Cantuman Huruf Pangkal Perkataan
8.2.2.3 Kata kerja pasif
Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh, datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan-imbuhan : me-, ber-, ber-…an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta, terjatuh, dan bersendirian.
Contoh :
i) Pegawai polis itu berkereta ke pejabat.
ii) Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Aman kelmarin. iii) Pemuda itu sedang berborak.
8.2.2.3 Kata kerja pasif
Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif.
(i) Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis dan sebagainya.
(ii) Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai dan sebagainya.
(iii) Kata kerja pasif ke-..-an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan dan sebagainya.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
8.2.3 Kata Adjektif atau Sifat
Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, sungguh dan sangat. Terdapat sembilan jenis kata adjektif iaitu:
Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan Kata Adjektif Warna
Kata Adjektif Ukuran Kata Adjektif Bentuk Kata Adjektif Waktu Kata Adjektif Jarak Kata Adjektif Cara Kata Adjektif Perasaan Kata Adjektif Pancaindera
8.3 Golongan Kata Minor (Kata Sampingan)
Golongan kata minor merupakan perkataan yang terhasil daripada golongan tertutup. Ini bermaksud bilangan perkataan dalam setiap golongan adalah terhad bilangannya dan pertambahannya tidak berlaku dengan mudah. Sebagai contoh, kata sendi dalam tatabahasa bahasa Melayu dapat dikira jumlahnya. Begitu juga kata adverba, inilah maksud golongan perkataan yang terhad. Bilangan perkataan ini tidak semudah itu untuk bertambah berbanding kata nama. Antara ciri lain ialah golongan kata minor sebenarnya mempunyai fungsi tatabahasa. Disebabkan perkara begini, kata tugas dikenali juga kata struktural yang tidak ada makna dan sekadar menjalankan fungsi struktur sintaksis sahaja. Jadi, perkataan yang mempunyai ciri tertutup dan hanya menjalan fungsi sintaksis merupakan golongan kata ini disebabkan ia tidak menjadi inti frasa predikat.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
8.3.1 Kata Tugas atau Kata Struktural
Kata tugas mempunyai tugas atau fungsi yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Sebab itulah ia dikenali juga kata struktural. Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung, penentu, penguat, pedepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya dan penyeru.
Ada 17 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam konstituen ayat, iaitu :
- kata hubung - kata penegas
- kata tanya - kata nafi
- kata seru - kata pemeri
- kata perintah - kata sendi nama
- kata pembenar - kata arah
- kata pangkal ayat - kata bilangan
- kata bantu - kata penekan
- kata penguat - kata adverba
- kata pembenda
Tujuh belas jenis kata tugas ini boleh dikelompokkan ke dalam empat kelompok iaitu :
Kata Penyambung Ayat
(kata hubung gabungan dan pancangan)
Kata Praklausa
(kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat)
Kata Prafrasa
(kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah, kata adverba dan kata bilangan)
Kata Pascakata
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 9 PENJENISAN DAN PENGKELASAN FRASA BAHASA MELAYU
9.1 Frasa
Dalam tatatingkat nahu atau tatabahasa, frasa menduduki setingkat lebih tinggi daripada kata dan setingkat lebih rendah daripada klausa. Berdasarkan fungsinya, frasa ialah satu unsur daripada ayat.
9.1.1 Definisi dan Konsep Frasa
Takrif dan konsep frasa ada berbagai-bagai, bergantung kepada apakah teori yang dijadikan dasar. Frasa ialah suatu unit tatabahasa dalam tatatingkat sintaksis suatu bahasa. Frasa merupakan komponen terpenting dalam sintaksis. Ini kerana frasa memainkan peranan atau fungsi-fungsi tertentu dalam binaan ayat Di sini terdapat beberapa pandangan dan tafsiran tersendiri mengenai frasa. Jadi kita akan menyelusuri definisi dan tafsiran frasa mengikut sarjana Melayu khususnya dan sarjana Barat amnya.
