STRUKTUR PERMUKAAN
RUMUS TRANSFORMASI
6.4.3.2.3 Proses Peluasan
Proses peluasan melibatkan penambahan unsur-unsur dalam ayat baru. Unsur-unsur ini boleh terdiri daripada frasa nama dan penggunaan kata hubung.
6.4.3.2.3.1 Peluasan Frasa Nama sebagai Subjek
a) A S P FN A1 kekasih saya gadis itu S P FN FA
gadis itu cantik
transformasi relativisasi
b) A
S P
FN FN
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
6.4.3.2.3.2 Peluasan Frasa Predikat
a) A
S P
FN1 FK
KN KK FN2
Hafiz membelai FN A2
kucing itu kucing itu comel
transformasi relativisasi
b) A
S P
FN1 FK FN2
KN KK
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
6.4.3.2.3.3 Peluasan dengan Kata Hubung
Penggabungan ayat yang mempunyai konstituen yang sama dengan kata hubung a) Farah pergi ke pasar
b) Farah membeli ikan
= Farah pergi ke pasar untuk membeli ikan.
6.4.3.2.3.4 Peluasan melalui proses komplementasi
a) Nabil memberitahu kami
b) Jamuan hari raya ditangguhkan.
= Nabil memberitahu kami bahawa jamuan hari raya ditangguhkan.
Itulah beberapa contoh proses transformasi yang diterangkan secara kasar tanpa huraian. Buku yang sesuai untuk merujuk proses rumus transformasi ialah
Tatabahasa Dewan dan Linguistik Am. Penerangan rumus transformasi diterangkan
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
6.5 Analisis Rajah Pohon
Maklumat yang disampaikan melalui analisis konstituen terdekat yang digunakan dalam tatabahasa struktural dapat juga disampaikan melalui analisis rajah pohon. Rajah pohon menggambarkan ayat sebagai sebuah pohon dengan dua cabang utama, iaitu subjek dan predikat, yang mempunyai dahan dan ranting, yang merupakan unsur-unsur atau konstituen dalam ayat.
Konstituen-konstituen dalam sesebuah rajah pohon dikenali melalui binaan masing-masing, iaitu sama ada jenis frasa atau golongan kata tertentu. Berikut ialah beberapa singkatan bagi nama-nama frasa dan perkataan yang digunakan dalam analisis:
A = ayat KK = kata kerja
S = subjek KA = kata adjektif
P = predikat KS = kata sendi nama
FN = frasa nama KB = kata bantu FK = frasa kerja KPen = kata penentu FA = frasa adjektif KGn = kata ganti nama FS = frasa sendi nama KAr = kata arah
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Dengan menggunakan konsep pohon dan singkatan-singkatan lambang di atas, berikut ialah analisis rajah pohon.
Contohnya:
Budak itu sedang mendengar lagu.
A
S P
FN FK
KN KPen KB KK KN
Budak itu sedang mendengar lagu
Ayah saya pegawai polis.
A
S P
FN FN
KN KGn KN KN
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 Ibu dari dalam bilik.
A
S P
FN FS
KN KS KAr KN
ibu dari dalam bilik
Adik rakan kami sangat malas.
A S P FN FA KN FN KP KA KN KGn
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
6.6 Rumusan Tatabahasa Transformasi Generatif
Teori TTG merupakan satu teori linguistik yang lengkap dan menyeluruh merangkumi semua komponen bahasa seperti sintaksis, semantik, fonologi, dan merangkumi faktor-faktor bukan linguistik untuk melengkapi komponen semantik yang terkenal dengan nama REST (Revised Extended Standard Theory). Teori ini lahir atau wujud hasil daripada usaha seorang pelajar linguistik yang bernama Noam Chomsky. Teori ini diperkenalkan pada tahun 1957 melalui buku yang berjudul Syntactic Structures yang juga dikenali „Tatabahasa Transformasi Klasik‟. Buku ini merangkumi tujuan teori-teori linguistik dan dasar-dasar menilai sesuatu tatabahasa. Kemudian, disusuli dengan
Aspect of the Theory of Syntax (1965) yang mana Chomsky menyempurnakan teori
mengenai sintaksis dengan menambah beberapa perubahan baharu. Namun pada tahun 1972, satu pembaharuan dibuat dengan menamakan Extended Standard Theory dan menjadi Revised Extended Standard Theory pada tahun 1975. Pembaharuan lain yang dibuat oleh Chomsky dengan menghasilkan satu teori yang dikira lebih baik daripada terdahulu dengan nama Government and Binding Theory (Teori Kuasaan dan
Tambatan) pada tahun 1981. Terakhir teori ini diperbaiki dengan nama The Minimalist Program pada tahun 1995.
