® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
HBML 4803 :
PERBANDINGAN
TATABAHASA
MELAYU
______________________________________________________________________________
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
PENGHARGAAN
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH………
Segenap pujian dan rasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan modul bertajuk HBML 4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu mengikut sedikit proformanya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W., rasul pilihan yang diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam serta sahabat – sahabatnya.
Jutaan terima kasih dihulurkan kepada Ketua Jabatan dan semua pensyarah Pengajian Melayu IPSAH yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan dalam ilmu linguistik. Semoga segala tunjuk ajar berguna pada suatu hari kelak.
Di samping itu, huluran kasih dan penghargaan yang teristimewa kepada ayahanda dan bonda saya yang tersayang. Mereka tidak pernah jemu menjadi tulang belakang saya dalam apa jua yang saya lakukan. Dorongan, pengorbanan dan kasih sayang mereka takkan saya lupakan selagi nyawa dikandung badan. Insya Allah. Dan kepada insan yang tersayang, Nor Nadia bt. Rosli yang sentiasa menjadi pelita dalam menerangi kehidupan ini.
Selain itu, tidak dilupakan kepada rakan-rakan tersayang yang banyak membantu menyumbangkan idea-idea yang bernas kepada saya. Semoga persahabatan yang terjalin berkekalan hingga akhir hayat.
Akhir kalam, jauh di sudut hati saya sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua. Semoga dengan terhasilnya modul tidak seberapa ini memberi manfaat kepada semua. Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri...Wassalam
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
DEDIKASI
Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani Akulah insan kerdil di dunia-Mu ini
Buat ayah dan ibuku Abdul Aziz Adnan Che Yam Mat Daud
Buat adikku: Siti Nuraisyah Siti Aminah Siti Zabedah Siti Nurfardziah Awanis Natasha
Dan insan yang tersayang sentiasa Nor Nadia bt. Rosli
Para guru Yang setia mengajarku Mengenali Bahasa Melayu Dan yang terutamanya Encik Mohd Ali b. Syed Abu Tahir Encik Muhammad Khairi b. Mohamed Nor Encik Mohd Noor b. Ahmad
Tidak lupa kelas PISMK-OUM 8 A
Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.
Muhammad Norrudin
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
ISI KANDUNGAN
Penghargaan dan Dedikasi
Bab 1 Falsafah Tatabahasa
Bab 2 Susur Galur Penulisan Tatabahasa Melayu
Bab 3 Tokoh dan Aliran Dalam Tatabahasa Melayu
Bab 4 Tatabahasa Tradisional
Bab 5 Tatabahasa Struktural
Bab 6 Tatabahasa Transformasi Generatif
Bab 7 Pembentukan Kata Bahasa Melayu
Bab 8 Penggolongan Kata Bahasa Melayu
Bab 9 Penjenisan dan Pengkelasan Frasa BM
Bab 10 Penjenisan dan Pengkelasan Ayat BM
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 BAB 1 FALSAFAH TATABAHASA – BENTUK DAN FUNGSI
1.1 PENGENALAN
Bahasa Melayu ialah satu bahasa yang tersohor dan terkenal di Asia Tenggara. Dengan pengangkatan martabat bahasa Melayu melalui bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa pengantar pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Morfologi dan sintaksis merupakan komponen terpenting yang mendasari atau pegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu khususnya di Malaysia dengan menggunakan tatabahasa.
Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.
Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis.
1.2 Definisi Tatabahasa
Di sini kita akan menyelusuri definisi tatabahasa yang dahulunya dikenali sebagai nahu.
1.2.1 Awang Sariyan
Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara ringkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa (kata, frasa dan ayat) yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Peraturan atau tatabahasa inilah yang menentukan salah betulnya sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan oleh penutur sesuatu bahasa, baik dalam ucapan mahupun tulisan.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
1.2.2 Abdullah Hassan
Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008) mendefinisikan tatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa.
1.2.3 Siti Hajar Hj. Abdul Aziz
Menurut Siti Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Dengan perkataan lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.
1.2.4 Salleh Mohd. Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood
Menurut Salleh Mohd. Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood (1977), „nahu‟ atau tatabahasa ialah undang-undang jalan bahasa, iaitu sistem yang tertentu dalam sesuatu bahasa yang dipatuhi penutur bahasa itu. Sistem-sistem yang tertentu, umpama sistem bunyi dan bentuk-bentuk ayat yang betul, pengimbuhannya betul, maksudnya tentu, tepat dan gramatis.
Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifatnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
1.3 Konsep Tatabahasa
Kita rujuk kembali kepada definisi tatabahasa kerana itulah konsep penting kepada tatabahasa. Tatabahasa merupakan satu cabang daripada linguistik umum yang menerangkan peraturan-peraturan penggabungan kata-kata untuk menghasilkan bunyi dan frasa menggunakan formula-formula tertentu. Cara kajian tersebut dilakukan secara saintifik dengan mengikut rumus-rumus tertentu. Kajian tatabahasa bermula daripada unsur-unsur yang membina perkataan, proses pembentukan perkataan dan proses penyusunan perkataan dalam membentuk ayat-ayat gramatis. Lazimnya tatabahasa bersifat preskriptif, iaitu terdiri daripada peraturan-peraturan dan undang-undang bagi pengucapan dan penulisan bahasa yang betul.
Sekurang-kurangnya terdapat tiga konsep tatabahasa yang diketengahkan oleh ahli-ahli bahasa, iaitu:
Seperangkat pola penataan kata dalam sesuatu bahasa, yang mula dikuasai oleh kanak-kanak selepas usia 5 atau 6 tahun.
Salah satu cabang telaah dan kajian linguistik atau analisis morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa.
Etika berbahasa, betul-salah, tepat-kurang dan tidak tepat ketika seseorang itu berbahasa.
Berdasarkan konsep tatabahasa di atas, menunjukkan bahawa keteraturan berbahasa memang wujud dan menjadi hukum yang normal dalam masyarakat bahasa mana pun di dunia ini. Peraturan atau hukum bahasa itulah yang dimaksudkan dengan tatabahasa. Peraturan itu akan menentukan bahasa yang kita gunakan itu dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji cara-cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan sintaksis pula ialah bidang yang mengkaji cara perkataan itu disusun menjadi ayat. Ini bermakna, konsep tatabahasa berkait secara langsung dengan proses pewujudan hukum.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
1.3.1 Pendapat Tentang Tatabahasa
Menurut Arbak Othman (1983) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Katanya, tatabahasa tidak lain adalah tentang struktur rentetan ucapan dan pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan yang berulang-ulang yang ditinjau menurut fungsinya berdasarkan lingkungan yang diduduki oleh sesuatu unsur serta hubungan antara satu sama lain yang menghasilkan struktur-struktur tertentu. Tambahannya lagi, tatabahasa dapat didekati dengan ukuran hubungan sintagmatis dan paradigmatis. Tegasnya, perihal itu dapat dibuat dengan menggunakan analisis tatabahasa daripada pengucapan sebenar bahasa itu atau dengan mencapai rumus-rumusnya dengan cara meneliti bagaimana pengucapan itu berlaku atau terjadi.
Manakala Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985) telah mentakrifkan tatabahasa sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji dan memerikan bahasa secara saintifik dan kajiannya ditumpukan kepada perkataan, proses pembentukan dan penyusunannya dalam membentuk ayat.
Asraf pula (1981) mendefinisikan tatabahasa itu dari sudut takrif bahasa itu sendiri dan bahasa menjadi alat bagi seseorang untuk menyatakan perasaan dan fikirannya. Tegasnya, bahasa yang diucapkan atau dituliskan oleh seseorang itu terjadi daripada ayat-ayat yang terbatas panjangnya tetapi tidak terbatas jumlahnya. Tiap-tiap ayat itu pula terjadi daripada kata-kata yang disusun menurut ketetapan-ketetapan tertentu yang berupa sistem dalam bahasa itu. Setiap ketetapan itu menjadi hukum atau peraturan yang harus dipatuhi oleh setiap pengguna bahasa. Himpunan hukum ini disebut tatabahasa.
Namun begitu, Lufti Abas (1975) telah meninjau formula aliran Transformasi Generatif - Noam Chomsky yang menjelaskan tatabahasa sesuatu bahasa sebagai sejumlah aturan, dengan aturan-aturan itu dihasilkan bentuk-bentuk linguistik (ayat-ayat, frasa-frasa, kata-kata, morfem-morfem, suku kata dan yang lain) yang gramatis dalam bahasa itu.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Dengan kata lain, mengikut Slametmuljana (1960) tatabahasa itu bukan hanya huraian tentang „wujud sistem bahasa‟ (decoding), tetapi juga, malahan ini yang terpenting, alat untuk membentuk ayat-ayat, frasa-frasa, kata-kata, morfem-morfem, suku kata dan yang lain) yang gramatis dalam sesuatu bahasa (coding). Tegasnya lagi, sebagaimana undang-undang dan peraturan dalam sesuatu negara atau dalam agama, menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul salahnya sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang dalam hidup bermasyarakat dan beragama, maka demikianlah tatabahasa menjadi pedoman dan pegangan untuk menentukan betul salahnya sesuatu bentuk bahasa yang diucapkan atau dituliskan oleh seseorang dalam sesuatu masyarakat bahasa.