Takrif yang diberikan oleh seorang sarjana Melayu tersohor iaitu Za‟ba (1965) yang menyatakan frasa sebagai rangkai kata. Takrifan yang ringkas ini berasaskan teori tradisional yang lebih menekankan kepada aspek semantik. Ini juga pengertian frasa dalam fahaman linguistik am. Frasa, menurut Bloomfield (1964) ialah suatu konstruksi yang mengandungi dua atau lebih bentuk bebas yang berfungsi sebagai satu kesatuan. Tanpa pindaan definisi ini kelihatan kurang sempurna apabila digunakan untuk menganalisis frasa dengan kaedah transformasi.
Menurut tatabahasa transformasi generatif (seterusnya TTG), frasa mungkin juga terdiri daripada sepatah kata major sahaja. Kata major ialah kata utama iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Maka jelaslah bahawa satu kata major sudah boleh berdiri sendiri sebagai satu frasa. Sebenarnya aliran tranformasi generatif tidak mengenal adanya kata atau morfem. Nahu dalam tranformasi generatif hanya mengenal dua kategori utama iaitu frasa dan ayat. Jadi yang merupakan unsur ayat hanyalah frasa.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 Elson dan Pickett (1969) memberi definisi frasa yang berbunyi:
A phrase is a unit composed, potentially, of two or more words, but which does not have the characteristics of a clause and typically, but not always, fills slot on the clause level.
Elson dan Pickett tidak menyebut frasa sebagai suatu konstruksi yang mengandungi dua atau lebih kata, tetapi sebagai suatu konstruksi yang berpotensi untuk menjadi dua atau lebih kata. Selain itu, terdapat dua fitur lain yang diterangkan dalam definisi di atas. Pertama, frasa mestilah satu konstruksi yang tidak mengandungi sifat-sifat sebuah klausa. Perkara sebegini merujuk kepada jenis-jenis tagmem iaitu unit tatabahasa seperti subjek, predikat dan sebagainya yang dimanifestasikan oleh frasa berkenaan. Kedua, frasa biasanya menduduki slot dalam klausa namun frasa juga boleh dipacangkan ke dalam frasa-frasa lain.
Dalam buku-buku tatabahasa lama, ada keterangan bahawa frasa adalah suatu bentuk bahasa yang terdiri daripada dua patah kata atau lebih. Oleh sebab itulah frasa diberikan istilah rangkai kata oleh Za‟ba dengan pengertian bahawa frasa merupakan suatu rangkaian beberapa patah perkataan. Sekarang kita melihat definisi frasa yang diberikan oleh sarjana Melayu.
Abdullah Hassan (2002) menyatakan bahawa frasa sebagai sekumpulan ayat. Asraf pula (1988) memerihal bahawa frasa boleh terdiri daripada hanya sepatah kata saja dengan tugasnya sebagai subjek atau predikat atau objek dan ada pula yang tidak boleh tidak terdiri daripada dua patah kata sekurang-kurangnya. Apabila frasa terdiri daripada beberapa patah kata, maka kesempurnaan bentuknya sebagai unit bahasa yang gramatis bergantung pada susunan letak kata-kata yang menganggotai kelompok frasa itu menurut kelasnya masing-masing,
Bagi Nik Safiah Karim et al (2008), frasa ialah unit yang boleh berdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Definisi yang dinyatakan oleh Nik Safiah Karim et al dilihat mengambil pendekatan aliran tradisional, struktural dan tranformasi generatif.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Widya Masri (2009) dalam Kuasai Struktur Ayat Dalam Bahasa Melayu menakrifkan frasa sebagai satu binaan yang tidak terpisah antara satu dengan yang lain bagi kata atau kata-kata yang membinanya. Abdul Hamid Mahmood (2006) menyatakan frasa boleh terdiri daripada satu kata sempurna, deretan kata sempurna, deretan partikel dan kata sempurna atau klausa.
