• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul-Bmm Sintaksis.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Modul-Bmm Sintaksis.pdf"

Copied!
70
0
0

Teks penuh

(1)

MODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

(BMM3110)

(

SINTAKSIS

BAHASA

MELAYU)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2010

(2)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak

ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa

mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

(3)

Cetakan Jun 2010 Institut Pendidikan Guru

Kementerian Pelajaran Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

(4)
(5)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

Falsafah Pendidikan Guru i

Kata-Alu-aluan Rektor v

Panduan Pelajar vi

Pengenalan viii

Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) ix

Tajuk Pembelajaran xi Tajuk 1 Sintaksis Sinopsis 1 Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi

 Struktur Binaan Ayat

 Pembahagian Subjek dan Predikat

 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

 Susunan dalam Ayat

Tajuk 2 Sintaksis 6 Sinopsis

Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk-Tajuk

Kandungan Isi

 Urutan Kata, Perpindahan Ayat

 Ragam Ayat, Jenis Ayat

 Sintaksis dan Aspek Tatabahasa

Tajuk 3 Frasa Nama Bahasa Melayu 14

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk-Tajuk Kandungan Isi

 Konstituen Frasa Nama KANDUNGAN

(6)

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

(7)

PENGENALAN

Kursus BMM3110 (Sintaksis Bahasa Melayu) melibatkan aspek teori tatabahasa dalam binaan ayat Bahasa Melayu. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi 10 tajuk terpilih daripada 15 tajuk keseluruhan. Sepuluh tajuk yang terlibat dalam modul ini ialah Tajuk 1 dan 2 - sintaksis, Tajuk 3 – frasa nama bahasa Melayu, Tajuk 4 - susunan konstituen frasa nama bahasa Melayu, dan Tajuk 5 dan 6 – frasa kerja bahasa Melayu, tajuk 7 dan 8: frasa adjektif bahasa Melayu, tajuk 9 : frasa sendi nama bahasa Melayu dan tajuk 10: ayat bahasa Melayu.

Secara umumnya tajuk- tajuk tersebut adalah seperti yang berikut:

Tajuk 1 dan 2 mengenai konsep sintaksis, binaan ayat dalam bahasa Melayu, pembahagian subjek dan predikat, ayat dasar dan ayat terbitan serta elemen yang berkaitan dalam binaan ayat.

Tajuk 3 membincangkan frasa nama bahasa Melayu. Tajuk ini membincangkan konstituen frasa nama dan binaan frasa nama.

Tajuk 4 adalah khusus menyentuh peraturan D-M, kekecualian hukum D-M serta kata bilangan dan kata panggilan.

Tajuk 5 dan 6 membincangkan binaan frasa kerja dalam Bahasa Melayu.

Tajuk 7 dan 8 berkaitan frasa adjektif bahasa Melayu, susunan frasa adjektif, unsur keterangan dan ayat komplemen.

Tajuk 9 berkaitan frasa sendi nama. Hal yang dibincangkan ialah binaan frasa sendi nama, kedudukan frasa sendi nama dalam ayat, dan penggunaan kata sendi nama.

Tajuk 10 ialah ayat bahasa Melayu. Tajuk ini berkaitan dengan ayat, klausa, frasa, perkataan, ayat dasar, dan ayat tunggal.

(8)

AGIHAN TAJUK

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

Tajuk Kandungan Kuliah

(jam)

Modul (jam)

Jumlah (jam) 1 Sintaksis: Bidang Kajian

 Struktur Binaan Ayat

 Pembahagian Subjek dan Predikat

 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

 Susunan dalam Ayat

3 3

2 Sintaksis: Bidang Kajian

 Urutan Kata, Perpindahan Ayat

 Ragam Ayat, Jenis Ayat

 Sintaksis dan Aspek Tatabahasa yang Lain

3 3

3 Frasa Nama Bahasa Melayu

 Konstituen Frasa Nama

 Binaan Frasa Nama 3 3

4 Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu

 Peraturan D-M

 Kekecualian Hukum D-M

 Bilangan dan Panggilan

3 3

5 Frasa Kerja Bahasa Melayu

 Binaan Frasa Kerja

 Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek

 Binaan Frasa Kerja dengan Objek

3 3

6 Frasa Kerja Bahasa Melayu

 Frasa Kerja dengan Kata Bantu

 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen

 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja

(9)

TAJUK 1

Sintaksis

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara yang berikut:

 Struktur binaan ayat

 Pembahagian subjek dan predikat;

 Ayat dasar dan ayat terbitan ;

 Susunan dalam ayat

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.

Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa.

