• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ekonomi Alam Sekitar di Zoo Melaka

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Ekonomi Alam Sekitar di Zoo Melaka"

Copied!
56
0
0

Teks penuh

(1)

EKONOMI ALAM SEKITAR

PERKEMBANGAN EKONOMI PELANCONGAN DAN PENGURUSAN PERSEKITARAN MAMPAN BAGI KAWASAN PELANCONGAN: KAJIAN KES

DI ZOO MELAKA, AYER KEROH

NAMA NO PELAJAR

ABDILLA BIN KHAIROL P72778

MOHD NASIR BIN MOHAMED P71796

MOHD SHUKRI BIN MAT SUDIN P66872

PENSYARAH

(2)

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 01

1.1 Latarbelakang kawasan kajian 04

1.2 Permasalahan kajian 05

1.3 Kepentingan kajian 06

1.4 Limitasi kajian 07

2.0 Sorotan literatur 08

2.1 Konsep persepsi pelancong 09

2.2 Persepsi pelancong 10

2.3 Kesimpulan 11

3.0 Metodologi 12

3.1 Pendahuluan 12

3.2 Rekabentuk kajian 12

3.3 Instrumen kajian 12

3.4 Kaedah kajian 13

4.0 Dapatan kajian 15

(3)

4.2 Dapatan objektif pertama 17

4.2.1 Ekonomi 18

4.2.1.1 Usahawan kecil 18

4.2.1.2 Pengurusan zoo 20

4.2.1.3 Kerajaan negeri 22

4.2.1.4 Peluang pekerjaan 23

4.2.2 Sosial 23

4.2.2.1 Interaksi sosial 24

4.2.2.2 Pembelajaran tidak formal 25

4.2.3 Alam sekitar 25

4.3 Dapatan objektif kedua 26

4.4 Dapatan objektif ketiga 28

5.0 Perbincangan dan kesimpulan 29

5.1 Analisis responden 29

5.2 Analisis objektif pertama 34

5.2.1 Ekonomi 34

5.2.1.1 Perkembangan mikro ekonomi 34

(4)

5.2.1.3 Pengurusan zoo yang efisien 36

5.2.2 Sosial 37

5.2.2.1 Peranan zoo terhadap masyarakat 37

5.2.3 Alam sekitar 38

5.2.3.1 Pusat pemeliharaan kepelbagaian biologi 38

5.3 Analisis objektif kedua 39

5.4 Analisis objektif ketiga 43

5.4.1 Pengurusan mapan 44

5.4.2 Aspek pengurusan 44

5.4.3 Jenis dan susunan haiwan 45

5.4.4 Penyediaan fasiliti 45

5.4.5 Sudut informasi 46

5.5 Aktiviti ekonomi dalam Zoo Melaka 46

5.6 Kesimpulan 48

(5)

1.0 PENDAHULUAN

Pelancongan dan impak terhadap ekonomi sesebuah kawasan pelancongan adalah sangat ketara, kerana melalui pelancongan ini juga, ianya secara langsung melibatkan komuniti setempat dan akhirnya memberikan impak terhadap persekitaran. Alam sekitar menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia (1974) adalah ditakrifkan sebagai faktor- faktor fizikal iaitu tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor biologi dan faktor sosial yang saling bergantungan antara satu sama lain yang mengelilingi kehidupan manusia.

Kemusnahan alam sekitar adalah dipengaruhi oleh kegiatan industri perlancongan, yang mana pernyataan tersebut luas diperkatakan pada suatu ketika dahulu. Namun, pada hari ini ianya boleh dikatakan sebaliknya, yang mana industri perlancongan kini telah dilihat sebagai antara aplikasi yang digunapakai untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Industri perlancongan di Malaysia dipandang serius bermula sekitar 1970an. Langkah pertama oleh Malaysia adalah melalui penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC) pada Ogos 1972. TDC berperanan dalam kemajuan sektor pelancongan dan rekreasi negara.

Penyediaan sumber alam sekitar adalah dominan sebagai keterusan industri perlancongan. Selain daripada produk perlancongan yang berasaskan barang nyata, barang tidak nyata seperti budaya dan warisan juga menjadi antara produk yang terangkum (Jurry, 2011). Komuniti yang kreatif dan inovatif dengan kerjasama agensi berkaitan dan sokongan kerajaan memungkinkan sesuatu sumber sedia ada mampu dibangunkan sebagai produk perlancongan. Kesedaran komuniti ini menjadi antara pencetus kepada kelestarian penggunaan sumber alam sekitar disamping pengekalan budaya dan warisan setempat.

(6)

ekologi, pelancongan pertanian dan program tinggal di rumah angkat, pelancongan budaya dan warisan, dan pelancongan pendidikan serta kesihatan (Jamaluddin, 2009).

Perkaitan antara perlancongan dan alam sekitar adalah signifikan, adalah tidak mustahil Menurut Jurry Foo (2011), beliau melihat pelancongan sebagai, suatu kajian manusia yang bertentangan atau seiringan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak balas dalam keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka dan industri itu daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran. Manakala menurut Albuqerque K & McElroy J. (1999), menjelaskan pelancongan sebagai, suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara.

World Tourism Organization (WTO) pula merujuk perlancongan sebagai aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagi tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya. Definisi WTO ini secara langsung membawa kepada pengertian apa yang dimaksudkan sebagai pelancongan antarabangsa, pelancongan dalaman, pelancongan domestik dan pelancongan kebangsaan. Manakla menurut Biagi B. (2012), mengatakan bahawa pelancongan adalah suatu fenomena dan hubungan yang wujud akibat daripada interaksi di antara pelancong, ahli perniagaan, kerajaan dan komuniti selaku tuan rumah dalam proses menarik pelancong dan pelawat asing.

(7)

dua aspek yang penting dan perlu diberi perhatian yang serius kerana gandingan kedua-dua mekanisme ini dapat mendekatkan individu dengan alam sekaligus menyemai rasa cintakan alam sekitar. Satu kajian juga turut menyatakan tentang kesan pertumbuhan ekonomi yang berlandaskan ekonomi ke atas taraf hidup dan tingkat kesejahteraan penduduk. Dalam konteks ini dinyatakan bahawa unjuran ekonomi yang tidak seimbang akan menyebabkan ekonomi rakyat menggugat kesejahteraan rakyat sekitarnya. Analisis juga turut menyebut anggaran ekonomi yang menjamain kesejahteraan hidup penduduk Putrajaya. Pada masa yang sama, satu kajian telah dilakukan yang menyentuh aspek peranan perancang pembangunan yang menjamin kesejahteraan kualiti hidup penduduk Putrajaya.

Menurut Haris Abd Wahab (t.t), kualiti hidup bermaksud keadaan persekitaran seperti pemakan, keadaan, tempat tinggal, pembentungan dan sebagainya yang akan mempengaruhi kehidupan seseorang individu. Jabatan Perdana Menteri (1999), mendefinisikan kualiti hidup dalam konteks yang lebih luas iaitu dengan mengambil kira sebarang aspek dan aktiviti penduduk untuk tujuan meningkatkan tahap kesejahteraan diri, cara hidup yang sihat, akses dan kebebasan memperolehi pengetahuan dan taraf kehidupan yang melebihi keperluan asa individu serta keperluan psikologi. Manakala menurut Azahan Awang (2008), kualiti hidup meliputi dua bidang utama iaitu objektif dan subjektif. Dari segi objektif, kualiti hidup merupakan perkara yang berkaitan dengan kehendak social dan budaya seperti kekayaan, status sosial, dan kesihatan. Manakala bagi subjektif pula, kualiti hidup umumnya merujuk kepada keadaan di mana individu merasa bahagia dan kepuasan terhadap perkara yang bersangkutan dengan kehidupannya. Takrifan ini membabitkan kebahagiaan luaran dan kebahagiaan dalaman.

