• Tidak ada hasil yang ditemukan

Harapan dan Masa Depan

Dalam dokumen 82265440 Bahasa Arab Berbantukan Komputer (Halaman 35-38)

Jika teknologi sepadu mewakilkan ICT kita boleh tambah baikkan pada rangka pengajaran multimedia sedia ada. CD-ROM boleh dikembang dengan rangka modul sedia kala; kita boleh gantikan menu dengan pelbagai isi yang disusun dalam mod “siasat dan putus”. Dan untuk sub-topik kita boleh rujuk pelajar ke fail-fail video oleh pakar dalam subjek. Untuk penilaian, pelajar boleh capai pelayan institusi melalui web dan dibekal senario yang lebih terbuka agar mereka dapat lakukan penyelesaian terhadap masalah yang dipaparkan. Pelajar boleh memilih daripada pelbagai alternatif terbenam dalam pemilihan jawapan, dan juga masukkan respons berbentuk esei.

Sekiranya pelajar memilih dari bank soalan alternatif, beliau akan terima maklum balas serta-merta dari pangkalan data. Bagi maklum balas terbuka, sistem sedia ada akan dikumpul dan diri serah kepada pengurus pangkalan-pangkalan pengetahuan. Apa yang dipentingkan ialah pelajar kini bertanggungjawab akan pembelajaran sendiri, dan lambat- laun akan mengesan pangkalan pengetahuan untuk kemajuan diri. Tugas muktamad adalah untuk mendapatkan pengalaman pelajar dan menjadikan pengetahuan baru sebagai aset intelektual, satu kaedah menjadikan organisasi pembelajaran suatu kenyataan. Mod ini akan memenuhi kriteria “belajar melalui membuat” bukan untuk belajar. Lama- kelamaan ia akan menjadi budaya pembelajaran dalam pendidikan.

Persembahan harus bersimulasikan keadaan autentik, membolehkan pelajar bersifat ingin tahu dan menjelajah (malah menaggung risiko), dan memapar senario dalam kaedah yang menarik serta organisasi pembelajaran yang dicadang Senge (1990), universiti dijadikan tumpuan perkembangan individu dijadikan penggerak pertukaran maklumat dan penambahbaikan pengetahuan. Lembaran baru kemudian akan diperoleh melalui antara muka pasukan [team interface] (Brown, 1986). Persekitaran yang menyokong kolaborasi dan alatan yang membolehkan kolaborasi akan menjadi trend hari muka (Schrage, 1990). Intranet/Internet dan WWW akan menjadi tulang belakang maklumat.

Bolehkah kaedah yang sama diguna dalam sekolah dan universiti? Masalah ini harus dibicara sebagai teknologi prestasi manusia. Harus diandaikan di sini bahawa sekolah atau universiti sudah mempunyai prasarana yang cukup, dan kleinnya juga kenal dan faham komputer. Pengajaran akan memudahcarakan pembelajaran sesuatu topik

dengan penggunaan pangkalan-pangkalan pengetahuan sepenuhnya. Modus operandi adalah seperti berikut:

● Simulasi situasi pembelajaran realistik yang relevan bagi pengguna.

● Menggalakkan pelajar “ingin tahu” dan jelajah pelbagai sumber maklumat.

● Menggambarkan senario pembelajaran dalam kaedah kreatif dan menarik.

● Bekalkan maklum balas pakar.

Pengajar meletakkan asas, dan pelajar mencari penyelesaian secara individu atau kolaboratif. Pelajar kemudian menggunakan stesen kerja untuk dail masuk pelayan untuk diuji alatan pangkalan data pelayan. Tempoh masa untuk menyiapkan tugas, kemajuan dan skor timbun tambah dirakam untuk tindakan pengajar. Dengan tersebarnya banyak perisian dan begitu banyak maklumat dalam internet, perlombongan pengetahuan boleh dilakukan untuk mengesan dan memuat simpan maklumat relevan pada pelayan pengajar, dan tidak menghadkan pelajar ke isi tempatan. Kepakaran dalam perisian dan konfigurasi perkakasan diperlukan mengurus sistem sedemikian.