Selain itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap binaan sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Hasil dari binaan perkataan, frasa. klausa, ialah satu ayat.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan definisi ayat, ayat dasar, ayat terbitan, struktur binaan ayat, binaan subjek dan predikat

2. Menganalisis binaan ayat, binaan ayat dasar, binaan ayat terbitan dan struktur subjek dan predikat dalam ayat.

(10)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

=> Ayat merupakan unit binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat => Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.

Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain.

=> Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum tatabahasa atau rumus transformasi.

=> Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula dan peluasan.

Struktur binaan ayat : subjek dan predikat boleh berubah-ubah kedudukan mengikut kesesuaian dalam proses penerbitan ayat.

1.0 KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat dan binaannya. Seterusnya, perbincangan difokuskan kepada struktur binaan ayat serta struktur binaan subjek dan predikat dalam ayat.

1.1 Definisi Ayat (Sintaksis)

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al, 2006).

Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz . 2008).

Contoh binaan ayat:

Subjek Predikat

(1). Ali (FN) peniaga (FN)

(2). Pemburu itu (FN) melontar lembing (FK) (3). Bajunya (FN) cantik sekali (FA) (4). Rumah itu (FN) di tepi sawah (FS)

(11)

1.2 Struktur Binaan Subjek dan Predikat

Subjek Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau

beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi

unsur yang menerangkan subjek.

Contoh:

Subjek Predikat

(5). Amin

(6). Abang kandungku (7). Pegawai kastam itu

guru besar di sekolah baru itu. sedang berehat di bilik sebelah. amat cekap.

Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang.

Subjek Predikat

(8). Guru besar di sekolah baru itu (9). Sedang berehat di bilik sebelah (10). Amat cekap

Amin.

abang kandungku. pegawai kastam itu.

1.3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

Ayat dasar : ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat . Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj.Sabran, Rahim Syam ,1987).

Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi.

Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula atau peluasan.

Contoh :

Ayat Dasar ---Ayat terbitan (perluasan) (11) Faridah guru (FN+FN) => Faridah guru yang sabar.

(12) Ah Meng berlari (FN+FK) => Ah Meng berlari dengan pantas. (13) Pak Cik membaca(FN+FK) => Pak Cik membaca surat khabar.

(12)

(15) Mak Limah ke sawah (FN+FS) => Mak Limah ke sawah untuk menuai padi.

AKTIVITI

(i). Bina 5 ayat tunggal dan 5 ayat terbitan.

LATIHAN

(i). Nyatakan kepentingan membuat analisis sintaksis dalam kalangan guru

bahasa.

(ii). Bincangkan pola-pola ayat dasar dalam bahasa Melayu

BAHAN BACAAN

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

(13)

TAJUK 2

Sintaksis:

 Urutan Kata, Perpindahan Ayat

 Ragam Ayat, Jenis Ayat

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

 Konsep kata dan perpindahan ayat dalam Bahasa Melayu;

 Ragam ayat , jenis ayat

 Sintaksis dan aspek tatabahasa bahasa Melayu

Kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. (Marzukhi Nyak Abdullah,1997).

Perpindahan ayat merupakan satu proses pembentukan ayat berdasarkan binaan subjek dan predikat sama ada secara susunan biasa atau susunan songsang. Selain itu, konsep ragam ayat, jenis ayat serta aspek tatabahasa bahasa Melayu akan disentuh dalam bab ini.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan jenis-jenis ayat, ragam ayat serta aspek tatabahasa dalam binaan ayat.

(14)

KERANGKA TAJUK

2.0 KANDUNGAN ISI

Untuk pengetahuan anda, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep sintaksis yang merangkumi konsep kata dan perpindahan ayat, ragam ayat, jenis ayat serta aspek tatabahasa yang lain. Aspek-aspek tatabahasa yang menjurus kepada bidang sintaksis merupakan aspek penting dalam melengkapi kajian bahasa.

2.1 Konsep kata dan Perpindahan Ayat

Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat. Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sama ada kata nama, kata kerja,adjektif atau kata sendi nama. (Lutfi Abas ,1975). Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat. Sebagai contoh, terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut:

(1). Ramli sangat pandai bermain skuasy. (2). Maniam itu baik sungguh.

(3). Kek lapis itu enak sekali.

Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa. Kedudukan sesuatu perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et.al 2008). Sebagai contoh, perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah:

a) Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin)

Sintaksis

Konsep kata dan

perpindahan ayat

Ragam Ayat,

Jenis Ayat

Aspek Tatabahasa

(15)

Paulus = Paul Mariam =Mary vidit = melihat

Dalam hubungan tersebut, akhiran –us dan –am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek. Oleh itu, kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut. Sebaliknya, dalam bahasa Melayu, ayat Melihat Paul, Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut.

b) Min aina anta ? (bahasa Arab) Min = daripada / dari

aina = mana

anta = kamu (lelaki)

Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana?