Jadi kemunculan teori TG adalah untuk mengatasi atau memberi jawapan kepada persoalan-persoalan atau kelemahan-kelemahan yang tidak dapat diatasi atau terjawab oleh aliran struktural. Oleh demikian, dapat disimpulkan bahawa tatabahasa transformasi generatif asasnya ialah rasionalis dan mentalis.
Asas Linguistik Tranformasi Generatif (Rasionalis/Mentalis)
Bahasa yang hidup dicirikan oleh kreativiti dengan berasaskan rumus atau aturan.
Rumus-rumus tatabahasa secara psikologi merupakan hakikat bahasa
Manusia secara istimewa dilengkapi keupayaan mempelajari bahasa (APB, iaitu alat pemerolehan bahasa atau LAD, iaitu language acquition device)
Bahasa yang hidup ialah bahasa yang dapat menjadi wadah untuk manusia berfikir.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 7 PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYU
7.1 Definisi Pembentukan Kata
Apabila kita membicarakan mengenai pembentukan kata, kita dapat melihat kata dari segi unsur-unsur yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi.
Morfem terbahagi kepada dua kumpulan iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Sebenarnya morfem bebas ialah bentuk yang sama dengan kata. Misalnya, kita perhatikan kata pendidikan. Kata ini terdiri daripada unit-unit yang lebih kecil iaitu pen, didik, dan kan. Daripada ketiga-tiga unit ini, makna satu unit ialah didik. Bentuk didik ialah sebuah morfem bebas dan juga kata serta boleh berdiri sendiri. Dua unit lagi iaitu
pen dan kan adalah morfem terikat kerana tidak boleh berdiri sendiri. Morfem bersifat
abstrak yang tidak boleh didengar atau diujarkan.
Kita menyoroti konsep kata berlandaskan aliran sistemik-fungsional sebagai permulaan untuk membincangkan pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu. Menurut Asmah Hj. Omar (2008), kata ditakrifkan sebagai unit nahu yang merupakan unsur dalam frasa dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal.
Terdapat pelbagai aliran yang cuba menghuraikan proses ini antaranya, aliran sistemik-fungsional bagi Asmah Hj. Omar, aliran tagmemik untuk Abdullah Hassan dan aliran transformasi generatif bagi golongan Nik Safiah Karim. Dalam hal ini, proses morfologi yang dirasakan sesuai dari mana-mana aliran akan digunakan bagi menjelas pembentukan kata dalam bahasa Melayu.
7.2 Bidang Morfologi meliputi aspek:
Penggolongan Kata
Proses Pembentukan Kata
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
7.3 Perbandingan Penggolongan Kata di Antara Para Sarjana
Apabila kita melihat dan meneliti golongan perkataan bahasa Yunani dan Romawi, maka sudah jelas bahawa golongan-golongan perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu banyak meminjam konsep yang dihasilkan oleh sarjana-sarjana tersebut.
Sebagai permulaannya, Aristotle (384-322 SM) membahagikan perkataan kepada 10 golongan. Usaha beliau seterusnya diperbaiki oleh Dionysius Thrax (100 SM) dalam buku berjudul Techne Gramatike (Kaedah Menggunakan Bahasa) yang menjadi batu asas kepada mendeskripsi tatabahasa semua bahasa Eropah selepas itu. Beliau menggolongkan perkataan kepada 8 golongan. Tatabahasa Yunani kemudian disadur oleh tatabahasa Romawi. Priscian (6 M) menggolongkan perkataan kepada 8 golongan dalam buku yang dikenali Institutiones Grammaticae (Asas Tatabahasa). Bagi golongan perkataan bahasa Inggeris., R. Quirk dan S. Greenbaum (1973) membahagikan perkataan kepada dua iaitu kumpulan A (kata nama, kata adjektif, kata kerja, kata adverb) dan kumpulan B (kata article, kata tunjuk, kata ganti nama, kata sendi, kata hubung dan kata seru)
Sekarang kita membandingkan lima karya besar tatabahasa Melayu bermula dari karya W. Marsden (1812) yang mana beliau membahagikan perkataan kepada tiga golongan iaitu: Kata Namaan, Kata Kerjaan dan Kata Partikel. Satu hal yang menarik mengenai karya beliau ialah tidak perlunya meniru golongan-golongan perkataan bahasa-bahasa Eropah seperti yang dibuat oleh Za‟ba. Ada juga pengaruh kajian Marsden terhadap kajian Asmah Hj. Omar namun ternyata kajian Asmah Hj. Omar lebih rinci dan menyeluruh.