Kajian Roslan dan Habibah (2000) jelas menunjuk potensi pendidikan secara talian tetapi ia masih memerlukan banyak usaha untuk menjadikannya merupai pendekatan modul interaktif bercetak sedia ada! Di samping itu kita perlu memahami sepenuhnya apakah yang dibayangkan Sistem Rangkaian Hibrid yang dikatakan sistem yang mungkin untuk pendidik menggunakan kelebihan pangkalan-pangkalan pengetahuan serta memuat-simpan dan mengedar aset atau pangkalan pengetahuan. Kita boleh pandangkan sistem hibrid (rajah 1) sebagai sesuatu yang disokong dengan talian komunikasi dalam dan luar tapak.

Di samping itu terdapat interaksi aktif pelajar dengan alat pangkalan data untuk capai keapada pelayan atau pangkalan data. Sistem hibrid membenarkan pelajar bertindak balas bukan sahaja dengan isi CD-ROM semasa belajar, tetapi juga menjelajah dan mengembang dari pangkalan data tetap melalui pangkalan data tertabur. Di samping interaksi bersemuka antara pelajar dan pengajar tempatan, pelajar boleh berkomunikasi dengan orang lain melalui alatan perbincangan seperti ruang sembang, e-mel dan listserv. Pangajar, sebagai gedung pengetahuan, boleh berkomunikasi dengan pelajar secara sinkroni atau asinkroni, dan boleh mengubahsuai, pinda, atau mengehadkan capaian kepada pangkalan pengetahuan jika perlu. Ciri yang lain pada sistem ini memerlukan satu mekanisme memuat simpan pengetahuan dan tersedia untuk orang lain.

Jadi pengajaran adalah strategi prarancang berasaskan pedagogi untuk menyampai maklumat terpilih yang tersusun dan berurutan dengan niat mengakibatkan pelajar belajar, dan hasil akhir biasanya merupakan (tetapi tidak terhad kepada) kemahiran dan pengetahuan, dan pengajaran dan latihan. Pendidikan yang berjaya dicerminkan dalam prestasi yang bertambah baik dalam situasi sebenar (dan tidak sahaja pada situasi rekaan). Apa yang diandaikan ialah pindahan pembelajaran dari yang disimulasi ke yang praktikal. Bagi mereka yang menyayangi paradigma konsstruktivis, “penggunaan pengetahuan dalam situasi sebenar” tidak dipanggil pindahan pembelajaran, tetapi konstruksyen semula untuk mengaktifkan tingkah laku dalam situasi yang baru!

Teknologi menambah nilai kepada kurikulum, tidak mempengaruh perubahan kualitatif (mencapai gol yang lebih autentik dan kompleks) (Ertmer, 1999).

Pemilihan keputusan pengajaran yang tepat untuk memilih reka bentuk yang sesuai adalah kritikal dalam mengembangkan persekitaran untuk Web dan Lebuh Raya Multimedia. Adalah tidak cukup hanya melabur dalam teknologi sahaja; sistem sokongan pembelajaran harus ada, dan bekerjasama dengan persekitaran pembelajaran dalam organisasi. Melalui komunikasi elektronik, mengimbas persekitaran luar dan menawan pengetahuan yang wujud dalam organisasi. CD-ROM Hibrid dengan struktur web atau lebuh raya merupakan mod berkesan untuk memperoleh pangkalan-pangkalan data sedia ada untuk muat simpan serta pembinaan pengetahuan. Kini Sekolah Bestari dibekal dengan CD-ROM, dan kemungkinan besar pengajaran tidak terhad kepada isi yang termuat pada CD-ROM. Adalah munasabah pihak pengembang CD-ROM ini juga menambah baik kepada saluran maklumat CD-ROM dengan pautan melalui alamat web supaya apabila pengguna (guru dan pelajar) klik padanya, mereka dapat akses kepada laman web yang sesuai untuk tujuan pengayaan dalam bidang yang dibicarakan. Ini akan membantu dalam arah pembinaan persekitaran web hibrid untuk sekolah.

