• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 3 : FATWA DAN METODE BERFATWA

4.2 Pengenalan Kitab

4.2.3 Format Penyusunan dan Pengkategorian Bab

Kitab al-Kalim al-Tayyib - Fatawa „Asriyyah ini dimulakan dengan sedikit pendahuluan yang menbincangkan secara ringkas tugas seorang mujtahid untuk menggunakan akal bagi menghadapi pelbagai persoalan dari masyarakat. Penggunaan akal yang dimaksudkan adalah penggunaan yang bertepatan dengan syarak dan bukan mengikut hawa nafsu. Turut dibincangkan ialah perbezaan diantara fatwa dan fekah. Tugas dan cabaran seorang mufti juga diselitkan secara ringkas.

Kitab ini merupakan kitab yang membincangkan fatwa berkaitan dengan fekah secara umumnya. Oleh yang demikian, penyusunan bab dalam kitab ini menyamai penyusunan penulisan-penulisan fekah secara umumnya. Penyusunan ini dimulakan dengan perbahasan mengenai ibadah, muamalat, kekeluargaan dan jenayah. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bab luar daripada skop fekah yang turut dimuatkan dalam kitab ini. Struktur penyusunan bab yang terkandung dalam kitab ini boleh dilihat seperti berikut :

130

Jadual 4.3 :Format Penyusunan Bab Dalam Kitab al-Kalim al-Tayyib - Fatawa

„Asriyyah

Bab Perkara Bab Perkara

1 Fatwa Taharah (Bersuci) 11 Fatwa Usrah ( Kekeluargaan )

2 Fatwa Solat 12 Fatwa Wakaf

3 Fatwa Zakat 13 Fatwa Mirath (Pusaka)

4 Fatwa Haji 14 Fatwa Nikah

5 Fatwa Puasa 15 Fatwa Talak

6 Fatwa Jual Beli dan Muamalat

Maliah 16 Fatwa Jenayah

7 Fatwa Ijarah ( Sewaan ) 17 Fatwa Hak-Hak Kemanusiaan dan

Kewanitaan

8 Fatwa Jihad 18 Fatwa Akhlak dan Adab

9 Fatwa Akidah 19 Fatwa Ideologi Semasa

10 Fatwa Ilmu 20 Fatwa Pakaian dan Perhiasan

Sumber : al-Kalim al-Tayyib - Fatawa „Asriyyah

Jika dilihat daripada format penyusunan bab ini, Sheikh „Ali Juma‟ah memulakan dengan fatwa berkaitan dengan bersuci sama seperti penyusunan kitab-kitab fekah yang lain237. Ia diikuti dengan bab ibadah yang lain seperti solat, zakat haji dan puasa. Seterusnya, penyusunan bab beralih kepada fatwa-fatwa berkaitan muamalat seperti jual beli dan sewaan serta fatwa tentang jenayah. Selain fatwa berkaitan dengan fekah, terdapat juga fatwa-fatwa lain seperti akhlak, hak-hak kemanusian, akhlak, ideologi semasa dan pakaian turut dimuatkan. Jadual 4.1 di atas menunjukkan jumlah fatwa diluar bidang fekah adalah kurang berbanding bidang fekah yang menjadikan kitab ini sebagai satu kitab fatwa yang lebih berteraskan hukum-hukum fekah.

237

Pembahagian bab dalam kitab fekah mempunyai persamaan antara satu sama lain. Ia dimulakan dengan perbincangan berkaitan dengan bersuci, kemudian solat dan seterusnya hingga kepada jenayah dan „uqubah. Contoh kepada pembahagian bab boleh dilihat kitab Majmu‟. Lihat Nawawi, Muhyi Din Yahya bin Syaraf (2007), Majmu‟ Syarh Muhaddhab, Beirut : Dar al-Kutub al-„Ilmiah, cet. 1

131

Daripada analisis yang dilakukan kepada kitab al-Kalim al-Tayyib -

Fatawa „Asriyyah, penulis mendapati penyusunan yang teratur telah dilakukan oleh

Sheikh „Ali Juma‟ah. Namun, terdapat beberapa kesimpulan pada pandangan penulis dalam penyusunan dan pengkategorian bab. Antara kesimpulan tersebuat adalah :