R.O. Winstedt menulis buku tatabahasa The Malay Grammar (1927). Winstedt sebenarnya banyak menyadur konsep-konsep golongan perkataan yang sudah wujud dalam bahasa Inggeris yang sebenarnya diserap daripada bahasa Yunani-Romawi. Beliau membincangkan unsur kala dalam mendeskripsi kata kerja, namun dalam bahasa Melayu unsur tersebut tidak wujud. Namun demikian, kajian Winstedt membuat satu persepsi jelas dan tepat terhadap golongan perkataan bahasa Melayu. Winstedt membahagikan perkataan kepada dua golongan besar iaitu Golongan Major dan Golongan Minor. Golongan Major terdiri daripada Kata Namaan, Kata Adjektif dan Kata
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Kerjaan. Bagi Golongan Minor terdapat enam sub-golongan iaitu Ganti nama, Angka, Kata Keterangan, kata Sendi dan Kata Depan, kata Hubung serta Kata Seru.
Pada tahun 1947, Za‟ba menerbitkan Pelita Bahasa Melayu 1. Za‟ba cuba mendeskripsi tatabahasa Melayu menggunakan pola acuan tradisional yakni gabungan tatabahasa Inggeris dengan Tatabahasa Arab. Beliau menggunakan istilah jenis perkataan untuk golongan perkataan. Dengan pendekatan demikian, beliau menghasilkan lima jenis atau golongan kata iaitu Nama, Perbuatan, Sifat, Sendi dan Seruan. Suatu perkara menarik tentang golongan perkataan yang dibuat oleh Za‟ba ialah keasliannya dalam mencuba menghasilkan sesuatu yang betul-betul bercirikan bahasa Melayu dengan berdasarkan nahu Inggeris dan Arab.
Kajian yang dilakukan oleh Asmah Hj. Omar (1968) dilihat lebih saintifik berbanding usaha-usaha terdahulu. Perkataan-perkataan tidak digolong berdasarkan semantik semata-mata tetapi melihat kepada fungsi tatatabahasa. Bertitik tolak dari itu, beliau membahagikan perkataan Penggolongan perkataan oleh Asmah ternyata lebih terperinci dan meluas berbanding usaha Marsden, Winstedt dan Za‟ba. Di dalam buku
Nahu Melayu Mutakhir (1993), golongan perkataan ini diperlakukan dengan lebih
terperinci dengan melakukan pelbagai semakan dan penambahbaikan. Malah golongan kata adjektif yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan dikatakan dimanfaatkan daripada
Nahu Melayu Mutakhir.
