• Tidak ada hasil yang ditemukan

Graf Analisis Responden: Status Kunjungan 5.2 ANALISIS OBJEKTIF PERTAMA

Dalam dokumen Ekonomi Alam Sekitar di Zoo Melaka (Halaman 38-43)

Bab sebelum ini menyatakan dapatan kajian aspek penawaran Zoo Melaka dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar. Seterusnya dapatan kajian tersebut dibincangkan dalam bab ini melalui rujuk silang dengan sumber yang diperolehi sama ada jurnal, laporan ataupun arkib keratan akhbar dari laman web memandangkan limitasi laporan ini dari segi sumber dan masa. Rujuk silang ini dibuat untuk menyokong perbincangan, kesimpulan dan cadangan yang dikemukakan.

5.2.1 EKONOMI

Penawaran aspek ekonomi dapat dilihat dalam kepelbagaian bentuk aktiviti ekonomi yang berkembang melalui peranan usahawan kecil, pihak pengurusan Zoo dan Kerajaan Negeri Melaka. Perkembangan ini adalah seiring dengan kemampuan Zoo Melaka untuk menarik kunjungan pelawat setiap tahun. Bilangan pelawat mempengaruhi kegiatan ekonomi di Zoo Melaka terutamanya jika perbandingan dibuat pada hari biasa dan musim cuti sekolah. Berdasarkan senario ini, dapat disimpulkan bahawa penawaran aspek ekonomi berkadar langsung dengan permintaan iaitu tahap konsistensi jumlah pelawat setiap tahun ke Zoo Melaka.

Sehubungan dengan itu, usaha perlu diteruskan oleh pihak berkaitan seperti Kerajaan Negeri Melaka, PERHILITAN dan Pengurusan Zoo Melaka untuk memastikan kelestarian Zoo Melaka. Langkah ini penting bagi memastikan kemampuan Zoo Melaka sebagai ikon pelancongan Melaka dapat dikekalkan. Sekiranya berlaku degradasi terhadap imej Zoo Melaka, tentunya akan merencatkan perkembangan pelancongan di kawasan ini yang pastinya meninggalkan kesan terhadap mikro ekonomi setempat.

5.2.1.2 PULANGAN PELABURAN KEPADA EKONOMI NEGERI

Laporan 'Blue Print Melaka Maju Negeriku Sayang 2011-2020' mencatatkan bahawa, sehingga tahun 2008 sektor pembuatan merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negeri Melaka. Kemudian pada tahun 2010, sektor ini menyumbang kepada KDNK sebanyak RM7.0 bilion atau 45.4%. Pengurangan ini berpunca dari pengenalan sektor perkhidmatan terutamanya sub-sektor perlancongan yang menjadi penyumbang penting terhadap pertumbuhan KDNK Negeri Melaka. Berdasarkan laporan tersebut juga, jumlah pelancong pada tahun 2010 meningkat kepada 377% berbanding pada tahun 2000 dengan anggaran janaan pendapatan dalam tempoh tersebut sebanyak 12.7 bilion (UPEN Melaka, 2011).

Kerajaan Negeri Melaka dalam usaha untuk merancang strategi pelancongan Melaka yang lebih berdaya saing dan mampan telah menetapkan 12 sub-sektor pelancongan yang perlu diberi perhatian. Zoo Melaka merupakan program yang terkandung di bawah Sub-Sektor Pelancongan Rekreasi. Program ini merupakan antara

yang terpenting di bawah Sub-Sektor Pelancongan Rekreasi selepas program 'River Cruise Sungai Melaka' (Kerajaan Negeri Melaka et.al, 2013). Sehubungan itu, jumlah peruntukan yang telah dilaburkan sebelum pengurusan Zoo Melaka diswastakan tentunya diharapkan memberi pulangan kepada Kerajaan Negeri dalam bentuk kutipan hasil percukaian dan janaan peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan. Perkembangan ini dijangka lebih baik jika sekiranya pengurusan Zoo yang baru dilantik mampu menaiktaraf imej Zoo Melaka pada tahap yang lebih baik sesuai dengan hasrat untuk menjadikannya antara yang terbaik di Rantau Asia setanding dengan Zoo Singapura (Utusan, 2013). Namun demikian, penilitian terperinci harus dilakukan supaya sebarang tindakan yang dilakukan tidak menjejaskan kehadiran pelawat ke Zoo Melaka terutamanya dari segi harga tiket dan konsep pembangunan Zoo Melaka.

