• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesedaran Alam Sekitar Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Di Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kesedaran Alam Sekitar Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Di Malaysia"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

419

Kesedaran Alam Sekitar Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Di Malaysia Ong Sy Ing ᵃ *, Zanaton Hj Iksan ᵇ

ᵃ Pusat PERMATApintarTM Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia ᵇFakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

_________________________________________________________________________ Abstrak

Kesedaran tentang alam sekitar merupakan sikap dan tindakan yang bertanggungjawab terhadap alam semula jadi. Kajian ini bertujuan untuk (a) mengenalpasti kesedaran pelajar pintar cerdas di Pusat PERMATApintarTM Negara terhadap alam sekitar, (b) mengenalpasti pengetahuan pelajar cerdik pintar mengenai usaha dan inisiatif untuk mengatasi isu-isu alam sekitar dan (c) mengenalpasti penglibatan pelajar dalam menyelesaikan isu-isu alam sekitar. Peserta kajian terdiri daripada enam orang pelajar yang berumur 16 tahun dipilih secara khusus berdasarkan kriteria yang ditentukan daripada Pusat PERMATApintarTM Negara Universti Kebangsaan Malaysia untuk menjadi responden dalam kajian kes ini. Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif dimana temu bual digunakan untuk mengumpul data. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua responden (a) mempunyai kesedaran yang positif dan baik terhadap alam sekitar, (b) mempunyai pengetahuan yang baik terhadap usaha yang murni dan inisiatif yang telah dilakukan masyarakat termasuklah pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaa dan (c) responden melibatkan diri dalam membantu mengatasi masalah alam sekitar dengan cara yang tersendiri. Beberapa cadangan juga dikemukakan pada akhir kajian bagi memperbaiki kajian ini dan yang paling penting adalah untuk melahirkan pelajar pintar cerdas yang cinta akan alam sekitar.

Kata kunci: kesedaran, alam sekitar, pelajar pintar cerdas

__________________________________________________________________________________ Pengenalan

Saban hari kita didedahkan dengan pelbagai kemelut alam sekitar yang berlaku samaada di dalam atau luar negara. Alam sekitar didefinasikan sebagai kombinasi elemen – elemen yang terdiri daripada fizik, kimia, biologi dan sosial yang memberi kesan yang secara langsung dan tidak langsung kepada aktiviti manusia dan kehidupan ( Hamamci dan Kelesci, 1998 dalam penulisan Hasiloglu, Keles dan Aydin, 2011). Alam semula jadi yang dahulunya cantik dan indah kini kian berubah wajah akibat pembanguan manusia. Menurut Mohamad Fazli dan Teoh (2006), kemusnahan alam sekitar ini sangat berkait rapat dengan perbuatan manusia sendiri. Pembangunan oleh manusia yang mengutamakan pertumbuhan ekonomi semata– mata telah menyebabkan penyusutan sumber alam dan pencemaran (Gulcan & Seda 2010). Mohd Rafi, Razau dan Nik Rozhan (2003) menyatakan alam semula jadi telah mengalami _____________________________________

* Corresponding author. Tel.:+6012-6486 347 Email address: ongsying@gmail.com

(2)

420

pelbagai perubahan antaranya merupakan pencemaran air dan udara, pengurangan sumber semula jadi, penipisan ozon, pengurangan kawasan paya bakau dan hutan rimba, hujan asid dan peningkatan suhu secara global sejak beberapa dekad yang lalu. Malaysia merupakan satu negara yang mengalami pembangunan yang pesat dalam mencapai Wawasan 2020 seiring dengan pembagunan dunia. Beberapa contoh isu alam sekitar yang dialami oleh penduduk di negara ini ialah kualiti udara di bandar, kualiti air sungai, kemusnahan kawasan hutan rimba, sisa buangan isi rumah dan sisa berbahaya (Aini et al. 2003).