Jadi kesimpulannya, frasa ialah satu unit bahasa di mana suatu konstruksi yang mungkin terdiri daripada suatu susunan kata-kata ataupun hanya satu kata yang berpotensi diperluaskan menjadi dua atau lebih kata dengan kehadiran subjek dan predikat atau kedua-duanya sekali atau tanpa kehadiran kedua-duanya. Di samping itu, frasa mestilah suatu konstituen yang tidak bersifat sebuah klausa dan dari segi taburannya suatu frasa itu boleh menjadi unsur klausa ataupun frasa sendiri
9.1.3 Jenis Frasa
Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
FN biasanya terbentuk pada gatra subjek sahaja manakala pada gatra predikat ada empat frasa dibentuk iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Tiga daripada frasa-frasa ini iaitu FN, FK, dan FA ialah frasa-frasa endosentrik. Maksudnya, tiap-tiap frasa boleh mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi frasanya. Frasa nama misalnya mempunyai kata nama sebagai unsur inti, begitu juga halnya terhadap frasa kerja dan frasa adjektif.
Frasa keempat dalam binaan ayat ialah frasa sendi nama. Frasa ini dikenali frasa eksosentrik yang bermaksud frasa yang tidak mempunyai satu unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya. Sebaliknya, FSN mengandungi dua unsur wajib, iaitu kata sendi nama diikuti oleh kata nama atau frasa nama, contohnya di sekolah dan di belakang sekolah.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
9.1.3.1 Frasa Nama (FN)
Frasa nama (FN) ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat. Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu, terdiri daripada yang berikut:
(i) FN + FN (ii) FN + FK (iii) FN + FA (iv) FN + FS
Dalam semua pola ayat di atas, frasa nama berfungsi sebagai subjek; frasa nama hanya berfungsi sebagai predikat dalam pola FN + FN sahaja. Lihatlah contoh-contoh di bawah ini:
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Nama
1. Ibu guru.
2. Ibu budak itu guru.
3. Ibu budak itu guru sekolah agama. 4. Kota Bharu serambi mekah. 5. Bandar Kota Bharu serambi mekah.
Jelas daripada ayat-ayat di atas bahawa frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja ataupun beberapa perkataan. Selain konstituen subjek dan konstituen predikat frasa nama, frasa nama boleh juga hadir dalam konstituen objek, iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja (FK), seperti dalam contoh-contoh berikut ini:
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Bil Subjek
Predikat Frasa Kerja
Kata Kerja Objek
6. Orang itu memanggil saya.
7. Mereka semua melambaikan tangan.
8. Kanak-kanak itu menaiki bas sekolah.
9. Para siswazah memohon jawatan itu.
10. Kedamaian memerlukan kekuatan pertahanan. 11. Tanah air meminta pengorbanan anak watan. 12. Cahaya matahari menyinari alam semesta.
Satu lagi tempat yang diduduki oleh frasa nama adalah di bahagian unsur nama dalam frasa sendi nama. Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur dalam predikat frasa sendi nama (FS) seperti dalam contoh ayat 13-18.
Bil Subjek
Predikat Frasa Sendi Nama
Sendi Nama Frasa Nama
13. Mereka di Kuala Lumpur.
14. Hadiah itu daripada Nasir
15. Lukisan tersebut oleh Tuan Jamal.
16. Tabung simpanan itu untuk masjid.
17. Kereta itu ke Kuala Perlis.
18. Keluarnya dari pintu besar.
*Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Frasa Nama, Rujuk Buku Tatatabahasa Dewan (2008)
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 FN + FN
FN + FN FN + FN
FN + FN
Pola-pola frasa nama
Binaan Frasa Nama
Binaan frasa nama yang terdiri daripada satu perkataan
Binaan frasa nama yang terdiri daripada sederetan perkataan inti + penerang inti + inti
inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
9.1.3.2 Frasa Kerja (FK)
Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain. Contoh frasa kerja adalah seperti ayat-ayat berikut:
Subjek Frasa Kerja
1. Azima menang.
2. Kami sedang tidur .
3. Hujan turun dengan lebatnya.
4. Belukar itu terbakar perlahan-lahan. 5. Hang Jebat bertikam dengan Hang Tuah.
6. Mereka makan ayam goreng itu.
7. Budak itu sedang membaca buku. 8. Anaknya menghidangkan sedulang makanan. 9. Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya. 10
. Dia menjalankan tugasnya dengan baik.