1.3.2 Sistem Tatabahasa
Bahasa mempunyai tiga sistem utama iaitu sistem fonologi, tatabahasa dan semantik. Begitu juga halnya tatabahasa yang merangkumi dua sistem utama iaitu morfologi dan sintaksis. Tatabahasa merupakan aspek yang terpenting dalam sistem bahasa kerana ketika berbahasa kita menggunakan tatabahasa sebagai peraturan tertentu.
Morfologi merupakan satu bidang yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini lebih tertumpu dan berfokus kepada unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses perkataan dan bentuk perkataan yang terhasil. Menurut Bloomfield (1935), morfologi sesuatu bahasa adalah binaan-binaan dalam mana bentuk-bentuk berikut hadir di antara konstituennya. Lyons (1970) pula mendefinisikan morfologi sebagai bidang yang mempelajari struktur dalam bentuk-bentuk kata. Menurut pakar bahasa tempatan, Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) berpendapat morfologi ialah bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Bagi Abdullah Hassan (2006) pula, morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Tokoh bahasa terkenal, Nik Safiah Karim (1996) mengaitkan morfologi dengan mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Malahan menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) dengan tegasnya
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
mendefinisikan morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infeksi atau imbuhan, terbitan dan pemajmukan.
Sintaksis dipinjam daripada perkataan Yunani iaitu „suntutein‟ yang bermaksud
menyusun atau susunan. Dalam bidang linguistik, pengertian sintaksis membawa kepada pembentukan ayat. Asmah (1968) menyatakan bahawa sintaksis adalah bahagian daripada linguistik deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi kata-kata dalam rangkai kata-kata dan ayat. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Abdullah Hassan (2006) dalam buku bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu ada menyatakan unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa. Menurut Abdullah Hassan (2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang memerihal sintaksis melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membina ayat.
Oleh yang demikian, dapat dirumus bahawa morfologi merupakan kajian yang spesifik dan terperinci di mana ia berfokuskan kepada struktur dalaman bahasa yang melibatkan perubahan struktur kata, golongan kata dan juga maksud makna kata. Sintaksis pula dapat dilihat bagaimana ayat dibina, ini kerana sintaksis merupakan pelengkap dan lanjutan kepada proses morfologi. Tanpa sintaksis, morfologi tidak dapat berdiri sendiri. Begitu juga sintaksis kerana kedua-dua kajian ini amat berkait rapat dan saling bergantungan.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
1.3.3 Fungsi Tatabahasa
Tatabahasa berfungsi untuk memisahkan bentuk yang gramatis dengan bentuk yang tidak gramatis. Kenapa perkara ini terjadi? Seperti yang sedia maklum, sesuatu bahasa mempunyai sistem dan ciri bahasa tersendiri, justeru panduan dan peraturan tatabahasa adalah untuk membentuk perkara yang betul dan mengelakkan penggunaan bahasa yang salah. Jika penggunaan bahasa yang salah dan tidak gramatis, ini mencerminkan bahasa yang bertaraf rendah. Kita dapat lihat kesannya dari segi sosial, politik malah martabat bahasa itu sendiri. Inilah penekanan fungsi tatabahasa kerana ukurannya tidak didasarkan pada korpus ujaran, kriteria makna atau darjah penggunaannya tetapi berasaskan bentuk ujaran dan ketuntasan makna bahasa itu. Oleh demikian, fungsi tatabahasa ialah fungsi yang dibawa oleh perkataan atau frasa yang berlaku dalam ayat. Dengan lain perkataan, inilah yang dikatakan fungsi sintaktik sesuatu perkataan atau frasa. Fungsi tatabahasa secara khusus merujuk kepada subjek, predikat, objek, keterangan dan lain-lain.
1.3.4 Tugas Tatabahasa
Tatabahasa mempunyai tugas tersendiri. Perkara paling penting yang mendukung tugas tatabahasa ialah penghuraian ayat yang sempurna. Penghuraian ayat yang sempurna bermaksud pemerian ayat yang melengkapi segala aspek dalam linguistik yakni dari segi fonetik, fonologi, morfologi dan sintaksis. Hal ini penting kerana tatabahasa tidak boleh dianggap remeh dan diubah secara arbitrari (kesamaran). Sebagai contoh, peraturan berbahasa yang betul dan cekap menggambarkan ketinggian sesuatu bahasa dari segi tatabahasa kerana tatabahasa amat berkait dengan fonetik, fonologi dan morfologi serta sintaksis. Malah dalam perkembangan linguistik yang semakin maju, tatabahasa juga dikaitkan dengan semantik kerana ia merupakan kriteria penting dalam memberi makna mengikut konteks sama ada budaya mahupun konteks yang lain.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
1.3.5 Ciri-Ciri Penting Tatabahasa
Pada bahagian ini, saya hanya menyenaraikan secara ringkas mengenai ciri-ciri penting tatabahasa:
Mempunyai sistem tatabahasa.
Tatabahasa memainkan peranan atau tugas tertentu dan berfungsi dalam bahasa.
Struktur tatabahasa mengikut pola-pola tersendiri misalnya subjek, predikat, objek, keterangan dan sebagainya.
Unit tatabahasa mendukung tugas struktur yang berbeza skala tatatingkat tatabahasa.
1.3.6 Unit / Tatatingkat Tatabahasa
Tingkat Atas Bidang
Sintaksis
Bidang
Tingkat Bawah Morfologi
Susunan unit-unit tatabahasa pada skala mengikut saiz. Skala di sini disebut tatatingkat. Ayat Klausa Frasa Kata Morfem
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 Tatatingkat tatabahasa terdiri daripada 5 peringkat iaitu:
Ayat: unit tatabahasa tertinggi, ungkapan fikiran yang lengkap dan tuntas, intonasi sempurna, dimulai dan diakhiri kesenyapan, mempunyai subjek dan predikat.
Klausa:unit lebih rendah daripada ayat, terdiri daripada satu kumpulan atau lebih. Frasa:kata yang membentuk unit sintaksis, letaknya antara kata dan klausa. Kata:morfem atau gabungan morfem sama ada bebas dan terikat. Kata ialah unit
terkecil yang berstatus ayat atau ujaran. Kata memain peranan penting dalam aspek mofologi bagi penentuan sesuatu unsur misalnya Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas.
Mofem:unit tatabahasa terkecil yang bermakna leksikal atau fungsian.
1.4 Tatabahasa Pegangan
Tatabahasa Dewan (2008) dijadikan sebagai tatabahasa pegangan. Perkara sebegini diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam institusi pendidikan Malaysia. Ini membolehkan keseragaman pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu di semua institusi pendidikan. Tatabahasa pegangan penting dalam memartabatkan sesuatu bahasa.
Tatabahasa pegangan adalah tatabahasa yang dipilih oleh pihak berwajib bagi menentukan sesuatu tatabahasa itu dijadikan pedoman umum untuk semua sekolah, institut perguruan dan universiti. Maknanya di sini, rumus-rumus tatabahasa yang terdapat dalam buku tatabahasa pegangan hendaklah dijadikan pedoman bagi mengajar bahasa di semua peringkat pendidikan. Langkah ini bertujuan untuk menyeragamkan pengajaran bahasa berkenaan. Tatabahasa pegangan menjadi rujukan penting untuk semua peringkat. Justeru, semua rumus-rumus tersebut hendaklah dipatuhi agar pengguna bahasa menggunakan bahasa secara betul dan baik dalam menghasilkan ayat yang gramatis. Keadaan ini bersifat lebih kepada preskriptif.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
1.4.1 Definisi Tatabahasa Pegangan
Arbak Othman (1986) menakrifkan tatabahasa pegangan ialah tatabahasa yang memperlihatkan kesederhanaan dari segi penerimaannya oleh masyarakat sebagai sebuah tatabahasa yang berupaya menghuraikan seberapa mungkin keseluruhan yang dikatakan penggunaan standard bahasa Melayu itu.