Krisis alam sekitar tidak lagi asing bagi kita, persoalannya di sini ialah kesedaran kita terhadap alam sekitar dan adakah kita memainkan peranan sebagai kalifah di bumi ini untuk memulihara dan memelihara khazanah alam yang telah dikurniakan oleh Tuhan. Selari dengan peningkatan populasi yang pesat di seluruh dunia dan peningkatan taraf hidup, keperluan manusia kian meningkat dan ini melibatkan pembangunan, teknologi dan sumber alam semulajadi yang memberi kesan negatif kepada elemen alam sekitar. Ini telah menyebabkan peningkatan kesedaran dan latihan mengenai alam sekitar dan isu alam sekitar menjadi mustahak (Hasiloglu, Keles dan Aydin, 2011).

Menurut Mohammad Zohir dan Nordin (2007), pendidikan telah diterima sebagai satu alat yang asas untuk mengawal alam sekitar dan juga pembangunan lestari sejak dari persidangan Tbilisi pada tahun 1977. Pendidikan berkait alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang kualiti alam sekitar. Kerajaan Malaysia telah memberi penekanan kepada pendidikan alam sekitar sejak 1960 dalam kurikulum sekolah melalui mata pelajaran Biologi. kini pendekatan yang dititikberatkan ialah pendidikan alam sekitar merentas kurikulum yang menuju ke arah pembentukan sekolah lestari. Kesemua alternatif yang diusahakan oleh kerajaan adalah untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar masyarakat yang bermula dari sekolah iaitu golongon pelajar. Menurut Arba’at dan Mohd. Zaid (2011), kesedaran dan sikap yang positif terhadap alam sekitar adalah penting dalam kalangan pelajar kerana mereka merupakan generasi muda yang bakal menguruskan alam semesta ini. Beberapa kajian telah dijalankan dan didapati pelajar mempunyai kesedaran alam sekitar yang tinggi (Mohammad Zohir 2009; Suriati 2009; Arba’at dan Mohd. Zaid 2011).

Pusat PERMATApintar™ Negara merupakan salah satu pusat kecemerlangan di Malaysia yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar –pelajar pintar dan berbakat dari seluruh tanah air bagi memberikan mereka peluang untuk membangunkan potensi dan bakat mereka. Kewujudan pusat ini adalah penting bagi memastikan asset negara yang bernilai dan

(3)

421

berharga ini dapat digilap kerana mereka akan menjadi sumber tenaga utama dalam pembangunan negara bahkan dunia. Di samping itu, peluang pendidikan yang lebih baik diberikan kepada pelajar cerdik pintar bagi mengelakkan penghijrahan pelajar ke luar negara yang menawarkan ganjaran yang lumayan kepada mereka serta ahli keluarga. (laman sesawang rasmi Pusat PERMATApintar Negara). Program Pendidikan PERMATApintar merupakan salah satu daripada empat bahagian Pusat PERMATApintar. Program pendidikan ini menumpu kepada pelajar cerdik pintar yang berumur 16 dan 17 tahun. Pelajar – pelajar yang telah dikenalpasti dari seluruh Malaysia telah dikumpulkan di bawah satu bumbung tanpa mengira bangsa, kelas sosioekonomi dan latar belakang keluarga. Mereka disajikan dengan kurikulum yang mencabar mengikut kemampuan dan kebolehan masing- masing dan pembangunan secara holistik yang berteraskan kepada keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Program Pendidikan PERMATApintar dimulakan dengan kumpulan pelajar yang pertama seramai 116 orang pada tahun 2011 dan diikuti dengan kumpulan pelajar kedua seramai 125 orang pada tahun 2012.

