SUNGGUH gelap sekali malam itu. Kalau tidak ada lampu suluh di tangan Kassim dan di
37 tangan Dollah, pasti mereka tidak dapat berjalan mengikut denai dalam hutan tebal itu.
Selain dari lampu suluh di tangan Dolah tersedia selaras senapang patah yang menanti sahaja untuk ditunamkan muncungnya kearah mangsa yang sedang dicari mereka.
Dari senja tadi lagi mereka sudah memasuki hutan itu untuk menyuluh binatang seperti pelanduk, kancil, landak, kijang. Ah! Kalau dapat rusa sekalipun.
Mereka mamang paling suka menyuluh, selalu mereka mendapat habuan, kalau dua ekor, lepas juga lauk dua tiga hari di rumah mereka.
Malam itu sudah sampai hampir pukul satu malam, namun mereka masih lagi belum mendapat mangsa usahkan seekor kijang, seekor kancil pun tak melintas, mata katak betong pun tak nampak oleh cahaya lampu suluh mereka. Dollah bersuara sambil mengeluarkan kotak rokoknya dari poket baju dan terus mengambil sebatang kemudian membakar hujung rokok tersebut untuk di hisap.
kata pada kau, aku berat nak pergi, kau ajak
juga, menjawab sambil menghisap
rokoknya yang sudah sedia dari tadi di bibirnya. menekan lagi sambl berjalan mengikut denai yang diterangi oleh lampu suluhnya sambil menyuluh ke kawasan kiri kanan denai tersebut.
ketawa sahaja Kassim menjawab, padanya cuma ada Mereka sekarang berada dalam hutan yang terletak hampir satu kilometer sahaja dari kawasan perkampungan mereka yang didiami kaum sanak saudara mereka berdua, adalah lebih kurang lima ratus orang kecil besar.
Kebanyakan bekerja sebagai petani dan ke hutan mencari rotan dan damar. Ada juga
empat lima orang yang berulang alik bekerja di bandar.
Kassim dan Dollah terus melangkah kaki dari satu denai ke satu denai mencari rezeki, tetapi tiada mata mangsa yang di kesani oleh cahaya suluhan lampu mereka.
Akhirnya hampir sampai ke pagi, yang mana kokok ayam di kampung mereka sayup-sayup kedengaran dan kokokan itu selalunya menandakan dalam lingkugan pukul tiga pagi.
Sejuk pun sudah terasa pada mereka berdua. Tetapi mereka tetap gagah melangkah untuk mencari rezeki
menjawab.
Suara mereka perlahan dan ini adat orang menyuluh bersuara, takut suara mereka di dengari oleh mangsa.
Mereka berdua berjalan pulang sambil menghisap rokok sambil berbual tentang hal kehidupan mereka, mereka cuba menghilangkan penat kehampaan mereka tidak mendapat satu habuan pun tadi.
Akhirnya mereka berpakat untuk mengambil jalan pulang sahaja. Kerana makin pagi makin mangsa tidak keluar tambahan pula menyuluh sebelah pagi amat bahaya sekali, kerana orang-orang kampung sudah mulai keluar untuk menuju ke tempat pekerjaan jika tempat tersebut jauh dari kampung mereka.
Dollah menghulurkan senapang pada Kassim untuk dibawa sahaja oleh Kassim, memang Kassim tidak pernah menembak, dia tidak berani belajar menembak kerana dia tidak ada senapang sendiri.
Sampai mereka ke kawasan ladang kelapa sawit berkelompok penduduk kampung itu dan kelegaan mereka pun tergambar kerana kampung mereka tidak jauh lagi cuma lebih kurang setengah kilometer sahaja lagi, sampai
38 sahaja di rumah pasti merekla terus merebahkan diri untuk melelapkan mata, esoknya hari Jumaat, ada masyarakat kampung itu tidak ada melakukan sebarang kerja di pagi Jumaat kerana takut terlepas sembahyang Jumaat.
Sambil berjalan, sambil itu Dollah dan Kassim menyuluh juga ke kiri dan kanan jalan, dalam hati mereka sekurang-kurangnya ada juga landak yang kelewatan makan buah kelapa sawit. Hati keduanya memang terasa hampa malam ini, kehampaan itu membuatkan mereka terlalu lemah hendak berjalan pulang, mereka sambil lewa sahaja melangkah.
Tiba-tiba Dollah bersuara Kasi senapang tu cepat, sepantas itu juga dia mencapai senapang di tangan Kassim di mana lampu suluhnya yang dipegang dengan tangan kiri tidak berganjak dari menyuluh satu cahaya mata tepi pangkal tunggul kayu.
