• Tidak ada hasil yang ditemukan

DERMA AWAM DAN PENJANAAN EKONOMI MASJID

2.2 PENJANAAN EKONOMI MASJID

2.2.2 Fungsi Masjid pada Zaman Awal Islam

Pada zaman Rasulullah SAW, masjid merupakan tempat suci untuk membersihkan diri dan jiwa seseorang muslim. Sebelum kedatangan Islam, arab jahiliah telah menjadikan Kaabah sebagai tempat penyembahan berhala. Setelah tertegaknya Islam semua berhala tersebut telah dimusnahkan dan Kaabah telah dijadikan tempat ibadah umat Islam untuk menyembah Allah SWT Yang Maha Esa.84 Umumnya masjid berfungsi sebagai tempat suci umat Islam melakukan ibadah khusus seperti solat fardu, solat sunat, berzikir dan ibadah-ibadah lain. Rasulullah SAW mengambil pendekatan menggalakkan umatnya mengerjakan ibadat solat fardu dan sunat di masjid-masjid bagi memastikan masjid menjadi tempat yang sentiasa dikunjungi dan dimakmurkan oleh umat Islam.85 Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT:                         Al-Taubah 9:18

Terjemahan: Hanya sanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah SWT itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah SWT hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah SWT (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi daripada golongan yang mendapat petunjuk.86

84 Zakiah Samori dan Amal Hayati Ishak, “Sistem Pengurusan Kewangan di Masjid Putra, Putrajaya & Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Satu Kajian Perbandingan”, (Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun Islam 2009, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UITM Perak, Hotel Impiana Ipoh, 8-9hb Disember 2009), 220.

85 Joni Tamkin Borhan dan Che Zarrina Sa’ari, “Pembangunan Ekonomi Masjid” (Seminar Pembangunan Masjid, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dewan Kuliah Utama APIUM, 28hb Disember 2002), 4.

86

Sheikh Abdullah Muhammad Basmeih, Muhammad Noor Ibrahim, ed., Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran (Kuala Lumpur: Darul Fikir, 2000).

Menyusuri sejarah Islam, masjid bukan hanya berperanan sebagai sebuah tempat umat Islam melakukan ibadat-ibadat khusus seperti sembahyang, membaca al-Quran, berzikir dan seumpamanya bahkan ia telah dijadikan pusat pembangunan masyarakat Islam yang lebih menyeluruh. Oleh sebab itu usaha pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW bagi membentuk masyarakat dan negara Islam di Madinah ialah dengan mendirikan masjid. Masjid Nabawi di Madinah telah menjadi nadi kepada segala kegiatan penting di zaman Rasulullah SAW, di mana baginda mendidik umatnya supaya dapat mengatur urusan kehidupan dan agama dalam segenap keadaan.87 Bermulanya masjid sebagai tempat pembinaan peribadi muslim, pembangunan keluarga, pembangunan masyarakat seterusnya kepada pembentukan negara Islam yang menjadi payung kepada pembangunan insan keseluruhannya.88 Masjid pada ketika itu menjadi institusi penyatuan umat Islam dalam pelbagai bidang. Umumnya, ketika saat kegemilangan pemerintahan kerajaan Islam, masjid dijadikan sebagai pusat rujukan utama melibatkan soal pentadbiran kerajaan, kewangan dan ekonomi, keagamaan, perundangan, institusi sosial, dan sebagainya. Fungsi yang komprehensif ini menjadikan masjid sebagai pusat tumpuan masyarakat. Faktor ini dikuatkan atas kapasiti masjid yang amat luas ruang lingkupnya di mana ia sebuah institusi yang boleh menghimpunkan seluruh umat Islam.89

Masjid turut dijadikan sebagai pusat kehakiman di mana baginda melaksanakan prosiding kehakiman dan perlaksanaan hukuman kepada pesalah-pesalah yang telah terbukti bersalah.90 Selain itu juga masjid juga turut berfungsi sebagai pusat rawatan dan

87 Lokman Ab. Rahman dan Musa Ahmad, Pengantar Sains Pengurusan Masjid (Melaka: Majlis Agama Islam Melaka, 1996), 57.

88

‘Ali ‘Abd al-Halim Mahmud, al-Masjid wa Athruhu fi al-Mujtama’ al-Islami (Mesir: Dar al-Ma’arif, t.t), 13.

