BML 3053
MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Perbandingan Kata Adverba antara
Tatabahasa Dewan, Tatabahasa Asas dengan
Nahu Melayu Mutakhir
MOHAMMAD AZUL FAHAMI BIN SAPI (D201410) ISMP SEJ
FATIMAH AZRA BINTI CHE KAMARUZAMAN (D20141067688) ISMP SEJ
SUHAINA BINTI YUSOF (D20141067687) ISMP SEJ
KUMPULAN H
SEM 1, SESI 2015/2016
PENSYARAH
DR. ZURAINI BINTI RAMLI
PENDAHULUAN
Tajuk yang dipilih bagi tugasan berkumpulan ialah Perbandingan Kata Adverba antara buku Tatabahasa Dewan, Tatabahasa Asas dengan buku Nahu Melayu Mutakhir. Buku Tatabahasa Dewan mula diterbitkan pada tahun 1986. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu pula diterbitkan pada 1993 dan sejak itu buku ini dicetak ulang sebanyak sepuluh kali, yang terakhir ialah cetakan kesebelas pada tahun 2006 manakala buku yang digunakan ini adalah buku Tatabahasa Dewan yang diterbitkan pada tahun 2009 dalam Edisi Ketiga oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur. Buku ini merupakan tulisan atau kajian bersama oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. Rujukan kedua pula ialah buku Tatabahasa Asas yang ditulis oleh Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman dan Ton Ibrahim. Buku ini diterbitkan pada tahun 2012 di Kuala Lumpur oleh Penerbitan Salam Sendirian Berhad dan Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia. Sementara itu, buku rujukan ketiga yang digunakan untuk dibuat perbandingan iaitu buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima pula ditulis oleh Asmah Hj. Omar. Buku ini diterbitkan pada tahun 2009 di Kuala Lumpur oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Ketiga-tiga buku ini digunakan untuk membuat perbandingan dan perbezaan tentang kata adverba.
KONSEP / DEFINISI
Kata adverba merupakan salah satu kata yang tergolong dalam jenis kata tugas. Menurut buku Tatabahasa Dewan, kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba juga tidak dianggap sebagai golongan kata utama bahkan kata tugas kerana tidak boleh menjadi unsur inti kepada konstituen frasa predikat. Sementara itu, buku Tatabahasa Asas pula menerangkan bahawa kata adverba juga dikenali sebagai kata keterangan iaitu kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama. Kata adverba tidak tergolong dalam golongan kata utama kerana kata ini tidak boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa. Oleh sebab itu, kata adverba tergolong sebagai kata tugas. buku Nahu Melayu Mutakhir pula menjelaskan bahawa kata adverba merupakan kata yang berfungsi pada hujung ayat dalam struktur Subjek-Predikat-Objek-Ajung.
JENIS / BENTUK / GOLONGAN KATA ADVERBA A) TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA
Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan yang dikarang oleh Nik Safiah Karim et. al., kata adverba dapat digolongkan kepada empat bentuk atau jenis iaitu :
a) Kata adverba jati
b) Kata adverba yang asalnya kata adjektif c) Kata adverba yang asalnya kata kerja d) Kata adverba bentuk gandaan
i. Kata adverba jati
Kata adverba jati terdiri daripada perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang tediri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama yang tidak termasuk dalam mana-mana golongan kata lain.
Sebagai contoh :
1. Semalam 4. Saling 7. begini 2. Kelmarin 5. Sekali gus 8. begitu 3. Esok 6. Serentak 9. Pertama kali Contoh ayat :
Pelancong itu akan tiba esok dari New Zealand
Orang yang begitu pandai pun boleh tertipu
Pegawai itu sentiasa di sini.
ii. Kata adverba yang asalnya kata adjektif
Kata adverba jenis ini berasal daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Contohnya ialah perkataan yang dicetak miring di bawah :
1. Berjalan laju 3. Bertiup kencang 2. Ketawa besar 4. besar panjang Contoh dalam ayat :
Penulis itu membayangkan air sungai itu mengalir lesu
Diana hampir terjatuh ketika meyidai kain basuhannya.