Dengan kemas Dollah menatang
senapangnya bersama kedua belah tangannya sementara lampu suluhnya betul-betul selari dengan larang senapang di pegangnya. Cahaya lampu itu terus menjunam pada cahaya mata yang kelihatan.
Bisik Kassim pada telinga Dollah. badannya terlindung rumput panjang,
menjawab. menangkis.
dapat cukup, bersuara perlahan sambil melepas tembakan.
Bunyi mengelupur binatang yang menjadi mangsa kedengaran dalam jarak dengan Dollah dan Kassim cuma dua puluh meter lebih kurang. Mereka berdua pun berlari mendapatkan mangsa yang sedang mngelupur itu.
Bila mereka dekat sahaja, binatang yang mengelupur itupun lari dengan lajunya. Kassim dan Dollah tidak nampak apa-apa kerana
rumput dalam lading kelapa sawit itu panjang sangat cuma mereka berjaya melihat darah-darah yang berlambak tinggal pada rumput-rumput yang lasak oleh binatang tadi.
Dollah.
Dan dengan tidak banyak bicara kerana mereka merasakan bahawa malam itu memang malam mereka tidak mendapat apa-apa cuma rezeki mata sahaja, lantas mereka meneruskan perjalanan pulang.
Sampai sahaja di pintu pagar rumah Dollah mereka terdengar bunyi kucing mengiau bertalu-talu. Dollah menyuluhkan lampunya pada arah suara itu.
Mereka terus mara pada suara itu yang mana terasa sesuatu pada suara kucing itu megiau di pangkal pokok petai tepi pagar belakang rumah.
Kassim dan Dollah sebaik sahaja sampai ke pangkal pokok itu begitu terperanjat sekali kerana melihatkan kucing hitam putih kesayangannya sedang terjelepok rebah di dalam banir petai sambil mengiau kesakitan.
Mereka berdua berpandangan dan Dollah meraba kucing hitam putih itu yang tengah berlumuran darah, darah juga sedang membuak keluar dari perutnya yang luka.
tadi agaknya, bersuara dengan nada yang sedih.
Dollah tidak berkata apa-apa.
Akhirnya mereka melihat sendiri akan kucing hitam putih kesayangan Dollah itu menghembuskan nafas yang akhir di pagi yang begitu hening.
Esoknya Dollah dalam diam-diam pergi membawa cangkul dan menanamkan bangkai kucing itu tanpa mengetahuan keluarganya, dia juga meminta Kassim merahsiakan hal tersebut.
Mereka berdua tidak pernah lagi bercerita tentang hal itu bagaikan hal itu telah lenyap dalam ingatan mereka.
39 Tiba-tiba pada suatu hari lebih kurang dalam dua minggu dari peristiwa tersebut, anak bongsu Dollah bernama Milah berlari-lari di halaman dengan seekor kucing hitam putih dan Kuching itu juga adalah kucing kesayangannya dulu, cuma hilang dalam masa dua minggu.
Dalam leka Milah bermain dengan kucing hitam putih itu, Dollah pulang dari kedai, tiba-tiba dia rasa terkejut bila melihatkan kucing hitam putih itu bermain dengan anak-anaknya yang berusia empat tahun di halaman rumah.
Dia merenung tepat-tepat kucing itu, pasti olehnya bahawa kucing itu ialah kucing dia dulu dan kucing itu yang telah mati tertembak olehnya dan telah ditanamnya berhampiran kandang kerbau dua minggu dulu.
ekali dia meneriak anaknya dengan perasaan takut nanti berlaku apa-apa pada anaknya pula disebabkan hal kucing yang meragukan fikirannya sekarang ini.
Sepantas itu Milah menoleh pada bapanya dan pepantas itu juga kucing hitam putih yang sedang berada di belakang Milah menerkam kearah Dollah.
Dan sepantas itu juga Dollah mengelak tetapi kucing hitam putih itu terus mengila menerkam dan mencakar Dollah, hinggakan baju dan seluar dollah koyak rabak. Milah dalam keadaan ketakutan.
Habis muka dan tubuh badan Dollah dicakar oleh kucing hitam putih itu, darah melambak mengalir. Dollah bagaikan mabok darah lalu tumbang ke tanah diperhatikan dengan ketakutan oleh anaknya Milah.
Milah menangis kuat-kuat tak henti-henti, Dollah berkeruh dengan kuatnya dan orang kampung mulai datang rumah itu bila mendengar suara tagisan yang kuat dan isteri Dollah berlari dari ladang jagung yang berhampiran dengan rumah itu.
Kucing hitam putih terus mengigit dan mencakar muka gollah, Dollah terus berkeruh kesakitan.
Dan waktu orang ramai hampir dengan halaman itu kucing hitam putih itupun melompat tinggi dan sepantas itu juga petir tiba-tiba berbunyi. Orang ramai kehairanan dan ketakutlan melihatkan keadaan.