5.2.1.3 PENGURUSAN ZOO YANG EFISIEN

Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pengunjung, harga tiket Zoo Melaka telah dinaikkan kepada RM15.00 untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak. Hasil carian lanjut yang dibuat menerusi laman web Utusan Malaysia, kenaikan telah bermula pada Disember 2011 di mana harga asal tiket untuk dewasa adalah RM7.00 telah dinaikkan kepada RM10.00 dan kanak-kanak dikekalkan pada harga tiket RM4.00 (Utusan, 2011). Kemudian pada tahun 2013, berikutan pengambilalihan pengurusan Zoo oleh syarikat swasta harga tiket telah dinaikkan kepada RM15.00 untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak (Sinar Harian, 2013). Daripada maklumat ini, dapat dirumuskan bahawa kenaikan harga tiket pada tahun 2011 dilihat tidak menjejaskan kehadiran pelawat ke Zoo Melaka kerana berdasarkan laporan, kehadiran pelawat pada tahun 2012 adalah sejumlah 750,000 orang (Sinar Harian et.al, 2013). Senario ini menggambarkan bahawa, kenaikan harga tiket tidak menjejaskan bilangan pelawat yang mengunjungi Zoo Melaka. Namun demikian, bermula tahun 2013 dan tahun-tahun berikutnya analisa lanjut perlu dibuat untuk melihat kesan kenaikan harga tiket yang terkini terhadap bilangan pelawat yang mengunjungi Zoo Melaka. Kenaikan harga tiket yang diimbangi dengan pembangunan dan pengurusan Zoo Melaka yang lebih menarik dan mampan mampu mengekal momentum peningkatan jumlah pelawat yang dicatat ketika ini.

5.2.2 SOSIAL

5.2.2.1 PERANAN ZOO TERHADAP MASYARAKAT

Melalui pemerhatian yang telah dinyatakan dalam bab sebelum ini, Zoo Melaka dilihat dapat memainkan peranan dalam membentuk interaksi sosial yang lebih sihat di kalangan masyarakat selain mampu menjadi medium pembelajaran tidak formal untuk penambahan pengetahuan tentang haiwan dan alam sekitar. Dalam hal ini, pembangunan ruang dan infrastruktur Zoo serta kaedah pameran haiwan yang bersesuaian merupakan faktor penting untuk memastikan Zoo yang dibangunkan dapat memainkan peranan seperti yang dihasratkan.

Dalam situasi masyarakat kini yang kian sibuk dengan urusan harian, peluang berada di tempat awam merupakan masa produktif untuk berinteraksi dengan ahli keluarga dan masyarakat. Bagi membentuk suasana yang menyokong kepada aktiviti ini secara positif, rekabentuk ruang fizikal mempunyai kaitan secara langsung dengan interaksi sosial (J.L. Brand, 2009). Penyediaan ruang berserta infrastruktur yang bersesuaian perlu dirancang untuk memenuhi tuntutan perlakuan sosial secara individu dan berkumpulan bagi mengukuhkan peranan Zoo sebagai pusat interaksi sosial masyarakat.

