• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang dalamnya ternyata pada mana-mana peringkat prosiding itu bahawa kerana

apa-apa sebab maka kes itu ialah suatu kes yang, pada

pendapat Hakim itu, patut dibicarakan oleh Mahkamah

Tinggi Syariah, atau jika sebelum atau semasa perbicaraan

itu permohonan dibuat oleh Ketua Pendakwa Syarie, maka

Hakim itu hendaklah menggantung prosiding itu dan

memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah dan

hendaklah merekodkan perintah itu pada rekod prosiding

itu. Pemindahan kes.

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

BAB 5

PERUNTUKAN AM TENTANG PERBICARAAN

102. Jika tertuduh dipertuduh atas suatu kesalahan yang

dilakukan selepas suatu sabitan terdahulu atas apa-apa kesalahan, prosedur yang berikut hendaklah dipatuhi:

(a) bahagian pertuduhan yang menyatakan sabitan

terdahulu itu tidak boleh dibacakan di dalam Mahkamah, dan tertuduh itu tidak juga boleh ditanya sama ada dia telah disabitkan terdahulu seperti yang dikatakan dalam pertuduhan itu melainkan jika dan sehingga dia telah sama ada mengaku salah atau disabitkan atas kesalahan yang kemudian itu;

(b) jika dia mengaku salah atau disabitkan atas

kesalahan yang kemudian itu, dia hendaklah pada

ketika itu ditanya sama ada dia telah disabitkan

terdahulu seperti y a n g dikatakan dalam pertuduhan itu;

(c) jika dia menjawab bahawa dia pernah disabitkan

terdahulu sedemikian, Mahkamah bolehlah

dengan demikian itu menjatuhkan hukuman ke

atasnya, tetapi jika dia menafikan bahawa dia pernah disabitkan terdahulu atau enggan atau tidak menjawab soalan itu, Mahkamah hendaklah

menyiasat sabitan terdahulu itu.

103. (1) Pada mana-mana peringkat apa-apa perbicaraan, sebelum penghakiman diberikan, Pendakwa boleh, jika

difikirkannya patut, memberitahu Mahkamah bahawa dia tidak bercadang untuk mendakwa tertuduh itu selanjutnya atas pertuduhan itu; dan sesudah itu semua prosiding atas pertuduhan itu terhadap tertuduh itu bolehlah d i g a n t u n g dengan kebenaran Mahkamah dan, jika digantung sedemikian, tertuduh itu hendaklah dilepaskan daripada pertuduhan itu.

(2) Pelepasan sedemikian tidaklah terjumlah kepada suatu pembebasan melainkan jika Mahkamah mengarahkan sedemikian. Prosedur jika terdapat sabitan terdahulu. Pendakwa bolehlah berhenti daripada mendakwa selanjutnya pada mana mana peringkat

104. Tiap-tiap orang yang dituduh di hadapan mana-mana Mahkamah adalah berhak untuk dibela oleh Peguam

Syarie.

105. ( 1 ) Bagi m a k s u d m e m b o l e h k a n t e r t u d u h

menjelaskan apa-apa hal keadaan yang terdapat dalam keterangan terhadapnya, Mahkamah boleh pada

mana-mana peringkat sesuatu perbicaraan, tanpa memberikan

amaran terlebih dahulu kepada tertuduh, mengemukakan apa-apa soalan kepadanya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah.

(2) Jawapan yang diberikan oleh tertuduh bolehlah dipertimbangkan dalam perbicaraan itu dan dijadikan

keterangan bagi atau terhadapnya dalam mana-mana

perbicaraan bagi apa-apa kesalahan lain yang jawapan sedemikian berkecenderungan menunjukkan bahawa dia

telah melakukannya.

(3) Pemeriksaan tertuduh hendaklah bagi maksud membolehkan dia menjelaskan apa-apa hal keadaan yang

terdapat dalam keterangan terhadapnya dan tidak boleh

menjadi suatu pemeriksaan am.

(4) Budi bicara yang diberikan oleh seksyen ini bagi

menyoal tertuduh tidak boleh dijalankan bagi maksud mendorongnya membuat pernyataan yang menunjukkan

dia telah melakukan jenayah.

(5) Soalan-soalan tidak boleh dikemukakan kepada

tertuduh itu semata-mata untuk menyokong kes pihak

pendakwa apabila terdapat kecacatan pada kes pihak pendakwa.