(8)

keadaan yang mana permintaan dan penawaran akan dipengaruhi oleh kesanggupan untuk membayar. Yang mana sesuatu ekonomi pelancongan yang berlangsung, akan dipengaruhi oleh permintaan pelancong dan penduduk di kawasan setempat yang mana ianya akan menyebabkan penawaran terhadap sesuatu perkara akan berubah. Berdasarkan Anang Muftiadi (t.t), permintaan seseorang individu dipengaruhi oleh harga barang, pendapatan, harga barang pengganti dan barang pelengkap serta faktor-faktor yang lainnya. Ini juga menunjukkan bahawa melaui faktor yang diperlihatkan tadi, ianya mempengaruhi bagaimana ekonomi pelancongan itu berkembang dan juga membesar. Begitu juga dengan konsep penawaran, yang mana penawaran terhadap ekonomi akan dipengaruhi oleh permintaan, harga barang yang lain, perbelanjaan atau kos pembuatan dan juga dari aspek keuntungan yang ingin diperolehi (matakuliah.files.wordpress.com). Melalui penawaran itu juga, ianya akan dilihat dari aspek keupayaan atau kesanggupan untu membayar, yang mana kesanggupan seseorang individu itu boleh diukur melalui pendapatan dan juga kualiti serta keadaan semasa sesuatu barang itu ditawarkan dalam pasaran(Breidert C et al., 2006; Berry J et al., 2012).

1.1 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

(9)

Zoo Melaka ditubuhkan pada 1963 bersama-sama dengan Zoo Negara Malaysia yang mana pengurusannya adalah di bawah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Kebangsaan Malaysia 1979. Kawasan Zoo Melaka itu pada asalnya digunakan sebagai kawasan pemuliharaan binatang terancam, dan dibuka kepada orang awam yang dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad pada 13 Ogos 1987. Berdasarkan kepada senarai Pertubuhan Taman Zoologi Asia Tenggara (SEAZA), ianya menunjukkan bahawa Zoo Melaka merupakan ahli kepada pertubuhan ini, yang disebabkan oleh fungsinya sebagai pusat kajian hidupan liar, pusat pembiakan, pusat pendidikan zoo dan kawasan tarikan pelancongan yang menarik.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam kajian ini, beberapa permasalahan yang telah dilihat yang boleh dijadikan sebagai isu dalam kajian ini. Dalam Zoo Melaka itu sendiri, beberapa masalah yang boleh dilihat antaranya yang melibatkan kepada penawaran yang sedia ada di kawasan tersebut. Ianya boleh dikatakan bahawa, penawaran tersebut akan menjadi satu tarikan dan juga menjadi barang pelengkap dalam memastikan pengunjung dan pelancong sentiasa kembali dan juga berasa selesa di sepanjang lawatan mereka dalam Zoo itu sendiri. Melalui penawaran itu jugalah yang membolehkan ekonomi pelancongan khususnya di Zoo Melaka akan berkembang dan sentiasa dalam tahap yang terbaik. Penawaran yang disediakan itu bukan sahaja akan melibatkan kepada faktor ekonomi, tetapi ianya juga akan melibatkan aspek sosial dan juga alam sekitar, yang mana ketiga- tiga elemen ini saling berkaitan dan memberikan impak dalam perkembangan ekonomi pelancongan di Zoo Melaka itu sendiri.

(10)

itu sendiri mempunyai beberapa permasalahan yang mana ianya boleh menjadi perencat dalam perkembangan ekonomi Zoo Melaka itu sendiri. Permasalahan yang timbul itu bukan sahaja melibatkan aspek ekonomi, tetapi ianya juga melibatkan aspek sosial dan alam sekitar itu sendiri. Tambahan pula, perletakan kawasan Zoo Melaka berdekatan dengan pintu masuk ke Melaka menjadikannya satu kawasan yang pertama sekali akan dilihat. Selain darii tu juga, status Zoo Melaka sebagai pusat rehabilitasi haiwan memberikannya satu perspektif yang berbeza dalam Bandaraya Bersejarah itu sendiri sebagai aspek pelancongan berasaskan kepada alam sekitar dan bukannya berstrukturkan monumen warisan UNESCO.

Oleh yang demikian, persoalan kajian yang ingin dilihat dalam kajian ini adalah apakah penawaran yang terdapat dalam Zoo Melaka itu? Adakah ianya hanya melibatkan kepada kemudahan semata-mata? Atau ianya juga melibatkan aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar? Bagaimana pula dengan permintaan pengunjung dan pelancong di Zoo Melaka? Adakah permintaan tersebut hanya melibatkan harga dan kepuasan mereka semata-mata? Atau ianya melibatkan aspek pandangan mereka yang terlibat dalam aktiviti ekonomi di Zoo Melaka? Bagaimana pula dengan permasalahan yang wujud dala Zoo Melaka itu sendiri? Adakah terdapat cadangan yang bersesuaian dalam menambahbaik dan meningkatkan pengurusan persekitaran yang mapan di Zoo Melaka itu? Atau ianya hanya akan melibatkan aktiviti pelancongan yakni ekonomi semata-mata? Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah seperti berikut;

1. Mengenal pasti penawaran ekonomi pelancongan di Zoo Melaka.

2. Mengkaji permintaan penduduk setempat, pelancong dan peniaga di Zoo Melaka. 3. Memberi cadangan tentang pengurusan persekitaran yang mapan di Zoo Melaka. 1.3 KEPENTINGAN KAJIAN

(11)

impak dalam ekonomi pelancongan secara keseluruhannya. Melalui kajian ini, ianya juga dapat memberikan info tentang bagaimana penawaran dan permintaan boleh bersaling kaitan antara satu sama lain, serta bagaimana kesanggupan untuk membayar berfungsi dalam keadaan ini.

1.4 LIMITASI KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa limitasi di sepanjang perlaksanaannya, yang pertama dari aspek responden, masa dan juga instrumen kajian. Pertama sekali adalah aspek responden yang mana ianya melibatkan jumlah responden yang terlibat. Jumlah responden haruslah melebihi 50 responden untuk ianya mempunyai kebolehpercayaan dan kesahihan data yang tinggi. Selain itu juga, ianya harus memisahkan antara pengunjung, pelancong dan peniaga di kawasan kajian. Walaupun ianya mendapat impak yang sama namun dati aspek pendekatan dan perincian permasalahan adalah berbeza di antara jenis responden yang terlibat.

(12)

2.0 SOROTAN LITERATUR

Menurut Mazdiah (2012), pelancongan melibatkan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang individu yang berada atau tinggal di destinasi tersebut seperti membeli-belah dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan serta menggunakan kemudahan yang telah disediakan di kawasan pelancongan bagi mencapai keperluan mereka. Manakala menurut Mohamad Zaki (2010) telah mentafsirkan pelancongan sebagai “gabungan fenomena dan hubungan-hubungan yang wujud daripada interaksi antara pelancong dengan pelancong lain, menarik dan menerima kedatangan para pelancong ini dan pelawat dengan pelawat yang lain.