Oleh sebab rangkaian WWW sudah mula bertapak dalam dunia pendidikan dan penggunaannya pula agak meluas, langkah yang dapat diambil oleh institusi pendidikan seterusnya ialah memilih perisian PBBK multimedia yang terbaik yang dihasilkan oleh pelajar, dan menempatkan perisian itu dalam laman web. Langkah ini akan memudahkan perkongsian bahan PBBK melalui internet dalam "bilik darjah/kuliah yang tiada sempadan." Langkah ini membolehkan lebih banyak bahan PBBK multimedia tempatan digunakan di dalam negara dan di dunia luar.

Walaupun sebahagian daripada bahan PBBK ini mungkin mengandungi unsur budaya tempatan yang tidak serasi dengan budaya suatu bangsa yang lain, kita percaya bahawa perisian PBBK tersebut akan memberikan peluang kepada dunia luar untuk memahami budaya dan pemikiran bangsa Malaysia. Hal ini akan memupuk semangat toleransi dan rasa hormat di kalangan pengguna di seluruh dunia. Kandungan perisian PBBK ini perlu dinaikkan tarafnya dari masa ke masa untuk menarik perhatian lebih banyak pengunjung dan pengguna. Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, tenaga pengajar akan lebih banyak terlibat dalam penyediaan bahan PBBK multimedia untuk pembelajaran bahasa tanpa sempadan, penyelenggaraan, dan penaiktarafan kandungan perisian untuk laman web dari masa ke semasa, pemantauan kemajuan pelajar, penyediaan sistem maklum balas kepada pelajar, dan pengurusan pembelajaran bahasa yang lebih dinamis.

Dalam tahun-tahun yang mendatang, lebih banyak institusi pengajian tinggi akan menyediakan peruntukan kewangan yang lebih besar untuk pengembangan teknologi maklumat dan aktiviti berkaitan dengan teknologi maklumat dalam pendidikan. Aktiviti pembangunan perisian PBBK multimedia haruslah diperluas bukan sahaja bagi menampung kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran tempatan, malahan aktiviti pembangunan perisian PBBK multimedia akan menjimatkan kos pengurusan pendidikan untuk jangka panjang. Sekali gus, sistem pendidikan jarak-jauh dalam negara yang akan

menggunakan internet dan intranet sebagai media asas pada masa yang akan datang akan menjadi lebih mantap. Perisian PBBK multimedia akan terus mendapat tempat di dalam dunia tanpa sempadan pada alaf baru ini.

Pembangunan perisian PBBK multimedia masih belum mendapat perhatian yang meluas di negara ini. Kebanyakan penggunaan perisian berkenaan di institusi pendidikan dalam negara bertolak daripada inisiatif pendidik secara individu dan tidak digerakkan oleh institusi pendidikan atau kementerian. Walaupun pada umumnya kos pembangunan perisian PBBK multimedia ini menjimatkan dalam jangka masa pendek, kebaikan yang dapat diperoleh daripada pembangunan perisian tempatan yang seiras dengan budaya dan pemikiran tempatan amat diperlukan bagi memastikan kualiti pendidikan yang lebih terserlah. Di samping itu, inovasi dalam tuntutan pendidikan masa depan memerlukan lebih banyak pendidik untuk terlibat secara aktif dalam merancang kandungan pemelajaran yang lebih dinamis, menghasilkan bahan perisian multimedia yang dapat dicapai dari jauh melalui internet, dan memantau proses pemelajaran dan kemajuan pelajar. Dengan hal yang demikian, para pendidik di Malaysia tidak lagi bergantung pada pihak luar dalam penggunaan perisian PBBK multimedia.

Dalam dokumen 82265440 Bahasa Arab Berbantukan Komputer (Halaman 35-38)

Dokumen terkait