• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hasil Pembelajaran Program (PLO ; Programme Learning Outcome)

SIJIL TERAPI KECANTIKKAN & SPA

Pengajaran 14 Minggu Perkuliahan & 2 Minggu Pentaksiran

3.4 Hasil Pembelajaran Program (PLO ; Programme Learning Outcome)

Di akhir pembelajaran, pelajar akan boleh:

1. Mengaplikasi pengetahuan asas berdasarkan fakta, konsep, prinsip dan teori dalam bidang yang berkaitan

2. Menunjukkan kemahiran psikomotor dan amali dalam menyelesaikan masalah.

3. Menunjukkan kemahiran interpersonal dan kebertanggungjawaban sosial dalam mengaplikasi prinsip dan teori mengikut kesesuaian keadaan

4. Menunjukkan sifat beretika dan profesionalisme dalam amalan yang mempunyai prinsip etika dari aspek perundangan yang perlu dipatuhi

5. Menunjukkan kebolehan berkomunikasi dan kemahiran kepimpinan secara berkesan dengan rakan sekerja, pelanggan, majikan dan masyarakat umum 6. Menunjukkan kemahiran pemikiran analitikal dan kritikal dan menggunakan

teknik yang sesuai dalam menyelesaikan masalah Bidang Kulinari

7. Menyedari kepentingan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran pengurusan maklumat untuk pembangunan akademik dan kerjaya

8. Menunjukkan kemahiran pengurusan dan ciri – ciri keusahawanan dalam perspektif yang meluas di dalam alam perniagaan sebenar

JUARA KKSP ; 2020 3.5 Struktur Kursus

KOD ARENA PEMBELAJARAN LEARNING AREA (LA) KREDIT

SEMESTER 1 :

STK 1013 LA01 : Khidmat Pelanggan 3

STK 1023 LA02 : Terapi Kulit Muka 3

STK 1033 LA03 : Rawatan Mesin 3

STK 1043 LA04 : Laksanakan Penjagaan Tangan dan Kaki 3 STK 1052 LA05 : Laksanakan Penjagaan Penjagaan Bulu Roma 2 MPU 1311 Pendidikan Islam 1

1 MPU 1321 Pendidikan Moral 1

MPU 1181 Communicative English 1

SKW 1102 Aplikasi Komputer 2

JUMLAH 18 SEMESTER 2 :

STK 2013 LA01 : Pengindahan Bahagian Muka & Penyamaran (Camouflage) 3

STK 2023 LA02 : Solekan Siang Dan Malam 3

STK 2033 LA03 : Solekan Komersial 3

STK 2043 LA04 : Seni Kuku 3

MPU 1231 Kemahiran Insaniah 1

MPU 1152 Pengajian Malaysia 1 2

MPU 1411 Kokurikulum (Kelab) 1

MPU 1331 Pendidikan Islam 2

1 MPU 1341 Pendidikan Moral 2

JUMLAH 17 SEMESTER 3 :

STK 3012 LA01 : Asas Konsep Spa 2

STK 3023 LA02: Rawatan Refleksologi 3

STK 3033 LA03 : Rawatan Badan 3

STK 3042 LA04: Urutan Badan 2

STK 3053 LA05: Urutan Khas 3

MPU 1222 Keusahawanan 2

MPU 1101 Workplace English 1

MPU 1421 Kokurikulum (Sukan) 1

JUMLAH 17 LATIHAN INDUSTRI

SLI 4018 LATIHAN INDUSTRI (LI) 8

JUMLAH KESELURUHAN 60

* BAGI PELAJAR WARGANEGARA YANG TIDAK KREDIT BAHASA MELAYU SPM WAJIB MENGAMBIL KURSUS MPU 1212 BAHASA KEBANGSAAN A.

JUARA KKSP ; 2020 3.6 Ringkasan Kursus

STK 1013 Khidmat Pelanggan

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai khidmat pelanggan mengikut prosedur yang betul. Ia merangkumi penampilan diri dan imej profesional, kaedah khidmat runding bersama pelanggan serta pendedahan tentang etika kebersihan dan keselamatan di bengkel

STK 1023 Terapi Kulit Muka

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai rawatan penjagaan kulit muka mengikut prosedur yang betul. Ia merangkumi penampilan diri jurukecantikan, proses khidmat runding serta kebersihan dan keselamatan tempat kerja sepanjang proses rawatan penjagaan kulit muka dijalankan. Selain itu juga, ia merangkumi tentang etika kebersihan dan keselamatan sepanjang proses rawatan

STK 1033 Rawatan Mesin

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai rawatan mesin mengikut prosedur yang betul. Ia merangkumi, rawatan mesin frekuensi tinggi dan rawatan mesin ultrasonik, serta pendedahan tentang etika kebersihan dan keselamatan di bengkel

JUARA KKSP ; 2020 STK 1043 Laksanakan Penjagaan Tangan & Kaki

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai rawatan spa tangan dan spa kaki mengikut prosedur yang betul. Ia merangkumi penampilan diri jurukecantikan, proses khidmat runding serta kebersihan dan keselamatan tempat kerja sepanjang proses rawatan penjagaan tangan dan kaki dijalankan

STK 1052 Laksanakan Penjagaan Bulu Roma

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai penjagaan bulu roma. Ia merangkumi pengenalan kepada penanggalan bulu roma lilin panas dan lilin suam serta pendedahan tentang etika kebersihan dan keselamatan di bengkel.

STK 2013 Pengindahan Bahagian Muka & Penyamaran (Camouflage)

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai cara pengindahan bahagian muka dan penyamaran (camouflage) mengikut kaedah yang sesuai. Ia merangkumi persiapan awal sebelum melakukan pengindahan bahagian muka iaitu pengetahuan tentang pengindahan bahagian muka, kaedah khidmat runding bersama pelanggan, pendedahan tentang etika keselamatan di bengkel, penampilan diri dan imej profesional, bahan, peralatan serta fungsinya serta teknik pengindahan bahagian muka. Kaedah pengindahan bahagian muka ini akan diberi penekanan supaya pelajar akan lebih memahami proses tersebut.

JUARA KKSP ; 2020 STK 2023 Solekan Siang & Malam

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai solekan mengikut prosedur yang betul. Ia merangkumi solekan siang dan malam serta pendedahan tentang etika kebersihan dan keselamatan di bengkel

STK 2033 Solekan Komersial

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai cara solekan komersial mengikut kaedah bersesuaian. Ia merangkumi persiapan awal sebelum melakukan solekan komersial iaitu pengetahuan tentang bahan, peralatan serta fungsinya, teknik solekan pengantin, solekan pentas dan solekan kesan khas. Kaedah solekan komersial ini diberi penekanan supaya pelajar akan lebih memahami proses sebenar solekan tersebut.

STK 2043 Seni Kuku

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai seni kuku mengikut kaedah kesesuaian. Ia merangkumi persiapan awal sebelum melakukan rawatan iaitu pengetahuan tentang bahan, peralatan serta fungsinya, teknik lukisan kuku dan teknik penyambungan kuku palsu. Kaedah seni kuku ini akan diberi penekanan supaya pelajar akan lebih memahami proses sebenar rawatan tersebut.

JUARA KKSP ; 2020 STK 3012 Asas Konsep Spa

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai asas konsep spa. Ia merangkumi persiapan awal, kaedah membangunkan konsep dan strategi perniagaan spa serta rekabentuk, susunatur dan suasana spa. Kaedah asas konsep spa ini akan diberi penekanan supaya pelajar akan lebih memahami proses sebenar persediaan pembukaan spa.

STK 3023 Rawatan Refleksologi

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai rawatan refleksologi tangan dan kaki mengikut prosedur yang betul. Ia merangkumi penampilan diri jurukecantikan, proses khidmat runding serta kebersihan dan keselamatan tempat kerja sepanjang proses rawatan refleksologi tangan dan kaki dijalankan

STK 3033 Rawatan Badan

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai rawatan badan mengikut prosedur yang betul. Ia merangkumi pemeriksaan kontra indikasi dan rawatan perapian badan serta pendedahan tentang etika kebersihan dan keselamatan di bengkel.

JUARA KKSP ; 2020 STK 3043 Urutan Badan

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai urutan badan mengikut prosedur yang betul. Ia merangkumi asas anatomi badan dan urutan badan serta pendedahan tentang etika kebersihan dan keselamatan di bengkel.

STK 3053 Urutan Khas

Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai Urutan Khas mengikut prosedur yang betul. Ia merangkumi asas anatomi badan dan Urutan Khas serta pendedahan tentang etika kebersihan dan keselamatan di bengkel.

JUARA KKSP ; 2020 MPU 1181 Communicative English

Communicative English helps learners to increase their ability to use the English language to communicate in various situations in the community. This course equips learners with basic communicative skills such as greetings and introductions, instructions and directions, descriptions and business telephone skills. This course not only facilitates learners to communicate orally, but also in writing.

SKW 1012 Aplikasi Komputer

Kursus ini memperkenalkan perisian aplikasi komputer kepada pelajar. Pelajar akan pelajari asas-asas perisian aplikasi serta pengenalan jenis sistem. Modul ini akan melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan dalam setiap aplikasi untuk diintegrasikan antara satu sama lain. Pelajar juga dapat mengembangkan kemahiran mereka dalam penggunaan aplikasi komputer untuk melaksanakan tugas pengurusan

MPU 1411 KoKurikulum (Kelab)

Menerangkan tentang sejarah bidang pilihan dan kemahiran khusus bidang tersebut mengikut perkembangan semasa. Keperluan/peralatan asas, etika, istilah-istilah, demonstrasi dan mempraktik teknik-teknik asas bidang pilihan turut ditekankan kepada pelajar. Pelajar akan turut serta dalam merancang aktiviti aktiviti yang akan dijalankan, menerangkan kepentingan merancang aktiviti, pembahagian tugas dan menyelia aktiviti.

JUARA KKSP ; 2020 MPU 1421 KoKurikulum (Sukan)

Kursus ini menerangkan tentang pengenalan dan sejarah berkaitan sukan dan permainan pilihan merangkumi pengetahuan asas dan kemahiran khusus yang berkenaan. Kursus ini turut mendedahkan kepada peserta tentang asas pengurusan acara bagi sukan dan permainan pilihan merangkumi perancangan aktiviti dan pengelolaan pertandingan

MPU 1101 Workplace English

Workplace English helps learners to increase their ability to use the English language to communicate in various work situations. This course equips learners with the basic language skills they need to communicate with their superiors and subordinates in a formal and an informal environment, and deal with customers at the workplace.

MPU 1152 Pengajian Malaysia 1

Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar tentang Sejarah Negara, Masyarakat Malaysia, Sistem Pemerintahan Negara, Perkembangan Sosio Ekonomi Negara dan Dasar-Dasar Negara. Kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai identiti kebangsaan dan semangat patriotisme yang unggul. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk kuliah, tugasan, peperiksaan dan pengalaman pembelajaran

JUARA KKSP ; 2020 MPU 1311 Pendidikan Islam 1

Pendidikan Islam 1 berteraskan kepada lima topik iaitu Tasawwur Islam, Konsep Aqidah, Konsep Ibadah,Ibadah-ibadah Khusus dan Akhlak Islamiah. Ia bertujuan melahirkan pelajar yang berilmu, beramal, berbakti menghayati ilmu yang dipelajari dan membentuk pelajar yang berakhlak mulia menurut syariat Islam, membimbing pelajar melaksanakan ibadah-ibadah khusus dengan betul dan sempurna dan melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri muslim dan mampu menghadapi cabaran.

MPU 1321 Pendidikan Moral 1

Modul ini bertujuan membentuk pelajar yang mempunyai nilai dan moral dalam kehidupan bermasyarakat. Selain itu, pelajar dibentuk untuk mempunyai semangat cintakan negara, menjadi insan yang menyumbang kepada pembangunan negara.

MPU 1231 Kemahiran Insaniah

Kursus Kemahiran Insaniah ini mengandungi pembelajaran dan latihan bagi mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran pengurusan maklumat, mengamalkan kemahiran berfikir dan kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan serta pembangunan kerjaya.

JUARA KKSP ; 2020 MPU 1222 Keusahawanan

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengenai definisi dan konsep keusahawanan. Pelajar akan mempelajari kemahiran ke arah keusahawanan dengan memahami produk, peletakan harga, promosi, pengagihan dan kewangan.

MPU 1331 Pendidikan Islam 2

Pendidikan Islam 2 berteraskan kepada pernikahan dalam Islam. Ia bertujuan melahirkan pelajar yang berilmu, beramal, berbakti, menghayati ilmu yang dipelajari dan membentuk pelajar yang bertanggungjawab seterusnya dapat membina sebuah rumahtangga yang bhagia menurut syariat Islam.

MPU 1341 Pendidikan Moral 2

Modul ini memberi pengetahuan kepada pelajar tentang perkara yang di perlukan untuk membentuk akhlak bermoral, cara menangani konflik dan menyelesaikan masalah terhadap isu-isu moral.

JUARA KKSP ; 2020 3.7 Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut :

1. Perunding Imej 2. Juruterapi Kecantikan 3. Juruterapi Estetik 4. Jurusolek 5. Penyelia Spa 6. Usahawan

JUARA KKSP ; 2020 3.8 Kemudahan Pembelajaran Persekitaran Kolej Kemudahan Minuman Pelajar Parkir Pelajar Bangunan Utama

Ruang Rehat Pelajar Ruang Rehat Pelajar

JUARA KKSP ; 2020

Bilik – Bilik Kuliah Dewan Kuliah

Perpustakaan Al-Fateh Surau

JUARA KKSP ; 2020

Dokumen terkait