• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fatwa Dari Sumber Rujukan Sekunder

4.3.3.4 Fatwa Tanpa Sumber Rujukan

Seperti perbincangan dalam ringkasan fatwa oleh Sheikh „Ali Juma‟ah dalam tajuk sebelum ini, fatwa yang diringkaskan tersebut kebanyakannya tidak menyatakan sumber rujukan fatwa. Fatwa-fatwa tersebut hanya dinyatakan hukumnya tanpa didatangkan dengan dalil-dalil yang menyokong hukum tersebut.

308

al-Qasimi,Muhammad Jamal al-Din (1986), al-Fatwa fi al-Islam, Beirut : Dar al-Kutub al-„Ilmiah, cet. 1, hal. 80

309

Alias bin Azhar (2001), “Metodologi Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Dalam Mengeluarkan Fatwa-Fatwa : Kajian Dari Tahun 1985-1995” ( Disertasi, Fakulti Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya), hal. 123

310

Elyias Othman (2002/2003), “Metodologi Fatwa Sayyid „Alwi bin Tahir al-Haddad; Mufti Kerajaan Negeri Johor, (Disertasi Ijazah Sarjana Muda Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya), hal. 89

172

Seperti yang disimpulkan dalam perbincangan sebelum ini, ringkasan jawapan fatwa tersebut dianjurkan untuk dilakukan sedemikian sekiranya telah jelas hukum perkara tersebut. Oleh yang demikian, Sheikh „Ali Juma‟ah banyak berfatwa dengan ringkasan serta tidak menyertakan dalil dan sumber rujukan untuk menguatkan hujah.

Disini penulis cuba mengkaji beberapa fatwa yang diputuskan oleh beliau tanpa disokong oleh dalil-dalil bagi melihat penggunaan sumber hukum sebenar terhadap fatwa-fatwa tersebut.

Antara soalan yang ditanya oleh mustafti dalam kitab ini adalah seperti :

Soalan : Assalamualaikum. Adakah boleh saya mengahwini saudara

perempuan kepada isteri ayah saya?

Jawapan : Ya. Diharuskan untuk kamu.311

Dalam fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh „Ali Juma‟ah di atas, beliau meringkaskan jawapan tersebut tanpa mendatangkan apa-apa dalil yang menyokong pendapat beliau itu. Namun begitu, penulis menganalisis fatwa ini bagi melihat dalil yang digunakan oleh Sheikh „Ali Juma‟ah berdasarkan fatwa yang telah diputuskan.

173

Dalam ayat ke 23 surah al-Nisa‟, Allah telah berfirman :

ﮉ ﮈ ﮇ ﮆ ﮅ ﮄ ﮃ

ﮑ ﮐ ﮏ ﮎ ﮍ ﮌ ﮋ ﮊ

ﮙ ﮘ ﮗ ﮖ ﮕ ﮔ ﮓ ﮒ

ﮤ ﮣ ﮢ ﮡ ﮠ ﮟ ﮞ ﮝ ﮜ ﮛ ﮚ

ﮬ ﮫ ﮪ ﮩ ﮨ ﮧ ﮦ ﮥ

﮹ ﮸ ﮷ ﮶ ﮵ ﮴ ﮳ ﮲ ﮱ ﮰ ﮯ ﮮ ﮭ

312

Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (wanita-wanita berikut): ibu-ibumu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, saudara-saudara bapamu, dan saudara-saudara ibumu, anak-anak saudaramu yang lelaki, anak-anak saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang telah menyusukan kamu, saudara-saudara susuanmu, ibu-ibu isterimu, anak-anak tiri yang dalam pemeliharaanmu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka, maka tiadalah salah kamu mengahwininya. Dan bekas isteri anak-anakmu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan menghimpunkan dua beradik (untuk dikahwini), kecuali yang berlaku di masa lalu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-Nisa‟, 4:23)

Dalam ayat di atas, Allah telah menjelaskan bahawa golongan-golongan yang dinyatakan berdasarkan ayat tersebut adalah golongan yang diharamkan untuk seseorang muslim mengahwininya. Oleh itu, fatwa yang dikemukakan oleh Sheikh „Ali Juma‟ah tentang keharusan untuk mengahwini saudara perempuan kepada isteri bapa adalah tepat. Ini kerana saudara perempuan yang dimaksudkan dalam

312 Surah al-Nisa‟, ayat 23

174

soalan itu adalah saudara perempuan kepada isteri bapa yang berkahwin selain daripada ibunya. Ayat al-Quran di atas pula menjelaskan golongan yang diharamkan adalah saudara kepada ibu, iaitu ibu saudara kepada seseorang muslim. Kesimpulannya, fatwa ini sebenarnya bersumberkan al-Quran, namun ianya tidak dijelaskan kerana ianya berkemungkinan suatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan dan kefahaman kepada masyarakat.