Oleh itu ,perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan.

2.2 Ragam Ayat

Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. Dengan perkataan lain, ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut pola-pola yang tertentu.

Seterusnya, kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah satu unsur dalam ayat. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.

Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan.

Contoh:

(4) Amar menendang bola itu. (ayat aktif) (5) Bola itu ditendang oleh Amar. (ayat pasif) (6) Saya menendang bola itu. (ayat aktif)

(16)

(7) Bola itu saya tendang. (ayat pasif)

(8) Saya tendang bola itu. (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat)

2.2.1 Ayat aktif

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.

Contoh :

a) Ayat Aktif Transitif

Subjek Predikat

Kata Kerja Transitif Objek (9). Pekerja (10). Budin (11). Air mata membaiki membeli membasahi jalan itu. buah durian. pipinya. b) Ayat Aktif Tak Transitif

Subjek Predikat

Kata Kerja Tak Transitif Objek (12). Kanak-kanak (13). Ombak (14). Diana sedang mandi memutih menangis di kolam itu. di pantai Damai. sepanjang malam. 2.2.2 Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu:

a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif

b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua

(17)

i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif

Subjek Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama Keterangan (15). Kereta itu (16).Semak samun sudah dibeli dibersihkan oleh Amin oleh pekerja minggu lepas setiap bulan.

ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua Subjek Frasa Kerja Pasif

dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua

Keterangan

(17). Kereta itu (18). Kuih itu

sudah saya bersihkan belum awak makan

pagi tadi. lagi.

iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja

Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh+Frasa Nama (19). Rusa itu (20). Budak itu kena kena tembak kejar oleh pemburu. oleh anjing. 3. Jenis Ayat

Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis; i) Ayat penyata

ii) Ayat tanya iii) Ayat perintah iv) Ayat seruan

a) Ayat Penyata

Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan.

Contoh:

(21). Saya sudah memiliki kereta baru.

(22). Dunia ini penuh dengan dugaan.

(18)

b) Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya atau tanpa kata tanya.

c) Ayat Perintah

Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya.

d) Ayat Seruan

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah,takut,gembira,sedih dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain.

AKTIVITI

1. Nyatakan 4 jenis ayat dalam bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

LATIHAN

(19)

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Marzukhi Nyak Abdullah. (1997)Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

(20)

TAJUK 3

Frasa Nama Bahasa Melayu

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

 Konsep Frasa Nama;

 Binaan Frasa Nama bahasa Melayu;

Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa nama yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Tanpa unsur frasa, maka sesuatu ayat itu tidak akan dapat wujud dengan sempurna.

Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan definisi frasa nama dan; 2. menjelaskan binaan frasa nama.

(21)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

3.0 KANDUNGAN ISI

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa nama berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Seterusnya, perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis frasa nama bahasa Melayu.

3.1 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu

Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et.al. (2008) ialah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah frasa nama.

Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama, disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj.Omar, 1986) Contoh :

Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Nama (1). Emak

(2). Emak Wan Seng (3). Putrajaya (4). Bandar Putrajaya peniaga. peniaga sayur. bandar selamat. bandar selamat.

Frasa Nama

(22)

Struktur Frasa Nama (inti + inti) Frasa Nama

Predikat

Inti Inti

(5). Ibu bapa saling bantu-membantu.

(6). Keluar masuk untuk pekerja sahaja.

Struktur Frasa Nama (inti + penerang) Frasa Nama Predikat Inti Penerang (7). Atlet (8). Pelajar (9). Pegawai (10). Anak (11). Kucing paralimpik semester akhir Jabatan Haiwan yang soleh itu jinak itu

meraih pingat emas. menduduki ujian. memberi ceramah. baik akhlaknya. menggigit makanan.

3.2 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu

Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah

Hassan et.al, 2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa

digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati

merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Binaan frasa dapat dibentuk

daripada satu kata atau lebih. Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang

binaan frasa nama bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 3 ini

menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan frasa nama. (Abdullah

Hassan,1983).

Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut:

Binaan

Frasa

Nama

Penerang

Inti

Penerang

Inti + Penerang

Nama

Penerang

nama

keturunan

askar

Suku bangsa

British.

Jawa.

Penerang

nama

jenis

kucing

bunga

parsi.

(23)

mawar.

Penerang

nama

kegunaan

serbuk

minyak

kari

pelincir

Penerang

nama

penyambut

pemutar

penjaga

skru

pintu

Penerang

nama

kelamin

pelakon

guru

lelaki.

wanita.