Pembangunan pelancongan sudah semestinya akan memberikan kesan terhadap alam sekitar dan juga penduduk tempatan. Pembangunan pelancongan bukan sahaja mengundang kepada impak negatif malah memberi impak positif. Salah satu impak yang boleh bermafaat kepada komuniti tempatan adalah perubahan taraf sosioekonomi. Sebelum kewujudan pembangunan pelancongan misalnya pelancongan scuba, penduduk tempatan hanya menjalankan aktiviti menangkap ikan dan bercucuk tanam sahaja. Setelah kewujudan sektor pelancongan ramai komuniti tempatan bertukar pekerjaan dengan menceburi sektor ekonomi yang lebih baik khususnya dalam sektor pelancongan sebagai pekerja di resort, pemandu pelancong dan lain-lain (Jabil et.al, 2012). Sektor pekerjaan di hotel tidak memerlukan kemahiran dan kelulusan yang tinggi kerana adanya latihan sambil bekerja. Industri pelancongan turut menyumpang kepada impak positif kerana industri ini antara industri yang sangat berpotensi sebagai salah satu sumber pendapatan kepada kerajaan negeri dan seterusnya kepada sumber pendapatan negara (Lee Kuok Tiong dan Siti Suriani Othman, 2010).

(13)

pelancongan yang berlaku di Delta Okavango akhirnya telah berkembang maju setelah sekian lama menjadi destinasi pelancongan.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan dalam kajian ini, ianya mendapati bahawa pelbagai kemudahan telah dibangunkan di kawasan tersebut, antaranya ialah hotel, pusat hiburan, lapangan terbang, kedai runcit, aktiviti perniagaan yang besar serta menjual pelbagai barangan. Di samping itu juga, jalan raya juga telah ditar untuk memudahkan para pengunjung sampai ke destinasi pelancongan tersebut. Aktivti pelancongan juga telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Bostwana. Hasil ananlisis mendapati walaupun sosio-ekonomi pelancongan memberikan impak yang positif, namun aktiviti pelancongan turut menimbulkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Contohnya berlaku kemusnahan ekologi, pencemaran bunyi dan pengurusan sisa pepejal yang kurang dipertimbangkan di kawasan Delta. Hal ini terbukti apabila terdapat timbunan sampah sarap seperti beg plastik, kertas dan botol di sepanjang jalan dan di tapak perkhemahan Delta Okavango. Kajian yang dijalankan ini juga telah mengemukakan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah alam sekitar yang berlaku iaitu mewujudkan dasar, pelaksanaan dan pemantauan seterusnya melibatkan penyertaan orang awam untuk memastikan kemampanan pelancongan di Delta Okavango.

2.1 KONSEP PERSEPSI PELANCONG

(14)

sebagai suatu proses menterjemahkan maklumat yang dialami dari dunia luar ke dunia dalam mental (Decrop, 1999). Maklumat yang diterima dapat membentuk pengetahuan dan kemahiran yang baru terhadap tindak balas dengan persekitaran yang menghasilkan kepercayaan dan perasaan. Misalnya, destinasi percutian mungkin akan berhubung dengan beberapa ciri seperti iklim, kebudayaan, alam sekitar dan sebagainya di mana pelancong mempunyai perasaan terhadap sifat tersebut (Decrop, 1999).

Sikap dan persepsi itu sendiri tidak dapat menjelaskan bahawa mengapa seseorang individu ingin melancong. Individu yang mempunyai inisiatif permintaan melancong kerana adanya desakan daripada motivasi (Boniface dan Cooper, 1994). Motivasi wujud apabila individu ingin memenuhi kepuasan (Mill dan Morrison, 1992). Pelancong dimotivasi melalui dua faktor iaitu keinginan untuk mengembara atau merantau di mana individu ingin melihat sesuatu tempat, orang dan budaya yang berlainan (wanderlust) dan keinginan mengunjungi tempat yang lebih selesa dari rumah terutama berkaitan dengan iklim (sunlust) (Boniface dan Cooper, 1994; Walmsley dan Lewis, 1993; Pearce, 1982). Robert, C. Lucas menyatakan bahawa terdapat banyak persepsi yang berlainan bergantung kepada mod pelancongan yang dijalankan (Saarinen, 2001). Cohen telah mengenal pasti bahawa terdapat lima jenis mod pelancongan iaitu mod rekreasi, mod pelencongan, mod pengalaman, mod eksperimen dan mod kewujudan (Walmsley dan Lewis, 1993).

2.2 PERSEPSI PELANCONG

(15)

2.3 KESIMPULAN.

(16)

3.0 METODOLOGI 3.1 PENDAHULUAN

Berdasarkan rujukan dan carian yang dilakukan, kajian khusus berkaitan Zoo Melaka secara komprehensif masih belum dilakukan oleh mana-mana pihak. Limitasi kajian ini dimana Borang Soal Selidik yang digunakan adalah menjurus kepada kajian kawasan pelancongan di Melaka secara umum memerlukan maklumat tambahan untuk membantu melengkapkan laporan ini.

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Memandangkan pelaksanaan kajian ini adalah untuk menilai sejauh mana perkembangan ekonomi pelancongan serta menggariskan pengurusan persekitaran mampan dalam konteks untuk memastikan kelestarian kawasan pelancongan di Zoo Melaka, maka kajian ini merupakan kajian berbentuk emperikal yang dijalankan secara kuantitatif. Kaedah ini bertujuan menganalisa data yang diperolehi melalui borang soal selidik dan temubual yang dijalankan terhadap sampel yang dipilih secara rawak untuk dijadikan input dalam perbincangan dan cadangan bagi pembentukan kawasan pelancongan lestari khususnya di Zoo Melaka.

3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Kaedah soal selidik dikenal pasti sebagai instrumen yang sesuai bagi mendapatkan data untuk dianalis dalam kajian ini. Menurut Sekaran (2009), soal selidik merupakan instrumen yang paling berkesan dalam pengumpulan data. Soal selidik untuk kajian ini mengandungi 3 bahagian. Bahagian I menjelaskan tentang demografi responden serta penglibatan komuniti, Bahagian II pula melibatkan kepada tahap kepuasan responden, dan Bahagian III berkaitan dengan cadangan.

(17)

demikian, borang soal selidik ini merupakan borang yang digunakan untuk kajian kawasan pelancongan di Melaka secara umum. Oleh yang demikian, bagi tujuan penyediaan laporan ini maklumat diolah dari borang soal selidik yang dijawab oleh responden di kawasan Zoo Melaka sahaja.

Selain itu, kaedah temubual turut digunapakai dalam kajian ini. Temubual dilakukan bagi memperolehi data berkaitan aktiviti ekonomi yang terdapat di kawasan kajian. Responden adalah terdiri dari kalangan pengusaha perniagaan yang melibatkan kafe, kiosk, khemah jualan dan lain -lain. Melalui kaedah ini, aspek permintaan dan penawaran berkaitan dengan ekonomi perlancongan dapat dikenalpasti dan dibuat analisa ringkas untuk tujuan perbincangan. Kaedah terakhir yang digunakan adalah pemerhatian. Pelaksanaan kaedah ini diperkukuhkan lagi dengan bantuan peralatan seperti kamera dan alat tulis untuk merekodkan pemerhatian bagi melengkapkan maklumat yang diperlukan dalam aspek berkaitan terutamanya aspek sosial dan alam sekitar.

3.4 KAEDAH KAJIAN

Pelaksanaan kajian ini dilakukan ke atas kajian kes Zoo Melaka, Ayer Keroh. Zoo Melaka telah dibangunkan pada tahun 1963 oleh pihak Kerajaan Negeri Melaka. Pemilihan kawasan ini adalah berdasarkan faktor lokasinya yang strategik dan merupakan salah satu tarikan pelancongan utama di Melaka.

Borang soal selidik telah diedarkan kepada 14 responden pada 7 Disember 2013 bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Kesemua responden telah melengkapkan borang soal selidik yang telah diberikan. Lokasi edaran borang soal selidik adalah di dalam kawasan Zoo Melaka terutamanya di kawasan berehat seperti kafe dan wakaf (gazebo) untuk mendapatkan kerjasama dari responden dalam suasana yang lebih santai.