Binaan Frasa Kerja
Dalam ayat-ayat di atas ternyata bahawa binaan frasa kerja boleh dirumuskan sebagai terdiri daripada dua jenis, iaitu:
(i) Frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak transitif.
Antara ayat-ayat yang mengandungi frasa kerja tanpa objek ialah:
1. Azima menang. 2. Kami sedang tidur.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Dalam ayat-ayat di atas, walaupun kata kerja tidak mempunyai frasa nama sebagai objek, namun unsur-unsur yang lain, iaitu kata bantu dan unsur keterangan boleh hadir bersama-samanya.
(ii) Frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif. Seterusnya objek boleh juga diikuti oleh bahagian keterangan.
Antara ayat-ayat yang mengandungi frasa kerja dengan objek ialah:
Subjek
Frasa Kerja
Kata Kerja Objek Keterangan
6(a) Mereka makan ayam goreng itu.
7(a) Budak itu membaca buku. 8(a) Anaknya mengbidangkan sedulang
makanan.
9(a) Pemburu menembak harimau itu dengan senapangnya. 10(a) Dia menjalankan tugasnya dengan baik.
Dalam ayat-ayat di atas kata kerja diikuti oleh frasa nama yang menjadi penyambut kepada kata kerja sebelumnya. Sebagaimana dengan frasa kerja tanpa objek, unsur-unsur kata bantu dan keterangan boleh juga hadir dalam frasa kerja dengan objek.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 Mengandungi
kata kerja tak transitif
Mengandungi kata kerja
transitif
Kata kerja tak transitif yang tidak diberi unsur pelengkap.
Kata kerja tak transitif yang dapat diberi unsur pelengkap sesudahnya.
Kata kerja tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang. Binaan frasa kerja yang
tidak mengandungi objek
Binaan frasa kerja Frasa kerja yang tidak
mengandungi objek
Frasa kerja yang mengandungi objek
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
9.1.3.3 Frasa Adjektif (FA)
Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang di-bincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, kata adjektif hadir sesudah kata nama.
Contoh-contohnya:
(i) frasa adjektif sebagai predikat:
Subjek (FN) Predikat (FA)
1. Kakaknya sangat pandai. 2. Markahnya rendah.
3. Orang muda itu baik sungguh. 4. Perangainya tentu baik. 5. Anaknya masih kecil lagi. 6, Warna bajunya kemerah-merahan.
7. Perusahaan itu paling besar sekali. 8, Suara penyanyi itu merdu.
9. Malam ini gelap benar. 10. Pejabatnya jauh dari sini.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 (ii) frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat:
Subjek
Predikat
Frasa Kerja Keterangan
(Frasa Adjektif)
11. Dia berjalan sangat cepat.
12. Mereka pulang segera.
13. Kanak-kanak itu tidur sungguh nyenyak.
14. Jirannya datang terlalu kerap.
15. Jalan itu menurun amat curam.
(iii) frasa adjektif sebagai unsur penerang:
Subjek
Predikat
Frasa Nama Penerang
16. Dia budak pandai.
17. Harimau binatang liar.
18. Pak Lufti orang kaya.
19. Asam pedas masakan asli. 20. Bas ekspres kenderaan cepat.
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif
Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya. Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:
Kata Bantu Penguat Kata Adjektif Penguat
- sangat pandai - - terlalu nakal - sudah - besar - belum - tua - - - malas benar - - jahat betul - - baik amat
masih - kecil amat
- - cantik sekali
- amat ganas -
Seperti yang telah disebutkan, inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis, iaitu mengikut binaannya:
(i) binaan satu perkataan (ii) binaan dua perkataan
*Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Frasa Adjektif, Rujuk Buku Tatatabahasa Dewan (2008)
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009 Binaan frasa adjektif Binaan satu perkataan Binaan dua perkataan Binaan dua perkataan Kata adjektif + Kata adjektif Kata adjektif + kata nama Dua kata adjektif yang menerangkan keserasian makna. Dua kata adjektif yang menerangkan makna Berlawanan. Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan Frasa adjektif yang membawa maksud kiasan. Penguat hadapan
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
9.1.3.4 Frasa Sendi Nama (FSN)
Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah,bentuk mortem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah: di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga,
oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Frasa sendi nama boleh juga, sebagai
pilihan, didahului oleh kata bantu.