1.4.2 Konsep Tatabahasa Pegangan
Bertitik tolak dari pengertian tatabahasa pegangan ini, kita melihat pula konsepnya. Kesederhanaan yang dinyatakan di atas ialah kebolehan penghuraian yang dapat merangkumi segala aspek bahasa Melayu dari segi penggunaannya sebagai perantaraan kebangsaan di sekolah-sekolah sama ada untuk membolehkan rakyat negara Malaysia khususnya bercakap dengan teratur dan cukup maksud yang dikehendaki oleh pemikiran moden, mahupun untuk membolehkan mereka menulis bahasa Melayu dengan baik dan jelas maksudnya melalui peraturan bahasa yang standard dalam perhubungan yang teratur dan bersistem dalam masyarakat Malaysia yang heterogen keperluannya itu.
Tatabahasa pegangan hendaklah tertakluk kepada beberapa perkara seperti berikut:
Penerimaan masyarakat
Penghuraian bahasa yang sederhana
Keperluan keteraturan yang standard dan berupaya menggambarkan pemikiran yang teratur tetapi diterima
Seperkara lagi mengenai tatabahasa pegangan ialah tentang dasar penghuraiannya. Konsep tatabahasa pegangan itu sendiri sudah cukup memberi persepsi atau gambaran bahawa tatabahasa serupa ini tidak dapat tidak akan bersikap preskriptif dalam banyak hal. Sifat ini tidak dapat dielakkan sebagai terpaksa mencirikan sesuatu tatabahasa pegangan.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
1.5 Tatabahasa Pedagogi
Tatabahasa pedagogi amat berbeza dengan tatabahasa pegangan. Hal ini disebabkan pedagogi ialah satu kaedah di mana mengajarkan sesuatu bahasa mengikut tatabahasa pegangan. Tatabahasa pedagogi memainkan peranan yang cukup penting kepada tatabahasa pegangan. Kita akan lihat huraian ini dalam konsepnya nanti.
1.5.1 Definisi Tatabahasa Pedagogi
Abdullah Hassan (2008) menjelaskan tatabahasa pedagogi adalah tatabahasa yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ia berbeza daripada tatabahasa pegangan. Perbezaan paling ketara dapat kelihatan apabila ia dibandingkan dengan tatabahasa pegangan. Tatabahasa pedagogi bukan sahaja mempunyai huraian rumus-rumus tatatabahasa dan contoh tetapi juga latihan-latihan bagi mengajarkan dan mempelajari bahasa. Tatabahasa pedagogi adalah untuk pengajaran dan pembelajaran yang mesti dipunyai oleh semua murid, pelajar, guru dan pensyarah berbanding tatabahasa pegangan yang mesti dipunyai oleh semua guru dan pensyarah.
1.5.2 Konsep Tatabahasa Pedagogi
Tatabahasa pedagogi merupakan pelengkap kepada tatabahasa pegangan. Kenapa perkara sebegini terjadi? Hal ini disebabkan tatabahasa pedagogi menggunakan semua huraian yang ada dalam Tatabahasa Dewan (tatabahasa pegangan) untuk tujuan mengajar bahasa. Rumus-rumus itu diolah dan dihurai semula supaya disesuai dengan pelbagai tahap pembelajaran di sekolah rendah, menengah, institut perguruan dan universiti. Penghuraian rumus ini mengikut tahap mudah untuk sekolah rendah dan ke tahap tertinggi untuk peringkat institusi pendidikan.
Pokok utama tatabahasa pedagogi adalah membina latihan-latihan yang sesuai dengan setiap peringkat pembelajaran. Dalam usaha mengubah suai huraian rumus, ada penjelasan yang lebih rapi perlu dilakukan seperti huraian mengenai pola-pola ayat dasar. Begitu juga dengan huraian kata adverba, kata sendi dan kata hubung.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Begitu juga bahagian yang perlu diringkas seperti bilangan golongan kata tugas yang terlalu banyak dengan fungsi yang tidak jelas boleh membantut dalam mempelajari bahasa. Malah, ada huraian bentuk dan fungsi kata tugas yang tidak diperlukan bagi mengajarkan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan menengah.
Di samping itu, bagi mengajarkan bahasa Melayu di sekolah, semua murid sekolah belum mempunyai pengetahuan asas tentang linguistik. Oleh sebab itu sebarang konsep yang memerlukan pengetahuan tentang teori linguistik perlu digugurkan. Umpamanya, istilah fon, alofon, fonem, morfem dan pelbagai lagi perlu digugurkan. Konsep ini sebenarnya adalah abstrak dan memerlukan pengetahuan mendalam.
Rumusannya, sesebuah tatabahasa pedagogi berfungsi memperlengkap tatabahasa pegangan. Dengan perkataan lain, buku tatabahasa pedagogi memperlengkap fungsi dan huraian Tatabahasa Dewan, iaitu menyesuaikannya untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
1.6 Rumusan Tatabahasa
Pengertian tatabahasa dapat ditafsirkan menurut pelbagai perspektif. Di kalangan ahli bahasa ada tatabahasa yang dinamai tatabahasa deskriptif, iaitu tatabahasa yang disusun berdasarkan kajian empiris. Tatabahasa jenis ini bersifat menghuraikan bahasa menurut adanya. Tatabahasa jenis ini amat berguna untuk menghuraikan bahasa atau dialek yang belum mempunyai tradisi persuratan atau bahasa yang belum pernah diuraikan sistemnya.
Satu jenis tatabahasa lagi ialah tatabahasa normatif, yang bersifat mengajarkan sistem sesuatu bahasa. Pendekatannya bersifat preskriptif. Tatabahasa jenis ini didasarkan pada data tertulis yang diiktiraf sebagai bahan yang mewakili sifat bahasa umumnya. Tatabahasa yang diajarkan di sekolah ialah tatabahasa normatif. Buku tatabahasa yang disusun oleh Za‟ba dan kebanyakan penyusunan tatabahasa yang lain termasuk pendekatan tatabahasa jenis ini bersifat preskriptif, hal itu tidak bermakna bahawa tatabahasa ini merupakan ciptaan ahli bahasa. Tatabahasa Melayu yang kita kenal sekarang ini sebenarnya didasar pada bahasa yang terdapat dalam karya besar
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
seperti „Sejarah Melayu‟. Kajian Awang Sariyan (1985) telah membuktikan bahawa
rumus-rumus tatabahasa yang menerbitkan ayat-ayat dalam „Sejarah Melayu‟ ialah
rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat dalam teks moden juga, walaupun pada lahirnya bentuk ayat-ayat itu berlainan.
Jelasnya, dalam zaman perancangan bahasa kebangsaan kita, tatabahasa jenis inilah yang paling kita perlukan. Hal ini tidak bererti bahasa tatabahasa deskriptif tidak berguna sama sekali. Tatabahasa deskriptif berguna sebagai gambaran penggunaan bahasa sesuatu kelompok masyarakat pada sesuatu waktu tertentu, tetapi tidak semestinya dianggap benar menurut sistem bahasa baku. Dapat juga kita manfaatkan tatabahasa deskriptif itu sebagai titik tolak untuk merancang bahasa baku. Misalnya jika huraian yang terhasil menunjukkan bahawa masyarakat melakukan kesalahan bahasa yang banyak sekali, maka perancang bahasa dapat mengatur strategi untuk mengatasi masalah penguasaan bahasa di kalangan masyarakat.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 2 SUSUR GALUR PERKEMBANGAN PENULISAN TATABAHASA MELAYU
Sebenarnya sejarah perkembangan nahu telah lahir sejak abad ke-16 lagi. Antara karya awal tatabahasa Melayu dipelopori oleh sarjana Barat, hal sedemikian berkait rapat dengan sejarah kedatangan pihak penjajah ke Nusantara. Daftar kata yang dihasilkan oleh Pigafetta, Elbink dan C. Houtman telah menunjukkan peri pentingnya nahu Melayu.
Perkembangan nahu selari dengan perkembangan kamus. Huraian tatabahasa yang dibuat oleh penulis Belanda seperti F. De Houtman (1803), Wiltens Dankaerts 91623), Heumius (1650) dan Gueynier (1677). Karya yang paling berjaya pada masa itu ialah karya Werndly (1736). Sumbangan orang Inggeris bermula pada kurun ke-19, seperti Marsden (1812), W. E. Maxwell (1882), Shellaber (1899) dan R.O. Winstedt (1913). Penulis lain yang terlibat ialah Eliot (1825), de Hollander (1845), A.P. Favre (1876), Klinkert (1879), Pijnappel (1888) dan Roorda Van Eysinger (1939). Itulah serba sedikit tokoh karya awal tatabahasa yang berkaitan dengan alam Melayu.