Empat orang sarjana linguistik iaitu Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Abdul Hamid Mahmood dan Hashim Musa yang menyusun Tatabahasa Dewan (Ayat) pada 1986 dan (Perkataan) pada 1987. Edisi seterusnya mencantumkan kedua-dua bahagian menjadi
Tatabahasa Dewan (2004) dan kemudian disemak pada tahun 2005 bagi menghasilkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008). Tatabahasa Dewan merupakan tatabahasa
pegangan. Hal ini selaras dengan KPM dan IPTA yang sepakat menjadikan TD sebagai tatabahasa pegangan menggantikan Pelita Bahasa Melayu 1 yang sudah tidak relevan lagi dengan peredaran zaman. TD menggolongkan perkataan kepada empat golongan iaitu 3 golongan major yakni kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Satu golongan minor ialah kata tugas di mana terdapat satu penambahan kemasukan kata adverba sebagai keperluan pelabelan dalam Kamus Dewan.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Rumusannya, kajian atau deskripsi penggolongan kata yang dibuat dalam TD tidak banyak berbeza daripada persepsi Marsden (1812), Winstedt (1927) dan Asmah Hj Omar (1968). Malah dapat dikatakan golongan perkataan ini tidak lari daripada penggolongan perkataan yang dibuat oleh sarjana Yunani-Romawi namun hanya pendekatan kriteria sahaja yang membezakan penggolongan perkataan tersebut diaplikasi ke dalam bahasa Melayu.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 Penggolongan Perkataan
Zaman Greek Zaman
Romawi
Zaman Pertengahan
Zaman
Perbaharuan Abad ke-18 hingga 20 Plato Aristotle Stoics Thrax Priscian &
Donatus Modistae Lyly & Jonson Lowth, Murray dan lain-lain
Nama Nama
Nama Nama Nama Nama Nama Nama
Kata Sifat
Kata Sandang
Kata Ganti
Kata Ganti Kata Ganti Kata Ganti
Kata Ganti Kata
Sandang Kata Sandang
Kata Kerja
Kata Kerja Kata Kerja
Partisip
(Participle) Partisip Partisip Partisip Partisip
Kata Kerja Kata Kerja Kata Kerja Kata Kerja Kata Kerja
Tak dapat digolongkan ke dalam mana-mana golongan Kata Penghubung
Adverba Adverba Adverba Adverba Adverba
Kata Depan Kata Depan Kata Depan Kata Depan Kata Depan
Kata Penghubung Kata Penghubung Kata Penghubung Kata
Penghubung Kata Penghubung
Kata Seru Kata Seru Kata Seru Kata Seru
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Penggolongan Perkataan di Malaysia Mengikut Aliran Linguistik
Tradisional Struktural Transformasi Generatif
Raja Ali Haji W. Marsden R.O.
Winstedt Za‟ba Asmah Omar Asraf Abdullah Hassan Nik Safiah Karim et.
al.
Kata Nama Namaan
Golongan Major
Nama Nama Kata Nama Kata Nama Kata Nama
Harf (Kata
Partikel) Partikel
Sifat
Kata Tugas Kata Adjektif Kata Adjektif Kata Adjektif
Golongan Minor
Sendi Kata Sendi Kata Tugas
Kata Tugas
Perbuatan Kerjaan
Seruan
Kerjaan
Kata Hubung Kata Partikel
Perbuatan
Kata Kerja Kata Kerja
Kata Kerja Kata Keterangan Kata Adverba
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
7.4 Pembentukan Kata Bahasa Melayu
Berdasarkan Abdullah Hassan (2006), ada empat proses morfologi yang berlaku dalam bahasa Melayu iaitu pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan
pengakroniman. Proses ini dilakukan kepada bentuk dasar. Dasar ini akan
membentuk imbuhan apabila mengalami proses pengimbuhan, bentuk yang digabungkan dengan bentuk perkataan lain akan menghasilkan proses pemajmukan. Begitu juga yang terjadi bagi proses penggandaan dan pengakroniman. Ditegaskan bahawa bentuk dasar boleh terdiri daripada satu kata akar atau kata terbitan. Kata terbitan ini pula boleh terdiri daripada kata berimbuhan, kata ganda, kata majmuk dan kata akronim.
7.4.1 Proses Pengimbuhan
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) imbuhan dimaksudkan dengan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Berdasarkan Fromkin dan Rodman (1998), morfem boleh dibahagikan kepada akar dan imbuhan. Morfem afiks atau imbuhan hanya terdiri daripada morfem terikat sahaja. Seperti yang telah ditegaskan oleh Abdullah Hassan (2006), pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses imbuhan. Ini dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Imbuhan dalam bahasa Melayu mempunyai tiga fungsi iaitu membentuk kata terbitan, mengubah golongan kata dan mencipta perkataan baharu.
Pengimbuhan juga satu proses menerbitkan kata dengan memberikan atau mencantumkan imbuhan dengan kata dasar. Melalui proses ini, akan terhasil kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan atau afiksasi dalam bahasa Melayu iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Katamba (1993) secara umum menyatakan tiga jenis afiks (imbuhan) iaitu prefiks (awalan), sufiks (akhiran) dan infiks (sisipan) .
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 Rajah 7.1 : Pengimbuhan
Sumber: Diubah suai daripada Ramli Md. Salleh (2007) dalam Linguistik Melayu. Awalan
Apitan Sisipan
Akhiran
Kata Nama
peN-, pel-, per-, ke-, maha-, tata-, pra-, sub-, eka- dan
dwi-.
Kata Kerja
meN-, memper-, ber-, be-, bel-, ter- dan di-.