Penerang

nama

tempat

pinggiran

pantai

Binaan Frasa Nama Penerang (Penentu Hadapan) Inti (Bilangan+penjodoh bilangan) Penerang (Inti)

tiga orang guru lima buah kereta tujuh dulang nasi minyak. Penerang (Penentu belakang) Inti Penerang orang rumah itu ini Penerang kata kerja mesin bilik kira menunggu Penerang kata adjektif pengemis kereta muda antik Penerang frasa sendi nama baju banglo di jemuran di desa. Penerang bilangan ordinal tempat tingkat kedua ketiga

(24)

Inti + inti

Inti + inti dengan maksud sama erti

tubuh bukit

badan bukau Inti + inti dengan

maksud berlawanan tuan atas hidup puan bawah mati AKTIVITI

1. Tulis 10 contoh frasa nama bagi binaan inti + penerang nama.

LATIHAN

1. Senaraikan 20 binaan frasa nama berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, atau akhbar tempatan.

2. Apakah ciri-ciri yang dapat membezakan frasa daripada ayat?

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Asmah Hj.Omar (1986) Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et.al (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(25)

TAJUK 4

Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu

 Peraturan D-M

 Kekecualian Hukum D-M

 Bilangan dan Panggilan

4.0 Konstituen Frasa Nama

Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspek-aspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa Melayu :

 Peraturan D-M (Hukum D-M)

 Kekecualian Hukum D-M

 Bilangan dan panggilan

4.1 Peraturan D – M (Hukum D - M)

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, D-M membawa maksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.

Contoh :

Frasa Nama

Diterangkan (Inti) Menerangkan (Penerang) Askar Budak Pemain Penarik Penghantar Pensyarah Pakar Doktor Melayu lelaki boling beca surat wanita psikologi veterinar Contoh-contoh lain: - sos cili (bukan cili sos)

(26)

- Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim) - pisang goreng (bukan goreng pisang)

- kentang goreng ( bukan goreng kentang)

- cakera padat (bukan padat cakera/compact disc) - sup kambing ( bukan kambing sup)

- nasi goreng (bukan goreng nasi)

4.2 Kekecualian Hukum D - M

Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai merasionalkan penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara mantap dalam masyarakat pengguna bahasa. Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh kecenderungan

pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri , seperti

sesetengan penguna bahasa Melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris sebagai kayu ukur berbahasa. Lama-kelamaan, keadan itu menjadi perkara lazim dan terhasillah satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam konteks hukum D - M.

Selain itu, kekecualian hukum D - M juga wujud akibat kebiasaan dalam

penggunaan, terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan. Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat pengguna bahasa. Contoh: Penerang (M) Diterangkan (D) Perdana Ibu Naib Ketua Timbalan Naib Pembantu Menteri Pejabat Presiden Hakim Perdana Menteri Presiden Penyelaras

(27)

Namun, hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar, menteri kanan, menteri pengangkutan, imam besar, dan seumpamanya.

Contoh penggunaan dalam ayat:

(12). Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman.

(13). Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman.

(14). Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari.

(15). Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria.

(16). Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. Mohd.Ali.

(17). Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian. (18). Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian.

4.3 Bilangan dan Panggilan

Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud di hadapan katan nama inti. (Abdullah Hassan, 2006) Dalam konteks ini, bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa.

Contoh : lima ekor kuda

segolongan kecil peneroka kelima-lima pendekar silat sekumpulan penyelidik segelintir pengundi sejumlah wang

sebilangan besar pekerja Contoh ayat:

(19) Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir.

(20). Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu. (21). Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan. (22). Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas.

(28)

(23). Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ. (24). Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan. (25). Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung.

Secara lebih khusus, kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan makna (Hashim Hj.Musa, 1993);

i. Kata bilangan tentu ii.Kata bilangan tak tentu iii.Kata bilangan himpunan iv.Kata bilangan pisahan v.Kata bilangan pecahan; dan vi.Kata bilangan tingkatan

Kata Bilangan Tentu

Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad.

Contoh:

satu = 1 empat = IV dua = 2 sepuluh = X Contoh ayat:

(26). Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam.

(27). Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet Malaysia.

(28). Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian. (29). Shakira mempunyai empat ekor anak kucing.

(30) Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih .

Kata Bilangan Tak Tentu

Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus . Contoh:

Segala, semua , banyak ,sedikit, beberapa, sekalian, sekelompok. Contoh ayat:

(31). Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman. (32). Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung. (33). Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai.

(29)

Kata Bilangan Himpunan

Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul. Contoh:

berpuluh-puluh, berbelas-belas, beratus-ratus, beribu-ribu, kedua-dua, kelima-lima, kesemua.

Contoh ayat:

(34). Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara. (35). Kedua- dua peninju itu telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan. (36). Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

Kata Bilangan Pisahan

Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. Kata jenis ini juga adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing.