2.1 Sejarah Perkembangan Nahu Melayu
Menurut sejarah, buku tatabahasa Melayu yang pertama ditulis oleh putera Melayu ialah Bustanul al-Katibin li Sibyan al-muta’allimin (Kitab Perkebunan JuruTulis bagi
Kanak-Kanak Yang Hendak Belajar) susunan Raja Ali Haji dari Pulau Penyengat di Kepulauan Riau. Buku tersebut dianggar selesai disusun pada tahun 1857. Buku tatabahasa Melayu yang pertama ditulis oleh orang asing ialah buku yang berjudul A Grammar Of The Malayan Language With An Introduction oleh William Marsden dan terbit dalam tahun 1812.
Tatabahasa Melayu susunan Raja Ali jelas membayangkan pengaruh tatabahasa bahasa Arab. Seorang ahli bahasa Indonesia, Harimurti Kridalaksana pernah membuat penyelidikan tentang tatabahasa susunan Raja Ali Haji khususnya dari segi kelas kata. Menurut Harimurti Kridalaksana, kerangka kelas kata bahasa Melayu ternyata didasarkan pada kerangka kelas kata bahasa Arab. Sebagai contoh, Raja Ali Haji membahagi kata bahasa Melayu kepada tiga kelas iaitu nama, perbuatan dan harf (partikel). Pembahagian kata seumpama ini dalam bahasa Arab menjadi isim,
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
fi‟il dan harf. Walau bagaimanapun, buku tatabahasa ini tidaklah terkenal, barangkali kerana bahasa Melayu belum dipelajari secara formalnya. Dengan demikian, dapat dikatakan bahawa keperluan dan perhatian bangsa Melayu terhadap buku nahu sebagai rujukan tidaklah timbul pada masa itu.
Tetapi kira-kira 80 tahun kemudian, muncul seorang guru bahasa Melayu yang kemudian dikenal sebagai pengasas atau bapa tatabahasa Melayu. Beliau ialah Allahyarham Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad yang lebih masyhur dengan nama Za‟ba. Dalam tahun 1930-an, Za‟ba berusaha menyusun buku tatabahasa sehingga pada tahun 1940 terbitlah buku Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 cetakan pertama, satu-satunya magnum opus yang menjadi teras tatabahasa Melayu. Selanjutnya beliau menerbitkan sambungan buku pertama dengan Penggal 2 dan Penggal 3. Satu hal yang jelas, tatabahasa Melayu disusun oleh Za‟ba didasarkan pada kerangka nahu tradisional. Hal ini jelas kerana bahasa Inggeris ketika itu kuat memancarkan nahu tradisional dan secara kebetulan bahasa itu turut berpengaruh di Tanah Melayu dengan datangnya kuasa Inggeris. Dengan demikian, tidak hairanlah bahawa Za‟ba sendiri mengakui bahawa buku tatabahasanya didasarkan pada acuan nahu Inggeris dan sedikit-sedikit nahu bahasa Arab.
Di samping Za‟ba, ada seorang lagi penulis buku nahu bahasa Melayu yang amat kurang diperkatakan orang. Beliau ialah Mejar Haji Mohd Said b. Haji Sulaiman. Buku beliau berjudul Buku Kecil bagi Bahasa dan Jalan Basa Bahasa Melayu PBMPB Diraja Johor terbit pada tahun 1937. Dari segi uraian dan pendekatan, buku ini tidak banyak berbeza dengan buku yang terkarang oleh Za‟ba. Sehingga kini, buku tersebut masih wujud kerana DBP berusaha menerbitkan semula buku tersebut.
Sementara itu, ada juga orang asing sezaman dengan Za‟ba menulis buku nahu Melayu. Misalnya R.O. Winstedt telah menghasilkan buku berjudul Malay Grammar
pada tahun 1939. Buku ini didasarkan dengan pegangan tradisional. Buku ini lebih menjurus untuk pedoman pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu.
Pada penghujung tahun 1960-an, mulalah muncul penulis tatabahasa yang menggunakan pendekatan struktur. Tatabahasa struktural ini diasaskan di Eropah oleh Ferdinand de Saussure dan di Amerika oleh Leonard Bloomfield. Penerapan tatabahasa struktur dalam penulisan buku tatabahasa digiatkan oleh Charles Carpenter
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Fries di Amerika. Dalam hal nahu Melayu, penulis yang menerapkan acuan nahu struktur ialah Asmah Hj. Omar. Sebagai contoh melalui bukunya yang berjudul An Introduction to Malay Grammar (1969), Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas Kini (2008). Uraian tentang pembentukan kata dan ayat dilakukan menurut pola. Hal ini jelas berbeza dengan acuan tradisional yang mementingkan aspek makna semata-mata.
Kemudian dengan agak tiba-tiba, satu aliran baharu terserap ke dalam bahasa Melayu. Aliran tersebut ialah aliran tatabahasa Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Noam Chomsky di Amerika sekitar tahun 1950-an. Ada ahli bahasa yang berpendapat bahawa tatabahasa TG mengambil jalan tengah antara tatabahasa tradisional dengan tatabahasa struktur iaitu dengan menitikberatkan bentuk serta makna sekali gus. Aliran ini kuat mempengaruhi penulisan nahu Melayu sehingga dapat dikatakan bahawa kebanyakan ahli bahasa Melayu sekarang menggunakan acuan nahu tersebut dalam menganalisis bahasa Melayu. Sebagai contoh, Nik Safiah Karim, Mashudi Kader, Lufti Abas dan Raja Mukhtaruddin Dain menggunakan acuan nahu TG dalam tulisan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu walaupun terdapat perbezaan tentang hasil analisis masing-masing. Selain itu, ada juga ahli bahasa yang mencuba menerapkan aliran lain lagi dalam bahasa Melayu. Misalnya Abdullah Hassan banyak menghasilkan buku tentang morfologi dan sintaksis menurut aliran tagmemik. Kemudian, Farid M. Onn dan Yeoh Chiang Kee telah mencuba memperkenalkan aliran
relational grammar dalam menulis nahu Melayu melalui rencana dan kertas kerja mereka.
Walau bagaimanapun sehingga sekarang nahu TG yang masih bersifat dominan dalam penulisan tatabahasa Melayu, ini terbukti apabila Tatabahasa Dewan dijadikan pegangan untuk semua peringkat. Namun begitu, terdapat juga nahu yang menggunakan pendekatan wacana. Nahu wacana mula popular sekitar tahun 1980-an. Nahu ini dipopularkan oleh Sanat Nasir dan Azhar M. Simin. Nahu jenis ini mengkaji pertautan dalam sesuatu teks.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Dalam uraian sepintas kilas tentang sejarah penulisan nahu Melayu yang diberikan tadi, dapatlah kita lihat bahawa penulisan nahu Melayu dipengaruhi oleh aliran tertentu yang diperkenalkan oleh ahli-ahli bahasa yang mewarisi aliran-aliran tersebut daripada institusi tempat mereka mendalami ilmu bahasa.
Harapan kita, mudah-mudahan kita tidaklah akan tenggelam kerana terlalu mementingkan aliran. Sebaliknya aliran-aliran itu haruslah hanya sebagai alat untuk menghasilkan tatabahasa bahasa Melayu yang jitu dan mantap.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Plato (abad kelima SM)
Aristotle (abad keempat SM)
Dyonisius Thrax (abad pertama M)
Priscianus (ke-5 M) ad Du‟ali (ke-7M)
Bullokar (1586) Spieghel (1584) Sibawaihi (ke-8M)
Marsden (1612) Roman (1653) Raja Ali Haji (1857)
Crawfurd (1825) Wendly (1736) Abdullah A. Rahman (1913)
Maxwell (1882) Hollander (1845)
Bloomfield (1930) Shellabear (1904) Wijk (1889)
Bloomfieldanisme Winstedt (1913) Sasrasoegonda (1910)
Aliran TTG Za‟ba (1940)
[perkembangan [perkembangan
di Malaysia di Indonesia
dipengaruhi dipengaruhi
oleh Inggeris] oleh Belanda]
Asmah Hj. Omar, Asraf Alisjahbana, Zain (aliran struktural) (1960) dan lain-lain (1950)
Abdullah Hassan Tatabahasa Tradisional
(aliran tagmemik) struktural transformasi generatif
Nik Safiah Karim et. al.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
2.1.1 Peringkat Perkembangan Nahu Melayu
Karya awal Nahu-nahu Melayu:
• Bustanul Katibin (BK) (1857) oleh Raja Ali Haji.