Bila cahaya panahan petir itu mengenai kucing hitam putih yang melompat tinggi itu, ianya jatuh ke tanah dengan keadaan berdiri dan sedikit demi sedikit tubuh kucing itu menjadi hancur dan terus meninggalkan rangka sahaja dengan tulang-tulang yang masih tegak bagaikan seekor kucing berdiri.
Dalam keadaan yang penuh kesakitan, Dollah dibangunkan oleh orang ramai termasuk isterinya dan juga Kassim.
Mata kesemunya terpegun memandang pada tulang rangka kucing yang terus berdiri di atas halaman rumah Dollah.
108. KEPALA RUSA BANGUN SEMULA MALAM itu telalu sejuk. Udara lembab yang di sebabkan dari hujan petang tadi. Pak Kassan bersama isterinya Mak Sitam terus berdengkur. Bulan di luar terang benderang.
Keletihan dua orang suami isteri ini begitu terasa sekali kerana mereka sekarang ini begitu bekerja keras. Sudah dua minggu mereka berladang di tanah baru ini, di tepi bukit dan dilurahnya ada sebatang sungai. Pada tanah pamah inilah mereka berladang jagung dan di lereng-lereng bukit mereka menanam ubi keledek.
Selalunya mereka tidak menetap pada satu tempat sahaja, bila tanaman sementara seperti jagung, ubi keledek sudah selesai mereka menanam tanaman buah-buahan dan mereka tinggalkan.
40 Jarak antara satu pondok keluarga dengan yang lain lebih kurang suku kilometer, kalau berteriak kuat juga tidak dengar kecuali mereka menggunakan buluh ketok-ketok sebagai pemberitahu.
Dalam kelenaan kedua suami isteri ini, tiba-tiba Mak Sitam terjaga dan dia mengamati dengan teliganya akan suatu bunyi bertempik bertalu-talu. Bunyi terdebut seperti bunyi seekor rusa.
Perlahan-lahan Mak Sitam mengerakkan Pak Kassan. Dengan cara yang malas Pak Kassan bangun dan mengamati sama akan suara
tempikan tersebut. Mereka berdua
berpandangan.
kita, semalam ada orang berburu dari pagi diatas bukit sana, Mak Sitam memberitahu suaminya.
Pak Kassan dengan nada yang riang sambil mencapai kain hitam pelilit pinggangnya.
Pantas sekali dia melilitkan kain hitam tersebut pada pinggangnya, ini adalah kebiasaannya bila turun dari rumah sama ada nak membuat kerja ataupun saja-saja. Selepas itu dia mencapai lembing senjata yang disayanginya dan senjata ini senjata pusaka sudah hampir lima keturunan.
Langkah Pak Kassan pantas sekali menuruni mata tangga pondok sementara Mak Sitam mengekurinya dari belakang dengan membawa parang panjang. Mereka tidak menggunakan alat penyuluh kerana bulan terang benderang. Daun-daun jagung berkilat-kilat di pancari cahaya bulan dengan rintik-rintik air hujan petang tadi yang tinggal pada dedaun jagung tersebut.
Pak Kassan dengan penuh keyakinan.
Bunyi tempikan semakin kuat berhampiran dengan mereka, mereka terus terintai-intai untuk mendapatkan mangsa itu. Pasti pada mereka bunyi itu bunyi rusa. Pak Kassan memang sudah tahu akan bunyi binatang kerana bapanya dulu pawang hutan dalam kampungnya.
Jarak lebih kurang 50 meter mereka berdua ternampak bayang-bayang hitam besar sedang
melompat-lompat bagaikan menari
berhampiran satu tunggul besar, Anak-anak jagung masih paras lutut lagi. Lembaga hitam itu terus manari-nari dan sambil bertempik bunyi rusa.
Suami isteri ini mengamati betul-betul akan lembaga hitam itu, mereka renung puas-puas Mak Sitam berbisik pada Pak Kassan.
Pak Kassan tersenyum, matanya liar memandang tujuan untuk memintas binatang itu dari rusuk kanan atau kiri untuk lembingnya senang mengena sasaran.
Pak Kassan memerintah isterinya.
Lalu mereka berdua berpecah, dan sasaran mereka tuju ialah lembaga rusa yang berada berhampiran tunggul besar. Pak Kassan dengan lembing sementara mak Sitam dengan parang panjang.
Terayap-rayap mereka berdua menuju sasaran dengan pijakkan tapak kaki yang berhati-hati sekali. Sementara sang rusa yang leka menari-nari seperti tidak sedarkan diri itu terus menari dan bertempik tak henti-henti.