Pernyataan Masalah

Kesedaran alam sekitar merupakan asas kepada jalan penyelesaian krisis alam sekitar yang melanda pada hari ini. Dengan adanya kesedaran alam sekitar yang tinggi dan sikap terhadap alam sekitar yang positif, isu alam sekitar mampu diatasi bersama. Kesedaran akan membawa kepada amalan dimana sikap bertanggungjawab dan prihatin terhadap alam sekitar dapat diterapkan dalam sanubari setiap individu terutamanya generasi muda yang bakal memimpin alam semesta ini. Penerapan nilai ini adalah sangat mustahak kerana ia akan mengubah cara hidup seseorang kepada amalan kepenggunaan hijau yang menitikberatkan kelestarian dan kemampanan alam sekitar. Memperbaiki kesedaran alam sekitar dan keprihatin akan membantu individu hidup dalam persekitaran yang lebih sihat dan selamat (Gulcan & Seda 2010). Pelajar cerdik pintar ini telah dikurniakan dengan tahap intelek yang tinggi, oleh itu mereka merupakan aset negara yang penting dan diamanahkan untuk membawa perubahan positif yang dapat membangunkan negara. Dengan itu adalah penting bagi menyemaikan kesedaran alam sekitar yang tinggi di dalam setiap pelajar ini agar mereka dapat menghargai segala kurniaan Tuhan dengan bijaksanaan dan mampu mewujudkan suasana yang harmoni antara manusia dan alam sekitar. Justeru, suatu kajian bagi meneroka kesedaran, pengetahuan dan penglibatan pelajar pintar terhadap alam sekitar perlu dilakukan. Maka, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat pelajar secara lagsung terhadap perkara ini dengan lebih mendalam berkaitan kesedaran alam sekitar, pengetahuan pelajar mengenai usaha dan

(4)

422

initiatif yang dilakukan untuk mengatasi isu alam sekitar dan mengnalpasti amalan pelajar cerdik pintar dalam kehidupan harian yang menyumbang kepada penyelesaian isu alam sekitar.

Metodologi

Metodologi yang digunakan dalamm kajian kes ini merupakan kajian kualitatif menggunakan temu bual. Peserta dipilih melalui persampelan tak rawak iaitu pensampelan tujuan. Kriteria yang ditetapkan ialah pelajar yang telah mengikuti satu tahun kursus Biologi, pelajar yang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 dan mewakili bangsa dalam kalangan pelajar cemerlang Biologi. Peserta yang telah dipilih adalah dua orang pelajar berbangsa Melayu, dua orang berbangsa Cina, seorang berbangsa India dan seorang bumiputera Sabah. Instrumen temu bual mengandungi 12 soalan telah digunakan, setiap sesi temu bual mengambil masa selama 10 ke 15 minit.

Dapatan dan Perbincangan

Kaedah analisis tipologi digunakan untuk menganalisis data yang dikumpulkan secara tematik. Tiga tema telah dikenalpasti iaitu i. pemahaman pelajar terhadap alam sekitar, ii. pengetahuan umum isu semasa dan iii. penglibatan.

Pemahaman Terhadap Kesedaran Alam Sekitar

Peserta mempunyai pemahaman masing-masing yang tidak jauh beza mengenai alam sekitar. Memandangkan mereka merupakan pelajar yang cemerlag dalam mata pelajaran Biologi, respon mereka terhadap soalan ini adalah positif di mana mereka dapat menghuungkaitkan pembelajaran dengan kehidupan.

“Bagi saya, alam sekitar adalah alam semula jadi ciptaan Tuhan yang ada di sekeliling kita”. "Pada zaman moden ini, banyak pembangunan dan pemodenan yang membawa lebih banyak kesan negatif daripada kesan positif kepada alam sekitar. Contohnya, hutan yang semakin berkurangan dan pencemaran sungai".

Responden 3 “Alam sekitar adalah kawasan persekitaran kita merangkumi pokok, haiwan, bakteria, tumbuhan, bukit, gunung, air dan lain. Ia meliputi benda hidup dan bukan hidup. Pemandangan yang indah juga adalah alam sekitar. Alam sekitar perlu dijaga dengan baik”.