Anak bongsu Pak Hassan sudah besar panjang.
Kata adverba jenis ini berasal daripada kata kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Contohnya :
1. Berjalan mengiring 4. Tenang membiru 2. terbang meninggi 5. putih berseri 3. hitam berkilat 6. Tinggi mengawan
Contoh ayat yang menunjukkan kata adverba yang asalnya kata kerja :
ketam ialah haiwan yang berjalan mengiring
kulit tuan puteri itu putih berseri
pemuda itu suka berenang menelentang.
iv. Kata adverba bentuk gandaan
Kata adverba bentuk gandaan ialah perkataan yang mengalami proses penggandaan yang berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Terdapat tiga bentuk kata adverba berganda seperti yang berikut :
a) Kata adverba penggandaan penuh
Kata adverba penggandaan penuh ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan seluruh kata dasarnya. Sebagai contoh :
1. Betul-betul 4. Pura-pura 2. Sedikit-sedikit 5. Cepat-cepat 3. Jarang-jarang 6. Sama-sama Contoh ayat :
Dia betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya yang telah lama terpisah.
Simpanlah duit sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.
Kebelakangan ini dia jarang-jarang ke rumah saya. b) Kata adverba penggandaan separa
Kata adverba penggandaan jenis ini terhasil daripada proses menggandakan kata dasarnya yang mengadungi imbuhan tanpa menggandakan imbuhannya. Terdapat dua jenis penggandaan separa iaitu : 3 Kata Adverba Bentuk Gandaan Kata adverba penggandaan penuh Kata adverba penggandaan berentak Kata adverba penggandaan separa
Penggandaan separa berawalan Penggandaan separa berakhiran i. Kata adverba penggandaan separa berawalan
Kata adverba penggandaan separa berawalan ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar sahaja tetapi tidak awalanya. Contohnya :
1. Berdikit-dikit 4. Terkedek-kedek 2. Bermalam-malam 5. Terkial-kial 3. Bersungguh-sungguh 6. Terburu-buru Contoh ayat :
Mereka sesat bermalam-malam di puncak gunung itu.
Pelajar itu menelaah bersungguh-sungguh untuk peperiksaannya.
Kakak menangis teresak-esak apabila menerima berita buruk itu.
Terdapat juga kata adverba penggandaan separa yang setelah menerima awalan se- boleh juga menerima bentuk –nya. Contohnya:
1. Selama-lamanya 4. Sebodoh-bodohnya 2. Seikhlas-ikhlasnya 5. Setinggi-tingginya 3. Secepat-cepatnya 6. Semahu-mahunya Contoh ayat :
Dia melompat setinggi-tingginya untuk melepasi kayu galang itu.
Saya yakin sesungguh-sungguhnya tentang keesaan Tuhan.
Pahlawan yang terkorban itu dikenang selama-lamanya. ii. Kata adverba penggandaan separa berakhiran
Kata adverba penggandaan separa berakhiran ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan hanya kata dasar tetapi tidak akhirannya. Sebagai contoh :
1. Gila-gilaan 3. Kecil-kecilan 2. Habis-habisan 4. Mati-matian Contoh ayat :
Pasukan bola sepak negara bermain habis-habisan untuk mempertahankan kejuaraannya.
Dalam bulan Ramadhan, ramai yang berniaga kecil-kecilan.
c) Kata adverba penggandaan berentak
Kata adverba penggandaan berentak ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu. Contohnya :
1. Menangis teresak-esak 4. Lari lintang-pukang 2. Berbunyi hingar-bingar 5. Berjalan huyung-hayang 3. Berjalan mundar-mandir 6. Datang serta-merta
Contoh ayat :
Pasar itu kedengaran hingar-bingar sepanjang hari.
Mereka berlari susup-sasap untuk menyembunyikan diri.
Pemuda yang cedera itu berjalan huyung-hayang di kaki lima.
B) TATABAHASA ASAS
Buku Tatabahasa Asas dikarang oleh Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman dan Ton Ibrahim merupakan edisi yang pertama dan telah diterbitkan pada tahun 2012. Di dalam buku ini terkandung beberapa isi yang penting misalnya penggolongan kata adverba, makna kata adverba yang lain, kata pascakata, kata pembenda dan kata penekan.