(6) Bilamana tertuduh diperiksa di bawah seksyen i n i oleh Mahkamah, keseluruhan pemeriksaan itu termasuk tiap soalan yang dikemukakan kepadanya dan tiap-tiap jawapan yang diberikan olehnya hendaklah direkodkan dengan sepenuhnya, dan rekod itu hendaklah dibacakan kepadanya atau, jika dia tidak memahami bahasa yang digunakan, hendaklah diterjemahkan kepadanya dalam bahasa atau isyarat yang difahaminya, dan dia adalah bebas u n t u k menjelaskan atau menambah jawapannya. Hak t e r t u d u h u n t u k dibela. Mahkamah boleh menge-mukakan soalan kepada tertuduh

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

(7) Apabila keseluruhan pemeriksaan itu telah menepati

apa yang dinyatakan oleh tertuduh sebagai benar, maka rekod itu hendaklah ditandatangani oleh Hakim yang

menjalankan perbicaraan itu.

106. ( 1 ) Pada tiap-tiap perbicaraan jika dan apabila

Mahkamah memanggil tertuduh untuk mengemukakan

pembelaannya Mahkamah hendaklah, jika tertuduh tidak

d i w a k i l i oleh Peguam Syarie, memberitahunya tentang

haknya untuk mengangkat sumpah dan kesannya atau

tentang haknya untuk memberikan keterangan bagi pihak dirinya sendiri, dan jika dia memilih untuk memberikan

keterangan bagi pihak dirinya sendiri, hendaklah menarik p e r h a t i a n n y a kepada perkara-perkara u t a m a dalam

keterangan bagi pihak pendakwa terhadapnya supaya dia

berpeluang untuk menjelaskannya.

(2) Kegagalan mana-mana tertuduh pada mana-mana perbicaraan untuk memberikan keterangan tidak boleh

dijadikan oleh pihak pendakwa perkara kritikan yang

memburuk-burukkan tertuduh itu.

107. (1) J i k a menjadi perlu atau p a t u t u n t u k menangguhkan permulaan perbicaraan atau menunda apa-apa perbicaraan oleh sebab seseorang saksi tidak hadir

atau apa-apa sebab yang munasabah yang lain, Mahkamah

boleh, dari semasa ke semasa, m e n a n g g u h k a n atau menundanya atas apa-apa terma yang difikirkannya patut

bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya munasabah dan

boleh, melalui waran, menahan tertuduh jika dia dalam

jagaan:

Dengan syarat bahawa tiada Hakim boleh menahan seseorang tertuduh dalam jagaan di bawah seksyen ini selama tempoh melebihi lapan hari pada setiap kali:

Dengan syarat selanjutnya bahawa jika seseorang

Pegawai Perubatan Kerajaan telah memperakui bahawa

pengadu tidak akan dapat memberikan keterangan sebelum sesuatu tarikh tertentu, tertuduh bolehlah ditahan sehingga

ke tarikh itu walaupun tempoh tahanan mungkin melebihi lapan hari. Kes bagi pihak pendakwa hendaklah diterangkan oleh Mahkamah kepada tertuduh yang tak dibela Kuasa menangguh-kan atau menunda perbicaraan.

(2) Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah seksyen ini oleh Mahkamah h e n d a k l a h secara b e r t u l i s , ditandatangani oleh Hakim yang menjalankan perbicaraan itu, dan hendaklah menyatakan sebab-sebab baginya.

Huraian—Jika keterangan yang mencukupi telah diperoleh untuk

menimbulkan syak bahawa tertuduh mungkin telah melakukan suatu kesalahan dan ternyata ada kemungkinan bahawa keterangan selanjutnya boleh didapati melalui penahanan, maka ini adalah suatu sebab munasabah bagi penahanan.

108. Bilamana mana-mana Hakim, selepas mendengar

dan merekodkan keseluruhan atau mana-mana bahagian keterangan dalam sesuatu perbicaraan, terhenti menjalankan bidang kuasa dalamnya dan digantikan oleh Hakim lain yang mempunyai dan yang menjalankan bidang kuasa itu, Hakim yang menjadi pengganti sedemikian boleh bertindak atas keterangan yang direkodkan sedemikian oleh pendulunya, atau yang sebahagiannya direkodkan oleh pendulunya dan sebahagiannya direkodkan olehnya sendiri, atau dia boleh memanggil semula saksi-saksi dan memulakan semula perbicaraan itu:

Dengan syarat bahawa—

(a) dalam mana-mana perbicaraan tertuduh boleh,

apabila Hakim yang kedua itu memulakan prosidingnya, menuntut supaya saksi-saksi atau mana-mana daripada mereka dipanggil semula dan didengar semula;

(b) Mahkamah rayuan yang berkenaan boleh, sama

ada terdapat rayuan atau tidak, mengetepikan mana-mana sabitan yang dibuat atas keterangan yang tidak direkodkan sepenuhnya oleh Hakim yang di hadapannya sabitan itu dibuat, jika Mahkamah itu berpendapat bahawa tertuduh telah dimudaratkan secara material kerananya, dan bolehlah memerintahkan suatu perbicaraan baru.