Binaan Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut:
(i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama
(ii) Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama (iii) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Frasa Keterangan)
*Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Frasa Sendi Nama, Rujuk Buku Tatatabahasa Dewan (2008)
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
9.2 Klausa
Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Sebenarnya klausa adalah ayat dalam ayat. Inilah sebabnya Za‟ba memanggilnya sebagai ayat kecil.
9.2.3 Jenis Klausa
Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa terikat (tak bebas). Klausa bebas boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Sila teliti contoh yang berikut:
1. Nadia pandai. 2. saya yang hadir. 3. mereka mogok.
Dalam (1) klausa Nadia pandai mengandungi subjek Nadia dan predikat pandai, dan sekiranya diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan betul, klausa tersebut akan menjadi ayat yang gramatis. Kita sudah pun memahami klausa bebas. Bagaimana pula dengan klausa tak bebas? Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Klausa tak bebas hanya dapat berdiri apabila dimasukkan ke dalam binaan klausa bebas.
Sila teliti yang berikut:
Nadia pandai kerana Nadia rajin belajar
klausa bebas klausa tak bebas
klausa utama klausa bawahan
Kamu pandai kerana kamu rajin belajar
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
9.3 Perbezaan antara Frasa dan Klausa
Sekarang kita akan meneliti persamaan dan perbezaan antara frasa dan klausa.
Frasa Klausa
Persamaan
Frasa dan Klausa kedua-duanya unsur dalam ayat. Ayat mempunyai subjek dan predikat.
Perbezaan
Merupakan unit yang menjadi bahagian ayat (atau klausa)
merupakan ayat dalam ayat dan dikenali sebagai ayat kecil.
Boleh menjadi subjek atau predikat dalam ayat. Oleh sebab itu frasa tidak mengandungi subjek dan predikat.
Mempunyai subjek dan predikat.
Hanya ada inti frasa sahaja dan frasa sendi mengandungi kepala dan
pelengkapnya.
Merupakan unsur pembentuk ayat. Unsur dalam klausa dapat dipertukarkan
tempatnya.
Melihat hubungan antara konstituen-konstituen yang menjadi frasa atau klausa. Misalnya jika konstruksi memperlihatkan hubungan yang bersifat predikatif maka ia
® Muhammad Norrudin (OUM) @ Pa‟din 2006-2009
BAB 10 PENJENISAN DAN PENGKELASAN AYAT BAHASA MELAYU
10.1 Ayat
Ayat boleh dilihat daripada segi ragam, jenis, bentuk, dan pola. Oleh itu, dalam bab yang terakhir kita akan mempelajari mengenai ayat bahasa Melayu.
10.1.1 Definisi Ayat
Sebenarnya takrif atau definisi ayat ada banyak, semuanya bergantung kepada teori-teori linguistik yang dianuti oleh ahli-ahli bahasa. Menurut C. C. Fries (1963), ada lebih daripada dua ratus takrif tentang ayat yang diberikan oleh ahli-ahli bahasa.
Pertama sekali, kita meneliti definisi yang diberikan oleh aliran Tatabahasa Tradisional berpusat pada syarat “wujudnya fikiran yang lengkap”, sehingga timbullah takrif yang berbunyi “ A sentence ia a group of words expressing a complete thought ” (C. C. Fries, 1963). Dalam huraian tatabahasa Melayu yang berdasar pada rangka Tatabahasa Tradisional, A.A. Fokker (1980), misalnya, menakrifkan ayat sebagai