1. Penggolongan kata adverba
Kata adverba terdiri daripada empat bentuk, iaitu: i. Kata adverba jati
ii. Kata adverba yang asalnya kata adjektif iii. Kata adverba yang asalnya kata kerja
iv. Kata adverba bentuk gandaan
(i) Kata adverba jati
Kata adverba jati merupakan sekumpulan kata yang berfungsi untuk menerangkan kata kerja atau frasa kerja, kata adjektif atau frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata adverba jati tidak termasuk ke dalam mana-mana golongan kata. Contoh kata adverba jati:
tadi, kelak, dahulu, nanti, tulat, esok, saling, langsung, begitu, semalam, serentak, sempat, nyaris, begini, barangkali, kadangkala, kadang-kadang, acap kali, sekali gus
Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Dia kadang-kadang ke kedai itu. 2. Anis dahulu cantik.
3. Saya telah menziarahi Jamal semalam.
(ii) Kata adverba yang asalnya kata adjektif
Kata yang menerangkan kata kerja atau frasa kerja, kata adjektif atau frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya: bergerak perlahan, berjalan lancar, hampir roboh, tegak berdiri, berpura-pura tenang, sakit tenat, mengalir deras, segera ke sana.
Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Program kami berjalan lancar. 2. Air sungai itu mengalir deras.
3. Maniam kerap ke pejabat pada hari Sabtu.
(iii) Kata adverba yang asalnya kata kerja
Kata adverba jenis ini terdiri daripada kata kerja yang menerangkan kata kerja, kata adjektif atau frasa sendi nama. Contohnya: tidur bersandar, makan bersila, baring mengiring, bergerak berkumpulan, tinggal bersama-sama, duduk berseorangan.
Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Mereka itu duduk bersila.
2. Pelajar sekolah itu datang berkumpulan. 3. Adik berjalan berjingkit
(iv) Kata adverba bentuk gandaan
Kata adverba boleh berbentuk gandaan. Kata adverba bentuk gandaan terdiri daripada: a) penggandaan penuh
b) penggandaaan separa c) penggandaan berentak
a ) Kata adverba penggandaan penuh
Contohnya: jarang.jarang, besar-besar, sama-sama, diam-diam, senyap-senyap, pura-pura,
lambat-lambat. Beberapa contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
2. Pasangan pengantin itu sama-sama cantik.
(b) Kata adverba penggandaan separa
Contohnya: tersekat-sekat, terburu-buru, berhari-hari, teresak- esak, bergungguh-sungguh, sekali-kali. Beberapa contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Adik menangis teresak-esak.
2. Dia menghabiskan kerja itu berhari,-hari. 3. Dia menyiapkan tugasan itu berbulan-bulan.
Contoh kata adverba berbentuk gandaan separa dengan akhiran ‘-an’: habis-habisan, terang-terangan,
kecil-kecilan, ikut-ikutan. Beberapa contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Mereka mengadakan kenduri besar-besaran.
2. Ibu berniaga kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan. 3. Mereka melaksanakan projek itu sungguh-sungguhan.
Contoh kata adverba berbentuk gandaan separa dengan imbuhan "se-" dan pascakata "-nya':
sebaik-baiknya, selengkap-lengkapnya, semahu-mahunya, sebenar-benarnya, seboleh-bolehnya, setulus-tulusnya, seindah-indahnya. Beberapa contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Saya akan bekerja sebaik-baiknya. 2. Adik menangis semahu-mahunya. 3. Mereka berlari selaju-lajunya.