Kata Adjektif
ter-, se-, dan te-.
Kata Nama
an, wan, wati, man, -isme, -in, -at, dan –ah.
Kata Kerja
-kan, dan –i.
Awal dan Akhir Kata Dasar
pe-..-an, me-...-kan, ke- ..-an dan sebagainya.
Sisipan di Tengah Perkataan.
-el, -em, -er, dan –in. Pengimbuhan
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
7.4.1.1 Pengimbuhan
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) imbuhan dimaksudkan dengan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Berdasarkan Fromkin dan Rodman (1998), morfem boleh dibahagikan kepada akar dan imbuhan. Morfem afiks atau imbuhan hanya terdiri daripada morfem terikat sahaja. Seperti yang telah ditegaskan oleh Abdullah Hassan (2006), pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses imbuhan. Ini dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Imbuhan dalam bahasa Melayu mempunyai tiga fungsi iaitu membentuk kata terbitan, mengubah golongan kata dan mencipta perkataan baharu.
Pengimbuhan juga satu proses menerbitkan kata dengan memberikan atau mencantumkan imbuhan dengan kata dasar. Melalui proses ini, akan terhasil kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan atau afiksasi dalam bahasa Melayu iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Katamba (1993) secara umum menyatakan tiga jenis afiks (imbuhan) iaitu prefiks (awalan), sufiks (akhiran) dan infiks (sisipan) .
7.4.1.1.1 Awalan
Awalan juga dikenali sebagai prefiks. Istilah ini berasal dari bahasa Latin praefixus yang bererti melekat (fixus) sebelum sesuatu (prae). Alwi (1998) menyatakan bahawa prefiks merupakan imbuhan yang ditempatkan di bahagian hadapan kata dasar. Awalan digunakan di awal atau pada posisi kata dasar seperti per-baik, me-lawan, ber-buah, dan lain-lain lagi. Bentuk imbuhan awalan hanya boleh digunakan untuk kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Ada tiga imbuhan awalan nama, iaitu peN-, pe- dan ke-. Konklusinya, awalan adalah imbuhan yang hanya berlaku pada posisi awal kata dasar sahaja. Contoh proses binaan awalan ialah:
[ pe - + lawak]
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 Contohnya adalah seperti berikut:
Awalan Kata Nama
Bentuk Maksud Contoh
pe - orang atau benda yang melakukan perbuatan dan kerja
pekebun, pelaut, peladang, pesawah, pekedai
pem -
berlaku apabila dicantumkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b, f, v, p.
pembesar, pembaca, pembajak, pembelot, pemburu
pen -
menunjukkan pekerjaan, sifat, alat, ukuran dan sesuatu yang
abstrak.
pencuri, penjaja, pendengar, pentadbir, pentafsir
peng -
berlaku apabila dicantumkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf vokal dan
g, h, kh.
penggali, penghantar, pengkaji, pengurus, pengasuh
penge - kekecualian pengecat, pengebom, pengetin
ke -
orang atau benda menjadi tumpuan maksud dalam kata
dasar
ketua, kekasih, kekanda
juru -
maksud ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan
maksud kata dasar
juruterbang, juruwang, jurubahasa, jururawat
maha - paling besar, tinggi, teragung mahasiswa, maharaja, mahaguru
tata - peraturan atau susunan tatabahasa, tatacara, tatasistem
pra - sebelum menjadi syarat prakata, prasejarah, prasyarat,
prasekolah, prauniversiti
eka - satu ekabahasa, ekawarna, ekafungsi
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Awalan Kata Kerja
Bentuk Maksud Contoh
me -
bermula dengan cantuman kata dasar l, m, n, ng, my, r,
w, y, p, t, k, s.