109. (1) Mana-mana orang yang menghadiri suatu

Mahkamah, walaupun tidak ditangkap atau disaman, boleh ditahan oleh Mahkamah itu untuk diperiksa bagi apa-apa kesalahan yang boleh diambil perhatian oleh Bertukar Hakim semasa pendengaran. Menahan pesalah yang hadir di Mahkamah.

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

Mahkamah itu dan yang, daripada keterangan, ternyata telah dilakukan olehnya, dan bolehlah dijalankan tindakan terhadapnya seolah-olah dia telah ditangkap atau disaman. (2) Apabila penahanan itu berlaku selepas suatu perbicaraan telah bermula, prosiding berkenaan dengan orang itu hendaklah dimulakan semula dan saksi-saksi didengar semula.

110. Tiada prosiding mana-mana Mahkamah boleh

menjadi tak sah oleh sebab ia dijalankan pada hari kelepasan mingguan atau kelepasan am.

BAB 6

DARIHAL CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN DALAM PERBICARAAN

111. Segala keterangan yang diambil di bawah Akta ini

hendaklah diambil di hadapan tertuduh.

112. Dalam perbicaraan di bawah Akta ini oleh atau di

hadapan seseorang Hakim, keterangan saksi-saksi hendaklah direkodkan mengikut cara yang diperuntukkan oleh Bab ini.

113. Dalam semua perbicaraan di hadapan mana-mana

Mahkamah, keterangan setiap saksi hendaklah dicatatkan oleh Hakim yang menjalankan perbicaraan itu dalam tulisan tangan yang mudah dibaca dan hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod.

114. (1) Keterangan yang dicatatkan di bawah seksyen

113 tidak boleh pada lazimnya dicatatkan dalam bentuk soalan dan jawapan, tetapi dalam bentuk cerita.

(2) Hakim yang menjalankan perbicaraan boleh, menurut budi bicaranya, mencatatkan apa-apa soalan dan jawapan tertentu. Hari kelepasan mingguan atau am. Keterangan hendaklah diambil di hadapan tertuduh. Merekodkan keterangan. Rekod dalam semua kes. Cara merekodkan keterangan.

115. (1) Bilamana apa-apa keterangan diberikan dalam bahasa atau isyarat yang tidak difahami oleh tertuduh,

dan dia h a d i r s e n d i r i , k e t e r a n g a n i t u hendaklah diterjemahkan kepadanya dalam Mahkamah terbuka dalam bahasa yang difahaminya.

(2) Apabila dokumen-dokumen dikemukakan bagi maksud pembuktian formal, maka hendaklah terpulang kepada budi bicara Mahkamah untuk mentafsirkannya

setakat yang difikirkan perlu.

116. Seseorang Hakim yang menjalankan perbicaraan

y a n g merekodkan keterangan seorang saksi boleh merekodkan apa-apa pemerhatian, jika ada, sebagaimana

yang difikirkannya material berkenaan dengan tingkah

laku saksi itu ketika dia diperiksa.

117. Tiada apa-apa jua dalam Bab ini boleh menghalang

seorang Hakim dalam sesuatu perbicaraan u n t u k menyebabkan diambil nota kata demi kata oleh seorang lain mengenai apa yang dideposkan oleh setiap saksi sebagai tambahan kepada apa-apa nota mengenai isinya

yang dibuat atau dicatatkan oleh Hakim itu sendiri, dan nota itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod.

BAB 7

DARIHAL PENGHAKIMAN

118. Penghakiman dalam tiap-tiap perbicaraan dalam

mana-mana Mahkamah hendaklah diumumkan dalam Mahkamah terbuka, sama ada dengan serta-merta atau pada suatu masa kemudiannya yang mengenainya notis wajar hendaklah diberikan kepada pihak-pihak dalam perbicaraan itu atau Peguam Syarie mereka, dan tertuduh hendaklah, jika dalam jagaan, dibawa ke hadapan Mahkamah itu atau, jika tidak dalam jagaan, dikehendaki hadir untuk mendengar penghakiman disampaikan. Menter-jemahkan keterangan kepada tertuduh, Pemerhatian tentang tingkah laku saksi. Orang lain boleh diberikuasa mengambil nota keterangan. Cara men-yampaikan penghakiman.

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

119. Penghakiman itu hendaklah dijelaskan kepada

t e r t u d u h dan atas p e r m o h o n a n n y a suatu s a l i n a n penghakiman itu hendaklah diberikan kepadanya dengan percuma.

120. Penghakiman asal hendaklah dicatatkan pada, dan

jika bertulis difailkan bersama dengan, rekod prosiding.

BAB 8