1. Penyusunan dan pengkategorian yang tidak konsisten berdasarkan jumlah fatwa setiap bab. Dalam perbincangan lepas, terdapat perjumlahan fatwa mengikut bab dan bidang seperti dalam jadual 4.1. Daripada jumlah tersebut, perbezaan yang ketara daripada jumlah fatwa setiap bidang. Jurang yang terlalu besar dapat diperhatikan daripada jumlah fatwa dalam bab puasa sebanyak 46 fatwa manakala dalam bab jenayah hanya terdapat 2 fatwa sahaja. Walaubagaimanapun, kitab ini merupakan pengumpulan daripada permasalahan yang diajukan oleh mustafti. Oleh yang demikian, bidang yang diajukan kesemuanya berdasarkan keperluan mereka.

2. Penyusunan bab juga kelihatan tidak teratur. Daripada pemerhatian penulis, Sheikh „Ali Juma‟ah meyelitkan beberapa bab di luar bab ibadah bersama-sama bab ibadah. Pembahagian berdasarkan bidang ibadah dan akidah contohnya perlu diasingkan bagi memudahkan pembaca merujuk kitab ini. Contoh ketidakteraturan ini adalah seperti bab akhlak dan ilmu diselitkan diantara bab jihad dan kekeluargaan.

132

3. Fatwa yang dimuatkan berturutan dan berdasarkan kepada persoalan yang ditanya. Namun terdapat beberapa pengulangan soalan dan fatwa yang dimuatkan dalam kitab ini. Contoh kepada pengulangan ini adalah seperti fatwa berkaitan Zawaj „Urfi. Pertanyaan dan fatwanya disebut pada halaman 325 kemudiannya diulang pada halaman 334.238

4. Selain itu, daripada pemerhatian penulis, penyusunan fatwa berdasarkan bidang juga tidak konsisten dengan terdapat beberapa fatwa yang diletakkan dalam bab yang tidak berkaitan. Antara contoh fatwa ini adalah tentang hukum penjualan barangan tercicir milik orang lain239. Fatwa ini telah dimuatkan dalam bab kekeluargaan, tetapi biasanya berada dalam bab kehartaan atau bab tersendiri dalam kitab-kitab fekah yang lain240.

Penulis tidak menemui sebarang pendapat ulama yang menyatakan perlunya kepada pembahagian bab yang konsisten. Ini ditambah pula dengan realiti kitab ini yang mengumpulkan pertanyaan daripada orang awam. Jadi, perbezaan bilangan fatwa setiap bab adalah perkara yang biasa. Fatwa selain ibadah juga yang wujud dalam kitab ini juga adalah perkara normal yang berlaku dalam mana -mana penulisan. Ini bertepatan dengan judul kitab ini yang terarah kepada pelbagai permasalahan semasa. Oleh itu, setiap permasalahan yang menjadi persoalan pada masa kini mungkin dimuatkan dalam kitab ini. Walau bagaimanapun, dalam masalah fatwa yang berulang atau fatwa yang diletakkan dalam bidang yang tidak berkaitan, penulis merasakan perlunya penelitian semula terhadap perkara tersebut.

238Sheikh „Ali Juma‟ah (2006), Op. Cit., Bab Fatwa Nikah, hal. 325 dan 334 239

Ibid., Bab Fatwa Kekeluargaan, hal. 260 240

Muhyi al-DinYahya bin Syaraf (2007), al-Majmu‟ Syarh al-Muhadhdhab, Beirut : Dar al-Kutub al-„Ilmiah, cet. 1, jld 15, hal.249

133

Ini adalah bagi memudahkan pembacaan dan pencarian fatwa kepada para pembaca. Selain itu juga pengulangan fatwa juga tidak memberi apa-apa faedah.

4.3 Metode Berfatwa Sheikh „Ali Juma‟ah dalam Kitab al-Kalim al-Tayyib -