Definisi dan
HASIL PEMBELAJARAN
6.2 Golongan Kata Tugas
Golongan kata tugas ialah golongan kata yang bersifat pelbagaijenis atau heterogen, iaitu yang terkandung dalamnya golongan-golongankecil yang berbeza-beza tetapi mempunyai satu sifatyang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasaendosentrik: frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.
Perkataan-perkataan dalam golongan kata tugas mi masuk kedalam binaan ayat sama ada melalui perhubungan denganperkataan daripada golongan kata kerja, kata nama dan kataadjektif, ataupun melalui penhubungan secara langsung dengan binaan frasa atau klausa tertentu. Misalnya, kata bilangan masukke dalam frasa nama melalui perhubungan dengan kata nama,seperti dalam contoh yang berikut:
BMM3093 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
25
Frasa Nama
Kata Bilangan Penjodoh Bilangan Kata Nama
ramai dua beberapa tiap-tiap kebanyakan - orang ekor - - penonton askar kucing calon penduduk
Kata penguat pula masuk ke dalam frasa adjektif melaluiperhubungan dengan kata adjektif.
Contohnya:
Kata penguat Kata adjektif
sungguh amat paling kurang indah bahagia tinggi baik
Kata-kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa, atau frasauntuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tententu, iaitu samaada sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu,penegas, penafi, pembenar, pemeri, ataupun tugas-tugasyang lain lagi. Berdasarkan tugas-tugas yang demikian, makakata tugas boleh dikenal pasti sebagai yang benikut:
(i) kata hubung : dan, atau, tetapi (ii) kata seru : wah, amboi, aduh
(iii) kata tanya : bagaimana, bila, benapa, mengapa (iv) kata perintah : sila, tolong, hanap
(v) kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadan (vi) kata bantu : akan, sudah, pennah (vii) kata penguat : sangat, amat, paling (viii) kata penegas : juga, lah, tah, pun (ix) kata nafi : tidak, bukan
BMM3093 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
26
(x) kata pemeri : ialah, adalah (xi) katasendinama : di, dan, dalam
(xii) katapembenar : ya, benan, betul
(xiii) katabilangan : dua, segala, benibu-nibu,masing-masing (xiv) kataarah : atas, bawah, dalam
(xv)katapembenda : -nya (xvi) katapenekan : -nya
93
AKTIVITI
1. Secara berpasangan, catatkan dua contoh kata adjektif untuk setiap jenis kata adjektif, iaitu (i). kata adjektif sifatan atau keadaan; (ii) kata adjektif warna; (iii) kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi) kata adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan (ix) kata adjektif pancaindera.
2 Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti jenis-jenis kata tugas yang berbeza, iaitu (i) kata hubung gabungan; (ii) kata hubung pancangan; (iii) kata praklausa; (iv) kata prakfrasa dan kata pascakata.
BMM3093 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
27
Masyarakat kita sedang menghadapi krisis pembudayaan bahasa Melayu dalam komunikasi, apatah lagi komunikasi yang bersifat rasmi. Kian ketara ialah pengabaian sejumlah anggota masyarakat pelbagai lapisan terhadap bahasa sebagai unsur teras kebudayaan dan tamadun.‖ Demikian ditegaskan oleh tokoh bahasa, Profesor Dr. Haji Awang Sariyan ketika membentangkan kertas utama yang bertajuk Melestarikan Bahasa Melayu dalam Komunikasi dalam Seminar Kesantunan Berbahasa Peringkat Kebangsaan pada 28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.
Tegas beliau, ―krisis pembudayaan bahasa Melayu dapat diperhatikan dalam dua bentuk, iaitu, krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu, dan krisis pembudayaan tentang mutu penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai ranah seperti pentadbiran, media massa, pendidikan dan di tempat awam. Pelestarian bahasa Melayu dari sudut taraf dan fungsinya serta penggunaannya penting untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa.‖
Seminar anjuran Institut Perguruan Sultan Mizan, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Terengganu ini bertujuan untuk menghayati dan menerapkan bentuk serta strategi komunikasi yang bersopan dan beretika bagi mengatasi kepincangan aspek penghayatan nilai serta adab ke-sopanan dan kesantunan berbahasa yang semakin diabaikan dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, seminar ini diharapkan dapat memberikan input dan maklumat baharu kepada para ilmuwan dan pentadbir sekolah agar dapat menerapkan aspek kesantunan berbahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali gus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan.
Seminar yang dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, pegawai kerajaan, guru, bakal pendidik, penggiat bahasa dan masyarakat umum ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan, Tuan Haji Nik Arif Raja Yusof. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa ―penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti dan berkeperibadian tinggi. Oleh itu, beliau berharap agar seminar ini dapat menyemarakkan rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan, mengng-kat martabat bahasa Melayu dan menyuntik semangat para peserta.
BMM3093 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
28
LATIHAN
Berdasarkan petikan cerpen di bawah, kenal pasti dan gariskan golongan kata adjektif yang terdapat. Kemudian kenal pasti jenis-jenis kata adjektif tersebut.
Kopi yang masih panas kucicip perlahan. Kurang manis. Aku mencapai satu paket gula, mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan isinya ke dalam cawan putih bermulut heksagon. Tanganku mengacau sudu sambil mata merenung jauh. "Kenapa kau diam? Tak betulkah apa yang aku katakan?". Pandanganny menuntut jawapan. Dia turut menghirup teh manis di dalam cawan di hadapannya.
Aku masih diam. Persoalan yang dihamburkan membuat aku malas mahu melayan. "Hilwah... kau marah?"
Aku menggetis donat di dalam piring, lalu menyuapkannya ke mulut. "Buat apa aku nak bertekak tentang persoalan yang kau sendiri telah punya jawapan dan pilihan." "Aku bukan mengajak bertekak, Hilwah. Tapi berkongsi pandangan," balasnya. Dia mengorak senyum.
"Err, tapi maksud kau, betullah kau bersetuju bila aku katakan profesion perguruan itu serendah-rendah karier dalam kelas profesional? Aku teguk lagi kopi yang masih hangat. Menarik nafas. "Ya... dan tidak." Aku menjawab acuh tidak acuh. Hakikatnya pantai hatiku sedang diamuk gelora. Rasa terhina!
BMM3093 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
29
Abd ulla h Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006).
Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah.Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia.
Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia
Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
BMM3093 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
BMM 3093 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
1
INTERAKSI
3