melihat, melawat, merawat, melompat, melombong
mem - melakukan perbuatan dan menyatakan keadaan
membaca, membesar, membawa,
membilang
men - melakukan sesuatu mendaki, mencari, mencuri, mendayung
meng - melakukan sesuatu menghijau,mengkritik, mengkaji
menge- kekecualian mengebom, mengecat, mengetuk
memper - melakukan perbuatan dan menyatakan keadaan
mempersuami, memperlebar, memperkotak-katik
ber - melakukan perbuatan berlari, berbuah, berfikir
ter - dicantumkan dengan kata
kerja transitif atau tak. termakan, terambil, terminum diper - dijadikan lebih atau
bertambah diperoleh, diperisteri, diperlambat
Awalan Kata Adjektif
Bentuk Maksud Contoh
ter- keadaan paling, perbandingan terkecil, terbesar, tertinggi, terkurus
se - keadaan yang sama sehodoh, secantik, senipis, setebal
7.4.1.1.2 Akhiran
Sufiks atau akhiran merupakan imbuhan yang digunakan pada bahagian belakang kata dasar. Menurut Alwi (1998) istilah ini berasal dari bahasa Latin suffixus yang memberi makna melekat (fixus) di bawah (sub). Berdasarkan Wikipedia Indonesia, sufiks merujuk kepada afiks yang dibubuhkan pada akhir sebuah kata contoh ialah “-nya”. Manakala Abdullah Hassan (2006) menyebut akhiran adalah imbuhan yang berlaku pada posisi akhir kata dasar. Rumusannya, akhiran adalah imbuhan yang berada dibahagian belakang sesuatu kata dasar sahaja. Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Akhiran Kata Nama
Bentuk Maksud Contoh
-an menunjukkan hasil, banyak,
alat, kawasan, ukuran, sifat pakaian, pendidikan, jahitan, mainan -wan pelaku sesuatu perbuatan usahawan, karyawan, angkasawan,
hartawan, jutawan. -man pemilik sesuatu benda atau sifat seniman, budiman, cantuman,
pinjaman -wati pemilik sesuatu benda atau sifat
daripada kalangan wanita seniwati, olahragawati, peragawati -isme kepercayaan pegangan komunisme, nasionalisme, patriotisme
-in kata nama lelaki hadirin, muslimin
-at kata nama perempuan hadirat, muslimat -ah kata nama perempuan sultanah, ustazah
Akhiran Kata Kerja
Bentuk Maksud Contoh
-kan
menyebabkan jadi atau melakukan sesuatu untuk
manfaat orang lain
kecilkan, buatkan, gunakan -i memberi pengertian kausatif dan
lokatif atau unsur tempat. duduki, rahmati, sakiti
Bagi memudahkan pemahaman tentang akhiran, di bawah merupakan rumus akhiran: [ buat - + -an]
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
7.4.1.1.3 Apitan
Abdullah Hassan (2006) menyatakan apitan adalah imbuhan yang berlaku serentak pada posisi awal dan akhir kata dasar. Apitan dapat disebut pula imbuhan kurungan yang diistilah sebagai konfiks. Manakala Alwi (1998) menyatakan konfiks adalah gabungan prefiks dan sufiks yang membentuk kesatuan dan secara serentak diimbuhkan. Hashim Musa (1993) mengaitkan apitan dengan lingkungan yang didefinisi sebagai formatif daripada jenis morfem terikat yang hadir di bahagian hadapan dan belakang kata dasar secara serentak atau melingkungi dasar kata.
Apitan didapati wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa apitan digunakan pada kedudukan awal dan akhir kata yang mana akan membentuk kesepaduan dalam kata yang diapit.
Rumus bagi apitan ialah:
[ ke - + besar + -an]
dasar kata lingkungan
Contohnya,
Apitan Kata Adjektif
Bentuk Maksud Contoh
ke-...-an
menunjukkan sesuatu keadaan atau sifat kata nama
kekuningan, kebesaran, kenamaan, kecinaan
beR-...-an
berhampiran, berlebihan, berjiranan, bersesuaian
peR-...-an
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Apitan Kata Nama
Bentuk Maksud Contoh
pe-...-an
tempat atau kawasan yang khusus dan menunjukkan hal
keadaan
pelarian, penantian, pewarisan
pem-...-an proses berkaitan dengan kata dasar
pembunuhan, pembalakan, pemindahan
pen-...-an proses berkaitan dengan kata
dasar pendapatan, penculikan, penjadualan peng-....-an proses berkaitan dengan kata
dasar
pengkhianatan, pengintipan, pengolahan
penge-...-an proses berkaitan dengan kata
dasar pengeboman, pengepaman per-...-an menunjukkan peristiwa,
proses, tempat dan hasil
perjanjian, persetujuan, perniagaan, perjuangan
pel-...-an proses berkaitan dengan kata
dasar pelajaran, pelayaran ke-...-an menunjukkan tempat, keadaan
dan keserupaan.
keputusan, kesatuan, kediaman,