• Pemimpin Johor (1878) oleh Muhammad Ibrahim Munsyi
• Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (KPPM) (1911) oleh Abdullah bin Abd. Rahman
• Senjuh Suratan (SS)(1922) oleh Mohd Shah bin Yusof
• Kitab Pelita Mengarang (KPM) (1925) oleh O.T. Dussek dan Mohd Hashim bin Hj. Talib
• Kitab Punca Bahasa (KPB)(1928) oleh Abdullah bin Talib
• Rencana Melayu (RM) (1928) oleh Raja Hj. Mohd Tahir bin Mursyid Riau
• Ilmu Mengarang Melayu (IMM) (1934) oleh Za‟ba
• Kitab Penanggam Bahasa (PB)(1936) oleh Ibrahim bin Hj. Salam
• Kitab Permulaan Mengarang (PM) (1936) oleh Syed Muhammad bin Othman
• Jalan Bahasa Melayu (JBM)(1937) oleh Dato‟ Hj. Muhammad Said bin Sulaiman
• Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu (PDM) (1939) oleh Dato‟ Hj. Muhammad Said bin Sulaiman
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Kesemua buku-buku mengenai tatabahasa yang terhasil sejak zaman Raja Ali Haji (1857) sehingga zaman Za‟ba (1940) akan kita lihat bidang yang dicakupinya.
Antara bidang yang dicakupi oleh buku-buku di atas dapatlah dirumus dalam jadual di bawah:
Bidang Yang Dicakupi Sejak Tahun 1900 – 1940
Buku/Bidang Huruf & Ejaan
Golongan
Kata Pengimbuhan Ayat
Tanda Baca Karangan Aspek-Aspek Gaya 1. BK / / / / 2. KPPM / * / 3. SS / / / / 4. KPM / * / / / 5. KPB / / / 6. RM / / 7. IMM / / 8. PB / * 9. PM / / / / * 10. JBM / / 11. PDM / 12. PBM / / / / Nota:
/ - menunjukkan adanya bidang-bidang tertentu.
* - disentuh secara sepintas lalu ketika membincangkan aspek-aspek lain.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 Golongan Kata:
Berdasarkan penahu-penahu di atas, terdapat beberapa aspek golongan kata yang telah dibincangkan secara spesifik atau sepintas lalu melalui pendekatan atau kaedah yang berbeza. Penelitian golongan kata adalah berdasarkan intuisi penahu dalam memerikan bahasa Melayu. antara penggolongan kata yang dibahagikan ialah:
BK - nama (isim), perbuatan(fiil) dan harf (partikel) KPPM - nama, perbuatan dan diwal
SS - nama, keadaan nama dan perbuatan
KPB - nama, ganti nama, sifat, perbuatan, kelakuan, faham kata, penyambut kata seruan
JBM - nama, ganti nama, perbuatan, rupa nama, rupa kata, sendi nama, sendi kata, seruan dan ibu kata
PB - nama, perbuatan dan diwal kata
PBM - nama & ganti nama, perbuatan, sifat, sendi, seruan
Diwal kata merupakan golongan kata lain yang bukan dari golongan nama dan perbuatan (kerjaan). Mengikut tafsiran saya, diwal sinonim dengan kata tugas untuk istilah moden. Antara diwal yang ditemui ialah:
Tambahan perbuatan (kata bantu & kata perintah)
Penetap tutur, pandu. Sumpah (kata sendi nama)
Penempat tutur ( kata arah, kata waktu)
Janji kata (kata hubung syarat) Penyambung kata, cadangan,
perubahan (kata hubung) Penguat kata (kata penguat)
Istifham (kata tanya)
Pengecualian kata (kata nafi, kata sangkal)
Seruan, hairan, tengking, herdik (kata seru)
Menyahut (kata pembenar) Menjawab, menafikan (kata nafi) Tempelak (kata penegas)
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 Istilah Kata:
Untuk istilah, kita merujuk kepada golongan dan subgolongan kata. Maksudnya di sini perbezaan istilah yang digunakan pada ketika dahulu dengan istilah moden. Antara istilah yang didapati bersesuaian dengan padanannya adalah seperti berikut:
Bil Istilah Lama Istilah Moden
1 diwal / diwal kata kata tugas
2 penyambung kata kata hubung
3 sendi kata kata hubung
4 ibu kata kata pangkal ayat
5 diwal pandu kata sendi nama & kata hubung
6 diwal pengetahuan kata tanya
7 istifham kata penegas
8 janji kata kata hubung
9 penguat kata kata penguat
10 penempat tutur kata arah
11 perbuatan kata kerja
Pengimbuhan:
Untuk proses pengimbuhan, kesemua penahu dirumus membincangkan aspek-aspek seperti sedemikian:
Huraian dan penjenisan Cara pengejaan
Fungsi imbuhan
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 Sintaksis:
Pada bahagian sintaksis, secara umumnya aspek yang ditekan ialah: Definisi ayat
Binaan ayat (percantuman kata, penyambung kata dan penunjuk kata) Jenis ayat
Bagi jenis ayat, istilah yang digunakan juga berbeza dengan istilah moden. Kita rujuki istilah di bawah:
Bil Istilah Lama Istilah Moden
1 ayat benar ayat tunggal
2 ayat terikat ayat majmuk
3 ayat songsang ayat pasif
4 kata ringkas ayat tunggal
5 kata lanjut ayat majmuk
6 kata selapis ayat tunggal
7 kata bercampur ayat majmuk
8 kata berlapis ayat majmuk pancangan
Rumusannya, setiap buku tatabahasa pada zaman tradisional meliputi aspek-aspek yang merangkumi satu sistem lengkap tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Malah ada juga bidang ejaan, karangan dan aspek gaya bahasa dimasukkan sekali. Jelaslah pada tahun 1900 – 1940 bahasa Melayu sudah berkembang maju seiring dengan peredaran semasa linguistik. Cuma di sini terdapat beberapa istilah lama yang pelbagai. Seharusnya istilah tersebut hendaklah diselaraskan agar tidak berlaku sebarang kekeliruan seperti istilah sekarang yang mantap dan jitu.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
2.1.2 Penulisan Nahu Melayu
Penulisan Nahu Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Era Tradisional (1857 – 1940)
Karya awal tatabahasa pada era tradisional yang terkenal adalah Bustanul Katibin
(1857) dan Pemimpin Johor (1878). Karya awal nahu ini boleh dikatakan bermula semenjak zaman Raja Ali Haji. Tatabahasa jenis ini adalah beracuan Arab yakni nahu tradisional. Namun pada 1940, seorang pendeta Melayu yang terkenal iaitu Za‟ba telah menggemparkan alam Melayu dengan karya agungnya iaitu Pelita Bahasa 1-3. Karya tatabahasa beliau sungguh hebat sehingga menjadi pedoman mengikut acuan para sarjana Melayu yang moden.
Era Moden (1960 – 2009)
Karya Tatabahasa Melayu yang moden dapat dilihat setelah para sarjana mengembangkan sayap aliran tersendiri di Malaysia. Di Indonesia, karya tersohor yang menjadi rujukan ialah Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia karya Hasan Alwi et. al (2000) manakala di Singapura pula terkenal dengan Nahu Melayu Moden hasilan Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan (1994), Di Malaysia, karya tatabahasa mengikut aliran tersendiri. Misalnya, Asmah Hj. Omar (1993) mengarang Nahu Melayu Mutakhir yang dilihat beraliran struktural manakala Nik Safiah Karim et. al (2008) menghasilkan
Tatabahasa Dewan yang beraliran Tranformasi Generatif di mana menjadi pegangan kepada sistem pendidikan rendah, pendidikan tinggi dan IPTA. Terdapat satu lagi hasilan yang beraliran Tagmemik iaitu Abdullah Hassan yang mengarang Tatabahasa Dinamika (1994). Kesemua penahu mengikut aliran tersendiri kerana mendapat ilmu linguistik mengikut negara-negara yang berlainan semasa memperolehi Ijazah Kedoktoran yang seterusnya menghasilkan tatabahasa di Malaysia. Justeru, era moden ini mencambahkan lagi karya tatabahasa Melayu. Sebenarnya banyak lagi karya tatabahasa Melayu yang dihasilkan, namun di sini sekadar untuk pengetahuan ringkas. Tokoh-tokoh yang lain ialah Arbak Othman, Asraf Hj. Wahab, Sulaiman Masri, Azhar M. Simin, Lufti Abas dan ramai lagi sarjana Melayu yang tidak dinyatakan.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
2.1.3 Pelopor Nahu Melayu
Pelopor awal nahu Melayu ialah Raja Ali Haji dengan karya terkenal beliau, Bustanul Katibin. Bidang-bidang nahu yang digarapkan oleh almarhum ialah tataejaan daripada Fasal 1-10, pembahagian kata Fasal 11-14, analisis kalimat Fasal 15-31.