Contoh:

masing-masing, setiap, tiap-tiap Contoh ayat:

(37). Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan sukan.

(38). Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah.

(39). Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan.

Kata Bilangan Pecahan

Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada jumlah keseluruhannya.

Contoh:

setengah, separuh, sepertiga, segelintir, sebahagian Contoh ayat:

(40). Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali. (41). Sabar itu adalah separuh daripada iman.

(42). Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir.

Kata Bilangan Tingkatan

Kata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf tingkatan bilangan.

contoh:

(30)

contoh ayat:

(43). Gerai pertama menjadi perhatian pembeli.

(44). Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut. (45). Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas.

4.4 Panggilan / Kata Panggilan

Sementara itu, konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan, 2008). Jenis-jenis kata panggilan seperti Tuan, Puan , Tunku, Tun, Haji, Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata nama inti. Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan, pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus. Contoh:

Datuk Maharaja Lela Profesor Ungku Aziz Datuk Sagor Tunku Kamalia Haji Abdul Rahman Limbong Syed Zain Barakbah Tuan Adam Sharifah Mona Alsagoff Puan Mastura Chong Tan Sri Malik Kamal Contoh ayat :

(46). Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di Perak.

(47).Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung pengurusan haji di Malaysia.

(31)

AKTIVITI

1. Bina carta atau pengurusan grafik untuk menunjukkan peraturan D – M.

LATIHAN

1. Apakah maksud hukum D-M?

2. Tulis semula ayat- ayat di bawah dengan ayat-ayat yang sesuai berdasarkan Hukum D- M.

a) Ahmad punya kedai terletak di sebelah bas terminal. b) Cili sos jenama lada dijual di Aminah Mini Market. c) Kenderaan mini bas sudah semakin dilupakan. d) Lain-lain hal boleh dibincangkan pada lain hari. e) Itu hari kita sudah bercadang melawat mini zoo. f) Lain masa, anda boleh bayar bil awal.

g) Sport rim kereta itu milik Romli.

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Hashim Hj.Musa ( 1993) Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim et.al (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

(32)

TAJUK 5

Frasa Kerja Bahasa Melayu

 Binaan Frasa Kerja

 Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek

 Binaan Frasa Kerja Dengan Objek SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

 Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja

 Menganalisis binaan frasa kerja, binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek

Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa kerja yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Frasa kerja juga menjadi salah satu tonggak dalam binaan sintaksis. Frasa kerja binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

 Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja (1.1)

 Menganalisis binaan frasa kerja, binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek (1.6)

(33)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

5.0 KANDUNGAN ISI

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Dalam susunan ayat biasa, frasa kerja berfungsi sebagai predikat.

5.1 Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu

Frasa Kerja menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.

Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat.

Frasa Kerja(Predikat)

Frasa kerja

(tanpa objek)

Frasa Kerja

(dengan objek)

(34)

Contoh :

Ayat

Subjek Predikat Frasa Kerja

(1). Emak

(2). Emak Ahmad (3). Pemuzik itu (4). P.Ramlee

menjemur kain.

menjual sayur di pasar. meniup saksofon. mencipta lagu itu.

5.2 Binaan Frasa Kerja

Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut. Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya.

5.2.1 Frasa Kerja Tanpa Objek

Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat.

Contoh :

(5). Faisal tidur lena.

(6). Budak nakal itu terjatuh lagi. (7). Dia selalu bergaduh.

Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (91) , (92) dan (93) menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang.

Contoh:

(8). Faisal tidur lena di bilik tidur.

(9). Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang. (10). Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah.

Dalam ayat (94), (95), dan (96), kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek) Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut.

(35)

5.3 Frasa Kerja Dengan Objek

Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek, Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut.

Contoh:

Frasa Kerja

Kata Kerja Transitif Penyambut

Menaikkan bendera

menganyam tikar

membaiki radio

Contoh ayat lengkap:

(11). Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan. (12). Ibu menganyam tikar setiap hari.

(13). Mahmud membaiki radio yang telah rosak.

Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. Dalam ayat (11), (12) dan (13), frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Dalam konteks ini , kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. Hal yang demikian berlaku dalam proses membina sesuatu ayat.

Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19).

(15). Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu.

(16).Halijah menggenggam erat tangan suaminya.

(17).Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba.

(18). Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring.

(19). Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan.

(36)

Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat 20 – 24)

(20). Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama

(21). Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat.

(22). Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba.

(23). Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang.

(24). Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan.

Catatan: kejadian’, ‘tangan’, ‘produk ’, ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif.