(c) Kata adverba penggandaan berentak
Contohnya: lintang-pukang, kelam-kabut, ulang-alik, gundah- gulana, puntang-panting, riuh rendah,
bolak-balik, simpang-siur, selang-seli. Beberapa contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang
berikut:
1. Mereka lari lintang-pukang. 2. Dia bercakap bolak-balik. 3. Jalan di situ simpang-siur.
2. Makna Kata Adverba
7
adverba waktu adverba jarak adverba cara adverba keadaan adverba ragam adverba perasaan
Kata adverba mempunyai makna yang banyak. Antara makna kata adverba ialah:
a) adverba waktu
Perkataan yang menerangkan masa berlakunya sesuatu perbuatan atau peristiwa dan keadaan. Contohnya:
1. Amir hendak pulang sekarang. 2. Bas ekspres itu tiba lewat. 3. Abang baru pulang dari pejabat.
b) adverba cara
Perkataan yang menerangkan cara sesuatu perbuatan itu dilakukan. Contohnya: 1. Hamid duduk menyendiri.
2. Kamu perlu berbuat begini.
3. Buruh itu berkerja bermati-matian.
c) adverba ragam
Perkataan yang menerangkan ragam atau keadaan kepastian berlakunya sesuatu perbuatan. Contohnya: 1. Saya tentu sampai di sana petang ini.
2. Pelajar itu betul-betul gembira dengan keputusan SPMnya. 3. Mohd Nor benar-benar baik.
d) adverba jarak
Perkataan yang menerangkan jarak yang berkaitan dengan kata kerja yang diterangkannya. Contohnya: 1. Zaini tinggal dekat dengan rumah saya.
2. Burung gagak itu terbang tinggi, 3. Datuk pergi jauh meninggalkan kita.
e) adverba keadaan
Perkataan yang menerangkan keadaan yang berlaku pada kata kerja, kata adjektif dan kata adverba. Contohnya:
1. Askar itu berambut pendek. 2. itu disusun rapi.
f) adverba sifat perasaan
Perkataan yang menerangkan sifat perasaan bagi kata kerja. Contohnya: 1. Ibu berasa rindu sejak achik ke universiti.
2. Dia bercakap benar setia kali berbicara. 3. Anis ketawa riang menonton persembahan itu.
C) NAHU MELAYU MUTAKHIR EDISI KELIMA
Definisi :
Kata adverba ialah kata yang berfungsi pada ajung ayat dalam struktur Subjek-Predikat-Objek-Ajung. Ayat :
Subjek Predikat Objek Ajung
Pewujudan Kata Adverba
Kata adverba boleh diwujudkan oleh kata selapis atau kata berlapis. Adverba yang diwujudkan oleh kata selapis adalah seperti sana, situ, sini, tadi, sekarang dan sebagainya. Dalam bentuk berlapisnya kata adverba ditandai oleh awalan se- dan akhiran –an.
I. Se-
Digunakan sebagai awalan adverba, se- mempunyai fungsi sebagai pengubah golongan. Dengan itu, se- boleh diimbuhkan kepada kata nama, kata kerja utama, kata kerja bantu dan kata sifat.
a) Se- + Kata Nama
Kata kerja yang menjadi dasar bagi pengimbuhan se- ialah kata nama waktu ,khususnya kata
masa dan waktu. Hasil dari pengimbuhan ini ialah semasa dan sewaktu, yang berfungsi sebagai
adverba waktu dengan makna “pada masa” dan ‘’ pada waktu.
b) Se- + Kata Kerja Utama
Kata kerja utama yang membolehkan mengambil awalan se- ialah kata kerja perbuatan gerak , yakni tiba, pergi, kembali, pulang dan sampai. Hasil dari pengimbuhan ini ialah kata-kata setiba,
sepergi, sekembali, sepulang dan sesampai. Se- dalam contoh-contoh ini mendukung makna
‘’waktu’’ dan oleh
(i) setiba(nya) = pada waktu (dia) tiba (ii) sepergi(nya) = pada waktu (dia) pergi (iii) sekembali(nya) = pada waktu (dia) kembali
Sesungguhnya datang adalah perbuatan gerak , penggunaan bahasa sekarang I ni belum memperlihatkan adanya bentuk seperti *sedatang. kata perbuatan gerak yang sudah mendapat awalan lain tidak boleh mengambil awalan se- ini. Dari itu tidak ada perkataan seperti *sebaring(nya) dan sebagainya.