Raja Ali Haji menggolongkan kata kepada tiga iaitu nama (isim), perbuatan (fiil) dan partikel (harf). Analisis Kalimat dihuraikan di bawah tajuk “perkataan, kata-kata dan kata”. Dalam peristilahan terkini, „perkataan‟ disamakan dengan ayat dalam bahasa Melayu dan kalimat dalam bahasa Indonesia. Hal ini dapat diterima kerana Raja Ali Haji menakrif perkataan sebagai „lafaz yang memberi makna‟ sementara „kata-kata‟ diertikan sebagai „barang yang tiada dengan orang yang mendengar daripada menantikan suatu yang lainnya‟ dan „kata‟ pula dimaksudkan sebagai „melengkapi‟ ia segala yang tersebut itu. Maksud di sini perkataan pun boleh dianggap kata dan kata-kata pun boleh dikatakan kata.
Namun begitu, bapa nahu Melayu yang terkenal ialah Za‟ba. Hal ini jelas dengan buku Pelita Bahasa Penggal 1-3 yang dihasilkan oleh beliau. Buku tatabahasa beliaulah sering dijadikan panduan dan pedoman untuk pengajaran dan pembelajaran waktu ketika itu. Sarjana-sarjana Melayu yang membuat kajian tentang nahu banyak merujuki Pelita Bahasa, misalnya Asmah Hj. Omar, Abdullah Hassan, Nik Safiah Karim dan sebagainya lagi.
Justeru dapat disimpulkan karya-karya awal yang mempelopori nahu Melayu lebih kepada acuan tradisional.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
2.2 Jenis-Jenis Tatabahasa
Terdapat beberapa jenis nahu atau tatabahasa dalam perkembangan era linguistik yang selari dengan teori linguistik. Di sini kita akan memperlihatkan beberapa ciri asas setiap nahu.
2.2.1 Tatabahasa Formal (Formal Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistik
Pemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan bahasa Setiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam sistem
Berdasarkan fungsi tidak berdasarkan faktor ekstralinguistik Berdasarkan tatabahasa huraian dan deskriptif
2.2.2 Tatabahasa Deskriptif (Decriptive Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Huraian
Penghuraian segala kemungkinan dalam sesuatu bahasa Kemungkinan yang merangkumi morfologi dan sintaksis Kemungkinan itu juga berasaskan ciri-ciri bahasa itu
2.2.3 Tatabahasa Nosional (Notion Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Sesuatu bahasa ditakrifkan berdasarkan makna (semantik) dan rasa Ciri bahasa di dunia sudah ada acuannya
Berdasarkan kesejagatan bahasa Berdasarkan struktur yang ideal
Struktur yang menjadi norma sahaja dianggap gramatis Ayat ditakrifkan sebagai deretan ujaran yang bermakna
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
2.2.4 Tatabahasa Preskriptif (Precriptive Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Normatif Ciri yang dianggap betul sahaja yang diberikan Penggunaan acuan pencarian yang sedia ada
Penentuan kaedah baku sebagai rujukan atau pedoman
2.2.5 Tatabahasa Bebas Konteks (Contex Free Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Jenis Tatabahasa Struktur Frasa (SF) Rumus Tulis semulanya seperti X ---> Y
Rumus Tulis semula digunakan dengan tidak mengira apa-apa konteks X
2.2.6 Tatabahasa Fungsional (Functional Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Berdasarkan pandangan pragmatik (praktikal) Fungsi bahasa sebagai alat perhubungan sosial
Berasaskan rumus yang mengawal hubungan manusia
2.2.7 Tatabahasa Tradisional (Traditional Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani Dapat diaplikasi pada tatabahasa lain
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
2.2.8 Tatabahasa Transformasi Generatif (Transformational Generative Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Dipelopori dan diasaskan oleh Noam Chomsky pada tahun 1957 Dilihat mencirikan konsep matematik
Ayat dilihat sebagai unit asas yang mempunyai struktur dalaman dan struktur permukaan.
Hubungan butir linguistik dalam ayat dijelaskan melalui Rumus Struktur Frasa (struktur dalaman)
Pemerian bahasa menggunakan Rumus Transformasi
2.2.9 Tatabahasa Pedagogi (Pedagogical Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Tatabahasa khusus untuk kegunaan dalam bidang pendidikan bahasa yakni para guru bahasa
Berasaskan Pendekatan, Kaedah dan Teknik pengajaran tertentu Penekanan terhadap pengajaran:
Bahasa ibunda Bahasa pertama Bahasa kedua Bahasa asing
2.2.10 Tatabahasa Sistemik (Systemic Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Penganalisisan pola bahasa berasaskan kaedah tertentu
Pola bahasa dianalisis di tempat yang berbeda dalam unit bahasa
Penekanan terhadap teori Keperihalan Keadaan, Fonologi Prosodi ( Suprasegmental) dan Kolokasi
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
2.2.11 Tatabahasa Stratifikasi (Stratification Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Diperkenalkan oleh S.M. Lamb pada tahun 1962 Bahasa dilihat sebagai suatu struktur
Strukturnya terdiri daripada sistem strata yang saling berkaitan Jenis tatabahasa yang popular pada tahun 1960-an
2.2.12 Tatabahasa Struktural (Structural Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah:
Bahasa dianggap sebagai struktur
Unsur yang membentuk struktur itu mempunyai hubungan dan sifat tertentu Unsur ini juga digunakan untuk menjanakan ayat dan menentukan struktur
konstituennya.
2.3 Tatabahasa Jenis Lain
Di samping jenis deskripsi tradisional dan struktural ada banyak teori dan model deskripsi bahasa, seperti, Tagmemik (K.L. Pike 1954, 1958 dan W.A. Cooks 1969),
Tatabahasa Tingkatan (S.M. Lamb 1966), Tatabahasa Kasus (J. Anderson 1971),
Glosematik (J. Uldall 1930), Tatabahasa Skala dan Kategori (M.A.K. Halliday 1961), dan Tatabahasa Generatif (N. Chomsky 1957, 1964, J.J. Katz & P.M. Postal 1964), dan lain-lain.
Baru-baru ini muncul pula Tatabahasa Hubungan. Apa sahaja teori atau model deskripsi bahasa ini, ia mestilah mampu mendeskripsikan seluruh bahasa itu sebelum hasilnya dapat dianggap berguna untuk pengajaran bahasa. Untuk berbuat demikian tatabahasa itu bukan hanya sekadar mampu menunjukkan perbezaan-perbezaan antara struktur ayat yang pada permukaannya nampak serupa, tetapi juga menunjukkan persamaan struktur sintaksis yang pada permukaannya kelihatan berbeza.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Oleh yang demikian kita hanya perlu menyesuaikan teori dan model deskripsi bahasa untuk diaplikasi ke dalam bahasa Melayu agar penggunaan itu menjadi mantap dan baik. Semoga bahasa yang digunakan mencerminkan martabat masyarakat bahasa itu secara khususnya.
2.4 Perbezaan Jenis-Jenis Nahu atau Tatabahasa
Di sini kita dapat meneliti segala perbezaan antara jenis-jenis nahu yang dipaparkan. Perbezaan jenis nahu dilihat lebih kepada aspek atau keseluruhan komponen tatabahasa itu sendiri. Contohnya dari segi fonologi, sintaksis, morfologi atau makna. Peranan komponen inilah yang mendasari perbezaan jenis-jenis nahu. Misalnya nahu tradisional lebih mementingkan aspek makna namun nahu struktural pula sebaliknya yang menganalisis struktur setiap unsur dalam sesuatu bahasa. Keunikkan jenis-jenis nahu membolehkan kita mempelbagai lagi pengetahuan tentang tatabahasa sejagat amnya dan tatabahasa bahasa Melayu khususnya.
2.5 Unit-Unit Bahasa Yang Terlibat Dalam Analisis Nahu
Terdapat lima unit bahasa yang terlibat dalam analisis nahu. Pertama ialah morfem. Morfem merupakan unit terkecil bagi bidang morfologi. Morfem terdiri daripada morfem bebas dan terikat. Seterusnya ialah perkataan. Perkataan ialah unit terkecil tatatabahasa yang mempunyai makna bebas. Makna bebas di sini ialah dapat berdiri sendiri tanpa bantuan struktur lain. Unit berikutnya ialah frasa, klausa, ayat dan wacana. Keempat-empat unit bahasa ini merupakan komponen sintaksis yang sangat penting dalam menganalisis bahasa.