89 Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad dan Mohd Yazid Isa, “Dana Masjid Menjana Ekonomi Ummah,” Jurnal Muamalat, Bil.4 (2011), 199-200.

90

Zakiah Samori dan Amal Hayati Ishak, Sistem Pengurusan Kewangan di Masjid Putra, Putrajaya & Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Satu Kajian Perbandingan (Prosiding Seminar Kebangsaan

kebajikan di mana ia dibuktikan apabila seorang wanita bernama Rufaidah yang merupakan sahabat Nabi SAW secara sukarela menjadikan Masjid Nabawi di Madinah sebagai pusat memberikan rawatan percuma kepada orang yang sakit. Rufaidah telah merawat Saad bin Muaz sehingga Saad meninggal dunia. Rufaidah telah dinobatkan dalam sebuah biografi sebagai seorang wanita yang mengabdikan dirinya untuk merawat masyarakat Islam yang sakit di Masjid Nabawi.91 Masjid juga berfungsi sebagai pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam di mana terdapat para sahabat nabi yang menyampaikan syairnya di dalam masjid memuji kebesaran Allah SWT dan kemuliaan RasulNya Muhammad SAW.92

Menurut Zulkifli Mohd Yusoff(2004)pula, masjid bukan lagi sebagai tempat umat Islam menunaikan ibadah solat semata-mata malah melangkau lebih jauh dari itu. Tanpa dinafikan ia merupakan tempat ibadah, ia perlu juga diterima sebagai tempat membudayakan cara hidup Islam secara menyeluruh. Masjid merupakan pusat penyebaran dakwah, pusat sumber maklumat, persaudaraan dan meringankan masalah sesama kariah. Selain itu masjid merupakan “centre” melahirkan rasa kasih dan terima kasih sesama kariah.93 Pendek kata pada zaman kegemilangan Islam, masjid adalah sebuah institusi umat Islam yang berfungsi menjadi pemangkin setiap kegiatan masyarakat.94 Fungsi dan peranannya terbukti amat luas mencakupi setiap aspek sama ada ibadah, ilmu, politik, ekonomi, ketenteraan, pentadbiran, pembentukan dasar negara, perhubungan antara negara

Tamadun Islam 2009, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UITM Perak, 8-9hb Disember 2009, Hotel Impiana Ipoh), 220.

91 Ibid.

92 Mohd Mokhtar Shafii, “Masjid sebagai Pusat Pendidikan dan Penjanaan Ummat Cemerlang,” Jurnal Pendidikan Islam, Jilid 10, Bil.3, 49.

93

Zulkifli Mohd Yusoff, “Pengurusan Masjid di bawah Wahyu: Analisa Terhadap Ayat-Ayat dan Hadith-Hadith Pilihan” (Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2004, Pusat Islam Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia, 25-27hb September 2004).

94 Muhammad Hisyam Mohamad, “Mengembalikan Fungsi Peranan Institusi Masjid,” laman sesawang Institut Kefahaman Islam Malaysia, dicapai 21hb Mac 2014, http://e-kiosk.ikim.gov.my/Articledetails. asp?ID=754

dan sebagainya.95 Walau bagaimanapun, fungsi dan peranan masjid mengalami perubahan dari semasa ke semasa sesuai dengan peredaran zaman dan tamadun manusia. Fungsi masjid berubah ketika zaman kegemilangan dan tamadun Islam berlalu di waktu umat Islam menjadi mundur dalam segenap aspek kehidupan.96