Demikian juga, kata perbuatan bukan gerak tidak boleh sama sekali diberi awalan se-. Oleh itu tidak ada perkataan-perkataan seperti *setidur(nya), *sebaring(nya) dan sebagainya.
c) Se-+ Kata Kerja Bantu
Kata kerja bantu modalitas yang boleh mengambil awalan se- ialah mesti, boleh, dan dapat. Hasil dari syarat. Dalam penggunaannya , perkataan-perkataan ini diberi penegasan dengan meletakan nya sesudahnya : semestinya, sebolehnya, sedapatnya.
Untuk memastikan bahawa kata-kata itu adalah adverba syarat, lihatlah ayat-ayat berikut: (1) (i) Semestinya dia sekarang sudah bekerja.
(ii) Kalau ikut apa yang mesti berlaku , dia sekarang sudah bekerja. (2) (i) sebolehnya, dia hendak menyelesaikan pekerjaan itu sekarang juga.
(ii) Kalau boleh , dia hendak menyelesaikan pekerjaan itu sekarang juga.
Kata seboleh(nya) dan sedapat(nya) boleh digandakan dan hasilnya ialah seboleh-bolehnya dan
sedapat-dapatnya. Dalam bentuk gandaan ini kata-kata yang berkenaan berfungsi sebagai
adverba perhinggaan.
(3) (i) Seboleh-bolehnya dia ingin menyelesaikan pekerjaan itu secepat mungkin. (ii) Sedapat-dapatnya orang itu berusaha keras menyara hidup anaknya.
Hendaknya diingat bahawa semesti, seboleh, dan sedapat tidak lagi berfungsi sebagai kata bantu, mesti, boleh dan dapat. Perhatikan perbezaan makna di antara pasangan-pasangan berikut:
(4) (i) Dia semestinya datang. (ii) Dia mesti datang.
(5) (i) Dia sebolehnya berusaha menyelesaikan pekerjaan itu hari ini. (ii) Dia boleh menyelesaikan pekerjaan itu.
Kata kerja bantu aspek yang mengambil se- ini ialah belum, telah dan sudah, dan dari pengimbuhan itu timbullah sebelum , setelah dan sesudah, yang berfungsi sebagai adverba waktu , misalnya:
(6) (i) Dia sudah memberitahu kita sebelum itu. (ii) Setelah itu , dia pun beredar dari sini.
Kata seakan-akan tidaklah dihasilkan dari pengimbuhan se- kepada bentuk gandaan bagi kata kerja aspek akan. Dalam hal ini kita katakan bahawa seakan-akan itu memasuki golongan yang lain dari kata kerja dan dengan itu tidak boleh dihubungkan dengan kata kerja tersebut.
Pengimbuhan se- kepada kata sifat adalah produktif dibandingkan dengan pengimbuhan kepada golongan-golongan lain. Dalam pengimbuhan ini nya diletakkan sesudah kata berlapis yang berkenaan. Dengan cara yang demikian , wujud senarai adverba syarat seperti sebaiknya,
sepatutnya, seeloknya. Lihat ayat-ayat ini:
(7) (i) sebaiknya, kita tidak menjawab dia.
(ii) Sepatutnya, orang mudalah yang mengunjungi orang tua.
(iii)Seeloknya , kita bersalaman dahulu sebelum menjemput mereka masuk.
Seperti yang ternyata dari contoh-contoh di atas itu, kata sifat yang mengambil se… nya ini terdiri daripada kata sifat tabii positif. Kata sifat tabii negatif seperti buruk, hodoh dan sebagainya itu mengambil se … nya jenis ini. Dari itu tidak ada ayat-ayat seperti di bawah ini: (8) (i) *Seburuknya, mereka mencaci kita.
(ii) * Sehodohnya, dia memakai gaun pendek.
Pengimbuhan se- boleh juga dikenakan kepada kata sifat gandaan. Dalam hal ini subgolongan kata sifat yang boleh menjadi dasar kepada pengimbuhan ialah dari subgolongan tabii(positif dan negatif), saiz, berat dan kapasiti, misalnya : sebaik-naiknya , seteliti-telitinya, seburuk-buruknya,
sehodoh-hodohnya, sepanjang-panjangnya, sebesar-besarnya, seberat-beratnya, seringan-ringannya, sepenuh-penuhnya, sekosong-kosongnya.