(5)

423

"Alam sekitar semakin dirosakkan oleh tangan manusia. Gunung dan bukit ditarah untuk dijadikan kawasan tempat tinggal. Akibatnya, tanah runtuh akan terjadi kerana cengkaman tanah berkurang. Air sungai juga semakin kotor. Ini membimbangkan kerana sumber air bersih dan sumber makanan ikan kian terhad. Kegiatan membuang sisa kilang ke dalam sungai telah memburukkan lagi keadaan. Terjadilah peristiwa yang mengejutkan pengusaha ikan sangkar di sungai bahawa ikan mulai mati”.

Responden 2

“Pencemaran sungai. Air sungai Jelok Kajang sangat keruh dan busuk akibat pembuangan sampah dari pasar Kajang”.

Responden 6 Penerangan yang diberikan peserta menggambarkan alam sekitar sebagai satu kejadian yang diciptakan Tuhan yang merangkumi benda hidup dan benda bukan hidup yang saling berhubung. Pada masa yang sama mereka juga menyatakan kesan aktiviti manusia yang menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

Pengetahuan Umum Isu Semasa

Bagi memastikan kesedaran alam sekitarpeserta, soalan yang berkaitan dengan strategi dan cara untuk menyelesaikan isu alam sekitar telah diajukan. Hasil dapatan menunjukkan responden memiliki pengetahuan yang pelbagai mengenai usaha yang dilakukan oleh pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka mampu menjelaskan usaha yang telah dijalankan oleh pertubuhan alam sekiatr dengan baik.

“ Program 3 R (Reduce, Reuse dan Recycle) dan Penguatkuasaan akta dan undang-undang seperti Akta Kualiti Alam Sekliling 1974 dan Akta Perhutanan Negara 1984”.

Responden 1

“Usaha pembersihan dan memberhentikan tumpahan minyak yang berlaku di Teluk Mexico sekitar tahun 2010. Banyak hidupan laut dan burung mati disebabkan kejadian itu dan kerajaan Amerika Syarikat cuba untuk meneyelasaikannya”.

Responden 3

“Antara usaha yang dilakukan untuk mengatasi isu alam sekitar yang saya ketahui ialah penguatkuasaan undang-undang mengenai pembakaran terbuka yang membolehkan

(6)

424

pelakunya dikenakan hukuman denda atau penjara. Usaha yang paling giat dilakukan ialah memupuk kesedaran mengenai alam sekitar dalam kalangan para pelajar contohnya melalui Kelab Pencinta Alam Sekitar”.

Responden 5

Pendapat dan pandangan mereka mengenai keberkesanan polisi dan akta alam sekitar yang dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk memberi kesedaran kepada orang awam dalam mengatasi isu alam sekitar dikenalpasti. Hasil kajian menunujukkan, emapat orang responden merasakan akta dan polisi kerajaan adalah tidak berkesan manakala dua orang lagi responden menyetujui keberkesanan akta dan polisi alam sekitar.

“Ya. Kerana dengan mengenakan hukuman kepada pesalah, pesalah tidak akan mengulangi kesalahan dan hal ini juga menyedarkan orang awam daripada melakukan aktiviti yang menyebabkan berlakunya isu alam sekitar”.

Responden 4

“Tidak. Isu mengenai alam sekitar seperti pencemaran masih lagi berlaku malah makin berleluasa. Walaupun polisi dan akta yang dilaksanakan masing-masing memberi amaran terhadap mana-mana aktiviti yang boleh memberi kesan buruk terhadap alam sekitar, orang awam masih tidak mengambil tahu dan mengabaikan amaran tersebut”.

Responden 5

“Tidak. Sungai masih tercemar, bahkan tahap kesedaran semakin turun. Manusia lebih mementingkan diri untuk lebih maju tanpa berfikir kesannya”.