(18)
(19)
(20)
(21)

4.2 DAPATAN OBJEKTIF PERTAMA

Kewujudan Zoo Melaka sejak sekian lama iaitu hampir 50 tahun menyaksikan perkembangan kawasan ini sebagai tarikan pelancongan penting di negeri Melaka. Kedudukannya yang strategik di laluan masuk utama menuju ke Bandar Melaka menjadikan kawasan ini lokasi wajib untuk dilawati sama ada waktu tiba ataupun sewaktu meninggalkan Melaka terutama bagi pelancong dalam negara. Angka tertinggi pernah dicatatkan ialah pada tahun 2007 dengan jumlah pelawat seramai 619,194 orang. Manakala secara purata, jumlah pelawat setiap tahun adalah seramai 400,000 orang (Bernama, 2012).

Kehadiran jumlah pelawat yang besar ini memungkinkan perkembangan penawaran dalam aspek tertentu untuk membentuk ekosistem ekonomi yang dinamik dan mampu menyumbang kepada penjanaan pendapatan kepada Kerajaan Negeri Melaka. Berdasarkan maklumat dari laman web Kerajaan Negeri Melaka, sektor perlancongan merupakan agenda penting untuk dibangunkan sebagai penyumbang utama ekonomi Melaka selaras dengan salah satu Misi Pelancongan Melaka untuk "Memajukan industri pelancongan agar menjadi penyumbang utama kepada Pertumbuhan Ekonomi (GDP) dan Penjanaan Peluang Pekerjaan Negeri Melaka" (Kerajaan Negeri Melaka, 2013).

(22)

4.2.1 EKONOMI

Berdasarkan maklumat yang dinyatakan sebelum ini, kehadiran pelawat secara purata seramai 400,000 orang setahun tentunya mendatangkan kesan positif terhadap perkembangan ekonomi mikro kawasan kajian. Aktiviti ekonomi di kawasan kajian boleh dikategorikan melalui penglibatan usahawan kecil, pengurusan zoo, Kerajaan Negeri serta peluang pekerjaan yang dihasilkan.

4.2.1.1 USAHAWAN KECIL

Melalui pemerhatian, terdapat sejumlah besar gerai terdapat di luar perkarangan zoo yang menjual barangan cenderamata dan makanan ringan seperti air dan snek. Manakala di dalam kawasan zoo pula, jenis perniagaan adalah kafe makanan, kiosk makanan ringan serta khemah jualan barangan dan perkhidmatan.

Gambar 4.1.1.1a Gerai Jualan di kawasan luar zoo

(23)

membantu meningkatkan ekonomi setempat. Kafe jualan makanan bagi memenuhi keperluan pelawat untuk mendapatkan makanan yang lebih berat dan suasana yang lebih selesa dengan kemudahan yang disediakan seperti kerusi, meja dan kipas angin.

Gambar 4.1.1.1b Gerai Jualan di kawasan dalam Zoo Melaka

Gambar 4.1.1.1c Tema gerai (Kiosk) yang mesra alam

(24)

mudah dibawa untuk dinikmati ketika melawat kawasan zoo. Khemah jualan yang menawarkan barangan dan perkhidmatan yang lebih tertumpu kepada aktiviti bersama keluarga seperti henna, belon dan sebagainya.

4.2.1.2 PENGURUSAN ZOO

Pihak pengurusan zoo turut mengambil peluang untuk meningkatkan pendapatan dengan bilangan pelawat yang semakin meningkat bagi tujuan membiayai pengurusan dan penyelenggaraan zoo yang kini telah diswastakan. Antara tindakan yang telah diambil adalah menaikkan harga tiket, menyediakan program amal, menggalakkan program penajaan haiwan, kedai cenderamata Zoo Melaka dan gerai jualan makanan di perkarangan masuk ke zoo.

Gambar 4.1.1.2 Kaunter Jualan Tiket

(25)

Gambar 4.1.1.2b Aktiviti bergambar

(26)

Gambar 4.1.1.2e Gerai sagu hati 4.2.1.3 KERAJAAN NEGERI

(27)

Gambar 4.1.1.3a Kawasan letak kereta

Gambar 4.1.1.3b Tempat tiket letak kereta 4.2.1.4 PELUANG PEKERJAAN

Pelancongan merupakan sektor yang melibatkan perkhidmatan. Menurut kajian (Nurul, Poo & Norlida, 2012) pelancongan meliputi lima (5) subsektor utama dalam sektor perkhidmatan iaitu hotel, restoran, pengangkutan, perdagangan runcit serta subsektor hiburan dan rekreasi. Dalam konteks Zoo Melaka, peluang pekerjaan secara langsung adalah daripada sektor perdagangan runcit dan sebagai pekerja Zoo Melaka itu sendiri. 4.2.2 SOSIAL

(28)

4.2.2.1 INTERAKSI SOSIAL

Melalui pemerhatian, pelawat yang mengunjungi Zoo Melaka secara keseluruhannya hadir secara berkumpulan ataupun berpasangan. Komposisi kaum adalah pelbagai, namun secara majoritinya adalah kaum Melayu. Ketika pemerhatian dijalankan, kelibat pelancong dari luar negara tidak begitu kelihatan di dalam kawasan zoo. Melalui interaksi sosial yang berlaku ini, ianya juga mampu meningkatkan aktiviti sosial yang pelbagai dalam Zoo Melaka itu sendiri.

Gambar 4.2.2.1a Interaksi Sosial di Kawasan Kajian

4.2.2.2 PEMBELAJARAN TIDAK FORMAL

(29)

Gambar 4.2.2.2 Pembelajaran Tidak Formal Melalui Interaksi Dengan Alam Semulajadi 4.2.3 ALAM SEKITAR

Kewujudan Zoo Melaka yang mengekalkan sebahagian besar kawasan hijau sebagai penyesuaian kepada suasana persekitaran untuk membolehkan haiwan yang terdapat di dalamnya hidup memberi impak positif terhadap keseimbangan persekitaran mikro kawasan kajian. Berdasarkan pemerhatian, keadaan ini memberi peluang kepada kewujudan ekosistem di dalam kawasan zoo serta memastikan kesinambungan kawasan hijau di persekitaran kawasan kajian yang berjiranan dengan kawasan pelancongan lain iaitu Taman Mini Malaysia dan Mini Asean, Dataran Sejarah, Taman Botanikal Melaka, Taman Buaya Melaka serta Ayer Keroh Golf and Country Club.

(30)
(31)
(32)

Sangat berpuas hati 2 14.29

01. Pengurusan Mapan Pengurusan mapan Tahap kepuasan

02. Aspek Pengurusan Persembahan pameran Pengalaman untuk pelancong 03. Jenis dan susuan haiwan Penyusunan yang sistematik

Penambahbaikan tentang penggunaan ruang

04. Penyediaan fasiliti Keselesaan Keselamatan Kebersihan

05. Sudut informasi Menarik

(33)

5.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 ANALISIS RESPONDEN

Graf 5.1a Graf Analisis Responden: Jantina

(34)

Graf 5.1b Graf Analisis Responden: Umur

Graf 5.1c Graf Analisis Responden: Etnik

Dalam kajian yang dilaksanakan ini, majoritinya etnik yang terlibat adalah etnik Melayu yang mewakili sebanyak 64% (9 orang) dan etnik Cina sebanyak 36% (5 orang). Hal ini secara tidak langsung memudahkan dari aspek capaian data kerana penggunaan bahasa melayu menjadi bahasa perantaraan utama. Namun, ianya tidak bermakna bahawa responden etnik Cina tidak fasih berbahasa Melayu, tetapi penggunaan kosa kata yang terhad menyebabkan sebahagian maklumat susah untuk difahami. Disebabkan majoriti responden adalah etnik Melayu, maka dengan itu, majoriti responden yang beragama Islam adalah sebanyak 64%. Selebihnya adalah mereka yang beragama Buddha (14.29%) dan Kristian (21.43%).