Kini Pak Kassan sudah hampir dengan tunggul besar, dia mengelik sebalik tunggul tersebut supaya sang rusa tidak perasan kedatangannya.
Dalam tertinjau-tinjau hendak mencari sasaran lembingnya, tiba-tiba sang rusa bertempik lebih kuat sekali dan terus melompati tunggul besar tempat Pak Kassan berselindung.
41 Terperanjat Pak Kassan dan terus kaku. Sang rusa menghadap pada Pak Kassan yang sedang kaku dengan lembing cuma berpegang sahaja. Mata sang rusa bagaikan api yang keluar dari sumbu yang besar, merah dan begitu menakutkan hati Pak Kassan.
Sang rusa terus bertempik tetapi tidak lagi menari, Cuma kepalanya sahaja meganggok-anggok bagaikan hendak menanduk dengan tanduknya yang berceranggah itu kearah Pak Kassan.
Pak Kassan tiba-tiba menjerit bila hatinya sudah terlalu kecut. Dan sepantas itu sang rusa menerkam, lalu Pak kasan mengelak dan terus melompat lari. Terkaman sang rusa mengeni tunggul besar itu dan tunggul itu pecah.
Pak Kassan terus memecut langkah seribu menuju ke pondoknya, sementara itu dia berteriak dengan kuat pada Mak Sitam supaya menyelamatkan diri.
Mak Sitam pula bila dia terpandang sahaja sang rusa melompat tunggul besar tadi dia terus lari ke pondok jiranya untuk memberitahu dan meminta pertolongan menangkap sang rusa itu.
Pantas sekali Pak Kassan melompat naik ke pondoknya. Lembingnya masih lagi di tangannya. Sang rusa terus melurunya hingga melanggar anak tangga pondok dan anak tangga itu bertaburan tercampak. Pondok Pak Kassan bergegar kencang.
Sang rusa itu terus menari-nari di hadapan pondok dengan dihadapi oleh Pak Kassan dari atas pondok.
Pak Kassan sudah mengumpulkan semangat semula dan dengan tekad yang penuh bertenaga dia membalingkan lembing pusakanya pada leher sang rusa. Tepat mengenai sasaran dan mata lembing itu terbenam dalam leher sang rusa.
Namun sang rusa masih terus manari, dan darah tidak ada yang keluar. Pak Kassan mengigit jari, ketakutan. Dia sudah terfikir yang
bukan-bukan. Dan sepantas itu juga dia membuka kain hitam ikatan pinggangnya. Lalu diserapahnya segala petua yang diberikan oleh bapanya dulu dan di kibasnya kain hitam itu sebanyak tiga kali pada arah sang rusa.
Sepantas itu juga jeritan kuat sang rusa bergema dan sang rusa pun rebah. Rebah dengan tidak mengelupur di halaman pondok. Pak Kassan terus memerhatikan sang rusa itu rebah terbaring dan dalam pandangan Pak Kassan itulah juga tubuh badan sang rusa itu hilang cuma yang tinggal kepala rusa itu sahaja dengan mata lembingnya tergelempang diatas tanah.
Pak Kassan berteriak memanggil isterinya sekuat hatinya. Dia mulai risau akan isterinya itu. Dia hendak juga turun mencari tetapi hatinya khuatir takut-takut perkara yang di depan matanya ini akan berulang lagi.
Dalam dia asyik berfikir tiba-tiba dia terdengar riuh suara orang ramai datang ke pondoknya itu. Dalam sinaran cahaya bulan terang jelas pada pandangan Pak Kassan kedatangan beberapa orang bersama isterinya ke pondoknya itu.
Bila mereka sampai di halaman pondok, mereka semua terperanjat dan seorang daripada
ersuara dari atas pondok.
dapat membunuh seekor rusa jantan bertanduk tujuh kata mereka, tapi bila selesai sahaja melapah daging hujan telah turun dengan lebatnya petang semalam, mereka tergesa-gesa pulang melalui ladang aku, dalam pada itu mereka kata mereka tertinggal kepala rusa tersebut atas tunggul besar di satu ladang jagung waktu mereka hendak mencari kayu pengandar
42 Semua yang ada di situ tercengang, memikirkan sesuatu yang belum pernah mereka alami dan dengari
Pak Kassan turun ke tanah dan melihat kepala rusa yang lehernya tiada lagi berdarah, daging lehernya juga sudah pucat macam dibasuh air.
berkata sambil membelek kepala rusa itu.
Jiran yang bercerita tadi membuat komen. Kalau keadaan begini terpaksalah kita bakar sahaja kepala ini dan abunya kita hilirkan ke Kesemuanya berbisik dan kelihatan pada setiap riak muka yang berkumpul di halaman pondok jagung Pak Kassan itu ternyata dalam
109. NGAH JAAMAN JADI BUAYA