Dalam fatwa lain, seorang mustafti telah bertanya kepada Sheikh „Ali Juma‟ah tentang hukum pengiklanan perkahwinan yang disampaikan oleh imam selepas selesai berkhutbah pada solat Jumaat. Sheikh „Ali Juma‟ah menjelasakan bahawa :

Jawapan : sekiranya keadaan yang berlaku adalah seperti dalam

pertanyaan, iaitu imam akan mengumumkan orang yang ingin berkahwin selepas khutbah Jumaat beliau, maka tiada halangan bagi perbuatan tersebut, bahkan ianya disunatkan.313

Jika diteliti daripada fatwa tersebut, Sheikh „Ali Juma‟ah hanya menjelaskan hukum tanpa mendatangkan dalil-dalil yang menyokong pendapat beliau. Namun begitu, setelah dikaji, fatwa beliau ini boleh disandarkan kepada dalil yang diterima. Terdapat satu hadith yang menjelaskan tentang hukum mengiklankan perkahwinan ini.

175

ِنَمْحَّرلا ِدْبَع ىَلَع ىَأَر َمَّلَسَو ِوْيَلَع ُوَّللا ىَّلَص َّيِبَّنلا َّنَأٍكِلاَم ِنْب ِسَنَأ ْنَع

ًةَأَرْما ُتْجَّوَزَ ت يِّنِإ ِوَّللا َلوُسَر اَي َلاَق اَذَى اَم َلاَ َ ف ٍةَرْفُص َرَ ثَأ ٍفْوَع ِنْب

ٍةاَشِب ْوَلَو ْمِلْوَأ َكَل ُوَّللا َكَراَبَ ف َلاَق ٍبَىَذ ْنِم ٍةاَوَ ن ِنْزَو ىَلَع

314

Daripada Anas bin Malik, sesungguhnya Nabi SAW teleh melihat ditangan Abd al-Rahman bin „Auf kesan kekuningan maka baginda bertanya : apakah ini?, maka Abd al-Rahman menjawab : Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah mengahwini seorang perempuan dengan mahar emas seberat biji kurma. Rasulullah bersabda : Allah memberkati kepadamu, anjurkan walimah walaupun dengan sembeliah seekor kambing.

Imam al-Nawawi dalam kitab beliau 315 turut menjelaskan hukum mengiklankan walimah adalah sunnah berdasarkan kepada hadith tersebut. Ini menguatkan lagi fatwa yang telah diputuskan oleh Sheikh „Ali Juma‟ah dalam kitab beliau itu. Selain daripada itu juga, cara pengiklanan tersebut tidak menjadi masalah selagi ianya tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan perkara tersebut menjadi adat di kalangan masyarakat di sana.

Berdasarkan contoh di atas, setiap fatwa yang dikeluarkan oleh seorang mufti mesti mempunyai sumber rujukan fatwa. Walaupun analisis yang dilakukan oleh penulis tidak merangkumi semua fatwa tanpa sumber rujukan, namun secara kesimpulannya Sheikh „Ali Juma‟ah tetap merujuk kepada sumber rujukan sebelum memutuskan fatwa walaupun beliau tidak menyatakan sumber rujukan tersebut. Metode ini walaupun tidak memberi penjelasan dengan mengemukakan sumber rujukan masih lagi menepati kaedah para ulama silam dalam berfatwa. Perkara ini

314

al-Bukhari, Muhammad bin Ismail Abu Abdullah (1987), Sahih al-Bukhari, Beirut : Dar Ibn Kathir, Jld. 16, No. Hadith 4758, hal. 131

315

al-Nawawi, Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf (2007), al-Majmu‟ Syarh al-Muhadhdhab, Beirut : Dar al-Kutub al-„Ilmiah, cet. 1, Jld. 16, hal. 392.

176

telah dijelaskan dalam pendahuluan tajuk ini berdasarkan kepada pendapat daripada Abu al-Wahid al-Simari :

“Bukanlah suatu perkara yang menjadi adat (kebiasaan) bagi seorang mufti untuk menyebutkan di dalam fatwanya cara dia berijtihad, cara

menggunakan qiyas dan Istidlal…”316

Oleh itu, penjelasan seseuatu fatwa seperti ini diterima oleh ulama kerana kebiasaannya mufti tidak menjelaskan panjang lebar tentang dalil yang digunakan melainkan ianya diminta oleh mustafti. Selain itu, sumber rujukan fatwa yang disandarkan mesti daripada sumber yang diterima dan dapat memberi kefahaman kepada mustafti.