Kata-kata dia atas itu berfungsi dalam adverba tolak ansur. Lihat contoh-contoh ini: (9) (i) Sehodoh-hodohnya dia , ada juga manisnya.
(ii) Sepanjang-panjangnya galah itu, belum dapat sampai ke pucuk pokok.
Makna tolak ansur dalam adverba-adverba di atas itu boleh dilihat dengan jelasnya dalam ayat-ayat di bawah ini.
(10) (i) Walaupun dia betul-betul hodoh, ada juga manisnya.
(ii) Sungguhpun galah itu sangat panjang,(galah itu) belum masih dapat sampai ke pucuk pokok.
(iii) Walaupun badannya sungguh berat, masih boleh dia menari dengan lemah gemalainya.
(iv) Meskipun bakul itu sudah cukup penuh,(bakul itu) masih boleh diisi lagi.
II. -an
Sebagai akhiran, adverba –an mendapat sebagai kata dasarnya kata gandaan dan kata gandaan itu sebahagian besarnya menganggotai golongan karyaan. Hasil pengimbuhan –an kepada kata gandaan yang seperti ini ialah adverba perhinggaan dan gaya, dan kata harapan.
Kata Dasar Adverba Perhinggaan
mati-mati mati-matian
habis-habis habis-habisan
Adverba Gaya kecil-kecil kecil-kecilan besar-besar besar-besaran hebat-hebat hebat-hebatan terang-terang terang-terangan Kata harapan mudah-mudah mudah-mudahan
Di samping itu, -an diimbuhkan juga kepada kata nama waktu yang digandakan, yakni yang terbatas kepada kata sehari-hari dan semalam-malam. Hasil pengimbuhan kepada kata
sehari-hari an dan semalam-malaman. Boleh juga dikatakan bahawa kata-kata sehari-hari
dan semalam-malam itu sudah pun berfungsi sebagai adverba durasi sebelum diberi akhiran
–an.
PERBANDINGAN / DAPATAN / PERBINCANGAN
Berdasarkan ketiga-tiga buah buku yang dikaji iaitu buku Tatabahasa Dewan, Tatabahasa Asas dan Nahu Melayu Mutakhir, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa perbezaan antara kata adverba. Antara perbezaan yang dapat dilihat ialah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hanya menerangkan tentang jenis atau bentuk kata adverba sahaja iaitu kata adverba jati, kata adverba yang asalnya kata adjektif, kata adverba yang asalnya kata kerja dan kata adverba bentuk gandaan yang terbahagi kepada tiga iaitu kata adverba penggandaan penuh, kata adverba penggandaan separa berawalan dan berakhiran serta kata adverba penggandaan berentak.
Sementara itu, buku Tatabahasa Asas pula menerangkan tentang bentuk kata adverba dan makna kata adverba. Bentuk kata adverba yang dijelaskan dalam buku ini juga sama seperti buku Tatabahasa Dewan iaitu kata adverba jati, kata adverba yang asalnya kata adjektif, kata adverba yang asalnya kata kerja dan kata adverba bentuk gandaan yang terbahagi kepada tiga iaitu kata adverba penggandaan penuh, kata adverba penggandaan separa berawalan dan berakhiran serta kata adverba penggandaan berentak. Dari segi makna kata adverba pula, dapat dibahagikan makna tersebut dalam beberapa
golongan. Antara makna kata adverba ialah kata adverba waktu, kata adverba cara, kata adverba ragam, kata adverba jarak, kata adverba keadaan dan kata adverba sifat perasaan.