(37)

AKTIVITI

1. Tulis 10 contoh frasa kerja tanpa objek

LATIHAN

1. Buat analisis binaan frasa kerja berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, atau akhbar tempatan.

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

(38)

TAJUK 6

Frasa Kerja Bahasa Melayu

 Frasa Kerja dengan Kata Bantu

 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen

 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

 frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja.

Frasa kerja dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata bantu dalam predikat. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata dalam sesuatu frasa bahasa Melayu menghasilkan satu sistem yang komprehensif. Kata bantu boleh hadir di hadapan predikat kata kerja. Terdapat dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa kerja yang menggunakan kata bantu dalam predikat. Selain itu, aspek penggunaan ayat komplemen dan unsur keterangan akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa kerja bahasa Melayu.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

 Menghurai frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja(1.1)

(39)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

6.0 Kandungan Isi

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat-pendapat ahli bahasa. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Dalam susunan ayat biasa, frasa kerja berfungsi sebagai predikat.

6.1 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Aspek

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau, ini atau masa hadapan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek.

Bagi menjelaskan fungsi kata bantu dalam frasa, diberikan contoh ayat berkaitan. Contoh (fungsi menunjukkan masa yang telah berlaku: sudah , telah ,pernah) (1). Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas.

(2). Dia telah menulis puisi sejak di bangku sekolah.

(3). Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang.

Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan belum) (4). Wan Malini akan memetik bunga di taman.

(5). Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota.

Frasa Kerja

(Predikat)

Frasa kerja

(didahului kata bantu aspek, dan

kata bantu ragam)

Frasa kerja

(dengan ayat komplemen)

(40)

Kata Bantu

Kata Bantu Aspek Kata Bantu Ragam

Memerihalkan masa lampau, kini, atau masa hadapan.

Contoh :

telah, sudah, sedang, masih, akan, belum

Memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan.

Contoh:

hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat

6.2 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Ragam

Frasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang aspek perasaan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek yang memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan.

Contoh ayat:

(6). Dia hendak bekerja di Kuala Lumpur.

(7). Maslina mahu membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi juara. (8). Dia harus pulang ke kampung segera.

(9). Anda mesti belajar untuk menguasai kemahiran mengajar. (10). Yatim boleh berjaya jika dia berusaha bersungguh-sungguh. (11). Daud dapat menyertai program sukan berkuda di Johor Bahru.

6.3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen

Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan sesuatu ayat. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Dalam binaan predikat, frasa kerja jenis ini ditandai dengan penggunaan kata kata hubung bahawa, demi, supaya, semoga

dan untuk. Apabila keadaan sedemikian berlaku, maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk

Contoh :

(i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen

(12). Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang berkualiti adalah perlu untuk kesihatan minda.

(13). Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan komando.

(41)

(14). Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat sampai ke destinasi.

Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (12) , (13) dan (14) menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut menerima ayat komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk.

(ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen

(15). Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan. (16). Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung. (17). Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar.

Dalam ayat (15), (16), dan (17), frasa kerja tak transitif telah menerima ayat komplemen. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk.

6.4 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja

Unsur keterangan dalam frasa kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. Unsur –unsur biasanya hadir selepas kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek (penyambut). Unsur-unsur keterangan boleh terdiri daripada binaan frasa sendi nama, frasa adjektif, dan frasa nama. Yang pasti, unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi struktur binaan dalam satu-satu frasa.

Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja, unsur keterangan dapat dibahagikan kepada lapan jenis:

(i) Keterangan tempat atau arah (ii) Keterangan waktu

(iii) Keterangan cara

(iv) Keterangan tujuan atau harapan (v) Keterangan alat

(vi) Keterangan penyertaan (vii) Keterangan hal

(viii) Keterangan bagai Huraian:

(i) Keterangan tempat atau arah

Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya peristiwa. Penggunaan kata sendi nama di,ke,dari,daripada,kepada ,pada jelas terdapat dalam unsur keterangan ini.

(42)

Contoh:

(18) Dia belajar di universiti.

(19) Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah. (20) Swee Ling berasal dari Negeri Sembilan.

(21) Emak Shafik menerima hadiah cenderamata daripada guru besar. (ii) Keterangan waktu

Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu

 bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu pada, dalam , sejak dan hingga

 bentuk frasa nama seperti semalam, tahun lepas, Contoh :

(22) Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam.

(23) Pameran kesenian itu bermula sejak semalam.

(24) Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam. (iii) Keterangan cara

 Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif.

 Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang menerima kata pembenda –nya.

Contoh :

(25) Air sungai mengalir deras.

(25) (a) Air sungai mengalir dengan derasnya.

(26) Azman berlari pantas.

(26) (a) Azman berlari dengan pantasnya. (27) Menteri berjalan megah.

(27) (a) Menteri berjalan dengan megahnya.