(35)

Graf 5.1e Graf Analisis Responden: Taraf Perkahwinan

Kebanyakan responden yang terlibat adalah mereka yang bujang iaitu sebanyak 8 orang (57.14%) dan mereka yang berkahwin adalah sebanyak 6 orang (42.86%). Dalam prospek pekerjaan pula, ianya menunjukkan bahawa mereka yang bekerja dalam sektor swasta merupakan bilangan responden yang paling banyak yang mana ianya mewakili sebanyak 53.85% (7 orang), manakala mereka yang bekerja sendiri merupakan responden yang paling sedikit iaitu sebanyak 2 orang (15.38%). Bagi mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan pula adalah sebanyak 30.77% (4 orang).

Graf 5.1f Graf Analisis Responden: Pekerjaan

(36)

mereka, yang mana ianya mungkin disebabkan ingin menjaga kerahsiaan pekerjaan mereka.

Graf 5.1g Graf Analisis Responden: Pendapatan

Bagi tahap pendidikan pula, ianya menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai pendidikan peringkat Diploma/Ijazah adalah yang paling ramai iaitu sebanyak 76.92% (10 orang). Selain itu, ada juga di antara mereka yang hanya mempunyai pendidikan pada tahap sekolah menengah yang mana mereka ini merupakan pekerja yang bekerja di Zoo Melaka iaitu sebanyak 23.08%.

Graf 5.1h Graf Analisis Responden: Tahap Pendidikan

(37)

begitu, dalam kalangan responden yang terlibat, ianya tidak menunjukkan bahawa terdapatnya responden yang berasal dari Sabah dan Sarawak sebagai pelancong mahupun pekerja dalam Zoo Melaka ini sendiri.

Graf 5.1i Graf Analisis Responden: Asal

(38)

Graf 5.1j Graf Analisis Responden: Bilangan Berkunjung

Dalam status kunjungan responden pada masa tersebut, ianya menunjukkan bahawa pelancong merupakan jumlah yang terbesar sekali iaitu sebanyak 64.25%. bagi mereka yang cuma datang melawat ke kawasan tersebut adalah sebanyak 21.43%, manakala penduduk setempat yang juga merupakan pekerja di kawasan tersebut adalah sebanyak 14.29% daripada jumlah responden yang ada.

Graf 5.1k Graf Analisis Responden: Status Kunjungan 5.2 ANALISIS OBJEKTIF PERTAMA

Bab sebelum ini menyatakan dapatan kajian aspek penawaran Zoo Melaka dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar. Seterusnya dapatan kajian tersebut dibincangkan dalam bab ini melalui rujuk silang dengan sumber yang diperolehi sama ada jurnal, laporan ataupun arkib keratan akhbar dari laman web memandangkan limitasi laporan ini dari segi sumber dan masa. Rujuk silang ini dibuat untuk menyokong perbincangan, kesimpulan dan cadangan yang dikemukakan.

5.2.1 EKONOMI

(39)

Penawaran aspek ekonomi dapat dilihat dalam kepelbagaian bentuk aktiviti ekonomi yang berkembang melalui peranan usahawan kecil, pihak pengurusan Zoo dan Kerajaan Negeri Melaka. Perkembangan ini adalah seiring dengan kemampuan Zoo Melaka untuk menarik kunjungan pelawat setiap tahun. Bilangan pelawat mempengaruhi kegiatan ekonomi di Zoo Melaka terutamanya jika perbandingan dibuat pada hari biasa dan musim cuti sekolah. Berdasarkan senario ini, dapat disimpulkan bahawa penawaran aspek ekonomi berkadar langsung dengan permintaan iaitu tahap konsistensi jumlah pelawat setiap tahun ke Zoo Melaka.

Sehubungan dengan itu, usaha perlu diteruskan oleh pihak berkaitan seperti Kerajaan Negeri Melaka, PERHILITAN dan Pengurusan Zoo Melaka untuk memastikan kelestarian Zoo Melaka. Langkah ini penting bagi memastikan kemampuan Zoo Melaka sebagai ikon pelancongan Melaka dapat dikekalkan. Sekiranya berlaku degradasi terhadap imej Zoo Melaka, tentunya akan merencatkan perkembangan pelancongan di kawasan ini yang pastinya meninggalkan kesan terhadap mikro ekonomi setempat.

5.2.1.2 PULANGAN PELABURAN KEPADA EKONOMI NEGERI

Laporan 'Blue Print Melaka Maju Negeriku Sayang 2011-2020' mencatatkan bahawa, sehingga tahun 2008 sektor pembuatan merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negeri Melaka. Kemudian pada tahun 2010, sektor ini menyumbang kepada KDNK sebanyak RM7.0 bilion atau 45.4%. Pengurangan ini berpunca dari pengenalan sektor perkhidmatan terutamanya sub-sektor perlancongan yang menjadi penyumbang penting terhadap pertumbuhan KDNK Negeri Melaka. Berdasarkan laporan tersebut juga, jumlah pelancong pada tahun 2010 meningkat kepada 377% berbanding pada tahun 2000 dengan anggaran janaan pendapatan dalam tempoh tersebut sebanyak 12.7 bilion (UPEN Melaka, 2011).

(40)

yang terpenting di bawah Sub-Sektor Pelancongan Rekreasi selepas program 'River Cruise Sungai Melaka' (Kerajaan Negeri Melaka et.al, 2013). Sehubungan itu, jumlah peruntukan yang telah dilaburkan sebelum pengurusan Zoo Melaka diswastakan tentunya diharapkan memberi pulangan kepada Kerajaan Negeri dalam bentuk kutipan hasil percukaian dan janaan peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan. Perkembangan ini dijangka lebih baik jika sekiranya pengurusan Zoo yang baru dilantik mampu menaiktaraf imej Zoo Melaka pada tahap yang lebih baik sesuai dengan hasrat untuk menjadikannya antara yang terbaik di Rantau Asia setanding dengan Zoo Singapura (Utusan, 2013). Namun demikian, penilitian terperinci harus dilakukan supaya sebarang tindakan yang dilakukan tidak menjejaskan kehadiran pelawat ke Zoo Melaka terutamanya dari segi harga tiket dan konsep pembangunan Zoo Melaka.

5.2.1.3 PENGURUSAN ZOO YANG EFISIEN

(41)

5.2.2 SOSIAL

5.2.2.1 PERANAN ZOO TERHADAP MASYARAKAT

Melalui pemerhatian yang telah dinyatakan dalam bab sebelum ini, Zoo Melaka dilihat dapat memainkan peranan dalam membentuk interaksi sosial yang lebih sihat di kalangan masyarakat selain mampu menjadi medium pembelajaran tidak formal untuk penambahan pengetahuan tentang haiwan dan alam sekitar. Dalam hal ini, pembangunan ruang dan infrastruktur Zoo serta kaedah pameran haiwan yang bersesuaian merupakan faktor penting untuk memastikan Zoo yang dibangunkan dapat memainkan peranan seperti yang dihasratkan.

Dalam situasi masyarakat kini yang kian sibuk dengan urusan harian, peluang berada di tempat awam merupakan masa produktif untuk berinteraksi dengan ahli keluarga dan masyarakat. Bagi membentuk suasana yang menyokong kepada aktiviti ini secara positif, rekabentuk ruang fizikal mempunyai kaitan secara langsung dengan interaksi sosial (J.L. Brand, 2009). Penyediaan ruang berserta infrastruktur yang bersesuaian perlu dirancang untuk memenuhi tuntutan perlakuan sosial secara individu dan berkumpulan bagi mengukuhkan peranan Zoo sebagai pusat interaksi sosial masyarakat.