Selain itu, pendekatan konsep pembangunan Zoo Melaka perlu dibuat penilaian dan kajian terperinci supaya mampu menarik pelancong luar negara untuk mengunjunginya. Kajian 'bench marking' dengan Zoo serantau yang dilihat lebih berjaya perlu dilakukan untuk menilai kelebihan dan kekurangan yang perlu di buat penambahbaikan. Kehadiran lebih ramai pelancong asing ke Zoo Melaka tentunya memberi ruang kepada interaksi sosial merentasi budaya yang mampu menghasilkan kesan sampingan yang positif sama ada dari sudut sosial mahupun ekonomi. Zoo merupakan alternatif terbaik masyarakat untuk mengenali pelbagai spesies haiwan secara lebih dekat dan interaktif selain memahami peranan individu tentang hubungan dengan alam sekitar dan kepentingan untuk memeliharanya (Falk, J.H et al., 2007). Berdasarkan penyataan ini, pengurusan Zoo perlu dilengkapkan dengan input akademik dari disiplin

ilmu yang betul supaya kaedah pengurusan haiwan dan perkongsian informasi yang dilaksanakan adalah tepat. Selain itu, aktiviti - aktiviti yang bersifat lebih akademik dengan penglibatan pakar bidang yang berkaitan dalam bentuk persembahan yang interaktif dan menarik mampu menjadikan Zoo Melaka sebagai lokasi terbaik untuk memperoleh pengetahuan secara tidak formal. Melalui kaedah ini, masyarakat dapat mendalami secara lebih terperinci tentang haiwan dan alam sekitar serta peranan yang boleh dimainkan masyarakat untuk memeliharanya.

5.2.3 ALAM SEKITAR

5.2.3.1 PUSAT PEMELIHARAAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI

Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) yang diterbitkan pada tahun 1998 telah menyatakan Zoo sebagai kemudahan pusat pemeliharaan ex-situ spesies haiwan di luar habitat asal mereka. DKBK di bawah Strategi V : Memperkukuh dan Mengintegrasikan Program Pemuliharaan telah menggariskan Pelan Tindakan untuk 'Memperkukuh keupayaan dan peranan kemudahan ex-situ dalam aktivti dan penyelidikan pemuliharaan dengan tujuan untuk melengkapi pemuliharaan in-situ'. Penyataan ini wajar dijadikan justifikasi untuk menambahbaik persekitaran Zoo Melaka yang lebih mampan bagi membuka ruang kepada pelaksanaan aktiviti penyelidikan secara lebih sistematik dan komprehensif sejajar dengan aspirasi untuk menjadikannya sebagai pusat pemeliharaan kepelbagaian biologi.

Lokasi Zoo Melaka yang berjiranan dengan kawasan pelancongan lain yang berteraskan kehijauan seperti dinyatakan dalam bab sebelum ini turut menyerlahkan potensi Zoo Melaka dan kawasan persekitarannya sebagai hab kepelbagaian biologi kawasan perbandaran yang perlu dikekalkan. Dalam hal ini, pihak Kerajaan Negeri perlu mengambil langkah proaktif untuk melaksanakan inisiatif mewartakan keseluruhan kawasan Zoo dan persekitarannya sebagai kawasan hijau bagi memastikan pelaksanaan pembangunan di kawasan ini adalah dalam acuan yang lestari.

5.3 ANALISIS OBJEKTIF KEDUA

Perkara Min

Kemudahan Makanan 3.79

Pengendalian Acara Atau Program 3.36

Promosi 3.64

Keselamatan Pelancong/Pelawat 3.36 Jaringan Dan Akses Pengangkutan 3.36

Jaringan Maklumat 3.14

Kemesraan Masyarakat 3.86

Perkhidmatan Maklumat Pelancongan

3.79 Kemudahan Tempat Letak 3.57

Kemudahan Rehat 4.00

Pameran Haiwan 3.71

Kebersihan Kawasan Pelancongan 3.29 Kualiti Persekitaran Pelancongan 3.57 Pemandangan Alam Sekitar 3.36 Purata Keseluruhan 3.56 Jadual 5.3a Jadual Analisis Keseluruhan Min

Dalam dokumen Ekonomi Alam Sekitar di Zoo Melaka (Halaman 38-43)

Dokumen terkait