(iv) Keterangan tujuan atau harapan

 Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian.

 Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi, untuk dan bagi. Contoh :

(28) Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan.

(29) Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup.

(43)

(v) Keterangan alat

 Unsur yang menerangkan peralatan, perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan.

Contoh:

(31) Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api

(32) Encik Ahmad memotong kek dengan pisau.

(33) Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki.

(vi) Keterangan penyertaan

 Unsur yang menerangkan maksud ikut serta, ikut bersama-sama atau melibatkan diri.

 Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan.

Contoh:

(34) Aminah datang ke masjid dengan suaminya.

(35) Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa surau.

(36) Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya.

(vii) Keterangan hal

 keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan

 kata sendi nama yang digunakan ialah tentang, mengenai, terhadap.

Contoh:

(37) Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu. (38) Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu.

(39) Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut.

(viii) Keterangan bagai

 Unsur yang menerangkan keserupaan,kesamaan atau hampir sama.

 Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti, bagai, sebagai, bak. Contoh :

(40) Amran berlagak seperti pegawai tinggi .

(41) Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung . (42) Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang. (43) Hidungnya mancung bak seludang.

(44)

6.5 Kesimpulan

Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima unsur-unsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya.

Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar dalam pembentukan frasa yang akhirnya menghasilkan satu ayat yang lengkap.

AKTIVITI

1. Bincangkan fungsi kata bantu ragam dan kata bantu aspek dalam frasa kerja.

LATIHAN

1. Berdasarkan perkataan di bawah, bina ayat yang menggunakan predikat frasa kerja dengan kata bantu ragam atau kata bantu aspek. i. melagukan ii. bertolak iii. memancing iv. berupaya

v. mengalami vi. bersedia vii. memutuskan viii. berjumpa ix. memikirkan x. mendirikan

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Hashim Hj.Musa (1993), Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

(45)

TAJUK 7

Frasa Adjektif Bahasa Melayu

- Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif - Penguat

- Kata Bantu dalam Frasa Adjektif

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

 Binaan frasa adjektif : unsur pengisi frasa adjektif

 Penguat

 Kata bantu dalam frasa adjektif

Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.

Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut sebagai keterangan. Sementara, kata adjektif yang hadir selepas kata nama disebut sebagai penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa, kata penguat dan kata bantu dalam frasa. Selain itu, unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif bahasa Melayu ini.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

 Menjelaskan definisi frasa adjektif. (1.1)

 Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi, penguat dan kata bantu. (1.2)

(46)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

7.0 Kandungan Isi

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif berfungsi sebagai predikat.

7.1 Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif

Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. Frasa adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.

Frasa Adjektif

Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa

Adjektif Penguat

Kata Bantu dalam Frasa Adjektif

(47)

Contoh :

(1) . Wak Samad sudah terlalu tua

Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.

Dalam binaan predikat, [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut :

[kata bantu + penguat + kata adjektif]

Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah: Kata Bantu Penguat Kata Adjektif Penguat

sudah - belum masih - terlalu sangat - terlalu amat tua prihatin masak awal baik - - benar - -

Dalam contoh-contoh di atas, kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif. Namun, penguat juga boleh hadir sama ada di belakang atau di belakang kata adjektif. Bentuk sedemikian boleh berubah-ubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan.

7.1.1 Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan

Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat.

Contoh:

(2) . Salim sangat rajin.

(3) . Guru pelatih itu cergas

(4) . Dia kelihatan ceria.

(5) . Penglihatannya kabur.

(48)

7.1.2 Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan

Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua kata adjektif dalam ayat

Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut: (i) kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna) contoh :

letih lesu cantik molek lemak manis penat lelah

(i) kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan) contoh: jatuh bangun hidup mati baik buruk susah senang pahit maung 7.2 Penguat

 Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif berdasarkan jenis-jenisnya. Terdapat tiga jenis penguat:

(i) Penguat hadapan (ii) Penguat belakang (iii) Penguat bebas

 Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif. Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling.

Contoh:

(7) . Rumahnya terlalu besar. (8) . Lukisan itu paling cantik.

 Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif seperti sekali, benar, nian

(9) . Pakaian puteri itu cantik sekali.

(10) . Kereta lembu itu lambat benar.

(11) . Taman Bunga di istana itu indah nian.

 Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat dan sungguh.

(49)

(12) . Kubah masjid itu amat besar.

(13) . Gerakan dan gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh.

Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif. Contoh : sungguh amat, terlalu amat, seperti dalam ayat-ayat berikut:

(14). Percakapan orang tua itu sungguh amat kasar . (15). Perangai anaknya terlalu amat sopan.

7.3 Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif

Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah, belum, masih, harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat. Contoh:

(16). Anaknya sudah besar.