(42)

ilmu yang betul supaya kaedah pengurusan haiwan dan perkongsian informasi yang dilaksanakan adalah tepat. Selain itu, aktiviti - aktiviti yang bersifat lebih akademik dengan penglibatan pakar bidang yang berkaitan dalam bentuk persembahan yang interaktif dan menarik mampu menjadikan Zoo Melaka sebagai lokasi terbaik untuk memperoleh pengetahuan secara tidak formal. Melalui kaedah ini, masyarakat dapat mendalami secara lebih terperinci tentang haiwan dan alam sekitar serta peranan yang boleh dimainkan masyarakat untuk memeliharanya.

5.2.3 ALAM SEKITAR

5.2.3.1 PUSAT PEMELIHARAAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI

Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK) yang diterbitkan pada tahun 1998 telah menyatakan Zoo sebagai kemudahan pusat pemeliharaan ex-situ spesies haiwan di luar habitat asal mereka. DKBK di bawah Strategi V : Memperkukuh dan Mengintegrasikan Program Pemuliharaan telah menggariskan Pelan Tindakan untuk 'Memperkukuh keupayaan dan peranan kemudahan ex-situ dalam aktivti dan penyelidikan pemuliharaan dengan tujuan untuk melengkapi pemuliharaan in-situ'. Penyataan ini wajar dijadikan justifikasi untuk menambahbaik persekitaran Zoo Melaka yang lebih mampan bagi membuka ruang kepada pelaksanaan aktiviti penyelidikan secara lebih sistematik dan komprehensif sejajar dengan aspirasi untuk menjadikannya sebagai pusat pemeliharaan kepelbagaian biologi.

(43)

5.3 ANALISIS OBJEKTIF KEDUA

Perkara Min

Kemudahan Makanan 3.79

Pengendalian Acara Atau Program 3.36

Promosi 3.64

Keselamatan Pelancong/Pelawat 3.36 Jaringan Dan Akses Pengangkutan 3.36

Jaringan Maklumat 3.14

Kemesraan Masyarakat 3.86

Perkhidmatan Maklumat Pelancongan

3.79 Kemudahan Tempat Letak 3.57

Kemudahan Rehat 4.00

Pameran Haiwan 3.71

Kebersihan Kawasan Pelancongan 3.29 Kualiti Persekitaran Pelancongan 3.57 Pemandangan Alam Sekitar 3.36 Purata Keseluruhan 3.56 Jadual 5.3a Jadual Analisis Keseluruhan Min

(44)

Berdasarkan kepada borang soal selidik yang disediakan, ianya melibatkan tentang apa yang diinginkan oleh pelancong dan juga penduduk setempat di Zoo Melaka itu sendiri. Yang mana permintaan mereka dalam perkara ini adalah min sebanyak 3.56, yang mana ianya menunjukkan bahawa mereka tidak pasti apa yang diinginkan untuk menambahbaik keadaan Zoo Melaka itu sendiri. Namun jika dilihat dari aspek majoriti yang ingin sesuatu, ianya boleh dikatakan bahawa, 56% dari responden yang terlibat sememangnya menginginkan kemudahan yang baik, kemudahan kewangan yang senang, pemandangan alam sekitar yang indah serta keadaan masyarakat yang lebih mesra pelancong.

Perkara (Alam Sekitar) Min

Pameran Haiwan 3.71

Kebersihan Kawasan Pelancongan

3.29 Kualiti Persekitaran

Pelancongan

3.57 Pemandangan Alam Sekitar 3.36 Purata keseluruhan 3.48

Jadual 5.3b Jadual AnalisisKeseluruhan Min: Alam Sekitar

Graf 5.3b Graf Analisis Keseluruhan Min: Alam Sekitar

(45)

tetapi lebih kepada haiwan yang terdapat di Malaysia. Responden juga menginginkan kebersihan kawasan pelancongan di Zoo Melaka, yang mana ianya melihat tentang keadaan kawasan Zoo yang agak berselerak dan banyak semak samun yang boleh dilihat di sepanjang jalan di Zoo melaka itu sendiri. Dari aspek kualiti pelancongan dan pemandangan alam sekitar pula, responden menginginkan keadaan yang lebih baik dari keadaan semasa, kerana responden yang datang ke kawasan ini adalah mereka yang menginginkan ketengan dan juga ingin melihat sesuatu yang baru dan segar supaya wang yang mereka guna untuk amsuk ke dalam Zoo Melaka adalah berbaloi.

Perkara (Sosial) Min

Keselamatan Pelancong/Pelawat 3.36 Jaringan Dan Akses Pengangkutan 3.36

Jaringan Maklumat 3.14

Kemesraan Masyarakat 3.86

Perkhidmatan Maklumat Pelancongan

3.79 Kemudahan Tempat Letak 3.57

Kemudahan Rehat 4.00

(46)

Graf 5.3c Graf Analisis Keseluruhan Min: Sosial

Dari aspek sosial pula, ianya menunjukkan keseluruhan purata min sebanyak 3.58, yang juga menunjukkan bahawa terdapat majoriti mereka yang menginginkan penambahabaikan dari aspek sosial di Zoo Melaka itu sendiri. Dalam aspek sosial ini, ianya melibatkan lebih kepada kemudahan, sebagai contohnya kawasan tempat letak kereta dan bas yang agak terhad di kawasan Zoo Melaka itu sendiri, dan akhirnya ianya menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan jalan tersebut. Bukan itu sahaja, responden yang berada di sana juga menginginkan maklumat pelancongan yakni informasi tentang Zoo dan Haiwan yang ada dalamnya adalah dalam persembahan maklumat yang mudah dilihat dan menarik perhatian mereka yang datang ke kawasan tersebut. Tambahan pula, responden juga menginginkan kemesraan yang baik dari masyarakat Zoo Melaka itu sendiri yang membolehkan mereka berasa selesa untuk bersiar-siar dalam Zoo Melaka itu sendiri, serta kemudahan yang baik.

Perkara (Ekonomi) Min

Kemudahan Makanan 3.79

Pengendalian Acara Atau Program

3.36

Promosi 3.64

Purata Keseluruhan 3.60

(47)

Graf 5.3d Graf Analisis Keseluruhan Min: Ekonomi

Dalam aspek ekonomi pula, ianya melibatkan interaksi pekerja dengan pelancong di Zoo Melaka serta dari aspek kemudahan yang berlandaskan kepada perniagaan seperti gerai makanan, , pengendalian acara dan program serta pempromosian Zoo Melaka. Ianya dapat ditunjukkan dalam min sebanyak 3.60, yang mana menunjukkan bahawa mereka yang menginginkan kemudahan tersebut adalah majoriti yang menginginkannya. Namun begitu, dari aspek pengendalian acara atau program, ianya mempunyai min terendah yang mana ianya menunjukkan bahawa acara yang dijalankan harsulah lebih banyak dan bervarisasi supaya kelihatan menarik. Dalam aspek kemudahan makanan pula, ia sepertinya tiada permasalahan yang besar, kerana mungkin banyak gerai makanan di kawasan dalam Zoo Melaka yang menjadikan kawasan tersebut agak mesra pelanggan. 5.4 ANALISIS OBJEKTIF KETIGA

Seperti dijelaskan dalam perenggan ulasan terhadap penawaran Zoo Melaka, dapat dinilai keberadaan Zoo Melaka yang menjadi sumber tarikan utama kepada industri pelancongan di Negeri Melaka, sehubungan dengan itu Zoo Melaka harus ditadbir dan diuruskan dengan cekap untuk menjamin keberadaan Zoo Melaka terus menjadi sumber tarikan kepada pelawat dan pelancong. Pada 1 Februari 2013, berlaku peralihan pengurusan Zoo Melaka dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kepada sebuah syarikat swasta iaitu Konsortium KKW Sdn. Bhd. (KKW), tujuan peswastaan pengurusan Zoo Melaka adalah untuk meningkatkan kemampuan Zoo Melaka menjadi sebuah Zoo yang terbaik di rantau asia setanding dengan Zoo Singapura.