Kesimpulannya, kesemua unit-unit bahasa berfungsi mengikut peranan tersendiri. Jika hal ini tidak berlaku, maka akan melahirkan bentuk bahasa yang tidak gramatis. Perkara sebeginilah yang menyebabkan sesuatu bahasa dicemari.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 3 TOKOH DAN ALIRAN DALAM TATABAHASA MELAYU
3.1 Tokoh-Tokoh Tatabahasa
Dalam bidang tatabahasa, historiografi linguistik Melayu menampilkan beberapa banyak ahli tatabahasa yang menghasilkan tulisan tentang tatabahasa Melayu. Bermula dengan tulisan A. C. Ruyl, Spiegel van de Maleische Tale (1612) yang merupakan buku pelajaran bahasa Melayu yang pertama, kita mengenal karya G. H. Werndly, iaitu
Maleische Spraak Kunst (1889). Di Malaysia, kita mengenal karya W. Marsden, A Grammar of the Malay Language (1812) dan karya R.O. Winstedt, Malay Grammar
(1914). Selain itu, kita ingat juga akan nama ahli tatabahasa Melayu yang besar sumbangannya dalam meletakkan dasar tatabahasa Melayu, misalnya Ch. Van Ophuysen, C.A. Mees, Madong Lubis, Raja Ali Haji, Sasrasie-ganda, Sutan Mohd. Zain, Sutan Takdir Alisyahbana, Slametmuljana, Za‟ba dan lain-lain. Hasil usaha mereka dengan jelas memperlihatkan persamaan dalam hal-hal dasar tentang tatabahasa Melayu, sehingga buku tatabahasa di Indonesia, misalnya, dapat juga diterima di Malaysia. Hal ini dengan mudah dapat difahami kerana semua ahli tatabahasa itu mendasarkan tatabahasa yang disusun itu pada karya-karya besar dalam bahasa Melayu seperti Sejarah Melayu dan sebagainya.
Tatabahasa Tradisional (bermula pada tahun 1857-an)
Tatabahasa Struktural (bermula pada tahun 1960-an) Penjenisan
Tatabahasa
Tatabahasa Transformasi Generatif (bermula pada tahun 1970-an)
Tatabahasa Wacana (bermula pada tahun 1980-an)
Penjenisan Karya Tatabahasa Bahasa Melayu di Malaysia Mengikut Aliran Teori Linguistik Sumber: Diubah suai daripada Ismail Salleh (1993)
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 3.1.1 Sarjana Barat
Terdapat ramai sarjana Barat yang mengkaji tatabahasa Melayu. Namun begitu, kita hanya meneliti dua sarjana Barat yang banyak memberi jasa kepada bahasa Melayu. Kita hanya meneliti penggolongan kata yang dibuat oleh sarjana bahasa di bawah. Penerangan penggolongan kata akan dibincangkan dalam bab 7 nanti.
3.1.1.1 W. Marsden A Grammar of the Malay Language (1812)
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.1.2 Sarjana Tempatan
Seperti yang dinyatakan pada bab 2 tadi, terdapat ramai sarjana Melayu yang mengiatkan diri dalam penulisan tatabahasa. Sejarah penulisan tatabahasa Melayu dimulai dengan Raja Ali Haji yang banyak membantu persuratan Melayu berkembang yang mana seterusnya berkesinambungan kepada sarjana-sarjana Melayu yang lain.
3.1.2.1 Raja Ali Haji
Bustan al-Katibin (1857)
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 3.1.2.2 Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 3.1.2.3 Asmah Hj. Omar
An Introduction to Malay Grammar (1969), Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas Kini (2008)
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 3.1.2.4 Arbak Othman
Tatabahasa Bahasa Malaysia (1981), Nahu Bahasa Melayu (1986)
3.1.2.5 Abdullah Hassan
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 3.1.2.6 Asraf Hj. Wahab
Petunjuk Tatabahasa (2007)
Golongan Kata Menurut Asraf (2007) secara umumnya ialah:
Kata nama Kata kerja Kata adjektif Kata sendi Kata keterangan Kata hubung Kata seru Kata sandang
Kelas Kata Utama ialah:
Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 3.1.2.7 Nik Safiah Karim dan et. al
Tatabahasa Dewan (1991), Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008)
3.1.2.8 Zaharani Ahmad
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.2 Aliran-Aliran Tatabahasa Mengikut Tokoh 3.2.1 Aliran Tradisional
Aliran tradisional merupakan aliran terawal bagi historografi nahu Melayu. Aliran ini menekan kepada aspek makna dan logika semata-mata. Kita dapat lihat kepada acuan yang dibuat dalam penghasilan nahu ini. Misalnya Za‟ba dalam Pelita Bahasa 1 dengan jelasnya menggolongkan nama mengikut makna. Begitu juga Marsden (1812) dan Winstedt (1927). Kita juga dapat perhatikan kepada penggolongan kata yang dibuat oleh ketiga-tiga tokoh tersebut yang sama dasarnya.
3.2.2 Aliran Struktural
Aliran struktural merupakan aliran yang membangkang aliran tradisional. Linguistik di Barat berkembang dengan pesatnya. Aliran ini begitu menekan kepada unsur dalam sesuatu bahasa. Setiap unsur dikaji secara mendalam mengikut sistem bahasa. Bukti yang nyata ialah penggolongan kata kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Omar dalam buku Nahu Melayu Mutakhir yang berasas kriteria sintaksis.
3.2.3 Aliran Tranformasi Generatif
Nahu ini terkenal kerana percubaan pengasasnya Noam Chomsky (1957) yang memperkenalkan konsep struktur permukaan dan struktur dalaman. Di samping itu, proses ayat yang ditransformasikan daripada satu struktur kepada satu struktur yang memberi kelainan kepada nahu TG. Aliran ini dilihat mengambil pendekatan pertengahan di antara nahu tradisional dan nahu struktural. Aliran TG begitu pesat berkembang di negara Barat dan di Malaysia perkembangannya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ini terbukti apabila ramai sarjana Melayu mengaplikasikan nahu TG ke dalam bahasa Melayu. Antara tokoh-tokohnya ialah Arbak Othman, Nik Safiah Karim et al, Asraf, Abdullah Hassan, Mashudi Kader dan ramai lagi. Kita dapat meneliti penggolongan kata yang dibuat oleh mereka hampir sama dan tidak banyak beza kecuali atas dasar pemerian masing-masing.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
3.2.4 Aliran Tatabahasa Wacana
Nahu Ayat
Bebas Konteks
Nahu Separuh Wacana
Jenis Tatabahasa
Peka Konteks (Nahu Wacana)
Jenis Tatabahasa Mengikut Tatabahasa Wacana
Sumber: Diubah suai daripada Azhar M. Simin (1983)
Nahu ini terkenal kerana analisis wacana mengikut teks. Sebenarnya aliran tatabahsa wacana dipopularkan oleh Sanat Mohd Nasir dan Azhar M. Simin pada tahun 1980-an. Di bawah merupakan penjenisan tatabahasa wacana.
Berdasarkan huraian tatabahasa wacana, tatabahasa digolongkan kepada dua yang utama iaitu:
Tatabahasa bebas konteks I. Tatabahasa ayat
Tatabahasa yang ditulis berlandaskan ayat tunggal yang dicipta oleh penulis tatabahasa itu sendiri. Tatabahasa sebegini mementingkan kesesuaian dengan teori linguistik yang diistilahkan sebagai nahu teori dahulu. Contohnya ialah tatabahasa yang berpegang pada teori nahu TG. II. Tatabahasa separuh wacana
Walaupun asas penghuraian ayat berlandaskan ayat tunggal namun ia dipetik oleh penulis tatabahasa daripada teks sastera dan seumpamanya. Ini lebih dikenali sebagai korpus bahasa. Nahu jenis ini berlandaskan cebisan bahasa yang dihuraikan secara nyata yang diistilahkan nahu
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
bahasa dahulu. Contohnya ialah nahu yang ditulis oleh Winstedt (1913), nahu Za‟ba (1945) dan nahu Asmah Hj. Omar kerana huraiannya masih berlandaskan cebisan atau serpihan bahasa yang digunakan mengikut konteks sebenar.
Tatabahasa Peka konteks
Merupakan tatabahasa wacana sepenuhnya.
3.3 Perbezaan Antara Aliran Tatabahasa Yang Dipegang Oleh Tokoh-Tokoh Tertentu
Jika kita mengambil satu pegangan atau rujukan terhadap sesuatu tatabahasa, kita dapat mengesani alirannya. Hal ini cukup mudah kerana sebagai contoh, penggolongan kata dalam sesuatu tatabahasa dibuat berdasarkan kriteria tertentu iaitu kriteria makna (semantik), kriteria morfologi, kriteria sintaksis dan kriteria fonetik.