Responden 2

Apabila responden ditanya mengenai kesedaran mereka tentang apa yang telah berlaku kepada alam sekitar dengan penjelasan, mereka semua memberikan jawapan yang sama dengan contoh-contoh yang berbeza. Dari semua sesi temu bual, pelajar sedar tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka dan mereka mengetahui mengapa dan bagaimana beberapa isu alam sekitar berlaku. Selain menjadi pelajar yang cemerlang dalam akademik mereka juga menunjukkan prihatin terhadap alam sekitar. Dengan contoh yang diberi masing

(7)

425

– masing, mereka didapati mengikuti perkembangan isu semasa terutamnya yang melibatkan alam sekitar.

Penglibatan

Lima item telah dibina dalam bahagian ini bertujuan untuk mendapatkan kesahan kesedaran alam sekitar melalui amalan kehidupan harian responden . Hasil temu bual mendapati bahawa responden mengamalkan cara hidup yang menitikberatkan kelestarian dan kemampanan alam sekitar. Didapati responden hanya melibatkan diri dalam amalan harian namun mereka tidak pernah menjadi ahli pertubuhan alam sekitar kerajaan dan bukan kerajaan secara rasmi.

“Alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama untuk menjaganya dan penduduk bumi harus menjamin keseimbangan ekosistem untuk memastikan generasi-generasi akan datang dapat merasai kenikmatan yang kita dapat pada hari ini”.

“Mengitar semula barangan yang terpakai, tidak menggunakan beg plastik, tidak melakukan pembaziran air”.

Responden 4

“Sudah dididik dari kecil oleh ibu bapa untuk mengamalkan amalan penghijauan antaranya mengikuti gotong – royong di sekolah dan kampong serta mengamalkan 3 R”.

Responden 1

“Tanpa alam sekitar yang bersih dan selamat, kehidupan kita akan berada dalam keadaan teruk dan kemungkinan besar kita tidak dapat merasai lagi buah – buahan kegemaran kita disebabkan kepupusan spesis tumbuhan”.

Responden 3

“Membasuh baju dalam kuantiti yang banyak bagi mengelakkan pembaziran, menutup air semasa berus gigi, mengitar semula kertas dan tidak membuat pembakaran terbuka”.

(8)

426

Sebagai seorang pelajar yang merupakan generasi muda, pendapat mereka tentang kurangnya keprihatinan terhadap isu alam sekitar dikenalpasti. Mereka memberikan maklum balas punca kekurangan keprihatinan alam sekitar dalam golongan anak muda daripada perspektif seorang remaja dan cadangan bagi meningkatkan tahap kesedaran alam sekitar generasi muda.

“Antara faktor kurangnya keprihatinan terhadap isu alam sekitar terutamanya generasi muda ialah tumpuan golongan ini yang lebih tertumpu kepada pendidikan dan pencapaian dalam akademik, aktiviti sukan dan harian serta hiburan. Mereka berpendapat bahawa mereka tidak mampu memberikan sumbangan yang besar dalam mengatasi isu alam sekitar kerana mereka masih bergelar pelajar. Sebagai contoh, pencemaran sungai kebanyakannya berpunca daripada pembuangan sisa toksik oleh kilang-kilang. Sebagai pelajar dan generasi muda yang dianggap picisan, mereka berasa bahawa pandangan mereka tidak akan diambil kira dan terdapat agensi-agensi lain yang mampu melaksanakan tanggungjawab terhadap alam sekitar dengan lebih berkesan. Oleh itu, mereka hanya mampu mengambil tahu tentang isu alam sekitar tanpa mengambil sebarang tindakan”.

Responden 5,

“ Bangkitkan dengan seruan agama, kaitakan alam dengan kehidupan, ceramah alam sekitar, banyakkan kempen, lawatan dan sekolah memainkan peranan.”