(48)

segera untuk memastikan sasaran pihak kerajaan terhadap kedatangan pelawat di Zoo Melaka seterusnya pelancong di Melaka tercapai.

5.4.1 PENGURUSAN MAPAN.

Aspek pengurusan merupakan elemen yang sangat penting dalam pembangunan dan perkembangan sesebuah industri termasuklah industri pelancongan, peranan pihak pengurusan terutamanya pengurusan Zoo Melaka harus ditingkatkan dalam mencari pembaharuan untuk memberikan kepuasan kepada pengunjung dan memberikan pengalaman yang menarik untuk dinikmati semasa melawat Zoo Melaka.

Satu kajian yang menyeluruh perlu dilaksanakan oleh pihak pengurusan Zoo Melaka untuk menilai tahap kepuasan yang diperolehi oleh pengunjung bersesuaian dengan kos dan masa yang diluangkan semasa melawat Zoo Melaka. Tahap kepuasan pelancong terhadap sesuatu fasiliti pelancongan dapat diukur. Bagi menilai tahap jangkaan kepuasan pelawat atau pelancong di Zoo Melaka, persoalan berikut harus dinilai sebelum sebarang keputusan dalam pengurusan dibuat untuk menjamin kemampanan industri pelancongan, iaitu “apa yang dijangkakan atau diharapkan” dan “apa yang diperolehi atau dinikmati” oleh pelancong. Perbandingan antara kedua-dua elemen ini seterusnya menghasilkan suatu output yang dirujuk sebagai “kepuasan”. Kepuasan menjadi pengalaman yang bermakna dan indah buat pelancong. Seterusnya, pengalaman yang positif menggalakkan pelancong mengunjungi semula sesuatu destinasi pelancongan.

5.4.2 ASPEK PENGURUSAN.

(49)

pengunjung. Berikut adalah huraian sebagai langkah-langkah penambahbaikan kepada pengurusan Zoo Melaka melalui pengalaman yang dirasai sendiri oleh pengkaji semasa kajian dibuat.

5.4.3 JENIS DAN SUSUNAN HAIWAN

Pihak pengurusan perlu mempelbagaikan jenis-jenis haiwan sebagai tarikan dan memberikan kepuasan dan pengalaman yang positif kepada pengunjung, sebagai contoh haiwan yang perlu ditambah ialah hidupan akuatik seperti sepesis ikan, mengambil contoh Zoo Negara yang telah menyediakan kepelbagaian haiwan yang lengkap. Ianya penting dalam aspek kepuasan pelanggan dan aspek Dari pemerhatian dan temubual yang dijalankan, masih terdapat ruang yang boleh ditambahbaik dari aspek susunan haiwan. 5.4.4 PENYEDIAAN FASILITI

Tahap kepuasan pelancong terhadap fasiliti sokongan dapat dinilai berasaskan kepada lima kriteria pertimbangan penting, iaitu keselesaan, keselamatan, kebersihan, kecukupan dan kebolehfungsian fasiliti yang disediakan. Dari aspek pengurusan fasiliti di Zoo Melaka, didapati masih terdapat kekurangan yang perlu dilakukan penambahbaikan sebagai contoh terdapat tandas awam yang tidak berfungsi, kemudahan tong sampah yang masih tidak mencukupi, disamping penyediaan tong kitar semula sebagai galakan dan pendidikan kepada pengunjung untuk melakukan aktiviti kitar semula sepanjang berada di Zoo. Ini bertepatan dengan program ekopelancongan yang dilaksanakan selain selaras dengan kempen pihak kerajaan negeri iaitu pembangunan kearah teknologi hijau.

(50)

keselamatan kepada pengunjung sebelum memasuki Zoo selain menyediakan kaunter urusetia yang banyak disepanjang laluan dalam Zoo tersebut.

5.4.5 SUDUT INFOMASI

Penyediaan sumber maklumat dan sudut ruangan informasi juga perlu ditambahbaik dan dipelbagaikan untuk memberikan maklumat yang berguna kepada pelawat sepanjang berada di Zoo Melaka. Pelancongan berasaskan pengetahuan dapat memberikan pengalaman yang positif kepada pelawat selain terdapat juga pelawat dari kalangan pelajar sekolah yang akan menambahkan ilmu dan pengetahuan mereka. Untuk penambahbaikan sumber maklumat, pihak pengurusan perlu menambah bilangan ruangan infomasi berdasarkan susunan haiwan, maklumat am tentang haiwan yang terdapat dalam kandang, dan aspek pendidikan untuk pemeliharan dan perlindungan terhadap haiwan yang bakal pupus. Pihak pengurusan juga boleh menggunakan teknologi untuk menyalurkan maklumat kepada pelawat selain mewujudkan hubungan yang interaktif dari aspek pemaparan visual dalam memberikan maklumat kepada pelawat. Pengunaan teknologi ini juga akan meningkatkan taraf Zoo Melaka untuk menjadi Zoo yang terbaik di asia seperti disasarkan oleh pihak kerajaan.

5.5 AKTIVITI EKONOMI DALAM ZOO MELAKA

(51)

Selain itu, aktiviti perniagaan yang ada di kawasan ini juga ada melibatkan kiosk makanan dan minuman ringan, yang mana tender kepada pengusaha yang akan diperbaharui setiap tahun. Kadar sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM150, namun ianya juga berbeza mengikut jenis kiosk dan saiz kiosk tersebut. Dalam anggaran pendapatan bagi pengusaha ini adalah dalam RM 1,500 sehingga RM 2,500 pada bulan biasa dan RM 3,000 sehingga RM 5, 000 pada musim cuti sekolah. Namun begitu, terdapat juga isu yang wujud yang mana di antara wujudnya tekanan dari aspek ekonomi terhadap pengusaha dalam Zoo Melaka kerana pihak pengurusan Zoo Melaka membenarkan kiosk jualan untuk dibuka di kawasan perkarangan luar Zoo Melaka. Selain itu, terdapat juga isu penyelenggaraan yang mana, kemudahan dari aspek pemerolehan air adalah susah dan penyediaan bagi setiap gerai atau satu paip untuk satu kawasan gerai adalah sangat sukar untuk ditemui. Ini menunjukkan bahawa keadaan pengusaha dalam kawasan Zoo Melaka itu juga dalam keadaan yang kurang baik.

Bagi kafe jualan makanan dan minuman pula, tendernya sama seperti kiosk yang mana deberikan kepada pengusaha dan diperbaharui setiap tahun, dengan kadar sewa RM750 bagi setiap satu lot kedai. Anggaran pendapatan yang diperolehi oleh pengusaha kafe ini adalah RM 2, 500 sehingga RM 4, 500 pada bulan biasa dan RM 5, 000 hingga RM 8, 000 pada musim cuti sekolah. Isu yang sama juga dipertekankan dalam kafe ini, yang mana tekanan ekonomi diterima serta penyelenggaraan kafe juga kurang diberi perhatian.

(52)

5.6 KESIMPULAN

(53)

RUJUKAN

Melaka Yakin Tarik 126 Juta Pelancong” dalam http://www.utusan.com.my/

utusan/Selatan/20121207/ws_02/Melaka-yakin-tarik-126-juta-pelancong diakses

pada 30 dis 2013.

Sejarah Zoo Melaka” dalam http://www.cuti.my/Sub/Melaka/ayerkeroh/ark_mzoo.htm diakses pada 30 dis 2013.