Dalam buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima pula menerangkan tentang definisi kata adverba, pewujudan kata adverba dan subgolongan adverba. Pewujudan kata adverba mengikut buku Nahu Melayu Mutakhir ini terdiri daripada awalan adverba se- dan akhiran adverba –an. Awalan adverba se- dapat dibahagikan kepada se- + kata nama, se- + kata kerja utama, se- + kata kerja bantu dan se- + kata sifat. Kata akhiran adverba –an berbeza dengan awalan adverba se- kerana kata dasarnya terdiri daripada kata ganda dan hasil pengimbuhan kata ini hanya menerangkan tentang adverba penghinggaan, kata adverba gaya dan kata harapan. Di samping itu, kata akhiran –an juga dapat diimbuhkan kepada kata nama waktu yang digandakan seperti perkataan hari menjadi
sehari-harian iaitu berfungsi sebagai adverba durasi. Selain itu, buku ini juga memperihalkan tentang
subgolongan adverba yang terdiri daripada subgolongan waktu, syarat, tolak ansur dan sebagainya. Jadual di bawah adalah bagi memperlihatkan perbezaan atau perbandingan antara ketiga-tiga buah buku iaitu buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Tatabahasa Asas dan buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima :
Tatabahasa Dewan Edisi
Ketiga Tatabahasa Asas
Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima
1. Definisi kata adverba 2. Bentuk kata adverba
Kata adverba jati
Kata adverba yang asalnya kata adjektif
Kata adverba yang asalnya kata kerja
Kata adverba bentuk gandaan :
i) kata adverba
penggandaan penuh ii) kata adverba
penggandaan separa - kata adverba
penggandaan
1. Definisi kata adverba 2. Bentuk kata adverba
Kata adverba jati
Kata adverba yang asalnya kata adjektif
Kata adverba yang asalnya kata kerja
Kata adverba bentuk gandaan :
i) kata adverba
penggandaan penuh ii) kata adverba
penggandaan separa - kata adverba
penggandaan
1. Definisi kata adverba 2. Pewujudan kata adverba
Se-
- Se- + kata nama - Se- + kata kerja - Se- + kata kerja
bantu
- Se- + kata sifat
-an - Kata adverba perhinggaan - Kata adverba gaya - Kata harapan Subgolongan - Waktu - Syarat 13
separa berawalan - kata adverba
penggandaan separa berakhiran iii) kata adverba
penggandaan berentak separa berawalan - kata adverba penggandaan separa berakhiran iii) kata adverba
penggandaan berentak 3. Makna kata adverba
Kata adverba waktu
Kata adverba cara
Kata adverba ragam
Kata adverba jarak
Kata adverba keadaan
Kata adverba sifat perasaan
- Tolak ansur
KESIMPULAN
Berdasarkan tiga buah buku yang telah digunakan iaitu buku Tatabahasa Asas, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, perbandingan yang dikaji adalah berdasarkan kepada
kata adverba yang terdapat dalam buku ini. Terdapat perbezaan berkenaan kata adverba dalam buku Tatabahasa Asas, Tatabahasa Dewan dan Nahu Mutakhir Melayu tersebut. Perbandingan yang terdapat dalam ketiga-tiga buah buku ini adalah dari segi golongan kata yang dijelaskan dalam setiap buku yang digunakan.
Dalam buku pertama iaitu buku Tatabahasa Asas menyatakan bahawa kata adverba ini lebih kepada kata sifat. Dalam kata sifat ini mengandungi sifat berdasarkan waktu, ragam, jarak, keadaan dan sifat perasaan manakala buku yang kedua pula iaitu buku Tatabahasa Dewan menyatakan kata adverba ini mempunyai kata adverba jati, kata adverba yang asalnya kata adjektif , kata adverba yang asalnya kata kerja dan kata adverba bentuk gandaan. Kata adverba bentuk gandaan pula mengandungi ganda penuh, ganda separa yang mempunyai ganda separa awal dan ganda separa akhir dan ganda berentak.
Dengan adanya kajian sebegini , kekeliruan terhadap kata adverba mampu dikurangkan. Hal ini kerana , pendapat terhadap kata adverba ini berlainan dalam setiap buku yang ada. Oleh itu, dengan kajian yang dilakukan ini, kata adverba mampu dijelaskan dengan terperinci kerana kata adverba mengandungi golongan kata.
RUJUKAN
Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail dan Ton Ibrahim, 2012. Tatabahasa Asas. Kuala Lumpur : Penerbitan Salam Sendirian Berhad dan Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu
Malaysia.
Asmah Hj Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood, 2009. Tatabahasa