Responden 2

“Menggalakkan penanaman pokok oleh masyarakat terutama yang masih di sekolah, menggalakkan orang awam terlibat dengan program anjuran pertubuhan alam sekitar, meningkatkan aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar seperti “Earth Hour”, menubuhkan kelab pencinta alam yang berkait dengan Jabatan Alam Sekitar.”

Responden 4

“Meningkatkan penghayatan mata pelajaran sivik, pendidikan moral dan biologi dengan mengadakan lebih banyak organisasi alam sekitar yang aktif di peringkat sekolah dan universiti dan mengadakan projek-projek khas berkaitan dengan alam sekitar”.

(9)

427 Cadangan

Pelajar cerdik pintar mempunyai kesedaran alam sekitar yang baik seperti di kalangan pelajar di Malaysia melalui kajian – kajian lepas. Kekangan yang dihadapi ialah amalan yang kurang merangsangkan di kalangan pelajar mahupun pelajar biasa ataupun pelajar cerdik pintar terhadap alam sekitar. Bagi mengatasi masalah ini pelbagai alternatif perlu diambil. Alam sekitar ini merupakan tanggungjawab bersama, ia bukan sahaja terletak di atas bahu golongan pemimpin semata-mata. Pemimpin iaitu kerajaan berperanan mengendalikan aktiviti pendidikan seperti kempen – kempen kesedaran dan segala tindakan undang-undang berkenaan alam sekitar, namun bagi menjayakan segala usaha murni kerajaan, setiap individu dalam masyarakat haruslah menyumbangkan tenaga ke arah kelestarian alam sekitar. Golongan ibu bapa jua perlu dilengkapi ilmu pengetahuan dan kemahiran mengenai alam sekitar supaya mereka mampu mendidik anak-anak yang akan membawa perubahan yang positif kepada alam sekitar.

Manakala fungsi sekolah sebagai agen perubahan boleh diperbaiki dengan adanya komitmen daripada pelbagai pihak seperti pertubuhan kerajan dan bukan kerajaan alam sekitar. Kerjasama pintar ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri secara langsung dengan alam sekitar dan pelajar akan memperolehi peluang untuk menjalankan penyelidikan alam sekitar bersama- sama dengan agensi alam sekitar. Penglibatan seperti ini akan memupuk perasaan cinta akan alam sekitar yang mampu meningkatkan ilmu pengetahuan alam sekitar, kesedaran, kemahiran dan seterusnya membawa kepada amalan dalam kehidupan. Pendidkan alam sekitar merentas kurikulum yang dikendalikan sekarang haruslah melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran di luar kelas seperti lawatan ke hutan simpan negara supaya dapat menarik minat pelajar terhadap alam sekitar. Pada masa yang sama, guru- guru perlu dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran alam sekitar dari semasa ke semasa supaya dapat menghubungkaitkan isu alam sekitar semasa dalam pengajaran. Justeru, latihan dan seminar daripada pakar alam sekitar di institut pengajian tinggi perlu dikendalikan bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran alam sekitar guru-guru di sekolah.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan kajian ini mendapati pelajar cerdik pintar memiliki kesedaran alam sekitar dan mereka mengamalkan amalan kelestarian alam sekitar seperti mengitar semula dan mengurangkan penggunaan beg plastik. Mereka mengetahui usaha dan initiatif yang dilakukan oleh pertubuhan alam sekitar samaada kerajaan atau bukan kerajaan. Hasil kajian

(10)

428

ini juga mendapati pelajar menyedari apa yang berlaku terhadap persekitaran dan mereka juga menyumbangkan sesuatu perubahan yang baik untuk alam sekitar. Mereka yakin amalan ini akan membantu mengurangkan krisis alam sekitar yang berlaku sekarang seperti pencemaran dan pemanasan global. Dapatan ini memberi pendedaahan kepada masyarakat bahawa pelajar cerdik pintar juga mempunyai kesedaran alam sekitar yang baik. Ini adalah seiring dengan dapatan kajian awal yang telah dilakukan, di mana pelajar mempunyai kesedaran alam sekitar yang tinggi.