Misalnya Za‟ba, menggolong kata kepada kriteria semantik iaitu menamakan sesuatu, biasanya melibatkan orang, haiwan, benda, tempat dan konsep. Za‟ba membahagikan kata nama kepada tiga iaitu nama khas, nama nika, ganti nama dan numeral. Sebaliknya Abdullah Hassan (1980) membahagikan kepada empat iaitu kata nama, kata ganti nama, kata bilangan dan penjodoh bilangan. Nik Safiah Karim et al. (1986) membahagikan kata nama kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan ganti nama. Ada persamaan yang dibuat oleh Za‟ba dan Nik Safiah Karim. Bagi Asmah dan Abdullah Hassan meskipun nampak berbeza dengan Za‟ba dan Nik Safiah Karim, tetapi asasnya tetap sama namun pemerian yang dibuat adalah berlainan. Kelainan yang dimaksudkan di sini ialah pemerian penahu mengikut kriteria tertentu seperti yang dinyatakan di atas tadi. Asmah memerikan nahu mengikut unsur-unsur dalam sistem tatabahasa yakni aliran struktural. Abdullah pula memerikan nahu mengikut tagmen tatabahasa iaitu unit dalam tatabahasa yang mengikut aliran tagmemik.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Kesimpulannya, perbezaan aliran yang dipegang atau dianuti oleh penahu-penahu amat berkait rapat dengan aliran linguistik yang dipelajari yang seterusnya diaplikasikan ke atas tatabahasa Melayu mengikut acuan atau kefahaman masing-masing. Peraturan berbahasa yang baik dan betul tidak semestinya daripada satu tatabahasa sahaja. Kita perlulah mengkaji dan menilai serta menerapkan ke atas bahasa Melayu agar nahu ini lengkap dan mantap serta tuntas yang boleh diperturunkan kepada generasi akan datang.
3.4 Sepintas Lalu Tatabahasa Za’ba sebagai Tatabahasa Tradisional Lawan Tatabahasa Formal ( Moden )
Setelah muncul ilmu linguistik moden, penghuraian tatabahasa sebelumnya yang kesemuanya mengikut acuan tatabahasa Yunani-Latin digolongkan sebagai tatabahasa tradisional atau tatabahasa nasional, termasuk tatabahasa Za‟ba. Dari kaca mata linguistik moden, Pelita Bahasa Melayu (1940) yang digolongkan sebagai tatabahasa tradisional asas penghuraian item tatabahasa ini mengikut kriteria semantik. Perubahan yang berlaku dalam sejarah penulisan tatabahasa Melayu di Malaysia daripada tatabahasa tradisional kepada tatabahasa formal (moden) bermula pada tahun 1960.
Perkembangan sejarah penghuraian tatabahasa Melayu mengikut acuan atau pola tatabahasa formal atau moden yang berlandas ilmu linguistik yang bermula pada dekad 1960-an, tidak berhenti begitu sahaja. Seiring dengan perkembangan teori linguistik yang terkemudian daripada itu penghuraian tatabahasa Melayu juga mengikut linguistik struktural bagi menghasilkan karya tatabahasa mereka. Tetapi menjelang dekad 1970-an, teori linguistik TG pula mendapat perhatian ahli bahasa tempatan yang menerapkan teori ini dalam penulisan dan penghuraian tatabahasa Melayu. Contohnya,
Tatabahasa Dewan karya Nik Safiah Karim et. al (1994) yang diguna secara meluas di Malaysia kini, merupakan salah satu contoh acuan teori TG. Seterusnya pada dekad 1980-an, pemerian tatabahasa Melayu mengikut teori tatabahasa wacana mula mendapat popularitinya di Malaysia. Buku yang bertajuk Discourse-Syantax of Yang in Malay yang asalnya disertasi doktor falsafah Azhar M. Simin (1983) kemudian
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
diterbitkan oleh DBP pada tahun 1988 adalah contoh karya yang mengaplikasi teori tatabahasa wacana bagi menghuraikan bahasa Melayu. Di samping itu, karya Sanat Mohd. Nasir berjudul Tautan Dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar (2002) merupakan sebuah hasilan yang cenderung terhadap tatabahasa wacana.
Namun begitu, ketokohan Za‟ba sebagai ahli bahasa yang menulis tatabahasa Melayu tetap diakui oleh sarjana Melayu yang terkemudian, seperti Abdullah Hassan (1986), Asmah Hj. Omar (1992), Azhar M. Simin (1983), dan Nik Safiah Karim et. al. (1979, 2008).
3.5 Sumbangan dan Usaha Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu
Usaha yang memainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu ialah sebuah agensi, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka telah didirikan untuk mendukung amanat bangsa. Agensi ini bergerak dengan berdasar pada Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 yang kemudian disemak pada tahun 1978. Seiring dengan penubuhan DBP, Penyata Razak dikeluarkan bagi mendukung semangat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan di Malaysia dan Penyata Razak merupakan salah satu ciri penting Akta Pendidikan 1961 (kini Akta Pendidikan 1996).
DBP mengorak langkah seawal penubuhannya untuk meningkatkan kecekapan dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu. Antara langkah awal yang dilaksanakan yang memberikan kesan jangka panjang sehingga kini ialah usaha pengukuhan, penyelarasan dan pembakuan korpus bahasa. Penyelarasan ejaan Rumi antara negara serantau yang memilih bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara masing-maing memberikan impak yang cukup besar bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang besar dan luas sasaran penggunanya. Dengan penyelarasan sistem ejaan antara negara anggota MABBIM (Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia) pada 1972 yang seterusnya diikuti dengan usaha penyelarasan tidak kurang 400,000 istilah dalam pelbagai bidang ilmu, bahasa Melayu di rantau ini menjadi semakin kukuh sebagai bahasa pemersatu warga negara Malaysia dan juga warga serantau.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Terdapat beberapa usaha lain yang menjadi kebanggaan kepada DBP iaitu menyediakan dan melaksanakan peraturan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam jabatan dan sektor swasta. Selama lima dekat ini DBP banyak berkorban dalam mengangkat dan memartabatkan bahkan memperkasa bahasa Melayu. Pada peringkat awal, DBP di bawah pimpinan Syed Nasir Ismail telah melancarkan Gerakan Minggu Bahasa Kebangsaan dan kempen-kempen bahasa yang melibatkan penyertaan semua rakyat. Kempen ini untuk membina keyakinan dalam kalangan masyarakat Malaysia seperti pertandingan bahas, mengarang dan berbalas pantun dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira rendah atau menengah. Bagi konteks pembinaan bahasa yang diraih ialah penyusunan dan penerbitan kamus-kamus ekabahasa, dwibahasa dan kamus istilah, penyusunan dan penerbitan daftar ejaan Rumi dan Jawi, penyusunan dan penerbitan buku dan cakera padat tatabahasa pegangan dan rujukan serta penyusunan dan penerbitan pelbagai bahan pedoman bahasa dalam bentuk risalah, buku kecil dan sisipan akhbar. Sesungguhnya, pedoman dan bahan rujukan yang dihasilkan seperti Kamus Dewan, Tatabahasa Dewan dan juga istilah dalam pelbagai bidang ilmu merupakan antara unsur penting yang sangat membantu memantapkan serta menyeragamkan bahasa Melayu menjadi bahasa moden dan diangkat setaraf dengan bahasa lain.
Di samping itu juga, DBP melaksanakan pembinaan, pengembangan korpus yeng menjadi titik tolak kepada perkembangan bahasa Melayu moden kerana tanpa sistem ejaan yang efisien dan praktis, tanpa istilah yang dapat mendukung konsep-konsep ilmu, tanpa tatabahasa yang komprehensif dan tanpa kamus yang kemas kini, taraf bahasa Melayu yang kita perolehi tidak akan bererti apa-apa. Jadi macam mana kita ingin mengangkat bahasa Melayu ke tahap yang tertinggi? Dengan kata lain, perancangan korpus bahasa berperanan mengisi taraf bahasa yang telah dicapai oleh DBP. Usaha pengembangan bahasa digiatkan lagi dengan menyediakan khidmat nasihat bahasa (KNB) kepada karyawan sektor awam, sektor swasta, serta masyarakat umum, menganjurkan kursus kemahiran berbahasa, membina Munsyi Dewan, memantau dan menegur penggunaan bahasa dalam media massa dan di tempat awam.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Akhir sekali, usaha memartabatkan bahasa Melayu terus dipertingkatkan dengan memberi kuasa kepada DBP untuk mengenakan denda kepada sesiapa yang di dapati bersalah mencemarkan bahasa kebangsaan. Dasar ini akan dikuatkuasakan sebaik sahaja Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 dipinda oleh pejabat Peguam Negara dan diluluskan oleh Parlimen. Ini kerana Akta DBP sedia ada (Pindaan dan Peluasan 1995) cuma memberikan kuasa menegur, menasihat, mengawas atau mengarahkan mana-mana pihak supaya mengutamakan dan menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul. Dengan ini, DBP akan diberikan kuasa penuh untuk mendenda pencemar bahasa dengan denda RM 1,000 sebaik diluluskan Parlimen.