Teori Permintaan dan Penawaran” dalam http://matakuliah.files.wordpress.com/ 2007/09/te-mik-1.pdf diakses pada 30 disember 2013.

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Malaysia)(1974)

Albuqerque K & McElroy J. 1999. Tourism and Crime in The Caribbean. Annals of Tourism Research (Vol. 26: 968-984).

Anang Muftiadi. t.t. Ilmu Kaji Ekonomi. Dalam http://usepmulyana.files.wordpress.com/ 2008/07/handout-ek-25.pdf diakses pada 30 disember 2013.

Azahan Awang, Abdul Hadi Harman Shah dan Kadaruddin Aiyub. 2008. Penilaian Makna Kualiti Hidup dan Aplikasinya dalam Bidang Pengurusan Persekitaran di Malaysia. Akademika 72 (Januari): 45 – 68. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Berry J, Fischer G dan Guiteras R. 2012. Eliciting and Utilizing Willingness to Pay: Evidence from Field Trials in Northern Ghana dalam http://www.economics .cornell.edu/jwb295/BFG-BDM-April-2012.pdf diakses pada 30 disember 2013.

Biagi B, Brandano M. G and Detotto C. 2012. The Effect Of Tourism On Crime In Italy: A Dynamic Panel Approach. Open-Assessment E-Journal (Vol. 4: 1-27).

(54)

Brand, J.L. 2009. “Physical Space and Social Interaction. Haworth White Paper” dalam

http://www.cog.com/documents/PhysicalSpaceandSocialInteraction.pdf diakses

pada 29 Disember 2013.

Breidert C, Hahsler M. dan Reutterer T. 2006. A Review Of Methods For Measuring Willingness-To-Pay. Austria: Vienna University.

Decrop, A., 1999. Triangulation In Qualitative Tourism Research. Tourism Management (Vol. 20: 157-161).

Falk, J.H. et al. 2007. Why Zoos & Aquariums Matter: Assessing the Impact of a Visit. Silver Spring, MD: Association of Zoos & Aquariums.

Haris Abd Wahab. (tt). Kesejahteraan Sosial dan Pembangunan Komuniti: Pendekatan dan Indikator. Universiti Malaya: Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial.

J. Hamzah et al. 2013. Impak Pelancongan terhadap Kualiti Hidup Bandar: Perspektif Penduduk Putrajaya. Jurnal Akademika. 83(1) 2013:45-56.

Jabil Mapjabil, Mohamad Pirdaus Yusoh, Rosmiza Zainal. 2012. Implikasi Sosioekonomi Pembangunan Pelancongan Penyelaman Scuba Terhadap Komuniti Pulau Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal. GEOGRAFIA: Malaysian journal of society and space

Jamaluddin Md. Jahi. 2009. Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai. Malaysian Journal of Environmental Management 10(2): 71-88

Jurry Foo. 2011. Sistem Tagal dalam industri pelancongan: Manfaat kepada komuniti. Geografia Online Malaysia Journal of Society and Space.

(55)

Laman Web Kerajaan Negeri Melaka. http://www.melaka.gov.my/my/pelancongan/12-subsektor/pelancongan-1 diakses pada 24 Disember 2013

Lee Kuok Tiong dan Siri Suriani binti Othman. 2010. Pertumbuhan Dan Pelestarian Industry Eko-Pelancongan: Kajian Pulau-Pulau Peranginan Sekitar Pantai Timur Sabah, Malaysia. Universiti Malaysia Sabah: Sekolah Sains Sosial

Mayo, E and Jarvis, L.1981. The Psychology of Leisure Travel. Boston: CBI Publishing. Mazdiah binti Musidi. 2012. Kajian Pelancongan di Kampung Luanti, Ranau, Sabah.

Universiti Malaysia Sabah:Sekolah Sains Sosial

Mbaiwa J E. 2003. The Sosioeconomic and Environmental Impacts of Tourism Development on The Okavango Delta, North-Western Bostwana. Journal of Arid Environments (Vol. 54: 447-467).

Mill, R. C., dan Morrison, A. M. 1992. The Tourism System. Englewood Cliffs: Prentice Hall.

Murdie et al. 1999. Urban Quality of Life: Critical Issues and Option. Singapura: NUS Press

Murphy P., Pritchard M. P. dan Smith B. 2000. The Destination Product and Its Impact on Traveller Perceptions. Tourism Management (Vol. 21: 43-52)

News Straits Times (NST). 2012. “State govt to take over Zoo Melaka by year's end” dalam http://www.nst.com.my/state-govt-to-take-over-zoo-melaka-by-year-s-end-1.174621 diakses pada 24 Disember 2013.

(56)

Pearce, P.L. 1982. The Social Psychology of Tourist Behaviour. New York:Pergamon Press.

Saarinen, J. 2001. The Transformation of a Tourist Destination: Theory and Case Studies on the Production of Local Geographies in Tourism in Finnish Lapland. Nordia Geographical Publications 30(1): 105.

Sekaran, U., and Bougie, R. 2009. Research Methods for Business: A Skill Building Approach, (5th edition). United Kingdom: John Wiley & Sons Ltd.,

Sinar Harian. 2013. “Tiket Zoo Melaka naik” dalam http://www.sinarharian.com.my /edisi/melaka-ns/tiket-zoo-melaka-naik-1.127450 diakses pada 24 Disember 2013.

Unit Perancangan Ekonomi Negeri Melaka. 2011. Blue Print Melaka Maju Negeriku Sayang 2011-2020. Melaka.

Utusan Malaysia. 2011. ”Tiket Zoo Melaka naik mulai 2 Januari” dalam http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1230&pub=Utusan_Malay

sia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm diakses pada 24 Disember 2013.

Utusan Malaysia. 2013. ”KKW ambil alih pengurusan Zoo Melaka berkuat kuasa 1 Februari” dalam http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130102 diakses pada 24 Disember 2013.

Gambar

Gambar 4.1.1.1a   Gerai Jualan di kawasan luar zoo
Gambar 4.1.1.1b  Gerai Jualan di kawasan dalam Zoo Melaka
Gambar 4.1.1.2  Kaunter Jualan Tiket
Gambar 4.1.1.2b  Aktiviti bergambar
+5

Referensi

Dokumen terkait

Jenis-jenis satwa yang memiliki nilai harapan akan datang dari jenis yang sudah dimanfaatkan oleh masyarakat di sekitar kawasan hutan produksi PT SBK Unit Seruyan yang cukup

menunjukkan bahwa 18 orang dari total responden yang bertempat tinggal di sekitar PLTD Siantan Hilir pada radius kurang dari 100 meter mengalami gangguan dalam kemampuan

Hasil yang didapatkan melalui wawancara dari lima responden yang berada di sekitar tempat pembuangan sampah pasar Segiri, terdapat satu responden yang menyatakan tidak sehat

Belum lagi mereka yang datang dari beberapa kota sekitar dan dari wilayah pedesaan di Yogyakarta ini, ditambah lagi dengan para pengemudi becak musiman yang

Responden yang dipilih dalam penelitian berjumlah 30 orang terdiri dari masyarakat di sekitar Hutan Larangan Adat Rumbio 10 orang, masyarakat yang baru memulai

Berdasarkan hasil analisa data yang diperoleh dari hasil belajar siswa dengan pendekatan Jelajah Alam Sekitar (JAS) pada materi Ekosistem Kelas X SMAN 1 Sekayam

Dari hasil penelitian yang dilakukan, diperoleh data bahwa 40 % usaha ekonomi kerakyatan berlokasi di sekitar pantai/laut, 29 % responden berlokasi di pinggir jalan

Semangat belajar menjadi tumbuh dan berkembang karena dapat dilakukan di alam sehingga melalui pendekatan lingkungan alam sekitar diharapkan pula setiap siswa mampu