(17). Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur. (18). Pekerja yang berkualiti harus cekap.

Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat, misalnya:

masih amat jauh, belum terlalu lewat, belum sangat cekap, sungguh masih muda, sungguh telah pandai

Contoh:

(19). Kedudukan khemah itu masih amat jauh. (20). Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat. (21). Pekerja baru itu belum sangat cekap. (22). Anak sulungnya itu sungguh masih muda. (23). Pelajar kelas peralihan itu sungguh telah pandai.

AKTIVITI

(50)

LATIHAN

1. Senaraikan frasa adjektif dalam petikan sajak di bawah.

SAJAK : SEBUAH PERSOALAN

Mengapa harus kau pijak kaki anak kecil itu? yang hanya semalam belajar bertatih

dan jatuh kembali, di bumi Gaza ini,

jatuh bangunnya, letih lesunya, penat lelahnya

dihiasi air matanya berderai tangisnya mohon belas kasihan sedu-sedannya tanda kesedihan wajahnya pucat, hatinya cemas langkahnya kian tidak cergas.

Barangkali kau sudah lupa wahai rejim zionis,

bahawa kau juga pernah jadi anak kecil hidupmu sangat sederhana

kautidur berselimutkan langit gelap impianmu sangat suram.

Mungkin rasa ihsan

sudah terhakis dari dalam dirimu

hingga kau mudah keliru antara langkah, injak, sepak, dan pijak lantaran amarah yang membakar hati

lantas kau tegar menyusun langkah pantas, untuk memijak sesiapa jua

dengan mata yang merah menyinga, menampar muka mendabik dada langkahmu pantas sungguh, hingga akhirnya

kau terpijak kakimu sendiri

dan jatuh tersungkur menyembah bumi.

Oleh: ESA ALHAJ Johor Bahru.

(51)

BAHAN BACAAN

Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Hashim Hj.Musa (1993), Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

(52)

TAJUK 8

Frasa Adjektif Bahasa Melayu

 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat

 Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: Frasa Adjektif Bahasa Melayu

 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat

 Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen

Frasa adjektif dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang besar dalam mengungkapkan kata sifat secara luaran dan dalaman berdasarkan konteks kata-kata adjektif tertentu dalam binaan frasa dan ayat. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.

Harus dijelaskan bahawa frasa adjektif mempunyai ketentuan sama ada boleh hadir selepas subjek sebagai predikat, boleh hadir selepas kata kerja sebagai keterangan dan, boleh hadir selepas frasa nama sebagai penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat serta frasa adjektif dan ayat komplemen. Selain itu, unsur predikat yang terdapat dalam frasa objektif dapat diikuti oleh ayat komplemen yang mewujudkan ayat majmuk.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

 Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi, penguat dan kata bantu.(1.2)

(53)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

8.0 Kandungan Isi

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif dan elemen berkaitan dengan susunan frasa serta ayat komplemen. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif berfungsi sebagai predikat.

8.1 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat

Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. Frasa adjektif merupakan komponen penting dalam proses melengkapkan sesuatu ayat. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.

Frasa Adjektif

Susunan Frasa Adjektif dalam

Ayat

Frasa Adjektif dan Ayat

Komplemen

Referensi

Dokumen terkait

Alhamdulillahirabbil’alamin, puji dan syukur penulis panjatkan kehadirat Allah S.W.T yang telah memberikan rahmat dan kasih sayang-Nya, sehingga penulis dapat

Pada parameter pertumbuhan dan proliferasi yaitu volume tumor dan nilai AgNOR menunjukkan bahwa terdapat daya hambat ekstrak sarang semut terhadap pertumbuhan

Effects of Quadriceps Strengthening Exercise on Quadriceps Muscle Strength and Its Relation to Lower Extremity Lean

Peraturan Komisi Pemilihan Umum Nomor 63 Tahun 2009 tentang Pedoman Penyusunan Tata Kerja Komisi Pemilihan Umum Provinsi, Komisi Pemilihan Umum Kabupaten/Kota, Panitia

Melalui tema “Arsitektur Responsif” objeklebih mengoptimalkan suatu rancangan yang mencerminkan aktivitas yang cekatan atau memiliki respon yang tinggi terhadap sesuatu yang

ACC CONTROL Voucher biaya PR Tagihan Pengecekan harga dengan rekapan biaya maintenance kendaraan D B M a in te n a n c e Sesuai T Y Input atau update data, dan cetak memo

Berlawanan dengan yang sering diduga, pre-eklampsia dan eklampsia tidak menyebabkan hipertensi menahun. Oleh penulis-penulis tersebut ditemukan bahwa

Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan shalat dikala kebanyakan manusia tidur.” (HR. Mendapatkan tambahan pahala puasa dari