Rujukan

Aini, M. S., Fakhru’L – Razi., Laily H. P. dan M. Jariah. 2003. Environmental concerns, knowledge and practices gap among Malaysian teachers. International Journal of Sustainability in Higher Education 4(4): 305 – 313.

Arba’at Hassan dan Mohd. Zaid Ismail.2011. The infusion of Environmental Education (EE) in chemistry teaching and students’ awareness and attitudes towards environment in Malaysia. Procedia Social and Behavioral Sciences 15: 3404 – 3409.

Arba’at Hassan, Tajul Ariffin Noordin dan Suriati Sulaiman. 2010. The status on the level of environmental awareness in the concept of sustainable development amongst

secondary school students. Procedia Social and Behavioral Sciences 2: 1276 – 1280. Gulcan Cetin dan Seda Hilal Nisanci. 2010. Enhancing studnets’ environmental awareness.

Procedia Social and Behavioral Sciences 2: 1830-1834.

Laman sesawang rasmi Pusat PERMATApintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia. www.ukm.my/permatapintar [7 Disember 2011]

Mehmet Akif Hasiloglu, Pinar Ural Keles dan Suleyman Aydin, 2011. Examining environment awareness of students form 6th, 7th, and 8th classes with respect to several variables: “sample of Agri city”. Procedia Social and Behavioral Sciences 28: 1053 -1060.

Mohamad Fazli Sabri dan Teoh Yong Yong, 2006. Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna di Petaling Jaya, Selangor. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 14(2): 95 – 109.

Mohammad Zohir Ahmad dan Nordin Abdul Razak. 2007. Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru. Pendidikan Lestari 7(2): 74-81.

Mohammad Zohir Ahmad. 2009. Penerapan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran Geografi di sekolah menengah: pengetahuan, sikap efikasi dan amalan guru. Disertasi Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

(11)

429

Mohd Rafi, Y. S. H. Razau dan Nik Rozhan. 2003. Perceptions of educated consumers on environmentally friendly products in the East Coast of Peninsular Malaysia. Malaysia Jurnal of Consumer and Family Economics 6: 42-49.

Suriati Sulaiman. 2009. Tahap kesedaran alam sekitar dalam konsep pembangunan lestari dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Selain melalui gigitan virus juga dapat menular melalui air liur yang terkena kulit yang luka, melalui saluran pernafasan yang terluka dan terkena air liur yang mengandung

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Identifikasi profil minyak atsiri secara kualitatif dengan KLT menunjukkan bahwa ke-3 jenis mentha mengandung beberapa jenis senyawa aktif yang berbeda dengan

Pada bahagian Pengenalan, saya telah mcnccrita scrba cdikit tcntang i t m saya, objektif system ini dibangunkan dan juga rncncrangkan k p crta pcrancangan bagi

Media yang digunakan dalam proses pembelajaran praktikum tentang Manajemen Aktif Kala III adalah dengan menggunakan phantom panggul, phantom plasenta, tetapi belum ada media

*DPEDU )LQLVKLQJ 6NHW 3RXFK *DPEDU )LQLVKLQJ 6NHW%DQJXQDQ.UDWRQ<RJ\DNDUWD *DPEDU )LQLVKLQJ 6NHW$OXQDOXQ *DPEDU )LQLVKLQJ 6NHW:D\DQJ3UDMXULW1\XWUD *DPEDU

Setelah melakukan pengumpulan dan pengolahan data dari aspek pasar, aspek hukum, aspek teknis, dan aspek lingkungan, maka selanjutnya dilakukan analisis pada aspek

Sistem penyaluran dana zakat tidak hanya secara langsung tetapi juga tidak langsung melalui kegiatan sosial yang dilakukan Bazma seperti khitanan massal,