Contoh :
Ayat
Subjek Predikat Frasa Kerja
(1). Emak
(2). Emak Ahmad (3). Pemuzik itu (4). P.Ramlee
menjemur kain.
menjual sayur di pasar. meniup saksofon. mencipta lagu itu.
5.2 Binaan Frasa Kerja
Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut. Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya.
5.2.1 Frasa Kerja Tanpa Objek
Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat.
Contoh :
(5). Faisal tidur lena.
(6). Budak nakal itu terjatuh lagi. (7). Dia selalu bergaduh.
Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (91) , (92) dan (93) menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang.
Contoh:
(8). Faisal tidur lena di bilik tidur.
(9). Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang. (10). Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah.
Dalam ayat (94), (95), dan (96), kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek) Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut.
5.3 Frasa Kerja Dengan Objek
Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek, Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut.
Contoh:
Frasa Kerja
Kata Kerja Transitif Penyambut
Menaikkan bendera
menganyam tikar
membaiki radio
Contoh ayat lengkap:
(11). Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan. (12). Ibu menganyam tikar setiap hari.
(13). Mahmud membaiki radio yang telah rosak.
Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. Dalam ayat (11), (12) dan (13), frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Dalam konteks ini , kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. Hal yang demikian berlaku dalam proses membina sesuatu ayat.
Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19).
(15). Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu.
(16).Halijah menggenggam erat tangan suaminya.
(17).Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba.
(18). Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring.
(19). Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan.
Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat 20 – 24) (20). Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama (21). Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat.
(22). Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba.
(23). Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang. (24). Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan.
Catatan: kejadian’, ‘tangan’, ‘produk ’, ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif.
AKTIVITI
1. Tulis 10 contoh frasa kerja tanpa objek
LATIHAN
1. Buat analisis binaan frasa kerja berdasarkan sebuah cerpen atau
rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, atau akhbar tempatan.
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
TAJUK 6
Frasa Kerja Bahasa Melayu Frasa Kerja dengan Kata Bantu
Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen
Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja.
Frasa kerja dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata bantu dalam predikat. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata dalam sesuatu frasa bahasa Melayu menghasilkan satu sistem yang komprehensif. Kata bantu boleh hadir di hadapan predikat kata kerja. Terdapat dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa kerja yang menggunakan kata bantu dalam predikat. Selain itu, aspek penggunaan ayat komplemen dan unsur keterangan akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa kerja bahasa Melayu.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
Menghurai frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja(1.1)
KERANGKA TAJUK-TAJUK
6.0 Kandungan Isi
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat-pendapat ahli bahasa. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Dalam susunan ayat biasa, frasa kerja berfungsi sebagai predikat.
6.1 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau, ini atau masa hadapan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek.
Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa, diberikan contoh ayat berkaitan. Contoh (fungsi menunjukkan masa yang telah berlaku: sudah , telah ,pernah) (1). Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas.
(2). Dia telah menulis puisi sejak di bangku sekolah.
(3). Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang.
Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan belum) (4). Wan Malini akan memetik bunga di taman.
(5). Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota.