak ukur bagi para pengajar karena disamping

Kapal berbendera Indonesia diwajibkan memiliki Surat Izin Penangkapan Ikan (SIPI) untuk menangkap ikan baik di perairan Indonesia (yang terdiri dari perairan kepulauan

Tujuan Tugas analisis kelayakan ini adalah menganalisis dan mengetahui apakah pabrik pupuk organik granul yang akan didirikan Di Yogyakarta layak didirikan dari aspek pasar,

Sistem Genital Jantan pada Katak Sawah (Rana cancrivora) Keterangan Gambar : 1.1. Sistem Genitalia Marmut Betina (Cavia porcellus) Keterangan

Karena, dalam penggunaannya juga mudah dan praktis, bisa dilakukan dimana saja dan kapan saja, dilihat dari hasil pelaksanaan evaluasi pembelajaran berbasis Google

Pada kondisi lingkungan yang subur gulma akan tumbuh dengan cepat dan pada kondisi lingkungan yang kurang baik gulma juga dapat tumbuh namun tidak terlalu cepat